15 Januari 2014

PENJELASAN PUNCA PENGUGURAN AZMIN DARI PKNS TERDEDAH !!!


Keputusan tidak sambung kontrak Azmin dibuat pengurusan PKNS, kata MB Selangor




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam tindakan tidak menyambung Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), sebaliknya ia dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Abdul Khalid menegaskan, keputusan terhadap Azmin itu bukanlah tindakan yang dibuat oleh parti kerana exco jelasnya hanya meluluskan cadangan itu.

"Keputusan diluluskan exco. Exco bukannya satu parti, tetapi sekumpulan. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti.

 Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya, dan menambah keputusan itu telah dibuat pada 4 Disember 2013 lalu.

Abdul Khalid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya lagi

FILEM ANAK NAJIB BERUNSUR LUCAH XXX.....ADAKAH FINAS AKAN BENARKAN TAYANGKAN DIMALAYSIA?


ADEGAN SEKSI DAN KATA-KATA LUCAH BERSEPAH DALAM FILEM TERBITAN SYARIKAT ANAK ROSMAH


Meski pun filem ini dibuat dengan belanja yang besar sekitar USD 100 juta, namun penerimaan peminat wayang tidak memihak kepada pelabur dan penerbit filem ini.


Filem keluaran Red Granite Pictures milik Riza, Wolf Of Wall Street yang dibintangi pelakon tersohor Hollywood Leonardo De Carprio mendapat kejian yang tidak disangka-sangka daripada pengkritik filem dan wartawan.

Filem yang dipenuhi dengan adegan dadah, bogel, dan kata-kata lucah itu secara amnya tidak mendapat tempat di mata peminat wayang.

Walaupun filem itu telah mula ditayangkan dibeberapa negara di dunia namun tidak di Malaysia seperti mana lazimnya.

Malaysia adalah negara pengimport wayang Hollywood yang tidak pernah ketinggalan menayangkan semua filem baru Hollywood terutama filem-filem kos tinggi membabitkan ratusan juta USD.

Menurut SarawakReport, pengusaha industri filem negara telah menyaksikan filem tersebut untuk tujuan menayangankannya di Malaysia namun segala konten yang serba haramjadah yang terdapat dalam filem tersebut membuatkan mereka bertukar fikiran kerana yakin filem itu tidak akan dilulukan FINAS.

Meskipun Riza mendakwa kos filem berkenaan adalah dari poketnya sendiri namun terdapat berita angin yang menyatakan dia mendapat tajaan dari Asia Tenggara dan Negara-Negara Timur Tengah. Tidak ketinggalan juga berita angin tentang dana dari ibunya sendiri Rosmah Mansur.



Adakah anda fikir anak Rosmah turut berada di set untuk menyaksikan penggambaran?


pengusaha panggung wayang Malaysia tak mahu ambil risiko


kata-kata kotor di'mute'kan


siapa 'bapa' yang dimaksudkan

rujukan- http://www.sarawakreport.org/2014/01/pms-family-movie-too-haram-to-show-in-malaysia/

14 Januari 2014

MUKRIZ BUAT U-TURN DALAM ISU PERPINDAHAN KUIN....KEPUTUSAN YANG MEMALUKAN DALAM SEJARAH MB KEDAH !!!


Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke Kuala Ketil


PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.

Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.

Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.

Ditakdirkan Pakatan Rakyak tumbang dalam PRU14, maka pentadbiran Kuin pun bertukar tangan selepas rektornya Prof Dr. Mohd Jamil Othman melepaskan jawatan.

Pemangku Rektor kemudian diserahkan kepada Dato’ Che Barni Mohd Nor, seorang yang bukan dari latarbelakang pengurusan akademik.

Melalui keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan baru dan pentadbiran baru, pusat pentadbiran kembali dipindahkan di Mergong. Mereka memberi pelbagai alasan terhadap perpindahan tersebut. Antaranya kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi dan kerajaan negeri tidak sudi membuat pelaburan dalam projek yang ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.

