21 Julai 2014

PEMIMPIN PR JANGAN ANGGAP RAKYAT DAN PENYOKONG SEMUANYA BODOH MACAM PENYOKONG UMNO!!!

SEDARLAH DIRI JANGAN SALAHKAN TS KHALID SEORANG, PENYOKONG MAHUKAN KETELUSAN DAN MENJAGA PRINSIP BUKAN CAKAP JE LEBIH......

CUBA BUAT KAJIAN DI MEDIA SOSIAL KEGAIRAHAN PENYOKONG AMAT MERUDUM  SOKONGAN KEPADA PR.....

Pakatan bimbang keadaan di Selangor, anggap laporan UMcedel amaran serius




Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata kajian Umcedel yang menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat menjunam di Selangor, amat merisaukan bagi pemimpin parti gabungan itu. 

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyuarakan kebimbangan yang serius terhadap hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang merumuskan sokongan kepada PR di Selangor merudum 35%.

Ketua DAP Selangor Tony Pua mengakui sokongan terhadap PR sememangnya sudah makin jatuh, bagaimanapun dia tidak menyangka ia akan jatuh begitu teruk.

"Saya sangat bimbang. Keputusan itu lebih teruk daripada jangkaan. Kami tahu sokongan berkurangan tapi yang membimbangkan adalah tahap kejatuhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider.

Sokongan kepada PR di Selangor itu dibandingkan dengan setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara.

Walaupun UMcedel tidak menyatakan alasan jelas penurunan sokongan itu, umum mengetahui mengenai kontroversi yang dihadapi pentadbiran negeri tersebut.

Daripada isu kalimah Allah, kepada isu kitab Bible oleh jabatan agama negeri hingga ke kontroversi Lebuh Raya Kidex dan pertembungan politik dalaman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid kehilangan banyak sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik menteri besar untuk penggal kedua.

Malah, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pada minggu lalu mengatakan partinya sudah memilih pengganti Khalid.

Namun, tidak semua pengundi yang tidak senang dengan pertelingkahan dalaman PR itu kembali kepada BN kerana parti pemerintah kerajaan persekutuan itu hanya mendapat kenaikan 10% saja, apabila sokongan kepadanya naik daripada 15% ke 25%, manakala 5% lagi masih tidak pasti.

Kajian yang dijalankan UMcedel itu menunjukkan 40% daripada responden tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu.

UMcedel membandingkan peratusan itu dengan sokongan pada 2012 iaitu 50% untuk PR dan 15% untuk BN.

Pua berkata dia sudah menjangka sokongan akan jatuh antara 5% dan 10%, tetapi penurunan 15% adalah suatu yang serius.

Bagi ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, sangat penting untuk PR mengkaji laporan itu dengan serius dan mengambil langkah proaktif untuk kembalikan keyakinan orang ramai.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak menerima dengan baik kajian yang dibuat UMcedel dan tidak menafikannya.

"Jangan ada di kalangan kita dalam mood 'sindrom penafian' terhadap kajian ini kerana ia menunjukkan reputasi kita. Tambahan pula UMcedel mempunyai reputasi tersendiri dalam kajian mereka.

"Bagi saya pimpinan Pakatan khasnya di Selangor perlu terbuka dan mengakui adanya masalah dan kita wajib menyelesaikan masalah itu bersama," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Bagi Saifuddin, semua isu ini perlu diselesaikan segera dan tidak dibiarkan berlarutan terlalu lama kerana ia mengelirukan rakyat Selangor.

Beliau yakin, berdasarkan kajian itu PR masih mendapat sokongan majoriti rakyat Selangor tetapi ia akan terus terhakis jika penyelesaian segera tidak dicapai untuk semua masalah berbangkit.

"Kita tidak boleh biarkan polemik ini berlarutan dan penyelesaian perlu dibuat segera," katanya.

Malam ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bermesyuarat bagi membincangkan pelbagai isu khasnya berkaitan dengan kedudukan MB Selangor.

