19 Oktober 2013

PANAS ! BETUI KE? ANWAR DIMALUKAN DI AUSTRALIA.....LIHATLAH SENDIRI....



INSIDEN BAKAL MEMBUAT UMNO/BN BERTAMBAH MARAH DENGAN DSAI!!!!!



Ekoran dari Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.

Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.Amaran

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik.

Apakah tidak balas susulan oleh para pelajar kita?

Rupa-rupanya tidak memberi kesan apa-apa pun.. mereka turun beramai-ramai membuat bantahan secara aman menyatakan sokongan kehadiran DSAI di Universiti Adelaide, Australia.




Pelajar Malaysia di Australia bantah arahan Putrajaya halang hadir program Anwar

Anwar kelihatan bercakap dengan para pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Adelaide, hari ini. - Gambar ihsan Twitter Fahmi Fadzil, 19 Oktober, 2013.Sekumpulan pelajar Malaysia di Adelaide, Australia hari ini telah mengadakan bantahan ke atas arahan Putrajaya yang melarang mereka menghadiri program Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sana.

Menurut agensi berita Australian Broadcasting Corporation (ABC), hampir sedozen pelajar mengadakan demonstrasi sambil memakai topeng dan memegang sepanduk sebagai tanda tidak akan tunduk kepada arahan oleh Putrajaya itu.

Bantahan tersebut diadakan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh penasihat pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia, Shahrezan Md Sheriff. Menerusi emelnya kepada semua pelajar Malaysia di sana khasnya kepada pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beliau memberi amaran supaya tidak turut serta program Festival Perbezaan Pendapat, Idea dan Demokrasi di Universiti Adelaide hari ini, yang menampilkan Anwar sebagai salah seorang pemidato.
"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa JPA yang terlibat.

"Anda tahu dengan baik apa yang anda tandatangan (perjanjian biasiswa)," kata Shahrezan dalam emelnya kepada pelajar Malaysia di sana.


Anwar ketika berucap di hadapan hadirin yang memenuhi dewan di Universiti Adelaide. - Gambar ihsan Instagram Anwar Ibrahim, 19 Oktober, 2013.

ABC melaporkan, Anwar sebaik tiba di perkarangan program telah memuji dan menyapa para pelajar atas pendirian teguh mereka untuk terus menghadiri program tersebut.

Anwar juga memberitahu ABC kekecewaannya dengan amaran yang dikeluarkan terhadap pelajar-pelajar Malaysia itu.

Susulan kontroversi tersebut, kerajaan Australia menerusi Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan telah menegaskan bahawa semua pelajar termasuk dari Malaysia mempunyai hak dan kebebasan seperti termaktub di bawah undang-undang Australia.

"Saya hargai terhadap respon awal, sekurang-kurangnya ia menggambarkan kedudukan kerajaan Australia dalam isu tersebut, supaya pihak berkuasa Malaysia dan pelajar memahaminya.

"Apa yang diperlukan adalah menentukan sama ada perkara ini betul atau salah di bawah undang-undang Australia, dan tradisi demokratik, kamu tidak boleh bertolak-ansur terhadap larangan ini," kata Anwar dipetik laporan agensi berita tersebut.

Senator Australia, Nick Xenophon, yang rapat dengan Anwar dan pernah dihalang memasuki Malaysia pada tahun lepas, membidas Canberra kerana sikap kurang tegas dalam menangani isu tersebut, yang katanya akan menggalakkan sikap biadap kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Australia tidak mempunyai ketegasan dalam perkara ini, ia benar-benar satu sikap yang memalukan di pihak Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri," selar Xenophon dalam kenyataan yang dipetik daripada media tersebut.

Sempena lawatannya ke negeri Australia Selatan itu, Anwar juga telah menyampaikan khutbah Jumaat semalam bertajuk "Kebangkitan dunia Islam, peranan minoriti Muslim dalam masyarakat Barat".

Panas ! “Cuma kalau Mukhriz kalah, masaklah Najib kena dengan Mahathir,”


Politik wang terlalu mahal, calon Umno kempen secara berkumpulan



Di saat-saat akhir sebelum bermulanya pemilihan bagi jawatan tertinggi dipertandingkan Umno seperti Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT), calon-calon terpaksa bekerjasama secara berkumpulan untuk menampung politik wang yang terlalu mahal dalam parti Melayu terbesar itu.

