Oleh: Amin Iskandar
Empat tahun sudah berlalu apabila buat pertama kalinya tsunami politik melanda negara. Pada 8 Mac 2008, rakyat semenanjung Malaysia membuat kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12.
Perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya tergamam tidak menyangka seteruk itu keputusan PRU. Kalau tak kerana terlalu mendengarkan menantunya dan budak tingkat empat merengek, sudah tentu Pak Lah masih PM Malaysia.
Majoriti dua pertiga BN di parlimen dirampas oleh gabungan PKR, PAS dan DAP - kini bergelar Pakatan Rakyat.
Negeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan PR. Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertukar kepimpinan negeri.
Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin ghairah dengan kempen "pade doh" yang kononnya mampu merampas Kelantan.
Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Khairy Jamaluddin terus dibenci oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tsunami politik menyebabkan jangka hayat Abdullah Badawi lebih pendek daripada sepatutnya. Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Umno dan BN. Tsunami tidak mungkin akan dilupakan. Jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, hari ini BN sudah tentu tidak lagi berkuasa.
Selepas 8 Mac
Tsunami dan "aftershock" demi "aftershock" yang berlaku selepas PRU ke-12 menyebabkan BN tidak senang duduk. Tamparan hebat diberikan apabila PR menang dalam banyak pilihan raya kecil (PRK).
Sebelum 8 Mac 2008, boleh dikatakan BN menang hampir kesemua PRK. Ini adalah kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesuatu kawasan PRK dan ini memberikan kelebihan kepada BN.
Apatah lagi media arus perdana memihak kepada BN. BN kini sedar, rakyat mahukan perubahan. Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa, gagasan 1Malaysia dicanangkan.
Program transformasi ekonomi, politik dan sosial diperkenalkan. Ini adalah kerana Najib sedar, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin bijak serta mahukan perubahan.
Selepas Tsunami, kerajaan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Lihatlah bagaimana skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat bantahan ramai.
Dalam erti kata lain, suara rakyat menjadi semakin kuat apabila parti yang memerintah itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Apabila negara mempunyai pembangkang yang kuat, kebajikan rakyat semakin terjamin.
Dahulu di zaman BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, kerajaan yang memerintah boleh berbuat sesuka hati sepertimana Pak Lah menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen dalam satu-satu masa.
Janji tidak ditunaikan
Tsunami politik tidaklah bermakna rakyat membiarkan Pakatan berbuat sesuka hati. Selain dari dipantau oleh Umno-BN, Pakatan juga dipantau oleh pengundi-pengundi mereka.
Jika ada wakil rakyat tidak berkhidmat dengan baik, jangan haraplah akan terus mendapat sokongan orang ramai. Jika Pakatan berkeras untuk meletakkan calon seperti ini, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kalah dalam pilihan raya.
Rakyat Malaysia bernasib baik oleh kerana tsunami 8 Mac memberikan mereka peluang untuk melihat bagaimana Pakatan mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Kita dapat menyaksikan bagaimana menteri besar bagi negeri Kedah bermati-matian mempertahankan kolej di bawah kekuasaannya menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima orang mahasiswa.
Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan bagaimana janji-janji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak ditunaikan. Orang-orang yang kononnya mahukan pilihan raya dilaksanakan kini lebih berusaha keras untuk mencari alasan agar tidak perlu melaksanakannya.
Maklumlah, sistem yang sedia ada lebih "enak" dan memberikan hasil yang lumayan.
Tidak dinafikan juga ada dasar-dasar yang baik dilaksanakan. Akan tetapi pemantauan yang kuat terhadap negeri-negeri Pakatan perlu diperhebatkan oleh rakyat agar perubahan yang dijanjikan dapat berlaku.
Jangan dilihat gelojoh
Tidak lama lagi, gendang pilihan raya akan dibunyikan. BN mahu terus berkuasa dan Pakatan mahu merampas kuasa. BN kita sudah boleh baca wataknya oleh kerana telah terlalu lama memerintah.
Akan tetapi cabaran kini terletak kepada bahu Pakatan kerana mereka mahu menjadi alternatif kepada BN. Dalam PRU ke-13 ini, jika benar-benar ingin menguasai Malaysia, Pakatan harus menunjukkan imej sebuah gabungan parti politik yang benar-benar mampu untuk memimpin Malaysia.
Amalan bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sekali gus bagi seorang calon sudah sampai masanya dimansuhkan. Amalan ini sesuai bagi parti politik baru atau calon yang tidak mempunyai keyakinan untuk menang di sesuatu kerusi.
