22 April 2014

PANAS! NAMA UNIVERSITY AL-BUKHRI DIPADAMKAN..JADI TANDA TANYA ....


Tanda tanya nama Al Bukhary dipadam


Papan tanda yang sepatutnya memaparkan perkataan ‘Singgahan Al Bukhary’ di Jalan Langgar, Alor Setar kini sudah ditukar. 

 Tindakan pengurusan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) mengubah suai beberapa blok bangunannya dan mengisi blok yang sebelum ini kosong dengan kelengkapan serta perabot menimbulkan tanda tanya pelajarnya.

Pelajar juga mendakwa keliru dengan tindakan AiU memadamkan nama Al Bukhary pada tiga papan tanda blok bangunan Pusat Rawatan Al Bukhary, Souq Al Bukhary dan Singgahan Al Bukhary.

Mereka berkata, ia menimbulkan tanggapan bahawa pusat itu kini sudah beralih tangan kepada pihak lain dan bukannya ditutup seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Tinjauan BH semalam, mendapati nama ‘Al Bukhary’ yang sebelum ini tertera pada tiga bangunan itu sudah dipadam namun tidak diketahui tujuannya.

Wakil pelajar, Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, berkata apa dilihat mereka menguatkan lagi kemungkinan AiU sebenarnya sudah beralih tangan.

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan pengurusan sebelum ini bahawa AiU ditutup atas masalah yang tidak dapat dielak.

“Bagaimanapun, jika dilihat pada perkembangan terkini ia seolah-olah sedang dipersiapkan untuk tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan pembelajaran juga.
Tidak tahu nasib

“Saya tidak faham apa yang berlaku sebenarnya dan apa nasib kami selepas ini... apa yang berlaku kini amat bertentangan dengan pengumuman awal bahawa AiU ditutup.

“Tindakan kami membawa kes ini ke mahkamah juga mendapat kecaman sedangkan kami hanya mahu AiU mematuhi peraturan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Raimy berkata, pengurusan AiU sepatutnya berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai kedudukan sebenar selain memberi cukup masa berdasarkan peruntukan undang-undang memastikan apa saja perancangan berjalan lancar.

Bimbang status AiU

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar ketika dihubungi melahirkan rasa bimbang mengenai kedudukan terkini AiU kerana ia boleh menjejaskan masa depan anaknya.

Rokiah Osman, 48, dari Kampung Baru, Bedong di sini, berkata biarpun kecewa dan sedih kerana harapan melihat anaknya menggenggam segulung ijazah selepas hampir empat tahun belajar di AiU, namun dia reda dengan apa yang berlaku.

“Saya harap yang baik dan penyelesaian secara damai serta mengikut peraturan yang sudah sedia termaktub dalam negara ini.

“Sejak anak saya memasuki AiU pada 2010, saya meletak harapan yang tinggi agar dia dapat menamatkan pelajarannya, tetapi apa daya walaupun tempohnya hanya tinggal setahun lagi harapan itu musnah sama sekali.

“Memang sedih dan kecewa tetapi saya serah kepada anak untuk membuat keputusan mengenai masa depannya sendiri,” katanya.

Mukhriz Mahu University Al-Bukhari Terus Beroperasi

ALOR SETAR 20 April – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berharap Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini dapat memikirkan semula hasrat untuk menghentikan operasinya.

Mukhriz berkata, beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.

“Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup.

“Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Zon Utara (KEKKu) 2014 di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri berminat mengambil alih universiti itu jika pihak terlibat dengan universiti itu masih mahu menutup universiti berkenaan, Mukhriz berkata: “saya difahamkan model yang dipakai universiti itu adalah biasiswa penuh…rumit untuk diuruskan”.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. – BERNAMA

21 April 2014

MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT






Penyiasat: MH370 mungkin mendarat di satu tempat

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Timesyang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

PUNCA MB TERENGGANU AKAN DITUKAR TERSEBAR......


Kenapa Ahmad Said Yang Perlu Digugurkan? Adakah Najib Berani Lakukan......


Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini
.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk ‘memberi nasihat’ tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS.

