28 Februari 2015

PERBADANAN MINYAK NASIOANAL ( PETRONAS) RUGI PADA SUKU KEEMPAT 2014


Untung sebelum cukai Petronas susut RM77.8 bilion



Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2014, susut kepada RM77.7 bilion daripada RM94.3 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Kewangannya Datuk George Ratilal, semasa mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu hari ini, berkata keuntungan rendah itu disebabkan kejatuhan harga minyak yang membawa kepada penjejasan tinggi sebanyak RM22.6 bilion.

Bagaimanapun, hasil meningkat sebanyak 4.0% kepada RM329.1 bilion daripada RM317.3 bilion sebelumnya.

Perbadanan minyak nasional itu juga buat pertama kalinya mencatatkan kerugian sebelum cukai suku tahunan pada suku keempat 2014 sebanyak RM400 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM17.6 bilion dalam suku yang sama pada 2013, berikutan hasil rendah sebanyak RM79.4 bilion daripada RM84.8 bilion sebelumnya.

"Kami mula melaporkan bagi asas suku tahunan kira-kira lima tahun lalu dan kami tidak pernah mencatatkan kerugian pada suku tahunan sepanjang tempoh itu, saya tidak ingat pernah melihat kerugian dicatatkan Petronas bagi suku tahunan, jadi 2014 (secara keseluruhan) bukan satu kerugian," katanya.

Mengenai penjejasan tinggi itu, Ratilal berkata sekiranya harga minyak berdasarkan kepada prospek kumpulan, Petronas tidak menjangkakan penjejasan lebih besar pada masa hadapan.

"Penjejasan itu adalah berdasarkan kepada apa yang kami nilai, disebabkan oleh harga minyak semasa, apakah jenis pendapatan yang akan kami peroleh bagi tempoh beberapa tahun akan datang. Penjejasan itu telah dinilai setiap suku tahun. Ia pada asasnya adalah satu perkara yang sementara, bukan kekal.

"Apa yang kami lakukan, sebagai sebuah syarikat minyak, ialah standard perakaunan, berdasarkan kepada pendapatan masa depan dan harga semasa. Sekiranya harga minyak meningkat (pada masa depan), kami akan masuk kira semula," katanya. – Bernama



Harga Minyak Jatuh, Mokhzani ‘Hilang’ Separuh Kekayaan


KEJATUHAN harga minyak di pasaran global memberi kesan besar kepada ramai jutawan di Malaysia, malah jauh lebih teruk dari jangkaan apatah lagi apabila harga minyak dunia menjunam daripada kemuncak AS$115 setong kepada bawah AS$50 setong.

Beberapa taikun industri minyak dan gas terkenal tanah air dilaporkan ‘hilang’ separuh nilai kekayaan mereka berjumlah ratusan juta dollar termasuk Mokhzani Mahathir yang suatu ketika pernah berada dalam kedudukan individu ke-26 paling kaya di Malaysia.

Beliau merupakan pelabur terbesar di rantau Asia tenggara dalam syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas SapuraKencana Petroleum, dikatakan langsung terkeluar daripada senarai individu billionaire di Malaysia sejak akhir tahun lalu.

Nilai kekayaan beliau merosot 42 peratus, angka tertinggi dari sudut peratusan dan paling besar berbanding jutawan lain, manakala pelabur utama SapuraKencana, dua beradik Shahril dan Shahriman turut kerugian hampir 40 peratus nilai kekayaan mereka.

Kemerosotan separuh harga minyak antarabangsa bermakna kekayaan duo itu turut jatuh daripada AS$1.4 bilion (RM5.2 bilion) setahun lalu kepada hanya AS$860 juta (RM3.08 bilion) kali ini dan menduduki tangga ke-21 berbanding ke-11 pada tahun lalu.

Uniknya, kejatuhan harga minyak memberi kesan besar kepada tiga individu teratas senarai billionaire tempatan iaitu Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Quek Leng Chan yang turut memiliki kepentingan secara signifikan dalam sektor operasi minyak dan gas.

Sekadar rekod, 11 daripada 50 manusia terkaya di Malaysia mempunyai hubungan rapat hasil pendapatan mereka dengan sektor minyak dan gas; bahkan kebanyakan mereka dilaporkan paling terjejas dibandingkan billionaire bukan sektor berkenaan.

Sejumlah 24 individu terkaya dalam senarai untuk tahun ini malah menyaksikan nilai bersih kekayaan mereka turut merosot dengan teruk sejajar situasi ‘kelesuan’ bursa saham tempatan dan kejatuhan harga minyak global bagi tempoh lebih enam bulan.

Ia sekali gus menyebabkan nilai mata wang ringgit jatuh kira-kira 10 peratus berbanding dollar Amerika Syarikat, ditambah pula beberapa insiden buruk yang berlaku di rantau ini akhir tahun lalu memburukkan lagi keadaan sedia ada.


DISYORKAN BACA : Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia – Forbes

27 Februari 2015

PANAS: BUKTI NAJIB HILANG KEPERCAYAAN DARI RAKYAT & UMNO??? APAKAH PUNCANYA....

Apa perlunya pm sokongan ketua bahagian takkan tak cukup sokongan dari ahli parlimen,   apa takutnya dengan Tun M dah tua ganyut apa dia boleh buat takada jawatan dalam umno dan beliau bukan ahli perlimen pon.......

Tentu sekali skandal 1mdb kini menghilangkan kepercayaan rakyat adakah mereka kroni2 najib dah rasa terggugat dan goyah?


Lebih parah bila Kabinet tidak luluskan pinjaman RM3 bilion untuk 1MDB, membuatkan kedudukan Najib semakin tertekan?  tak caya baca  sini


170 Ketua UMNO Bahagian Berhimpun Sokong Najib 8 Mac ini



KUALA LUMPUR 27 Feb - Seramai 170 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara akan bertemu pada 8 Mac depan untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pertemuan itu bertujuan membuktikan kepada pihak pembangkang dan pihak luar mereka sentiasa menyokong Presiden UMNO yang juga perdana menteri itu.

"Kami mahu menunjukkan kepada dunia Najib mempunyai sokongan akar umbi yang kuat...jadi pembangkang serta pihak luar perlu berhenti menyerang pemimpin Barisan Nasional," katanya seperti dilaporkan portal Mstar Online.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan perang saraf itu. Kita perlu menanganinya segera dan kami tidak akan duduk diam dengan hanya melihat mereka memainkan agenda jahat ini."

Najib akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di antara pengkritik lantang kepada Najib ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Ali memberitahu Mstar, setakat ini kira-kira 170 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian sudah mengesahkan kehadiran mereka.