Namun terdapat sumber dalaman menyebut bahawa antara sebab kembali ke Mergong adalah kerana terdapat pegawai yang tinggal di Alor Setar tidak sanggup berulang alik ke Kuala Ketil yang agak jauh. Jika benar dakwaan ini maka teruk sungguh pegawai tadbir di bawah kerajaan BN.

Manakala sebab kerajaan negeri mahu pusat pentadbiran berpindah ke Mergong, tidak lain tidak bukan berpunca dari sikap ego. Iyalah, jika mereka kekal di Kuala Ketil, ia macam pengiktirafan terhadap kejayaan yang dibuat oleh kerajaan lalu. Mukhriz yang pernah menjadi peserta demonstrasi haram bersama segelintir kakitangan Kuin menghentam kerajaan negeri tentulah rasa tercabar untuk mengiktiraf buah tangan Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Sekalipun kembali ke Mergong adalah perbuatan 'kurang cerdik' tapi bagi kerajaan Mukhriz biarlah 'kurang cerdik' asal jangan iktiraf kecerdikan kerajaan lalu.

Di Mergong pelajar terpaksa kembali bersesak menghadiri kuliah. Siapa yang datang lewat terpaksa berada di luar kelas, mengikuti pengajian melalui tingkap. Di zaman siber ini semua gelagat lucu itu terakam dan tersebar dengan pantas ke alam maya. Teruknya kerajaan BN mentadbir Kuin menjadi bahan gelak ketawa dunia luar.

Kampus induk yang besar dan lengkap segala kemudahan tidak digunakan sebaliknya mereka memilih suasana penuh kedhaifan. BN dapat Kuin diibaratkan seperti kera dapat bunga.


Rektor baru

Kerajaan negeri kemudiannya memilih rektor baru iaitu Prof Datuk Mohd Yusof Kasim. Beliau adalah orang akademik dan bukan orang politik. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan campur, tolak, darab, bahagi – pengurusan akademik. Beliau memilih untuk kembali ke kampus induk di Kuala Ketil.

Nampaknya dalam menguruskan negeri, kerajaan Mukhriz jadi macam Lebai Malang sekejap ke hulu, sekejap ke hilir dan kembali ke hulu. Macam Pak Pandir, sentiasa salah dalam membuat keputusan. Macam Pak Kadok, jadi bahan gelak ketawa orang ramai dengan gelagat baju kertasnya.

Alhamdulillah, akhirnya kerajaan negeri memanfaatkan sepenuhnya kampus induk yang menjadi buah tangan Ustaz Azizan. Memang itu yang sepatutnya dilakukan dari awal.

Terbaru, Mukhriz berkata kerajaan negeri bersetuju menggunakan sepenuhnya kampus induk tahun ini, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai anak negeri yang dapat memimpin masyarakat serta mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih berkualiti. Mukhriz terlewat tujuh bulan untuk mula berfikiran murni seperti itu. Tak apalah sekurang-kurangnya lebih baik dari tidak terfikir langsung mengenainya.

Tanggal 11 Januari baru-baru ini Istiadat Konvokesyen Ke 15 diadakan di kampus induk Kuin Kuala Ketil, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Di hadapan Agong, Mukhriz menyebut perihal pelan transformasi Kuin menyasarkan pencapaian taraf universiti penuh menjelang tahun 2015. Sebenarnya itulah yang dihasratkan oleh Ustaz Azizan dahulu apabila membina kampus induk di atas tanah yang berkeluasan lebih 300 hektar itu dengan segala prasarana yang melayakkannya untuk diiktiraf sebuah universiti penuh.

Jika Kuin terus terperap bawah longkong tempurung macam di Mergong maka sampai bila-bila Kuin tidak jadi sebuah universiti penuh.

Ustaz Azizan juga pernah mensasarkan suatu masa Kuin akan mencapai kedudukan kewangan yang stabil serta tidak bergantung lagi pada kerajaan negeri, walaupun pada peringkat awal ia seolah menjadi bebanan kepada negeri.