20 April 2014

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN ..LEBUH RAYA PLUS WAJAR TURUNKAN TOL...100% HAKMILIK KERAJAAN & KWSP

Lebuh Raya PLUS Diswastakan, Bagi Halim Saad Lebih Baik?????



Lebuh Raya PLUS Tidak Perlu Diswastakan, Bagi Halim Saad  dulupun dah tapau...

Lebu Raya PLUS pemilik sekarang mungkin perlu diketahui siapa di belakang UEM dan kenapa ia membebankan pengguna meski dicanangkan PLUS adalah milik negara. Video di bawah operator PLUS dimaki hamun pengguna kerana kesesakan tetapi mengenakan kadar tol tinggi dan bakal naik lagi – Grafik The Star

Ramai ahli politik dan penganalisis bersetuju gesaan supaya lebuh raya terpanjang di Malaysia, yang terbentang dari sempadan Thai ke Singapura, dimiliknegarakan sebagai tidak logik memandangkan Lebuhraya Utara-Selatan itu sudah pun menjadi milik negara empat tahun lalu.

Ini berlaku apabila Plus tidak lagi disenarai di Bursa Malaysia selepas diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan melalui dua agensi – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, milik Khazanah.

Walaupun usaha kini dijalankan untuk mengeluarkan Plus daripada pemilikan kerajaan, ahli ekonomi dan politik bersetuju ia perlu terus berada dalam kerajaan, memandangkan Lebuhraya Utara-Selatan yang terbentang di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia, merupakan infrastruktur negara yang kritikal.

Tawaran baru-baru ini daripada Idaman Saga Sdn Bhd, yang dikata turut membawa masuk sebuah entiti lain berkaitan kerajaan, untuk mengambil alih pemilikan konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini, sekali lagi menyaksikan golongan politik, menggesa ia dimiliknegarakan.

Namun, mereka lupa lebuh raya sepanjang 772km, dan menjadi tulang belakang kepada rangkaian jalan raya di negara ini, serta semua lebuh raya dalam bidang kuasa Plus Malaysia Bhd, sudah pun menjadi milik negara sejak 2010, hasil gesaan rakyat.

Tawaran itu, tanpa harga tawaran daripada Idaman Saga, syarikat milik Tan Sri Halim Saad, antara lain, termasuk ‘gula-gula’ – tiada kenaikan bayaran tol sehingga akhir tempoh konsesi pada 2038. Ini juga akan menjimatkan kerajaan kira-kira RM64 bilion dalam nilai pampasan berikutan tiada kenaikan tol antara 2016 dan 2038.

Tawaran seperti ini sudah pasti membuka mata pemilik kenderaan.

Walaupun tiada butiran kewangan, harga tawaran dan pembiayaan untuk pembelian itu, penganalisis merasakan tawaran itu tidak berdaya maju untuk ditimbang secara serius.

Pemilik sedia ada – UEM Group Bhd dan KWSP sudah pasti tidak mahu berpisah dengan aset bernilai tinggi itu.

Penganalisis berkata, Plus Malaysia Bhd merupakan sasaran pengambilalihan yang menarik berdasarkan perniagaan itu menjana tunai yang besar serta potensi pertumbuhan yang kukuh.

“Plus sudah pun menjadi aset negara kerana ia milik syarikat berkaitan kerajaan, 51% oleh UEM Group dan 49% oleh KWSP. Ia tidak berbaloi untuk mengambil risiko dengan menswastakannya. Daripada segi daya saing, UEM berjaya mengurus Plus dengan baik. Plus memberi pulangan yang baik kepada pencarum KWSP, oleh itu tidak perlu menswastakannya,” kata David Ang Chin Tat, Pengerusi Gerakan Selangor.

“Kerajaan berusaha memenuhi kepentingan rakyat supaya aset penting ada masanya dimiliknegarakan bagi melindungi orang ramai. Orang ramai juga bermakna mereka yang bekerja untuk Plus, bukan sahaja pengguna lebuh raya.

“KWSP mewakili 14 juta rakyat Malaysia (yang mencarum). Mengapa KWSP perlu menarik diri daripada usaha sama itu? Saya tidak nampak perlunya (penswastaan) itu,” kata Ang.

