09 Julai 2013

Kerajaan Dap P.Pinang Ikut Kerajaan Pahang Larang Tazkirah...?

Kerajaan UMNO larang tazkirah.. Kerajaaan DAP galakkan tazkirah..


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri Pahang (Negeri yang dikuasai UMNO, Parti pejuang Bangsa dan Agama), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.

"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih" katanya.

Tetapi ianya berbeza dengan sebuah negeri yang dikuasai oleh DAP (Parti Chauvinist Cina yang Anti Islam menurut macai-macai UMNO)..

Biarpun dikuasai oleh Parti Chauvinist Cina yang Anti Islam tiada halangan dikenakan terhadap tazkirah malah ianya digalakkan pula..

Foto


P.Pinang galak tazkirah Ramadan - Exco Agama 
 
KERAJAAN Negeri menggalakkan semua pentadbiran masjid kariah mengadakan program tazkirah sepanjang bulan Ramadan demi menyemarak lagi penghayatan Islam yang sebenar dalam kalangan umat.

Justeru, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, larang tazkirah sempena bulan puasa yang lazim di negeri-negeri tertentu tidak akan dikuatkuasa di Pulau Pinang. 
 
"Tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia.
”Tiada halangan (untuk bertazkirah) dan menggalakkan mana-mana masjid yang ingin mengadakan tazkirah (sempena menyambut) Ramadan,” ujar beliau dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini. 
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi pada isu larangan tazkirah di negeri-negeri tertentu yang dibangkitkan pada mesyuarat penggal pertama DUN Pulau Pinang Ke-13.
Mengulas mengenai perbezaan fiqh ibadah yang turut dibangkitkan dalam dewan, beliau berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan solat taraweh 20 rakaat, tetapi, tidak menghalang ibadah sunat itu didirikan dalam 8 rakaat. 
 
Beliau berkata, perbezaan pendapat fiqh mengenai ibadat sunat itu tidak wajar ditajamkan demi keharmonian umat Islam di negeri berkenaan ~
Faqar

Parti pejuang Bangsa dan Agama larang tazkirah tapi Parti chauvinist Cina dan Anti Islam benarkan tazkirah.. apa cerita ni?


KERAJAAN HARAM MESIR KIAN BERGOLAK

Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak

(Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir)

MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.

Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.

Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.

Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.

Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.

Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.

Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.

"Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi.

Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden.

Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.

Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.

Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.

Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.

Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.

Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.

Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.

Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.

Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.

Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour.~ hd




HOT ! PATUTLAH BN SELANGOR KALAH TERUK, FITNAH LEBIH DARI ISRAEL?



EDISI KANTOI TERBURAI TERBARAI LONDEH!!!!!..MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BUKA KHEMAH-KHEMAH YANG DIPACAKKAN DIKATAKAN BAZAAR RAMADHAN YANG TIDAK PERNAH WUJUD!!!!

Kini sudah menjadi seolah-olah satu trend untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan membabitkan Bazaar Ramadhan yang tidak benar didirikan.

Terbaru berlaku di Kampung Sungai Ramal Dalam, berhadapan dengan Taman Permainan Kanak-kanak Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Cara pihak yang membuat fitnah ialah dengan memacakkan beberapa buah khemah disatu lokasi tanpa keizinan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Lepas itu terus memaklumkan PBT berkenaan dengan harapan para pegawai penguat kuasa PBT akan merobohkannya…. rakam kejadian itu dan hebohkan dalam blog dan internet kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi para peniaga Melayu/Islam yang cuba mencari nafkah sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan meniup sentimen perkauman yang menebal.

Cuba perhatikan betul-betul rakaman diatas..Semasa para pegawai penguat kuasa MPKj membuat operasi langsung tidak ada seorang pun yang mengaku peniaga berada disitu.

Secara logiknya jika ada PBT menjalankan operasi sudah pasti tuan punya gerai akan berada ditempat kejadian membuat bantahan atau paling tidak membuat pemantauan. – FB Pakatan Rakyat Elections News

KEDAH MENGHADAPI MASALAH AIR BERSIH YANG TERUK...APA CERITA NIE?

Akibat kelemahan pengurusan kerajaan UMNO Kedah, isu air yang telah diatasi oleh Pakatan haritu kini muncul kembali , Masalah timbul dan tidak diatasi selepas PRU13.

