23 Februari 2013

PANAS ! ANWAR DAH TAK DAPAT SAMBUTAN RAKYAT KATA MUHYIDDIN....mai terjah ceramah Anwar kosong di Labuan...

Muhyiddin: Anwar Ibrahim pengkhianat nombor satu negara


KENINGAU, 23 Feb — Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat.

Sambil menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara.

“Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung,” katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di sini, malam tadi. “Itu adalah pembohongan...dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka.”

Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.

“Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen,” katanya. “Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia.”


BN gembira kerana kempen  Anwar tiada sambutan di Labuan Sabah


DS Anwar Ibrahim Bergerak melakukan lawatan sehari ke  Labuan



Ketibaan DS Anwar Ibrahim disambut meriah di Labuan

DS Anwar Ibrahim bercakap dihadapan ribuan penyokong di  Labuan


Bersemangat DSAI memberikan Pidato dihadapan ribuan Penyokong PR  di labuan 

 

1 ulasan:

Sabuli berkata...

Susah dah nak dengar dengan kata-kata sebab sebaran media terkini guna AV ( suara dan gambar ) bukan lama sangat nak boleh tahu.. apabila guna Internet sekejap dah ada jawabnya.Itu tepulanglah kepada penerima info berkaitan..tapi dah jelas buktinya.jika ubahsuai syok sendiri baik pejam mata pekak telinga jgn nak berhujah apa-apa lagi buat org lain gelak jer kpd kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...