Namun beliau yakin, satu konsensus di kalangan semua parti PR iaitu PKR, PAS dan DAP adalah kunci penyelesaian kepada semua masalah ini.

"Konsensus ketiga-tiga parti adalah kunci penyelesaian kepada semua masalah ini," kata Saifuddin.

HEBAT, KERAJAAN BN BAGI BANTUAN KHAS RM600 SETAHUN KEPADA PEMANDU TEKSI LEBIH DARIPADA BANTUAN KHAS KAKITANGAN KERAJAAN?


2,679 pemandu teksi terima RM300 insentif KN menjelang Aidilfitri


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, seramai 2,679 pemandu teksi, teksi pelancongan dan kereta sewa yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri menerima sumbangan insentif RM300, dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM803,700.

“Seramai 2,072 orang pemandu di bahagian pulau dan 607 orang pemandu di bahagian Seberang Perai terima insentif ini...saya harap semua (penerima) terus mempromosi Pulau Pinang.

“Selagi Kerajaan Negeri mendapat mandat, kita akan beri RM600 tahun, (iaitu) RM300 kita beri awal tahun, dan bakinya RM300 sekarang.

“Kita tak seperti Kerajaan Pusat dengan beri (RM500) lima tahun sekali (sempena Pilihan Raya Umum Ke-13),” ujar Guan Eng di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna), Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri), dan Abd. Malik Darus (Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu Teksi & Kereta Sewa Negeri Pulau Pinang) turut hadir pada majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk menjadi orang tengah antara pertubuhan gabungan itu dan Putrajaya berhubung beberapa isu berbangkit yang menyentuh kepentingan pemandu teksi persendirian di negeri ini.

Malah, katanya lagi, Kerajaan Negeri turut bersedia untuk menawarkan kos khidmat guaman, sekiranya pasukan Abd. Malik nekad mahu mengfailkan saman di mahkamah berhubung isu-isu berbangkit tersebut.

Sebelum itu, Abd. Malik membangkitkan isu syor Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya semua teksi persendirian yang berusia lewat 10 tahun sahaja ditukar dengan kenderaan nasional Proton Exora, jika mahu permit teksi mereka diperbaharui.

“Mengapa mesti Exora, kalau kena pakai gear satu kalau nak naik bukit Balik Pulau, enjin kereta ini pun ‘makan’ minyak kuat.

“Mengapa teksi persendirian sahaja diminta tukar pada Exora jika nak permit, teksi syarikat yang berusia lebih 10 tahun tidak pula susah berurusan dengan SPAD,” soal Abd, Malik semasa berucap pada majlis sama.

Pun begitu, Abd. Malik memberitahu, SPAD pada rundingan dua bulan lepas bersetuju untuk memperbaharui permit dalam tempoh setahun sahaja lagi untuk teksi persendirian yang berusia 10 tahun.

Selain itu, Abd. Malik turut mempertikai syor SPAD memperkenalkan tarif meter baru khusus untuk mereka yang bertukar pada kenderaan Teksi 1Malaysia (TEKS1M), selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Takkan TEKS1M sahaja diberi nikmat jika kadar sewa naik nanti.

“Adakah kerana rata-rata kami yang berusia 60 tahun ini susah untuk dapat penjamin jika nak pinjam beli Exora, maka, kami ditekan sebegini,” soal Abd. Malik lagi.

Bagaimanapun, Abd. Malik berkata, pihaknya hanya berhasrat menerima tawaran Kerajaan Negeri untuk menjadi ‘orang tengah’, tetapi, tidaklah sampai mahu dibantu merujuk beberapa isu berbangkit tersebut ke mahkamah.

“Kita sangat hargai tawaran (kos khidmat guaman) Kerajaan Negeri, ini (insentif RM300) adalah pemberian yang ulung-ulung di Malaysia kerana hanya di negeri ini sahaja saja kita dapat.

