21 Mei 2011

Pengundi baru strategi jahat BN rampas Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS menyifatkan pertambahan mendadak pengundi baru di Kedah sehingga 26,000 orang pada suku pertama tahun ini sebagai satu strategi jahat Kerajaan BN dengan kerjasama SPR, bagi membolehkan BN merampas Kedah dari PAS.

Strategi jahat seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu untuk membolehkan BN merampas Kerajaan Terengganu dari PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, PAS amat ragu dengan pertambahan pengundi sebanyak itu di Kedah, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan oleh PAS pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah sebanyak 4,000 orang sahaja.

Menurut beliau, sebelum ini PAS yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

Lebih meragukan lagi, katanya, berdasarkan semakan, didapati pertambahan pengundi-pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi-pengundi yang didaftarkan di Kedah, tetapi di Kuala Lumpur.

"Ini sememangnya jelas satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR yang perlu diketahui oleh rakyat," jelasnya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Strategi jahat itu juga, menurut beliau, turut dilakukan oleh BN dengan kerjasama SPR di Selangor dalam menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar untuk diatasi oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia turut membabitkan kerjasama SPR sendiri.

Dalam masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melakukan semakannya kerana masa yang diberi amat pendek.

"Sungguhpun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tetap akan terus mengadakan bantahan mengenai perkara itu kerana ia jelas satu strategi jahat BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berharap agar orang ramai sedar dengan taktik jahat yang digunakan oleh BN dalam menghadapi pilihanraya di negara ini kerana ia jelas melanggar peraturan sama sekali

UMNO sedia jadi PEMBANGKANG

Belum tahu siapa yang setia dan siapa yang lari lintang pukang

Situasi kehidupan rakyat semakin hari semakin menyempit dengan kenaikan harga makanan dan barangan serta perkhidmatan ‘essentials’ naik dan tidak nampak akan turun atau setidak-tidaknya mendatar. Tidak ada siapa yang tidak bersungut dan mengeluh dengan kenaikan harga barang yang tidak ada hentinya ini.

Secara parallel kita akan berhadapan dengan pengurangan subsidi terhadap barang keperluan dan bahan bakar yang selama ini dikecapi rakyat. Tidak lama lagi kita akan membayar ‘good and service tax’ (GST) pula dan semuanya ini akan menambah beban kehidupan rakyat terutamanya kepada gulungan menengah dan gulungan miskin di bandar-bandar dan di ‘sub-urban’ di seluruh negara.

Kerajaan akan memberhentikan pemberian subsidi kepada rakyat secara beransur-ansur bagi mengurangkan defisit terhadap bujet negara dan segalanya ini datang dalam masa yang serentak dan dalam kadar yang mendadak.

Harga makanan telah naik dengan kadar 4.9 peratus dari Januari sehingga April 2011 ini dan ianya amat membimbangkan. Kalau dikaji angka-angka resmi yang dikeluarkan oleh kerajaan harga barang makanan telah naik melebihi 30 peratus dalam jangkan masa 4 tahun yang lepas berbanding dengan kenaikan gaji dan pendapatan rakyat yang tidak melebihi 3 peratus dalam tahun yang yang sama.

Kerajaan nampaknya tidak ada kudrat untuk menyelesaikan atau setidak tidaknya mengurangkan beban ini kerana apa yang mampu di lakukan hanyalah mengalih dan menganjak tangungjawab itu di kalangan rakyat sahaja dan tidak ada nampak sumber pendapatan ‘secondary’ bagi kerajaan. Semuanya diambil dari rakyat yang ramai semata-mata.

Tindakan kerajaan mengurangkan susidi dalam keadaan rakyat sedang ‘sakit’ sekarang ini, menunjukan yang kerajaan kita sudah kekeringan ‘kantungnya’ dan ini akan membawa kesan yang amat memeritkan rakyat dan merencatkan proses pembangunan negara.

Dari segi politiknya pula ungkapan-ungkapan pemimpin negara yang menyatakan yang negara sedang menuju kearah negara maju itu amat payah diterima oleh rakyat. Apabila sampai ketahap kesusahan yang kita semua hadapi ini naluri rakyat memberontak apabila mengetahui yang negara mengalami ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun sebagaimana yang dilapurkan oleh Lapuran Ketua Audit Negara tahun 2008 dahulu. 28 billion ringgit ketirisan ini pastinya telah masuk ke dalam saku individu pemimpin yang tidak jujur.

Itulah sebabnya banyak pihak termasuklah blog yang kerdil ini telah puluhan kali menyebut yang penarikan subsidi bukanlah jalan yang pertama untuk dilakukan bagi menghadapi krisis kenaikan kos penghidupan ini. Usaha yang penting yang perlu dilakukan ialah untuk membenteras ketirisan wang negara melalui rasuah dan penyelengan yang dilakukan oleh penggubal dasar serta pelaksana dasar-dasar tersbut (penjawat awam).

Ketirisan sebanyak 28 billion ringgit setahun itu adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu belaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara sekali. Ianya sudah menjadi budaya tegar dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan tidak ada siapa dan pihak yang serius untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan. Pihak yang sepatutnya membetulkan keadaan ini juga terlibat dalam ketirisan yang begitu besar ini.

Itulah sebabnya rakyat terus sahaja memberikan keyakinan kepada kerajaan Negeri P Pinang yang telah jelas berjaya menyelesaikan ketirisan yang selama ini tidak dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan Negeri itu ditekan oleh kerajaan Persekutuan negeri itu tetap telah menunjukan prestasi yang jauh lebih baik secara relatifnya dari kerajaan sebelumnya walaupun kenyataan saya ini akan dibenci oleh pihak yang ingin membuktikan sebaliknya kerana kepentingan politik mereka.

Bagi saya itu tidak boleh dilayan kerana yang pentingnya ialah politik orang ramai, kehidupan rakyat yang melata dapat di perbaiki dan kalau boleh kita hendak menolak semua pihak yang menyebabkan ketirisan yang menggila besarnya ini. Rakyat tidak mahu lagi perkara buruk ini berulang terus menerus.

Menjaga harta benda kita adalah wajib di sisi agama. Kalau Ibrahim Ali ingin tahu ini juga adalah jihad. Jika pimpinan yang telah lama memerintah sudah hilang segala hidayahnya ada berkewajipan untuk mereka di tukar dan diganti…samada di tukar semua pimpinan yang ada kepada pimpinan baru parti yang memerintah ini atau pun menolak terus parti ini dari mentadbir negara kita lagi.

Pendeknya biarlah kuasa itu berada di tangan rakyat biasa kerana mereka telah lama bersabar menunggu pimpinan yang ada untuk berubah, tetpi tidak kunyung juga berubah. Kita mesti akui hakikat yang kesabaran itu ada hadnya dan rakyat telah melampaui batasan kesebaran mereka.

Kalau sesiapa yang hendak pandangan saya sebagai ahli UMNO, elok jika seluruh pimpinan UMNO berundur dan menukar pimpinan yang di terima oleh semua rakyat kerana keseluruhan yang ada pada hari ini tidak lagi diyakini rakyat. UMNO sememangnya parti yang sepatutnya menjadi tunjang pemerintahan, tetapi oleh kerana parti ini telah menyimpang sebegitu jauh pimpinan wajar ditukar sebelum pilihanraya ini.

Jika ini tidak juga dapat dilakukan, saya akan terus bersama UMO walaupun sudah menjadi parti pembangkang. Bukan untuk berjanji tetapi saya lebih rela membina kembali parti ini dari bawah. Mungin mereka yang garang-garang hari ini mempertahankan pimpinan yang ada, akan berkeliaran mencari perlindungan dan meninggalkan UMNO, biar lah saya dan beberpa orang yang capek politik ini membinanya semula jika diizin Tuhan.

Yang penting, dari saat ini, rakyat mesti di bebaskan dari tertipu dan tertipu terus-terusan dari pimpinan yang tidak setia kepada rakyat khususnya orang Melayu. Kalaulah keadaan ini berlaku, kita sama-sama lihat kemana perginya mereka yang garang-garang dan memaki hamun orang seperti saya ini sebagai tidak setia, gunting dalam lipatan dan berbagai-bagai lagi ‘superlatives’ yang diberikan kepada saya dan beberapa orang yang lain.

