10 Disember 2013

TERKINI ! SELANGOR OPTIMIS AMBILALIH AIR DARI SYABAS & PUNCAK NIAGA


Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

SHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.

“Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi sudah dikeluarkan KDEB.

Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan. - SK



Khalid Ibrahim bakal menang perang air di Selangor?

Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.


mStar melaporkan:

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industri air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.

"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini, Isnin. -
mStar.


Setelah lama berperang dalam isu air di Selangor nampak gayanya Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor akan menang.

Masalah yang cukup bagi kesan kepada rakyat Selangor ni nampak gayanya akan selesai dalam sikit masa lagi bila Kerajaan negeri berkuasa penuh dalam menguruskan air di negeri Selangor.

Penchachai-penchachai Umno yang ada dalam Syabas dan Puncak Niaga tak boleh lagi nak sabotaj kerajaan negeri dalam isu air ni.

mStar juga melaporkan:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa syarat.

PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir konsesi masing-masing.

"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB. - Ibid.

Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.

Aku yakin lepas ni Khalid akan berjaya pulak menunjukkan model macamana nak menguruskan air macam dia sebelum ni berjaya menunjukkan contoh macamana dia berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM1.3billion kepada RM2.7billion.

Sumber: CDK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...