11 Oktober 2014

PUNCA LETUPAN BOM DI BUKIT BINTANG SUDAH TERDEDAH !!


'Godfather' Geng 21 Sasaran Utama Letupan Bom



KUALA LUMPUR: Orang paling penting yang menjadi sasaran serangan bom tangan di di Bukit Bintang telah mengetuai satu kumpulan kongsi gelap selama lebih dari dua dekad.

Dikenali sebagai 'Ah Hai', lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai dari Geng 21 telah menjalankan perniagaan haram di sini, termasuk perjudian.

"Dia agak terkenal. Dia mempunyai rekod polis, termasuk bagi kesalahan dadah. Dia telah disasarkan kerana perebutan kawasan yang berterusan dengan kumpulan pesaing," menurut sumber, Jumaat.

Pada Khamis, kira-kira pukul 4.25 pagi, berlaku letupan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang, membunuh seorang joki kereta.

Difahamkan Ah Hai berada di kelab itu, tetapi tidak cedera apabila sebutir bom tangan kedua yang dibuang dari tingkat dua bangunan itu gagal meletup.

Polis percaya bahawa serangan bom itu dikaitkan dengan kegiatan samseng di kawasan itu.

Sumber percaya bahawa Ah Hai cuba untuk menjalankan operasi secara sah dengan menjalankan perniagaan seperti pembangunan hartanah dan import makanan.

"Beberapa tahun lalu, dia berhenti menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang menyalahi undang-undang dan mungkin telah menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan saingan kerana dia menceroboh ke dalam wilayah mereka apabila mengembangkan perniagaannya," kata sumber.

Sumber lain menyamakan Ah Hai dengan filem fiksyen Michael Corleone, Godfather.

"Dia cuba untuk membersihkan perbuatannya tetapi perbuatan silam datang menghantuinya," katanya.

Dalang yang melemparkan bom tangan masih bersembunyi, tetapi polis berkata yakin dia dapat ditangkap.

Sementara itu, ahli keluarga joki kereta Tiong Kwang Yie, 36, enggan ditemubual ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, Jumaat.

Difahamkan isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun terbang dari Sibu untuk menuntut mayatnya.

Jurucakap HKL berkata, empat mangsa letupan, tiga warga China dan seorang warga Malaysia masih dirawat di hospital.~Mstar

MTEM : BELANJAWAN 2015 HANYA NAMPAK MANIS TAPI BANYAK KEKURANGANNYA


MTEM: Sepatutnya tumpu kadar upah, bukan BR1M

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bimbang tentang peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2015.

Menurutnya Pengarah Penyelidikan MTEM, Azlan Awang, belanjawan ini menggembirakan namun ia tidak membantu menangani masalah sebenar iaitu kadar gaji rakyat yang rendah.

"Ia belanjwan yang manis namun ia tidak cukup (untuk tangani masalah asas). Ia semuanya tentang pemberian bantuan," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Azlan, beliau mengharapkan belanjawan ini dapat menawarkan penyelesaian kepada kadar upah dan pendapatan rakyat agar ia berkembang sejajar dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Sepatutnya ada fokus terhadap upah dan pendapatan isi rumah. Patut wujud pelan bersepadu untuk meningkatkan gaji.

"Buat masa sekarang kadar pertumbuhan barangan dan perkhidmatan melampaui kadar pertumbuhan upah.

"Kita perlu sedar kebanyakan pendapatan isi rumah adalah daripada upah dan gaji," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 semalam mengumumkan kenaikan pemberian bantuan BR1M dari RM650 kepada RM950 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 pada Januari dan Mei; manakala baki sebanyak RM350 akan dibayar pada bulan September.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula akan menerima BR1M sebanyak RM750 berbanding RM450 sebelum ini.

Ia juga akan dibayar sebanyak tiga kali, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mashar pula sangsi dengan bantuan RM200 sebulan untuk mengurangkan bebanan ansuran perumahan.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menangani masalah pasaran rumah yang bersifat spekulatif.

Belanjawan 2015 tadi memperuntukkan pemberian bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Ia turut mengandungi pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

"RM200 sebulan itu bunyinya seperti kita mensubsidi pemaju dan bukan menangani masalah pasaran rumah yang spekulatif," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar kerajaan mengambil langkah tertentu untuk menangani masalah itu.

SIAPA DIA MALALA UMUR 17 TAHUN SUDAH TERIMA ANUGERAH NOVEL KEAMANAN


Malala Yousafzai Catat Sejarah Penerima Hadiah Nobel Termuda



LONDON: Remaja perempuan dari Pakistan, Malala Yousafzai, yang ditembak oleh puak Taliban sehingga hampir membawa maut dua tahun lalu kerana memperjuangkan hak untuk wanita memperolehi pendidikan telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Nobel untuk keamanan - penghormatan yang pernah diterima oleh Nelson Mandela suatu ketika dahulu.

Malala, 17, yang kini menetap di Birmingham, England bersama keluarganya mencatat sejarah sebagai penerima anugerah Nobel yang termuda.

Dalam satu kenyataan media, Jawatankuasa Anugerah Nobel menegaskan: "Di sebalik usia mudanya dan malapetaka yang menimpanya, Malala Yousafzai tanpa henti terus memperjuangkan hak wanita untuk memperolehi pendidikan dan sekaligus menunjukkan teladan bahawa kanak-kanak dan golongan remaja pun mampu menyumbang untuk memperbaiki situasi mereka. Dan dalam kes Malala dia telah melakukannya dalam situasi yang sangat berbahaya kepada keselamatan dan nyawanya."

Dan apabila seorang wartawan bertanya, mengapa Malala yang menjadi pilihan sedangkan dia belum memperolehi apa-apa lagi yang signifikan di dalam perjuangannya itu, Ketua Jawatankuasa Anugerah Nobel, Thorbjörn Jagland terus membidas wartawan tersebut.


"Macamana awak boleh tergamak berkata demikian! Terima kasih kepada Malala, kerana keberaniannya, isu mengenai pendidikan kanak-kanak dan guna tenaga kanak-kanak telah diletakkan dalam agenda dunia," tegas Jagland.

Malala hanya berusia 11 tahun apabila dia buat pertama kalinya menyuarakan kepentingan pendidikan dalam satu temuramah siaran televisyen.

Bagaimanapun pada Oktober 2012, puak Taliban telah menyerbu masuk ke dalam bas sekolah yang dinaikinya lalu melepaskan tembakan sehingga mencederakannya.

Dia terkena tembakan di kepala.

Malala kemudiannya telah diterbangkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan khusus di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham, yang mana menyaksikan dia melalui beberapa proses pembedahan pada kepalanya sehingga berjaya dipulihkan.

Malala kini tinggal bersama bapa, ibu dan dua saudaranya di Birmingham dan belajar di sekolah tempatan.

Sejak insiden tersebut, Malala telah menghasilkan buku, "I Am Malala", menyampaikan ucapan dan ucapatama di forum dan seminar antarabangsa dan dianugerahkan penghormatan oleh Parlimen Eropah.



Turut menerima Anugerah Nobel untuk keamanan bagi tahun ini ialah seorang lagi pejuang hak kanak-kanak iaitu Kailash Satyarthi dari India.

