16 Mei 2009

LEPAS PENANTI PERAK PULAK!!!!

PRU DUN Perak : Sekadar pandangan ...


Hari ni hari Jumaat, 15 Mei 2009. Udah cukup 101 hari Perak ada dua MB. Satu MB Sah dan satu lagi MB Kekal. MB Sah telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi setelah tiga bulan turun naik mahkamah. MB Sah juge udah merayu berkali-kali memohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN Perak tetapi tidak dipedulikan oleh Tuanku Sultan. MB Kekal pulak udah merayu pada Mahkamah Rayuan mintak dikekalkan jadi MB Perak. Lulus dalam masa tak sampai lima jam.
Mudahnya urusan UMNO. Sultan dan hakim ikut apa sajer kehendak UMNO. Rakyat lantaknye ler. Deme tahu nyawa PR pada rakyat. Deme juge tahu yang nyawa deme pada Tuanku Sultan dan mahkamah. Hari ni Mahkamah Rayuan buat hal lagi. Tangguh hari Senayan ke hari Khamis. Adeler mende yang nak dibuat oleh UMNO. Mungkin Tuanku Sultan akan perkenan bubarkan DUN Perak minggu depan. Deme nak bubar DUN tatkala MB Kekal masih MB Perak. Apabila DUN udah dibubarkan, tak gunaler lagi rayuan MB Sah pada hari Khamis tu.

UMNO cukup risau kalo DUN Perak dibubarkan semasa MB Sah jadi MB Perak. Sape nak pasang canopy dan angkat susun bangku meja di program UMNO nanti? Orang UMNO mana gheti buat kojer yang keluar peluh. Deme bukan layaknye dibagi makan nasi kawah dengan ayor pacak jer. Deme lebih hakapkan ribu-ribu RM. Kalo takat sekupang due, tak dihajap dideme. Sebab ituler UMNO mahu UMNO yang jadi MB Perak semasa DUN Perak dibubarkan. Senang deme nak ngerah lori dan pekerja majlis buat kojer deme. Lantaknye ler. Janji bubar DUN.
Kepada pimpinan PR terutama PKR, pilihler calon yang benor-benor layak. Jangan lagi ade spesis macam Othman dan Jamaludin. Susah benor ker nak mencari 15 calon Melayu PKR? Menung juge teman bila memikiokan 15 calon Melayu PKR yang boleh ditampilkan sebagai calon. Tak semua ketua bahagian ade idea untuk majukan rakyat. Bahkan Pengerusi Perhubungan PKR Perakpun tak layak dicalonkan bertanding walaupun dia pernah jadi calon di Kg. Gajah. Abih sape lagi?

Kepada DAP pulak, jangan gatai nak letak calon Melayu. Belum masanye lagi. Tungguler PRU 14 baru boleh letak. Itupun kene tengak mood pengundi di masa itu. Kalo letak juge, UMNO akan mainkan sentimen yang DAP Melayu akan jadi MB Perak. Kalo tak percaye, kome terailer letak. Teman gerenti semua calon Melayu PKR dan PAS akan haup diratah UMNO. Pengundi ataih pagor tentu tak sokong PR kalo DAP gatai juge letak calon Melayu.
PAS kena kekalkan MB Nizar di Pasir Panjang. Walaupun Pasir Panjang dipinjamkan oleh PKR kepada PAS, MB Nizar kena kekal bertanding di sini. Lagipun PKR bukan ada banyak calon Melayu. Kalo PKR ada calonpun, tukorler dengan tempat lain yang PAS telah kalah. Rakyat Perak mesti diberitahu bahawa MB Nizar tetap akan jadi MB Perak jikalau PR menang majoriti. Kalo ada calon PKR yang nak jadi MB, tungguler selepas PRU 13. Lagipun pada masa itu MB Nizar udah jadi menteri pusat. Tak ker gitu wehh …

Teman suka mengulang semula apa yang teman pernah sarankan dulu. Kalo PR diizinkan lagi oleh Allah memerintah Perak, lantikler tiga exco DAP, tiga exco PAS dan empat exco PKR. Dua exco PKR mestiler sorang Cina dan sorang lagi India. Yang penting exco bukan Melayu tidak melebihi lima orang. Janganler DAP mintak jumlah exco macam dedulu. Walaupun DAP tak ngocah Melayu, tetapi isu DAP kontrol Melayu akan sentiasa subur dimainkan oleh UMNO.
Sekadar pandangan …

15 Mei 2009

KITA TELAH UNDUR KEBELAKANG!!!!