"Kami mahu menunjukkan kita berdiri teguh di belakang perdana menteri dan menolak pandangan wujud perpecahan dalam UMNO," katanya yang mengatakan idea itu dimulakan sekumpulan ketua bahagian.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin menolak khabar angin perjumpaan tersebut bertujuan mengatasi ancaman dalaman parti terhadap Najib.

"Kami mahu mendengar perdana menteri sendiri menjelaskan beberapa isu berbangkit. Kami ingin mendengar penjelasan beliau dalam banyak isu seperti 1MDB, ekonomi dan sebagainya.

"Perdana menteri berjanji untuk berjumpa semua ketua bahagian dua kali setahun, jadi ini adalah sebahagian daripada idea itu," katanya seperti dilaporkan portal itu. ~ SUMBER

KANTOI : PAC BUAT U-TURN KES AUDIT AKAUN 1MDB, BULAN LEPAS KATA TIADA ASAS.....

Jabatan Audit perlu segera audit 1MDB - PAC


Nur Jazlan Mohamed

26 febuari 2015

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pegawai-pegawai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak lama lagi untuk menerangkan mengenai urusniaga dan hutang firma tersebut yang telah mencetuskan kontoversi sehingga menarik perhatian rakyat tempatan dan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jawatankuasa tersebut turut meminta Jabatan Audit untuk melihat kepada akaun-akaun 1MDB yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

"Rakyat perlu tahu kebenarannya manakala kerajaan pula perlu telus di dalam isu 1MDB. Sekiranya pelaburan dan operasi yang dijalankan oleh 1MDB adalah sah, biarlah ia dibuktikan oleh Jabatan Audit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara perkara yang perlu dilakukan audit adalah sumber yang digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan hutangnya kepada tiga bank tempatan dengan jumlah RM2 bilion, suntikan dana kerajaan sebanyak RM3 biion serta perjanjian firma pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International (PSI).

Selain itu, Jabatan Audit perlu mengesahkan sama ada wang yang dilaburkan di Cayman Islands oleh firma berkenaan telah dibawa pulang atau pun tidak. - MalaysiaGazette



Tiada Sebab Nak Audit Semula 1MDB, Kata PAC


KUALA LUMPUR 24 Jan 2015 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak bercadang untuk memanggil syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia sudah diaudit oleh firma audit antarabangsa.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed malam tadi berkata PAC memerlukan asas untuk melihat operasi perniagaan 1MDB.

Katanya, bagi membolehkan ia berbuat demikian, ia akan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara berhubung dana pembangunan strategik itu.

“Ketua audit negara boleh hantar pasukan ke mana-mana jabatan kerajaan untuk menyiasat dan membangkitkan isu dalam jabatan itu.

“Dalam kes 1MDB, firma audit antarabangsa yang terkemuka sudah melakukannya dan mengesahkan tiada keganjilan dalam akaunnya. Jadi apa yang boleh kami jadikan asas untuk memanggil 1MDB dan buat siasatan kami?” katanya di forum bertajuk Laporan Ketua Audit Negara: Formaliti Audit Kerajaan atau Kebertanggungjawaban di Universiti Wawasan di Pulau Pinang, malam tadi.




Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata firma antarabangsa mempunyai juruaudit yang lebih berkemahiran dan cekap berbanding kakitangan Jabatan Audit Negara untuk melihat akaun 1MDB, yang membabitkan wang disimpan di luar negara.

Katanya, ketua audit negara pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu baru-baru ini, bertanya nilai tambah yang boleh ditawarkan jabatannya apabila firma antarabangsa sudah mengaudit dan mengesahkan akaun 1MDB.

“Lupakan mengenai perubahan juruaudit dan CEO (ketua pegawai eksekutif), dan angka yang diberi (ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua dan (ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli kerana nombor itu juga tidak tepat dalam banyak kes.

“Tetapi mereka dapat buat sehingga rakyat ada tanggapan sesuatu sangat tidak kena dengan 1MDB.

“Nama Mr Jho Low (ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho) dibincangkan tetapi adakah dia pengarah atau pemegang saham syarikat itu? Adakah dia terbabit dalam mana-mana bahagian syarikat? Dia tidak. Jadi bagaimana kita mahu memanggilnya, hanya kerana rakyat dakwa dia terbabit?

“Apa asas yang kita ada? Itu satu lagi masalah, iaitu mengapa kita perlu jabatan audit menjalankan siasatan,” katanya, tetapi menambah beliau tidak ada banyak maklumat butiran berkaitan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu kerana masih belum membaca Laporan Ketua Audit Negara.

Nur Jazlan, yang juga ahli Parlimen Pulai, berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam forum yang dianjurkan badan pemikir kerajaan negeri Penang Institute, iaitu sama ada PAC akan memanggil 1MDB, yang didakwa pengkritik boleh menjejaskan keyakinan pelabur di Malaysia.

Dilaporkan 1MDB dikritik teruk oleh ahli politik pembangkang, dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hutang besar ditanggung syarikat itu, penggunaan wang dalam syarikat berkenaan dan operasinya yang rahsia.

Ramai bimbang dengan hutang syarikat itu yang dianggarkan RM40 bilion, walau baru hanya beroperasi 5 tahun, di tengah-tengah nilai ringgit rendah berbanding dolar AS
.

Nur Jazlan berkata struktur kerajaan dan undang-undang sedia ada, dan bagi membolehkan PAC menjalankan tugasnya, ia perlu mengikut proses tertentu untuk memastikan dapatannya cukup bernilai bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan seterusnya Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan lanjut.~sumber 

BUKTI SAHIH 1MDB BAKAL DITAPAU?

Kabinet tidak lulus pinjaman RM3 bilion untuk 1MDB



Tun Razak Exchange adalah antara projek pembangunan milik syarikat pelabur strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini bergelut dengan hutang berbilion ringgit. 

Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang, menyempitkan lagi pilihan pembiayaan bagi pelabur strategik itu untuk membayar balik hutang pada masanya.

The Malaysian Insider difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.

"Kabinet menolak cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1MDB," sumber memberitahu The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.


Sumber lain turut mengesahkan keputusan Kabinet itu, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 bagi membuat pelaburan dalam sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pilihan makin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak boleh mengumpul dananya sendiri sekarang. Ia pada dasarnya memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang sahamnya, iaitu kerajaan," kata sumber lain.

Najib, yang juga menteri kewangan, mengetuai lembaga penasihat 1MDB, yang setakat ini menceburi dalam dua pembangunan hartanah yang besar di Kuala Lumpur dan memiliki 15 loji tenaga dan air di rantau Asia.

Berita buruk buat 1MDB

Keputusan Kabinet itu merupakan satu lagi berita buruk bagi 1MDB, beberapa hari selepas agensi berita Bloomberg melaporkan bon syarikat itu diniagakan seperti sampah ketika pelabur tiada maklumat jelas berhubung rancangan syarikat itu menutup perniagaannya dan menjual asetnya.

