28 Januari 2012

KFC MALAYSIA JATUH KE HAKMILIK YAHUDI

"PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA


Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.


2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Anwar Ibrahim: Media UMNO Serang Kita Sebab Nak Tutup Rasuah & Penipuan ...

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN dan Komen Aziz Bari soal isu MB Kedah


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.-TMI


Penjelasan Aziz Bari isu AUKU & KUIN serta suruh MB Kedah masuk BN..!!
Petikan dari blog MSO..
salam,

Sebenarnya kenyataan saya itu hanya satu respon sewaktu sidang media. Tidaklah keras seperti yang disebut oleh MSO dalam harakahdaily.

Nak jadi pengulas politik kenalah kuat ingatan.....MSO tak ingat ke bukankah Aziz Bari juga yang cadang MB Kedah itu ganti Presiden Pas pada 2009? Objektiflah sikit.... tak ada sebab saya nak dendam dengan MB Kedah. Tapi apa yang salah saya kena betulkan. AUKU akta zalim, tidak Islamik. Kena tentang. Kita jangan terlibat melaksanakan kezaliman.

Tentang yang komen 'baru dua hari masuk politik nak ajar orang' reaksi saya begini: saya bukan hendak sangat masuk politik ni; saya didesak untuk masuk politik. Dan saya tak mahu ikut budaya politik lalang. Saya nak bawa budaya akademik yang berani dan tegas memperkatakan yang benar dan adil. Tidak berbelit-belit. Dan saya tidak berniat untuk cari makan dengan politik. Saya hanya hendak menyumbang kalau diterima. Kalau rakyat tak suka saya boleh balik ke dunia asal saya'

Ini brand politik saya. Kalau ini dikatakan tidak politik persetan dengan mereka. Pada saya politik itu baik; bukan untuk bermuka-muka dan mengelirukan rakyat

Sila sebarkan....

AAB

'AH JIB GOR' @ ABANG NAJIB MERAYU !! RAKYAT KATA " DIAM LAH"

Ah Jib Gor' merayu tetapi tiada yang mendengar


Di mana sahaja Najib pergi, beliau akan menegaskan sesuatu yang sama “sangat penting” untuk Umno dan BN diundi semula dalam pilihanraya akan datang supaya parti itu boleh menunaikan janji transformasi mereka.

“Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan tidak penting untuk diundi semula. Ia sangat penting untuk diundi semula. Untuk kami menunaikan janji transformasi, kami perlu diundi semula,” ujarnya dalam pelancaran pada “Politics of economics and Social Transformation in the Era of Global Crisis.

Tiada kuasa sebenar dari mula


Adakah beliau mengulang-ulang kata atau sebenarnya merayu kepada rakyat supaya memberi peluang sekali lagi kepada pakatan BN? Apa pun jua, rakyat seperti tidak peduli. Seolah-olah tidak mengendahkan beliau.

Di usia 58, Najib telah menjadi seperti si budak yang melaungkan pertolongan daripada serigala. Beliau sudah menipu dan bercakap kosong terlalu banyak. Mereka yang di kedai kopi sudah memanggil beliau PM yang cakap sampah (ada juga menggunakan perkataan yang lebih teruk).

Mengapa harus rakyat mendengar apa yang beliau cakapkan? Orang ini bukanlah yang mereka pilih sebagai PM tetapi dilantik parti UMNO selepas mereka menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pergolakkan kuasa.

Parti komponen BN sudah berputus asa terhadapnya

Parti komponen BN pun juga tidak lagi mendengar cakap beliau, terutamanya yang dari Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai masalah dalam parti mereka sendiri. Parti komponen dalam BN yang lain juga sedang mengalami pertelingkahan dalaman dengan ahli mereka yang tidak berpuas hati dan kecewa. Seperti tiada harapan untuk mereka. Nama BN, suatu ketika dahulu adalah wira sekarang sudah busuk dan merupakan yang paling payah untuk dibawa dalam pilihanraya akan datang. Kekalahan hampir pasti namun begitu, Najib hanya mampu bercakap perkara tidak masuk akal.

Di Semenanjung, Gerakan sudah hampir pupus. PPP sama seperti KITA –tidak relevan! MIC tiada perkembangan dan MCA telah jatuh standad di mata masyarakat Cina. Di Sarawak, Ketua Menteri Taib Mahmud masih lagi berkuasa sama ada membenarkan PBS kekal dalam BN atau tidak. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Najib mengenai ini walaupun beliau sering bercakap dengan gahnya.

Di Sabah, LDP masih lagi menghadapi krisis kepimpinan; PBRS dan UPKO tidak mempunyai pengaruh terhadap keputusan PRU 13 kerana sudah ada UMNO di Sabah. UMNO Sabah juga sedang mengahadapi pergolakan dan tikam menikam dari belakang walaupun Najib sedang berhujah mengenai kepentingan kesederhanaan.

Bukan saja Najib sedang hidup dalam alam fantasi, beliau masih lagi mahu parti komponen BN yang lain mengorbankan kerusi boleh menang mereka untuk kepentingan UMNO! Tetapi dengan begitu besar yang telah diperjudikan, mengapa harus mereka berbuat demikian? Banyak yang sudahpun menunding jari kepada UMNO sebab sikap pembuli dan mementingkan diri mereka.

Sebagai contoh, Chua Soi Lek, presiden MCA telah pun merayu ahli parti itu untuk tidak melompat parti kepada pembangkang dan menjanjikan jawatan tinggi dan wang berjuta-juta. Tetapi tidak, kerana Najib sekarang berminat untuk mengumpul segala yang beliau rasakan boleh menang. Jadi, bagaimana untuk menghentikan penghijrahan?

Terpaksa guna semula muka lama dalam politik UMNO

Najib sebenarnya sedang mengaut pulangan daripada politik kotor BN ke atas rakyat. Ini adalah hasil daripada budaya yang telah lama dipupok dalam UMNO dan BN untuk sekian lamanya- budaya rasuah, politik wang, tikam belakang, perebutan jawatan tinggi dan wang. Wang sememangnya segalanya untuk UMNO-BN. Wang bukanlah untuk rakyat dan negara tetapi untuk keluarga mereka dan mereka sendiri. Demokrasi pula adalah perkataan yang tidak wujud dalam kamus hidup mereka.

Jadi inilah sebabnya mengapa tidak ada yang begitu mengendahkan Najib. Si budak yang melaung serigala atau Maharaja yang tidak berpakaian- Najib telah menggunakan taktik licik untuk membersihkan imej dirinya sendiri. Beliau terpaksa menyalahkan orang lain dan mengguna semula ahli politik bereputasi buruk. Pada dasarnya, tiada seorang pun yang mahu mengikut telunjuk beliau lagi.