Kalaulah UMNO terpaksa turun saya akan tetap keluar membantu sesiapa yang memimpin parti ini walaupun telah menjadi parti pembangkang. Semasa itu nanti mari kita tengok; siapa yang setia dan siapa yang akan lari lintang pukang nanti. -Aspan

Mat Rempit + Facebook + DAP

Roketkini muncul Isnin ini, akses DAP kepada suara Melayu
Paparan Facebook yang mempromosikan kemunculan Roketkini mulai Isnin ini.

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.
Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

“Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

“(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.

“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

-tmi

20 Mei 2011

Pembangkang sebar SMS kononnya bil ayaq SADA percuma

Pembangkang sebar SMS kononnya bil ayaq SADA percuma

Satu khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dipercayai sedang disebarkan oleh pihak pembangkang yang mendakwa YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua bil air SADA boleh diserahkan kepada MKK untuk diselesaikan melalui peruntukan kerajaan Negeri.

YB Dato’ Amiruddin, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dihubungi menafikan kenyataan tersebut dan menganggap penyebaran tersebut amat tidak bermaruah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga menyatakan rasa kesal Kerajaan Negeri diatas perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut dan berharap usaha pihak terbabit dihentikan segera.

Perbuatan pihak tersebut hanya bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat jelata dan menggugat kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.
sumber-kedah la

LAGI CAWANGAN UMNO BUBAR

Ada cawangan Umno di Ketereh bakal dibubar

KETEREH, 19 Mei: Di tengah-tengah kekalutan Umno mengadakan demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah, lebih 100 bekas ahli Umno di bahagian ini menyertai PAS.

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.

Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.

Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.

“Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.

Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.

Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.

“Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.

”Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini,” ujarnya.

Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang.
-Harakahdaily

ETP GAGAL TINGKATKAN EKONOMI M'SIA

Guan Eng : ETP Gagal Tingkatkan Ekonomi M'sia

KUALA LUMPUR 19 MEI : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang begitu disanjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gagal' selepas Malaysia jatuh enam anak tangga dalam skala persaingan global tahun ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Malaysia kini berada di tangga ke 16 daripada 20 negara dalam senarai kedudukan 'Daya Saing Ekonomi' 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan daripada tangga 10 tahun lalu.

"Dengan jelas ETP bukan sahaja gagal dalam memerangi rasuah tetapi turut gagal dalam memperbaiki kebertanggungjawaban dan ketelusan, " kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah kedudukan Malaysia bertambah teruk dalam Indeks Persepsi Korupsi (CPI) oleh badan Transparency International setelah jatuh ke tangga 56, setaraf negara seperti Namibia dan Turki.

Menurut Guan Eng lagi, ETP semakin sukar dalam memacu pertumbuhan ekonomi ke sasaran 6 peratus setahun.

Malah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan kesederhanaan 4.6 peratus untuk suku pertama tahun 2011 berbanding 10.1 peratus suku pertama tahun lalu dan 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Guan Eng menegaskan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan 3 masalah untuk membolehkan ETP memberi kesan iaitu korupsi, Migrasi Cerdik Pandai ke negara lain (Brain Drain) dan liputan jalur lebar yang lemah.

"Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar yang teruk dan kadar penetrasi rendah iaitu di bawah 50 peratus. Ditambah pula dengan lebih dua juta golongan cerdik pandai dan berbakat berhijrah ke negara lain sejak Merdeka, kejatuhan daya saing Malaysia memang dijangka," kata Guan Eng.
sumber: tvs news

WIKILEAKS, RPK DEDAH KRONI NAJIB/AMNO

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh

Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

-sumber TMI

19 Mei 2011

Selamatkan MerdekaReview!

Meskipun MerdekaReview hanya membuka edisi bahasa Malaysianya pada Julai 2009, namun pada hakikatnya MerdekaReview telah wujud sejak Ogos 2005 dengan edisi bahasa Cina. Dengan kata lain, MerdekaReview telah beroperasi untuk lima tahun, dan bakal menyambut ulangtahun keenam pada Ogos yang akan datang. Malah, semangat pasukan kami semakin berkobar-kobar untuk menghadapi PRU ke-13.

Namun demikian, pasukan editorial MerdekaReview dimaklumkan pada saat-saat ini, bahawa penaja-penaja tidak akan lagi menyuntik dana untuk melanjutkan hayat MerdekaReview. Ketua Pegawai Eksekutif MerdekaReview, Ngeow Yin Ngee telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan suntikan dana, namun gagal. Maknanya, MerdekaReview terpaksa menamatkan operasinya pada 31 Mei 2011.

Hampir enam tahun MerdekaReview mencurahkan usaha untuk membangunkan media internet, dan kami enggan akur dan pasrah begitu sahaja. Kami mengharungi segala rintangan dan cabaran, termasuk halangan untuk membuat liputan kerana tidak diberi pass media, kami pernah diserang hacker, ditohmah dan dilontar pelbagai tuduhan dan sebagainya. Dan kami tetap berjaya mengharungi segala-galanya!

Menjelang ulangtahun keenam, bilangan pembaca kami semakin melonjak, dan pasukan editorial kami disertai wartawan baru. Kami menubuhkan edisi bahasa Malaysia dua tahun lalu, sungguhpun pada skala yang kecil, namun dengan tenaga manusia yang terbatas, kami cuba sedaya-upaya untuk menyajikan liputan berita mahupun analisa yang tajam dan pedas. Pada masa yang sama, bahagian pengiklanan kami juga memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.

Kami tidak sanggup melihat usaha enam tahun ini dikebumikan dalam sejarah. Kami masih menaruh harapan untuk terus berada di gelanggang media, dalam senario politik yang semakin mencabar pada hari ini.

Tulisan kami mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak, malah barangkali semua pihak - khususnya pemerintah dan pembangkang yang menganggap kami sebagai lidah musuh, apabila kritikan dilontarkan kepada mereka. Kami sedar bahawa ia sesuatu yang sukar untuk "berkecuali", dan mengetengahkan pandangan yang melangkaui kepentingan kepartian. Namun itulah idealisme kami untuk mengkritik atas prinsip dan kebaikan masyarakat keseluruhannya.

Namun kami yakin, bahawa usaha ini akan mendapat restu daripada pembaca, kalau bukan semua. Kami akan terus mendedahkan kebenaran, berjuang untuk kebebasan media, dan mengkritik segala pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Kami membuat cubaan terakhir, dan mendoakan cahaya harapan di penghujungnya. Selamatkanlah MerdekaReview!

Kami memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM60,000 sebulan untuk mengekalkan skala operasi yang sedia ada. Kami merayu agar pembaca:

Menderma untuk MerdekaReview, agar kami mengatasi rintangan ini.
Menjadi penaja atau mencarikan penaja untuk MerdekaReview (jangka panjang).
Menulis artikel kepada MerdekaReview, atau media lain, untuk menyeru agar sokongan disuntik kepada MerdekaReview. (editorial_bm@merdekareview.com)
Menyebarkan maklumat ini secara luas.
Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:

Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)
EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)
Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)

Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

GEMPAR: ROS MEMBATALKAN PENDAFTARAN PKR

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti

-TMI

18 Mei 2011

BANGANG PUNYA MENTERI

Jenayah ugut dan rasional Zahid Hamidi

Hafiz Zainuddin | May 18, 2011 04:25:09 pm -TMI

Sekaligus, isu ini bakal mencetus persoalan ke manakah arah Malaysia apabila isu keselamatan "dipolitikkan". Dalam kata lain, bias-politik partisan yang menjerumus kita kepada diskriminasi tertentu dalam ruang-ruang tertentu membawa kepada persoalan: Adakah keselamatan rakyat samada berada dalam lingkung penguatkuasa mahupun di luar kurang terjamin? Ditambah pula dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan saban hari sehingga menimbulkan tandatanya.

Antaranya adalah kes kematian Ahmad Sharbani dan Teoh Beng Hock yang ketika itu dalam proses siasatan SPRM. Pada masa yang sama kita juga dikejutkan dengan laporan mangsa tembakan Polis terhadap Shahril Azlan Ahmad tahun lalu dan kes kematian Aminulrasyid yang juga ditembak Polis.

