19 November 2013

TERHOT ! SELANGOR BENTANG BELANJA BERIMBANG DAN RIZAB TUNAI UNTUK PEMBANGUNAN RM2.28 BILION

Pautan kekal imej terbenam


Selangor bentang Belanjawan Berimbang

SHAH ALAM 19 NOV: Selangor kekal membentang belanjawan berimbang tahun depan dengan unjuran hasil keseluruhan negeri bernilai RM1.85 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pecahan unjuran itu ialah RM587.6 juta atau 31.76 peratus dalam bentuk hasil cukai, RM1.67 bilion (57.65 peratus) hasil bukan cukai dan RM196 juta (10.58 peratus) terimaan bukan hasil.

“Kerajaan negeri membuat beberapa agihan iaitu perbelanjaan mengurus lebih RM1.2 bilion, perbelanjaan pembangunan pula kira-kira RM624 juta dan bagi sektor infrastruktur (RM388,738.30 juta).

“Agihan anggaran perbelanjaan pembangunan bagi sektor sosial kira-kira RM143 juta, sektor ekonomi pula lebih RM90 juta dan RM 2.2 juta atau 84.36 peratus daripada sektor perbandaran akan dinikmati kerajaan tempatan.

“Selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor 2013 ketikA membentang Belanjawan Selangor 2014 bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Situasi di Selangor jauh berbeza dengan kerajaan Pusat pimpinan Umno BN yang membentang bajet defisit selama 13 tahun berturut.

Kata Abdul Khalid, pendapatan semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor mencecah RM1.72 bilion pada 2012 dan lebih dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keseluruhan RM1.53 bilion bersamaan lebihan operasi RM183.2 juta.

Belanja RM2.28 bilion rizab simpanan

Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada
perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055
bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata,
sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif
melibatkan kepentingan rakyat.

“Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan
rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).

“Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta),” katanya.

Setakat 31 Oktober 2013, Abdul Khalid berkata, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk tunai dan pelaburan ialah RM2,712.85 juta, sekaligus menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi sejak 1998.

“Mungkin kerana kurang arif mengenai selok-belok pengurusan kewangan dan fiskal, wujud suara-suara yang mengecam atau paling tidak, merungut tentang kecenderungan kerajaan mengumpul rizab.


“Saya tegaskan pembinaan rizab beserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat S'gor bertuah sejak 2008. Syukur kpd ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...