Zakie Shariff, Pengarah FA Securities, berkata lebuh raya yang sudah mencapai tahap matang seperti Plus, status quo sedia ada wajar dikekalkan memandangkan ia merupakan syarikat swasta sebelum dimiliknegarakan menerusi KWSP dan UEM.

“Saya tidak nampak wajarnya pihak ketiga membelinya balik daripada KWSP dan UEM. Jika ada sesiapa yang mahu mengurangkan beban kewangan rakyat, kaji jalan antara bandar, jangan  hanya lihat Plus.

“Memandangkan kos sara hidup tinggi sekarang, tawaran untuk tidak menaikkan kadar tol dan penjimatan besar sangat menarik kepada orang ramai dan kerajaan,” katanya.

Sambil menegaskan mengenai perlunya memikirkan kepentingan jangka panjang dalam isu ini, beliau berkata KWSP dan UEM adalah dua agensi kerajaan dan usaha sama ini yang menyaksikan pemiliknegaraan PLUS pada 2010, sehingga kini berjaya mengurus Plus dengan baik.

“Mengapa aturan yang kini memberi manfaat kepada rakyat, diubah?” tanya seorang profesor ekonomi yang enggan namanya disiarkan, mengenai tawaran oleh Idaman Saga itu.

“Memang orang ramai tidak suka terhadap cadangan menaikkan tol oleh kesemua pemegang konsesi lebuh raya dan bukan hanya ke atas Plus,” katanya.

“Bagi Plus, walaupun ia milik agensi kerajaan, ia menjaga dan mengurus kemudahan awam sebagai entiti perniagaan,” katanya.

Namun, ramai penganalisis juga berpendapat berdasarkan konsesi tol yang semakin matang selain keuntungan yang dinikmati oleh pemegang konsesi , kerajaan perlu mengaji semula perjanjian bagi mengurangkan kekerapan kenaikan tol serta jumlah kenaikan. 

PANAS ! MP LANGKAWI MOHON MAAF KEPADA KELUARGA KARPAL,..MENGAKU KURANG BERHATI-HATI TAPI NAMPAK TIDAK CERDIK !!!




ANDA BUKAN MACAI TAPI AHLI PARLIMEN....PERBUATAN ANDA MENCEMARI PARLIMEN...

"Pertama adalah tidak sopan untuk saya atau pegawai saya menggunakan gambar mendiang Karpal Singh yang diambil di tempat lain secara 'copy and paste' dan diletakkan ke dalam akuan FB saya.

"Kedua, adalah tidak wajar dan tidak layak bagi saya selaku seorang ahli Parlimen untuk meletakkan nota yang berbunyi "sapa nak sambut cabaran Karpal sila bagi nama."

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal


MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.

Nawawi dua hari lalu menyiarkan gambar mayat Karpal bersama keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam.



Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu".

Laman Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu, dengan nada bergurau, telah menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh. sila bagi nama."

Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya.

"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri.

"Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang akhbar malam ini, Nawawi berkata kemarahan yang tercetus di alam siber ekoran kenyataannya tentang kematian Karpal Singh telah mendorongnya untuk memikirkan semula tindakannya dan sedar bahawa telah melakukan kesilapan.

Katanya, beliau membacanya semula beberapa kali dan barulah beliau sedar mengapa begitu ramai orang kecewa, kerana ia sangat tidak sesuai.

Nawawi, yang awal hari ini membuat permohonan maaf di Facebook, berkata beliau juga mahu membuat permohonan maaf secara peribadi.

Mengenai imej yang telah disiarkan itu, Nawawi berkata beliau melihatnya di Internet dan telah menyalin dan menampalnya ke Facebook beliau dengan menggunakan iPhone beliau.

Katanya, skrin iPhone adalah kecil, jadi beliau tidak dapat melihat imej tersebut dengan jelas.


Kemudian, katanya, apabila melihatnya pada skrin komputer, beliau sedar ianya bukan sesuatu yang baik untuk diedarkan.

Ditanya apa di fikirannya apabila dia menulis mesej yang kolaj tersebut, Nawawi berkata cabaran Karpal terhadap negara Islam adalah perkara yang pertama yang datang ke mindanya dan beliau telah menulis tanpa berfikir dua kali.