Satyarthi, 60, telah mengekalkan tradisi yang dipejuangkan oleh Mahatma Gandhi iaitu menuntut perubahan secara aman dengan memberi penekanan kepada menentang penggunaan tenaga kanak-kanak untuk membuat keuntungan.

"Tahun ini kita mempunyai dua pemenang. Seorang dari Pakistan dan seorang lagi dari India. Seorang beragama Islam dan seorang lagi beragama Hindu dan kedua-duanya mempunyai iltizam yang kuat untuk memperjuangkan hak pendidikan dan menentang ekstrimisme,' kata Jagland lagi.

Lain-lain kategori untuk Anugerah Nobel seperti dalam bidang perubatan, kimia, fizik dan kesusasteraan telah pun diumumkan secara berperingkat sejak awal minggu lalu dan penerima anugerah dalam bidang ekonomi akan diumumkan Isnin depan.

Kesemua pemenang akan menerima anugerah masing-masing menjelang 10 Disember ini sempena ulang tahun kematian pengasas anugerah ini pada 1896. Penerima anugerah untuk keamanan akan menerimanya di Oslo manakala yang lain di Stockholm.

Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, yang merupakan salah seorang jurukempen bersama-sama Malala dalam isu pendidikan kanak-kanak dan wanita berkata: 'Malala Yousafzai dan Kailash Satyarthi adalah dua manusia yang paling hebat di muka bumi ini dalam soal memperjuangkan masa depan kanak-kanak. Kedua-duanya adalah rakan baik saya dan berhak untuk menerima pengiktirafan ini."

10 Oktober 2014

PELABURAN HARAM JADAH YANG JADI PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA!!!





SINDIKET DADAH ANTARABANGSA KANDAS DI KLIA

Kuala Lumpur, 10 Okt – Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA)telah berjaya mematahkan dua percubaan berasingan menyeludup dadah syabu ke Malaysia dengan tertangkapnya tiga lelaki warga asing di KLIA dalam tempoh 1 hingga 10 Oktober lalu.

Pihak polis juga telah merampas 9.1 kilogram syabu dalam bagasi yang dibawa oleh kesemua suspek dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, JSJN Kuala Lumpur telah berjaya membongkar sebuah makmal memproses pil ekstasi di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju dan merampas 35,000 biji pil ekstasi, 12 kg campuran serbuk ekstasi yang dipaket dalam teh aroma cina, 2 botol cecair ekstasi serta beberapa peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.

Kesemua dadah yang dirampas dalam ketiga-tiga kes ini bernilai RM5.2 juta dan pihak polis kini mempergiatkan usaha dalam mengesan dan mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang 
terlibat.





LAGI GAMBAR- GAMBAR DARI SUMBER BERITA


PUTRAJAYA PUN DAH BUAT KERJA SEMACAM JKKP? MARI TENGOK BUKTINYA......

Putrajaya sengaja jauhkan pelabur dari Pulau Pinang, kata Guan Eng



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pulau Pinang dijadikan seolah-olah anak tiri dengan tiada kuota pelaburan, respons yang lewat tentang projek dan projek yang tidak berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Oktober, 2014.

Daripada pelaburan asing kepada infrastuktur dan bekalan air mentah, kerajaan Pulau Pinang mengatakan kerajaan pusat menjadi punca kelewatan projek-projek ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan Putrajaya itu hanya akan merosakkan negara, kerana pelabur asing yang kecewa dengan kelewatan akan mencari lokasi pelaburan lain.

Agensi kerajaan bekukan pelaburan

Lim mendakwa Putrajaya juga membekukan usaha Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menarik pelabur asing ke negeri itu.

Beliau berkata agensi kerajaan itu menghentikan usaha memperkenalkan dan menyarankan syarikat serta tidak lagi memberikan maklumbalas kepada surat daripada kerajaan negeri untuk menyokong atau melakukan semakan terhadap pelaburan yang berpotensi.

Situasi itu menyebabkan beberapa pelabur besar hilang minat melabur di Pulau Pinang dan Malaysia disebabkan kelewatan memperolehi jawapan, katanya.

"Kami menerima pertanyaan daripada beberapa syarikat multinasional. Disebabkan respon MIDA yang begitu lewat, mereka merancang untuk melabur ke negara lain," katanya, namun enggan mendedahkan syarikat berkenaan atas faktor kerahsiaan.

Lim turut mempersoalkan mengapa Putrajaya seolah-olah menjadikan Pulau Pinang seperti “anak tiri.”

"Lagipun, jika mereka (pelabur berpotensi) tidak memilih Pulau Pinang, mereka tidak akan ke negeri lain. Mereka akan ke negara lain," katanya dalam satu wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Fungsi utama MIDA adalah termasuk menyemak permohonan untuk lesen pembuatan, insentif cukai, kedudukan ekspatriat dan pengecualian cukai. Itu merupakan tugas agensi kerajaan tersebut bagi mempromosikan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Dengan lebih 300 syarikat multinasional, Pulau Pinang mencatatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) terbesar di Malaysia daripada 2010 sehingga Ogos 2013, dengan sejumlah RM19.7 bilion atau hampir 20% daripada keseluruhan FDI negara bernilai RM103 bilion.

MIDA bagaimanapun berhenti memperkenalkan pelabur sejak tahun lalu, kata Lim.

"Tiada sebarang komunikasi. Kemudian, apabila kami menulis kepada mereka tiada sebarang jawapan," tambahnya.

Menurut statistik terkini MIDA, Pulau Pinang menerima RM2.34 bilion dalam pelaburan asing bermula Januari hingga Mei tahun ini, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion).

Lim berkata, beliau tidak menyalahkan pegawai MIDA, kerana beliau sedar mereka bekerja "mengikut arahan."

Beliau turut mempersoalkan sekiranya MIDA menetapkan kuota bagi pelaburan di Pulau Pinang. Beliau berkata, agensi berkenaan sering menetapkan kuota untuk setiap negeri bagi mencapai sasaran masing-masing.

"Mereka perlu mencapai sesuatu tahap sasaran. Apa sasaran untuk Pulau Pinang? Saya tidak fikir ada sebarang sasaran untuk Pulau Pinang," katanya.

"Kami harap akan ada jawapan kepada perkara ini," katanya, dan menambah, pelaburan di dalam negara sangat penting dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Tercari-cari kunci infrastruktur

Lim juga meluahkan rasa khuatir berkenaan kurangnya penjelasan dalam rancangan Putrajaya untuk pelabuhan dan lapangan terbang, yang bukan di bawah bidang kuasa negeri, termasuk bekalan air mentah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini hampir memenuhi kapasitinya, dan Lim berkata, negeri itu ingin mengetahui adakah kerajaan Pusat mempunyai penyelesaiannya.

Beliau berkata, rancangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa berhampiran Kulim juga tidak masuk akal kerana keperluannya yang begitu kecil.

"Bukan perkara yang sukar untuk meluaskan kawasan yang mempunyai kapasiti penuh atau ada permintaan," katanya.

"Kenapa kerajaan Persekutuan bersikap partisan? Ini jelas menunjukkan hukuman politik. Kerajaan seharusnya membekalkan, bukan menghukum."

