26 November 2013

PULAU BATU PUTIH , KERAJAAN PERLU BUAT RAYUAN KEPADA ICJ...SEBAB ADA RASUAH BESAR DITERIMA PIHAK MALAYSIA


Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh



Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.

Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.

"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.


"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.

Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.

"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja, menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.

Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.

"Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008.

"Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.

"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu.

"AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.

"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut.

Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.

"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.

"Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi.

Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.

Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar.

Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin
. ~tmi

HOT! ROKOK JENAMA MALAYSIA..TAPI DISELUDUP MASUK OLEH MAFIA?


 Ramai Yang Terpedaya Dengan Rokok Seludup Yang Berjenama "J", Anda Juga?

Mungkin ramai orang yang telah pun terpedaya dengan rokok seludup yang lebih memudaratkan dari rokok biasa.


Berdasarkan sumber Berita Harian, kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

Tapi... rokok berjenama John bukan hasil buatan Malaysia! Rokok ini diseludup masuk Malaysia oleh kongsi gelap

Menurut laporan The Star, rokok jenama "John" menggunakan nama pengilang palsu atau tidak wujud.

  • Rokok berkenaan akan disimpan di gudang yang diragui statusnya itu kerana tiada papan tanda berdasarkan situasi semasa sebelum ia diangkut mengikut jalan tanah merah ke Ladang Rakyat Laka Temin dengan pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Naza Ria pada waktu malam.
  • Sebuah rampasan telah dlakukan pada 24 Julai 2013 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia di Thailand. Dua buah lori membawa 75,000 kartun rokok - John Red dan 52,000 kartun John White ditahan di Kompleks Kastam Sadao.



Pernah tak nampak rokok jenama "John" ini?



Rokok jenama "John" ni dipasarkan sebagai "Jenama Bangsa Malaysia..."


Ada pengguna yang pernah percaya rokok "John" ini hasil Buatan Malaysia



Berdasarkan sumber Berita Harian, kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

bharian.com.my


Tapi... rokok berjenama John bukan hasil buatan Malaysia! Rokok ini diseludup masuk Malaysia oleh kongsi gelap.


SAMBUNG LAGI SINI

GEMPAK! Adakah Malaysia sudah di ambang bangkrap?

Hutang Negara : Malaysia Di Ambang Bangkrap

Membaca laporan melalui akhbar portal berita Malaysiakini, saya amat tertarik dengan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini (25 November 2013) di Parlimen yang menyatakan bahawa kadar hutang negara telah meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September tahun ini. Menurutnya, hutang negara kini berjumlah RM529.6 bilion, satu angka yang disifatkannya sebagai masih lagi dalam keadaan terkawal.

Saya menyifatkan angka ini sebagai satu angka yang amat menggerunkan kita semua rakyat Malaysia. Perlu diingatkan bahawa, sekiranya angka hutang melebihi kadar 55 peratus berbanding KDNK, ia telah melebihi angka maksimum yang ditetapkan oleh Akta Pinjaman Tempatan (1959) yang mengehadkan hutang negara pada had siling 55 peratus. Jika ia berlaku, negara sebenarnya sudah di ambang bangkrap!

Lebih membimbangkan apabila Ahmad Maslan di dalam masa yang sama menyatakan bahawa kerajaan turut menjamin sebanyak RM147.3 bilion pinjaman yang dibuat badan berkanun dan syarikat kerajaan. Namun katanya, jaminan ini yang dikelaskan sebagai tanggungan tidak langsung, tidak dikira dalam hutang kerajaan.

Saya menyifatkan kenyataan ini tidak lebih hanyalah ‘off balance sheet financing’ iaitu menyembunyikan pendedahan penuh hutang kerajaan kepada umum. Jaminan kerajaan sekalipun pada asasnya bukan merupakan hutang tetapi pada hakikatnya ia telah menjadi tanggungan yang perlu dilangsaikan oleh kerajaan jika ia gagal dilunaskan. 

Sebagai contoh, jaminan kerajaan untuk projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bernilai RM3.6 bilion telah mengakibatkan kerajaan pusat terpaksa menambah sekurang-kurangnya RM4.6 bilion dalam bentuk pinjaman untuk menyelamatkan secara bail out projek tersebut. Kosnya dikatakan telah meningkat sehingga RM12.5 bilion. Hakikatnya, jika dijumlahkan hutang kerajaan sebanyak RM529.6 billion dengan jaminan kerajaan berjumlah RM147.3 billion, ia akan membentuk jumlah sebanyak RM676.9 billion yang sebenarnya merupakan 68.5 peratus daripada KDNK!