“Kita lebih percaya kaedah rundingan dengan SPAD, sebab itu kita mungkin minta Kerajaan Negeri jadi ‘orang tengah’ jika perlu nanti,” ujar Abd. Malik lagi.

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada awal Februari lepas, seramai 1,969 penerima berdaftar menerima sumbangan RM300, manakala, pada majlis kali ini penerima direkodkan bertambah 710 orang lagi.


GAMBAR TENTERA ISRAEL DITAWAN TERSEBAR LUAS!!!

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Inilah tentera Israel yang berjaya ditawan..Namanya Sha'ul Aron,bernombor 6092065..Ditawan oleh Al-Qassam

Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam
2 Buah kereta kebal tentera Israel yang musnah

Pautan kekal imej terbenam

 18 Anggota Tentera Zionis Israel Telah Terbunuh


KEMASKINI;      Dua warga Amerika yang bertugas dengan tentera Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza, lapor media Amerika - AFP




JERUSALEM: Tiga belas orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran bersama puak Hamas di Gaza.

Pihak tentera berkata mereka terbunuh dalam satu serangan darat besar-besaran pada Ahad.

Jumlah tentera Israel yang terbunuh kini meningkat kepada 18 orang.

Dua orang awam terbunuh dalam serangan roket dan mortar yang dilancarkan ke atas Israel. Berpuluh-puluh anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.

Sekurang-kuranya 425 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik yang berlarutan hampir dua minggu dan masih belum menunjukkan tanda akan reda.


DEMO SOKONGAN KEPADA #GAZA DISELURUH DUNIA.....


Di Amsterdam #NED, nampak tak solidariti manusia seluruh dunia utk #Gaza. Media je yg taknak publish news,  pic.twitter.com/MgsU3E2wru



DEMO  yg mencecah 100k manusia protest di Kota London pun @BBCNews tak berani nak dedahkan. #Gaza pic.twitter.com/M6GCVKvWpF

20 Julai 2014

MH17 : MALAYSIA DALAM BAHAYA -TEORI YANG LOGIK AKAL



MH17: Dipihak Manakah Anda??

MH17: Dipihak Manakah Anda?? | Artikel ini ditulis oleh CZ Fab, pengasas Forum Atas Bawah, berhubung isu nahas MH17 di Ukraine yang terjadi baru-baru ini. Setelah digemparkan dengan berita tersebut, apa yang kami dapati adalah percanggahan media terutama melibatkan media pro-US dan media pro-Russia. Disini kami simpulkan dalam satu artikel yang ringkas lagi padat agar memudankan anda semua memahami situasi yang terjadi.

Pendahuluan


Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya masih memperpanjangkan usia kita dan dapat kita lalui Ramadhan tahun ini dalam keadaan aman di negara kita yang tercinta ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta ke atas seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal hingga akhir. Semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak dengan banyaknya ibadah dan amal serta selawat kita kepada Baginda.

Dalam kesibukan kita beribadah di bulan Ramadhan, kita telah dikejutkan dengan banyak tragedi yang terjadi. Antaranya adalah pertempuran di Gaza antara pejuang Hamas, Briged Al-Qassam melawan Israeli Defense Force serta peristiwa yang terjadi di Sabah iaitu konfrontasi antara Askar Sulu dan juga pihak keselamatan negara kita.

Terbaru, kita sekali lagi dikejutkan dengan nahas yang melibatkan sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dipercayai ditembak daripada Buk Missile Launcher di sebuah daerah dalam Ukraine berdekatan sempadan Russia. Untuk mengetahui secara lanjut berita berhubung isu ini, sila baca artikel ini, ini, ini dan ini.

Ikuti juga kronologi lengkap perjalanan kisah MH17 dan tragedi selepasnya disini: MH17: Kronologi Lengkap

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita membaca analisa yang telah ditulis oleh CZ Fab seperti berikut...