Lim turut menambah, Putrajaya masih lagi tidak memaklumkan secara rasmi kepada negeri itu berkenaan penswastaan dan perubahan pengurusan di Penang Port sejak Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd mengambil alih operasinya pada Januari.

Tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sepatutnya menjalani pembangunan tidak mendapat maklumbalas dari kerajaan pusat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Oktober, 2014.Malah, tiada sebarang komunikasi berhubung rancangan membina projek hartanah bercampur bernilai RM10 bilion di tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Butterworth, katanya.

Beliau berkata, memang terdapat pembangunan berkenaan di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat, tetapi mereka seharusnya memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.

Bekalan air mentah dalam keadaan terumbang-ambing

Lim berkata, kerajaan Pusat juga perlu memenuhi sebahagian perjanjian pemindahan aset air dengan kerajaan negeri yang dimeterai pada Jun 2011, bagi memastikan bekalan air mentah disalurkan ke Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek Perak-Pulau Pinang Basin Transfer bernilai RM2 bilion daripada Sungai Perak di Perak diluluskan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pada Jun tahun lalu namun masih lagi tertangguh sehingga awal tahun ini.

Kerajaan negeri Perak sejak itu menuntut Pulau Pinang membeli air terawat daripada Perak.

"Kerajaan Pusat seharusnya campur tangan kerana mereka mempunyai kuasa untuk membenarkan kami membeli bekalan air mentah daripada Perak, namun mereka enggan," katanya.

"Tiada negeri yang menjual air terawat kepada negeri lain... kenapa Pahang boleh jual (air mentah) kepada Selangor, dan Johor boleh jual kepada Melaka? Kenapa tidak kami?"

Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang berasa tersekat, namun beliau memastikan kerja keras perlu dilakukan demi kebaikan rakyat.

"Adakah Pulau Pinang anak yatim piatu tanpa adik beradiknya?" katanya, dan menegaskan, negeri itu hanya memperolehi semula 3% daripada duti kastam dan cukai yang dibayar penduduk negeri itu

USTAZ SEMBELIH "BN"? HANYA DI KEDAH!!!

Apakah status LEMBU sumbangan Mukhriz sewaktu raya haji...Korban? Akikah? Sedekah?

oleh AnakKedah007

nak kena bagi clear dulu apakah STATUS LEMBU SUMBANGAN KJAAN NEGERI KEDAH sempena RAYA KORBAN nie..

bukan apa nak tanyalah sikit sebab orang banyak dok sembang kata itu lembu korban tapi jika mengikut syarak lembu korban nie dia ada tuan dia dia ada nama empunya yang nak buat korban...sekurang2nya 7 orang atau dalam bahasa korban 7 tompok...

Jadi nak tanya bagi clear laa lembu yg MUKHRIZ bagi bawah GLC tu status apa... KORBAN kah, AKIKAH kah ataupun sumbangan kerajaan negeri sahaja



Jika dah jadi macam nie maka LEMBU tersebut sudah jadi.....
sedekah sahaja sebab tak ada tuan empunya diri nak mengakunya...

SUMBER : http://anakkedah007.blogspot.com

TERKINI! DUA PESAWAT MAS BERLANGGAR DI LANDASAN KLIA



Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA

Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi.

Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS)

Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).

Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing. - Sumber




SUMBER VAT69

HANGPA JANGAN BERTUMBUK SUDAHLAH....ISU UBAH TARIKH PERLAWANAN, SIKAP DOUBLE STANDARD FAM


TMJ cadang Presiden PBSNT bersemuka dengannya



DI kala isu mengenai pertukaran tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia sedang hangat diperkatakan, Tunku Mahkota Johor di dalam satu kenyataan lewat petang ini mahu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersemuka dengannya.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mahu Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid bersemuka dengannya jika perkara berkenaan pertukaran tarikh perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu melibatkan isu peribadi.

"Kepada Datuk Wan Ahmad Nizam dan individu-individu yang berkenaan adakah ini isu bolasepak atau peribadi? Kalau ini isu peribadi, tidak perlulah kita libatkan penyokong atau FAM dan saya cadangkan kita selesaikan isu ini secara bertamadun dan bersemuka dengan saya," kata baginda.

Tunku Mahkota Johor pelik kerana ada pihak membantah keputusan FAM yang jelas mematuhi peraturan dan undang-undang FIFA.

Baginda mempersoalkan sama ada pihak-pihak terbabit mahu bolasepak negara maju atau mahu FAM melanggar peraturan yang telah digariskan oleh FIFA dan menggunakan bolasepak untuk kepentingan politik mereka.

Tunku Mahkota Johor itu mengulas tentang ketidakpuasan hati Wan Ahmad Nizam tentang keputusan FAM menunda perlawanan suku akhir Piala Malaysia di antara JDT dengan Terengganu di Stadium Larkin daripada Sabtu ini kepada 17 Okt depan.

Presiden PBSNT itu turut mengancam untuk memboikot perlawanan pada 17 Oktober itu sekiranya FAM melayan permintaan Johor untuk menunda perlawanan itu.

Beliau mendakwa FAM bersikap "double standard" dengan melayan permintaan Johor untuk menunda perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu.

Di dalam kenyataan yang berkemungkinan ditujukan kepada Penasihat Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, Tunku Ismail berkata, ahli politik tidak perlu mempolitikkan bolasepak kerana sukan itu sepatutnya menyatupadukan rakyat.

"Sebagai seorang yang bergelar wakil rakyat, anda tidak sepatutnya menambah kemarahan rakyat untuk berbalah," kata baginda.

Annuar merupakan anggota Parlimen kawasan Ketereh, yang turut lantang mengkritik keputusan FAM untuk menunda perlawanan suku akhir Piala Malaysia pada 17 Okt itu diatas permintaan Johor. -- MALAYSIAGAZETTE

SAPA ANCAM AZMIN PULAK NEH....KAJIAN PUN BELUM HABIS DAH NAK MUKTAMAD!!!


ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA ... SEBELUM INI AZMIN CAKAP AKAN TELITI ... SETELAH LIHAT DOKUMEN, SURUH MUKTAMADKAN SEGERA!!!!




Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

"Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.


"Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.

"Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.

Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.

Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.

"Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.

Azmin pada 2 Oktober dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat tentang proses tersebut.

Azmin berkata, taklimat itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan.

Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.

Kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut.

TIDAK TAU NAK CAKAP APA LAGI DAH .... SEBELUM INI BUKAN MAIN BERIYA-IYA NAK TELITI DAN KAJI SEMULA .. DAH LIHAT DOKUMEN LAIN PULA NADANYA ... MAU PERJANJIAN DIMUKTAMADKAN SEGERA PULA TANPA PERLU BUAT KAJIAN LAGI.

JADI ADAKAH SELAMA INI ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA YANG DIGEMBAR GEMBURKAN SEBAGAI SALAH SATU ALASAN UTAMA DAN PENTING MENGAPA TSKI HARUS DI SEPAK TERAJANG DARI KERUSI MB SELANGOR HANYA ALASAN SAHAJA???