1MDB berkata minggu lalu ia tidak akan menjalankan sebarang pelaburan baru selepas ia membentuk entiti yang berasingan bagi projek hartanah dan memperoleh pulangan tunai daripada penjualan perniagaan tenaganya.

Ia membayar balik hutang RM2 bilion pada 13 Februari dengan pinjaman daripada hartawan Malaysia T Ananda Krishnan tetapi itu tidak menyelesaikan masalah bagi firma itu, yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM42 bilion, khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan juga aliran tunai negatif RM2.25 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014.

Sumber memberitahu The Edge Financial Daily awal minggu ini, Kementerian Kewangan menyedari masalah aliran tunai dihadapi 1MDB dan tahu ia mungkin tiada pilihan selain untuk campur tangan dengan suntikan RM3 bilion itu.

Tetapi untuk itu terjadi, kelulusan perlu diberikan Kabinet, memandangkan jumlah wang besar yang terlibat dan semua kontroversi sekitar 1MDB.

Bil perbendaharaan

Putrajaya pada 11 dan 12 Februari memperoleh RM2.1 bilion melalui dua terbitan bil perbendaharaan yang menurut peniaga pasaran wang merupakan jumlah yang luar biasa besarnya.

Sumber memberitahu The Edge Financial Daily, Kementerian Kewangan mungkin sedang menyediakan wang itu sekiranya ia perlu membantu 1MDB.

Suntikan tunai itu perlu dilakukan sebelum tahun kewangan berakhir 1MDB yang akan datang iaitu 31 Mac, 2015 - hanya lima minggu lagi.

Walaupun ramai yang menyuarakan kebimbangan, pegawai di Kementerian Kewangan sentiasa menegaskan 1MDB dalam keadaan baik daripada segi kewangannya dan kerajaan hanya perlu memberi RM1 juta sebagai modal permulaan kerana ia cukup kuat untuk membuat pinjaman bagi membiayai dirinya sendiri.

Presiden baru 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Februari berhubung kajian strategiknya berkata, 1MDB akan berhenti membuat pinjaman mulai sekarang.

Hutang yang besar

Sumber berkata, hakikatnya ialah 1MDB kini tidak lagi boleh membuat pinjaman di pasaran - baik melalui pinjaman bank mahu pun terbitan bon.

"Saiz hutangnya sebanyak RM42 bilion, aliran tunai negatif besar yang dialaminya dalam tempoh 2 tahun lepas, dan kesukaran yang dihadapinya untuk membayar pinjaman RM2 bilion itu menjadikannya mustahil bagi mana-mana bank memberinya pinjaman," kata seorang pegawai bank.

"Pelabur bon juga akan menjauhkan diri daripada sebarang hutang baru yang mahu dikeluarkannya."

1MDB baru-baru ini membatalkan bon Islamik RM8.4 bilion yang dirancangnya bagi mengumpul wang tunai untuk membiayai projek tenaga 3B.

Pihak bank mengatakan ia dibatalkan kerana sambutan yang tidak menggalakkan.

Sumber berkata bank juga mengambil maklum hakikat yang 1MDB menghadapi kesukaran meneruskan rancangan mengapung aset tenaganya bagi meningkatkan tunai.

SUMBER BERITA

26 Februari 2015

PANAS! NAJIB BAKAL LETAK JAWATAN MENTERI KEWANGAN, APAKAH PUNCANYA?

Hasil carian imej untuk bon 1mdb

Gagal bayar hutang, Lembaga Pengarah 1MDB perlu letak jawatan

Pengurusan 1MDB akhirnya mengakui bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu tidak akan mampu melunaskan tanggungjawab khidmat hutangnya (“debt servicing”) kerana pendapatan dari pelaburan yang dibuat setakat ini tidak mencukupi berbanding dengan bayaran faedah dan kupon bon yang perlu dibayar setiap tahun.

Dalam kenyataan minggu lepas, 1MDB mengakui bahawa ia terpaksa bergantung kepada suntikan dana baru dari kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion untuk melunaskan tanggungjawab khidmat hutang itu. 1MDB juga terpaksa menjual aset-asetnya melalui satu proses rasionalisasi operasi seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya minggu lalu.



Awal tahun ini, 1MDB berhadapan dengan masalah untuk membayar hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB yang akhirnya diselesaikan dalam keadaan misteri. Pendedahan saya sama ada 1MDB menggunakan dana kerajaan melalui penerbitan bil perbendaharaan (“treasury bill”) yang terbesar dibuat oleh kerajaan sebanyak RM2.1 bilion sehingga kini tidak dinafikan.

Saya juga telah mendedahkan pada 2 Februari 2015 bahawa 1MDB juga mempunyai satu lagi hutang jangka pendek sebanyak RM3.6 bilion kepada 6 bank yang diketuai oleh Deutsche Bank. Hutang tersebut perlu dibayar menjelang September 2015. Ketika 1MDB mengambil hutang ini di tengah-tengah kontroversinya meletup tahun lalu, ia menyandarkan hutang RM3.6 bilion ini kepada dana baru yang bakal diperolehi dari pasaran saham melalui penyenaraian anak syarikat IPPnya.

Kini dengan pembatalan penyenaraian tersebut, sudah tentu 1MDB akan berhadapan masalah untuk melangsaikan hutang RM3.6 bilion ini menjelang tarikh matang September 2015.

Oleh yang demikian, kegagalan 1MDB sudah ternyata dan tidak boleh disembunyikan lagi. Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Hasil carian imej untuk bon 1mdb

Saya akan memfailkan usul di dalam sidang Parlimen akan datang supaya tidak ada sebarang suntikan dana baru ke dalam 1MDB sehinggalah ada pertanggungjawaban (“accountability”) di atas kegagalan 1MDB seperti berikut:

1. Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan Menteri Kewangan serta merta agar seorang Menteri Kewangan sepenuh masa boleh mengambil alih tugasan.

2. Keseluruhan Lembaga Pengarah 1MDB perlu meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta

3. Setiap ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang meletakkan jawatan tidak dilantik ke mana-mana jawatan di dalam mana-mana anak syarikat atau agensi milik kerajaan untuk mengelakkan mereka dikitar semula

Usul itu juga akan mencadangkan supaya suntikan dana RM3 bilion ke dalam 1MDB oleh kerajaan perlu dibahaskan dalam satu sidang khas Parlimen.

Kegagalan 1MDB perlulah terus dibawa ke Parlimen agar ia tidak berulang dan mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung
Ahli Parlimen Pandan

AKHBAR TERSOHOR DI MALAYSIA RUGI RM82.64


Kumpulan Utusan rugi RM82.64 juta tahun 2014

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta.


KUALA LUMPUR: Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lapor Bernama.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan pelaksanaan strategi menambah baik kandungan akhbar kami dan menawarkan pakej kreatif untuk pengiklanan,” kata syarikat itu.