Speaker lwn Speaker - Pusingan 2
May 15, 09 12:34pm

Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.
Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sebarang usaha BN untuk mengadakan sidang khas bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

Komen: macam cerita hindustan pulak..kita harus fikirkan langkah kedepan dan JANGAN sengaja membuat perkara yang rakus, dendam kesumat dan memporakperanda sistem demokrasi...sedarlah rakyat perak dan malaysia sekiranya tiada tekad perubahan malaysia akan menuju kehancuran....!!!

14 Mei 2009




BEKALAN ELETRIK DI PULAU TUBA DICATU KEMBALI

TARIKH: 13hb. Mei 2009

KUAH- Mulai 8hb.mei 2009 penduduk sekitar Pulau tuba dan Selat Bagan Nyior ,Tasik Dayang Bunting mengalami ganguan bekalan Eletrik terutama diwaktu malam dan sehingga sekarang. Meraka begitu kecewa dengan masalah yang berterusan. Dalam tiga bulan lalu hampir 3 minggu masalah yang sama berlaku.


Daripada lapuran penduduk yang bernama Sdr.Abd Hamid bin Osman , 56 tahun kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Angkat Kuah dan dua wakil PKM telah meninjau keadaan sebenar ke Pulau Tuba untuk dapat maklumat bagi menyelasaikan permasalah tersebut pada 12hb.Mei 2009.

Setelah bertemu dengan pegawai yang menjaga Rumah Janakuasa TNB En. Shaari bin Mat Isa, beliau menyatakan masalah Genarator Set yang rosak sebanyak 2 unit dan hanya tinggal 2 unit yang berfungsi. Dan terpaksa menggunakan 1 unit sahaja dalam satu masa yang mana tidak cukup kuasa apabila penggunaan waktu puncak pada 8.00malam hingga 12.00 malam. Bagi mengatasi masalah tersebut bekalan terpaksa dicatu disetengah kampong mengikut giliran.

“ Ketika ditanya tentang penggunaan kuasa maksimum di Pulau ini lebih dari 400 kVA ketika ini dengan hanya 1 unit generator ianya tidak mampu lagi menampung . Beliau berharap pihak TNB dapat memperbaiki dengan segera Genarator yang rosak dan sekiranya generator yang ada akan rosak tentu penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktivti perniagaan dan kegunaan harian.

Setiausaha PKR Bahagian Langkawi, Ramli Shaarani yang berharap pihak TNB dan kementerian luar Bandar dapat mempercepatkan pemasang kabel dasar laut dari Pulau Langkawi ke pulau tuba dengan anggaran kos RM20juta seperti yang dimaklumkan oleh pihak TNB. Ini memandangkan jumlah penggunaan eletrik yang kian bertambah dengan pembanguanan pesat seperti chalet-chalet dan sekolah-sekolah disana. Tanpa kemudahan eletrik yang mencukupi kita amat risau kepada pihak penduduk dan pengusaha-pengusaha hotel yang mana untuk merancang pembinaan projek mereka di pulau tuba.


Dan menurut seorang penduduk en.mohamad ratu seorang pengusaha kedai runcit , beliau amat kesal dengan keadaan ini berterusan dan seringkali mengalami kerugian apabila bekalan eletrik yang tidak stabil pembekalannya. Dan beliau berharap ini dapat diatasai dengan serious dan segera kepada pihak berkenaan.


Turut serta Timbalan ketua bahagaian PKR langkawi, En Radzali Abas setelah meninjau keadaan tersebut beliau akan menghantar lapuran tentang perkara ini kepada Pengerusi PKM Langkawi juga pihak Pegawai Daerah Langkawi.


13 Mei 2009

AMARAN!!! NEGARA KITA MENUJU KEHANCURAN

Bubar DUN bukan kuasa Mahkamah ianya Kuasa Sultan - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Mahkamah tidak boleh sekat pembubaran Dun Perak sekalipun sudah difailkan ke Mahkamah Rayuan

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya."Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya.
Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah."Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu", tambahnya. Aziz berkata melalui pembubaran semua masalah akan selesai."Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu," tegas beliau.
Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.Aziz berkata di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak."Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan," tambahnya.Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Aziz tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry."Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa.
Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri," kata Aziz lagi.Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Profesor UIAM itu berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN."Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

12 Mei 2009

UBN HEBAT

Mahkamah benar rayuan Zambry
May 12, 09 10:00am-MALAYSIAKINI


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

MAHKAMAH RAYUAN CUKUP PANTAS!!!!

Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan difailkan

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

KEPUTUSAN KEHAKIMAN KRISIS DUN PERAK

Hakim: Nizar MB Perak yang sah
Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.
Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama."Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?" "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.
Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.
Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.
"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.
Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian."Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan."Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan,
" Abdul Aziz dilaporkan berkata lagiBeliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.
"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras."Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb. Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.
"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan."Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.
Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi."Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.
Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepasmengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.
Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.
"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.
Tinta DS Nizar, MB Perak
Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan.
Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.
Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.
Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh.
Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT. ALLAHU AKBAR
YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDINMENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

10 Mei 2009

ALTANTUYA@AMINAH DI PENANTI

BERITA MENAKUTKAN MAT MONGOL

ALTANTUYA AKAN BERTANDING DI PENANTI - Former Penang PKR women’s leader Aminah Abdullah wants to contest the Penanti by-election to offer constituents another alternative choice that would be free from sectarian and partisan politics. (mkini)PULAU PINANG: Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapan bahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.(mStar)

kah kah kah... APA PUNYA NASIB... kah kah kah..kah kah kah... APA PUNYA NAMA...kah kah kah...kah kah kah...NAMA ARWAH ISTERI RAZAK BAGINDA IALAH AMINAH BINTI ABDULLAH...kah kah kah..woit..

.INI MESTI ADA KONSPIRASI DARI PKR..kah kah kah..kah kah kah... MULA MULA SURUH MINAH NI BERHENTI... LEPAS TU FAIRUS BERHENTI...kah kah kah...woit.. INI TOP PUNYA PERANCANGAN... TAK TIDOOO BIK MAMA.. NAIK LAGI 3 KILO..kah kah kah..kah kah kah...APA PUNYA TTTTUUUUUuuur...kah kah kah

RILEX SAT!!!!!

Kemana selepas ini?
Mat Saman Kati

Mula-mula dulu..aku menulis secara seronok-seronok. Lepas tu.aku naik seronok menulis. Bila orang seronok membaca apa yang aku tulis…lagi la aku seronok. Semuanya terjadi kerana hati seronok. Itu semua berlaku sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Perak.
Lepas tu..aku mula rasa sakit hati…bila pemimpin-pemimpin yang diharapkan…tak boleh harap. Dan bila aku mula menulis tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan..maka ramai lah yang tak seronok. Ada yang kata aku ni pemecahbelah. Ada YB yang kata aku ni ejen Umno. Ada pemimpin parti yang kata aku SB. Semuanya berlaku kerana hati aku dah kurang seronok.
Selepas 7 Mei 2009, aku rasa sakit hati..geram..benci..meluat..tak tau apa nak cakap lagi. Dan aku tak tau apa nak tulis lagi. Fed-up!
Aku dah tak percaya kepada sistem..kerana sistem itu telah dirogol dan perkosa oleh Umno dan Barisan Nasional. Bukan setakat UBN…cabang eksekutif juga bertindak menjadi perogol dan peliwat sistem. Dan aku juga sudah tidak mengharapkan cabang kehakiman dapat bertindak secara rasional. Kerana kehakiman juga telah dirogol dan diperkosa oleh UBN.
Lantas aku mengharapkan cabang keempat…Raja-Raja…untuk memulihkan sistem demokrasi. Tapi seperti kata Raja Petra.”Raja-raja bukan dipilih secara demokrasi…oleh itu..demokrasi adalah perkara terakhir dalam pemikiran mereka.” Aku juga sudah tidak percaya kepada Raja-Raja.
Kalau semasa menulis di Malaysia Today dulu aku mendapat macam-macam gelaran. Sekular..orientalis…sosialis..komunis…sesat..sekarang aku tak tau apa pulak gelaran yang akan aku dapat. Mungkin pengkhianat…penderhaka?
Bagi la apa gelaran sekalipun.Aku dah fed-up.
Cuma ada satu saja lagi harapan untuk memulihkan kepercayaan aku kepada sistem demokrasi yang aku percaya…iaitu rakyat.
Tapi rakyat yang mana? Orang Umno? Pas?PKR?DAP? Atau yang tak berparti?
Puak-puak Umno aku tak mau cakap. Itu golongan orang-orang yang dah dibonsaikan pemikiran mereka. Yang dah dibutakan mata mereka. Yang dah dipekakkan telinga mereka. Yang mereka fikir hanya duit. Yang mereka nampak hanya duit. Yang mereka dengar hanya duit. Apa saja yang berkaitan dengan duit semuanya dihalalkan. Judi pun halal. Makan suap..halal. Rasuah…halal. Politik wang…lagi la halal. Duit punya pasal..yang dah diharamkan macam Sure heboh pun boleh dihalalkan.
Baik Pak Menteri..Pak Mufti..Tok Sidang…semuanya serupa.
Orang yang tak berparti…dan tak mau buat apa-apa. Macam masuk NGO ka, aktivis sosial ka…yang ni pun aku tak peduli. Cakap saja..tapi tak mau buat apa. Yang ni jadi tukang sorak..tukang jadi batu api. Tapi bila kita ajak bersama…depa lari.

