05 November 2012

Panas ! Angkara Sapa...Kerajaan PR Kedah Tanggung Rugi RM340 juta

Baru kena RM6.15 juta dah jatuh tersandaq... lagi RM340 juta penyelewengan sedang menunggu untuk dilapor
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Baru kena pukulan RM6.15 juta kes hilang duit udang Kerpan BN Kedah dah jatuh tersandaq. Tak dak sapa pun berani jawab maklumlah kata pepatah Melayu 'Takut Kerana Salah'. Itu baru satu pukulan... 9 pukulan lagi dok menunggu, lagi besaq-besaq punya.

MK ingat, tak sempat nak kena tumbukan ketiga BN Kedah mampoih terus. Maklumlah bukan sikit2 punya penyelewengan... ni MK kira huduh-huduh hak besaq-besaq saja, hak kecik2 tak ambik kira:

Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta, kehilangan RM6.15 juta keuntungan projek udang Kerpan, kegagalan projek 99 East Langkawi dianggarkan RM50 juta, pemaju Taman Antarabangsa Jerai saman kerajaan negeri RM22 juta, kehilangan pendahuluan pembinaan kompleks MPSPK di Sungai Petani sebanyak RM10 juta, perjanjian air Taliworks yang merugikan kerajaan negeri kira-kira RM14 juta setahun (RM70 juta untuk lima tahun), perjanjian kuari Gunung Jerai yang merugikan, salahguna wang sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation dan bebanan hutang RM14 juta, skandal pembinaan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar dengan anggaran kerugian RM140 juta dan kehilangan duit balak di jalan Baling-Durian Burung kira-kira RM3 juta.

Keseluruhan penyelewengan, songlapan atau apa-apalah zaman BN dulu ... yang ditinggalkan untuk dipikul oleh kerajaan Pakatan Kedah ialah kira-kira RM350 juta! Ulang RM350 juta!! Ulang sekali lagi RM350 juta!!!





Kelmarin Pemuda PAS Kedah buat report SPRM, Pemuda PAS Padang Terap buat report polis. Hari ni Pemuda PAS Pokok Sena, Alor Setar, Sik, Merbok dan Padang Serai buat report. Esok semua kawasan yang belum buat report akan buat report polis.

Sidang Media.. misteri kehilangan RM6.15 juta untung udang Kerpan di zaman BN

Panas ! PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri


Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, NazriPengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.


"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.


Rafizi sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi meminta kertas siasatan yang didakwa sudah ditutup oleh badan anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) seperti yang didakwa Nazri.

Nazri kini didesak bercuti dari kabinet oleh Rafizi, selepas melaporkan dakwaan bahawa menteri itu mempunyai kepentingan melibatkan siasatan derma politik kepada Umno Sabah sebanyak RM40 juta.

Minggu lalu, menteri de facto undang-undang itu mengakui secara peribadi mengenali Michael Chia – orang tengah yang “mengeksport” wang RM40 juta “derma” dalam bentuk matawang dolar Singapura kepada Umno Sabah – tetapi menafikan sebarang konflik kepentingan dalam pembelaan dakwaan lelaki itu di Parlimen, telah tidak disiasat dan seterusnya dibersihkan atas dakwaan rasuah.

Nazri menegaskan bahawa beliau telah tampil untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan kaitan yang didakwa terhadap Musa kerana ia adalah tugasnya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Tetapi Rafizi berhujah hari ini bahawa kedudukan Nazri sebagai menteri undang-undang menimbulkan konflik kepentingan dalam siasatan komisen oleh SPRM sebagai agensi yang terletak di bawah pengaruh dan bidang kuasa beliau.

Rafizi kepada pemberita hari ini sebelum menyerahkan laporan dengan SPRM terhadap Nazri bahawa dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan kedua-dua siasatan “derma politik” RM40 juta yang diterima oleh Umno Sabah, dan pautan antara Nazri dengan Chia melalui anaknya, Nedim.

“Tidak seperti Shahrizat (Abdul Jalil) sebelum ini, Nazri sendiri bertanggungjawab penuh terhadap SPRM,” kata Rafizi lagi.