BILA TIBA MASANYA MAUKAN PERJANJIAN ITU DISEGERAKAN PULA .. JADI DIMANA RASIONALNYA ALASAN ITU SEBAGAI MEMBEBANKAN RAKYAT SELAMA INI????
~OK

LEPAS NI HANGPA JANGAN TARIK 20M3 AIR PERUMA SUDAHLAH......

09 Oktober 2014

BERSEDIALAH HADAPI GELOMBANG 2015

Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! Rakyat Malaysia?


Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! : 

Ada sebab mengapa dan kenapa Berita Semasa berkongsi kadar hutang negara Malaysia yang terus melonjak tinggi saban tahun tidak berpadanan dengan limpahan kenikmatan yang dirasai oleh golongan golongan bawah rakyat marhen di Malaysia. Seperti ada yang… tidak kena dengan pengurusan kewangan negara sekarang ini.

Berita Semasa hanya tampil sebagai wadah bagi rakyat Malaysia melahirkan aspirasi dan impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu kenikmatan sebenar berada di bumi yang bernama Malaysia ini. Berita Semasa sayangkan Malaysia, Berita Semasa tidak mahu sebuah negara yang kaya hasil mahsul “dibinasakan” oleh tangan-tangan yang tak layak untuk mencatur pengurusan dana kewangan negara. Berita Semasa tampil mengingatkan…..

Perbelanjaan Besar Kerajaan Malaysia VS Rakyat Berjimat Cermat

Hari ini, rakyat Malaysia mula terasa bahangnya. Semuanya dek kerana perbelanjaan besar kerajaan Malaysia sepanjang 5 tahun terakhir ini termasuk menjelang Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini sehingga memaksa kerajaan Malaysia “merayu” di Dewan Rakyat beberapa kali apa yang dipanggil Bajet Tambahan.KLIK SINI : Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?

Dan..setelah kerajaan tercari-cari dan teraba-raba, bagaimana cara untuk mengurangkan bajet defisit yang saban tahun dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya formulanya telah dijumpai :

Menarik balik ranting subsidi yang selama ini digayut oleh rakyat marhaen di Malaysia sekaligus kerajaan Malaysia dapat menarik nafas lega apabila dapat mengurangkan beban perbelanjaan subsidi sejumlah lebih RM1.1 bilion

Bakal menyusul, pelaksanaan GST 6% yang bakal memberikan pulangan kepada kerajaan Malaysia sejumlahBACA SINI : Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!


GST jangan “dipandang rendah”, GST pernah membuatkan rakyat Singapura, Australia dan China sesak nafas sejak mula diperkenalkan apabila inflasi di negara mereka naik mendadak dalam tempoh 2 tahun selepas dilaksanakan GST di negara sana. Dan hanya turun pada 2 tahun selepas itu…..



Malaysia? Wallahualam. Kita doakan yang baik-baik sahaja. Dan Berita Semasa hanya mahu berkongsi peringatan bersama, bersedialah menghadapi “gelombang pada tahun 2015” kelak…

Persoalannya, apa punca sebenarnya kerajaan dilihat begitu terdesak unutk melaksanakan tindakan “tidak popular” ini dikala rakyat dihimpit dengan gelombang hebat kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya golongan miskin bandar dan di luar bandar?
Hutang Negara Malaysia RM700 Bilion ++ & Nilai Eksport Malaysia Terjejas

Pakar ekonomi menjangka separuh kedua tahun 2014 eksport negara akan mula menurun….yang mana anda boleh baca laporan Berita semasa di bawah ini :KLIK SINI : Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama!




Daripada perspekstif makro ekonomi, hakikatnya kerajaan Malaysia terus bergelut untuk menguruskan negara dengan tekanan antarabangsa termasuklah agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings dengan hutang negara terus melonjak sejumlah RM717 bilion sekarang ini. 

Manakala The Economist menjangkakan hutang negara akan terus melonjak kepada RM806 bilion sekitar tahun 2015 kelak.

Dengan mempunyai hutang yang besar seperti ini :

Pertama, Kerajaan sebenarnya menguruskan negara atas nama pinjaman
Keduanya, Dan menjadi lebih sukar untuk mendapatkan dana tambahan
Ketiga, apabila hutang kerajaan Malaysia dibebani hutang yang tinggi ia akan menjejaskan keyakinan peminjam

Keadaan bertambah teruk lagi apabila melihat situasi dan keadaan yang berlaku di negara matahari terbit sekarang ini.

Jepun dan Malaysia merupakan pelabur asing yang terbesar Malaysia sejak daripada tahun 1980 yang banyak menyumbang kepada sektor automatif, tenaga yang boleh diperbaharui, bioteknologi, dan juga industri hijau yang menempatkan 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia sekaligus menawarkan 11,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Tahun 2013 : Pelaburan yang diluluskan sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion
Tahun 2011 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia bernilai RM10 bilion
Tahun 2012 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia meningkat kepada RM12.79 bilion


Tetapi tindakan Shinzo Abe pada April 2014 yang menaikkan cukai dikatakan menyebabkan ekonomi jepun agak goyah pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama, Shinzo Abe tiada pilihan lain lagi, semuanya gara-gara kerana perbelanjaan besar yang dilakukan pimpinan Sinzo Abe sejak 21 bulan yang lalu. Pastinya, ekonomi Jepun yang tidak menentu bakal menyebabkan ekonomi serantau, termasuklah ________ gigit jari.

Dan ditambah pula, dikala United Kingdom dan India contohnya masing menurunkan harga minyak masing-masing 65 paise (4 sen), 5 pense (27 sen), Malaysia pula menongkah arus apabila bertindak menaikkan pula harga minyak di Malaysia apabila pasaran mula menunjukkan trend menurun untuk beberapa tahun terakhir ini.

Sebabnya, tiada lain. kerajaan Malaysia tidak mampu lagi menawarkan subsidi kepada anda dek kerana hutang dan pengurusan dana negara yang agak tegang pada ketika ini.
Cadangan & Harapan Berita Semasa Menjelang Pembentangan Bajet 2015

Kenaikan harga minyak telah pun berlaku. Kesan domino tetap akan berlaku. Hidup rakyat Malaysia tetap perlu diteruskan seperti biasa. Walaubagaiamnapun, diharapkan kerajaan Malaysia dapatlah pertimbangkan beberapa cadangan seperti di bawah ini menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kelak…


Kerajaan memberikan peluang kepada pencarum untuk keluarkan KWSP bagi tujuan membeli tanah (minimum 1 ekar) bagi akaun KWSP yang sudah melebihi 10 tahun dan simpanan minimum berjumlah lebih RM100,00. Di mana bayaran mesti dibuat terus kepada institusi yang yang memberikan pembiayaan.