“Kuin juga dijangka mencapai kelestarian kewangan dan mampu berdikari mulai 2017,” itu ucapan Mukhriz selepas tujuh bulan mendapat Kuin yang ditinggalkan Ustaz Azizan.
Mukhriz membuktikan kebenaran wawasan Ustaz Azizan walaupun terpaksa menempelak muka sendiri dengan sikap dan tindakan lalu.

MALANG SUNGGUH ! NAJIB MENGANGKUNGKAN DIRINYA SENDIRI ......

Akhir Najib mengangkungkan dirinya sendiri

Oleh Mohd Sayuti Omar


Semasa ramai orang teruja dengan penampilan Najib Razak sebagai pemimpin, memegang jawatan tertinggi negara sebagai perdana menteri, saya mengambil sikap selamba sahaja dengan kebolehannya. Kenapa, apakah saya membencinya? Tidak. Semuanya kerana saya melihat perjalanan sejarah hidup dan perjuaannya di dalam Umno. Dari situ saya menilai dengan akal saya apa-apa keistimewaan yang ada kepadanya dan apa yang beliau boleh lakukan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dalam mata saya Najib tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang boleh patut meletakkan dia ditempat dia berada hari ini. Apa yang ada kepadanya hanya memiliki keluarga bangsawan dan dia sendiri adalah putera dalam sebuah keluarga bangsawan. Ayah dan ibunya adalah anak bangsawan.

Najib tidak ada modal diri (aset) yang besar untuk dijadikan cagaran untuk dia menjadi pemimpin seperti gagasan, rekod kepimpinan lampau dan sebagainya. Dia hanya memiliki itu saja. Dia seorang bangsawan. Najib pernah kecewa dengan panggilan ini, dan menafikan, dia menerima dia adalah anak biasa sahaja. Bekas setiausaha politiknya Fatmi Che Salleh pernah menjelaskan hal ini kepada saya, dan menghuraikan yang Najib bukan seorang bangsawan. Tetapi sejarah dan DNA tidak dapat dinafikan, siapa dia sebenarnya.

Sebagai anak bangsawan Najib dipuja dan didendang dengan lagu-lagu perhambaan kepadanya. Dia dilindungi dan ditantang bagaikan minyak penuh. Anak petani, penoreka getah, anak nelayan sangat memuja dan terpsona dengannya. Sifat dan perangai semula jadi orang Melayu, akan menyanjung anak bangsawan, sedia menjadi hamba dan kuli. Kalau Najib masuk ke kampung orang kampung akan meletaknya atas tandu dan ramai-ramai dan bergilir-gilir mengusung Najib takut terpijak tahi ayam monir.

Dalam satu buku saya, saya pernah persoalkan mengenai kebolehan Najib untuk menjadi seorang pemimpin berdasarkan latar belakang dan sejarah hidupnya. Saya melihat Najib tidak mampu memenuhi keperluan sebagai seorang pemimpin untuk membela rakyat seperti di Malaysia ini khasnya orang Melayu rata-rata masih miskin dan setengahnya berfikiran primitif. Agumen saya mudah sahaja, Najib tidak pernah tahu hal kehidupan orang bawah, soal kemiskinan, penderitaan dan sebagainya tidak pernah dikecapi dengan lidah kehidupannya.

Hujah saya, macam mana Najib hendak merasai denyut nadi rakyat semua itu sedangkan dia tidak pernah melaluinya. Najib tidak pernah digigit pacat, lintah dan nyamuk. Jadi rasa-rasa, kemiskinan dan kesengsaraan dia tidak tahui sebab dia bangsawan. Dia tidak pernah memakan pisang tenggala rebut, beras jemah atau pun ubi setelor bakar. Apa yang dia makan ialah kek dan ayam goreng.

Sebagai anak bangsawan juga Najib tidak pernah melaku dan menguruskan sendiri hal-hal dirinya; pakai kasut, amabil makanan, kacing baju dan sebagainya semua dilakukan oleh abdi atau amah. Saya percaya kalau Najib meminta agar ada orang membasuh duburnya, ada puteri Umno dari kampung pedalaman yang mahu berbuatnya.