*AMARAN! Jangan Baca artikel ini sekiranya anda seorang yang malas berfikir. Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak berminat untuk tahu tentang isu semasa dan juga keselamatan negara. Bacalah artikel ini dengan minda yang terbuka dan hati yang lapang agar anda dapat menghadamnya...

MH17: Dipihak Manakah Anda??


1. Russia membiayai puak pro-russian separatist (PRS) di Ukraine. Rujuk artikel disini.

2. PRS menyokong Russia dan Vladimir Putin. Rujuk artikel disini.

3. Segala kelengkapan perang diperolehi dari Russia.

4. Musuh PRS adalah kerajaan Ukraine dan penyokong kerajaan Ukraine.

5. (Kononnya media antarabangsa kata) Russia yg memberi BUK (SA-11) missile system pd PRS. SA-
11 pula berkeupayaan menembak sehingga 72,000 kaki. Rujuk artikel berkaitan BUK SA-11 disini.

6. Adakah Russia yg menyuruh PRS menembak MH17 semata2 utk trigger perang di rantau tersebut di antara Russia dan US (melalui pro-Ukraine)? Sedangkan Putin sendiri tidak mahu berlaku pertumpahan darah di Ukraine kerana mereka dulu asal bersaudara @ Russian juga.

7. Flight MH17 ditembak kerana sama bentuk dgn kapal terbang rasmi Putin adalah tak masuk akal semata2. Kelengkapan missile darat ke udara bukan seperti manpad atau bazooka atau "shoulder-fired missile" yg hanya guna mata dan teropong kecil, akan tetapi teknologi pengesanan adalah pelbagai merangkumi kedudukan GPS kapal terbang, kemungkinan laser guidance, by radar/satelit dan sudah tentu mempunyai teropong berkuasa tinggi dilengkapi night vision serta dikendalikan oleh keputusan dari "war room". Rujuk artikel ini yang diterbitkan pada awalnya berkenaan kenyataan media menyebut tentang Ukraine tersalah tembak pesawat.

8. Persenjataan dalam ketenteraan adalah well-managed dan terurus. Ada pengendali dan assistant pengendali. Ada pengesah dan sub-pengesah. Mustahil silap nampak bentuk kapal terbang.

9. Jadi, kes MH17 semestinya well-planned oleh pihak2 tertentu (dan mungkin bukan oleh PRS). Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa pihak yang terlibat adalah Ukraine dan US serta ejen-ejen risikan mereka. Ini kerana, tembakan tersebut amat tepat dengan hanya 1 sahaja peluru berpandu yang dilepaskan dan ini bukan kerja pemberontak yang sudah pasti tidak "well-trained" melainkan kerja-kerja ejen risikan kuasa besar yang hebat seperti negara mata helang.

10. Dalam sesi PC oleh Tiong Lai semalam, dikatakan ada 14 dari 15 syarikat penerbangan yang masih menggunakan laluan/route penerbangan yg dilalui MH17. Jadi ini bukan masalah route dan dikira selesai.

11. Penduduk tempatan sudah tahu laluan atas kepala mereka dilalui oleh beratus penerbangan dalam sehari. Kenapa kapal terbang komersil pula jadi sasaran sdgkan itu perkara biasa lalui di atas kepala (jika comply pd peraturan No Fly Zone / NFZ, sila lihat di bawah berkenaan NFZ)? Dan dalam soal ni, KENAPA pula MH17 yg jadi sasaran? Kenapa bukan syarikat penerbangan yang lain? Ini bermakna MH17 adalah sasaran pihak tertentu. Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa MH17 dijadikan sasaran pihak tersebut kerana ini melibatkan perancangan untuk mengeluarkan Malaysia daripada hubunganbaik dengan Russia dan China. Pihak Drama Raja juga sepakat menyatakan bahawa pihak yang menjadikan MAS Airlines sebagai sasaran adalah US dan sekutu mereka dalam tujuan melancarkan kempen perang dunia terbaru ke atas kuasa besar Russia.