Cukai pendapatan individu diturunkan pada kadar yang munasabah. Contohnya, sara diri daripada RM9,000 kepada RM12,000 contohnya, begitu juga tanggungan untuk anak-anak. Masih lagi menggunakan kadar yang lama
.
Pembayaran bonus kepada kakitangan awam sekurang-kurangnya sebanyak 1 bulan gaji

Membantu nelayan menjual ikan terus kepada pelanggan tanpa menggunakan orang tengah, di mana kerajaan boleh mewujudkan pasar ikan di bandar-bandar besar.
 Kerajaan boleh salurkan subsidi kos pengangkutan ikan untuk diedarkan kepada orang ramai
Berita Semasa cukup bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir dan Dr Fatimah Kari & Tun Mahathir mahukan BR1M dihentikan, menjadikan rakyat Malaysia makin malas. Bagi Berita Semasa lebih baik gunakan dana BR1M untuk menampung subsidi lagi bagus. Naik minyak untuk BR1M untuk apa? Fresh Graduate baru dapat kerja pun dapat BR1M? Income tax pun tidak bayar lagi. 

Ok baik, Cadangan Berita Semasa adalah bagi menggantikan BR1M adalah peruntukan br1m itu lebih baik tukar menjadi “food stamp” sahaja, yang hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan SAHAJA.

Kerajaan perlu pastikan food stamp itu bukan dalam bentuk kupon seperti baucer buku yang begitu mudah disalah guna oleh penerima tetapi dalam bentuk kad debit untuk membantu golongan penerima program “Food Stamp” ini. Setiap bulan masuk jumlah bantuan yang telah ditetapkan ke dalam kad debit penerima, bagi membolehkan penerima berbelanja barang keperluan yang telah ditetapkan juga.

Elaun perumahan kakitangan awam dinaikkan RM180 kepada sekurang-kurangnya kepada RM400.
Anda ada cadangan lain, mohon hantar dan kongsikan bersama…BACA SINI : Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!


Apa pula cadangan anda menjelang Bajet 2015 Malaysia kali ini?

ANNUAR KRITIK FAM DAKWA 'BERAT SEBELAH'



Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bersikap berat sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2014.

Beliau berkata FAM tidak seharusnya mengubah tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini kerana ia hanya akan memberikan masalah kepada pasukan lain.

"Jadual perlawanan tidak harus di ubah sewenang wenang...Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil...jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.

"Cukup-cukuplah buat benda sebegini....kekalkan jadual yang sudah lama di sahkan.....bila nak berubah ini?..."," katanya dalam laman sosial Facebooknya, Rabu.


Annuar berkata demikian bagi mengulas keputusan FAM pada Selasa yang bersetuju dengan permintaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengubah tarikh suku akhir kedua antara JDT dan Terengganu di Larkin daripada 11 Okt kepada 17 Oktober.

Jumaat lepas, pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. -mStar

08 Oktober 2014

GUAN ENG BELI KERETA KEBAI PULAK....

SUMBER DARI MACAI......

Wahh hebat lah orang penang dapat km yg sentiasa mengutamakan "keselamatan dirinya". Saya pun susah jugak nak sebut jenama kereta nih tapi untuk memudahkan kita sebut ia "kerete kebal lge" yg bernilai rm2.2 juta kelebihan kereta ni ia kalis peluru dan kalis air, boleh masuk kedalam laut untuk meninjau pembinaan terowong dasar laut yg selalu salah kira sehingga mencecah RM6.0 billion. Org melayu penang boleh tengok jer dan jangan pegang sebab "kereta kebal lge" boleh becakap bila disentoh.


POJOK: Lim Guan Eng beli kereta kebal pula


Pemalas betul macai-macai Umno ini. Punyalah pemalas sampaikan fitnah terbarunya terhadap Guan Eng pun tak senonoh. Fitnah tak ada ‘class’. Habis tak ada modal langsung lah penulis-penulis fitnah ini semua sampaikan Guan Eng terpaksa ditohmah beli sebuah kenderaan yang nampak macam lori.

Kenderaan Knight IV buatan Kanada ini memang nampak macam kereta kebal. Tapi kalau pandang dari tepi, ada gaya macam lori dengan gaya Batman. Menurut tulisan macai Umno (yang sudah hilang tiba-tiba) harga kenderaan ini ‘2 juta’ lebih.

Kenderaan begini kita tak pernah lihat di Malaysia. Apa nama benda ini juga kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah gambar fitnah ini dikutip dari internet, dan ditokok tambah dengan nombor pendaftaran ‘PG 1’, nombor pendaftaran kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Benda yang nampak macam lori ini dikatakan menunjukkan belang DAP yang sebenar. Kononnya tak cukup beli kereta mewah, sekarang beli menatang ni pula.

Lim Guan Eng yang sikit punya skema dengan rambut sikat tepi itu pastinya akan nampak gagah sekali dengan kenderaan begini. Macam ‘rockstar’.

Cuba lah senonoh sikit buat kerja. Nak fitnah pun biarlah semenggah. Fitnah lah Guan Eng ada skandal dengan budak perempuan bawah umur, atau beli cincin harga juta-juta untuk isteri. Atau tuduh sahaja Lim Guan Eng makan rasuah.

Ini tidak. Kepala lori yang dijadikan modal. Kenapa begitu teruk sekali usaha para macai ini? Adakah tuannya tidak memberi makan? Atau adakah para macai ini semua sudah hilang akal?

Yang lebih menghairankan, ada pula mamat yang percaya dengan fitnah mengarut ini. Fitnah yang kalau setakat diceritakan kepada budak-budak pastilah kagum mereka itu melihat Ketua Menteri Pulau Pinang guna kenderaan yang kelihatan macam kereta Batman.

Sikap ‘baloq liat’ macai-macai Umno ini merunsingkan. Barangkali mereka sememangnya sudah putus asa dan kebosanan memikirkan apa fitnah menarik untuk dilemparkan kepada Setiausaha Agung DAP itu. Dan mungkin juga tak ada peruntukan. ‘Duit tak turun’ bak kata puak-puak Umno ini. Duit tak turun macam mana nak upah pelakon untuk buat video lucah (contoh).

Tolonglah Umno. Kreatif lah sikit. Kot ya pun mahu mengalihkan perhatian orang ramai dari kerunsingan setelah harga minyak naik 20 sen, takkan lah ini sahaja yang mampu kau lakukan? Penat kelentong ‘selaras subsidi’ apa bagai, penyudahnya fitnah kepala lori sahaja yang mampu dibikin?

Cuba lagi. Tolong lah cuba lagi. – Roketkini.com

Putrajaya enggan dedahkan kos pesawat Rosmah ke Indonesia


Putrajaya enggan dedahkan kos pesawat Rosmah ke Indonesia



Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru diberi anugerah tertinggi Minangkabau dan menaiki pesawat rasmi ke Padang, Indonesia.

Putrajaya enggan mendedahkan kos spesifik ‎pesawat rasmi negara yang membawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau baru-baru ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dalam soalannya di Dewan Rakyat mahu Putrajaya mendedahkan tujuan Pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA terbang ke Padang pada 27 Ogos lalu.

Setiausaha pengelola DAP itu juga mahu Putrajaya mendedahkan kos dan penumpang yang bersama dalam penerbangan itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, selain Rosmah, senarai penumpang tetamu kehormat dalam pesawat itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan serta delegasi kerajaan.

Shahidan juga berkata pesawat tersebut digunakan atas urusan perdana menteri bagi lawatan rasmi ke Singapura.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya," kata Shahidan sepertimana dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Rosmah pernah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan jet rasmi kerajaan bagi persidangan wanita di Doha, Qatar.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) pada sidang Dewan Rakyat tahun lepas dan mendapat kritikan hebat daripada orang ramai.

