14 Januari 2014

PANAS ! ROSMAH DIKATAKAN MEMBIAYAI FILEM DI HOLLYWOOD??


Filem anak tiri PM cipta nama di Hollywood, kontroversi siapa pembiayanya


Penerbit filem The Wolf Of Wall Street, dari kiri Joey McFarland bersama Riza Aziz, Irwin Winkler dan Joe Low dalam satu majlis pelancaran filem ini di Ziegfeld Theatre. Gambar Zimbio.com.Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz mencipta nama dalam industri filem Holywood apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, Riza enggan mengulas apabila timbul spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mstar Online melaporkan, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja USD100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.


Bagaimanapun, portal itu tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM100 juta di New York.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Sebelum ini, Rewcastle Brown, kakak ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown mengasaskan Sarawak Report, sebuah laman berita dalam talian, secara terbuka mengkritik kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak.

Laman web ini baru-baru ini melaporkan bahawa Riza yang berusia 36 tahun membeli sebuah megapuri bernilai USD33,500,000 (RM110 juta) di New York pada 2012.

Dia dilaporkan membeli hartanah tujuh bilik itu di 63 Street di Taman Laurel, New York pada November 2012.

Berita itu mencetuskan kritikan yang baharu terhadap PM yang berulang kali menyeru rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan bijak dan berhemah berikutan meningkatnya harga bagi beberapa barangan sejak tahun lalu.

Riza bekerjasama dengan pengeluar Hollywood terkenal Joey McFarland untuk menubuhkan Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem termasuk The Wolf in The Wall Street, Friends With Kids dan siri daripada Dumb and Dumber, Dumber and Dumber To.

Riza dipetik oleh Hollywood Reporter sebagai berkata: "Saya mempunyai wang yang dilaburkan dalam syarikat. Ia menunjukkan bahawa saya bersungguh terhadapnya dan komited daripada sudut kewangan. Kami juga mempunyai kumpulan pelabur, terutamanya dari Timur Tengah dan Asia."

Dalam temubual dengan akhbar harian Los Angeles Times, McFarland berkata, strategi syarikat adalah untuk membeli filem yang mempunyai masa depan yang baik daripada penerbit bermasalah.

#PMKANKUNG TRENDING DI SARANTO DONIA !!!

Pautan kekal imej terbenam


Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Menteri kankung dibelasah?

13 Januari 2014

MUFTI PERAK LEBIH PEKAK DARI FIRAUN



Penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.




PUTRAJAYA: Rakyat perlu membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus bertindak menaikkan harga barang kerana belum masanya untuk mereka membantah.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat, tidak ada keperluan untuk melawan isu kenaikan harga barang pada waktu ini sebaliknya perlu mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sehingga tiba pilihan raya.

“Bagi saya biarkan harga barang naik sampai rakyat benci kepada kerajaan.

“Buat masa sekarang ini takkan selesaikan masalah kerana penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.

“Potong gaji pegawai kerajan tapi kos beli jet lebih mahal dari gaji yang dia potong,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Beliau bimbang jika tiba musim piihan raya kerajaan akan bertindak mengumumkan penurunan beberapa harga barangan atas alasan ‘prihatin’ dan rakyat dengan mudah akan melupakan kesan beban yang ditanggung sebelum itu.

“Kena fikir secara ‘reverse psychology’. Kalau BN nak naikkan harga barang saya alu-alukan walaupun saya sedih bagi pihak rakyat tapi dari segi pendekatan ini jalan untuk kita beri kesedaran kepada rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Salor itu turut membidas tindakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang disifatkannya lebih pekak dari Firaun kerana melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember sebagai penderhaka dan ‘bughah’.


“Himpunan itu nak bagi kerajaan dengar suara rakyat bukan nak tumbangkan kerajaan.

“Adakah kerajaan terlalu lemah sehingga boleh ditumbangkan dengan hanya himpunan secara aman,” soalnya.

Katanya, kenyataan itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan mencalarkan kehormatan institusi mufti kerana terlalu tunduk dengan arahan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati Harussani supaya turut berani menegur pemimpin yang menyeleweng dan menegakkan kebenaran terhadap pemerintah.

PANAS ! BALA BANJIR BESAR DI KEMAMAN KERANA PAS....ROBIN HOOD DIMINTA BERTAUBAT

Hanafiah minta Ahmad Said bertaubat

Kenapa ketika PAS dan PKR menang pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?





KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat (gambar) minta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di sini semalam.

Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.


Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?

Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba’ ayat 16.

Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.

Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah beliau tidak percaya bala banjir diturunkan Allah.


Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di sini.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa ponteng kerja.

“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan itu,” kata mereka.

Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.

“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

PANAS! TIMBALAN MENTERI NAJIB DIGASAK PEMUDA UMNO...APA PUNCANYA....

 Pemuda UMNO tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran..

TIMBALAAN Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ni beritanya...

Free Malaysia Today


Samsengnya dia.. ha..ha..ha.. masa kempen pemimpin Pakatan Rakyat jadi sasaran.. sekarang pemimpin sendiri pulak jadi mangsa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...