12. Merujuk pd flight yang sama bentuk dgn presiden Russia, MUSTAHIL dan TAK MASUK AKAL bahawa PRS yang menembak sedangkan Russia adalah pembiayai dan penyokong PRS. Putin adalah boss kpd PRS. DAN ADALAH BODOH PULA BAGI PENTADBIRAN PUTIN MENYURUH KAPAL TERBANG PRESIDEN MEREKA MASUK KE LALUAN KONFLIK YG BOLEH MEMBAHAYAKAN PRESIDEN SENDIRI.


13. (Konon dari media antarabangsa) Kotak hitam dipercayai telah dibawa ke Moscow utk siasatan. Rujuk live updates disini.


14. Jika (13) benar, adakah Russia mahu cepat2 mencari log data2 yang boleh mengkaitkan penglibatan Ukraine atau US?


15. Jika (14) benar, ada TAPI nya, iaitu kemungkinan Russia mahu menutup jejak mereka melalui log data yang disimpan dalam kotak hitam? Tapi utk apa menutup jejak jika Russia (melalui PRS) tidak terlibat?


16. Jika (13) benar, adakah kerana Russia mahu selamatkan cepat2 sebelum dimanipulasi pihak2 tertentu (diedit, modify, tambah tolak data dlm tu dsbnya).


17. No Fly Zone yang dikuatkuasakan di Ukraine pada 1 July 2014 ialah, tiada sebarang objek penerbangan di bawah ketinggian 26,000 kaki. Pada 14 July 2014, Russia menembak jatuh pesawat kargo Ukraine (AN-26) yg terbang pada ketinggian 21,000 kaki. Dan disebabkan ini, kerajaan Ukraine menaikkan had ketinggian kepada 32,000 kaki. AKAN TETAPI, MH17 TERBANG PADA KETINGGIAN 33,000 KAKI. Anda fikirkan sendiri. Rujuk sini untuk berita tentang No Fly Zone.


18. Ukraine adalah sekutu kuat US. Persenjataan sudah tentu banyak dibiayai oleh US. Rujuk artikel inidan ini.


19. Umum mengetahui bahawa, setiap dua
 pihak yang sdg konflik, sentiasa ingin mencari punca atau pencetus kpd perang skala besar di antara keduanya.

20. Pencetus ini amat penting kerana ia merupakan cara permainan perang zaman moden disbbkan ramai pemerhati berbilion2 di peringkat antarabangsa. Utk kekal sbg status 'baik' dan 'penyelamat manusia', bukti cetusan diperlukan agar pihak yg kononnya baik tidak akan dipersalahkan. Perang zaman skrg juga spt mana kempen politik, mereka ingin melobi dan menunjukkan pd awam bahawa mereka "orang baik".


21. Kemungkinan besar MH17 adalah perancangan pihak2 yg ingin mencetuskan perang skala besar. Maka, MH17 telah 'dibahankan'. Hal ini amat serupa dengan kes hilangnya MH370 pada Mac lalu dimana jalan cerita dan skrip adalah hampir sama. Cuma bezanya, MH17 terus meletup manakala MH370 lenyap daripada radar. Sedangkan, kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung dalam isu kedua-dua pesawat ini adalah sama dari segi musuh dan kawan, iaitu musuhnya adalah blok kuasa besar kedua iaitu Russia dan China manakala kawannya adalah US dan Malaysia.


22. Antara US dan Russia, kita sudah tahu siapa yg ingin mempercepatkan perang. Sudahpasti pihak US, kerana merekalah satu-satunya negara dalam dunia yang sangat memerlukan dana kewangan bagi menampung kos ekonomi mereka yang sangat meruncing sekarang. Sedangkan kita di Malaysia walaupun banyak berhutang tetapi masih mampu untuk sustain dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi selagi bubbles dalam ekonomi masih belum meletup. Perang adalah satu bisnes yang amat menguntungkan. Kerana itu, US mahu melancarkan perang seterusnya setelah melihat isu di Syria dan Iraq tidak begitu menguntungkan mereka.