Pada sidang media berasingan minggu lepas, Rafizi telah mendedahkan hubungan antara keluarga Nazri dan Chia melalui bukti bergambar yang menunjukkan bahawa anak Nazri, Nedim, telah telah menggunakan sebuah kereta mewah, Hummer 4WD bernilai hampir RM500,000 dengan nombor pendaftaran WNX 9776 kepunyaan ahli perniagaan Sabah itu.

Chia telah baru-baru ini dibersihkan dari dakwaan rasuah yang melibatkan Musa selepas pihak anti rasuah tempatan dan Hong Kong dilaporkan bahawa RM40 juta itu telah dituduh cuba untuk menyeludup ke Malaysia adalah satu “sumbangan politik” kepada Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Menurut laporan sebelumnya, Chia telah ditangkap di Hong Kong pada 2008 kerana cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia. Pada masa itu, beliau dilaporkan telah memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu milik Musa, menyebabkan mereka memulakan siasatan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.

Rafizi telah menegaskan minggu lalu bahawa Nazri, yang baru-baru ini mengisytiharkan dirinya “menteri undang-undang No 1 “, mungkin bersalah kerana rasuah kerana beliau telah menjadi menteri tunggal yang memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah.

Dengan mengumumkan Musa tidak bersalah, Rafizi menjelaskan, Nazri telah membersihkan Chia juga, walaupun gagal untuk menyediakan butir-butir siasatan terpeinci terhadap kedua-dua lelaki itu, sama ada oleh SPRM atau Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong.

TERKINI ! KEADILAN Dedah Anak Pemimpin Umno Kendali Saman AES!


Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES


KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.  

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.


“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38895

Panas ! BALA dah mai...ada orang yang KEPANASAN !!!

Bila PI Bala Mengamuk. SPRM Dah Tak Tau Nak Buat Apa.


Ingat lagi tak PI Balasubramaniam?, dialah yang bongkar banyak pasal kes Altantuya kene bom haritu.

Tak lama dulu PI bala ada buat pendedahan bahawa terdapat percubaan untuk merasuh dia, bukan setakat rasuah suruh tutup mulut, tapi cuba rasuah untuk buruk-burukkan Anwar Ibrahim. (baca sini)

Tapi semua tu tak jalan, bala bukan nak kaya, tapi dia mahu kebenaran diketahui ramai, dandia dah pernah lapor dekat SPRM pasal benda nei, cuma sampai sekarang kata bala, SPRM dok senyapje.

Kali ni dia mengamuk lagi, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Apa yang nak berlaku?

Bala yang simpan banyak maklumat dan bukti berkenaan kes altantuya kene BOM C4 tu dah bagi semua maklumat berkenaan kes tu dekat peguam peribadi dia, dekat wartawan asing pun Bala dah bagi maklumat tu, dia bagi arahan je nanti maka semua media luar akan main la cerita Altantuya mati kene BOM !!! .

Maka nanti kita boleh agaklah siapa paling tak senang duduk dalam negara nei, betul lah kata Bala, masa tu semua sudah terlambat,
   

Tak sabar pulak tunggu time tu, cerita pasal perbicaraan kes kapal selam pun dah buat ade pemimpin dalam negara ni tak senang duduk, apa lagi kalau maklumat yang bala beri tu bermain di dada akhbar luar negara. kah..kah..ka
h  ~ TL

Berita Paling Panas Di media pro kerajaan..penafian lompatan di Sabah


Berita Ahli MP dan Adun Sabah akan keluar dari BN telah jadi kegemparan dan penafian yang bertalu-talu  di media tradisinol dan sosial pro kerajaan.  Berita ini bermula dari kenyataan Bumbring semalam dan hanya dikeluarkan oleh sebahagian blog pro pembangkang kerana kesahihan berita tersebut agak meragukan. 

Dompok nafi dakwaan UPKO hampir-hampir tinggalkan BN

PENAMPANG, 4 Nov — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN. “Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang.

“Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini hari ini.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah. Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: “Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media”.

“Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat,” katanya.
— Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...