08 Julai 2014

PELAKON UMIE AIDA TOLAK TAWARAN JADI DUTA YSLM SKIM CEPAT KAYA!!!


Umie Aida Tolak Tawaran Jadi Duta YSLM, Pulangkan RM80,000



INGATKAH anda dengan artikel bertajuk ‘Iklan ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’ Di Pulau Pinang Akan Diturunkan’ yang kami siarkan dua hari lalu.

Rupa-rupanya, syarikat jualan langsung yang dinamakan YSLM itu pernah menawarkan pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan, memetik Murai.com.

Syarikat tersebut turut memberikannya hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, namun dia mengambil keputusan untuk memulangkannya pada keesokan harinya.

“Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

“Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

“Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka,” jelasnya.

MENGAPA TIADA TINDAKAN DARI PIHAK KERAJAAN WALAUPUN KEMENTERIAN SAHKAN SYARIKAT TERSEBUT TIADA LESEN DAN HARAM.......

Skim Cepat Kaya Zhang Jian Tarik Pelaburan RM300 Juta



Poster mempromosi kegiatan skim cepat kaya Zhang Jian di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Skim cepat kaya yang dipelopori individu dikenali sebagai Zhang Jian dipercayai menarik pelaburan mencecah RM300 juta di seluruh negara.

Difahamkan, jumlah pelaburan itu diperolehi sejak skim itu diperkenalkan kepada orang ramai menerusi iklan di Internet pada akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jumlah pelaburan RM300 juta itu adalah berdasarkan sumber tidak rasmi.

"Aduan orang ramai mengenai skim ini mula diterima KPDNKK sejak dua bulan lalu," katanya pada sidang media khas di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai skim cepat kaya yang diiklankan di Internet melibatkan Zhang Jian yang mendakwa dirinya sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' menerusi papan iklan gergasi di jambatan Pulau Pinang.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh, tidak tertipu dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat ini," kata Alias `Mstar



Jangan Terpedaya Papan Tanda Gergasi Promosi Skim Cepat Kaya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...