Ini adalah taktik "play safe" untuk memastikan seseorang pemimpin itu menang sekurang-kurangnya di salah satu kerusi yang dipertandingkan.
Pada 8 Mac 2008, rakyat masih boleh faham jika Lim Guan eng bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri tidak begitu yakin untuk menang.
Jika dalam PRU ke-13 ini Pakatan masih lagi meneruskan amalan ini, calon yang bertanding kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen ini akan dilihat gelojoh.
Orang-orang lain yang berpotensi juga tidak akan mendapat peluang untuk ditonjolkan sebagai pemimpin. Tsunami seharusnya memberikan pengajaran kepada semua pihak baik BN mahu pun PR.
Jika khianat rakyat, Tsunami yang melanda BN tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan.
11 Mac 2012
Beranikah Gani menggoncang perahu Umno?: WCE RM7.1 bil yang tidak dipedulikan
Banyak yang telah diperkatakan mengenai "sikap berdiam diri" Peguam Negara, Gani Patail, tentang perjanjian Lebuhraya Pantai Barat yang menelan belanja RM7.1billion, yang dilaporkan oleh berita baru-baru ini. Jadi, apakah yang akan dilakukan? Adakah media kawalan Umno memberi peluang bagi pentadbiran Najib yang telah teruk dikritik kerana perjanjian itu sudah jelas begitu mahal?
Atau adakah media akan digunakan sebagai medan peperangan bagi puak yang sedang bertelagah dalam Umno, cemburukan gula-gula antara satu sama lain? Sebenarnya, personaliti Umno yang manakah benar-benar mendapat manfaat jika perjanjian dimenterai?
Kepada mereka yang tertanya-tanya, mengapa begitu banyak soalan berbaur politik dan sinis yang diutarakan? Jawapannya adalah kerana perjanjian WCE memang berbaur politik. Dan Peguam Negara pasti tidak terlepas daripada bos Umnonya dan yang amat melucukan pula, untuk percaya walaupun untuk satu saat bahawa dia akan berani untuk menyatakan "menyatakan ada keraguan disebalik urusan itu".
Ini satu ujian yang mudah. Jika Gani benar-benar bimbang, dia pasti mahu tahu. Mengapa biarkan ia menjadi tanda tanya? Terutamanya dalam kontrak sebesar begini? Peguam Negara bukan orang sembarangan, kedudukannya tinggi dengan kuasa dan pengaruh. Jadi, gunakan ia untuk mendapatkan jawapan. Tetapi biarlah siasatan itu betul dan dilakukan demi rakyat dan bukan untuk dirinya sendiri atau bos-bos politik.
Bukan sahaja perjanjian utama, lihat juga pada syarikat-syarikat terlibat
Pertama sekali, Peguam Negara bukan hanya perlu melihat pada terma perjanjian bagi projek tetapi juga siapa orang di belakang syarikat yang mendapat projek itu. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bukanlah sebuah projek baru. Ia merupakan satu projek yang telah tertangguh selama lebih 10 tahun kerana masalah kewangan.
Europlus mempunyai masalah membiayai projek sejak krisis kewangan Asia 1997/98. WCE pertama
kali dibangkitkan oleh Tan Sri Chan Ah Chye, yang mengawal Europlus, 15 tahun yang lalu. Untuk mempromosikan projek itu, Chan menubuhkan Konsortium Logika Sdn Bhd (KLPB). Chan memegang 27,58% kepentingan ekuiti dalam Europlus dan syarikat pembinaan gergasi IJM Corp Bhd memiliki kepentingan 22,72%. IJM juga memegang kepentingan kawalan dalam KLPB.
IJM melalui Road Builder Holdings Bhd, menjalankan operasi tol bagi Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru dan Lebuhraya Kajang-Seremban. Dengan WCE juga dalam tangan, IJM berpeluang untuk menjadi pengendali tol terbesar di negara ini.
60 tahun konsesi tol antara Europlus dan kerajaan yang memecah rekod itu akan bermakna IJM kekal mengutip tol untuk tempoh masa yang sangat lama. Hubungan IJM dengan kerajaan BN begitu ketara sekali.
Lembaga pengarah IJM diketuai oleh Tan Sri Abdul Halim bin Ali. Abdul Halim Ali telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 dan bersara pada tahun 2001. Selepas bersara, dia dilantik sebagai ahli lembaga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga Januari 2007. Projek WCE mula bergerak pada tahun 2007, apabila KLPB memeterai perjanjian konsesi bagi pembinaan WCE itu. Adakah ini kebetulan?
