06 April 2009
BUKIT SELAMBAU : BN Terpukul Masyarakat Siam Sokong PR

Pembangunan yang mereka harapkan tidak kunjung tiba. Sebuah jambatan. Itu sahaja permintaan masyarakat kampung Siam tersebut untuk membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar.
Tetapi hajat mereka yang satu ini tidak sekelumit pun mendapat perhatian kerajaan BN.
"Kampung ni sekarang masa hujan, masalah banjir, dua penggal dah kita undi BN dulu masih tak buat, jembatan merupakan isu di sini," kata Chang Long Aichuan, Jurucakap Keadilan masyarakat Siam di Bukit Selambau.
"Masalah kedua ialah taraf hidup, taraf hidup macam 30 tahun dulu. Rumah masih usang. Kalau ada rumah baru pun hanya rumah Ketua UMNO sahaja yang baru, rumah kroni sahaja baru, rumah orang lain mana ada, papan buruk, zink buruk, bocoq sana bocoq sini, apa ke jadah menda ni, hanya ketua UMNO saja rumah yang baru, yang duduk bawah ketiak UMNO saja yang baru," katanya berang.
05 April 2009
CERAMAH BILIK GERAKAN UTAMA TAMAN TUNKU AMINAH TELAH DIHALANG OLEH POLIS
10.40 MALAM SELEPAS BERLAKU KEKECOHAN DENGAN POLIS DAN DIADAKAN PERBINCANGAN AHLI JDM DAN YB GOBALAKRISNAN & YB SIM TELAH BERBINCANG DENGAN POLIS DAN BERSETUJU UNTUK MEMBERHENTIKAN CERAMAH DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI.
10.30 - KETIKA R.TANGAM HABIS MENYAMPAIKAN CERAMAH KETUA POLIS DAN LEBIH KURANG 30 ORANG POLIS TELAH MENGHALANG CERAMAH SUPAYA DIBERHENTIKAN
9.50 - YB TAN CHUA MEMULAKAN CERAMAH DAN DIGANGGU OLEH PEMUDA MIC BN DISEBELAH KEADAAN MULA PANAS DAN TEGANG.
9.30 - CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH YB YAACOB EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN ORANG RAMAI BERTAMBAH RAMAI DAN MULA DIGANGGU OLEH PEMUDA MIC BN DI SEBELAH LEBIH KURANG 30 METER BERSEBELAH
9.15MALAM - SEORANG SB TELAH MENGHALANG CERAMAH DAN SETELAH DITUNJUKAN PERMIT CERAMAH DIBENARKAN SEMULA
9.00 -CERAMAH DI BILIK GERAKAN UTAMA TAMAN TUANKU HAMINAH BERJALAN LANCAR LEBIH 3000 ORANG RAMAI HADIR -YB ZURAIDA
TEMBELANG CALON BN SUDAH PECAH
| Naib presiden PPP sertai PKR |
| Abdul Rahim Sabri-malaysiakini |
| Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.
Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini. Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau. Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam. Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan. |