Kalau pun Najib mengetahui dan cuma memahami sifat, rupa diri dan kesangsaraan orang miskin hanya melalui novel dan hikayat atau menonton filem-filem dokumatasi di zaman ayahandanya, Razak Hussein. Itu sahaja. Dan kalau setakat menonton dan membaca, tanpa hayati sendiri sejauh mana sangat mengenalkan dia dengan erti kemiskinan dan kepayahan hidup.

Dari kronologi perjuangannya pula Najib tidak pernah berlatih untuk menjadi pemimpin. Najib tidak diacuakan dengan apa-apa wadah dan idealisme perjuangan. Dalam kontkes orang Melayu hanya dua saja menjadi matlamat, perjuangan demi bangsa dan Islam. Untuk bangsa apakah wadah perjuangan Najib? Apa yang dia tahu mengenai sejarah perjuangan orang Melayu. Dan apalah medan juang yang beliau pernah turuni?

Najib tidak pernah memasuki persatuan-persatuan yang sinonim dengan bangsa Melayu seperti bahasa dan kebudayaan. Dia tidak pernah menjadi mana-mana persatuan belia, sukan, ataupun seni mempertahankan diri. Malahan di zaman kecil dan remajanya dia bersekolah di sekolah Inggeris dan di luar negara. Di universiti dia tidak pernah terlibat dengan gerakan pelajar yang membela isu-isu melibatkan rakyat dan negara. Isu-isu kemiskinan, kesusahan, jauh dari mindanya.

Pendeknya Najib tidak pernah ditanam dengan semangat agama dan bangsa. Pemikiran Najib adalah pemikiran sekular dan gaya orang mudah - orang kaya. Kalaupun dia mula mengenali nasionalis Melayu apabila dia menyertai Umno. Penyertaaan itu pun secara kebetulan sahaja selepas ayahnya meninggal dunia tahun 1976, apabila beliau dipilih menjadi calon pilihan raya kecil menggantikan ayahnya. Sebelum itu dia asing dengan Umno dan juga politik.

Dalam Umno, Najib naik bukan dengan mengharung perjuangan. Dia tidak naik dari bawah. Jauh sekali dengan melalui jalan-jalan berliku seperti pejuang bangsa lain. Dia naik di dalam Umno umpama masuk ke rumah tanpa membasuh kaki dan pecat kasut. Dia disung masuk ke dalam rumah Umno. Dari jawatan sebagai timbalan ketua pemuda Umno hinggalah kepada ketua, naib presiden, timbalan presiden dan presiden.

Najib melalui jalan mudah, atau pun diberi atas rasa hormat tinggi kepada jasa-jasa bapaknya. Jalan mudah itulah menyebabkan dia tidak sempat merasai apa itu perlawanan, apa itu perjuangan dan apa itu jatuh dan bangun dan seterusnya merasai keperitan dalam hidup.

Justeru bila dia menjadi PM, dia ambil mudah segala hal. Beliau melihat dengan mata tanpa menjamah sesuatu dengan anggota. Beliau juga tidak ada pemikiran besar yang hendak dibawa dan dikemukakan kepada negara. Dia hanya berteori dan beretorika saja. Sudah hampir lima tahun beliau jadi perdana menteri apa gagasan dan visi yang dibawa? Apa yang dilakukan hanya mencitpa slogan, 1 Malaysia dan transformasi. Setakat slogan tanpa pengisian sesiapa pun boleh lakukan.

Itupun transformasi dilakukan diragui oleh banyak pihak termasuk partinya sendiri. Cara Najib banyak menghabiskan wang negara dari mengembungkan perbendaharaan negara. Dia masih belum ada jasa dan budi membanggakan. Apa dilakukan asyik menjual budi dan bakti ayahnya membangunkan Felda. Di mana-mana dia pergi dia sering membangkitkan jasa dan bakti ayahnya.

Tindakannya memberi wang 1 Malaysia kepada rakyat untuk mendapat sokongan dikirtik oleh veteran Umno. Bekas ketua Penerangan Umno Malaysia, Hussein Ahmad tidak berkenan dengan cara Najib berpolitik yang disifatkan sebagai politik memelihara harimau yang mana akhirnya membahayakan diri.