Contohnya, Najib telah mengangkat Isa Samad sebagai pengerusi FELDA supaya bekas muridnya dan protégé dari Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban yang kini sudah menjadi menteri seperti Shaziman Abu Mansor (Menteri Kewangan II), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdaganagn Dalam Negeri) dan Abdul LAtiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan) akan kekal dalam UMNO.

Begitu juga dengan Trio Datuk T yang mendedahkan sex video yang memfitnah Anwar Ibrahim. Ini juga usaha mengguna semula orang lapuk dalam UMNO – Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka. Ini semua menemui kegagalan dan menjahanamkan terus reputasinya yang sudah sedia teruk itu.

Malaysia di zaman paling gelap dan lemah


Tetapi apa yang Najib telah pelajari? Nampaknya tiada apa-apa kerana sekarang beliau sedang mengharapkan Jamaluddin Jarjis, bekas menteri yang menjadi diplomat ke AS. JJ bukan sahaja terkenal dengan rasuah tetapi juga seorang playboy seperti Najib.

Sungguhpun begitu, Najib hanya mahu mereka ini bekerja untuk mengembalikan kuasa beliau. Tidak hairanlah jika tidak lama lagi Najib juga akan memanggil semula Muhammad Muhammad Taib, bekas MB Selangor yang tidak kurang keji masa silamnya.

Untuk semua ini Najib mahu parti komponen BN mengorbankan semua kerusi boleh menang kepadanya pada PRU 13. Mungkin beliau boleh saja buli MCA, MIC, Gerakan dan semua yang kecil-kecil dalam BN. Namun begitu, pertelingkahan sudah wujud dalam UMNO dengan mereka-mereka yang tidak berpuas hati memikirkan mengapa mereka tidak singkir saja Najib?

Sebenarnya, mereka tidak salah. Yang sepatutnya beliau memulihkan situasi selepas Abdullah Badawi disingkirnya tetapi beliau telah menolak Malaysia untuk jatuh ke zaman paling gelap dan lemah.Pemimpin UMNO kini begitu juga dengan calon yang dijangka boleh menang sudah tidak lagi mendengar kata Najib kerana tiada sesiapa pun yang dapat menjamin Najib akan kekal berkuasa selepas PRU 13.

Paling memalukan -Ah Jib Gor!

Najib juga berusaha untuk mendekati beliau dengan mengadakan Facebook “fan empire”.Beliau telah

mendirikan beberapa buah laman dan anda boleh sahaja keliru dengan ketulenannya. Hasilnya, usaha menaikkan nama sediri beliau itu gagal. Yang melucukan adalah laman “Ah Jib Gor” atau “Abang Najib”.

Beliau sememangnya dicurigai orang Cina. Najib sudah pun dimalukan oleh beliau kaum Cina dan ada yang menulis di laman itu “DIAM LAH”.

Jadi tiada yang mendengar cakap beliau lagi. Bagaimana dengan orang kampung? Adakah mereka mendengar cakap Najib? Ada juga ya dan kebanyakkannya tidak.

Mereka mempunyai anak dan anak mereka menasihatkan agar jangan mendengar atau percaya pada UMNO terutamanya Najib. “ Ada yang tidak kena pada UMNO mungkin kerana Najib atau Mahathir. Tetapi UMNO sudah tidak boleh dipercayai”, inilah yang dikatakan kepada mak dan ayah mereka apabila ditanya mengapa banyak sangat kekacauan kini?

Kepada negara dan dunia luar, Najib adalah pembohong bersiri. Beliau bukanlah seorang lelaki yang mengawal masa depannya sendiri dan tidak juga dapat mengawal isterinya Rosmah dari berbelanja besar. Apa lagi masa depan negara dan kemakmurannya?

GEMPAR 30 JANUARI " BOM JANGKA" UPKO AKAN MELETUP DI SABAH?

'BOM JANGKA' UPKO DIKHUATIRI MELETUP?

Oleh : KASMAN MAHALI


PRESIDEN UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok juga dijangka akan meletupkan sebuah lagi bom jangka yang tertanam di persada politik Sabah jika pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 30 Januari ini tidak berhasil.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO kelmarin memberikan mandat kepada Dompok untuk membuat apa juga keputusan demi survival parti yang mula tenggelam di celah kebangkitan pribumi Sabah yang mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat pengundi hantu dan kerakyatan songsang di Sabah.

Menurut risikan Sabahkini.net, Dompok terpaksa mengambil tindakan tidak popular dengan berhadapan sendiri dengan Perdana Menteri setelah Pengerusi Jawatankuasa Pilihankhas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihanraya umum, Datuk Maximus Johnity Ongkili hanya memberi jaminan RCI hanya akan dibincangkan selepas pilihanraya umum ke 13.

Dengan kedudukan Dompok yang semakin tidak selesa di Penampang, Dompok terpaksa membuat perhitungan terakhir dengan Perdana Menteri dan dijangka akan membuat pengumuman penting sejurus selepas perjumpaan khas pada 30 Januari ini.

Dijangkakan, jika tidak ada sebarang kata putus Perdana Menteri berhubung RCI, Dompok akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kabinet; tetapi UPKO masih kekal sebagai parti Komponen BN sehingga ke suatu masa yang hanya diketahui Dompok.

UPKO adalah satu-satunya parti komponen BN yang ikhlas memperjuangkan RCI sehingga Timbalan Presidennya, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan Memorandum kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri berhubung bukti dan desakan penubuhan RCI.

Sebelum ini, pada 2006, Dompok pernah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Integriti setelah dua responden, Mutalib M.D dan Jabar Khan @ Yasser Arafat memberi keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan berhubung isu kerakyatan songsang di Sabah.


sumber: Sabahkini.net

MASYARAKAT HARUS DESAK PEMBENTUKAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK NFC

“Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik, patut bersatu dengan suara yang terang dan jelas bagi menuntut pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC/NFCorp,"


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Lim Kit Siang bertekad untuk memastikan kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) terus hangat, dan mendesak rakyat Malaysia berkerjasama mendesak kerajaan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal tersebut.

Beliau menggelar NFC satu "kontroversi terbesar", dan pemimpin veteran ini berusaha menyenaraikan beberapa sebab mengapa kerajaan, dan pemimpin utama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, harus menghadapi kenyataan dakwaan bahawa mereka terlibat terhadap skandal tersebut.

"Konspirasi sedemikian tidak seharusnya dibiarkan, skandal 'kondominium lembu' NFCorp (National Feedlot Corporation) menjadi satu simbol kegagalan pentadbiran Najib dalam mencegah rasuah dan mengetuai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata Lim.

