05 Jun 2018

PUNCA UTAMA KEKALAHAN BN DALAM PRU14 TERBONGKAR!!!

Haa ha..akhirnya mengaku juga ya........


1MDB punca kejatuhan Umno, kata Khairy


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kegagalan pemimpin parti dan menteri dalam menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 9 Mei.

KEJATUHAN Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berpunca daripada parti itu tidak berterus-terang dengan bekas presidennya Najib Razak tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kegagalan pemimpin parti itu dan menteri dalam menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 9 Mei.

“Kami terlepas satu peluang, kami semua, untuk menyakinkan mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” kata Khairy kepada South China Morning Post.

Bekas perdana menteri Najib disiasat berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.

Najib menafikan sebarang dakwaan salah laku.

Khairy, 42, berkata parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015. 2018.

1 ulasan:

Awanama berkata...

I have been going around blogs pros and cons and kept seeing UMNO admitted their mistake/s. And to finally say its due to 1MDB instead of, "...nobody dare to bell the cat..."! More of their upper echelon/hierarchy are coming out to 'realised' their mistake/s.

But! You haven't heard anything from Zahid and Hishamuddin and Ku Nan...hmmm?

That said, dorang nih semua mengaku SALAH tapi tidak ada segelintir MOHON MAAF! Apalagi Najib, jauh sekali!

File MERAH dah terburai, segala TEMBERANG, KELENTONG, TEMBELANG, HELAH, MENIPU dan TIDAK JUJUR trebongkar pun masih tidak ada secubit keinsafan untuk mohon maaf terhadap RAKYAT!

EGO KUAT wei!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...