Justeru, semua kecelakaan ini membawa kita kepada persoalan pokok; bagaimana undang-undang dilaksanakan dan apakah yang menyebabkan "kesilapan-kesilapan" ini berlaku? Mungkin, kita boleh letakkan sikap dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas sebagai perkara yang sangat mempengaruhi atau sebarang campur tangan politik-sentimen mampu menggugat pelaksanaan keadilan dengan baik?

Hak Perlindungan: Rasional Zahid Hamidi?

Kali ini kita akan menyentuh sedikit mengenai tugas dan tanggungjawab kerajaan dalam menjamin hak keselamatan bagi rakyat yang sememangnya termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan (Kebebasan Asasi) yang menyatakan, "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang." Di dalam negara ini, semua orang dilindungi undang-undang. Persoalannya, adakah undang-undang itu dilaksanakan dengan adil?

Saya merujuk kepada kes Nurul Izzah (gambar kiri)yang menerima dua SMS ugutan untuk menculik anaknya dari individu yang tidak dikenali sekiranya terus menyokong ayahnya Anwar Ibrahim dan agar mendesak beliau bersara dari politik. Lalu, satu laporan Polis telahpun di buat dan pendakwaan boleh didasarkan kepada Seksyen 503, Seksyen 120A, dan Seksyen 364 Kanun Keseksaan.

Selaku Menteri Pertahanan, walaupun berada diluar bidang KDN yang mempunyai kuasa mengurus hal ehwal keselamatan dan kepolisan - apakah rasional Zahid Hamidi memandang remeh ugutan culik Nurul Izzah dengan menyifatkan dakwaan tersebut untuk "menarik simpati"?

Ternyata, kenyataan Zahid bukan suatu yang wajar malah ia mencemar kredibiliti kerajaan amnya. Secara ringkas, isu yang melibatkan keselamatan nyawa yang dilindungi undang-undang telah diperkecilkan semata-mata atas kecenderungan politik tertentu dan bertentangan dengan prinsip luhur perlembagaan pada Perkara 5 (1) yang menyatakan, "Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang." Zahid perlu cermat ketika membuat sebarang kenyataan.

Tanpa mengira batas politik. Kita sebagai warga yang prihatin harus bersimpati dengan apa yang menimpa Nurul Izzah apatah lagi, beliau seorang Ahli Parlimen yang diberi majoriti oleh rakyat.

Kecekapan Polis: Jangan ada prejudis

Mari kita ambil contoh kecekapan Polis dalam menyelesaikan kes ugutan bunuh yang melibatkan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz (gambar kanan) pada Mei 2010. Tanpa sebarang prejudis dan campur tangan politik, pihak Polis telah berjaya menahan suspek seorang Pemuda UMNO bernama Mohd Safuan Hilmi di Butterworth Pulau Pinang.

Sebagai seorang menteri, Zahid seharusnya bersikap profesional dan terbuka dan menggesa pihak terlibat agar siasatan dilaksanakan sebaik mungkin. Kita tidak mahu kenyataan Menteri Pertahanan ini akan mempengaruhi proses penyiasatan Polis terhadap kes ini.

Malah siapapun yang menerima ugutan sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang cepat dan adil dalam menjalankan siasatan terhadap laporan yang telah dibuat.

Pada masa yang sama, kita juga ingin mengetahui apakah yang akan berlaku sekiranya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menerima ugutan sepertimana yang diterima oleh Nurul Izzah?

Zahid Hamidi, Amir Bazli dan Nurul Izzah

Walau apapun tanggapan anda, secara peribadi, saya sinikal dengan kenyataan Zahid tersebut berdasarkan rekod lampau beliau sekitar tahun 2006 melibatkan kejadian yang pernah berlaku kepada seorang pemuda bernama Amir Bazli Abdullah yang mendakwa beliau telah dipukul oleh orang-orang suruhan (samseng) Zahid Hamidi sehingga menyebabkan kecederan dan mengakibatkan kecacatan kekal. Isu ini telah pun mendapat liputan media pada ketika itu.

Hal ini didakwa berlaku semata-mata disebabkan Zahid Hamidi (gambar kiri) tidak merestui perhubungan anaknya Nurulhidayah dengan pemuda tersebut.

Laporan telah dibuat pada 20 Disember 2006, malah untuk mendapat pembelaan yang adil terhadap dirinya, Amir Bazli Abdullah turut menghantar laporan ini kepada Ketua Polis Negara ketika itu, Musa Hassan, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi dan DYMM Sultan Perak. Beliau juga turut memohon Ketua Unit Pendakwaan Selangor untuk mengetahui perkembangan laporan.

Biarpun kejadian pukul ini berlaku pada tahun 2006, ia masih belum selesai. Walau bagaimanapun, sehingga April 2010 yang lalu, Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan tersebut untuk membatalkan saman malu yang difailkan Ahmad Bazli.

Amir Bazli masih menantikan pembelaan yang wajar dan adil dari pihak berkuasa, Zahid Hamidi, orang yang telah didakwa terlibat dalam jenayah "gangterisme"; dari seorang yang memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan, kini telahpun memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sekaligus menyebabkan kita tertanya-tanya; apakah yag menyebabkan kes ini tidak lagi selesai dan memakan masa yang terlalu lama? Mungkinkah berlaku campur tangan politik dalam kes ini? Dan paling menarik untuk difikirkan bersama- apakah wajar Zahid Hamidi dilantik sebagai Menteri Pertahanan sedangkan beliau punya kes yang sangat kuat untuk tidak dilantik ke jawatan tersebut - gangterisme yang mengancam nyawa rakyat Malysia?

Kembali kepada kes ugutan yang melibatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Rakyat akan menunggu, melihat dan terus menilai integriti pihak Polis dalam melaksanakan siasatan dan tanggungjawab mereka. Kita juga menantikan apakah akan ada tindakan tegas dan adil dari pihak Polis terhadap ugutan yang diterima Nurul Izzah atau berjaya dipengaruhi sentimen Zahid? Kita harap kes ini tidak dibakul sampahkan hanya kerana dianggap bahawa ianya adalah mainan politik PKR

-*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

HARI GURU, GURU MARAH-MARAH...

Guru MARAH, Keluar Ketika Muhyiddin BERI PENJELASAN

KUCHING: Guru-guru sekolah rendah di Sabah dan Sarawak telah menyuarakan kekecewaan mereka dengan kaedah kenaikan pangkat terbaru untuk guru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru Isnin lalu.

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina berkata kesatuan-kesatuan guru termasuk guru-guru menengah dan persatuan guru-guru besar telah bertemu semalam untuk membincangkan satu tindakan serta-merta diambil.

Menurutnya mereka akan menulis kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin, mewakili 160,000 guru besar dan guru sekolah rendah, menyampaikan kebimbangan mereka mengenai isu tersebut.

Ghani yang juga Pengerusi Kesatuan Guru Sabah/Sarawak berkata dia telah bercakap kepada Muhyiddin sebaik sahaja selepas sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di sini.

“Apa yang diumumkan pada Isnin lepas untuk guru siswazah di sekolah sahaja. Siswazah di pejabat dan dalam Kementerian Pendidikan tidak termasuk dalam pengumuman itu,” katanya.

Ramai guru yang marah dan keluar daripada sambutan Hari Guru itu ketika Muhyiddin menerangkan peluang-peluang kenaikan pangkat.

“Selepas Muhyiddin menamatkan ucapannya, saya memberitahu dia secara peribadi yang kami tidak gembira dengan ucapan beliau.

“Dia bertanya kepada saya mengapa dan saya memberitahunya kerana pakej itu hanya untuk guru siswazah sekolah menengah sahaja,” kata Ghani.

Guru-guru Kecewa

Ghani berkata kesatuan itu melihat guru sekolah rendah ialah yang 'paling penting' dalam hieraki pengajaran kerana mereka berurusan dengan tahun-tahun formatif (awal) pelajar di sekolah.

“Bagi kami, guru sekolah rendah ialah guru-guru paling penting kerana mereka ialah guru-guru paling efektif dan aktif.

“Jika mereka tidak gembira, mereka tidak akan bertugas (mengajar) dengan baik. Kedua, tiada guru mahu menjadi seorang pengetua kerana mereka hanya menerima elaun RM150.00.


“Elaun seorang Guru Besar hanya RM100.00,” tambahnya.

