14 April 2014

MH370: Dakwaan Terbaru CIA tahu hal sebenar




Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk. Foto EPA


WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.
~SH


PENGKALAN TENTERA US DI DIEGO GARCIA

RAKYAT TIDAK PERCAYA :  Tinjauan menunjukkan lebih 50% rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat MH370


Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.


Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.


Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.

Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.

Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.

Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.

Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.

Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.

Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.

“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.

Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.

Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".

Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.

Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu.

13 April 2014

MH370 : PERCANGGAHAN MAKLUMAT TIMBUL KERAGUAN DALAM ISU TINDAKAN TUDM



MH370: Jawatankuasa Pilihan Parlimen badan terbaik untuk siasat laporan CNN 

KUALA LUMPUR, 11 APR: Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) merupakan jalan paling berkesan untuk menyiasat kebenaran laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan kerja mencari pesawat MH370 pada awal pagi ia dilaporkan hilang.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebagai respons kepada penafian Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berhubung laporan terbabit.

“Jika PSC berjaya ditubuhkan di Dewan Rakyat semalam sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan, ia akan menjadi badan sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN.

“PSC bukan saja boleh menyiasat kebenaran laporan tapi memastikan kebenaran adanya pesawat TUDM dikejarkan setelah MH370 melencong dari laluan asal atau mengapa ia tidak dikejarkan sejurus melencong antara jam 1:40 dan 1:45 pagi.

Kit Siang turut mempertikaikan mengapa dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM tidak diterbangkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan dan juga mengapa ia tidak dipintas sewaktu menghampiri Pulau Pinang walaupun skuadron jet F/A berada dalam keadaan siap-bersedia di pangkalan udara Butterworth.


CNN kelmarin melaporkan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan menyatakan bahawa “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan sekitar jam 8 pagi, sejurus Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

Hishammuddin menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai dakwaan palsu.

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, penafian itu menambahkan lagi keraguan rakyat mengenai ketelusan kerajaan dalam usaha mencari MH370.

“Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika mereka sanggup mendedahkan nama ‘pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain’ seperti yang dinyatakan.

“Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan, serta jurang maklumat besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin sangat tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima.

“Selepas 35 hari, saya percaya kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul, maka proses mencari jawapan perlu dimulakan segera tanpa lengah,” katanya.

Pada masa yang sama, Kit Siang mengulangi gesaan agar kerajaan memenuhi janji untuk mengadakan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menubuhkan PSC.

“Laporan CNN dan penafian Hishammuddin memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi sebelum ini mereka telah mengingkari janji memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan PSC.

“Saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janij yang setakat ini telah dimungkiri,” tegasnya. – Roketkini

TERHOT ! FACEBOOK DAH SERAH DATA PENGGUNANYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA - UNTUK PERHATIAN !!!

Laporan Ketelusan Facebook Terbaru – Terdapat Data Diserahkan Kepada Kerajaan Malaysia

Bermula tahun 2013, Facebook telah mengeluarkan laporan statistik mengenai permintaan kerajaan seluruh dunia terhadap informasi sesetengah pengguna. Kebiasaannya data yang diperlukan adalah melibatkan dari segi undang-undang. Terbaru, melalui halaman khas yang disediakan, mereka telah mengeluarkan laporan dari bulan Julai sehingga bulan Disember untuk tahun 2013.



Berbanding dengan laporan ketelusan sepanjang bulan Januari sehingga bulan Jun 2013 untuk Malaysia yang memperlihatkan Facebook tidak memberikan sebarang data untuk Malaysia, pada tempoh bulan Julai sehingga bulan Disember 2013 Facebook telah memberikan 18.75% data untuk 16 permintaan melibatkan informasi 24 pengguna Facebook. Ini dilihat berbeza untuk tempoh terdahulu dimana sebanyak 7 permintaan melibatkan informasi 197 pengguna, namun tiada data diberikan untuk kerajaan.

Sekiranya dibandingkan dengan negara ASEAN, peratusan data diberikan terbanyak adalah kepada Singapura (70.92%), dan diikuti Filipina (50%), Thailand (0%), dan Cambodia (0%). Tiada statistik tersedia untuk negara ASEAN yang lain.


SUMBER RUJUKAN: FACEBOOK

12 April 2014

UNTUNG RAKYAT SELANGOR DAPAT PULAK RM1.30 BILION KALAU BN CUMA DAPAT RM22.20 JUTA LEBIH MASUK POKET....TU ADA YANG TERLIOQ NAK JADI MB !!



MB: Beza keuntungan Pembangunan Canal City RM1 bilion

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri akan beroleh keuntungan sekurang-kurangnya RM1.3 bilion melalui pembangunan Canal City berbanding hanya RM22.2 juta ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri memberi nilai tertinggi kepada aset dengan cara menjual tanah berserta pelan pembangunan bukan sekadar sekeping tanah kosong.

Katanya, hal itu dilakukan dengan menggunakan tenaga pakar yang dimiliki dalam bidang perancangan pembangunan dan kuasa kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Kini, kita berpeluang memperoleh sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pengurus.

“Kita juga akan mendapat pembangunan infrastruktur dan prasarana seperti jalan raya, sekolah, kawasan perkuburan, masjid dan pelbagai kemudahan lain di atas tanah seluas 424 ekar,” katanya, di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ketika ucapan penggulungan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pendekatan seumpama itu adalah kali pertama dilakukan bagi negeri yang ada di Malaysia.