Cuma yang boleh diharapkan ialah pemimpin rakyat. Sapa dia? Yang ni susah aku nak cari. Pemimpin politik banyak…tapi pemimpin rakyat sikit.
Dulu…susah nak cari pemimpin Pas yang diterima oleh orang DAP dan PKR. Susah nak cari pemimpin DAP yang diterima oleh PKR dan PAS. Lagi susah nak cari pemimpin PKR yang diterima oleh PAS dan DAP. Kerana mereka semua pemimpin parti…bukan pemimpin rakyat.

Tetapi selepas 7 Mei 2009, PR sudah mempunyai ramai hero rakyat. Nama-nama seperti Nizar, Ngeh, Siva, Nga, Lih Kang, Ming Kai, sudah jadi hero. Rakyat Perak tidak lagi mengenali mereka sebagai pemimpin Pas, PKR atau DAP. Orang sudah tak peduli mereka itu Melayu, Cina atau India. Islam atau tidak.
Rakyat mahukan pemimpin rakyat…bukan pemimpin parti. Dan ini yang perlu diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Anwar, Hj. Hadi, Guan Eng..kena beri perhatian kepada kehendak rakyat.
Kalau Pas mahukan rakyat menerima Pas..Hj. Hadi kena fikirkan peneraju Pas Perak yang dapat diterima oleh rakyat Perak. Bukan setakat diterima oleh ahli-ahli Pas sahaja.

Kalau PKR mahu diterima oleh rakyat Perak..Anwar kena cari pemimpin PKR Perak yang dapat diterima oleh rakyat Perak..bukan setakat pemimpin yang ikut pungkoq dia saja.
Kalau DAP mahu diterima oleh rakyat Perak…Guan Eng kena cari orang yang dapat diterima oleh rakyat Perak. Bukan setakat Ngeh dan Nga saja.
Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghumban Umno dan Barisan Nasional kedalam longkang. Tapi dalam masa yang sama…rakyat Perak juga mahukan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri dari mereka yang berjiwa rakyat. Bukan setakat berjiwa parti.

Terpulang kepada Anwar, Hadi dan Guan Eng. Sama ada mahu rakyat menyokong Pakatan Rakyat…atau mahukan rakyat mengundur diri menjadi lalang…dan berkata…”mampuih pi la kat hangpa.”
Dan kalau ini benar-benar berlaku..it is indeed a sad day for Malaysia.
Dan mungkin aku juga akan menyertai Carburator Dung. Tayang pungkoq kat orang ramai. Baru ada akai.

MALAYSIA LEBIH TERUK DARI MAYMAR???

Najib Jangan Anggap Rakyat Bodoh - PKR

Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat tidak termakan dengan cubaan Barisan Nasional menutup pencabulan demokrasi di Perak dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pemimpin Hindraf.Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata masyarakat tidak lupa bahawa Perdana Menteri Najib Razak sendiri mendalangi rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan krisis perlembagaan dan menghancurkan kestabilan politik di negeri itu. Perlakuan samseng oleh polis dan Adun Barisan Nasional mengheret keluar Speaker V.Sivakumar keluar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.
Jonson berkata keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan politik semasa Perdana Menteri dan BN semata-mata.“Kenapa hanya 13 orang dibebaskan,” Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka,” tanya Jonson.
“Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita. Bukankah mereja juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah. Kenapa mereka tidak dibebaskan,” kata Jonson.Jonson berkata pembebasan V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.Menurut Jonson, Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.
Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah. -TVA

BN HILANG GAIRAH!!!!!