Ghani berkata Muhyiddin mendengar penjelasan beliau dan memberitahunya jangan risau kerana dia akan memanggil untuk satu mesyuarat.

“Tidak kisahlah jika Muhyiddin tidak memanggil mesyuarat kerana kami akan bertindak,” Ghani berkata.

Pada hari Isnin Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

“Dengan wujudnya ia akan membolehkan guru itu naik kepada gred lebih tinggi berdasarkan prestasi mereka.

"Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.” Najib berkata.

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis

BANDAR BARU SELAYANG 18 MEI : Bagaimana video seks fitnah dan risalah lucah boleh diedarkan dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?

Itu persoalan yang dilontarkan Pakatan Rakyat Selayang apabila lebih 6000 keping video seks dan risalah lucah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa majlis solat hajat anjuran Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Selayang Ahad lalu.

"Program ini dikawal oleh pihak keselamatan, polis yang menjaga sejak dari petang hingga ke malam. Tapi macamana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyeludup masuk dan mengedarkan video itu dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?," soal Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Majlis solat hajat yang dikepalai Imam Besar Syiria, Sheikh Dr Wahbah Suhaily pada mulanya berjalan lancar, namun dicemari dengan insiden mengedar video tersebut kira- kira jam 8 malam.

“Dalam masa yang sama kita melahirkan rasa cukup kecewa dan terkejut sangat dan kita tak menjangkakan sebenarnya Umno dan Barisan Nasional boleh bertindak sejahat ini iaitu mereka telah mengedarkan ribuan video-video lucah yang mereka dakwa dan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta dengan gambar-gambar,” katanya kepada Tv Selangor di sini semalam," katanya.

Solat hajat tersebut diadakan untuk menolak fitnah berterusan yang dilemparkan UMNO BN ke atas Pakatan Rakyat.

Umno yang mulakan fitnah dan disokong oleh menteri-menteri, perdana menteri dan sebagainya seluruh kepimpinan Umno menyokong.

Video seks fitnah yang didalangi oleh 'Datuk T' yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim kini tersebar secara meluas di Youtube.

Tidak cukup dengan itu, video ini dicetak dalam bentuk VCD dan diposkan kepada pemimpin politik tertentu serta diedarkan di kawasan perumahan termasuk di masjid.

“Bila mana berlaku insiden ini penyebaran ini dan ingin mensabotajkan program kita ini bagi kami tidak lain dan tidak bukan secara adalah jelas tersuluh lagi nyatalah bahawa yang buat ini adalah orang yang bersama-sama Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selayang meminta agar polis segera menyiasat perkara itu dan mengekang gejala tidak sihat daripada menular dikalangan generasi muda yang menonton video itu.

“Laporan polis demi laporan poils telah dibuat jadi kita minta supaya pihak polis respons terhadap benda ini,” katanya
oleh ZeanaAima -tvs.net

Toleransi politik yang sudah luntur

Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa.

Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita ‘co-exist’ dalam parameter toleransi yang luas. Diawal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya.

Orang Melayu, Cina dan India bekerjasama di antara satu dengan lain melalui kekuatan sokongan parti masing-masing dan telah berjaya membawa negara kearah kemajuan yang pesat dan imej Malaysia yang mundur telah menjadi sejarah. Perbezaan pendapat bukannya tidak wujud tetapi oleh kerana ketelusan di antara pemimpin-pemimpin puak dan kaum maka perbezaan itu mampu dikawal dalam semangat toleransi yang tinggi.

Dalam pada itu, seperti juga negara-negara demokrasi yang lain kita ada beberapa buah parti pembangkang yang dibenarkan wujud dan membenarkan parti-parti itu bergiat mengikut undang-undang yang sedia ada. Semua parti itu adalah parti yang halal di sisi undang-undang tubuh dan ditadbir oleh pendaftar pertubuhan. Hanya Parti komunis Malaya (PKM) sahaja yang telah diharamkan kerana parti itu memilih untuk mengangkat senjata bagi mendapatkan kuasa pemerintahan negara.

Tidak menjadi kesalahan jika sesiapa menyokong parti-parti ini, kerana parti ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Di dalam sebuah negara demokrasi parti-parti pembangkang ini merupakan parti-parti alternatif yang mempunyai hak untuk memerintah jika diberikan mandat oleh rakyat yang memilih. Itu adalah asas demokrasi yang tulin.

Di Amerika Syarikat parti-parti Demokrat dan Replublican bergilir-gilir mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah. Begitu juga di Britain; Parti Buruh dan Conservative bergilir-gilir memerintah negara itu mengikut kehendak rakyat. Sekarang ini pula Britain ditadbir oleh kerajaan capuran Coservative dan parti Liberal Demokkrat dan itu juga kehendak rakyat dan bukannya kehendak parti-parti itu.

Di negara demokrasi seperti di Britain parti yang memerintah menghormati kehendak dan selera rakyatnya. Tidak terdapat tekanan kepada rakyat di kawasan yang diwakili oleh parti pembangkang. Tidak ada pula mana-mana parti yang memerintah mengingatkan rakyat supaya berterima kasih kepada kerajaan yang telah membekalkan air bersih, membekalkan api letrik, memberikan subsidi gigi palsu dan membina jalanraya kecil ataupun lebuhraya.

Di dalm pilihanraya di Germany tidak ada kedengaran kerajaan yang memerintah meminta rakyatnya mengenang jasa parti pemerintah kerana memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sehingga keperingkat universiti dengan buku teks percuma. Begitu juga di kesemua kesebelasan negara-negara Scandinavia.

Tidak pernah kedengaran pemimpin Parti Buruh semasa memerintah Britain mengingatkan rakyat dalam kempennya supaya mengingati jasa parti itu kerana telah membekalkan boat-boat nelayan dan sebagainya. Kalau kita memandu di Lebuhraya M25 di kotaraya London tidak ada pula papan tanda yang mengingati rakyat yang projek perumahan yang ada di tepian lebuhyara itu sebagai ‘satu lagi projek kerajaan campuran Conservative dan Lib Demokrat.’

Pemimpin-pemimpin negara-negara seperti ini menumpukan sepenuh masa untuk perancangan membangunkan negara. Tidak ada Ahli Parlimennya turun padang untuk melepaskan anak itek atau anak ayam atau mengadakan majlis penyerahan lembu pawah di depan kamera TV3 dan TV1 dan sebagainya kononya sebagai kaedah mendekati rakyat.

Di negara itu pemimpin-pemimpinnya secara fisikal tidak mendekati rakyat. Tetapi yang mendekati rakyat ialah dasar-dasar dan perlaksanaan dasar yang sempurna yang tidak ada ketirisan dalam membelanjakan wang dan harta rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka tidak ada progran turun padang kerana yang turun padang ialah dasar serta perancangan pembangunan yang baik untuk mereka yang di gubal oleh pemimpin-pemimpin mereka yang berkerja keras sebagai ahli Legislatif. Dasar-dasar yang baik amat dirasai rakyat itu mendekati mereka. Parti Conservative atau Parti Buruh tidak mempunyai ahli yang berjuta-juta orang orang seperti parti kita di sini.

Yang rakyat hendak tengok ialah dasar-dasar yang baik yang dihormati orang ramai yang boleh meyakinkan mereka sebagai dasar yang mesra rakyat, bukannya pemimpin yang mesra rakyat. Tidak guna mempunyai pemimpin yang mesra rakyat tetapi dasar yang digubal tidak memberikan impak secara terus kepada orang ramai. Zaman berkempen dengan hanya menepuk belakang pengundi sudah lama menjadi sejarah. zaman bercakap dengan manis mulut sudah tidak laku lagi. Slogan yang sedap di dengar tidak membawa apa-apa lagi.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah pemimpin yang dirasakan mempunyai kemampuan untuk berfikir dan melunaskan tanggungjawab untuk menggubal dasar yang baik bagi negara…. tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang kerana parti kerajaan membawa bersama pemimpin pembangkang untuk membina dasar yang baik untuk negara tadi.

Apabila ada pihak di sini memuji sistem di negara-negara maju ini pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang mengidap penyakit ‘inferiority complex’ akan menyelarnya dengan mengatakan yang kita mempunyai demokrasi adunan sendiri dan tidak perlu ikut demokrasi orang lain.

