20 April 2009

ORANG POLITIK HARUS BERFIKIRAN TERBUKA!!!

Kerajaan Selangor lantik sembilan panel penasihat ekonomi

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah membentuk Panel Penasihat Ekonomi sebagai langkah memberikan nasihat terutama berkaitan pembentukan dasar dan proses pelaksanan yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor, panel tersebut yang terdiri sembilan ahli dilantik, melibatkan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pakar ekonomi, peguam, ahli akademik dan akauntan.

“Mereka dijangka mengemukakan nasihat strategik dan input terhadap pelbagai usaha merancakkan program dan rancangan ekonomi kerajaan Selangor yang selari dengan Pakej Rangsangan Ekonomi,” menurut kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan berkenaan, perkhidmatan pakar-pakar tersebut diperlukan sehingga dua tahun lantaran Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor melibatkan rancangan jangka panjang dan jangka pendek.
“Ahli-ahli panel diminta membantu Kerajaan Negeri dalam hal melaksanakan projek-projek strategik termasuk yang melibatkan matlamat dan objektif Pakej, waktu pelaksanaan dan sumber-sumber yang diperlukan bagi menjayakan seluruh ruang lingkup pelaksanaannya,” menurut kenyataan itu lagi.
Gerak kerja Panel Penasihat Ekonomi itu dibantu oleh Sekretariat yang bertujuan menyelaraskan dan memudahkan pelan tindakan dengan kerajasama pihak Kerajaan Negeri.

“Sebagai bahagian dalam proses pelaksanaannya, Kerajaan Selangor dijangka mengadakan taklimat khas bagi setiap isu yang berkaitan dengan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menerusi siri menyuarat dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) pada setiap Jumaat.

“Mesyuarat juga diadakan dengan ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai usaha menerima input dan penambahan idea lain yang bersesuaian demi mencapai hasil yang memuaskan semua pihak.
Dalam hubungan ini, pendekatan pendengaran awam atau perundingan terbuka sebagai usaha menerima maklum balas daripada pakar-pakar dalam pelbagai organisasi, sedang dalam pertimbangan untuk diwujudkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...