“Ini adalah pendekatan yang dilakukan untuk mewujudkan satu perkongsian pintar antara syarikat penuh milik Kerajaan Negeri dan pemaju.


“Jadi, kalau pemaju berhasrat mempercepatkan proses pembangunan, maka Kerajaan Negeri akan memperoleh keuntungan dalam tempoh dan jangka masa diambil mereka,” katanya.

Pada 2003, perancangan asal pembangunan Canal City membabitkan kos keseluruhan RM1.345 bilion dengan keuntungan keseluruhan RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperoleh RM22.2 juta.

Pada 1 Jun 2009, mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB memutuskan membatalkan perjanjian dipersetujui BN sebelum itu dan mewujudkan ‘task force’ bagi mengkaji keseluruhan cadangan projek pembangunan terbabit.

Pada 13 Ogos 2010, PNSB menandatangani Termination Agreement antara PNSB, Radiant Pillar Sdn Bhd dan Canal City Corporation

Panas! Sah Universiti Albukhary ditutup, Puncanya BERSERABUT !!!

Universiti Albukhary bakal ditutup ekoran isu pengurusan, rasa tidak puas hati pelajar


Tiada siapa yang mengetahui kemelut yang melanda Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Kedah sehingga menyebabkan penutupan dan perpindahan pelajarnya. – Gambar AiU.

Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.

Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai esok.

"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.

"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.


AiU – university yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan 18 hektar terletak di Alor Star – dibina pada 2010 sebagai waqaf yang dibiayai Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar (gambar).

Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.

Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.

Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.

Malah, universiti itu juga menututp tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera "ditutup untuk penyelenggaraan." Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.

Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Kami tidak mempunyai masalah kewangan," katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.

Fokus utama institusi pendidikan itu menurutnya adalah keutamaan penuntut.

Pelajar juga menurutnya membuat rungutan berkenaan program dan pengasas universiti (Syed Mokhtar) yang mahukan para pelajar tamat pengajian dengan ijazah yang baik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

"Pelajar tidak begitu gembira. Namun bukan itu punca utama kami memindahkan mereka dan menutup universiti. "Kami berharap mereka akan menamatkan pengajian daripada universiti dengan standard yang tinggi," katanya.

Berkenaan rungutan pelajar yang ingin menamatkan pengajian di AiU sebelum institusi itu ditutup, beliau berkata, penuntut berkenaan tidak akan mendapat manfaat daripada universiti yang tidak lagi beroperasi.

"Bukan kami mahu cuci tangan dan melepaskan diri daripada tanggungjawab. Kami cuba yang terbaik bagi membantu pelajar.

"Kakitangan pentadbiran dan akademik turut kehilangan pekerjaan apabila universiti ditutup," katanya.

"Risiko kehilangan pekerjaan tetap ada dalam sektor swasta. Kami kakitangan pengajar, membantu mengedarkan resume mereka," katanya.

Beliau turut berkata, tuduhan berkenaan pelajar dipaksa menandatangani perjanjian baru untuk biasiswa adalah demi kebaikan pengajian pelajar.

"Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.

"Perjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Kami tidak mahu biasiswa disalahguna.

"Mereka masih menerima biasiswa. Kami mahu mereka belajar untuk mendapatkan gred terbaik. Sebahagian daripada 60% penuntut kami bagus. Mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi," katanya.

Seorang profesor institusi itu menggelarkannya sebagai "serabut" dan menimbulkan keadaan tidak pasti di kalangan pelajarnya.

"Tidak ada hitam putih untuk menjelaskan perkara itu. Tiada alasan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.

"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat.

"Sekarang mereka memindahkan kredit sesuka hati, dan berkemungkinan terpaksa memanjangkan tempoh pengajian.

"Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Mereka tidak faham bahasa perundangan dan kini ada klausa mengatakan mereka perlu membayar semula biasiswa jika melanggar mana-mana syarat.

"Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.

Seorang pelajar yang enggan mendedahkan identitinya berkata, 90% pelajar sangat tertekan kerana mereka perlu menukar universiti.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar tidak pasti dengan perjanjian baru itu, namun sebahagian 230 orang daripada mereka menandatangani perjanjian baru pada Khamis.

Mereka antara kumpulan awal yang akan dipindahkan esok (Ahad) ke Universiti Asia Pasifik di Kuala Lumpur, katanya.

"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak rasa tidak puas hati antara mereka sejak mengetahui penutupan universiti berkenaan tiga bulan lalu.

"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu.

"Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran.

"Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka," katanya.

Menurut pelajar terbabit, setiap seorang daripada mereka menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.

Sementara itu, ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, penting untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Tiada pihak mengetahui apa yang berlaku. Saya bertanyakan di Dewan Rakyat tapi tiada jawapan.

"Penting untuk kita tahu kerana ia amal jariah yang membantu pelajar miskin dan membawa nama Albukhary," katanya.

Yayasan Albukhary diasaskan pada 1996 atas prinsip taqwa dan ihsan.

Yayasan itu mula mendapat perhatian apabila membantu orang Islam dan komuniti terpinggir akibat kemiskinan, perang dan bencana alam termasuk mempromosi kebudayaan Islam dan biasiswa bagi orang Islam dan bukan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...