Kita wajar memulakan langkah untuk memperkayakan demokrasi di negara kita ini. Alangkah eloknya jika semua pihak diberikan peluang untuk menhubungi rakyat melalui saluran media perdana seperti saluran TV nasional supaya masing-masing parti boleh mendekati rakyat dengan mudah. Pembangkang yang dituduh bertalu-talu kononnya membuat fitnah tidak akan dapat berbohong seperti yang cuba dimomokan kerana mereka bercakap terus kepada rakyat melalui TV dan saluran media yang lain. Lagi pun stesyen TV itu dibangunkan dengan wang rakyat yang terdiri dari cukai-cukai yang dikutip dari semua rakyat termasuk ahli-ahli UMNO, DAP, PAS, PKR dan parti-parti yang lain.

Jika peluang ini terbuka kepada semua pihak maka barulah rakyat dapat menilai parti mana yang baik pada pandangan masing-masing pengundi dan memilihnya di dalam peti undi semasa pilihanraya yang di adakan. Salah benar tentang apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak biar orang ramai yang menilainya. Ianya penting kerana negara ini adalah kepunyaan rakyat bukannya kepunyaan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sahaja. Di negara kita jiwa pemimpin-pemimpin kita terlalu kecil dan fakir yang menyebabkan mereka tidak berani memberikan ruang untuk parti-parti lain untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran perdana tadi.

Banyak negara yang dahulu menekan pihak yang membangkang sudah mula terbuka demokrasinya. Contohnya Indonesia telah melakukan transformasi yang besar di dalam sistem pilihanrayanya. Pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang boleh menyampaikan pesanan kepada rakyat melalui media perdana elektronik dan cetak, malahan Indonesia sekarang ini merupakan sebuah demokrasi yang terbesar di Asia selain dari India.

Di Singapura baru-baru ini rakyat bebas bercakap melalui media perdana dan akhirnya rakyat membuat pilihan dengan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dengan undi popular yang jauh lebih rendah dari dahulu. PAP merasakan yang popularitinya telah menurun maka sebelum rakyat terus menyiahkan sokongan kepada parti itu maka Lee Kuan Yew telah menolak tawaran untuk berada di dalam kabinet baru Singapura. Sebabnya isu beliau merupakan isu besar dalam pilihanraya itu walaupun beliau sendiri memenangi kerusi kawasannya tanpa bertanding.

Beranikah mana-mana pemimpin yang jelas tidak di senangi oleh rakyat menarik diri walaupun mereka tahu keadaan itu adalah ‘real’ dan nyata? Jawabnya; tidak berani, kerana kononnya kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Pemimpin kita rela partinya jatuh bersama dengan mereka. Untuk berhenti dan berkorban untuk menyelamatkan negara tidak sekali. Kalau parti kalah rakyat akan dipersalahkan.

Dulu ada pemimpin besar kita kata, “menang satu undi pun saya tetap menang. Kalau kalah sekali pun saya boleh meminta sokongan dari Parlimen”. Itulah dia demokrasi acuan kita sekarang ini.

-Aspan

Penghijrahan Rakyat Malaysia Perlukan Reformasi Jangka Masa Panjang

Ditulis oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

SHAH ALAM 11 MEI : Laporan Ekonomi Bank Dunia tentang penghijrahan keluar rakyat Malaysia (Brain Drain) telah menarik ulasan meluas di media. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan semua pihak sewajarnya prihatin tentang masalah serius ini.

Bank Dunia menganggarkan bilangan rakyat Malaysia yang berada di luar negara kira-kira satu juta orang – dan itu satu anggaran yang konservatif. Biar apa pun angka tepatnya, tren ini merisaukan apabila kita mengambilkira bahawa kira-kira satu pertiga rakyat Malaysia yang meninggalkan negara merupakan pekerja mahir, yang merupakan tiga kali lebih besar berbanding pada tahun 1990.

Isu ini dekat dengan saya memandangkan ramai rakan-rakan saya di universiti di Britain dahulu turut terangkum dalam statistik rakyat Malaysia yang meninggalkan negara. Pilihan mereka ini merupakan suatu bukti kepincangan dasar-dasar ekonomi, sosial dan politik negara selama ini. Tiada siapa dapat menafikan bahawa kita tidak dapat meneruskan keadaan ini dan memerlukan reformasi terhadap dasar-dasar negara.

Malangnya, respon kerajaan UMNO-BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak teramatlah mengecewakan. Model Ekonomi Baru yang digubal mengutamakan keputusan jangkamasa pendek dan mudah yang diistilahkan “low-hanging fruit” dan “quick-win”. Istilah-istilah yang diperkenalkan konsultan ini menekankan langkah-langkah populis, jangkamasa pendek tanpa mengambilkira reformasi yang lebih sukar dan jangkamasa panjang yang diperlukan bagi menyelesaikan punca-punca asas masalah ini.

Misalnya, Najib nampaknya yakin dengan penubuhan Talent Corp Malaysia Berhad dan mencadangkan cukai pendapatan mendatar 15 peratus selama lima tahun untuk rakyat Malaysia yang pulang akan menarik ramai rakyat Malaysia pulang ke negara. Ini satu kesilapan yang besar.

Masalah penghijrahan rakyat Malaysia tidak akan selesai dengan penubuhan satu lagi syarikat kerajaan. Pada masa yang sama kerajaan menghantar signal yang salah kepada rakyat Malaysia yang telah pulang ke negara secara sukarela dengan memberi faedah kepada individu-individu tertentu atau secara terang-terang cuba menarik rakyat pulang dengan pelbagai imbuhan.

Perubahan luaran begitu tidak akan menyelesaikan punca-punca mengapa rakyat Malaysia meninggalkan negara. Ketidakadilan sosial merupakan antara sebab utama dalam kajian Bank Dunia tentang mengapa rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara: seramai kira-kira 60 peratus daripada responden yang tersenarai meletakkannya antara tiga sebab utama mereka memutuskan untuk berhijrah.

Diskriminasi sama ada di dalam sektor awam mahupun swasta, serta jurang sosio-ekonomi yang melebar telah membuatkan negara kehilangan ramai bijak pandai. Continue reading ‘Penghijrahan Rakyat Malaysia Perlukan Reformasi Jangka Masa Panjang’.

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13501

17 Mei 2011

AMARAN! NEGARA KITA MENUJU KEHANCURAN

Cabang Kehakiman adalah anjing suruhan Eksekutif

Di mana-mana negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi, pada dasarnya terdiri daripada tiga cabang yang bertindak secara bebas dan menjadi pengimbang dan penyemak antara ketiga-tiga cabang - Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Kekebasan setiap cabang dapat menjamin agar satu bentuk pemerintahan yang adil, telus dan berakauntibiliti dapat dijalankan.

Ini akan menguntungkan banyak pihak khususnya Rakyat kerana kehidupan seharian Rakyat akan lebih terjamin, kemakmuran hasil negara dapat dinikmati bersama.

Yang lebih penting, kebebasan ketiga-tiga cabang berkenaan akan dapat mempastikan hak setiap Rakyat yang menjadi warganegara dapat dilindungi. Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dan hubungan dengan negara luar.

Dalam keadaan negara yang ditadbir secara caca-marba, di mana cabang eksekutif dilihat (dan memang terbukti) menguasai cabang-cabang yang lain, urus-tadbir negara menjadi tempang. Hak-hak Rakyat dicabuli sesuka hati. Hasil kekayaan negara dibolot oleh 'golongan terpilih' tanpa ada sebarang sekatan atau halangan. Rakyat hidup dalam keadaan tertekan terutama akan berhadapan masalah ekonomi dan keselamatan. Pelabur luar seboleh-bolehnya akan menjauhkan diri daripada terlibat membuat pelaburan yang dilihat amat berisiko dalam sesebuah negara yang diurus secara tempang.

Terkini, sebuah badan (mahkamah) di bawah cabang kehakiman telah membuat satu keputusan terhadap kes Liwat 2 yang terang-terangan dilihat sebagai menyebelahi cabang eksekutif. Kes berprofil tinggi ini bukan sahaja diikuti oleh cerdik-pandai dalam negara, tetapi turut diikuti oleh pelbagai pihak luar yang mempunyai kepentingan dua-hala dengan negara ini.

Keputusan Hakim Iyakan Sistem Kehakiman Alat Kerajaan

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti”.