Kumpulan juga akan terus melaksanakan strategi penjimatan kos dalam operasi perniagaan termasuk mengambil langkah mengurangkan kadar pengembalian dengan memastikan peruntukan bekalan akhbar dan majalah dibuat secara cekap. ~FMT

TOKEH LEMBU NFC GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA, KAT JAT KAT MANA?



Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar, kiri) hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 22 November 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui perbicaraan.

Salleh, 66, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dau pertuduhan itu, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertindak bagi pihak pendakwaan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-nfcorp-gagal-batal-dua-pertuduhan-pecah-amanah-rm49.7-juta#sthash.euhvmDqM.dpuf

25 Februari 2015

TERKINI: DSAI BOLEH KE PARLIMEN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG....


Anwar boleh ke Parlimen jika diberi kebenaran, kata pakar perundangan



Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat permohonan menghadiri persidangan Dewan Rakyat bulan depan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seharusnya ia diberi pertimbangan kerana beliau tidak mendatangkan sebarang risiko keselamatan.

Walaupun masih menjadi ketua pembangkang Parlimen sementara menunggu pengampunan Diraja, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan melainkan jika Menteri Dalam Negeri memberi kebenaran kepadanya, kata seorang profesor undang-undang.


Profesor Gurdial Singh Nijar (gambar, atas ) daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata, Anwar adalah banduan yang disabitkan oleh mahkamah dan perlu ditahan dalam penjara.

"Beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana semua penjara terletak di bawah kuasa beliau. Anwar tidak mempunyai hak mutlak untuk hadir di Parlimen tetapi boleh membuat permohonan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, beliau berkata permohonan ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh diberi perhatian kerana Anwar tidak mendatangkan risiko keselamatan.

Gurdial berkata demikian mengulas pengumuman Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang Anwar masih seorang ahli Parlimen sementara menunggu keputusan petisyen yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan pengampunan Diraja.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya menyampaikan petisyen itu ke Istana Negara petang semalam, sebelum tempoh 14 hari tamat.

Nurul Izzah Anwar yang juga naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen bagi pengampunan itu dibuat atas dasar sabitan itu gagal untuk mematuhi prinsip-prinsip keadilan.

Sebagai ketua pembangkang, Anwar diberi keutamaan menyampaikan ucapannya kepada raja dan belanjawan tahunan.

Yang di-Pertuan Agong pada masa sama akan merasmikan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 9 Mac akan datang. Prosiding Dewan Rakyat berlanjutan selama 20 hari.

Gurdial berkata sekiranya Anwar tidak hadir dalam persidangan itu, Speaker boleh menggunakan budi bicaranya meminta seorang wakil ahli Parlimen daripada pembangkang untuk melaksanakan fungsi ketua pembangkang.

"Pemimpin pembangkang baru tidak boleh dilantik sementara menunggu hasil keputusan (pengampunan) lembaga itu," kata Gurdial.

Beliau berkata Speaker sebagai ketua Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sendiri jika terdapat lompang dalam peraturan yang diperuntukkan kepada ahli dan prosiding Parlimen.

"Senario sekarang belum pernah berlaku. Di negara lain, kedudukan pemimpin pembangkang 'dikosongkan’ jika mereka dipenjarakan," katanya.

Pada 10 Februari, panel terdiri daripada lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di antara jam 3.10-4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar mula menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 15 hari lalu

SUMBER

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA, NAK TAHU BACALAH SENDIRI....

Keadaan harga minyak dunia terus jatuh begitu melegakan kebanyakan pengguna sebelum ini harga minyak yang diapungkan tanpa subsidi agak tinggi begitu membebankan juga menyebabkan kenaikan harga barangan.

Adakah keadaan ini hanya sementara kerana kedatangan GST agak merisaukan pengguna-pengguna kemungkinan besar harga barang dan pekhidmatan terus naik.......

Inventori AS masih tinggi, harga minyak jatuh lagi

OLEH AFP DI NEW YORK 




Harga minyak masih lagi jatuh selepas para pedagang menjangkakan berlaku pertambahan minyak mentah dalam inventori Amerika Syarikat, memburukkan lagi penawaran global.

West Texas Intermediate bagi bulan April susut 17 sen kepada AS$49.28 sen setong. Brent pula ditutup pada AS$58.66.

Kontrak hadapan bagi kedua-dua penanda aras menjunam pada Jumaat dan Isnin lepas berikutan bimbang bekalan global yang banyak di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan tetapi stok simpan minyak mentah Amerika Syarikat terus bertambah.

Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengeluarkan laporan mingguan minyak mentah berkata: "Kita mungkin akan 'membina lagi inventori' yang bakal meletakkan tekanan ke atas harga".

Bloomberg News yang membuat tinjauan berkata, inventori telah meningkat sebanyak 3.75 juta tong pada minggu lepas berbanding 425.6 juta tong pada minggu sebelumnya.

Bekalan minyak mentah dipacu dari medan minyak di timur Libya yang telah memulakan pengepaman ke pelabuhan Hariga selepas paip minyak dibaiki semula.

Harga minyak mentah telah jatuh lebih daripada 50 peratus sejak bulan Jun. Harga telah meningkat dari paras terendah pada Januari berikutan akibat kelembapan dalam aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat tetapi penganalisis berkata ketidaktentuan mungkin berterusan untuk beberapa waktu.

Aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat diperlahan, pertumbuhan pengeluaran global diramal jatuh dan permintaan sekurang-kurangnya di Amerika bertindak balas secara positif kepada harga rendah, menurut British Barclays.

Pasaran diramal kekal mempunyai lebihan bekalan pada tahun ini tetapi mempunyai asas lebih seimbang pada masa depan. - MG

PUNCA SEBENAR KELUARGA DSAI MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA TERSEBAR