Walaupun objektif sistem pemilihan baru bertujuan mengekang politik wang, seorang wakil calon kepada seorang calon MT Umno memberitahu, beliau bersama wakil-wakil calon lain terpaksa bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan mereka dapat menampung kehendak perwakilan-perwakilan yang kini semakin ramai disebabkan sistem pemilihan baru digunakan kali ini.


“Perwakilan ada yang minta RM300 seorang, ada yang minta RM500 seorang. Tengok tempat,” The Malaysian Insider diberitahu seorang wakil calon kepada seorang menteri yang tidak mahu dikenali.

“Jadi untuk tampung kos yang ‘mahal’ ini. Kami kempen secara berkumpulan. Kita guna ‘chai’, jadi semua calon donate untuk bayar kepada perwakilan. Katalah dalam RM50 seorang,” katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah, 146,000 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti itu dalam pemilihan hari ini.

Anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college", yang bertujuan membasmi gejala politik wang.

Seorang lagi wakil calon kepada calon MT memberitahu jika tidak menggunakan wang, sudah pasti calon-calon yang bertanding akan dikalahkan.

“Perwakilan nak pemimpin-pemimpin berkongsi sikit sahaja daripada apa yang mereka ada. Kalau tak bagi, bersedialah untuk kalah.

“Jadi kami kenalah bekerjasama untuk tampung wang yang nak diberi kepada perwakilan,” katanya yang berkempen untuk seorang calon dari Utara.

Sebelum ini, nasib pemimpin tertinggi Umno hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti itu.

Sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota MT (62).

Tumpuan adalah kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal yang akan berhadapan dengan Tan Sri Mohd Isa Samad, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Kedua-dua sumber itu juga mengesahkan terdapat arahan daripada pemimpin tertinggi Umno untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang naib presiden Umno.

“Untuk calon VP, kami akan kekalkan yang sedia ada. Itu arahan atas. MT bebas,” katanya yang baru tiba dari negeri utara itu.

“Cuma kalau Mukhriz kalah, masaklah Najib kena dengan Mahathir,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.
Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden dan timbalan presiden Umno oleh kerana kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam berkata parti Melayu itu kekal di takuk lama sekiranya politik wang masih digunakan oleh segelintir calon.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, selain tiada kemajuan yang dapat ditunjukkan, Umno juga bakal rosak kerana calon gagal mematuhi peraturan terutamanya melibatkan politik wang.

Katanya, matlamat asal Umno menukar sistem pemilihan yang memberi kelayakan kepada lebih 145,000 perwakilan mengundi adalah untuk mengelakkan rasuah dan politik wang.

18 Oktober 2013

TAK SANGKA! BENDA AJAIB MUNCUL DI KEDAH.....

Sakan jugak Kedah dah ada benda-benda yang pelik masa BN perintah dengar kata depa nak buat pelabuhan kut dengan projek RM7 bilion.....kalau hangpa tak caya baca dalam wikipedia dibawah.......

Misteri Sg Limau : Ada Jambatan di bina menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Bunian..!!



Hasil buah tangan projek KERAJAAN UMNO BN yang memerintah KEDAH.... memandangkan penduduk Pulau Bunting seramai 30 ribu orang maka telah di bina satu Jambatan dianggarkan kos RM7 bilion?  ( ikut kenyataan sejarah di web wikipedia)  untuk kesenangan penduduk di pulau berhubung dengan tanah besar...

Hebat UMNO BN buat projek...



Suntingan dari WIKIPEDIA.....

Pulau Bunting Bridge adalah jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting ke tanah besar Kedah , Malaysia . Jambatan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) manakala kontraktor utama ialah Gamuda Berhad .

Sejarah [ sunting ]

Ia telah dibina antara tahun 2002 dan 2005. Semasa pembinaan, ramai nelayan kehilangan mata pencarian mereka kerana jentera yang digunakan untuk projek yang menghalang mereka daripada menangkap ikan di sekitar Pulau Bunting.
Jambatan itu kini masih kurang dimanfaatkan sejak ia menjadi gajah putih dan telah banyak dikritik kerana fakta bahawa ia telah berkhidmat tujuan yang menghubungkan ke sebuah pulau tidak berpenghuni yang ditanggung kos projek sebanyak RM 7 bilion.
Rasa tidak puas hati penduduk tempatan masih tidak diketahui ke seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT HANGPA BACA SINI Sumber Wikipedia

17 Oktober 2013

HOT ! SYABAS SABOTAJ EKONOMI SELANGOR? LIHAT BUKTINYA

Syabas sabotaj ekonomi Selangor?




Hasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di ne-geri ini.