Pengamal undang- undang yang juga aktivis Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada sistem kehakiman di Malaysia sekaligus mengiyakan institusi ini sebagai alat kepada kerajaan pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

“Ini adalah sesuatu yang sangat menghina sistem kehakiman di Malaysia terutamanya sistem keadilan jenayah dan ini meletakkan kita semua Rakyat malaysia di bawah satu ancaman dimana kehakiman itu sendiri tidak telus dan tidak bebas sebab juri-juri terbabit melebihkan untuk memepertahankan kuasa pemerintahan BN (Barisan Nasional) daripada mendaulatkan undang-undang dan mempertahankan kehakiman yang bebas,” katanya.

Menurut Fadiah, sejak awal lagi proses ini pincang dan usaha pembelaan disifatkan sia-sia ditambah dengan sistem perundangan yang tidak adil dan sudah dicabuli.

“Sebenarnya sistem itu sendiri sudah tidak adil dan sudah dicabuli. Kalau kita nak cakap kenapa pula orang yang dituduh itu perlu membela diri sedangkan proses yang dari mula itu sendiri sudah tidak telus dan tidak adil. Jadi perkara yang dibangkitkan ini adalah sia-sia sebab kita membela kepada sesuatu yang tidak adil, soa apa yang kita nak bela,” katanya.

Ujar beliau lagi, pembelaan berlaku sekiranya sesuatu kes itu mempunyai asas dan untuk kes ini banyak bukti- bukti bercanggah ditambah dengan saksi yang tidak mempunyai kreadibiliti.

“Kalau ikut perundangan sebenar kes ini tidak ada ‘prima facie’ atau asas langsung dan sepatutnya dibuang setia tiada pembelaan. Pembelaan ini berlaku sekiranya ada asas dan bukti-bukti yang diketengahkan pada peringkat pendakwaan itu ada asas. Kita lihat bukti-bukti bercanggah, saksi tidak kreadibel, jadi apa yang emreka cuba buktikan sekarang,” katanya.

Hakim Mohamad Zabidin semalam menetapkan 6 hingga 30 Jun untuk Anwar membela diri.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

- TVSelangor News

UMNO seolah-olah adalah ‘the almighty’

Politik - Sudah tidak tentu yang mana hujungnya dan yang mana pangkalnya.

Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja; bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Saya tidak nampak lagi isu yang lebih merbahaya dari isu agama yang di mainkan oleh beberapa kerat manusia ‘desperate’ yang menggunakan isu agama mungkin sebagai isu yang mereka anggap sebagai isu yang paling selesa bagi mereka untuk mencapai matlamat peribadi mereka. Bagi setengah pihak, rasanya yang sedang berkuasa isu ini merupakan jalan yang terakhir yang memungkinkan untuk meneruskan sokongan orang Melayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa.

Isu ini isu yang sengaja diada-adakan. Itu pandangan saya dan saya tetap dengan pandangan itu. Seseorang yang hendak diceraikan selalunya akan bercakap tangkap muat untuk melindungi kelamahannya. Politik BN begitulah. Apabila ada rasa-rasa akan ditolak maka isu demi isu akan diperbesarkan dan tentulah mangsanya ialah parti pembangkang.

Ahli-ahli DAP yang kebanyakannya adalah beragama Buddha dituduh mahu meletakan kristian sebagai agama rasmi. Di mana lojiknya kita pun tak tahu. Apabila isu ini diperhangatkan oleh Utusan maka berderu-deru opotunis bercakap dan berucap dengan nada yang keras kononnya akan berjuang habis-habisan. Ibrahim Ali pula akan berjihad untuk Islam. Bila Ibrahim Ali hendak berjihad dalam isu ini secara langsung Ibrahim di dalam hidupnya belum lagi berjihad.

Tetapi apa pun, keadaan politik negara begitu bercelaru dengan berbagai-bagai isu tepian yang begitu ghairah diperbesarkan oleh setengah pihak. Isu sebenar yang membuatkan merudumnya sokongan ramai terhadap kita tidak dipertikaikan dan diperbahaskan dengan betul. Isu agama ini betul-betul isu untuk melarikan dari isu sebenar yang kita hadapi iaitu ketirisan kewangan negara dan nilai budaya yang sudah berubah keterlaluan sehingga kita sudah hilang identiti sebagai parti nasionalis.

Bagi adik-adik yang muda sekarang ini mereka hanya mengenggeh sahaja. UMNO kata orang UMNO kata mereka. Tetapi apabila ditanya apa dia UMNO itu, mereka akan menjawab UMNO membawa bekalan api letrik, membina jalanraya, membekalkan air bersih, memberi lembu pawah, hendak menang pertandingan ketua pemuda dan naikkan sipolan dan sipolan, mesti benci Nik Aziz, mesti tuduh DAP komunis, mesti undi UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan orang Melayu dan berbagai-bagai retorik yang lain.

Ada anak-anak yang muda sekarang ini bercakap dan menulis menggunakan kata-kata kesat seperti BABI, bingai , anjing dan berbagai-bagai lagi istilah kotor dan memanggil nama buruk kepada orang yang mereka tidak suka. Tetapi apabila ada seorang yang mereka takuti menggunakan istilah pandikutti ianya menjadi isu besar sedangkan manusia ini dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang kotor seolah-olah manusia yang lain itu bukan ciptaan Tuhan.

Perbalahan politik memang dari dahulu kala berlaku tetapi mereka yang berbalah mempunyai bahasa politik yang lebih berseni dan finesse nya yang tinggi. Kata mengata di antara yang berbalah semasa dahulu ada sempadannya. Sempadannya bukan di adakan dengan undang-undang tetapi persempadanan kata mengata itu digariskan dengan etika dan budaya bangsa yang begitu tinggi. Begaduh, tetapi ada sempadan moralnya. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut dikeluarkan.

Seperti kita bersolat, ada tata caranya. Dalam solat wajib ada sunatnya dalam solat sunat itu ada wajibnya. Bersolat waktu yang wajib, membaca ayat lazim itu adalah sunat, di dalam sembahyang sunat itu membaca al-fatihah itu adalah wajib. Pendeknya ada wajibnya dan ada sunatnya.

Kita lupa nasihat agama kita; apabila terjumpa perkara yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga kalau terjumpa perkara yang cantik molek jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya.

UMNO seolah-olah adalah ‘the almighty’. Segala-galanya datangnya dari UMNO bukannya dari Tuhan. Takburnya tidak terhingga. Kata mereka kalau tidak ada UMNO Melayu tidak boleh hidup. Tetapi apabila Melayu yang cuba untuk membuktikan yang UMNO bukan penentu segala-galanya mereka memaki hamun dan mencerca puak ini. Kalau benar UMNO adalah penentu kepada semua bagaimana masih ramai orang Melayu yang terkapai-kapai; hanya pemimpin-pemimpin sahaja yang kaya raya dan hidup ‘glamorous’ yang tidak terbatas oleh adat dan budaya bangsa kita.

UMNO membawa isu rasis, tetapi yang dituduhnya membawa isu rasis itu ialah DAP. Orang Cina tidak akan ada representasi dalam kerajaan jika MCA tewas dalam pilihanraya. Tetapi orang Melayu lupa yang paling banyak menyumbang kepada kantung kerajaan pada hari ini adalah orang Cina yang telah berjaya di dalam perniagaan mereka. Merekalah yang pembayar cukai yang paling banyak kepada kerajaan.

Bangsa Cina tidak menghormati mereka kerana kita tidak berfikir sebelum bercakap. Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus dan mereka tidak gemar cukai yang banyak dibayar oleh mereka ke dalam perbendaharaan kerajaan itu terlalu banyak diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Tetapi apabila saya bercakap seperti ini saya akan dituduh menyokong kaum Cina dan tidak hormat kepada kaum sendiri.

Kita selalu lupa yang ‘respect has got to be earned’. Itulah sebabnya ramai di antara yang berfikir tidak lagi mahu bergiat kerana kami tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan itu dan kami mengharapkan pemimpin kita untuk mendapatkannya. Orang seperti saya yang kerdil ini sedar yang kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan sebagai pemimpin maka kami berundur dari awal lagi.