Dengan penyerahan dokumen pengampunan diraja, maka implikasinya adalah:

a) Anwar Ibrahim kekal ahli parlimen dan Ketua Pembangkang walaupun tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat sepanjang proses pengampunan

b) Tiada pilihanraya kecil boleh diadakan sehingga keputusan rayuan diketahui dan dimaklumkan tanpa had masa atau campurtangan politik


c) Kedudukan Anwar kini terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong selaku kuasa pemutus, malah tidak perlu dinasihatkan PM kerana ia tertakluk kepda budi bicara baginda selaku ketua negara

d) Pakatan Rakyat kekal diketuai Anwar dan pemilihan penggantinya tidak berbangkit sekaligus mematikan hasrat puak tertentu yang kebulur jawatan ketua tapi masih 'berpeluk' dengan Umno

e) Umno melihat proses ini sebagai satu strategi serampang dua mata Anwar bagi menyelamatkan Pakatan dan terus menghantui BN, tidak kira Anwar masih di dalam atau sudah keluar

f) Musuh politik Anwar dalam Pakatan sendiri sudah pasti tidak senang duduk malah mula mencatur strategi baru (Plan A dan B) tidak kira sama ada Anwar bebas atau sebaliknya

g) Umno gagal meyakinkan rakyat perihal keputusan mahkamah yang sudah dibuat hingga terpaksa melakukan roadshow dan kemuncaknya adalah sistem kehakiman kini tidak lagi dihormati malah dipertikaikan

h) Imej BN terus merudum seluruh dunia kerana negara luar melihat proses keadilan sebenar hanyalah dengan pengampunan diraja dan bukannya mahkamah biasa

i) Pelabur luar tidak lagi mahu menanam modal kerana merasakan keadilan buat mereka hanya satu jalan iaitu menghantar memorandum/rayuan kepada ketua negara

j) Kerjasama politik Umno-PAS (baca: UG) mungkin ditangguhkan kerana mahu menunggu keputusan rayuan tetapi tetap terus menyerang Anwar konon sebagai ejen pemecah orang Melayu


Keluarga Anwar mohon pengampunan Diraja pada saat akhir‎



Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar permohonan untuk pengampunan Diraja hari ini ke Istana Negara. – Gambar ihsan Nurul Izzah Anwar, 24 Februari, 2015.Keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya, kata jurucakap PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu The Malaysian Insider inisiatif permohonan tersebut dilakukan kerana Anwar berisiko kehilangan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya.

Fahmi berkata inisiatif pengampunan itu dilakukan keluarga Anwar dan bukannya PKR.

The Malaysian Insider difahamkan, permohonan tersebut sudah pun dihantar ke Istana Negara sebentar tadi.

Sementara itu anak sulung kepada Anwar Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider, petisyen memohon ampun itu sudah selamat dihantar ke Istana Negara.

‎"Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke Istana," kata ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR itu.

Tarikh akhir 14-hari bagi Anwar untuk memfailkan permohonan tersebut akan tamat hari ini dan tanpanya, beliau secara automatik akan tersingkir sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.‎

Awal hari ini, peguam Anwar N Surendran berkata ketua pembangkang itu membuat keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja.

"Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada 10 Februari, panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah melakukan liwat dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan tersebut di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10pm - 4.30pm pada 26 Jun, 2008.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerusi tidak akan diumumkan sebagai kosong sehinggalah Lembaga Pengampunan mempertimbangkannya dan membuat keputusan.

Surendran juga berkata pasukan peguam Anwar akan terus meneliti kehakiman 116-mukasurat itu sebelum membuat keputusan untuk memfailkan semakan semula terhadap penghakiman tersebut.

"Tiada jadual masa untuk memfailkan semakan semula itu, tetapi ia perlu dilakukan secepat mungkin," katanya.~TMI

24 Februari 2015

BETULKE SIRUL MENGARUT?......




Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia

Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia


Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Talian telefon termasuk beberapa orang pemberita yang berada di ibu pejabat PAS turut terganggu ketika sidang media itu diadakan.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian mendapat panggilan telefon daripada Sirul yang mengatakan bahawa bekas anggota polis itu sedang menantikan panggilan daripada Mahfuz.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney dan tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

Sirul boleh dibawa pulang sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati terhadap Sirul.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

KERETA PG1 JADI VIRAL SEMALAM, INI JAWAPANNYA....

Kereta Guan Eng jadi viral


Pemandu terima saman salah parking kereta menteri


Rozali menunjukkan saman dari MPPP yang diterimanya kerana kesalahan meletakkan kenderaan rasmi Ketua Menteri.

GEORGETOWN - Pemandu khas Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan berhubung kesalahan kereta rasmi itu diparkir sebelah pili bomba yang menjadi viral dalam media sosial kelmarin.

Rozali Ishak, 54, berkata, ketika kereta itu diparkir, dia berada dalam kenderaan itu kerana semua kotak parkir di hadapan Dewan Perniagaan Cina penuh.

“Pada hari kejadian, saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis. Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana. Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta
untuk menunggu Ketua Menteri.

“Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta,” katanya kepada media semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Guan Eng jadi viral]

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Rozali sudah menerima saman dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikeluarkan semalam.

Guan Eng turut meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan sebaliknya meminta media menumpukan pada isu besar yang lain.

“Sebelum ini saya ada nyatakan, jika ada yang tidak kena, kita akan minta MPPP ambil tindakan. Tetapi media janganlah menjadikan isu parkir ini satu isu yang besar. Banyak lagi isu besar yang boleh ditulis dan dilaporkan. Saya hairan, banyak isu penting lain, mengapa isu parkir kereta saya diperbesarkan pula. Rozali menjadi pemandu saya sejak 2008 dan dia tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saman sudah dikeluarkan MPPP dan pemandu saya sudah terima saman berkenaan.

"Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin selain tidak mengamalkan pilih kasih (double standard).

"Kita juga sebuah kerajaan yang menegakkan undang-undang, apa yang dijanjikan, kita tepati,” katanya.

Guan Eng turut menyindir beberapa orang pemandu khas kepada menteri yang didakwa melakukan perkara sama namun tidak dilaporkan media.

“Kereta rasmi menteri lain pun ada yang parkir di tempat yang tidak dibenarkan tetapi mengapa tidak dijadikan viral?

“Saya mohon agar media tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ apabila menulis laporan berita,” katanya.

Terdahulu, kereta Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1 sekali lagi dijadikan viral dan dikecam teruk dalam media sosial berikutan pemandunya meletakkan kereta itu bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Sebelum ini, kereta Guan Eng pernah menjadi viral di internet kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwa ~SH

Menteri ` SYOK SENDIRI' : IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?


IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?


BUKIT MERTAJAM, 24 FEB: Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia bersifat ‘syok sendiri’ kerana hakikatnya kadar pengangguran graduan IPT Malaysia sangat tinggi kerana kurang kemahiran.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Pemuda DAP Steven Sim hari ini mempersoalkan kenyataan menteri UMNO itu di samping menyifatkannya sebagai satu gejala penyakit kerajaan yang selalu ‘percaya kepada penipuannya sendiri’.

“Jika benar IPT kita bertaraf dunia, 40 peratus graduan tempatan masih lagi menganggur, kenapa?

“Ini, menteri kena jawab,” kata Steven.

Mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan sekitar 30 hingga 40 peratus graduan masih menganggur atau berada di bidang kerja yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka, ujar Steven.

“Bank Dunia pula menyatakan pada 2013 kadar pengangguran pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia adalah yang paling tinggi, satu dari lima orang graduan muda berusia bawah 25 tahun adalah penganggur.

“25.6 peratus dari 220,527 graduan tidak mempunyai kerja walaupun setelah enam bulan selesai pengajian mereka.