Kerugiannya pula…
Hakikat bahawa kerajaan bersedia untuk melayan Europlus dan merunding semula syarat untuk membina WCE perlu dipersoalkan kerana setelah tahun demi tahun, Europlus menyaksikan kejatuhan hasil daripada RM50.4 juta kepada RM28.0 juta. Europlus pada dasarnya adalah sebuah syarikat yang tidak membuat untung, tetapi pentadbiran Najib telah menganugerahkannya dengan kontrak RM7.07 bilion.
Pada 31 Jan 2008, jumlah hasil Europlus adalah RM58.5 juta, tetapi pada 31 Jan 2011 hasil bagi kumpulan itu berjumlah RM28.0 juta. Keuntungan kasar bagi tahun 2008 adalah RM8.9 juta, pada tahun 2010 Europlus menyaksikan pendapatan menurun sebanyak RM17.2 juta dalam keuntungan kasar, ini menurun sebanyak RM4.2 juta pada 31 Jan 2011. Pendapatan bersih untuk 31Jan 2008 menurun RM24.8 juta tetapi pada 31 Jan 2011 pendapatan bersih berada pada negative RM50.8 juta.
Europlus adalah sebuah entiti yang banyak menanggung kerugian walaupun selepas rundingan semula untuk WCE, mereka telah mengecewakan kerajaan Malaysia.
Siapakah melindungi ahli-ahli Umno dari pemimpin mereka yang rakus?
Cara bagaimana Europlus mendapat projek itu perlu disiasat oleh Peguam Negara. Adakah "kuasa" yang memainkan peranan demi mendapatkan wang yang lebih daripada tabung kerajaan?
Adakah ini satu cara untuk memberikan wang kepada individu yang mesra BN dan menyembunyikan
ketamakan dengan sikap ‘mulia’ bahawa alkisahnya golongan elit Umno tidak mempunyai pilihan. Mereka perlu untuk menjaga wang untuk melindungi Umno jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan. Siapakah yang akan melindungi ahli-ahli biasa Umno dari pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab?
Banyak persoalan yang timbul tetapi rakyat Malaysia tahu pentadbiran Najib tidak akan dapat menjawab walau 10%, pun daripadanya hanya kerana ia tiada kepentingan untuk mereka berbuat demikian. Jadi jangan terpedaya apabila Gani tiba-tiba prihatin. Ia adalah dalam bidang kuasanya untuk mengarahkan siasatan penuh ke dalam apa yang tidak dipedulikannya sebelum ini.
Tetapi mari kita bertaruh - dia tidak akan melakukannya. Dia tidak akan berani untuk mengacau perahu Umno!
Malaysia Chronicle
RAKYAT MALAYSIA TANGGUNG UNTUNG ANANADA RM5.7 BILION MASA 2 TAHUN
Hartawan Ananda Krishnan mendapat RM6 bilion lebih daripada RM2.5 bilion nilai pasaran atas nilai aset apabila dia menjualnyakepada 1MDB yang sangat pemurah dengan pembelian sebanyak RM8.5 bilion.Sudah tentu Ananda yang bijak berniaga telah mendapat lebih daripada itu.
Loji janakuasa Ananda berada di Malaysia, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Ia dimiliki oleh Tanjung Holding Tenaga yang sebaliknya dimiliki pula oleh Tanjung Plcyang merupakan hak Anandasepenuhnya. Ananda membeli Tanjung Plc melalui perjanjian pembelian balik penswastaan pada tahun 2010 dengan hanya RM 2.8 bilion.Jadi Ananda sudah
menjadi RM5.7 bilion lebih kaya pada masa ini.Sebaliknya, dana rakyat Malaysia telah menyusut sebanyak jumlahitu juga.
Bila Ananda lebih kaya, rakyatmenjadi lebih miskin
Ya, wang rakyat sekali lagi terlibat kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.Menurut profil mereka, 1MDB mempunyai satu konsep yang unik dalam memacu pertumbuhan ekonomi.Iamendakwatugasnya adalah mewujudkan 'peluang perniagaan berimpak tinggi' dengan menjalin kerjasama antarabangsa melalui perkongsian modal usaha sama dalam pertukaran projek. Ia juga mendakwa ia menggunakan kepakaran rakan kongsi bagikapasiti membina dan menterjemahkan modal ini ke dalam pelaburan asing secara langsung. Tinggi sungguh cita-cita mereka.