Tetapi pemimpin Melayu yang diharapkan untuk mendapatkan penghormatan itu tidak juga berjaya menjadi pemimpin yang ‘magnanimous’ dan terus sahaja mengertak kesana dan mengugut di sini dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan pernghormatan yang sangat penting itu secara natural. DAN mereka tidak pula mahu berfikir kenapa mereka gagal untuk mendapatkan penghormatan itu. Apabila menemui kegagalan maka pihak lain pula dipersalahkan. Pihak sendiri tidak juga bersalah.

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. “Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah” kata seorang kawan professor dari universiti tempatan.-Aspan Alias

Kenaikan harga bahan bakar mungkin lewatkan PRU

Dari kenyataan pelbagai pemimpin kerajaan bahawa kerajaan tidak mampu lagi untuk mengekalkan tahap subsidi bahan bakar sekarang, maka kenaikan harga minyak petrol RON95 nampaknya tidak dapat dielakkan lagi.

Ia boleh mempengaruhi tarikh pilihan raya umum akan diadakan, dan beberapa pengulas politik dan ekonomi meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin melewatkan tarikhnya untuk meredakan kesan harga minyak dan kadar inflasi yang tinggi, yang boleh menjejaskan kedudukan BN.

Bagaimanapun, langkah melewatkan pilihan raya umum boleh mendedahkan Najib kepada risiko yang lebih besar, memandangkan kesan inflasi akan berlanjutan, ditambah pula keadan masa depan politik dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu.

Berbanding dengan subsidi gula yang dipotong baru-baru ini, rasionalisasi subsidi bahan bakar pasti memberi kesan lebih besar ke atas harga ekonomi dan harga pengguna, memandangkan ia akan menambah kos pengangkutan.

Jika kerajaan BN memilih untuk menaikkan harga bahan bakar sebelum pilihan raya umum, maka ia hanya akan memberi peluang kepada pembangkang memainkan isu kenaikan kos sara hidup yang telah terbukti dapat memudaratkan BN.

Dalam satu temubual, ketua publisiti DAP, DAP Tony Pua memberitahu Malaysiakini bahawa besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat jika harga minyak RON95 dinaikkan.

"Jika harganya terus meningkat, maka pilihan raya akan ditangguhkan lagi," kata ahli parlimen PJ Utara itu.-MK

16 Mei 2011

LIWAT II: SEPERTI YANG DIJANGKA

Anwar dakwa hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri

Anwar: Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie.

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.
Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” kata Ketua Umum PKR ini.

The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.

Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.

Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

“Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

“Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini,” kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

“Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri,” kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

“Beliau perlu (jadi saksi utama),” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas

Liwat II: Anwar diarah bela diri

Liwat II: Anwar diarah bela diri

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.

Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.-mk

Idea Najib hantar askar pengaman ke Bahrain diselar

PULAU PINANG, 15 Mei: Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menyelar idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan di atas nama memelihara kestabilan serta keselamatan di Teluk untuk membantu kerajaan Bahrain, yang kini dikecam dari semua pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas rakyat dan barisan pembangkang.

Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain.

"Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Najib Jumaat lalu di Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa untuk “menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan” di negara berkenaan.

“Mengambil kira hakikat ini, Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain,” tambah kenyataan itu lagi yang turut menyifatkan jemputan daripada kerajaan Bahrain sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini.

Sebagai reaksi balas kepada pendirian Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong memberikan amaran bahawa perdana menteri sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah dengan menyatakan bahawa usaha memberikan bantuan kepada keganasan regim Bahrain sebagai satu usaha yang murni.

“Saya cukup terkejut bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam daripada kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil peluang untuk menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni.

Saya tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah,” kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini.

Liew turut menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dzirhan Mahadzir, seorang journalis pertahanan yang pro Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF) di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea Najib sebagai idea terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran tentera pengaman negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai penindas rakyat Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka.

“Kepada PM Najib Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita melibatkan diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang awam, bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain, kita akan terlibat dengan penindasan.

"Bukankah menjadi prinsip bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah mereka adalah orang yang sama yang menyatakan bahawa semuanya ok di Mesri,” kata Dzirhan kepada Najib di Twitter.

Sementara itu, Liew turut menyoal mengapa tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di Teluk.

“Bukan saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam, langsung tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada awal tahun ini, bahkan sekarang bersedia untuk berdiri di sebelah diktator dengan menghantar tentera untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain,” selar Liew.

Bahrain berada di dalam kemelut semenjak pihak polis negara tersebut melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap para penunjuk perasaan yang inginkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di ibu kota negara tersebut, yang mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan menggunakan pemedih mata, peluru getah dan buckshot pada Februari 17 yang lalu.

Berdasarkan maklumat terbaru daripada Human Rights Watch, terdapat bukti baru bahawa ramai penunjuk perasaan yang telah ditangkat telah diseksa dan tidak dapat dihubungi setakat ini.

“Satu perkara yang paling membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan lebih 1,000 orang ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas berminggu lamanya mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada. Peguam juga tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu di mana mereka berada.

Mereka telah ditahan tanpa dapat dihubungi, dan inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku,” Joe Stork daripada Human Rights Watch dipetik sebagai berkata.

Mengikut pihak penguasa Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis terkorban dalam kemelut di negara ini yang kini dikecam hebat oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu terhadap para penunjuk perasaan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan keputusan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing,” tambah Liew
-harakahdaily

15 Mei 2011

HARTA TAIB DIBEKU

PRESIDEN SWITZERLAND ARAH DIADAKAN SIASATAN KE ATAS HARTA TAIB!

Dalam sepucuk surat yang ditujukannya kepada badan NGO yang beribu-pejabat di Switzerland, the Bruno Manser Foundation, Presiden Persekutuan Swiss Micheline Calmy-Rey telah mendedahkan bahawa dia telah mengemukakan maklumat mengenai harta Taib Mahmaud kepada badan penasihat kewangan pasaran Swiss, FINMA, untuk disiasat.

Calmy-Rey adalah ketua persekutuan negara bagi Switzerland.

Surat berkenaan, yang dihantar pada 8hb April yang lalu bertajuk “Membekukan apa sahaja aset milik Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia, di Switzerland”. Dalam surat itu Presiden Swiss itu dengan lantang menyeru kepada pihak-pihak berwajib di negaranya untuk mengambil segala langkah yang serius mengenai kritikan dan bantahan di seluruh dunia mengenai harta Taib yang beliau perolehi secara haram dari pembalakan, dan meluahkan rasa tidak puas hatinya bahawa harta Taib mungkin dilaburkan di Switzerland.

Pujian kepada Bruno Manser Foundation



Presiden Calmy-Rey memulakan suratnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Bruno Manser Foundation atas komitmen yayasan itu menentang rasuah. Yayasan itu telah ditubuhkan sebagai memperingati Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar berbangsa Swiss yang telah hilang secara bermisteri di Sarawak setelah berkempen menentang pembalakan haram bagi pihak kaum Penan. Baru-baru ini yayasan BMF adalah pelopor kepada rapat-rapat umum antarabangsa yang diadakan di luar harta yang dikaitkan dengan Taib Mahmud, termasuk di London, Seattle, San Francisco, Tasmania, Sydney, Adelaide dan Ottawa.

Yayasan Bruno Manser menegaskan bahawa Taib Mahmud dipercayai telah melabur dengan banyaknya di dalam sistem perbankan Swiss dan salah seorang dari ahli keluarganya juga berkahwin dengan bangsa Swiss. Sejak beberapa dekad yang lalu Taib dikatakan melabur di Switzerland sehingga suatu ketika tidak lama dahulu dia telah beralih ke negara Monaco, sebuah negara yang terkenal dengan kelonggaran peraturannya dalam pekara yang berkaitan dengan penyelewengan kewangan. Malah, keluarga Taib telah secara umumnya mengeratkan hubungan mereka dengan Putera Albert dari Monaco sejak dua-tiga tahun yang lalu, termasuklah membiayai yayasan milik putera itu, yang dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar!

Putera Albert telah mengadakan lawatan di-Raja ke Mulu Resort pada tahun lalu, yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Taib Mahmud, setelah kawasan itu dirampas dari kaum Berawan.

Keseluruhan kawasan hutan di situ telah ditebang dan kini menghadapi masalah banjir berskala besar, sejajar dengan rancangan Taib untuk membina empangan di sungai-sungai di seluruh Sarawak. Ini adalah sebahagian dari projek SCORE, yang dikatakan menjanjikan kontrak yang lumayan kepada keluarga Taib Mahmud.