“Paling terkini laporan dari jabatan perangkaan 2014 mendedahkan 31 peratus dari penganggur Malaysia mempunyai ijazah pengajian tinggi mewakili jumlah 130,000 orang,” jelas Steven.

Graduan IPTA kurang kemahiran

Sehubungan dengan itu, Steven menambah penganggur yang mempunyai ijazah kebanyakannya adalah produk IPTA yang dikatakan Idris Jusoh sebagai universiti bertaraf dunia.

“Mengikut ‘Perangkaan Pendidikan Nasional: Sektor Pengajian Tinggi’ majoriti penganggur Malaysia adalah graduan IPTA.

“Ini kerana mengikut laporan Bank Dunia 2014, 62 peratus firma di Malaysia merungut tentang payahnya mencari pekerja berkemahiran walaupun peluang pekerjaan ada.
“Laporan itu menyimpulkan adanya jurang antara kemahiran yang diajar di IPT dengan keperluan majikan,” tambah Steven lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, kerajaan sebenarnya tahu realiti pengangguran di kalangan graduan ini. Kerana itulah kerajaan menjalankan “program-program pelatihan semula” kepada graduan seperti Skim Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) dan Pasukan Kebolehpasaran Siswazah (GET).

Namun, program-program berkenaan menelan biaya sehingga berbilion ringgit, sedangkan IPTA seharusnya menyelesaikan masalah tersebut.

“Jika benarlah IPT negara kita bertaraf dunia, kenapa perlu belanja bilion ringgit lagi untuk pasarkan graduan kita?

“Malang sungguh apabila Idris Jusoh sanggup mengeluarkan kenyataan tidak jujur mengenai mutu IPT kita.

“Penafian berterusan terhadap krisis yang melanda sistem pendidikan kita oleh kerajaan hanya akan terus menyebabkan masalah ini semakin parah,” tegas Steven lagi.

NOMBOR ' RM ' DIBIDA LEBIH RM2 JUTA

JPJ Perlis Buka Nombor ‘RM’, Jangka Terima Bidaan Lebih RM2J 



Seorang pelanggan Sia Tiong Ming, 56, memasukkan borang tender nombor pendaftaran kenderaan siri 'RM' ke dalam peti tender ketika tinjauan fotoBERNAMA ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri dekat Kangar, hari ini. - Foto BERNAMA

KANGAR – Seorang kontraktor sanggup datang dari Muar, Johor semata-mata untuk membida nombor pendaftaran ‘RM’ yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis di sini, hari ini.

Sia Tiong Ming, 56, berkata beliau memperuntukkan RM100,000 semata-mata untuk mendapatkan nombor idamannya.

Beliau nampaknya tidak kisah beratur panjang untuk mendapatkan borang dan mengemukakan bidaan.

“Huruf RM membawa maksud Ringgit Malaysia, istimewa bagi saya dan mesti dimiliki.

“Untuk itu saya membida satu nombor yang sama bagi dua digit, tiga digit dan empat digit (nombor kahwin),” katanya semasa ditemui selepas mengemukakan bidaannya.

Seperti pembida lain, Tiong Ming merahsiakan nilai bidaannya.

Katanya beliau pernah membeli nombor sama untuk pendaftaran negeri Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kontraktor itu berkata, ‘mengumpul’ nombor pendaftaran menarik adalah hobinya.

Beliau sanggup membeli kenderaan baru untuk nombor pendaftaran yang dimenanginya dalam bidaan.

Pengarah JPJ Perlis, Zulhasmi Mohamad yang ditemui di pejabatnya berkata JPJ menjangka bidaan untuk nombor pendaftaran RM akan meningkat berbanding nombor pendaftaran sebelum ini.

Katanya JPJ Perlis pernah menerima bidaan sebanyak 1,797 bernilai lebih RM2 juta, tertinggi setakat ini.

Namun beliau menjangka bidaan untuk nombor RM akan jauh lebih tinggi.

Zulhasmi berkata bidaan untuk nombor pendaftaran RM bermula dengan nombor 2 hingga RM 9999 dibuka hari ini sehingga pukul 12 tengah hari 10 Mac depan.

Bidaan minimum adalah RM300 untuk nombor popular, RM2,000 untuk nombor menarik dan RM10,000 untuk nombor yang dikateogori bernilai utama, katanya.

Beliau berkata keputusan bidaan akan diumumkan pada 30 Mac depan dan setiap pembida akan diberitahu mengenai keputusan bidaannya

RINGGIT TERUS TURUN


Ringgit terus turun, dibuka rendah hari ini


Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.


KUALA LUMPUR, 23 Februari:

Ringgit meneruskan arah aliran menurun apabila dibuka rendah berbanding dolar AS, pada hari dagangan kembali dibuka hari ini selepas cuti panjang.

Pada 9.07 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 3.6440/6460 berbanding dolar daripada penutupan Rabu 3.6180/6230.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.6778/6813 daripada 2.6597/6653 sebelumnya dan jatuh berbanding yen kepada 3.0604/0628 daripada 3.0363/0407.

Mata wang tempatan turut jatuh berbanding pound kepada 5.6037/6083 daripada 5.5580/5671 yang dicatat pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.1447/148 daripada 4.1267/1335 minggu lalu.

Read more: SINI

23 Februari 2015

PANAS: MAHFUZ TUNJUK BUKTI SIRUL HUBUNGI BELIAU HARI INI





Selepas hampir 2 jam, Sirul hubungi kembali Mahfuz



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menunjukkan teks pesanan ringkasnya dengan Sirul Azhar Umar kepada media pada sidang media pagi tadi di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. 

Selepas hampir 2 jam, pembunuh Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar berjaya dihubungi Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Ketua Penerangan PAS itu berkata, Sirul membuat 'missed call' padanya dan apabila Mahfuz cuba menelefonnya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu memberitahu sudah bersiap sedia menunggu panggilan ahli Parlimen Pokok Sena itu sejak pagi tadi untuk telesidang yang dijanjikan pada 11.30 pagi tadi.

Dalam perbualan telefon itu, Sirul mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepadanya dan turut berterima kasih pada kerajaan Australia kerana melindungi dirinya.

"Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia.
Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz berkata, Sirul hanya akan memberitahu perkara selebihnya pada waktu yang sesuai.

Minggu lepas, Sirul memberitahu Malaysiakini beliau bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri hanya menerima arahan dan pembunuh sebenar masih bebas.

"Walaupun kebanyakan pihak media yang sudah pulang dan hanya tinggal beberapa saja, tetapi bagi saya inilah masanya untuk menelefon Sirul kerana pagi tadi kebanyakan daripada kami tidak berjaya menghubunginya disebabkan gangguan talian.