Untuk menjadikan misi dan visi 1MDB menjadi kenyataan, ia harus memaksimumkan keuntungan seperti apa yang dilakukan Ananda Krishnan pada syarikatnya. 1MDB harus bermula dengan melihat beberapa entiti perniagaan kecil yang mengawal sebuah konglomerat yang besar, membina perniagaan ini ke tahap yang tertentu, dan kemudian menjual konglomerat itu kepada pembida tertinggi.Sebaliknya 1MDB telah pula mengambil alih konglomerat besar dan lebih teruk lagi, konglomerat itu mungkin menghadapi beberapa risiko.Akibat ekonomi global yang lembap, begitu juga permintaan untuk tenaga dan ini tidak dapat dielakkan.
Selain itu, kebanyakan loji kuasa Ananda telah melepasi waktu perdana mereka kerana mereka sudahmelepasihayatproduktif.Semakin lama, ia akan haus dan lusuh dan akan menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi tidak lupa juga kos pembaikan. Kecekapan menjadi lebih rendah dan kos bahan api untuk beroperasi akan terus meningkat disebabkan ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa Ananda adalah kroni rapat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.Sebagai contohnya syarikat minyak China telah dihalau keluar dari Selatan Sudan apabila negara yang baru diwujudkan mengambil alih pengurusan negara sendiri. Kini di Malaysia, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tahun ini, terdapat peluang lebih untuk perubahan kerajaan - yang pertama kalinya dalam 55 tahun. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dijangka merampas kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional pimpinan Najib.
Mungkin ini adalah kenaparamai elit Umno sedang membuatpenunaian aset kerana mereka benar-benar terpaksa menyerahkan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Urusan lama yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia darisektor kuasa hingga ke tol jalan –semuanya akan diteliti dan dikaji semula. Zaman Umno mendapat habuan besar akan berakhir. Sebelum itu berlaku, pemimpin Umno dan rakan-rakan mereka bergegas untuk mencari jalan keluar, dan bukan itu sahaja, mereka menukarnya dengan keuntungan yang luar biasa banyaknya.
Loji-loji Ananda pada asasnya beroperasi dengan kebergantungan terhadap konsesi berterma mudah yang dianugerahkan oleh kerajaan yang juga melibatkan penyalahgunaan kuasa. Sebarang perubahan di dalam kerajaan sudah pasti akan menjejaskan kuasa aset Ananda - satu lagi sebab untuk keluar semasa keadaan masihselamat.
Jika memang loji janakuasa menjanakeuntungansehinggakan ada yang mengatakan mereka menjana sebanyak RM1 bilion dalam pendapatan setiap tahun - kenapa Ananda mahu menjualnya?Apakah pecahan dalam keuntungan? Apakah keuntungan bersih selepas ini dan berapa lamakah ini akan kekal? Namun, Ananda dan rakan politiknya tahu sudah tiba masanya untuk mereka menjual.
1MDB tidak fokus
1MDB menyatakan dalam laman webnya bahawa "syarikat memberi tumpuan kepada pelaburan dengan nilai strategik dan kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi, terutamanya dalam tenaga, hartanah, pelancongan dan perniagaan tani. Setiap pelaburan akanmelalui proses amalan terbaik global, disokong oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa serta infrastruktur yang termoden.
Bagaimana mungkin pelaburan 1MDB dalam unit kuasa Ananda mempunyai "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi" apabila apa 1MDB telah membeli sebuah entiti perniagaan yang sudah mantap. Rangkaian perniagaan seluruh Tanjong telah lama ditubuhkan, dengan segala-galanya sudah ada. Terus terang, 1MDB tidak boleh menjamin masa depan pembelian terbaru ini, apatah lagi sasaran "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi?”Cita-cita sahaja tinggi melangittetapiusaha sebenar tiada langsung.
Bayangkan, jika M8.5 bilion ini dibelanjakan ke atas pelaburan lain, betapa besarnya potensi untuk memberi kesan positif ekonomi untuk rakyat Malaysia. RM8.5 bilion bukanlah amaun yang kecil dan dengan wang itu, apa sahaja boleh dilakukan. Terdapat tawaran yang lebih baik dan melimpah-limpah menunggu untuk direbut.Mengapa, 1MDB tidak melihat lebih jauh dan mendalam daripada barangan terpakai Ananda?
Hakikatnya 1MDB tidak serius dalam tujuan dan misi mereka.Tidak hairanlahmengapa 1MDB telah digunakan untuk membuat Ananda Krishnan dan rakan-rakannya lebih kaya.Pengkritik pernah memberitahu, penasihat, pengarah termasuk pengurus IMDB mempunyai latar belakang yang tidak boleh dibanggakan.