Kini pihak UN telah menjelaskan hasratnya untuk menarik-balik status Warisan Dunia ke atas kawasan Taman Negara Mulu yang pernah suatu ketika mendapat pengisytiharannya. Keraguan seperti ini, di samping pendedahan-pendedahan lain mengenai kesalahan rampasan tanah yang dilakukan oleh keluarga dan kroni Taib Mahmud secara meluas dan juga tanggapan masyarakat dunia mengenai dominasi 30 tahun Taib berkuasa ke atas negeri Sarawak.

Surat utama


Di dalam suratnya kepada yayasan Bruno Manser, Presiden Persekutuan Swiss itu menyatakan bahawa dia merujukkan kepada sepucuk surat:

“aset-aset yang disyaki milik Ketua Menteri bagi negeri Sarawak di Malaysia, dan orang-orang yang dalam rombongannya”.

Surat itu seterusnya mengandungi ucapan terima kasih kepada yayasan BMF atas “komitmen mereka menentang rasuah” dan telah mengesahkan ‘akan mengembalikan dana-dana’ kepada pihak berkuasa sesebuah negara penaja pelaburan itu. Calmy juga menyatakan bahawa negaranya telah mengembalikan 1.7 billion Swiss Franks dengan cara sedemikian (yang mereka anggap sebagai sebahagian kecil dari keseluruhan nilai kekayaan peribadi milik Taib Mahmud).

Dalam suratnya juga presiden Swiss itu menegaskan bahawa dia sendiri telah ambil maklum mengenai kempen anti rasuah pembalakan dan menganggap perkara itu sebagai amat serius. Dia juga telah mengesahkan bahawa, secara peribadi, menyerahkan perkara itu kepada FINMA, sebuah badan Swiss yang paling berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kesalahan penyelewengan wang.

Pihak kami kini sudah dapat melaporkan bahawa FINMA telah menghubungi yayasan Bruno Manser sebagai langkah memaklumkan bahawa FINMA telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat aset-aset milik Taib Mahmud dan akan mengeluarkan segala laporan mengenai tugas mereka itu.

Peranan utama Kerajaan Malaysia

Dalam suratnya juga, Presiden Calmy-Rey telah menjelaskan bahawa dalam masalah penyelewengan wang awam, Kerajaan Malaysia dibebani tanggungjawab untuk memohon kerajaan Swiss membekukan aset-aset yang berpotensi sebagai haram, maka negara-negara seperti Switzerland akan tertekan kerana menunggu suatu keadaan sehingga Taib disingkirkan.

Sebaliknya Presiden Switzerland itu telah secara rasminya merujukkan tindakan negaranya membekukan aset-aset yang dilaburkan oleh tokoh-tokoh bermasalah dari Libya, Mesir dan Tunisia yang telah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang.

Persoalannya di sini, adakah PM Malaysia Najib Razak sanggup dan bersedia untuk bertindak ke atas pembiaya utamanya itu? Di Malaysia Taib dipercayai mendominasi BN, kerana telah berjaya memenangi banyak kerusi DUN di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak. Jika Najib gagal bertindak menjalankan siasatan sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak berkuasa Swiss, masalah ini tetap akan menular dengan lebih buruk lagi.

PM TALAM 2 MUKA

Restu Utusan Malaysia wujud sentimen ancaman, Najib lakon dua watak- Husam

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Paduka Husam Musa percaya, Najib selaku presiden Umno melakonkan dua watak untuk mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap BN.

“Perdana Menteri sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Dia bermain dua watak sekaligus dan membawa ‘dua pancing satu umpan’.

“Ini sama seperti sentimen dari isu ‘tengkolok bersalib’ yang dikenakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya pada 1986.

“Utusan Malaysia bertindak bagi pihak Umno menimbulkan sentimen terancam (fear psychology) supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-BN,” kata Husam dalam kenyataannya semalam.

Beliau memberikan reaksi berhubung kenyataan Najib yang kononnya menuntut semua pihak membendung perasaan emosional untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara.

“Sikap lepas tangan Perdana Menteri, adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan bahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia. Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi.

“Apabila agenda ini bergerak, ia memakan tuan. Langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat.

“Kemudian, Perdana Menteri mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan.

“Persoalannya, jika Najib sedar gerakan ini membahayakan negara, kenapa Utusan Malaysia terus bebas menjadi ‘anak nakal’ yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?.

Trend Utusan Malaysia mengapikan sentimen perkauman dan agama dengan isu terbaru kononnya wujud ‘ancaman Kristian’ membahayakan keamanan negara dan kemakmuran masyarakat majmuk Malaysia.

“Suka saya mengingatkan, langkah ini bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang menggunakan provokasi kaum dan agama.

“Larangan memaki hamun sembahan penganut agama lain boleh menimbulkan kebencian agama. Ini dinyatakan dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT dalam surah Al-An’am, ayat 108 boleh dijadikan contoh,” jelas Husam.

Mufti Perlis: Pihak berkuasa syarak jangan jadi ‘penonton’

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berkuasa syarak agar tidak hanya menjadi ‘fence sitter’ atau penonton sama seperti rakyat biasa dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu.

Juanda berkata, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam soal penguatkuasaan undang-undang - penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah - bertanggungjawab di hadapan undang-undang dan Allah s.w.t atas akujanji dan sumpah setia jawatan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang syarak.

Oleh itu kata Juanda (gambar), jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir.

“Kegagalan mengambil tindakan adalah salah di segi undang-undang dan berdosa di segi agama kerana khianat atas akujanji mereka.

“Ambillah tindakan segera kerana isu ini sudah lama merosakkan imej umat Islam, merendahkan moral masyarakat dan memperlekehkan undang-undang negara,” kata beliau dalam satu kenyataan mengulas perkembangan semasa kes video seks yang si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah pun menafikan dakwaan dibuat oleh trio “Datuk T”.

Selain aduan polis dibuat Anwar, laporan qazaf juga dibuat oleh beberapa pihak terhadap “Datuk T”.
Sehubungan itu Juanda menambah, jangan kerana akibat kelalaian mengendalikan isu ini nanti, kelak ia menjadi “paku terakhir yang dipahat” oleh umat Islam ke atas “keranda” institusi perundangan syarak.

Juanda juga mendakwa imej undang-undang syarak di Malaysia sudah cukup tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang syarak dalam isu video ini.

“Pihak penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah bertanggungjawab menjaga akhlak serta memelihara moral umat Islam.

“Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Mereka wajib menjalankan tugas hisbah dalam sebuah negara Islam,” katanya.

Mufti itu juga menambah, mereka wajib menjalankan tugas “amar makruf nahi munkar” agar wujud masyarakat yang berakhlak dan bermoral, bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam dan mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral ini.

“Tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkannya dan mengedarkannya untuk tontonan umum,” katanya lagi.

Kata Juanda, jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir.

“... kalau ada pihak yang diaibkan, maka bersihkan imej mereka melalui pelaksanaan qazaf dan kalau ada pihak yang tidak bersalah, maka bebaskan mereka. Inilah keadilan Islam untuk semua, tanpa memilih kedudukan mereka,” katanya lagi.

“Ini semua adalah tanggungjawab kita kepada negara dan agama. Rakyat sedang menilai dan memerhatikan pihak penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah, sejauhmana mereka bertindak bagi membuktikan undang-undang adalah untuk semua dan tidak bersifat memilih bulu dalam tindakan yang diambil.

“Kita semua wajib memelihara imej agama, negara dan undang-undang kita,” katanya merujuk kepada laporan media bahawa rakaman video seks itu yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu adalah tulen.

“... maka sepatutnya pihak polis, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah Wilayah Persekutuan tempat perkara ini berlaku mengambil tindakan segera dan tegas kerana ini adalah perbuatan jenayah syarak yang amat nyata,” jelas beliau.

Juanda menambah, pelaksanaan sama ada hukum hudud, qazaf atau takzir boleh difikirkan oleh penguat kuasa syariah dan mahkamah syariah.

“Penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah mesti tegas dan cepat bertindak kerana isu ini sudah lama meresahkan umat Islam,” kata Juanda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...