23. Kononnya dari media antarabangsa, diberitakan bhw, SA-11 kepunyaan PRS/Russia cepat2 dibawa masuk ke sempadan Russia sebaik shj kejadian MH17 berlaku. Dan dikatakan juga, salah satu missile pada SA-11 telah hilang. Persoalannya, adakah missile yg hilang tu asalnya dari missile yg menembak AN-26 atau asal dari yg menembak MH17??? Lagipun, kejadian AN-26 ditembak jatuh hanya berlaku beberapa hari sebelum kes MH17, iaitu masih baru lagi. Takkan lah pihak yg dituduh begitu bodoh tak cover missile yang hilang jika kita anggap bahawa semuanya adalah perancangan yg betul2 rapi dan no-failures.


24. Persoalan tentang kamera yang merakamkan. Bagaimana dengan cepat dan mudah pula rakaman MH17 terhempas dilakukan? Seolah2 seperti ada maklumat telah diketahui dan beberapa pak pacak sedia menunggu dgn camera masing2. Jika benar, ini semua adalah perancangan rapi utk mengheret pihak2 yg ingin dilagakan atau didakwa dengan BAHAN BUKTI sbg 'lampu hijau' utk menyerang pihak yg kononnya bertanggungjawab.


25. Security Council sedang dan akan bermesyuarat lagi, apa kata mereka? Apa mahu mereka? Apakah mereka mahu meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu Putin dan Russia? Mujur juga Putin dan Russia amat cool dalam isu ini dan tidak mudah melatah. Yang masih menjadi persoalan, setelah dua tragedi membabitkan MAS dan pesawat Boeing, mengapa masih BELUM ADA apa-apa penjelasan daripada pihak pembuat pesawat itu sendiri, iaitu syarikat Boeing???


26. Yang pasti, 'bahan' (kambing hitam) telah dipergunakan, 'boneka' telah dicari dan akan terus dicari lagi, proxy sedang bermaharajalela, dan PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL TERCETUS. Sekiranya perang antara blok kapitalis tercetus menentang Russia, sudahpasti Iran akan terlibat sama. China akan berkecuali dalam hal ini kerana mereka telah melaksanakan dasar ekonomi tertutup. Russia dan Iran adalah dua buah negara berjiran yang amat rapat sekali dari segi ekonomi, politik, persenjataan dan sebagainya. Iran memerlukan persenjataan canggih dan juga taktikal daripada Russia. Manakala Russia pula memerlukan minyak dan bahan mentah daripada Iran. Sekiranya salah satu terlibat dalam perang, maka salah satunya juga akan diheret bersama. Dan kedua-dua buah negara tersebut juga pernah menjadi kawan baik kepada Malaysia yang mana kita sekarang ini dilihat hendak memutuskan hubungan dengan mereka dan menjalin hubungan baik pula dengan US dan sekutunya.


27. Perhatikan juga sequence serentak dibeberapa tempat yg mana andalah menjadi mata-mata bagi diri sendiri.

Ok, kita KIV kan kejap soal panji timur dan kebangkitan dsbnya dan tumpu pd yg nyata telah berlaku hari ini. Jadi, anda sokong mana? Ukraine (US) atau PRS (Russia)? Buat penyiasat2 yg diberi kuasa di msia, boleh saja jadikan artikel ni utk speed up kerja siasatan. KAMI SAYANG MALAYSIA. MH17 adalah MARUAH KAMI JUGA.

Sekian,
Cz Fab
-Kelindan Lori cum Office Boy-

Penutup

Begitulah kupasan ringkas lagi padat oleh CZ Fab, pengasas Forum Atas Bawah yang pernah terkenal di Malaysia satu ketika dahulu. Artikel ini telah disunting semula oleh Brado Kapak dengan dibuat sedikit penambahan fakta pada setiap hyperlink yang disertakan.

