06 April 2014

TEMBELANG US DALAM KRISIS MH370 KIAN TERBONGKAR??

Pautan kekal imej terbenam

Mana pergi satelit, radar AS?


Amerika mempunyai sistem radar tercanggih di dunia.

 Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Negara-negara tersebut ialah Australia, Perancis, Thailand, Japan dan tidak ketinggalan United Kingdom melalui satelit Inmarsat.

Namun, agak menghairankan apabila negara yang mempunyai rangkaian satelit tercanggih di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) langsung tidak berkongsi penemuan satelit mereka.

Seperti diketahui juga, AS merupakan negara yang paling mendahului dalam bidang penguasaan teknologi, termasuklah peralatan dan pesawat canggih yang pastinya mempunyai keupayaan untuk mengesan di mana sesebuah pesawat berada.

Sebagai contoh, AS memiliki dan melancarkan satelit reconnaissance (pemantauan) paling banyak dengan kemampuan yang boleh menjangkau luas seluruh pelosok dunia.

Pernah digunakan sewaktu perang di Iraq dan Afghanistan, satelit yang sering kali dirujuk sebagai satelit perisikan ini bukan saja berfungsi mengambil gambar.

Malah, ia juga digunakan sebagai pengendali peluru berpandu nuklear dan membantu sistem komunikasi antara markas tentera dengan sistem keselamatan yang tidak mudah ditembusi.

Dalam kes membabitkan pesawat komersial, satelit dengan teknologi infra-red ini pernah mengesan letupan TWA Flight 800 pada 1996 di Lautan Atlantik.

Bukan saja satelit, AS juga memiliki kecanggihan radar yang boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.


Perkara itu turut diakui pakar kejuruteraan penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir yang dalam satu laporan Sinar Harian berkata, radar ketenteraan milik AS di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Menurutnya, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu boleh mengesan pesawat atau kapal yang berada ribuan meter di atas udara mahupun laut berserta jenis, kelajuan dan sebagainya.

Katanya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat di pangkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung di dasar Lautan Hindi.

Tidak cukup itu, USS 7th Fleet Navy yang dihantar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut dilengkapi radar paling canggih.

Dengan kepakaran dan kecanggihan aset dimiliki AS ini, sememangnya menimbulkan persoalan besar mengapa MH370 masih tidak dapat dikesan oleh negara berkenaan.

Untuk menganggap kehebatan teknologi AS sebagai cerita yang direka-reka mungkin agak mustahil. Atau mungkin juga kita boleh menganggap AS tidak mendedahkan segala maklumat kepada umum kerana diklasifikasikan sebagai rahsia ‘besar’.

Namun, apa yang lebih dikhuatiri ialah AS sebenarnya mempunyai agenda tertentu di sebalik ‘persembunyian’ teknologinya yang tidak diketahui oleh Malaysia. ~SH

Keupayaan aset AS dipertikai




Tentera Amerika Syarikat berkeupayaan beroperasi dalam apa jua situasi terutamanya peperangan elektronik.

 Senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.

Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. AS dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itu, jauh lebih tinggi berbanding negara kuasa besar lain.

Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat serta 6,665 helikopter.

Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.

Bagaimanapun, setelah 12 hari misi pencarian ditumpukan di Lautan Hindi, AS masih belum menghantar mana-mana kapal selam miliknya yang berpotensi mengesan pesawat MH370.

Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan yakin penggunaan alat pengesan sonar milik AS mampu mengesan pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi itu.

Katanya, hanya AS memiliki peralatan itu di mana ianya “boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter” untuk mengesan sebarang objek yang terbenam.

“Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali dan dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya; hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan.

“Itu sajalah peralatan yang boleh diguna kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)” katanya.

Minggu lalu, Pemangku Menteri Pertahanan Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menelefon Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel bagi mohon bantuan negara itu untuk menggunakan aset mereka yang berkeupayaan mencari di laut.

Menurut laporan Reuters, Tentera Laut AS mempunyai pelbagai sistem sonar yang aktif dan pasif, antaranya berupaya mengesan objek di laut dalam dengan mengeluarkan bunyi ‘ping’ dan memantau bunyi bergema serta berupaya mendengar bunyi seperti mikrofon di bawah laut.

Kelmarin di Perth, Australia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal selam robotik atau dron pemukaan bawah air berkedalaman tinggi diperlukan dalam misi pencarian MH370.
Najib berkata, teknologi itu diperlukan memandangkan jangka hayat bateri pada kotak hitam berbaki dua hari sahaja lagi.

Dron permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari di dasar laut dan ia pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009.

Pentagon, dalam kenyataannya pada 25 Mac lalu memberitahu akan menghantar sebuah dron penyelam milik tentera laut negara itu yang berkeupayaan menyelam sehingga hampir 4,572 meter di dasar laut bagi bantu mengesan serpihan pesawat MH370.

Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut yang dilengkapi sonar dikenali sebagai Bluefin-21, dibuat beberapa jam selepas kerajaan Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Laut Hindi.

Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby dalam kenyataannya berkata, dron Bluefin mempunyai panjang lima meter dan berat 800 kilogram itu boleh beroperasi lebih daripada sehari dengan kelajuan rendah.

Selain itu, katanya, Bluefin mampu beroperasi pada kedalaman 4,500 meter dan berkeupayaan membezakan objek bertaburan di dasar laut.

Ramai yang melihat AS punya kemampuan untuk membantu secara terus dalam misi pencarian ini.

Bagaimanapun, selepas 28 hari misi pencarian pesawat MH370 itu digerakkan, masih belum ada perkongsian maklumat yang lebih positif diberikan oleh pihak AS.

Misi pencarian MH370 di Lautan Hindi masih belum menampakkan tanda untuk berakhir memandangkan tiada sebarang bukti kukuh dapat dikeluarkan mana-mana pihak.

Justeru itu, ramai yang mempertikaikan keupayaan negara yang turun membantu terutamanya AS.


Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?


Mohamad Abu Bakar

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Jgn nak salahkan orang pulak. Knp nak heret US dlm isu ni pulak. Bukan msia sendiri ada radar. Masa MH370 berpatah blk dan melintasi ruang udara msia knp tentera msia tidak hantar pesawat pejuang utk pintas? Ini disahkan oleh radar tentera msia. MH370 berpatah blk ke arah pulau pinang. Ini tak habis2 nak salahkan orang luar.

Master Jaguh berkata...

This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

Unknown berkata...

Kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak terimakasih
kepada MBA DEWA atas bantuannya saya menang togel
yang 7x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang SUPIR ANKOT
yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup
apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….
suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai
prediksi MBA DEWA yang katanya bisa mengeluarkan
angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya
saya bertanya kepada teman saya, dan teman saya memberikan nomor MBA DEWA
dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan MBA DEWA yang
telah memberikan anka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu
ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi
itu semua atas berkat bantuan MBA DEWA,bagi anda yang penggemar togel
ingin merubah nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100% kemenangan hbg MBA DEWA
di nmr;_0_8_2_3_1_5_9_9_9_6_7_9_, ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada
kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti
bukan sekedar janji2,hanya MBA DEWA yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda
perlu bukti hbg sekarang MBA DEWA nya,terima kasih

angka; GHOIB: singapur

angka;GHOIB: hongkong

angka; GHOIB; malaysia

angka ;GHOIB; toto magnum 4d

angka GHOIB; laos…

jangan lupa hbg MBA DEWA kalau mau bukti jangan kurang percaya kalau
belum menghubungi MBA sekali lagi maaf ya teman saya cuma mau membantu karna saya
sudah buktikn ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...