Perkara itu disebut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama.

Menurut Sohaimi, syarikat konsesi itu berbuat demikian atas dakwaan Selangor menghadapi kekurangan air terawat yang serius.

Syabas sebelum itu mencadangkan catuan bagi menghadapi krisis seperti yang didakwa mereka.

Kerajaan Pusat bagai-manapun berkata catuan tidak diperlukan.


“Pengumuman Kerajaan Pusat bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan setakat ini, bermakna ada bekalan air terawat yang mencukupi untuk pelanggan Syabas, sama ada kediaman atau industri,” tegas laporan SERC itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Selangor tidak berada dalam krisis.

Beliau menolak langkah catuan, sebaliknya menggesa Syabas membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang mengalami gangguan.


“Bagi kawasan yang menghadapi gangguan begini, Syabas dikehendaki membekalkan bekalan air ke kawasan berkenaan. Bukanlah catuan. Kita minta Syabas tangani masalah itu supaya pengguna tidak menghadapi masalah,” tegas beliau.

Antara kes yang pernah dilaporkan, ialah permohonan bekalan air daripada pengusaha sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove Corporation, yang ditolak Syabas. Para pemaju turut mengeluh kerana permohonan mereka juga ditolak.

Bahkan, syarikat pengusaha barangan, F&N, menanggung kerugian besar kerana Syabas tidak membekalkan air selama lima hari kepada kilang F&N di Pulau Indah.

HOT ! KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DIBINA DI P.PINANG, APA KATA JUAK UMNO...




Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang dituduh oleh para juak UMNO sebagai anti Islam dan Melayu semalam telah meluluskan untuk membina sebuah Kolej Islam Antarabangsa di Pulau Pinang.

Cadangan Reka bentuk banguna yang terbal di bina di atas Lot Pt 260, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah pun di luluskan oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

Lengkap dengan Blok Asrama, Rumah Warden, Dewan Serbaguna, Kantin, Kompleks Sukan yang mengandungi Kolam Renang,gymnasium, Futsal dan gelanggang Tenis ... Kompleks Pentadbiran terdiri dari Pusat Sumber, Auditorium, Pejabat, Bilik Tutorial, Makmal Komputer dan Makmal Sains.



HEBAT ! BUDAK YANG KENA TEMBAK, MASIH MAMPU SENYUM...


Masih senyum peluru dalam kerongkong


Ipoh: Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu bercakap dan tersenyum, semalam, walaupun sebutir peluru tertanam di kerongkongnya.

Mohd Amar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), malam Isnin lalu, selepas terkena tembakan dilepaskan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Klinik Parit sebelum menjalani ujian imbasan X-ray di Hospital Batu Gajah dan dipindahkan ke HRPB.

Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, keadaan anaknya itu dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk menjalani pembedahan.

“Walaupun peluru tertanam di dalam kerongkongnya, dia masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa.

Pengakuan Terbuka Keluarga Jakson Tentang ISLAM


Jermaine Jackson, Nyatakan Sebagai Muslim Ketika Umroh

Oleh Saad Saefullah 


Bersama Michael (kanan) semasa hidup.

SELAMA ini dunia hanya mengenal Michael dan Janet Jackson. Michael—akrab dipanggil Jacko—sudah mangkat beberapa tahun lalu. Sementara Janet, belakangan ini dikabarkan masuk Islam. Satu nama lagi dari Jacko yang sering dilupakan adalah Jermaine. Jermaine adalah seorang mualaf, dan disebut-sebut sebagai orang yang juga mengajak Jacko mengenal Islam semasa hidupnya dulu.

Jermaine mengenal Islam pertama kalinya ketika berkunjung ke beberapa negara di Timur Tengah. Saat itu ia tengah melakukan tur promo musik. Salah satu negara yang dikunjunginya adalah Bahrain. Di Bahrain Jermaine merasa diterima dengan baik oleh masyarakat di sana. “Saya sempat bertemu dan mengobrol dengan anak-anak Bahrain tentang banyak hal,” ujarnya.

Satu hal yang tidak pernah dilupakan oleh Jermaine adalah ketika anak-anak itu bertanya soal agamanya. “Saya seorang Kristen,” jawabnya begitu saja. Jermain bertanya balik apa agama anak-anak itu, dan serempak mereka menjawab: “Islam!”