Kami, segala warga kerja Drama Raja dengan ini menyatakan dengan jelas bahawa kami memilih untuk bersama-sama dengan pihak Russia !

Kami, TIDAK akan sama sekali redha untuk turut serta bersama-sama dengan pihak US dan sekutu kapitalis zionis mereka.

Sekiranya, pihak kerajaan kita memilih untuk bersama dengan pihak US, maka kami disini akan melakukan gerak kerja kami secara berjemaah tanpa perlu lagi mengharapkan apa-apa kebaikan daripada kerajaan melainkan pihak kerajaan membantu gerakan akhir zaman di dasar.

Kami amat yakin dalam rencana akhir zaman ini, pihak kerajaan kita tetap juga akan memilih US dan sekutunya sebagai wakil dalam percaturan dunia ini. Dan kami juga amat yakin, di akhir zaman ini, kelak akan munculnya satu pasukan daripada arah Timur akan kembali membawa sinar dan kegemilangan Islam dimuka bumi ini, insyaALLAH.

Siapakah golongan tersebut?
Ayuh ! Jadilah salah seorang daripadanya... Sahutlah seruan tersebut.

Jangan takut untuk menerima cabaran !
Berdaganglah kamu dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan membeli jiwa kamu dengan harganya.

Persoalan saya tinggalkan kepada anda,

Berapakah nilai harga diri yang hendak didagangkan tersebut??

Anda fikirkan dan renungkanlah...

WasALLAHu ala Sayyidina Muhammad wa ala Aali Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil Aalamiin.

Sekian. Wassalam.


-bradokapak-

Sumber

PM BELANDA BERI AMARAN KERAS KEPADA PUTIN PRESIDEN RUSIA : MH17


MH17: PM Belanda Beri Amaran Putin Punya 'Peluang Terakhir' Bantu Mangsa

Oleh: REUTERS


Mark Rutte

AMSTERDAM: Presiden Rusia Vladimir Putin mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan beliau serius mahu membantu penyelamat mencari mayat-mayat mangsa kemalangan pesawat penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Belanda, Sabtu.

Lebih daripada separuh penumpang di atas kapal yang terhempas berhampiran sebuah kampung di timur Ukraine, adalah rakyat Belanda, dan gambar-gambar barangan peribadi dan pasport bertaburan, dikenalpasti milik penumpang Belanda digeledah di lokasi kemalangan telah mengejutkan rakyat Belanda.

"Saya terkejut dengan gambar-gambar yang menunjukkan kelakuan yang benar-benar 'tidak menghormati' di kawasan tragis ini. Ia memualkan," kata Mark Rutte, merujuk kepada dakwaan bahawa mayat-mayat penumpang, termasuk 193 daripada negaranya, telah diseret dan dibiarkan reput di tempat kejadian.

"Dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan dia memang bermaksud untuk membantu," kata Rutte mengenai Putin, beberapa minit selepas perbualan dengan pemimpin Rusia itu yang disifatkan sebagai perbualan 'penuh perasaan'.

Tambahnya, pemimpin Jerman, Britain dan Australia turut berkongsi pandangan beliau.

Menteri Luar Frans Timmermans, yang berada di Kiev dengan pasukan pakar-pakar forensik Belanda cuba untuk mendapat akses selamat di lokasi kemalangan dengan berkata akses setakat ini adalah terlalu terhad bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengenal pasti mangsa dan membawa mereka pulang.

Sebuah akhbar Belanda mencetak gambar komander pemberontak yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 di muka depan dengan tajuk utama 'Pembunuh-pembunuh'.

Akhbar harian De Telegraaf menggesa kerajaan Belanda untuk memikirkan semula dasar kekangan ke arah Rusia.

"Kerajaan mesti menjelaskan kepada dunia bahawa kita berada di pihak kita dengan kemarahan," kata akhbar itu.