Dalam senarainya, Ipoh Timor MP menyatakan bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta yang dimaksudkan bagi projek penternakan lembu diakui pernah digunakan untuk membeli unit-unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, petak-petak tanah di Putrajaya dan membiayai perjalanan ke luar negara dan “gaji-gaji luar biasa tinggi” untuk ahli-ahli keluarga Shahrizat.

Shahrizat, menteri dalam Kabinet Najib, telah berulang kali dikaitkan dengan skandal terbabit berikutan suaminya merupakan pengerusi NFCorp, dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu.

Lim juga menyatakan bahawa selain daripada Shahrizat dan keluarganya, personaliti-personaliti penting lain juga dikaitkan dengan skandal NFC itu, termasuklah Najib yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Projek Berimpak Tinggi apabila NFC dimulakan, Muhyiddin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian sekarang.

Beliau turut menamakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau merupakan ketua Kabinet ketika projek itu bermula pada 2007.

Lim juga mempersoalkan keengganan pihak-pihak berkuasa untuk membincangkan skandal berkenaan, walaupun dengan jelas telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara lain, Lim menunjukkan bagaimana laporan Peguam Negara telah ditangguhkan daripada dibentang di Parlimen tahun lepas, keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “ selepas lima bulan” memulakan penyiasatan, kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat skandal tersebut dan keengganan Najib dan Muhyiddin untuk melaksanakan siasatan Suruhanjaya Diraja.

Menurut Lim, percubaan-percubaan itu dilihat cuba menyembunyikan skandal berkenaan yang

menurutnya bukan sahaja "kotor" seperti laporan media, malah, projek penternakan lembu bernilai jutaan ringgit itu merupakan satu “huru-hara yang dasyat”.

“Secara keseluruhan, terdapat halangan yang besar terhadap konspirasi tersebut bagi menyembunyikan skandal NFC/ NFCorp.

“Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik, patut bersatu dengan suara yang terang dan jelas bagi menuntut pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC/NFCorp," katanya lagi.-tmi

BOLEHKAH PAS PERTAHANKAN KEDAH?

Oleh Zulkifli Yahaya


Sukar untuk dianggarkan berapa puluh ribu manusia yang hadir di Rapat Rakyat Perdana di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti baru baru ini Yang pastinya ialah terlalu ramai. Berbeza dengan mana-mana himpunan BN; orang yang datang program Pakatan Rakyat ni keluar duit poket sendiri untuk hadir, tiada kerahan tenaga untuk hadir, tiada pengangkutan percuma dan tiada nasi bungkus. Tiada apa sumbangan yang diberi oleh PAS. Jangankan sumbangan RM500 atau RM100... sekupang pun tak beri, tadah kantung lagi ada untuk kutip derma dari hadirin.
Jika dilihat di media arus perdana pembangkang sudah berpecah. Masing-masing parti ada masalah sendiri. Di sana sini ada beribu orang keluar meninggalkan parti; dari pemimpin hingga pengikut, namun parti yang ditinggalkan itu tidak pernah kemarau penyokong malah bertambah-tambah.

Di pihak BN pelbagai jenis sumbangan turun mencurah-curah atas nama BR1M. Bukan sedikit pula jumlahnya. Logiknya semua rakyat sudah berkhiblat kepada BN. Tapi ia tidak berlaku begitu. Apa sebenarnya yang mendorong rakyat turun dengan jumlah yang begitu besar untuk bersama PR? Kekuatan inilah yang memeningkan kepala Datuk Seri Najib, UMNO dan BN.

Madrasah Salihiah

Isu madrasah Salihiah yang begitu panas dimainkan oleh pembangkang (UMNO) di Kedah kini semakin reda. Akhirnya yang masih setia menggalas isu tersebut hanya Perkasa, itupun hanya beberapa kerat manusia. UMNO kelihatan sudah menyisihkan diri. Saya percaya UMNO sudah mendapat nasihat dari MCA perihal keterlanjuran mereka mengasak isu tersebut. “Orang Cin sangat marah kalau meniaga mereka disabotaj,” ujar seorang rakan yang menjadi AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tapi perhitungan kerajaan PAS bukan kerana mahu mencari undi Cina. Tujuannya hanya mahu membangunkan kawasan yang terbengkalai 30 tahun tanpa mampu diselesaikan oleh 5 Menteri Besar BN, mahu menjana ekonomi negeri. Siapa saja boleh berniaga di situ tak kira bangsa, akan wujud sebuah ‘pekan Rabu’ untuk peniaga Melayu.

Saya mengikuti dengan terperinci hujah-hujah pihak2 yang membantah dan bersetuju. Maka pemenangnya ialah pihak yang bersama kerajaan negeri! Bukan kerana saya orang PAS tapi kerana hujah mereka lebih mantap. Bagi saya tidak perlu sebenarnya berdebat berjela2 isu madrasah Salihiah seperti terdapat dalam blog2. Masyarakat kita ‘malas berfikir’ dengan mendalam macam tu. Tiga hujah sudah cukup untuk letakkan kerajaan negeri di pihak yang betul. (1) Mufti dan ahli2 Majlis fatwa yang buat keputusan, takkan depa lebih jahil dari.. (sesiapa saja, anda boleh namakan sendiri) (2) Institusi agama di Kedah (Mufti, Majlis Fatwa dan MAIK) di bawah naungan Sultan, lawan mereka bermakna lawan Sultan (3) Tunjuk pelan surau baru yang lebih besar, lebih cantik dan lebih gagah dari madrasah Salihiah.. maka selesai isu Madrasah Salihiah!

PAS boleh menang lagikah di Kedah?

Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang. Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah. Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic. Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.

Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu. Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu. Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR. Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.

Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, “Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki.”

Apa keutamaan PAS kini?

Pasca konvensyen ketiga atau yang terakhir sebelum PRU13, cabaran terbesar bagi PR yang harus dihadapi dan ditangani ialah undi Melayu. Realiti yang ada BN hilang sokongan mengundi bukan Melayu pada PRU12. Selama empat tahun berusaha gigih siang dan malam, BN masih gagal menanganinya. Pilihan yang ada bagi BN ialah memantapkan undi Melayu dan melupakan undi bukan Melayu.
Najib berkampung hampir minggu di Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sekonyong-konyong UMNO menjadi juara isu murtad; semuanya menjurus kepada usaha menarik undi Melayu semaksima yang termampu.

Di waktu yang sama Anwar digambarkan sebagai seorang yang sudah murtad (pluralisme), menyokong seks bebas, mengkhianati orang Melayu dan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP dalam banyak isu yang mereka sendiri ciptakan. Semua itu dilakukan demi undi Melayu. BN pun sedar bahawa usaha menjuarai undi Melayu secara agresif akan mengurang undi bukan Melayu, kerana kedua perkara tersebut akan menghasilkan geraf yang berkadar songsang tetapi pilihan yang ada ialah melonjakkan undi Melayu adalah lebih utama kerana peratus pengundi Melayu lebih tinggi di negara ini.