Latar belakang pengarah jadi tanda tanya
Pertama, Pengerusi 1MDB adalah Lodin Wok Kamaruddin, yang juga Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Di bawah kepimpinan beliau, Bousteadtelah gagal menghantar kapal tentera laut yang dibeli oleh kerajaan mahupun jaminan yang diperlukan. Daripada dihukum, Lodin dan Boustead telahkini diberi tanggungjawab membina kapal yang lebih mahal yang secarajujurnya boleh dibeli dengan lebih murah di pasaran terbuka antarabangsa. Lodin telah menjadi orang kanan Najib sejak harinya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1990-an.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi pula merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.Dia dikatakan adalah seorang yang pakar dalam memberi nilai tambahdalam pelbagai sektor, apa-apa sajalah maksud itu. Dia dikatakan memainkan peranan penting dalam membantu agensi-agensi kerajaan menambah nilai kepada perkhidmatan mereka untuk orang ramai dan perniagaan.Tetapi sedihnya, kebanyakan agensi-agensi kerajaan tidak langsung menunjukkan prestasi yang baik dan tidak dapat untuk menyampaikan perkhidmatan mereka seperti yang dijangkakan. Tidak terdapat badan kerajaan atau agensi yang boleh diambil sebagai model untuk agensi-agensi lain. Sebaliknya, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 banyak menyenaraikan ketidakcekapan, salah urus dan rasuah.
Ismee Ismail seorang lagi pengarah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif ECM Libra Securities dan Pengarah ECM Libra Capital Sdn Bhd, syarikat yang ada kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, juga terbabit dalam urus niaga saham yang diragui.
Ong Gim Huat, seorang lagi pengarah 1MDB juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, penerbit Kwong Wah Yit Poh, berita harian berbahasa Cina di kawasan utara Malaysia. Ong tidak mempunyai kepakaran khusus yang diketahui kecuali telah berkhidmat sebagai pengerusi untuk beberapa badan.
Ashvin J Valiram juga disenaraikan sebagai pengarah 1MDB.Dia merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Valiram, peruncit barangan mewah serantau yang terkemuka dan juga perniagaan pelancongan.
Penasihat yang tidak boleh katakan 'tidak' kepada Najib
Kemudian, ketua bagi panel penasihat 'cemerlang' 1MDB ini tak lain tak bukan, Najib sendiri yang telah melakukan "banyak" (tiada langsung) untuk meningkatkan ekonomi Malaysia. Program Transformasi Ekonomi nya sendiri telah gagal tetapi, dia diberi tugas sebagaipenasihat nombor satu 1MDB.
Penasihat Khas ialah Tuan Yang Terutama Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Qatar. Jelas sekali, peranan yang mulia ini adalah semata-mata untuk manaikkanresume 1MDB supayaiamempunyai kredibiliti apabila cuba mendapatkan projek-projek di Timur Tengah.
Nor Mohamed Yakcop, yang pembantu politiknya telah ditangkap bersama wang tunai sebanyak RM2 juta dan disabitkan atas pengubahan wang haram, juga telah dijadikan penasihat.
Begitu juga Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia, yang tidak melakukan apa-apa untuk memastikan penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan mematuhi prosedur apabila membuat perolehan.Maklum balas yang tidak bertanggungjawab terhadap laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan sikapnya kepada kita. Sidek berkata dia tidak bimbang akan kelemahan dan rasuah yang dinyatakan dalam laporan itu.
Penasihat seterusnya Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia,
yang dikenali sebagai ‘yes man’ kepada Najib.
Tiga penasihat terakhir ini tentu tidak berminat untuk melindungi kepentingan kita.Sebagai orang asing, mereka mungkin ikhlas tetapi kita boleh bayangkan bahawa mereka pasti bersedia untuk menyebelahi Najib dan pasukannya daripada menyelamatkan rakyat Malaysia dari perjanjian yang menyeleweng dan rasuah.Seorangdaripada mereka ialah Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton. Pengkritik berkata pelantikannya adalah disebabkan isteri Najib, Rosmah Mansor yangghairahpadabeg-beg mewah Louis Vuiton.
Seterusnya ialah Yang Mulia Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Hal Ehwal EksekutifAbu Dhabi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Mubadala Development Company.Yang terakhir merupakan Chang Zhenming, Pengerusi dan Presiden KumpulanCITIC dari China.
MB PAHANG PANGGIL WARTAWAN BODOH
Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.
Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.
Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.
Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.
Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.
Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.
Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.
Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.
Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.
Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.
"Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.
"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."
Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..
"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."
Rakyat Perlukan Bukti, Bukan Sekadar Penafian: Lapan Bukti Yang Perlu Dikemukakan Perdana Menteri
Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012
Langgan:
Catatan (Atom)