Loke berkata perkara itu diketahui melalui seorang pemberi maklumat pada Ogos lalu apabila data pesawat mi‎lik Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui laman web 'FlightRadar24.com" mengesan penerbangan pesawat itu pada 27 Ogos lalu.

"Dalam data tersebut menyatakan pada 27 Ogos, pesawat itu berlepas daripada Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudiannya membuat penerbangan ke Padang, Indonesia.

"Pada 28 Ogos lalu, pesawat itu terbang dari Padang, Indonesia ke Singapura sebelum ke KLIA dan Subang," katanya.

Beliau berkata penerbangan pada 27 Ogos itu adalah pada hari Rosmah menerima anugerah darjah tertinggi suku Minangkabau di Padang, Indonesia dan pada hari sama menemani perdana menteri merasmikan Agrobazar Malaysia di Singapura.

Loke bagaimanapun kesal apabila Putrajaya bertindak menyembunyikan‎ kos perbelanjaan menggunakan pesawat tersebut.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini, apabila saya bertanyakan soalan mengenai angka, mereka selalu akan memberikan butiran terperinci.

"Namun tidak kali ini, seperti mereka mahu berahsia dan ingin menyembunyikan bagi mengelakkan persepsi negatif," katanya.

Beliau berkata, isu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan pesawat khas kerajaan sudah berkali-kali dibangkitkan di Dewan Rakyat.

"Saya pernah bertanyakan pada bulan Mac lalu berkenaan kos penerbangan ‎beliau ke Qatar dan jawapan diberikan ialah RM426,489.46," katanya.

Loke membidas Putrajaya kerana menurutnya tidak ada mana-mana menteri tidak boleh menjawab persoalan daripada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Setiap sen dibelanjakan untuk kemudahan rasmi digunakan perdana menteri dan isterinya serta anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan.

"Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberikan jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan dapat dijamin?" soalnya.~TMI

FACEBOOK BELI WHATSAPP NILAI SEBANYAK RM62 BILION!!!


Facebook meterai perjanjian pembelian WhatsApp pada nilai AS$19 bilioN


Facebook memeterai perjanjian pembelian aplikasi WhatsApp pada nilai sebanyak AS$19 bilion


.
NEW YORK: Facebook telah memeterai perjanjian pembelian aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat, pada nilai AS$19 bilion semalam.

“Kami berharap untuk menghubungkan dengan lebih ramai orang di seluruh dunia dan terus meningkatkan kualiti bagi pengguna WhatsApp,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook dan dipetik oleh agensi beritaThe Wall Street Journal.

Pembelian aplikasi WhatsApp menyaksikan pengasasnya, Jan Koum menyertai lembaga pengarah Facebook dan kekal sebagai ketua WhatsApp.

Gaji Koum akan ditetapkan kepada AS$1 setahun, menurut satu kenyataan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat semalam, sama seperti yang diterima CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

Brian Acton, yang juga pengasas WhatsApp, akan kekal berada di syarikat itu di bawah syarat-syarat pembelian yang menjanjikan “geran dorongan”, kata Facebook.

Pembelian WhatsApp ini mengesahkan pegangan Facebook dalam dua aplikasi sosial paling popular di dunia selain Instagram.

07 Oktober 2014

BELANJAWA 2015: Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB,Berisiko bangkrapkan negara



Belanjawan 2015: Berisiko bangkrapkan negara, Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB


KUALA LUMPUR, 7 OKT: Perdana Menteri perlu menjelaskan kesan hutang mega RM36 bilion yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad yang berisiko membangkrapkan negara, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi itu, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.

“Jika ia tumbang dengan membawa hutang itu – satu kebarangkalian yang semakin dibimbangi masyarakat kewangan – Najib akan dikenang sejarah sebagai Perdana Menteri yang mungkin membangkrapkan kerajaan Malaysia.

“Maka, beliau perlu menjelaskannya Jumaat ini. Sebarang pengumuman (belanjawan) tanpa menyentuh isu ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laman Kinibiz, 1MDB merancang untuk meraih RM8.4 bilion sukuk untuk mendanai kegiatannya tahun ini.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri menyerang Najib melalui isu ini, apabila berkata wang untuk badan itu hasil daripada hutang negara, dan Malaysia yang mengalami belanjawan defisit setiap tahun tidak mungkin membayar hutang sebesar itu.

Mengulas lanjut, Pua mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.

Antaranya, katanya lagi, adalah mengenepikan komitmen untuk menjalankan tender terbuka bagi kontrak penjana tenaga bebas (IPP), sebaliknya memberikannya secara terus kepada 1MDB walaupun ia bukanlah pembida terendah, serta projek tenaga solar 50 megaWatt di Kedah pada Mac dan stesen jana kuasa gas 2,400 megaWatt pada Ogos lalu – yang sebenarnya tidak pun diperlukan sehingga tahun 2021.

“Tindakan ini secara jelas ‘bail-out’ yang amat mahal oleh kerajaan. 1MDB amat terdesak untuk mendapatkan hasil mencukupi untuk membayar hutangnya, yang antaranya berpunca daripada pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran ke atas syarikat IPP yang hampir tamat tempoh dua tahun lalu,” katanya lagi.

“Ironinya, 1MDB memiliki aset cair RM7.18 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, yang terkenal sebagai tempat mengelakkan daripada cukai. Tahun lalu, ia hanya memberi pulangan 5.76 peratus walaupun kos dana tersebut melebihi 6 peratus,” katanya lagi.

Justeru itu, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, Najib tidak boleh lagi mengelak daripada menjelaskannya, apatah lagi ‘projek peliharaannya’ (pet project) itu boleh secara sendirian menghancurkan sistem kewangan negara.

“Ia termasuk pembelian tanah seluas 238 ekar di Pulau Pinang dengan harga RM1.38 bilion, di mana ia menjanjikan untuk membina 9,999 buah rumah mampu milik, enam hari sebelum Pilihanraya Umum lalu. Lebih setahun, tiada apa yang berlaku terhadap projek yang dibayar melalui hutang dengan institusi kewangan itu.

“Hutang langsung dan tidak langsung sebanyak RM36 bilion ini menggelapkan peluang penambahbaikan dalam belanjawan defisit yang akan diumumkan Najib Jumaat ini,” katanya lagi. – Sumber

PENOREH MAHU SUBSIDI HARGA GETAH, JANGAN HARAPLAH DASAR KERAJAAN MAHU HAPUSKAN SUBSIDI !!!

Penoreh mahu subsidi harga getah

ALOR SETAR - Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) Kedah mencadangkan agar Perdana Menteri mengumumkan satu mekanisme terbaik membantu penoreh pada pembentangan bajet, Jumaat ini, dengan mewujudkan subsidi harga getah seperti harga diesel/petrol/gula dalam memulihkan harga getah yang semakin merudum.

Pengerusinya, Mohd Taufik Yaakub berkata, kemelut kejatuhan harga getah sudah lama diadukan, namun tiada usaha yang berjaya memulihkan harga komoditi itu sehingga kini, malah harganya dijangka jatuh lagi kepada RM1.20 sen/kg, berbanding terkini, RM1.50 sen/kg.