Penduduk Terpaksa mandi air parit, perigi




Peniaga, Siti Rohayu Oh Abdullah, 42, menunjukkan gelas dan pinggan tidak dapat dibasuh disebabkan gangguan bekalan air.
PENDANG - Ratusan penduduk di Kilang Kechik dekat sini, naik angin apabila kerap berhadapan gangguan bekalan air selepas PRU13 lalu tanpa menerima sebarang notis pemberitahuan.

Difahamkan, gangguan bekalan air kerap berlaku di kawasan Kilang Kechik dan beberapa kampung berhampiran antaranya Sungai Durian, Kampung Panjang, Banggol Tambak dan Kongsu Baru.

Penduduk, Lee Chong Hak, 61, berkata, dia terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengeluarkan notis memaklumkan gangguan bekalan air kepada penduduk agar mereka dapat menyimpan bekalan untuk kegunaan harian.

“Penduduk marah kerana gangguan air mengambil masa sehari dan terbaru tiada air selama tiga, sekali gus menyusahkan penduduk kerana bekalan tidak dihantar ke rumah.

“Ketiadaan bekalan air menyebabkan saya terpaksa mandi air parit di kebun memandangkan perkhidmatan perigi tiada di kawasan rumah namun ia membimbangkan kerana akan membahayakan kesihatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noraini Hanafiah, 54, berkata, gangguan bekalan tidak sepatutnya kerap berlaku memandangkan bayaran bil dijelaskan dengan baik setiap bulan.

“Jika air tiada, kami sukar membuang air kecil dan besar kerana terpaksa mencari air terlebih dahulu.

“Pakaian dan pinggan mangkuk tidak dapat dicuci menyebabkan keadaan rumah menjadi kotor,” katanya.

Bagi Abdul Halim Ahmad, 63, pula berkata, gangguan bekalan air menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh mandi dan terpaksa mengeluarkan belanja RM20 sehari untuk membeli bekalan air mineral bagi kegunaan minum dan memasak.
“Jika Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengeluarkan notis awal memberitahu akan berlaku gangguan bekalan air, membolehkan penduduk membuat persiapan menadah air untuk disimpan,” katanya.

Bagi peniaga kedai makan, Rokiah Roslan, 48, berkata, gangguan bekalan air itu menyebabkan perniagaannya terjejas kerana premisnya terpaksa ditutup.

“Minggu lepas, dua hari saya tidak berniaga kerana tiada air dan terpaksa tanggung rugi RM400 kerana tiada notis diberikan.

“Sejak dua bulan kebelakangan ini gangguan bekalan air semakin serius dan penduduk tak tahu sebab pihak berkenaan menutup paip,” katanya.

Rokiah berkata, dia juga bimbang keselamatan anak-anaknya yang terpaksa mandi di perigi yang terletak di dalam hutan.



Gangguan air di Langkawi selama 4 hari akibat Rumah Pam Tenggelam




KUAH - Gangguan bekalan air berlaku di beberapa lokasi sekitar Langkawi sejak Jumaat lalu, membabitkan 19,000 akaun pengguna domestik dan industri perhotelan. Pegawai Perhubungan Awam, Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, gangguan itu disebabkan oleh kegagalan ‘pump hi lift’ yang terletak di loji Padang Saga, Bukit Kemboja Langkawi.

"Pam tersebut mengalami kerosakan kerana ditenggelami air akibat hujan lebat dan banjir kilat di sini, Khamis lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebanyak lima pam ditenggelami air dan kerja pembaikan giat dijalankan bagi memastikan keadaan pulih seperti sediakala.

“Kawasan yang mengalami gangguan ialah Pantai Chenang, Kampung Bayas, Kampung Kedawang, Kampung Temoyong, Kampung Padang Wahid dan seterusnya hotel dan chalet yang berada sekitar kawasan tersebut.

“Buat masa sekarang pengguna terlibat dengan masalah gangguan air ini telah dibekalkan air melalui lori tangki dan tangki statik. Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami. Insya-ALLAH gangguan bekalan air akan berakhir esok,” katanya.

Rofedi berkata, pengguna yang mengalami masalah bekalan air boleh menghubungi bilik gerakan Sada di talian 04-9660673 dan Taliworks 04-9663028.


Foto


Kartel dadah Colombia menyeludup guna kapal selam


Selama beberapa dekad pantai Pasifik Colombia telah menjadi laluan paling penting perdagangan dadah ke Amerika Tengah dan Amerika Syarikat.

Kartel dadah telah datang dengan cara baru dan lebih canggih bergerak penghantaran mereka tanpa ditangkap.
Alessandro Rampietti laporan daripada Bahia Malaga, Colombia Al Jazeera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...