Jawaban itu membuat Jermaine terheran-heran. Anak-anak tersebut tiba-tiba menceritakan tentang Islam padanya. Begitu saja, bocah-bocah itu memberikan informasi seputar Islam sesuai dengan pemahaman yang dimiliki anak seusia mereka. ”Suara mereka memperlihatkan kepada saya bahwa mereka sangat bangga terhadap Islam. Bermula dari sinilah saya tertarik untuk mengenal Islam lebih jauh,” kenangnya.

Pulang dari Bahrain, Jermaine menemui para cendekiawan dan ulama Muslim. Ia banyak bertanya kepada mereka soal Islam dan ia juga mulai menanyakan soal Injil.

Setelah dialog itu, atas dorongan Qunber Ali, salah seorang yang ia ajak diskusi,. Jermaine mengunjungi Riyadh, Saudi. Dari Riyadh, atas undangan pihak keluarga Kerajaan Arab Saudi, Jermaine melanjutkan perjalanan menuju Mekkah untuk melakukan umrah. Padahal saat itu ia belum mengucapkan syahadat. ‘Saat itu saya belum mengetahui banyak mengenai Islam. Tetapi, untuk pertama kalinya saya sampaikan kepada publik bahwa saya telah menjadi Muslim,” ujarnya.

Selama di Saudi, Jermaine semakin banyak mempelajari tentang Islam langsung dari Al-Quran. Akhirnya Jermaine berbulat hati masuk Islam. “Saat itulah, saya merasa seperti dilahirkan kembali. Saya menemukan jawaban atas berbagai pertanyaan yang selama ini tidak bisa saya temukan dalam ajaran Kristen,” ujarnya.

Kembali ke Amerika Serikat, Jermaine menjadi sasaran propaganda media massa yang memang anti-Islam di Amerika. Ia juga mendapatkan perlakuan sentimen dari rekan-rekannya sesama seniman dan artis Hollywood. Apa yang dilakukan oleh Jermaine? Pertama sekali, ia memberikan pengertian tentang Islam kepada seluruh anggota keluarganya.

Catherine Jackson, ibunya, yang pertama bereaksi. ”Kamu (telah) mengambil keputusan ini secara tiba-tiba, atau telah memikirkannya masak-masak?” Tanya Catherine. Keluarganya menilai bahwa dengan masuk Islam, Jermaine menebarkan permusuhan di kalangan masyarakat Amerika. Namun, Jermaine merasa yakin kalau keluarganya tidak akan bersikap sama dengan orang-orang Amerika pada umumnya, karena dia tumbuh dan dibesarkan di lingkungan keluarga yang terbuka terhadap perbedaan. Lambat laun keluarganya bisa mengerti. Tidak hanya kedua orang tua dan saudara-saudaranya yang bisa menerima keyakinan baru Jermaine, tetapi juga ketujuh orang anak laki-lakinya serta dua anak perempuannya dan istrinya. Bahkan mereka pun menjadi mualaf juga seperti Jermaine.

Jermaine mempunyai Sembilan orang anak. Dari mantan istrinya Hazel Gordy ia memperoleh dua anak (Jermaine La Jaune Jackson Jr dan Autumn Jackson). Dari Margaret Maldonado yang tidak ia nikahi, Jermaine memiliki dua anak (Jeremy Maldonado Jackson dan Jourdynn Michael Jackson). Sementara dari mantan istrinya yang kedua, Alejandra Genevieve Oaziaza, ia mendapatkan tiga anak (Donte Jackson, Jaffar Jackson, dan Jermajesty Jackson). Sedangkan dari istrinya sekarang, Halima Rashid, ia mendapatkan dua orang anak. 

[islampos/tellmeaboutislam]

16 Oktober 2013

Jangan Tunjuk Kebodohan Kamu ( Datuk Noh Gadut ) - Kata Asri


Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri


Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.

Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.

"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.

"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.

"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"

Asri menganggap kenyataan sedemikian oleh Noh akan memberikan kesan yang besar kerana isu kalimah Allah tidak wujud di negara Islam lain.

"Beliau menuduh umat Islam seluruh negara sebagai murtad kerana membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, ini sangat besar," dakwa Asri.

Noh dipetik berkata dalam Utusan Malaysia menyelar sesiapa yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai menderhaka dan keji.

"Jika Muslim mempersoalkan dengan menyedarinya, mereka boleh dianggap sebagai kafir atau menjadi murtad," kata Noh yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, Asri juga menerangkan selagi kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada "paling agung", ia tidak bukan satu masalah kepada pihak bukan Islam untuk menggunakannya.

