04 November 2012

Panas ! Tiada Lagi Lagu Ito Dan Blues Gang di radio & TV kerana "UBAH SEKARANG"...!!!



ITO : Ubah Sekarang, Tegakkan Keadilan....

ITO mempersembahkan lagu “Ubah” di hadapan seramai lebih 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan. Satu kejutan berlaku ketika dicelah ceramah Ito muncul dengan lagu yang mantap , ini merupakan  sokongan moral dari golongan artis terhadap perubahan rakyat. 

Mungkin segala lagu Ito dan kumpulan Blues geng akan tidak kedengaran lagi di Radio dan TV kerajaan selepas ini.

Kedahkini

HOT KES BUNUH ALTANTUYA!!! P Balasubramaniam dedah maklumat kes ada di tangan wartawan asing






Luka lama kini berdarah kembali.

Umpama epik panjang opera klasik Cina, enam tahun lalu kini bakal terbongkar - satu demi satu!

Itulah janji penyiasat persendirian yang diupah rakan baik perdana menteri, Najib Altantuya, Razak Baginda, P Balasubramaniam yang mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Najib Altantuya dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, Balasubramaniam yang kini bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau miliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semuanya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga sudah memperolehinya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya. Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Balasubramaniam meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya yang dilantik dalam tempoh tujuh hari, jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".


Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

Altantuya mati dibunuh pada 19 Oktober 2006 di Puncak Alam, Selangor ketika misteri kematiannya dikaitkan dengan Najib Altantuya yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan semasa pembelian kapal selam kelas Scorpene dimulakan pada 2002. ~
JALAN PULANG

PANAS ! Pehal Nie.... Kerajaan PR Pulau Pinang Sokong AES



Kejayaan Pulau Pinang merekodkan lebihan belanjawan paling tinggi sebanyak RM138 juta untuk 2011, iaitu peningkatan sebanyak 312 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Agenda Ekonomi Saksama untuk mengurang ketidaksamaan rakyat Pulau Pinang

 Pulau Pinang menggunakan tafsiran berbeza bagi singkatan AES untuk tema Belanjawan 2013 iaitu Agenda Ekonomi Saksama adalah berbeza dengan yang dipopularkan Kerajaan Persekutuan bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya, termasuk memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2013 berkata, ini adalah Belanjawan kelima Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, AES diperkenalkan untuk mengurangkan jurang ketidaksaksamaan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan berani untuk memulakan proses mengurangkan ketidaksaksamaan dengan menghapuskan kemiskinan lebih awal iaitu pada 2013,bukannya pada 2015 seperti yang dirancang sebelum ini,” ujarnya.

“Inilah perbezaan AES PR dengan AES BN atau Automated Enforcement System,” tambah beliau lagi. “Satu AES PR yang memartabatkan rakyat dan memperkayakan mereka berbanding dengan AES BN yang menghina rakyat dan membebankan mereka.”

Beliau juga membidas tindakan pihak yang iri hati dengan kejayaan Pulau Pinang merekodkan lebihan belanjawan paling tinggi sebanyak RM138 juta untuk 2011, iaitu peningkatan sebanyak 312 peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Pihak yang tidak bertanggungjawab itu meludah ke langit kerana mempertikaikan kewibawaan Ketua Audit Negara yang mengesahkan penyata kewangan Pulau Pinang sebagai benar dan saksama,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Menurut Guan Eng, Agenda Ekonomi Saksama yang dibentang adalah bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi, kesaksamaan sosial, pembangunan mampan dan mesra alam serta urus tadbir bersih dan cekap seiring saranan pakar ekonomi dan penasihat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Prof Jeffrey Sachs ketika melawat Pulau Pinang baru-baru ini.

Belanjawan itu antara lain mengumumkan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menghapuskan kemiskinan sama sekali, selain membayar bonus kepada kakitangan awam negeri serta peruntukan untuk kemaslahatan sosial yang memberi fokus kepada pembangunan insan, wanita, perumahan serta alam sekitar selain memartabatkan agama Islam.

Ketika mengakhiri ucapan belanjawan itu Guan Eng menutupnya dengan serangkap pantun,

AES dasar berharga,
Adil ditegak rakyat dijaga,
Pakatan Rakyat harapan bersinar,
Amar maaruf nahi mungkar.

Panas ! Rekod BN Perintah Kedah.. Gred A++....Tapi Pasai Apa 2008 Rakyat Tolak...

Catatan kejayaan BN Kedah yang diwariskan kepada Pakatan Rakyat


Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu

1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.

YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

KESIMPULANYA BAHASA MUDAH KES TIPU DAN BAHLOL.........

2) Kehilangan RM6.15 juta projek udang Kerpan

Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.
Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Inilah baru penyelewengan namanya dan polis mesti siasat ke mana perginya duit itu. Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011, sedangkan ia adalah angkara ‘pencuri’ yang bermaharajalela dalam kerajaan terdahulu.

SAMBUNG LAGI DISINI

GEMPAR ! KHABAR TERSEBAR 9 MP DAN ADUN DI SABAH BAKAL KELUAR BN..??

Khabar tersebar, senarai 3 orang MP dan 6 Adun di Sabah akan keluar BN ?




Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah :

1. Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok
2. Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat
3. Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah :
1. ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin
2. ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing
3. ADUN Kuamut YB Masiung Banah
4. ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin
5. ADUN Bingkor YB Justin Guka
6. ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan

Sumber Bloglist
Najib...bersedia untuk terbang lagi ke Sabah.....?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...