18 April 2012

NAJIB ANTARA NAMA AKAN DISAPINA DI MAHKAMAH PERANCIS ESOK


TERKINI!! Pengarah SUARAM Beri Keterangan Skandal Scorpene Najib Altantuya ESOK!!

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong dijadualkan memberi keterangan dalam perbicaraan skandal pembelian Scorpene di mahkamah Perancis esok.



Perbicaraan itu akan berlangsung di mahkamah Paris Tribunal Grande Instance dan diadili dua hakim penyiasat (investigative judge) Roger Le Loire dan Serge Tournaire.

Perkara itu disah dan dinyatakan Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily sebentar tadi.

“Esok siasatan akan bermula dan wakil Suaram, Dr Kua Kia Soong akan memberikan keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan itu,” kata Nalini.

Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Kes itu difailkan kerana DCNS membayar ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Nalini, Dr Kua dijangka memberikan beberapa nama saksi penting perbicaraan kes itu untuk disapina mahkamah Perancis.

“Kita juga akan beri beberapa nama untuk disapina. Di antaranya adalah PM Najib, Razak Baginda dan Shaaribu (bapa warga Mongolia, Altantuya Shaaribu),” kata Nalini.

Pembelian kapal selam Scorpene mencuri tumpuan ramai apabila ia melibatkan jumlah komisen hampir RM500 juta dan juga kematian jurubahasa jelita, Altantuyaa Shaaribu.

Altantuya sebelum ini dilaporkan merupakan teman istimewa Razak Baginda.

Bapanya yang berada di Malaysia baru-baru ini juga membuat pengakuan pernah melihat gambar Altantuya bersama Najib Razak.


Sumber: Jalan Pulang.Blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...