"Jadi, ia sebenarnya bukan satu isu. Muslim percaya kepada satu tuhan. Maka bagaimana kita boleh mengatakan Tuhan kamu berbeza daripada saya," tambah beliau.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan semalam sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campurtangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Panas ! Protes pemilihan, 14 AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan


TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lalu mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.

Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.

"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 ahli jawatankuasa bahagian itu.

Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

Sementara itu bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya sudah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.

"Jika boleh, sebelum 19 Oktober ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," katanya.

Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.

Katanya, Wanita Kalabakan mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lalu.

"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan sudah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.

"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.

Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak selepas menghantar bantahan, meminta ahli Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti.



Kejar lembu di lebuh raya

Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.



Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.


LEMBU korban lari dua kilometer dari tempat penyembelihan.

“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.

“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu.

KOMPOM MUKRIZ KALAH, ADA MENTERI BERKEMPEN...BAWA PERWAKILAN NAIK KAPAL SELAM & HELIKOPTER?



PAS ramal Mukhriz kalah, penyandang kekal



KUALA LUMPUR: PAS meramalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan tewas pada pemilihan Naib Presiden Umno 19 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan trend yang ada dalam Umno sekarang, tidak banyak berlaku perubahan dalam pemilihan itu nanti.

Justeru, katanya, menurut sumber dalaman, tiga penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kedudukan mereka.

Berdasarkan trend sekarang juga, tambahnya, dua lagi calon Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh memanangi jawatan itu.

Menurutnya, walaupun muka-muka lama dikatakan akan mengalami kekalahan terutama Hishammuddin namun ada kempen yang cukup kuat di luar politik Umno untuk mengekalkan mereka.

“Ada campur tangan luar daripada politik Umno yang berkempen cukup kuat untuk mempengaruhi perwakilan bagi mengekalkan tiga Naib Presiden Umno sekarang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sumber itu mendedahkan satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak berkenaan untuk mempengaruhi perwakilan Umno pada pemilihan nanti supaya memberikan kemenangan kepada Hishammuddin dan menolak Mukhriz.

Katanya, menurut sumber itu lagi, jika Mukhriz berjaya pada pemilihan kali ini sudah tentu bapanya, Tun Mahathir akan terus campur tangan dalam urusan Umno.

“Jika Mukhriz menang, Mahathir akan campur tangan dengan lebih hebat lagi di dalam Umno kerana Mukhriz dilihat adalah proksi Mahathir,” ujarnya.

Justeru, ujarnya ‘orang-orang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pasti akan bekerja secara all out untuk memastikan kekalahan Mukhriz bagi mengelakkan wujudnya campur tangan yang berterusan daripada Mahathir terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang.

Beliau menambah, atas perkiraan itu, Mukhriz mesti dikalahkan pada pemilihan Umno kali ini.

Pada pemilihan sayap yang diadakan kelmarin, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Jalil berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Wanita Umno.

HOT ! KEDUDUKAN NAJIB TERGUGAT? MENGAPA....


Keputusan Kalimah Allah Gugat Kedudukan Najib - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan


Keputusan kes kalimah Allah oleh Mahkamah Rayuan diragui dan didakwa tidak peka kepada keadaan semasa, kata peguam dan bekas hakim yang juga melihat ia memberi kesan buruk kepada kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam maklum balas kepada penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan akhbar Herald tidak dibenar menggunakan kalimah Allah, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider bahawa keputusan tersebut memberi implikasi kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Bekas hakim itu yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, gesaan badan bukan kerajaan (NGO) di Semenanjung yang mahu Putrajaya turut mengharamkan kalimah itu digunakan di Malaysia Timur adalah satu cadangan yang merbahaya buat Perdana Menteri.

"Sabah dan Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional (BN) apabila 47 daripada 133 kerusi parlimen di dua negeri itu menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Najib harus menyatakan pendirian sekarang. Beliau tidak boleh berdiam diri lagi kerana perbuatan itu menunjukkan beliau menyokong NGO pendesak tersebut dan meletakkan kedudukannya dalam bahaya," katanya.

Beliau berkata, kebebasan beragama adalah syarat yang dimeterai semasa membentuk Persekutuan Malaya di antara Sabah, Sarawak dan Singapura kira-kira 50 tahun lalu.

"Keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah adalah bertentangan dengan hak penduduk Sabah dan Sarawak untuk mengamalkan kepercayaan mereka," katanya.

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kebiasaannya menggunakan Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa etnik mereka yang turut mengandungi kalimah Allah.