Saya ingin mengajak semua pihak melihat senario ini sebagai satu senario yang amat membimbangkan. Gaya perbelanjaan dan amalan berhutang yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia sebenarnya sedang berada di tahap yang amat parah dan semakin menjadi-jadi semenjak akhir-akhir ini. Sebagai perbandingan pada tahun 2007 jumlah hutang negara hanya RM266.72 billion yang membentuk nisbah 41.58 peratus dari KDNK (pada masa itu RM641.499 billion). Ia terus meningkat pada 2008 di mana angka hutang ialahRM306.386 billion iaitu 41.37 peratus dari KDNK (RM740.721 billion). Ia menjadi-jadi di zaman pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sehinggalah ke hari ini di mana angka hutang yang diisytiharkan ialah RM529.6 billion iaitu 53.6 peratus jika dinisbahkan dengan KDNK.

Kerajaan Barisan Nasional sering berdolak dalih tentang bahawa kerajaan perlu berjimat dan selalunya yang akan dikorbankan adalah subsidi kepada rakyat. Apabila ingin berjimat perkara pertama yang akan dipotong adalah subsidi kepada rakyat. Kerajaan tidak pernah berbicara tentang pembaziran puluhan billion tiap-tiap tahun dan bagaimana kerajaan seringkali terlebih belanja (overspent). Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa akibat pemotongan subsidi. Hutang kerajaan terus juga meningkat saban tahun.

Projek gagal seperti PKFZ, NFC, bail-out kepada Perwaja, MAS yang melibatkan billion-billion ringgit menyumbang kepada kenaikan perbelanjaan kerajaan. Kesudahannya rakyat (pembayar cukai) juga yang terpaksa menanggung bebanan perbelanjaan dan hutang akibat projek-projek mega yang gagal dan 'projek' bail-out kroni.

Saya mengajak rakyat Malaysia keseluruhannya agar menyedari ke mana hala tuju ekonomi yang sedang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kita tidak mahu Malaysia mengikut jejak negara Eropah seperti Greece, Spain dan Ireland yang merudum ekonominya dek kerana hutang yang melampau. UMNO dan Barisan Nasional sememangnya tidak akan berpisah daripada pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat. Amalan ini wajib dihentikan. Dalam hal ini, Najib tidak perlu menggunakan lilin untuk meraikan tetamu, cukup sekadar mendisiplinkan dirinya, ahli keluarganya (termasuk isterinya) serta kerajaannya dari menjadikan harta kerajaan sebagai milik peribadi.

Persoalannya, setelah UMNO dan pembaziran menjadi sebati, mampukah mereka melakukan demikian? Salam 1Malaysia.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

* penulis merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

25 November 2013

TERHANGAT! NENEK 73 TAHUN DIROGOL....APA NAK JADI....


Nenek 73 tahun DIROGOL jiran



LIMBANG - Usaha seorang wanita warga emas bertarung nyawa selama 15 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pemuas nafsu serakah seorang lelaki tidak kesampaian apabila dia di­percayai dirogol di sebuah kawasan di Medamit malam Jumaat lepas.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun cuba mela­wan dengan menendang dan mengigit suspek tetapi tidak berdaya kerana mengalami sesak nafas.

Difahamkan mangsa yang tinggal sendiri di rumahnya didatangi suspek sebelum kejadian hitam itu berlaku.

Timbalan Ketua Polis Lim­bang DSP Daniel Desmond Benjamin berkata suspek yang berusia 55 tahun merupakan jiran sekampung mangsa.

“Suspek dikatakan datang dengan mengetuk pintu ru­mah mangsa untuk meminta lilin dan kemenyan.

“Ketika mangsa meny­erahkan barang berkenaan, suspek tiba-tiba memeluk mangsa dari belakang dan membawa mangsa ke bilik serta menolak mangsa dengan kasar sehingga mangsa terbar­ing di katil,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Kata Daniel lagi suspek yang hanya berkain sarung dan tidak berbaju kemu­diannya melucutkan kain sarung dan baju mangsa dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

Pada masa sama ujarnya mangsa cuba melawan dengan menendang dan mengigit suspek tetapi tidak berdaya kerana sesak nafas.

“Laporan dibuat mangsa sekitar jam 3 petang kel­marin. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.



GAMBAR SEKADAR KIASAN......

Artikel Penuh: SINI

HOT ! PEMBOHONGAN KERAJAAN TENTANG HARGA GULA TERBONGKAR !!!!





PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.




PKR gesa mansuh AP gula



Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR - [Dikemaskini]PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, apabila monopoli AP membeli gula mentah dimansuhkan, ia akan memberi peluang kepada banyak syarikat untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis pada harga yang lebih murah.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

"Keengganan BN melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu bahawa kerajaan telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak swasta sedangkan keuntungan adalah milik swasta.

"Kenapa dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...