Bakal calon Bebas Penanti selesa beri khidmat tanpa parti politik

PULAU PINANG: Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapan bahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.
Beliau berkata, perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan keikhlasan serta kesungguhan dan bukan dibuat secara terpaksa, mencari populariti atau mahukan nama.

Ketika ditemui Bernama di sini semalam, beliau berkata, wakil rakyat seharusnya berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, bukan menggunakan status itu untuk mencari populariti dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.
Ditanya apakah beliau boleh memikul tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk Penanti memandangkan beliau bukan berasal dari kawasan itu, Aminah, 56, anak kelahiran Air Itam di sini berkata itu bukan alasan untuk beliau tidak memberikan khidmat terbaik kepada mereka.
"Saya mempunyai ramai kenalan dan saudara di sana dan mereka juga sudah mengenali saya ketika saya aktif sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) negeri.
"Kekurangan sumber juga bukan satu halangan bagi saya sebab saya dah biasa berjuang melalui NGO, yang sememangnya dalam keadaan serba kekurangan," katanya.

Ibu kepada empat puteri berumur antara 13 tahun dan 25 tahun itu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007 setelah merasakan perjuangan parti itu tersasar jauh daripada landasan awal penubuhannya sekitar tahun 2000.
Sebagai orang yang menjadi antara pengasas dan pejuang KeAdilan di Pulau Pinang, beliau melihat perjalanan PKR kini sudah tidak lagi sama seperti dahulu dan kunci utama parti itu iaitu keadilan sudah tidak ada lagi dalam parti berkenaan.
"Kalau keadilan masih ada dalam parti itu maka pilihan raya kecil ini tidak akan berlaku," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pascaijazah.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei ini untuk pengundian jika terdapat pertandingan.BERNAMA
BN hilang gairah selepas kekalahan memalukan di PRK Bukit Selambau & Bukit Gantang, mungkin kekurangan dana untuk menaja Calun BN dan calon Bebas seperti mana di bkt.Selambau. Tiada pemimpin BN yang berani menyatakan seperti selalu, kita akan lawan dan kita akan yakin menang dalam PRK kecil ini. Daripada dahulu calon BN akan berebut sakan, lobi sana sini nak jadi calon inikan pula kalau menangpun masih dalam pembangkang.
Faktor kekalahan berterusan BN perlu memikirkan bagaimana wang yang begitu banyak untuk mengerakan jentera akan menjadi sia-sia sahaja ini membuatkan mereka letih. faktor ini menyebabkan BN terpaksa membebaskan ADUN Kota Alam Shah dari tahanan ISA lebih awal.

SKRIP MACAM BIASA!!!!

Jangan berharap mahkamah akan bertindak
Posted in Uncategorized by aminiskandar on Mei 10, 2009

Esok Mahkamah akan memutuskan sama ada Nizar atau Zambry Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusannya pasti akan memihak kepada Zambry Kadir dari BN.
Semuanya telah diatur agar memihak kepada BN.
Umum telah mengetahui bahawa Ketua Hakim Negara itu sendiri adalah Ahli Umno.
Jadi tidak perlulah kita berharap mahkamah akan memberikan keadilan kepada Nizar.
Tambahan lagi kita semua pernah menyaksikan bagaimana Sistem Kehakiman telah diperalatkan oleh Umno/BN untuk memastikan mereka terus berkuasa!
Dizaman Najib ini, satu persatu institusi akan diperkosa agar beliau terus berkuasa

HONG KONG TV.....