Bekas hakim itu berkata, ketua menteri dan penggubal undang-undang BN di kedua-dua negeri itu perlu memperhalusi keputusan Mahkamah Rayuan ekoran mereka perlu berdepan dengan 2.8 juta pengundi Kristian daripada negeri itu.

"Dengan kuasa politik dan debat awam berhubung isu ini, maka akan wujud juga perbincangan politik dalam beberapa minggu ini.

"Katanya, perbincangan selalunya berkisar tentang keinginan untuk keluar dari Malaysia tetapi ahli politik di dua negeri itu akan mendapat kelebihan kuasa politik untuk mengugut Putrajaya.

Beliau berkata, kegagalan panel hakim melihat isu ini dengan lebih luas meminggirkan keselamatan dan kebajikan negara.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar, berkata penghakiman boleh dipertikai kerana mahkamah tidak memastikan kebenaran hujah Putrajaya jika Herald menggunakan kalimah itu akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

"Meskipun Menteri Dalam Negeri boleh menggunakan budi bicaranya untuk menyekat penggunaan kalimah itu tetapi arahan perlu kena pada tempatnya," katanya.
Beliau berkata, mahkamah tidak perlu mengulas sama ada kalimah Allah merupakan teras dalam kepercayaan agama Kristian.

"Mereka seharusnya bergantung kepada apa yang ditunjukkan oleh pihak gereja semasa mengemukakan rayuan.

"Masalah ini tidak perlu dibawa ke mahkamah kerana ia mengundang perpecahan dalam masyarakat, " katanya yang melihat satu badan rundingan perlu ditubuhkan bagi mengadakan perbincangan di antara pihak yang berkaitan.
Seorang lagi peguam, Fahri Aizat, berkata keputusan mahkamah atas dasar melindungi umat Islam daripada dikelirukan dan mengelak ketegangan kaum adalah tidak bertepatan.

Katanya, keputusan tersebut memperlihatkan seolah-olah umat Islam mudah diperdaya, memerlukan perlindungan dan petunjuk. ~tmi

15 Oktober 2013

HOT ! POLIS TERTEMBAK PEMUNGUT HUTANG, 3 SUSPEK DITAHAN


Polis tertembak pemungut hutang




GEORGE TOWN – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, Kang Seok Xiong, 38, yang bekerja sebagai pemungut hutang mati akibat terkena satu das tembakan di perut.

Suspek wanita ditahan di premis hiburan tersebut manakala dua anggota masing-masing berpangkat lans koperal dan sarjan itu diberkas pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kulim, Kedah.

Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek berpangkat lans koperal berusia 33 tahun yang bertugas di Kontinjen Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiga sekawan termasuk seorang sarjan dari kontinjen Johor yang sedang bercuti di negeri ini berjanji untuk berjumpa di pusat hiburan berkenaan, menurut sumber Kosmo.

Polis percaya sebelum kejadian itu berlaku pergaduhan antara suspek dengan sekumpulan lelaki dipercayai kawan si mati.



DALAM KEJADIAN LAIN.....

Polis tertembak kanak-kanak 10 tahun secara tidak sengaja


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun mengalami cedera parah apabila ditembak secara tidak sengaja oleh seorang polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Daerah Taiping.

Kejadian itu berlaku apabila Sarjan tersebut sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada petang semalam.

Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah tersebut semasa kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Timbalan Superintendan Leong Ah Kow berkata Mohd Amar ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran lebih kurang 45 minit selepas kejadian.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.

“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.

“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Leong berkata, pihak polis kemudiannya telah merampas satu pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru daripada Sarjan tersebut.

Leong turut berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.

GEMPA DI FILIPINA , LEBIH 20 KEMATIAN


PHOTO: At a gathering celebrating Eid'l Adha, a Muslim girl cries (left) after a magnitude-7.2 earthquake disrupted their prayers in Iloilo City and other parts of the Visayas region early Tuesday morning, October 15. The strong quake caused massive destruction to several historical landmarks in Bohol and Cebu.

Gempa bumi kuat landa Filipina, 20 maut





Angka kematian dalam gempa kuat yang menggegarkan Filipina awal pagi tadi meningkat dengan yang terbaru dilaporkan sekurang-kurangnya 20 nyawa terkorban sementara 33 lagi cedera.

Gempa bumi itu turut menyebabkan kerosakan kepada rumah-rumah, bangunan dan jalan raya di rantau itu.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa gempa bumi yang berukuran 7.2 magnitud tersebut berlaku pada pukul 08:12 waktu tempatan (0012 GMT) kira-kira lima kilometer (tiga batu) dari timur Balilihan, di rantau Bohol pada kedalaman 56 kilometer.