Selepas Anwar disahkan tidak meliwat oleh mahkamah dan Saiful Bukhari disahkan menipu, maka PR mendapat lonjakan baru dari segi imej. Imej ini mesti dipertahankan sehingga PRU13. Jangan ada lagi mana-mana pemimpin PR yang tersasul dalam percakapan khususnya pemimpin bukan Melayu. Hindarkan tindakan dan percakapan yang boleh dimanipulasi sebagai anti Melayu.
Ada kewajarannya di saat yang penting dan genting ini (menjelang pilihanraya) biarlah DAP dan KeADILan yang menumpukan kempen untuk bukan Melayu manakala PAS gerakkan jentera habis-habisan untuk menarik pengundi Melayu.

Orang Melayu lebih makan budi dari makan isu


Berbeza dengan bukan Melayu, orang Melayu lebih ’makan budi dari makan isu’. Jangan pandang enteng pemberian wang RM100 dan RM500 yang dihamburkan oleh BN menggunakan duit rakyat. Di samping memberi penjelasan bahawa itu duit cukai yang diambil dari poket rakyat, bukan duit poket pemimpin BN rakyat juga mesti difahamkan bahawa rakyat memperolehinya kerana PR kuat dan menjadi ancaman kepada BN. Ia berlaku akibat BN hilang majority dua pertiga di Parlimen dan rakyat tidak pernah merasai pemberian seumpama itu sewaktu BN menang besar 50 tahun lalu.

Oleh kerana umumnya Melayu lebih makan budi dari makan isu, maka pamerkan budi di kalangan orang Melayu sehingga terasa dalam lubuk sanubari orang Melayu akan budi yang dihulur. Ia tak semestinya berupa kebendaan. Almarhum Ustaz Fadzil pernah melancarkan gagasan besar memasyarakatkan PAS, biarlah ia disempurnakan di zaman ini.

27 Januari 2012

KISAH MANTAN EXCO AGAMA : GILA TOYATA CAMRY

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor
oleh Nik Nazmi Nik Ahmad


Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.

Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.

Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka.

SKANDAL NFC : SAKSI UTAMA SUDAH BELOT

Saksi NFC akan bekerjasama dengan KEADILAN- Zuraida


KUALA LUMPUR 27 Jan: Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail akan memberikan kerjasama kepada KEADILAN bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam skandal itu, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Shamsubahrin sebelum ini didakwa menjadi mangsa kambing hitam apabila dituduh merasuah anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tersebut.
Beliau hari ini berdepan pula dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang pemandu teksi dan kes melibatkan isu membekal pembantu rumah.

“Kita nampak (pertuduhan) ini usaha mendiamkan Shamsubahrin, menakutkan beliau agar tidak memberi kerjasama kepada kita. “Jadi sekarang Shamsubahrin akan bekerjasama dengan kita dan mendedahkan (skandal NFC) kepada kita,” kata Zuraida.

Beliau berkata demikian selepas menemui Shamsubahrin yang kini dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah bersama Naib Presiden KEADILAN, Surendran dan Pengarah Biro Guaman, Latheefa Koya.
Pagi tadi, Shamsubahrin didatangi dua majistret dan timbalan pendakwa raya di wad berkenaan untuk mendakwa beliau atas dua pertuduhan menipu.

Menurut Zuraida, beliau percaya ada usaha dan tekanan dari pihak pengurusan NFC yang mahu Shamsubahrin dikenakan tindakan terhadap pertuduhan lain. “Ada arahan-arahan dari pihak NFC yang beliau tidak mahu laksanakan, maka beliau diperangkap dan ditangkap.

“Mereka (majistret) tak perlu terdesak begini. Ia boleh dibuat kemudian,” katanya.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin diberikan cek bernilai RM1.755 juta oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk merasuah polis dan SPRM yang menyiasat NFC.Beliau bagaimana pun menjadi kambing hitam apabila ditahan atas dakwaan cuba menipu Mohamad Salleh.

MAKLUMAT BOCOR: BN HANYA MENANG 5 NEGERI

Keputusan PRU13 hasil Risikan tentera dan unit khas


Maklumat yang bocor dari hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun menyatakan pilihanraya sepatutnya tidak dilakukan antara bulan Mac hingga Jun tahun ini.

Sumber itu juga dikatakan mengandaikan waktu terbaik bagi rejim umnoapco mengadakan pilihanraya adalah dalam Disember 2011,masa yang ada perlu digunakan untuk memulihkan reputasi rejim yang tercalar teruk. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.

Keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar juga dikatakan antara faktor imej pemerintahan rejim umnoapco dilihat tidak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat,

Disamping itu skandal terbaru isteri perdana menteri dilihat memburukkan reputasi rejim umnoapco, rosmah kini dilihat oleh kebanyakkan orang umno sendiri sebagai satu bebanan kepada umnoapco.

Mengikut maklumat yang disampaikan usaha mengembalikan semula sokongan telah bermula, antaranya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan dilihat sebagai satu cara berkesan memikat kembali hati penggundi.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.

Hasil risikan tentera dan unit khas itu juga menyatakan umnoapco hanya berpeluang menang di Lima negeri iaitu Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.

Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis yang diramalkan akan dimenangi oleh pakatan rakyat.


-tukanglawan

IMEJ PAS SELANGOR TERCALAR?

Written by Ahmad Lutfi Othman

Seolah-olah ada kocakan dalam Pakatan Rakyat di Selangor sejurus pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri, bagi menggantikan Dr Hasan Ali. Sekurang-kurangnya itulah yang mahu dipersepsikan media milik Umno. Sebagai negeri yang paling dihajati untuk direbut semula, dengan apa jua cara oleh Najib Razak, setiap peluang akan dimanipulasi sepenuhnya.

Selaku musuh tradisi Umno sejak berzaman, apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti PAS dilihat faktor paling penting dan kritikal untuk memudahkan laluan Pakatan ke Putrajaya, maka usaha menjauhkan pengundi Melayu-Islam dengan PAS dikira dapat mempertahankan survival Umno-BN.

Portfolio Dr Ahmad Yunus -- Adun muda yang berminat melakukan kerja amal dan tidak terpalit dengan sebarang isu kontroversi -- berkaitan adat Melayu, belia dan sukan, dikatakan hanya menggambarkan bahawa PAS tidak begitu dipandang penting oleh rakan-rakannya dalam Pakatan di negeri termaju itu, khususnya KeADILan.