Kata Hussein Ahamd cara Najib gunakan wang, mengumumkan projek itu dan ini untuk meraih sokongan tidak ubah seperti orang memelihara anak harimau yang kena memberi daging setiap hati. Politik itu kata Hussein bahaya kerana sampai satu peringkat Najib tidak mampu menyediakan daging menyebabkan harimau akan membahamnya setelah tiada makanan (habuan) lain.

Mahathir juga mengkritik penggunakan wang kerajaan oleh Najib untuk menagih undi. Walaupun beliau juga berbuat hal yang sama di eranya, tetapi nilainya tidak seteruk Najib. Najib terpaksa menggunakan wang kerana dia tidak ada nilai tambah untuk menarik perhatian rakyat.

Mahathir menyifatkan BR1M diperkenalkan Najib tidak memberi untung banyak kepada Umno dan ianya perbuatan sia-sia. Ini diukur kepada sokongan rakyat di dalam pilihan raya lalu di mana UBN mendapat 47% undi popular berbanding sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat melebihi 52%.

Apalah yang Najib sebagai anak bangsawan dapat lakukan melainkan mengamalkan politik mudah dan boros begitu?

Hari ini ketika rakyat di ambang dibaham kenaikan kos sara hidup ekoran langkah diambil Najib ia menzahirkan rupa diri dan mempamirkan akalnya yang sebenarnya. Semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman kelmarin Najib menempelak rakyat yang asyik menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barangan tanpa mahu melihat faktor-faktor lain.

Najib dalam ghairah membela dirinya menyebut, kerajaan telah membuat berbagai iniasitif untuk mengawal harga barangan dan ia sudah menampakkan kesan apabila harga kangkung sudah mulai turun. Najib menyebut kangkung sebagai membuktikan bahawa langkah transformasi dilakukan memberi kesan yang baik.

Kenapa Najib harus mengambil kangkung sebagai perbandingan? Apalah yang ada kepada kankgung sejenis sayuran itu. Kenapa tidak mengambil perkara lain. Mungkin kalau anda dapat menyelami apa yang hendak saya bercerita tentang Najib ini, anda tidak perlu merara lucu dan terkejut dengan perbandingan Najib itu, kerana setakat ituilah daya fikir Najib sebagai perdana menteri. Ia sepanjang akar kangkung dan setinggi pucuk kangkung saja.

HIMPUNAN TUTUP BANGKOK DISERTAI SEJUTA ORANG DESAK PM LETAK JAWATAN -GAMBAR2 MENARIK

?กปปส.รุกปิดล้อม สตช.?

Demonstrasi `Bangkok Shutdown' disertai kira-kira sejuta orang



Kira-kira beberapa ratus ribu hingga sejuta orang menyertai kempen 'Tutup Bangkok' di tujuh tapak perhimpunan di tengah Bangkok hari ini yang menghalang lalu lintas di beberapa jalan utama.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dan penangguhan pilihan raya umum pada 2 Feb, yang dijangka berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

?กปปส.รุกปิดล้อม สตช.?


Bharian juga melaporkan:

Kesan langsung adalah jalan menghala ke tengah Bangkok, yang lazimnya sibuk dan seringkali sesak, hampir lengang atau tiada lalu lintas sama sekali memandangkan penduduk sama ada memilih untuk menjauhkan diri atau menggunakan pengangkutan altertif misalnya perkhidmatan tren.

Perkhidmatan tren penuh dengan penumpang dan beroperasi pada kapasiti maksimum pada siang hari memandangkan peserta perhimpunan memilih tren sebagai kaedah pengangkutan utama mereka.

Banyak kompleks beli-belah yang dibuka meskipun terletak dalam lingkungan tapak perhimpunan namun ada juga kedai yang ditutup. - Ibid.Juga dilaporkan:

"Saya bangga dapat menyertai tunjuk perasaan ini. Saya faham ia akan menjejaskan kehidupan penduduk tetapi saya tidak boleh duduk di rumah saja. Saya mahu pembaharuan kepada negara ini terlebih dahulu, barulah kita boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Morny.