Portal berita Filipina, The Inquirer melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku untuk tempoh hanya seminit dan menyebabkan bekalan elektik terputus.

Gempa bumi tersebut diikuti oleh dua gempa susulan, masing-masing berukuran lebih daripada 5.0 magnitud.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Filipina berada berhampiran dengan satu rangkaian pulau-pulau yang terdedah kepada gempa bumi dan letupan gunung berapi.






PANAS ! YB TIAN CHUA BERSAMA RAKYAT SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA - SAKSIKANLAH


RAKAMAN GAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1434H YANG BOLEH BUAT PEMUDA UMNO,PERKASA DAN JATI NAIK DARAH DAN BERASAP KEPALA!!!!


Rakaman beberapa keping gambar Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua sempena Menyambut Hari raya Aidil Adha 1434H disekitar kawasan Parlimen Batu ... seperti di Jalan Datuk Senu 22 Sentul, KL, Surau At Taqwa Sentul Utama, Surau Taman Sri Murni, Kampong Selayang Lamo dan PPR Taman Intan Baiduri.

Kalau juak-juak Pemuda UMNO, Perkasa dan JATI serta Pekida yang terkenal seantaro dunia sebagai pengikut bersifat bengis tak kena dengan tempat ini nampak ni... Omak Kau rasa mereka akan naik minyak dan masuk angin satu badan . Entah apalah yang lebelan dan maki hamun yang bakal di terima YB Tian Chua nanti dari mereka... Silap-silap hari bulan akan ada NGO-NGO berdarah dan berjiwa UMNO pekat akan ke Balai Polis untuk buat laporan polis.

Sebab itu bukan sedikit warga Parlimen Batu berbangsa Melayu/Islam yang memberikan sokongan padu kepada beliau semasa PRU 13 lalu.

14 Oktober 2013

HOT ! CALON KETUA PEMUDA BAHAGIAN YANG TEWAS PUKUL PETUGAS LAWAN

Petugas Umno Bahagian Kota Raja dipukul



Petugas calon Ketua Pergerakan Umno Bahagian Kota Raja, SD Mohamad Johari Yasin di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam membuat laporan polis selepas dipukul calon lawan yang tewas di Kota Kemuning, malam tadi.

SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain.



Panas ! Lagi Penipuan Dakwa Calon Ketua Pemuda....

Calon akan lapor kepada Lembaga Dispilin UMNO esok
Beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan.


KEMAMAN: Calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Hazarul Ifdaz Mohamad Rahim (Along) yang tidak puas hati dengan kekalahannya di tangan Fikri Ibrahim (Bulat) semalam akan melaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini mengenai kemungkinan berlakunya penipuan sewaktu mengira undi semalam.

Katanya, beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan.

“Saya rasa ada unsur-unsur penipuan,” katanya kepada FMT mengulas kekalahannya di tangan Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kemaman, Bulat Sabtu lalu.

Bulat mendapat 302 undi manakala Along mendapat 67 undi. Bulat menang dengan majoriti 235 undi.

Mohd Fauzi Mat Adam menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. Manakala 15 orang ahli jawatankuasa yang menang ialah Amizu Mohd Noor ( 286 undi), Che Ku Mohd Sufian Che Ku Long (285 undi), Zaidi Mat (277 undi),Zulkefli Abu Bakar- (277 undi), Muhammad Faiz Idris (270 undi).

Jeffri Mohamad (268 undi), Che Wan Abdul Ghani Che Wan Abu Bakar (262 undi), Marwari Mohamad (252 undi), Mohd Hanafi Rahman (251 undi),Mohd Aidi Johar (237 undi).

Khairul Amin Haron (231undi), Yusmawi Yusoff (218 undi), Mohd Yusri Mohd Zaki (216 undi), Nazmi Abdl Ghani (193 undi) dan Mohamad Norzaidi Ab Majid (185 undi).

Along hairan bagaimana pemantau yang menyokong Bulat bebas masuk ke dalam bilik pengundian yang sudah tentu mempengaruhi para perwakilan yang sedang mengundi di dalam bilik tersebut supaya mengundi Bulat.

Beliau mencadangkan di masa akan datang pemantau jangan diambil di kalangan ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman yang berpihak kepada calon yang bertanding.

“Sepatutnya pemantau dilantik dari Umno Bahagian lain di Terengganu yang sudah tentu mereka berkecuali dalam pemilihan ini,
”katanya lagi.