Beberapa akhbar mengulas bahawa apabila tiga portfolio penting, yakni agama, kemudahan awam dan infrastruktur, disandang Menteri Besar, ia hanya menunjukkan satu mesej jelas: PAS telah dipinggirkan.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad tiba-tiba kerap ditemubual sebuah stesen TV secara sinis berkata, Parti Islam itu hanya diperlukan untuk mengumpulkan orang ramai bagi tujuan politik sekutunya. Sudah tentu ia bermotif negatif, untuk membangkitkan rasa tidak senang penyokong PAS akar umbi, seolah-olah mereka yang komited dengan perjuangan itu sekadar menjadi alat atau perkakas KeADILan dan DAP.

Menerusi internet, pelbagai komentar dilontarkan. Ada yang bersetuju portfolio agama diserahkan kepada Abd Khalid Ibrahim, terutama untuk menyelesaikan pelbagai "kekusutan" yang timbul dalam institusi tertentu. "Kerumitan" di peringkat yang sensitif itu memerlukan tokoh berprofil tinggi, seperti Menteri Besar, bagi menanganinya secara cermat dan berhemat.

Namun tidak kurang pula posting yang memperlekehkan PAS, dengan memainkan sentimen bahawa imejnya sebagai Parti Islam tercalar teruk. "Bukankah aktivis PAS selama ini yang menggerakkan institusi masjid dan surau? Memang tiada tokoh ulama daripada kalangan Adun PAS, seperti juga Hasan Ali dulu pun bukan ustaz, tetapi PAS itu sendiri mengumpulkan ramai ilmuan dan pencinta Islam," salah satu tulisan dipetik.

Saya turut menerima SMS, yang menyokong penuh kenyataan sarjana sains politik, Dr Mohammad Agus Yusof yang menyifatkan portfolio agama dan adat Melayu sebagai "saling berkaitan seperti kembar siam, dan tidak sepatutnya dipisahkan".

Malah, ada yang mencadangkan portfolio kemudahan awam dan infrastruktur kekal di bawah Exco PAS, dengan mempelbagaikan bidang kuasa seorang lagi Exco daripada PAS, Iskandar A Samad, yang kini mengendalikan perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan.

Sememangnya keputusan mutlak di tangan Menteri Besar. Beliau diyakini melihat senario ini secara keseluruhan; selain memperkemas struktur dan jentera pentadbiran, juga sebagai persiapan terakhir menghadapi PRU13. Tentulah jika ia dilihat boleh membawa mudarat kepada PAS -- sekurang-kurangnya daripada segi persepsi orang ramai -- itu hanya satu kebetulan yang menyedihkan.

Saya tidak percaya isu portfolio yang disandang Dr Ahmad Yunus itu membawa kesulitan besar kepada PAS. Penjelasan awal yang diberikan, antara lain oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man, dapat menjernihkan. Mainan musuh akhirnya akan tertolak begitu sahaja.

Kenyataan Iskandar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, bagi penyokong parti lebih melegakan. Katanya, keputusan mengambil alih portfolio agama itu hanya sementara. Ia akan diserahkan semula kepada Exco PAS dalam masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Saifullah Zulkifli, Ketua Penerangan AMK Selangor menyimpulkan: "Umno-BN sering menggunakan isu agama seperti isu kuil, isu murtad, isu pentauliahan dan sebagainya sebagai modal dangkal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru adalah wajar aspek-aspek yang melibatkan portfolio agama ini diberi perhatian khusus kepada pimpinan tertinggi kerajaan negeri."

"Minta saudara Lutfi jelaskan, apakah Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya, mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan besar dibuat? Bukankah itu amalan yang baik, menandakan parti yang menguasai kerajaan? Saya difahamkan, kalau benar memang menyedihkan, hanya Perak di bawah Nizar Jamaluddin dahulu yang melaksanakan amalan itu. Saya bukan merujuk kepada Selangor sahaja, tetapi juga Kedah dan Pulau Pinang juga," seorang anak muda, bekas pemimpin pelajar, menghantar emel kepada saya.

Selain itu, ada juga yang menghargai situasi tokoh no 1 PAS Negeri, Dr Rani Osman yang tidak dilantik Exco. "Ya, tidak semestinya PJ akan jadi Exco, 'kan? Banyak tugas lain, demi kepentingan rakyat dan menjamin urusan kerajaan tidak menyeleweng, boleh dilakukannya. Seperti juga Ketua KeADILan Selangor, Azmin Ali tidak memegang sebarang jawatan strategik dalam kerajaan," saya menerima panggilan telefon seorang pembaca Harakah.

Apa pun, saya lebih teruja dengan SMS seorang pemimpin Umno Selangor: "Dr Ahmad Yunus punya masa depan cerah. Tapi lebih penting, baru orang sedar, dalam PAS rupanya ramai profesional hebat, termasuk doktor perubatan. Yang dipecat doktor, penggantinya juga doktor. Hebat lagi bila ketiga-tiga calon yang disebut ganti Hasan Ali semuanya doktor. Ini cabaran besar kepada Umno, yang juga mesti sediakan profesional dan tokoh muda dalam PRU13 nanti."

Dalam pada itu, Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri Menteri Besar. Katanya, dengan kelebihan yang ada pada Khalid, ia akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Harakahdaily melaporkan, ditanya beban tugas selepas pertukaran ketuanya, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat di bawah Khalid. "Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya. Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pula menyifatkan tindakan Menteri Besar itu sebagai langkah untuk memastikan Umno-BN tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.

Tambahnya, Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.

"Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat MB adalah tindakan wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider. Tambahnya, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Manakala seorang rakan lain, yang sering saya ajak bicara tentang cabaran sengit PAS di Selangor, mengingatkan: "Di kawasan Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor, PAS bertanding 5 kerusi Dun dan 3 Parlimen, tetapi pemimpin negeri dan pusat jarang datang. Aktiviti dan ceramah sekali sekala sedangkan Umno terus dengan program sukan, karaoke tiap minggu, begitu juga ceramah agama. PAS tertinggal jauh ...."

Saya tidak pasti apakah rungutan sahabat saya itu berasas atau setakat berkongsi rasa ... Namun ia menyedarkan saya bahawa laluan PAS sebagai "pengganti Umno", dalam konteks pengundi Melayu, masih berliku tajam.

Sebenarnya, jika diikutkan hati, saya lebih suka untuk mengulas isu pengisytiharan harta dan aset milik menteri dan keluarga mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukan hanya kepada Perdana Menteri. Lebih menarik, respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap cadangan Pengerusi Lembaga Penasihat panel SPRM, Zaitun Zawiyah Puteh itu.