“Golongan penoreh harap ada kejutan buat mereka pada bajet kali ini, mereka mahukan jalan penyelesaian jangka panjang untuk stabilkan harga getah di pasaran, bukan saguhati yang hanya boleh meringankan beban dalam tempoh singkat,” katanya.

Menurutnya, pengurangan subsidi petrol/diesel baru-baru ini boleh disalurkan kepada dana untuk menstabilkan harga komoditi getah, agar kembali pada paras selesa, sekurang-kurangnya RM3.50-RM4.50/kg (harga lantai).




“Jika kerajaan dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak sepakat dengan negara-negara pengeluar getah Asia untuk mewujudkan stok penimbal bagi menstabil dan mengawal harga pasaran getah dunia, masalah ini tidak akan selesai,” katanya.

Mohd Taufik berkata, kerajaan juga disaran mengkaji semula cukai ses untuk mengurangkan beban penoreh.

“Setiap sekilogram getah menyumbang cukai ses sebanyak 14 sen kepada kerajaan. 10 sen disalurkan kepada Risda bagi tanaman semula dan 4 sen kepada LGM untuk penyelidikan. Kadarnya wajar dikaji atau mansuhkan,” katanya.

Menurutnya, biarpun harga getah bukan dikawal secara langsung oleh kerajaan atau LGM, sebaliknya oleh pengilang, pelabur serta pasaran luar, kerajaan tidak boleh lepas tangan memantau serta membantu menstabilkan harga di pasaran.

“Pergetah kesal kerana masih tiada jalan penyelesaian berhubung kemelut ini walaupun sesi dialog kerap diadakan bersama LGM. Harap akan ada strategi berkesan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan harga petrol/diesel sama ada membebankan lagi bebanan penoreh, Mohd Taufik berkata, kenaikan itu tidak memberi kesan besar terhadap golongan itu kerana penggunaan petrol/diesel seharian sekitar RM5 hingga RM10, untuk pengangkutan.

“Yang dibimbangkan ialah berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan rentetan daripada kenaikan itu. Sudahlah harga barang naik, harga getah pula merudum, tidak mustahil penoreh terpaksa ikat perut untuk berjimat,” katanya.

Sabtu lalu, lebih 500 penoreh getah di Kampung Lanai, Baling, mendakwa hanya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sebulan berikutan penurunan harga getah sekerap. Difahamkan, harga getah di kawasan itu dijual antara RM1.70 hingga RM1.80 setiap kilogram (kg), berbanding sebelum ini, antara RM2 ke atas.

Mereka merayu agar kerajaan prihatin dan bantu menaikkan kembali harga getah di pasaran, berikutan dihimpit keperitan hidup, dengan bebanan kos sara hidup malah tidak lagi mampu memberi anak duit belanja ke sekolah. ~SH


JANGAN HARAPLAH KERAJAAN NAK BAGI SUBSIDI....
SUBSIDI YANG ADA SEMUANYA NAK DITARIK....
TUNGGULAH JAWAPAN PELIK DARI MENTERI ALBODEKI........




SAMSUNG BUAT PELABURAN RM48 BILION, SEDIAKAN 150K PEKERJAAN....INI LABUR 200 JUTA DAH RASA MEGAH....

Samsung labur AS$14.7 bilion bina kilang cip baharu


SEOUL: Samsung Electronics akan melabur AS$14.7 bilion (RM47.86 bilion) membangunkan sebuah kilang pengeluaran cip, bagi memberi lebih tumpuan kepada perniagaan separa konduktor berikutan penguasaannya dalam segmen telefon pintar semakin menyusut.

Samsung, pengeluar cip terbesar dunia, berkata kemudahan pengeluaran itu akan dibangunkan di Pyeongtaek, kira-kira 75 kilometer ke selatan Seoul. Pelaburan itu akan mewujudkan 150,000 pekerjaan, hampir satu pertiga penduduk bandar itu. Pembinaan loji baharu itu dijangka siap menjelang separuh kedua 2017.

Tumpuan kepada pengeluaran cip dibuat selepas perniagaan telefon pintarnya semakin dihimpit Apple Inc terutama dalam segmen premium manakala saingan dari syarikat China seperti Lenovo menguasai segmen sederhana dan murah.


Untung operasi suku kedua bahagian peranti mudah alih Samsung jatuh dalam dua suku tahunan berturut-turut, terburuk sejak 2011.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, permintaan tinggi bagi peranti mudah alih meningkatkan tempatan untuk cip, justeru bahagian separa konduktor Samsung akan menjadi penyumbang utama keuntungan kumpulan.

Loji di Pyeongtaek akan mengeluarkan sama ada cip logik atau memori, kata Samsung Electronics sambil menambah keputusan pelaburan itu di peringkat penilaian akhir.

"Ketika ini satu-satunya bahagian syarikat itu yang menyumbang keuntungan mapan adalah unit separa konduktor, jadi memang wajar ia terus memberi perhatian dan melabur dalam perniagaan itu," kata penganalisis di IM Investment, Lee Min-hee.

Perniagaan cip dijangka menjadi penyumbang tunggal terbesar bagi kumpulan itu yang dijangka mengumumkan prestasi suku ketiga yang tidak begitu menggalakkan. Samsung dijangka mengumumkan amaran tinjauan pendapatan lebih rendah esok.

Kaji selidik Thomson Reuters I/B/E/S daripada 42 penganalisis bagi keputusan kewangan suku ketiga Samsung memberikan unjuran untung operasi sebanyak AS$5.24 bilion (RM17.06 bilion), prestasi suku tahunan terburuk syarikat itu sejak suku keempat 2011.

Beberapa penganalisis mengunjurkan bahagian separa konduktor akan mengumumkan untung operasi lebih tinggi berbanding bahagian telefon mudah alih pada suku ketiga tahun ini, kali pertama dalam tiga tahun.

Bahagian pasaran telefon pintar Samsung susut sejak dua suku tahunan lalu, mengikut kajian Strategy Analytics, seiring dengan penyusutan keuntungan bahagian peranti mudah alih. - Reuters

MB SELANGOR ADA KUASA VETO UNTUK BATALKAN PESTA ARAK OKTOBER!!!


EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR NAFIKAN PESTA ARAK OKTOBERFEST DI TEMPAT LETAK KERETA ONE UTAMA, PETALING JAYA DILULUSKAN SEMASA PENTADBIRAN TSKI.




"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI dan 4 Exco PAS. Ini tidak benar. Ia tidak pernah dibawa kpd mesyuarat Exco".

Jika apa yang diberitahu oleh Exco Kerajaan Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar A.Samad ini benar, maka jelas sekali pihak yang mau meruntuhkan kredibiliti dan integriti TSKI dikaca hati dan mata rakyat tiada noktahnya. .. Mau terusan menjalankan aktiviti memusnahkan imej TSKI selagi boleh tanpa takut akan dosa dan faham makna fitnah dan penipuan dalam jiwa dan minda mereka.

