09 Januari 2013

Panas ! Pengawal SYABAS acu senjata api halang rakyat hendak tahu apa berlaku di rumah pump Wangsa Maju ( +video )



Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. 


Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak.


Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat. Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya.. KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN
.



TERKINI ! Kantoi Isa Samad Dibuang ahli dari KPF - Arahan Mahkamah



KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut.
Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memerintahkan perintah Mandamus iaitu perintah yang mengarahkan KPF mengambil tindakan memadamkan dan membuang nama Isa dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

Hakim juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar oleh SKM kepada peneroka yang manjadi pemohon dalam kes semakan kehakiman tersebut.

Dengan keputusan mahkamah hari ini selesailah kemelut dan kontroversi status keahlian Isa Samad di dalam KPF.


Sebelum ini status keahlian Isa Samad menjadi isu hangat kerana berdasarkan undang-undang kecil KPF beliau tidak layak menjadi ahli KPF.Keahlian KPF hanya dibenarkan kepada peneroka, isteri dan anak peneroka dan kakitangan tetap Felda. Isa tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut.

Dipercayai keahlian Isa Samad tersebut diluluskan sebelum ini sebagai usaha untuk melantik beliau menjadi Pengerusi KPF. KPF adalah satu-satunya anak syarikat Felda yang belum dapat dikuasai oleh Isa Samad.

Ramai percaya bahawa KPF adalah lubuk emas kepada Felda yang telah lama diintai oleh Isa. Usaha untuk mengheret KPF ke dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) juga gagal sebelum ini.

Keahlian Isa Samad telah dicabar oleh beberapa orang peneroka yang menjadi ahli KPF dan isu keahliannya telah dibawa ke Panel Pertikaian SKM pada Mei 2012.
SKM telah membuat keputusan yang dikira aneh kerana meskipun ia bersetuju keahlian Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF namun dalam masa yang sama ia juga memutuskan keahliannya tidak boleh dibuang atau dipadam dari rekod keahlian KPF.

Dengan keputusan SKM tersebut lima orang peneroka telah mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh peguam para peneroka iaitu Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Pada bulan Oktober iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF, Hakim Tuan Abang Iskandar memberi kebenaran untuk para peneroka meneruskan semakan kehakiman ke atas SKM dan hakim juga memerintahkan perintah interim menggantung keahlian Isa Samad dan melarang apa-apa pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF di dalam mesyuarat agung tersebut.

Pada hari ini Hakim Datuk Zaleha secara muktamad mengarahkan keahlian Isa Samad dibuang dari rekod KPF.


Dalam perbicaraan hari ini para peneroka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala SKM diwakili oleh Mohd Zainudin dan KPF pula diwakili L.Doshi

Hot ! Kontraktor Tutup Sekolah..Memalukan Menteri BN dan Kementerian Pelajaran !!!



Panas!! Sekolah Di Tutup Ketika Sessi Persekolah Baru Bermula Akibat Pergaduhan Kontraktor

Dalam sejarah Malaysia mana ada Sub-Kontrator berani menutup Sekolah hak miliki Kerajaan. Biasanya dalam kontrek projek kerajaan sub-kontraktor tiada hak langsung untuk mempertikai perjalanan projek  semua dibawah tanggungan Kontraktor utama dan segala pembayaran dan urusan melalui mereka,  maknanya hak untuk menutup atau menyita sebuah projek dalam apa keadaan bukan kuasa kontraktor kecuali mendapat perintah mahkamah.

Kejadian ini amat memalukan kementerian tersebut, mungkin ada sesuatu yang tidak betul diatas tindakan berani sub-kontraktor  tersebut.


Lapuran Keadilan daily dibawah: 

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2 Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain menanggung kerugian RM2 juta.

Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi penjelasan.

“Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku,” katanya kepada Keadilan Daily. ~kd


Komen kementerian melalui bernama :

Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah


Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi sekali lagi memberi amaran bahawa kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek sekolah mengikut jadual.

Beliau berkata kementerian telah menyenarai hitam sebuah syarikat kontraktor berpusat di Sarawak dan sebuah lagi akan disenarai hitam tidak lama lagi.

Kedua-dua kontraktor itu terlibat dalam pembinaan sistem kabin bilik darjah baharu, dewan makan dan asrama di beberapa sekolah, katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sibu di sini, malam tadi.

Mohd Puad berkata walaupun satu daripada syarikat itu menyiapkan tujuh projek, berlaku kelewatan dan kualiti kerja tidak memuaskan.

"Mereka mencemarkan reputasi kementerian. Pada masa sama, mereka menyebabkan banyak masalah dan ketidakselesaan kepada pelajar serta mengganggu proses pembelajaran," katanya.

Terdahulu Mohd Puad melawat SMK Pakan di Pakan di Bahagian Sarikei untuk melihat sendiri kemajuan pembinaan satu projek baharu bernilai RM7.8 juta.