"Jika kita umumkan butiran (pengisytiharan aset) itu kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan," kata Nazri. Ha ha ha ...

HASAN ALI JOIN TEAM KATAK -KUASA KETIGA PRO UMNO

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'


Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.
"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat."Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya."Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan."PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima."Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

.-mk

MALAYSIA TELAH MENJADI ZIMBABWE ASIA TENGGARA

Pendedahan Jui Meng: MCA hanya punyai 40.000 ahli 'sebenar', bukan 1.3 juta

Mereka masih mahu berkuasa dan ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang menganggap negaranya sendiri sebagai Bolehland. Ia seperti hidup dalam anggan-anggan. Malaysia telah menjadi Zimbabwe Asia Tenggara. Indonesia sudah jauh di hadapan kita, malah Myanmar sedang bergerak.




Mereka yang terkejut dengan berita bahawa MCA mungkin kehilangan kira-kira 30% ahli-ahlinya kepada Pakatan Rakyat pada masa pilihan raya umum ke-13 akan mendapat kejutan yang lebih lagi.

Pertama, bilangan ini mungkin lebih besar. Dan kedua, adakah anda tahu bahawa MCA walaupun bermegah dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu juta ahli sebenarnya hanya mempunyai kira-kira 40,000 penyokong yang benar dan sahih!

"Ini adalah sesuatu yang boleh saya katakan dengan yakin dengan pengetahuan saya tentang parti MCA kerana mempunyai pengundi hantu yang paling banyak. Umno telah belajar daripada mereka bagaimana untuk memalsukan daftar keahlian," kata Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng,yang juga bekas orang kuat MCA, kepada Malaysia Chronicle.

"Akhirnya, sekalipun mereka cuba untuk menipu, dengan 1.3 juta ahli yang seperti didakwa MCA, mereka sebenarnya mempunyai hanya kira-kira 40,000 ahli. Ini adalah mereka yang benar-benar hadir di mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti atau sukarelawan untuk bekerja dalam jentera pilihan raya. fakta ini memang menyedihkan. "

Penghijrahan adalah benar dan sangat ketara

Dalam menghadapi sokongan yang lembap itu, tidak hairanlah Presiden MCA yang dibelenggu skandal Chua Soi Lek, kurang menonjolkan diri berikutan laporan berita melompat parti beratus-ratus ahli ke parti pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan tempat asalnya sendiri , Johor.

Setakat ini, Soi Lek telah cuba mendapatkan perhatian daripada DAP, dengan mendakwa bahawa parti itu boleh mengalahkan mana-mana calon DAP di Bagan iaitu di kawasan yang kini dipegang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP.

Sekali lagi, Soi Lek memalukan dirinya sendiri apabila Guan Eng membalasnya dengan bertanya, "Adakah Chua Soi Lek akan berani untuk mengumumkan kerusi diingininya? Maka izinkan saya pergi ke kawasannya itu dan mengulangi kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat bagaimana reaksi Chua " kata Guan Eng.

Menurut Jui Meng, penghijrahan beramai-ramai MCA adalah benar dan anggaran sederhannya adalah 30%. Ramai ahli MCA telah berdaftar dengan parti-parti pembangkang walaupun mereka belum menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Soi Lek lagi.

"Ia adalah lebih tinggi daripada 30%. 30% hanya anggaran sahaja. Atas sebab-sebab politik dan kita perlu realistik mengenai perkara ini, ramai ahli-ahli biasa MCA dan pemimpin tidak rasmi akan berhijrah. Mereka menunggu masa yang lebih sesuai, masa yang paling baik bagi mereka dan Pakatan dan yang lebih merugikan MCA dan BN, "kata Jui Meng.

"Jika mereka berbuat demikian sekarang, Soi Lek dan orang-orangnya akan mengejar mereka dan mampu mengada-adakan pelbagai fitnah dan masalah. Jadi, menarik masalah-masalah yang tidak perlu, tetapi saya boleh beritahu anda, penghijrahan adalah benar, ia adalah ramai dan sebahagian besar akan berlaku tidak lama selepas GE-13, "kata Jui Meng.

Tidak berprinsip

Sebahagian besar daripada masalah MCA datang daripada kepimpinan Soi Lek, walaupun MCA sudah berada dalam kemelut sebelumSoi Lek menjadi presiden MCA. Dalam pilihan raya umum 2008, MCA telah memenangi hanya 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, kurang daripada separuh kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2004.

Pada PRU-13, yang mesti diadakan pada April 2013, MCA dijangka lenyap dan menerima nasib yang sama dengan SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. Oleh sebab itu, Soi Lek tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Beliau telah gagal untuk menyatukan dan memberi nafas baru kepada MCA. Dia tidak mampu untuk mewujudkan keyakinan dalam parti kaum Cina itu.

Ini bukan sahaja disebabkan oleh skandal seks peribadinya, yang seakan sumpahan yang melekat, ia juga disebabkan oleh strategi politiknya yang diguna pakai untuk menewaskan Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden parti. Ketamakan Soi Lek kerana kuasa dan tekan untuk memperolehi pengikut setia sendiri di jawatan tertinggi parti juga telah mencipta rekahan yang mendalam dan kepahitan dalam parti itu sendiri.

"Salah satu kesilapan ketara Soi Lek ialah tidak berpendirian dalam segala isu. Ketidakselarasan di sini menunjukkan dirinya yang tidak ikhlas dalam berpolitik. Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar dia bercakap mengenai isu rasuah. Dia tidak pernah bersuara tentang isu salah guna wang sebanyak RM250 juta yang telah dilakukan dalam NFC. Apabila Anwar Ibrahim jelas dianiaya atas tuduhan liwat, tiada reaksi langsung daripada MCA. Hal yang sama berlaku apabila Anwar dibebaskan dan seluruh dunia bukan hanya rakyat Malaysia sahaja yang meraikannya, "kata Jui Meng.

"Tetapi Soi Lek dan MCA, seperti juga Umno, suka berdiam diri Satu-satunya kesimpulan yang boleh kita buat adalah MCA hanya menjadi pak turut sahaja. Ini adalah masalah yang masih ketara sehingga hari ini. Apa yang mampu Soi Lek lakukan adalah membuli PAS dengan undang-undang hudud. Mengapa dia tidak berjaya? Sekali lagi, jika Soi Lek menganalisis secara objektif, dia akan menyedari bahawa rakyat Malaysia dan juga PAS berusaha untuk menjadi moden dan meninggalkan ekstremisme. Malah orang Cina di Malaysia beranggapan bahawa PAS lebih banyak usaha daripada MCA. "

Hentikan politik pembohongan dan perkauman


Jui Meng menjangka MCA tidak akan berupaya mengekalkan lebih daripada 47 kerusi yang dipegangnya sekarang. Dia mengambil contoh SUPP dan pilihan raya Taiwan yang berlangsung baru-baru ini .

