07 Disember 2011

Sistem Saraan Baru (SBPA) MAHSUH 29,000 JAWATAN

Abu Bakar: SBPA mansuh 29,000 jawatan, sektor awam alami ‘right-sizing’

PUTRAJAYA, 7 Dis — Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan 1 Januari ini, akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa, jamin Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), Abu Bakar berkata, pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

“Di bawah SBPA ini kita telah mansuhkan 29,000 jawatan, misalnya (kakitangan perkhidmatan perkeranian), di bawah inisiatif NKRA untuk mengurangkan jenayah, kita menempatkan mereka dalam tugasan rondaan, ada yang dihantar ke bahagian-bahagian lain.

“Kita bukannya mengecilkan saiz tenaga kerja, tetapi mengawal saiz,” kata beliau menjawab soalan sama ada SBPA membawa ke arah pengecilan saiz tenaga kerja perkhidmatan awam.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

“Bermakna ia tidak sampai 10 peratus kan,” katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

“Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

“Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau ‘right-sizing’, kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus (‘outsourcing’), perekayasaan proses kerja (‘business process reengineering’) dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Isu saiz sektor awam menjadi isu apabila Ahli Parlimen DAP Tony Pua bulan lalu berkata Pakatan Rakyat akan mengurangkan bilangan pekerja jika memerintah kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat nasional berkata perkara tersebut tidak timbul.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminana saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian kelak.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.-tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...