Disebabkan tanda-tanda risiko yang ditunjukkan untuk mengakses bangkai pesawat, Malaysia Airlines yang sebelum ini telah berjanji untuk membawa saudara-mara mangsa ke lokasi kemalangan, memberitahu televisyen nasional ia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ia tidak dapat menjamin keselamatan saudara-mara mangsa.


Mayat dibiar di tepi jalan, pemberontak halang kerja menyelamat


MAYAT-MAYAT mangsa MH17 disusun dan diletakkan ditepi jalan sahaja.

TIGA hari selepas pesawat MH17 dengan 298 penumpang dan anak kapal yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak jatuh di Ukraine, anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk pasukan penyiasat dari Malaysia masih belum dapat ke lokasi kejadian.
Malah, berdasarkan laporan media asing, kawasan yang sepatutnya di kawal ketat itu boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja termasuk pendudukan kampung dan orang ramai yang lalu untuk mengambil gambar dan melihat dari dekat kawasan tragedi yang mengorbang semua 298 orang dalam pesawat malang itu.
Lebih teruk ada yang bertindak menggeladah bagasi mangsa dan mengambil barang berharga termasuk kad kredit.
Pekerja-pekerja penyelamat yang tidak diketahui dari mana datangnya perlahan-lahan mengalihkan mayat dari kawasan pesawat jatuh dan memasukkan ke dalam beg plastik hitam, tetapi kemudiannya hanya dibawa dan diletakkan di tepi jalan di kampung Grabovo.
Apa akan jadi kepada mayat itu sekarang? Apa akan jadi kepada mangsa, kepada anak-anak kecil, adik-beradik, anak-beranak, suami-isteri yang terkorban dalam kejadian itu? Bagaimana pula perasaan keluarga mangsa di seluruh dunia apabila melihat gambar-gambar mayat mangsa MH17 di dalam beg plastik hitam seperti itu yang hanya diletakkan di tepi jalan?
Menurut laporan agensi berita asing, situasi di Grabovo mengelirukan. Lelaki-lelaki bersenjata tiba dengan satu deretan kereta kemudiannya berlalu pergi, termasuk sebuah kereta yang dicat dengan warna biru dan kuning bendera Ukraine, dipercayai daripada bahagian kecemasan kerajaan Ukraine. Semua mereka bersenjata.

Namun, tidak ada siapa berbuat apa-apa dengan mayat-mayat mangsa. Tidak ada bunyi siren ambulans seperti apa yang biasa kita lihat dan dengar jika berlaku mala petaka seperti itu.
"Kamu sekarang berada dalam kawasan perang, jadi jangan risau dengan lelaki yang bersenjata," kata salah seorang pemberontak sambil memberitahu mayat-mayat mangsa mungkin akan dibawa ke rumah mayat di Snezhnoe atau Donetsk. Tetapi dia sendiri tidak pasti.

Ada juga dakwaan daripada pihak Ukraine bahawa beberapa mayat telah hilang. Ketika sebahagian besar mayat ditutuk dengan plastik hitam, terdapat anggota badan mangsa yang dikaut dan dimasukkan ke dalam guni sahaja.
Cuaca musim panas Ukraine pula menyebabkan mayat cepat mereput yang menyebabakan kawasan itu berbau busuk yang menurut para wartawan yang sudah tiba di sana sudah tidak tertanggung untuk menghidu.
Sumber Kementerian Luar Ukraine berkata, mayat akan dibawa ke bandar Karkiv di timur negara itu untuk bedah siasat, dan berjanji akan mewujudkan pusat maklumat dan menyediakan kemudahan penginapan percuma untuk sanak saudara mangsa.
Tetapi jika dilihat kepada senario di tempat kejadian, perkara itu tidak mungkin akan berlaku, tidak ada tanda-tanda pihak pemberontak akan memberi kebenaran secara meluas untuk masuk ke kawasan itu.
Para wartawan asing yang tiba ke lokasi itu tidak dibenarkan oleh pemberontak, dan pergerakan mereka sentiasa di kawal oleh orang yang bersenjata. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...