20 Ogos 2013

TERKINI SAMAN AES DITERUSKAN, KERAJAAN AMBIL ALIH OPERASI DARI SYARIKAT YANG DILANTIK

Operasi AES kini di bawah kerajaan - Hishamuddin



PUTRAJAYA: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meberitahu operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bakal dikendalikan oleh kerajaan.

Beliau berkata, proses pengambilalihan itu akan dibuat menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan selepas diambil-alih daripada syarikat sedia ada.

Sebelum ini dua syarikat iaitu Redflex Traffic Systems Pty Ltd yang diwakili Beta Tegap Sdn Bhd dan ROBOT Visual Systems yang diwakili ATES Sdn Bhd dianugerahkan tender pembekal perkhidmatan AES.

Dua syarikat ini adalah senarai pendek daripada sembilan syarikat yang menyertai tender terbuka yang dibuat pada 2007.

Sehubungan itu menurut Hishammuddin, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi.

"Selain itu Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memutuskan bahawa AES akan diselaraskan dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

"Melalui penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan itu akan mengkaji dan meminda modul yang digunapakai sebelum ini iaitu melibatkan 'perkongsian hasil' agar pelaksanaan AES lebih telus dan adil kepada semua pihak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...