04 Oktober 2012

Projek Rapid : Tujuan Rampas Tanah untuk Kroni...?




PKR tuduh projek RAPID bertujuan rampas tanah penduduk di Pengerang


 Naib presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng menuduh projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang bertujuan untuk merampas tanah daripada para penduduk atas alasan pembangunan dan meningkatkan ekonomi.
Chua (gambar) berkata projek sebenar di Pangerang hanya melibatkan penggunaan kawasan seluas 2,889 ekar sahaja tetapi kerajaan negeri Johor sebaliknya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memperolehi keluasan kawasan hingga 22,500 ekar.
“Kerajaan Selangor pernah mendapat tawaran yang sama bagi projek di Pengerang. Tapi ia ditolak, kerana telah ditolak oleh pihak kerajaan negeri.
“Semasa tawaran itu dicadangkan kepada kerajaan Selangor menerusi Syarikat Everwish Sdn Bhd, mereka hanya meletak syarat sebanyak 2889 ekar saja yang diperlukan untuk mendirikan loji petrokimia di Pulau Indah,” kata Chua.
Ekoran bukti baru tersebut, Chua mempersoalkan kenapa sejumlah besar tanah itu dirampas oleh kerajaan Johor dibawah menteri besar (MB) Dato' Abdul Ghani Othman serta berharap beliau menjelaskan apakah rancangan bagi menggunakan baki tanah tersebut.
Chua juga tidak menolak sebuah syarikat kroni Tebrau Teguh Bhd di Johor mungkin akan mendapat faedah dalam perancangan baki tanah di Pengerang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...