"Saya kata padanya, saya sudah cuba menghubungi beliau dengan tiga nombor yang berlainan namun tidak berjaya kerana gangguan talian," katanya.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi ini tidak berjaya dihubungi apabila ketua Penerangan PAS itu cuba menghubunginya untuk beberapa kali gagal.

Pada masa sama, pihak media yang menunggu sejak jam 11 pagi mempersoalkan bagaimana mereka dapat mengenal pasti individu yang dihubungi Mahfuz itu adalah benar-benar Sirul yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mahfuz bagaimanapun menunjukkan perbualan akhir beliau bersama Sirul menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di pusat tahanan Imigresen di Australia sebagai bukti.

Sirul dan Azilah disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu.

Bagaimanapun Sirul tidak hadir semasa mahkamah menjatuhkan hukuman dan berada di Australia.

BETUL KE BON 1MDB TIDAK LAKU?


Selepas pinjaman Ananda Krishnan, 1MDB kini perlukan wang Kementerian Kewangan

OLEH THE EDGE FINANCIAL DAILY



Ramai terkejut apabila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy nafi pinjaman wang daripada hartawan T Ananda Krishnan terhadap syarikat itu. – Gambar fail Reuters, 23 Februari, 2015.

1MDB bukan saja dibantu hartawan T Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutang bank RM2 bilion, tetapi ia juga mungkin memerlukan suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion daripada pemiliknya, Kementerian Kewangan, kata sumber.

Mereka berkata, syarikat kontroversi yang sarat dengan hutang itu menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan aset tenaganya tidak cukup untuk membayar hutang dan sudah kehabisan pilihan pinjaman, seperti mengharapkan bantuan daripada seorang ahli perniagaan.

Ananda menyediakan pinjaman RM2 bilion untuk 15 bulan bagi membolehkan 1MDB menyelesaikan pinjaman dengan sebuah konsortium bank tempatan pada 13 Februari.

Sumber mengesahkan perkara tersebut kepada The Edge Financial Daily dan mereka turut melahirkan rasa terkejut apabila Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy menafikan laporan media mengenai pinjaman daripada Ananda, mengatakan ia spekulasi semata-mata.

Arul mengumumkan pada 13 Februari 1MDB melangsaikan hutang RM2 bilion kepada konsortium yang diketuai Malayan Banking Bhd dan RHB Bank Bhd yang sepatutnya diselesaikan pada 30 November, 2014.

Pinjaman diselesaikan tepat pada masanya untuk menghalang bank mengisytiharkan 1MDB muflis .

Arul tidak menjelaskan dalam kenyataannya pada 13 Februari bagaimana wang tersebut diperoleh, tetapi dua hari kemudian, dalam satu temu bual bersama Mingguan Malaysia, beliau berkata laporan mengatakan RM2 bilion dipinjam daripada Ananda merupakan spekulasi.

“Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini satu spekulasi yang dimulakan pihak ketiga,’’ katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

"Saya tidak tahu bagaimana dia (Arul) boleh mendakwa (AK tidak membantu)," kata satu sumber.

"Ia pinjaman yang mudah, bersih (tanpa syarat) kerana AK tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan (dengan menetapkan syarat yang sukar),” katanya.

Dalam jawapan kepada soalan daripada The Edge, mengapa beliau tidak hanya tampil dan mendedahkan bagaimana 1MDB mendapatkan wang tersebut, Arul berkata:"Fakta mengenai (melangsaikan) pinjaman akan didedahkan dalam forum/masa yang sesuai iaitu akaun kami yang seterusnya.

“Untuk menuntut apa-apa perbezaan dengan menetapkan standard yang berbeza untuk 1MDB bukan saja tidak adil, tetapi juga mengabaikan hak kami dan juga pemegang saham kami kepada kerahsiaan undang-undang dan komersial.”

Membayar hutang RM2 bilion juga tidak menyelesaikan masalah 1MDB yang mempunyai jumlah hutang lebih RM42 bilion dan khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan aliran tunai negatif berjumlah RM2.25 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2014 .

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan sedar masalah aliran tunai 1MDB dan mengetahui mereka mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi campur tangan dengan suntikan RM3 bilion.

Tetapi untuk melakukan perkara tersebut, kelulusan perlulah diperoleh daripada Kabinet kerana jumlah wang yang besar terlibat dan kontroversi ditimbulkan 1MDB.

Pada 11 dan 12 Februari, Putrajaya mendapatkan RM2.1 bilion melalui dua terbitan bil perbendaharaan di mana peniaga pasaran wang mengatakan ia merupakan jumlah yang luar biasa besar.

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan boleh mendapatkan wang dengan cepat jika meneruskan rancangan untuk membantu 1MDB.

Suntikan tunai itu perlu dilakukan sebelum tahunan kewangan 1MDB yang akan datang pada 31 Mac, 2015 – tinggal hanya 5 minggu lagi.

Walaupun kebimbangan yang dibangkitkan pelbagai pihak, pegawai Kementerian Kewangan sentiasa menegaskan 1MDB tiada masalah daripada segi kewangan dan kerajaan hanya perlu memasukkan RM1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat itu cukup kuat untuk meminjam bagi membiayainya sendiri.

Arul dalam kenyataan media pada 18 Februari menjelaskan tentang kajian strategiknya, Arul berkata 1MDB akan menghentikan pinjaman bermula dari sekarang.

Sumber mengatakan keadaan sebenarnya ialah 1MDB tidak mampu lagi ke pasaran untuk meminjam - sama ada melalui pinjaman bank atau terbitan bon.

"Saiz hutangnya sebanyak RM42 bilion, aliran tunai negatif besar yang dialaminya dalam tempoh 2 tahun lepas ditambah dengan kesukaran membayar RM2 bilion menjadikan sukar bagi mana-mana bank untuk memberi pinjaman kepada mereka," kata seorang pegawai bank.

"Pelabur bon juga akan menjauhkan diri daripada apa-apa hutang baru yang ia akan keluarkan."

1MDB baru-baru ini membatalkan bon Islamik RM8.4 bilion yang dirancang untuk mengumpul wang tunai bagi membiayai projek tenaga 3B.

Pegawai bank berkata ia dibatalkan kerana sambutannya yang tidak menggalakkan.

Sumber berkata, bank juga sedia maklum 1MDB menghadapi kesukaran meneruskan rancangan untuk mengapung aset tenaganya untuk menghasilkan wang.

SUMBER

PAGE MUHKRIZ MAHATIR FC MENGHINA RAKYAT KEDAH



Ok. Admin nak sentuh kembali tentang isu cas pelarasan deposit yg pernah dibangkitkan di dalam posting page Kedah Darul Peace pada 10 Februari lepas. Setelah Dato Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena memberi respon terhadap isu ini dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung isu ini. Barulah pihak EXCO Air YB Badrol Hisham dan pihak SADA kelam kabut buat sidang media bagi memberi penjelasan terhadap isu rakyat ini.

