07 Februari 2011

Pemimpin BN pula keluar parti

Pemimpin BN pula keluar parti

Selepas Pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani meninggalkan umno BN, kini tiba giliran Penasihat dan Pengasas Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu (gambar kanan) keluar parti.

PRS ialah sekutu BN Sarawak selain Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB).

Tedwin yang juga pengasas bersama PRS berkata, beliau meninggalkan PRS kerana beranggapan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuli parti itu.

Tedwin juga muak dengan sikap Taib yang enggan menerima pelbagai cadangan PRS berkaitan kepentingan masyarakat Dayak walaupun isu itu kerap dibangkitkan parti pembangkang di Sarawak.Lebih parah lagi, Taib juga menolak cadangan kepimpinan PRS agar Adun Pelagus, Larry Sng Wei Shien tidak pilih bagi mewakili parti itu pada pilihan raya akan datang.

Kerusi Pelagus diperuntukkan untuk PRS dan Masing enggan mencalonkan Larry bagi kerusi itu pada pilihan raya akan datang kerana Larry sudah dipecat dari PRS sejak April 2009.Sehubungan itu, tindakan Taib yang menekan kepimpinan PRS agar terus mencalonkan Larry bagi kerusi Pelagus dilihat oleh

kepimpinan PRS khususnya Masing dan Tedwin sebagai membuli parti itu yang sebahagian besar ahlinya merupakan masyarakat Dayak. PRS berasal dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan sejak 2004 sehingga tertubuhnya PRS selepas itu. Menjelang

penubuhan PRS, Masing dan Larry masing-masing mendakwa sebagai presiden parti itu sebelum Masing diumumkan sebagai presiden parti itu tidak lama kemudian.Namun, permusuhan Larry-Masing berterusan apabila Taib seolah-olah sengaja mahu melihat parti Dayak itu berpecah apabila melantik Larry sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri.

Malah, Larry juga sering diberi peluang luas oleh akhbar pro kepimpinan Taib di Sarawak termasuk termuramah secara langsung dalam program Jom Heboh di Sarawak setahun lalu.
Tindakan Tedwin keluar parti bertitik tolak dari itu kerana sejak dua tahun lalu, beliau yang bertindak selaku penasihat Masing kerap meminta presiden PRS itu bersabar dan terus berbincang dengan Taib agar Larry tidak dicalonkan bagi kerusi Dun.

Malah, cadangan sebelum ini agar pertukaran kerusi Pelagus dengan SUPP atau SPDP juga gagal kerana Taib berkeras mahukan Larry kekal bertanding di kerusi itu.

Rentetan itu, Tedwin keluar parti sebagai ugutan agar desakan parti itu terhadap Taib menjadi dan ia dilakukan menjelang pilihan raya negeri yang kian hampir.

Tempoh kerajaan semasa Sarawak berakhir pada 24 Julai depan. Turut kedengan ketika ini, anggota PRS peringkat akar umbi mendesak PRS keluar BN sebagaimana ugutan yang pernah dibuat SUPP sebelum ini apabila Taib enggan mendengar dan menerima tuntutan masyarakat Cina yang disuarakan SUPP.

Tedwin dijangka menyertai Parti Nasional Sarawak (SNAP), yang juga komponen Pakatan Rakyat di Sarawak dan dijangka bertanding untuk menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang bagi kerusi Dun Layar.

Jabu dan Ngumbang mempunyai tali persaudaraan dengan Tedwin didakwa mempunyai ’rahsia’ mengenai Jabu yang boleh digunakan untuk mengalahkannya kelak.

Tedwin ketika ditanya tidak menolak kemungkinan tersebut namun akan berbincang dengan penyokongnya terlebih dahulu.Turut berminat bertanding bagi kerusi itu ialah Joe Unggang bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Situasi ini pastinya terus menekan Taib yang sehingga kini enggan membubarkan Dun walaupun mendakwa mereka sudah bersedia dan yakin untuk menang.Menurut rekod, PRS diperuntukan 9 kerusi dan menang 8 daripadanya pada pilihan raya lalu, termasuk Dun Pelagus.

Mereka hanya kalah bagi kerusi Ngemah yang kini diwakili Gabriel Adit Demong yang juga Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM).
Berikut antara calon PRS pada pilihan raya negeri akan datang.

N 25 Balai Ringin =Snowdon Lawan (Penyandang)
N 26 Bukit Begunan = Mong Ak.Dagang (Penyandang)
N29 Batang Ai = Malcolm Mussen (Penyandang)
N43 Ngemah = Alexander Vincent (Kalah dan dilantik semula)
N52 Tamin = Edwin Banta (Muka baru)
N53 Kakus = John Ak.Sikie (Penyandang)
N54 Pelagus = Wilson Nyabong (Muka Baru)
N56 Baleh = James Jemut Masing (Penyandang)
N57 Belaga = Liwan Lagang (Penyandang)

Sumber : Masdarwahid

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...