Wanita berusia 31 tahun itu memohon cuti daripada majikannya hari ini untuk menyertai tunjuk perasaan di persimpangan Pratumwan di sini. - Ibid.Dailamail melaporkan:

Tens of thousands of protestors have ‘shutdown’ Thailand’s capital city Bangkok as part of ongoing demonstrations against the country’s government.Roads have been blockaded and encampments have been set up at eight main demonstration points in the city centre.

But the Tourism Authority of Thailand (TAT) insisted that Bangkok was ‘still open for business’ for tourists and that its main attractions - including the Grand Palace and the Temple of the Emerald Buddha - were operating as normal.

The barricades have brought traffic to a standstill on 16 major roads in the city, forcing 800,000 commuters to find alternative routes to work. But the city’s airports, trains and river ferries were operating as normal and most shops were open.

Protest leader Suthep Thaugsuban said he would not shut down public transport or Bangkok's airports. 'We will allow tour buses to use a single traffic lane that will be opened for buses, emergency services and ambulances', he said. - Dailymail.

?กปปส.รุกปิดล้อม สตช.?
Apa pengajaran dari 'Himpunan Tutup Bangkok' ni?

Di pihak 'peminat' demonstrasi pulak terutama sekali pihak yang kata akan anjurkan Himpunan Turun Kos Sara Hidup pada 1 Mei depan, aku harap depa pun tengah tengok secara dekat ka dak demonstrasi di Bangkok ni.

Mungkin dah ada kut yang dah ada pun di Bangkok untuk tengok secara dekat dan ambik pelajaran yang boleh digunapakai untuk 'kejayaan' himpunan besar-besaran 1 Mei nanti.


SEMENTARA ITU PENYOKONG KERAJAAN JUGA MENGADAKAN PERHIMPUNAN ANTI-RAMPASAN KUASA

Pengerusi daripada baju merah, Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) menggesa ahli di seluruh negara untuk menerima pakai putih sebagai warna simbolik mereka untuk menentang rampasan kuasa.




Penunjuk perasaan memegang sepanduk dan belon untuk menunjukkan sokongan kepada pilihan raya 2 Feb di Tugu Thao Suranaree di daerah Muang Nakhon Ratchasima semalam. Kumpulan menggesa penduduk tempatan untuk menyokong pilihan raya, menentang rampasan kuasa mungkin dan mengutuk penunjuk perasaan anti-kerajaan 'penutupan' Bangkok. Prasit TANGPRASERT

Tida Tawornseth berkata semalam ahli UDD di seluruh negara mesti keluar untuk membantah terhadap pemberontakan.

Mereka harus memakai baju putih dan menerima pakai putih sebagai warna simbolik mereka, lilin cahaya di jalan-jalan setiap hari dan bersuara untuk mengutuk idea rampasan kuasa, katanya.

Cik Tida semalam mengumumkan strategi baru untuk menangani percubaan untuk menghasut rampasan kuasa, yang UDD percaya beberapa kumpulan mahu berlaku.

Beliau membuat pengumuman itu manakala Rakyat anti-kerajaan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik (PDRC) memegang perhimpunan di Bangkok mencari penyingkiran kerajaan sementara dan semalam Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Beliau berkata di bawah strategi baru UDD semalam menubuhkan empat peringkat anti-rampasan kuasa di Chiang Mai, Khon Kaen, Ubon Ratchathani dan Ayutthaya. Peringkat dipantau oleh UDD bersama pemimpin Jatuporn Prompan, Veerakarn Musikapong, Nattawut Saikuar dan dirinya masing-masing, katanya.

Cik Tida berkata ramai penceramah akan mengambil ke peringkat di hadapan dewan wilayah setiap petang.

Beliau berkata UDD memutuskan untuk menjadi tuan rumah aktiviti anti-rampasan kuasa di wilayah-wilayah mereka kerana kumpulan itu mahu mengelakkan konfrontasi dengan penunjuk perasaan PDRC yang menduduki bahagian Bangkok dan wilayah sekitarnya.

"Pergerakan itu UDD tidak akan menjadi  ganas dan  konfrontasi," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...