Malangnya, apa pihak kami kesali adalah apabila page Mukhriz Mahathir FC telah mengeluarkan kenyataan pihak SADA itu tapi pada perenggan atas, admin MMFC secara jelas menghina rakyat yg mempertikai dan mempersoalkan tentang cas yg dikenakan kepada mereka di dalam bil air.

Ayat yg digunakan seolah-olah memperlekehkan rakyat Kedah dengan mengatakan bahawa ramai orang tidak tahu situasi sebenar. Ya. Memang rakyat langsung tak tahu kenapa mereka dibebankan oleh cas tambahan di dalam bil air mereka. Sedangkan perkara ini belum pernah terjadi. Selepas itu admin MMFC sekali lagi menghina dengan mengatakan bahawa ada individu yg berlagak pandai mengulas isu air SADA sedangkan dia sendiri pun tak tahu. Kami tak pasti pihak MMFC rujuk kepada individu mana. Sama ada kepada Dato Mahfuz atau individu lain, itu kami tak pasti. Yg pasti ianya sangat mengjengkelkan bila FB MMFC yg dibiayai oleh MBI digunakan untuk menghina pihak yg membangkitkan isu rakyat.


Sepatutnya pihak MMFC yg memainkan peranan membangkitkan isu rakyat Kedah untuk disampaikan kepada MB Kedah. Sebaliknya, MMFC hanya bertindak menjadi pengampu saja sehingga sanggup memperlekehkan pihak yg bersuara membangkitkan isu yg menjadi persoalan rakyat Kedah. Bayangkan, tanpa sebarang memo atau pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri atau SADA, tiba-tiba bil air rumah anda dikenakan cas tambahan yg dipanggil cas pelarasan deposit. Sudah pasti rakyat terpinga-pinga kehairanan. 


Sebab itu pihak kami merasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana ianya sudah menjadi perbualan rakyat Kedah. Mujurlah ada Ahli Parlimen Pokok Sena Dato Mahfuz Omar yg tampil ke depan membangkitkan isu ini sehingga mendapat respon daripada EXCO dan SADA.

Kelakuan mengampu dan membodek yg diamalkan oleh pihak MMFC seperti inilah yg membuatkan rakyat menjadi meluat kepada kerajaan dan pimpinan negeri. Sudahlah wang rakyat digunakan bagi membiayai mereka, lepas itu dihina pulak pihak yg cuba membangkitkan isu rakyat Kedah. Adakah MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir bersetuju dengan tindakan memperlekehkan isu rakyat seperti ini?

Admin : The Bulan

SUMBER

22 Februari 2015

Gambar-gambar Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad. -Foto ihsan Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 22 Februari:

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.

Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.


FERI LANGKAWI KE KUALA KEDAH TERBAKAR , 400 PENUMPANG CEMAS


Lebih 400 penumpang cemas feri tiba-tiba berasap


KAKITANGAN feri (tengah) membantu penumpang memakai jaket keselamatan sebaik asap dikesan menyelubungi dalam ruang penumpang ketika feri itu dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, hari ini. 


Dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, feri dua tingkat My Ferry baru berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.

LANGKAWI: Lebih 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap ketika berada di perairan Langkawi, hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.35 tengah hari ketika feri dua tingkat itu berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.

Difahamkan, sejurus kepulan asap dikesan, anak kapal segera mengarah penumpang memakai jaket keselamatan sebelum feri berpatah balik ke jeti Kuah.

Feri terbabit bagaimanapun selamat tiba di jeti Kuah jam 12.55 tengah hari dan semua penumpang kemudian dipindahkan ke feri gantian untuk ke Kuala Kedah.

Seorang petugas feri yang enggan dikenali, berkata kepulan asap yang dikesan dalam feri dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penumpang yang menghisap rokok dalam tandas feri.

"Penumpang terbabit dikesan meletak puntung rokok atas rak dalam tandas yang diperbuat daripada gentian kaca menyebabkan berlaku kebakaran kecil.

"Akibat kebakaran kecil itu asap telah masuk ke ruang penumpang dan berlaku suasana panik tetapi terkawal," katanya.


LEBIH 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap ketika berada di perairan Langkawi, hari ini. - Foto fail NSTP ~ BH

SELSEMA BABI SERANG INDIA, 700 MATI

Jumlah kematian selsema babi di India meningkat


photo BBC

Wabak selsema babi yang 'menyerang' India telah mengorbankan 700 nyawa sejak pertengahan Disember lalu.

Jumlah wabak kes itu mencecah kepada lebih 11,000.

Penyebaran wabak tersebut menyebabkan kerajaan dituduh gagal membuat agihan ubat namun para pegawai kerajaan menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa situasa masih terkawal.

Wabak virus H1N1 itu merupakan kematian paling dahsyat di India sejak tahun 2010.

Virus itu pertama kali di kesan di Mexico pada tahun 2009 dan kemudian merebak di seluruh dunia.

Utara negeri Rajasthan didakwa paling teruk mengalami wabak selsema babi.

Lantaran itu, pihak berkuasa kesihatan di seluruh India telah melancarkan kempen TV dan radio meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada jangkitan selsema.

Menteri Kesihatan, JP Nadda menolak laporan kekurangan bekalan ubat.

"Jika mana-mana kedai ubat enggan memberikan ubat-ubatan selepas menunjukkan preskripsi perubatan, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan tindakan akan diambil, "katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak ada perlu panik sambil menegaskan kerajaan sedang memantau keadaan dengan teliti.

Pakar menyiasat punca wabak itu berkata, suhu musim sejuk yang rendah adalah punca penularan wabak itu. - MalaysiaGazette

ADA LAGI INFO TENTANG BABI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU......
babi manggalitsa adalah technology baru kacokan babi dgn kambing biri...hasilnya babi ditumbuhi bulu...scientists Austria dan hungary buat kajian dulu lagi...untuk manghasilkan bulu dari babi...dagingnya pun bolih di exsport ke negara islam....buang kepala....tinggal badan yg berbulu ...pasti kita tertipu ini biri......jika tidak percaya beli seekor...babi mangalista buang kepala...jual di pasar....pasti orang islam tak tahu....selama ini babi tiada bulu.....terima kasih info babi ini yg berbulu....lain kali hati2 ...jika beli sup tulang hati2...babi ini di rahsiakan baru2 ini di beritahu orang ramai....sudah berkilo kita makan...awas beli biri di pasar pastikan ada kepala biri2 itu...tergantong....


MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?


Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)

Pengenalan

Semua orang mengetahui kain “wool”terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh, memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.

Mangalitsa Mangalitza Mangalica

Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry) adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“.Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”. Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi. Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica

Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927,National Society of Fat-Type Hog Breeders (Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete)telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.

Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.

Barangan Keperluan Harian

Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagai orang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor). Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuat pemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...