11 Februari 2014

RM JATUH TERENDAH DALAM 24 TAHUN, JANGAN LUPA PUJI KERAJAAN....

Ringgit ditutup TERENDAH dalam tempoh 24 TAHUN berbanding dolar S'pura
Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan pada tahap paling rendah dalam tempoh 24 tahun.

Ringgit diniagakan pada 2.6300 hari ini, jatuh hampir 80 peratus berbanding dolar republik itu sejak 1990.


KUALA LUMPUR -- Ringgit ditutup keseluruhannya lebih rendah berbanding dolar US apabila peniaga membeli mata wang asing itu berikutan kekangan pegangan di pasaran.

Pada 5 petang, unit tempatan itu disebut harga pada 3.3390/3420 berbanding US dolar ketika ditutup Jumaat lalu pada 3.3290/3320. Tetapi apa yang lebih ketara ialah kejatuhan besar ringgit berbanding dolar Singapura.

Peniaga berkata, pada mulanya peniaga antara bank menjual dolar untuk mendapatkan ringgit tetapi permintaan korporat tempatan ke atas dolar menghadkan kenaikan mata wang tempatan itu.

Ringgit kemudiannya susut sehingga 3.3390 berbanding dolar US ekoran Data Pengeluaran Industri pada Disember yang lebih lemah daripada jangkaan.

Ia meningkat hanya 4.8 peratus daripada tahun sebelumnya, yang mana di bawah ramalan pertumbuhan 5.4 peratus.

Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan pada tahap paling rendah dalam tempoh 24 tahun.

Ringgit diniagakan pada 2.6300 hari ini, jatuh hampir 80 peratus berbanding dolar republik itu sejak 1990.

Dolar Singapura berbanding ringgit diniagakan pada 2.6300/2.6340 daripada 2.6277/6259 ditutup minggu lalu.

Berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.4773/4836 daripada 5.4396/4465 ketika ditutup Jumaat lalu.

Mata wang tempatan itu juga menyusut berbanding yen kepada 3.2668/2710 daripada 3.2624/2660 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.5551/5602 daripada 4.5148/5195 minggu lepas. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...