Nampaknya, MCA dan bosnya Umno adalah gabungan yang sama seperti parti Kuomintang Taiwan, yang memerintah pulau itu berpuluh-puluh tahun lamanya sebelum kehilangan kuasa kerana pelbagai sebab termasuk endemik rasuah. Pada tahun 2004, jawatan presiden telah dimenangi oleh Timbalan Pendakwa Raya, yang dipimpin oleh Chen Shu-bian. Pada tahun 2008, selepas pembersihan dalaman, parti KMT yang diketuai oleh pemimpin reformis Ma Ying-jeou merampas kembali jawatan presiden bagi KMT. Hanya beberapa hari lalu, Ma telah dipilih semula.

"Stesen TV berbayar membuat liputan pilihan raya Taiwan dengan baik. Mereka yang menonton serta merta boleh melihat sendiri bahawa Taiwan telah matang dalam demokrasi sebenar. Tidak seperti di sini kita masih terperangkap dalam pembohongan politik dan manipulasi. Arena politik Malaysia masih lagi skrip yang ditulis oleh BN. Mereka masih mahu berkuasa dan ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang menganggap negaranya sendiri sebagai Bolehland. Ia seperti hidup dalam anggan-anggan. Malaysia telah menjadi Zimbabwe Asia Tenggara. Indonesia sudah jauh di hadapan kita, malah Myanmar sedang bergerak. Saya pasti rakyat Malaysia pelbagai kaum akan tahu bagaimana untuk mengundi pada datang PRU- ke13 nanti, "kata Jui Meng.

Malaysia Chronicle

26 Januari 2012

Isu pokok ialah pinjaman mudah kepada NFCorp- Saifuddin


KUALA LUMPUR 25 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, soal pokok dalam isu penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC) ialah pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya suami dan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Keluarga Shahrizat, katanya turut memiliki kepentingan 100 peratus dalam syarikat National Livestock and Meat Corp Sdn Bhd (NLMC), dan Asian Bioscience Corp Sdn Bhd (ABC).
“Melalui NLMC ini pula, puluhan juta dana NFC disalur ke Restoran Mewah milik keluarga Shahrizat iaitu Real Food company Sdn Bhd,” kata beliau kepada keadilandaily.com.
Melalui NLMC ini juga katanya, dana NFC disalur untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan perbelanjaan lain seperti didedahkan KEADILAN sebelum ini.

“Penyaluran dana ini merupakan pecah amanah kerana ia tiada kaitan dengan tujuan dana NFC iaitu berkaitan projek penternakan Lembu,” katanya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mengakui Pusat Fidlot Nasional mempunyai banyak kelemahan memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009.Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya NFCorp.

Sebelum ini KEADILAN tampil mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan NFCorp.
Antaranya membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.
Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek seumpama itu.

PANAS!!! BEKAS KETUA POLIS DAERAH DEDAH KEJAHATAN UMNO/NAJIB

Panas!!!! Bekas Ketua Polis Daerah Dedah Kejahatan Najib/Umno!!

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!


DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.

Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.

Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.


Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.-BPS

PENDEDAHAN SIRI 1 ; PENYENARAIAN FELDA GVH

Mazlan dedah kandungan perjanjian Felda-FGVH


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) yang disifatkan sebagai berat sebelah dan menindas peneroka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya berbuat demikian kerana peneroka langsung tidak mengetahui perjanjian di antara kedua-dua pihak itu dalam usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsinya sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.

"Felda tidak punya apa-apa peranan, jadi seperti patung yang tidak punya kekuatan.

"Segala urus niaga akan diurus oleh FGVH dan FGVH mendapat kenikmatan aman sentosa," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat itu turut berkata, pihaknya akan membuat pendedahan secara bersiri dan ini merupakan pendedahan yang pertama.

Ini kerana segala pandangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut tidak diterima kerajaan.

"Anak sudah bagi masa yang cukup kepada kerajaan khususnya perdana menteri untuk membuat pertimbangan terhadap penyenaraian ini.

"Sudah tiba masanya kami membuat pendedahan demi pendedahan kerana peneroka tidak tahu isi kandungan dan terma perjanjian sebaliknya peneroka terpengaruh dengan dakyah kerajaan bahawa penyenaraian itu memberi kesenangan kepada peneroka," katanya.

Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.

Selain itu, perjanjian tersebuty menyatakan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.

"Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yng dimiliki peneroka akan terjejas.

"Memanglah Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka," kata Mazlan lagi.

Perjanjian tersebut turut diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipersetujui.

Setakat ini, semua negeri Pakatan Rakyattidak bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda untuk dipajak kepada FGVH.

"Negeri-negeri PR tidak akan serah tanah Felda untuk dipajak tapi kita akan tetap buat roadshow dan bertamu dengan menteri-menteri besar dan wakil-wakil peneroka bagi jelas isu penyenaraian ini," katanya.

Felda defisit RM1.5 bilion

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Anak, Dr. Rosli Yaakob yang juga pakar ekonomi melahirkan kebimbangan terhadap jangkaan defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.

Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.

"Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.

"Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bikion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?" soalnya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

PROTES, USUNG KERANDA: PEKERJA TEMPATAN DIBERHENTI

Usung keranda tanda protes dihenti kerja

NILAI - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu.

“Sebelum ini, MTUC bersama pihak JTK dan wakil daripada kilang sudah pun mengadakan perbincangan tetapi saya kecewa kerana apa yang kita tuntut bagi membela nasib pekerja tempatan tidak dipersetujui.

“JTK seolah-olah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikan masalah ini yang dianggap mereka remeh. Masalah ini melibatkan nasib pekerja tempatan bukannya pekerja asing dan kemana lagi pekerja mahu mengadu kalau bukan dengan JTK,” katanya kepada Sinar Harian selepas pekerja terbabit sekali lagi membuat piket, semalam selepas tindakan sama dilakukan pada 20 Januari lalu.

Semalam, mereka berjalan kaki sambil mengusung keranda sejauh 500 meter sehingga depan pintu utama kilang sambil mela­ungkan ‘di mana keadilan kami’ sebagai tanda protes .

Mereka berbuat demikian selepas beberapa tuntutan dibuat kepada pihak pengurusan syarikat, terutama menggesa supaya menghentikan pekerja asing dan mengambil pekerja tempatan.

Menurut mereka, isu mereka mahu mengecilkan operasi tidak timbul kerana syarikat masih mampu membayar pekerja asing berbanding tempatan.