Mohd Puad turut melahirkan rasa kesal dan marah terhadap kontraktor berpusat berkenaan yang gagal menyiapkan 18 bilik darjah baharu, empat asrama dan satu dewan makan selepas mendapat projek itu pada awal 2010.

Walaupun diberi lanjutan masa sehingga Ogos 2012, kontraktor berkenaan masih gagal menyiapkan 10 peratus daripada kerja-kerja itu, antaranya dewan makan.

"Kami akan melantik kontraktor baharu dan pada masa sama mencadangkan kontraktor berpusat itu disenarai hitam," katanya.

Mohd Puad berkata walaupun terdapat beberapa projek sakit di negeri ini tahun lepas, 58 daripadanya berjaya disiapkan.

Beliau berkata terdapat dua sekolah baharu yang memulakan sesi persekolahan tahun ini iaitu SMK Julau di Julau dan SM Sains Kuching Utara di Kuching
.

Kedahkini

Panas ! BTN SABOTAJ BN...?

BTN - Biro Tendang @NajibRazak 




Heboh diperkata dalam  Blog Pro -BN

Semalam aku pick up isu BTN ini dari blogger Jawa Bernam dan facebooker Apa Sengeh Sengeh tanpa mahu turut mengulas dan cuma meminta sedikit pencerahan.Hari ini dua lagi bloggers turut mengenegahkan isu yang sama dan dua bloggers ini bukan calang calang blogger kerana mereka adalah dari kumpulan blogger TERSOHOR dan punya nama besar di blogsphera.


Kalau dah The Unspinners dan Another Brick In The Wall masuk gelanggang bererti ini bukan lagi perkara kecil yang boleh diremeh remehkan oleh mereka mereka yang bertanggung jawap terhadap operasi BTN ini.

Aku menanti perkembangan seterusnya sebelum aku juga turut masuk gelanggang... ~ apa



BTN sabotaj BN? Biar betul ....



Politik parti bukan kerja BTN tapi peranan politik ada
Posting terbaru ABITW SINI begitu panas dan mendedahkan sekali.

Kononnya Ketua Pengarah BTN Raja Arif tak akur kepada otoriti Ahmad Maslan sebagai Menteri. Mereka tak lapor pada Ahmad Maslan dan ada agenda sendiri?
Civil servant pulak ada agenda politik sendiri dan minat nak bertanding di Kuala Nerus Terengganu pula?

Untuk mencapai agenda itu, blog itu kata Raja arif ini jadi kaki ampu pada sesiapa yang boleh toolong dia bertanding.

Haji Mokhtar dan Ahmad Fairus belanja ratusan ribu untuk jumpa 15 pelajar di Paris dan berapa kerat di Scotland?

Perbelanjaan biro yang begitu mewah tetapi buat program kedekut? Katanya Timbalan KP Training dan Ahmad Fairus pergi ke Scotalnd and Paris untuk jumpa beberapa kerat pelajar?

Katanya ABIM sudah menerap masuk dalam Biro hingga projek, kontrak, gaji bulanan diberi kepada orang2 ABIM dan pejabat Biro jadi pusat ABIM?

Biar betul ... ABIM sekarang pro Anwar dan Pakatan hingga Dr Md Nor Manuty dah jadi guru sesat yang kerja cari fatwa halalkan yang salah.

Orang bekas Anwarista ni tak boleh buang rasa hutang budi kepada Anwar sampai katanya Dato Ahmad Saad sabotaj Perkasa Pulau Pinag dari dalam dengan meperlecehkan Perkasa.


Ada Timbalan pengarah yang kata BTN tak buat kerja pilihanraya. Tapi mengatur polsek posek dari orang2 mereka untuk meraih keuntungan kemenangan PRU.
Harap-harap ini hanya salah sangka dan Dato Ahmad Maslan boleh jelaskan hal ini. Dahlah Dr Novandri dikencingkan BN Pulau Pinang dan UMNO Pulau Pinang mcm tikus masuk kari.

08 Januari 2013

Hot ! Kejadian Tarian Separuh Bogel Di Malam Mesra JSJ IPPD Shah Alam Memang Ujud - KPD Shah Alam !!!

Polis: Tarian bertentangan budaya, Islam

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.

"Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.

"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.

Tambahnya lagi, penganjur telah membuat aduan dan meminta penjelasan secara peribadi berhubung isu berkenaan kepada pihak hotel tersebut.

Zahedi mengulas rakaman gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan berlegar di laman sosial.

Menurutnya juga, majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.

"Saya ingin tegaskan bahawa PDRM sejak kewujudannya tidak pernah menganjurkan majlis sebegini kerana ia bertentangan dengan teras budaya PDRM dan agama Islam," katanya -MK


Komen : Kejadian yang memalukan ini wajar diambil tindakan, mengapa tiada tindakan untuk memberhentikan bila benda ini terjadi oleh pihak penganjur.....? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...