Nawawi berkata permohonan maafnya dibuat dua hari kemudian kerana beliaiu hanya tiba di Kuala Lumpur dari Sarawak hari ini.

Katanya, beliau tidak dapat menghadiri pengebumian Karpal esok tetapi akan membuat permohonan maaf peribadinya kepada keluarga Karpal jika berpeluang.

"Saya menyedari terdapat dua perkara utama kesilapan ini berlaku.

"Pertama adalah tidak sopan untuk saya atau pegawai saya menggunakan gambar mendiang Karpal Singh yang diambil di tempat lain secara 'copy and paste' dan diletakkan ke dalam akuan FB saya.

"Kedua, adalah tidak wajar dan tidak layak bagi saya selaku seorang ahli Parlimen untuk meletakkan nota yang berbunyi "sapa nak sambut cabaran Karpal sila bagi nama."

"Setelah merenung dan mengkaji serta berfikir panjang tentang natijah coretan saya tadi, saya sedar dan berpendapat bahawa tindakan saya amat tidak beretika dan tidak wajar bagi orang ramai menerima apa yang telah saya perkatakan. Saya merasa amat menyesal dengan tindakan saya itu," katanya.

Hari ini, katanya, beliau ingin merakamkan rasa penyesalan yang tidak terhingga dan memohon kemaafan khususnya kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh dan seluruh Malaysia amnya yang tersinggung dan terasa hati dengan perkataannya di dalam Facebook.

"Dengan ini saya menarik balik kata-kata saya kepada mendiang Karpal Singh dan keluarga," tambahnya.

Beliau juga berjanji untuk lebih berhati-hati dan berhemah dalam penulisan membabitkan akuan Facebook pada masa akan datang
.

"Saya secara peribadi menghormati mendiang sebagai seorang yang berwibawa, mempunyai prinsip dan berani menegakkan roh perlembagaan yang suci di negara ini," katanya serta mengucapkan salam takziah kepada keluarga Karpal.


Pautan kekal imej terbenam


BARU ADA AKAI......


KENYATAAN PENUH POHON MAAF KES YB KARPAL SINGH oleh Nawawi Ahmad
Karpal Singh Issue - Press Release pada semua media dan social media
Date: 19/4/2014 jam 845pm
Tempat: KL central,KL

1. I would like to express my deep remorse and regret on what transpired the last two days about my posting on my private Facebook account pertaining to a status of what happened to the late YB Karpal Singh.
2. Words cannot express how sorry I am, and how necessary it is for me to apologize to the family of the late YB Karpal Singh and everyone, who I have offended due to a needless and careless posting. Although I have few people or admin to update my status on Facebook, I take full responsibility on what have happened.
3. I have indeed immediately deleted the posting from my private Facebook wall, after more than an hour, when I realised that the status was strongly objected and condemned by Facebook communities.
4. There are two things that I realized which went wrong,
Firstly, it was not appropriate for me or my admin to cut and paste the picture of late YB Karpal Singh on my Facebook wall. Secondly, it was unbecoming or not acceptable for myself as a Member of Parliament to write a note on the status "siapa nak sambut cabaran Karpal, sila bagi nama".
5. After some harrowing days and nights of thinking, I have reached to a conclusion that I have done something unethical or unacceptable by the public at large and I truly regret of doing so.
6. Today, I would like to extend my sincerest apologies especially to the family members of the late YB Karpal Singh as well as to all Malaysians that are affected by my posting and I withdrawn all my words.
7. I also would like to record my high respect to the late YB Karpal Singh on his capacity as one of the best lawyers in the country as well as among the well respected Member of Parliament.

8. I will always respect him as a highly capable Member of Parliament and he had also projected himself as a man of principle, integrity and courage with noble constitutional spirit. His demise is a tremendous loss to all Malaysians.
9. I deeply regret for what has happened. I am so sorry. I know I hurt the feelings of many and I feel terrible about it. I promise to myself to be extra coutious and careful on my future postings on my Facebook.
10. My deepest condolences to the bereaved family of the late YB Karpal Singh.
11. This is my own personal mistake and it is not related to any individual or any party.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...