Hong Kong TV akan siarkan rancangan bersiri tentang bagaimana Altantuya dibunuh

Posted in Altantuya Shaariibuu, Antarabangsa, Barisan Nasional, Jahat, Jenayah, Najib Razak, Rosmah Mansor, Umno by aminiskandar on Mei 5, 2009
Updates

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Najib Razak dan Rosmah Mansor telah dinasihatkan agar mengupah peguam di Hong Kong untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghentikan niat Hong Kong TV untuk menyiarkan rancangan bersiri tentang bagaimana Altantuya dibunuh.
Posting Asal
Sekali lagi nama Malaysia harum diperingkat antarabangsa. Kali ini di Hong Kong.
Menurut seorang blogger Susan Loone, Hong Kong TV akan menyiarkan rancangan bersiri tentang bagaimana Altantuya Shaariibuu dibunuh. Klik disini.
Hebat hebat…..
Nama Malaysia terus disebut-sebut di peringkat antarabangsa.
1Malaysia harus berbangga dengan ini.
Nama perdana menteri kita disebut-sebut.
Nama isteri perdana menteri turut disebut.
Semuanya dilakukan dengan percuma tanpa perlu bayaran.
1Malaysia menanti rancangan bersiri tersebut!

PARTI BARU PRO PR!!!


Uthaya mungkin tubuh parti baru
Athi Veeranggan May 9, 09 4:00pm

Bekas penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran begitu gembira sekali apabila mendapat tahu bahawa baki tiga lagi pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan.Sambil menegaskan kempen dan doa Hindraf selama ini telah dikabulkan, Thanenthiran bagaimanapun berkata Menteri Dalam Negeri (KDN) sepatutnya membebaskan kesemua tahanan ISA.Tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan hari ini ialah Pensihat Hindraf, P Uthayakumar; ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan dan setiausaha organisasinya, T Vasanthakumar.“Tuhan akhirnya memakbulkan doa supaya pemimpin kami dibebaskan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada menteri berkenaan kerana membebaskan mereka," kata Thanenthiran kepada Malaysiakini.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengarahkan pembebasan dua lagi pemimpin Hindraf - V Ganabatirau dan R Kengadharan - sejurus selepas beliau dilantik memegang jawatan berkenaan.Lima pemimpin Hindraf itu ditahan pada December 2007 selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di ibunegara pada Kuala Lumpur.Walaupun tidak lagi menjadi pemimpin Hindraf, namun Thanenthiran berkata, beliau akan terus berkempen untuk pembebasan kesemua tahanan ISA, serta pemansuhan ISA serta penutupan kem tahanan Kamunting.“Hishammuddin sepatutnya melakukannya (membebaskan semua tahanan ISA) sekarang.
Beliau pasti mencipta sejarah jika membebaskan semua tahanan (ISA)," katanya.Sementara itu, Uthayakumar dijangka menubuhkan sebuah parti politik baru.Strategi baru itu merupakan alasan utama pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy merombak barisan kepimpinan Hindraf, termasuk peletakan jawatan Thanenthiran sebagai penyelaras nasional pergerakan itu
Dalang di sebalik kekecohan di Dun Perak adalah Dato’ SS – Adun Teja

Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikianAbdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.
Dato’ SUK Perak didakwa “dalang” kekecohan Dun
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa menjadi dalang kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu, dakwa Adun Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi Harakah.
“Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato’ SS(State Secretary) Dato’ Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian,” katanya.
Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.
Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan.
“Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun membantah tindakan berkenaan dengan alasan anggota polis tidak mendapat kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.
“Polis berkata mereka mendapat kebenaran Speaker tetapi bila saya tanya dia Speaker mana, dia kata Ganesan lalu saya pun membantahnya dengan menyatakan ianya tidak sah,” katanya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai insiden pelantikan Speaker Dun yang baru, R.Ganesan beliau menegaskan perlantikan itu sebagai tidak sah.
“Hal itu disebabkan Speaker Dun masih lagi wujud sewaktu sidang tersebut kononnya cuba dikendalikan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong daripada Sivakumar. Justeru, perlantikan itu tidak sah; malah sebelum itu kesemua mereka telah diarahkan keluar daripada dewan bererti segala apa yang berlaku tidak boleh diterima pakai,” tegasnya.
Pada masa yang sama, Chang juga telah diarah meninggalkan dewan tersebut selepas bertengkar dengan Ganesan.
“Kesemua yang berlaku sekarang ini adalah tidak masuk akal seolah-olah BN bodoh dan tidak mengetahui selok belok prosedur serta undang-undang negeri,” katanya.
Malah buat masa ini ujarnya, Pakatan Rakyat Perak telah membuat laporan polis mengenai rampasan kuasa ke atas speaker dan sidang Dun BN yang didakwa berstatus haram.


http://www.harakahdaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...