Tidak puas lagikah hati kalian semua????? ... Apa lagi kamu mau???? .. Nak dia dipecat .. sudah dapat .. nak kan wang rizab melebehi RM3.2 billion dah pun dalam gengaman ... nak londeh dan aibkan serta memberi malu kepada dirinya .. sudah pun dilakukan ... Apa lagi yang tidak puas hati????

Jika benarlah Oktoberfest yang bakal diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di Tempat Letak Kereta One Utama Petaling Jaya mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bukankah Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini boleh menggunakan kuasa veto mengarahkan agar pesta arak itu dibatalkan jika ianya mendapat permit dan kelulusan dari MBPJ.

Susah sangat kah kerja itu? ... Apakah Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu kini hanya sibuk terjah tempat sampah, panjat lori sampah dan lompat masuk longkang sebagai kerja utamanya????

Cukuplah kerja memfitnah ni .... sampai bila nak berdendam kesumat .. jangan pamirkan diri itu memiliki hati hitam kaudu pekat .. kuasa ini hanya sementara sahaja.

Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.~ OK

Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Demi berlaku adil dimaklumkan bahawa YAB Azmin Ali angkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23hb September 2014 yang lalu.

06 Oktober 2014

TERKINI! BOT TEMPUR CB204 TLDM DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT!!!

Pautan kekal imej terbenam

PERKEMBANG TERKINI DI LOKASI

Abdul Aziz Jaafar ‏@ChiefofNavy 17 min17 minit lalu

CB204: Bot telah dijumpai oleh pada jam 1849. KD Ganas sedang merapatinya. Namun, keadaan laut yg bergelora (State 4) menyukarkan. ( 2.5 -4 METER)

Abdul Aziz Jaafar ‏@ChiefofNavy 23 min23 minit lalu

CB204: Gambar keadaan laut di lokasi SAR sebentar tadi sebelum sunset. Lihat ombak besar melanda kapal KD Ganas.

6searcharea.transformed_0

Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.




Beliau berkata komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.

"Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter.



Pautan kekal imej terbenam

Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.



Punca Bot Tempur TLDM terputus hubungan




Kota Kinabalu – Keadaan cuaca buruk luar biasa dikenal pasti antara punca Bot Tempur CB204 terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Panglima Wilayah Laut 2 Datuk Mohammad Rosland Omar berkata, sebelum bertolak pihaknya mendapat maklumat berhubung keadaan cuaca yang buruk namun boleh diharungi oleh bot tempur tersebut.

“Bagaimanapun selepas bertolak kira-kira 50 batu nautika dari Pangkalan TLDM di Sepanggar, keadaan cuaca bertambah buruk sehingga ketinggian ombak mencapai tahap lima (antara 2.5 sehingga 4 meter).

“Pada tahap ini, CB204 tidak boleh mengharungi ombak menyebabkan KD Paus memohon kebenaran untuk berpatah balik ke pangkalan,” katanya dalam sidang media di sini semalam. Tambah Mohammad Rosland, sebaik menerima kebenaran, KB Paus cuba menghubungi CB204 namun gagal, lapor Hmetro

PANAS! AHLI UMNO DAH MENGAMUK PADA PM.....



Soalan Berani Mati Untuk Perdana Menteri Dari Ahli UMNO Bernombor 02982371

1. Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah ? Pernah ke makan anak tamban kering, bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah? Apa yg saya tengok kehidupan awak dalam filem TANDA PUTERA (filem wajib BTN) adalah semewah mewah kehidupan...(jangan pulak lepas ni awk arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut utk tunjuk awak motong getah).

2. Awak ni pernah ke meniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dgn gunakan kereta kancil 660 (kononnya sahut seruan menteri utk tambah pendapatan)..dah habih niaga kancil tak leh start pasal bateri kong...puncanya bateri yg sama diguna utk menerangi lampu waktu berniaga?
Pas tu bila balik kena tahan polis pasal payung berniaga..terjojol kat tingkap kancil? Lepas tu kena saman pasal "kereta persendirian tak boleh bawa berniaga".

3. Awak tahu tak hari ni org berpusu-pusu pergi pasar beli persiapan raya..bukan saja harga ayam yg naik..bahkan harga lengkuas, serai,daun kunyit pun naik...mana dia yg dikata KPDN akan pantau harga? Sedangkan saya tak nampak seorang pun penguatkuasa yg bertugas. Lepas ni saya agak mesti ada menteri2 pembodek (terutama hasan malek, ku nan,shafei afdal, mat maslan, mail sabri) yg akan berkata..harga lengkuas naik sbb rakyat malas tanam!

4. Awak pernah ke melawat sesuatu kawasan dan nampak realiti sebenar?
Yg saya tau..bila awak turun tempat itu akan di hias indah..jalan berlopak akan ditampal atas arahan Fadilah Yusof...dan dilaksanakan oleh Jurutera Daerah...semua yg indah2 akan dipasang hingga tertopenglah wajah sebenar..semua sepanduk alu-aluan akan dipasang oleh Pemuda2 UMNO dan BN..yg diupah 30 ringgit dan dibelanja tomyam oleh UMNO Bahagian?

5. Pernahkan awak jalan bersendirian (mungkin boleh ditemani 2-3 UTK) memandu waja dan melihat kehidupan rakyat marhaen? Supaya awak boleh menyelami kehidupan mereka..
Yg saya tau..sekiranya awak nak turun..seminggu lebih awal SB akan berkampung dulu..di waktu lawatan pula seluruh agensi keselamatan akan mengawal lokasi..siren peronda pula akan melalak lalak di setiap laluan hingga orang buta pun tahu awak dah sampai.

6. Pernah kah awak secara terbuka menjumlahkan kerugian negara yg diseleweng oleh kroni-kroni awak? Berapa bilionkah jumlah itu hingga rakyat terpaksa membayar dgn kos kenaikan harga minyak?

7. Jadi bilalah awak nak letak jawatan?

BOT TEMPUR CB204 DIPERCAYAI MASIH SELAMAT -TLDM

Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.

Bot tempur CB204 dipercayai masih selamat - Tan Sri Abdul Aziz


"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.


Bot tempur CB 204 dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.
KUALA LUMPUR: Bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah dipercayai masih selamat biarpun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran cuaca buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

“Kami yakin bot tersebut masih selamat kerana keupayaannya iaitu ia memiliki ciri kestabilan apungan yang tinggi,” ujar beliau yang menambah bahawa operasi SAR pada hari kedua menyaksikan penglibatan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.

Empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi tersebut ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.

"Kami telah mengarahkan pesawat Super Lynx dan kapal KD Lekiu untuk menyiasat," ujar Abdul Aziz.

Operasi SAR bot tempur CB204 yang hilang di kawasan pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu itu berdepan cabaran cuaca buruk iaitu membawa hujan lebat dan ombak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.


Read more at:SUMBER

GAMBAR DAN BERITA INI SAHKAN KL MENJADI 'MINI DHAKA'

Masjid terbuka ‘Mini Dhaka’

Kuala Lumpur: Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam.
Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri.

Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.


RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu.

Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha. ~HM

BOT TEMPUR TLDM BERSAMA 7 ANGGOTA HILANG DI PERAIRAN SABAH


Foto

Bot tempur TLDM dikhuatiri hilang di perairan Sabah



Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.

Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.

Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya. – Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...