Sementara itu, seorang bekas pekerja, Ahmad kamal Affendi Shaari, 47, berkata, pekerja yang diberhentikan itu akan mengadakan piket secara berterusan, sehinggalah pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan adakan piket lagi bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dalam menentang syarikat yang hanya mengutamakan pekerja asing berbanding tempatan.

“Sepatutnya syarikat perlu mengutamakan kami kerana kami ini adalah rakyat negara ini. Malah, sebahagian besar sudah bekerja lebih 10 tahun, tetapi malangnya syarikat membuat aniaya pula,” katanya.
-SH

BEKAS YB UMNO AKUI : UMNO BUKAN BERJUANG UNTUK BANGSA

Bekas YB Umno akui pemimpin Umno bukan berjuang untuk bangsa
Written by Aziz Muda


KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.

"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.

Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.

Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu," katanya.

Datuk Mohd Ariff adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.

SEKATAN MINYAK: IRAN, BARAT MENUJU AMBANG PERANG


BRUSSELS - Iran meningkatkan kata dua terhadap Barat semalam selepas negara-negara Eropah mengenakan sekatan ke atas nadi ekonominya - minyak, sekali gus diramal akan membawa kepada implikasi politik dan ekonomi dunia dalam waktu terdekat.

Ekoran tindakan Eropah itu, Teheran mengugut ia akan menutup Selat Hormuz, yang digunakan sebagai laluan satu per lima bekalan minyak dunia, manakala pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Barat akan menggunakan kekuatannya untuk memastikan perairan itu kekal dibuka kepada laluan antarabangsa, lapor akhbar Guardian.

Keputusan sekatan minyak yang diputuskan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) secara dramatik meningkatkan ketegangan antara Iran dan Barat berhubung program nuklear kontroversi Iran, yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

EU memutuskan bahawa tidak harus ada sebarang kontrak minyak antara anggota EU dan Iran, tetapi penyerahan bekalan dibenarkan sehingga Julai ini.

Malah, EU juga membekukan aset-aset bank pusat Iran dan mengharamkan transaksi emas, logam-logam berharga dan berlian.

Sementara sekatan ini berkuat kuasa hari ini, kesan sebenarnya dijangka hanya akan dirasai menjelang musim panas.

Pegawai kanan Iran menyifatkan perkembangan terbaru ini akan membawa kepada 'perang mulut' dengan dunia Barat.

"Sebarang bentuk gangguan berkenaan dengan penjualan minyak Iran, sudah pasti Selat Hormuz akan ditutup," demikian amaran Mohammad Kossari, timbalan ketua jawatankuasa parlimen berkenaan hal ehwal luar negara dan keselamatan negara.

Ivo Daalder, duta AS di Nato pula bertekad negaranya dan sekutu mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan laluan itu terus dibuka kepada laluan perkapalan dan bisnes minyak antarabangsa.

"Selat Hormuz perlu kekal dibuka dan kita perlu pastikan ia kekal laluan antarabangsa," katanya kepada BBC.

"Kita akan melakukan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan ia kekal dibuka jika wujud keadaan sedemikian (ditutup)," katanya lagi.

Isu KUIN : DPPNK Sedia Isytihar Perang!


Alor Setar, 25 Jan : Isu yang melanda mahasiswa, pentadbiran KUIN dan kerajaan Negeri Kedah terus mendapat perhatian ramai pihak.
Rentetan pergantungan enam mahasiswa universiti berkenaan tahun lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melalui Jabatan Pembangunan Mahasiswa telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Namun, dikhabarkan setelah pelbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikannya, isu berkenaan semakin panas apabila terdapat campur tangan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan beberapa gerakan mahasiswa sekitar Lembah Klang.

“Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka menuntut agar YAB Dato’ Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.”, ujar Setiausaha Politik MB Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Dan pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Respon pentadbiran

Dalam pada itu, mengenai segala permasalahan yang ditimbulkan mahasiswa dalam Himpunan Mega Mahasiswa awal tahun lalu itu, berikut adalah kenyataan balas daripada pihak pentadbiran KUIN :

1) MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
PTPTN mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak KUIN tiada kuasa untuk melakukan perubahan. Selain itu, terdapat sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di Jabatan HEP terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2) ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai dan KUIN yang mempunyai sumber kewangan terhad tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi.
Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah RM750. Sedangkan pihak KUIN mengenakan yuran asrama hanya RM50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. RM50 x 8 orang bersamaan RM400. Jadi KUIN terpaksa menampung RM350 untuk sebuah rumah.

3) YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara IPTS yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding IPTS lain. Yuran pelajar diploma hanya RM48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah RM60 satu jam kredit. Ada sesetengah IPTS mengenakan yuran sebanyak RM250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur KUIN kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.
Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh KPT ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.
Selain itu, KUIN ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4) ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak HEP akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5) KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak KUIN memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan LCD yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak KUIN memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6) MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
KUIN hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama. Untuk mengatasi masalah itu, KUIN terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos RM40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah KUIN terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar.
“Secara kesimpulannya memang pihak KUIN berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan.
“Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah RM30 juta setahun.
“KUIN terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari RM20 juta. Jikalau KUIN menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan.
“Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak KUIN sekarang.”, ujar Sanusi lagi.
Campur tangan luar punca jadi panas!

Namun, menurutnya juga, isu KUIN menjadi semakin panas adalah disebabkan beberapa faktor utama.
“Antaranya kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar dan juga kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
“Selain itu, hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang serta hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah yang tidak begitu baik juga boleh mendatangkan masalah.

Menurutnya juga, masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN dan campur tangan pihak luar juga sedikit sebanyak mendatangkan kemelut yang berpanjangan.
“Dan demontrasi serta permainan media yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum juga menjadikan ianya bertukar kontroversi.”, tegasnya dalam satu kenyataan.

Sedia isytihar perang kedegilan

Muhammad Sanusi Md. Nor

Tambah Muhammad Sanusi, semua berharap agar isu KUIN itu segera selesaikan dengan cara yang baik.
“Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing.
“Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhaan di dunia dan di akhirat.
“Kerajaan negeri, khususnya MB sangat komited untuk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi ‘caca merba’ di bawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kepada usaha-usaha ini.
“Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.
“Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUIN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula!
“Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.
“Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat “tidak mengaku salah” malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media.
“Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?
Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yang kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi.
“Apa tindakan yang perlu ketika itu? Maafkan mereka? Tengoklah…….!
“Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak luar terutama di Kuala Lumpur lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka.. kalau perlu, saya mahu isytiharkan Perang!!!!
“Dengan kedegilan!”, tegas Setiausaha Politik Datuk Seri Azizan Razak itu lagi
. – GZDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...