Along akan mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan berlakunya salah laku sepanjang kempen Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman.

Beliau percaya jika penipuan ini tidak dibendung, ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar akan kalah teruk dalam pertandingan Naib Ketua Bahagian mencabar Setiausaha Politik Menteri Besar ,Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid yang merupakan penyokong kuat Bulat pada 19 Oktober depan.

“Seperti kata Wan Ahmad Nizam tidak mustahil pencabar ketua bahagian, Mat Dalam Awang yang menentang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat satu undi sahaja jika penipuan ini terus berlaku,” katanya lagi.

13 Oktober 2013

MB jawab Anwar: Strategi urus dana Selangor berbeza Dari Pulau Pinang



KLANG, 13 OKT : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri dibawah pentadbirannya.

Malah, Abdul Khalid menyifatkan teguran dan kritikan adalah amalan sihat yang dibudayakan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Itu perkara biasa, kita (Pakatan Rakyat) sentiasa mengalakkan perbincangan dan meraikan pendapat,”ujarnya.

Semalam, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri.

Sebaliknya, Anwar menyukai cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan contoh pemimpin PR yang berjaya menguruskan belanjawan yang seimbang.

Menjawab pandangan Anwar itu, Abdul Khalid berkata usaha mengumpulkan dana adalah jauh lebih sukar berbanding membelanjakan dana yang ada.

“Apa yang membezakannya adalah strategi pengurusan dana (antara Selangor dan Pulau Pinang). Saya merasakan adalah sangat sukar untuk mengumpulkan dana berbanding membelanjakan dana,”

“Bagi Selangor, untuk membelanjakan dana ini dilakukan dengan penuh tertib supaya rakyat tahu kemana duit mereka dibelanjakan,” jelasnya kepada TVSelangor seusai Majlis Penyerahan Lembu Korban 2013 di Masjid Kampung Pendamar hari ini.

PANAS ! CALON KETUA WANITA DAKWA UJUD PENGUNDI HANTU !!!


Post Pic



Wanita hempas mikrofon dan dakwaan pengundi hantu

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu.

Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.

Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.

"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.

"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.

Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.

Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.

Insiden jam 11 pagi berlaku apabila beliau bangun dan mencapai mikrofon untuk bercakap.

Namun, ia dipadamkan sekaligus mengundang amarahnya lalu bertindak menghempaskan mikrofon terbabit ke lantai.

Di Tampin, Utusan melaporkan mesyuarat Pemuda UMNO tegang selepas 99 ahli perwakilan bertindak keluar dewan beramai-ramai sewaktu mesyuarat berlangsung.

Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan kiraan undi perwakilan ke sidang perwakilan Umno bahagian Tampin pada 19 Oktober ini.

Calon Ketua Pemuda Umno bahagian, Saiful Adly Abd Wahab mendakwa pengiraan yang dibuat itu tidak sama dengan jumlah yang dikira oleh wakilnya.

Di Pasir Gudang pula, kekecohan turut berlaku apabila Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Moeinuddin Zakaria menghalau wartawan dari tempai mesyuarat di Dewan UniKL di Bandar Seri Alam.



Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Umno dengan mudah pada pemilihan dua sayap parti itu, Sabtu.

Khairy setakat ini memperoleh 115 undi daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara manakala Shahrizat mendapat 98 undi, menurut angka tidak rasmi.

Kerusi Ketua Puteri Umno pula dimenangi pendatang baru, Mas Emieyati Samsudin yang menewaskan Jamilah Hanim Othman.

Shahrizat tiba di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 11 malam dengan mengangkat kedua-dua tangannya sambil dikerumuni penyokong beliau di hadapan berpuluh-puluh jurugambar media.

Mengikut keputusan rasmi setakat jam 10.30 malam, Khairy menerima 34 undi.

Tidak seorang pun daripada pencabar Menteri Belia dan Sukan itu memperoleh sebarang undi.

Keputusan rasmi juga meletakkan Shahrizat di hadapan dengan sokongan 35 bahagian.

Pencabar Shahrizat, bekas timbalan menteri Datuk Maznah Mazlan mendapat hanya satu undi setakat jam 10.30 malam sementara seorang lagi pesaing, Raihan Suleiman Palestin masih belum menerima sebarang undi.


Bagi jawatan Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati terus mendahului dengan 35 undi berbanding pencabar tunggalnya, Jamilah Hanim Othman yang mendapat sokongan 12 bahagian.

Pemilihan bagi ketiga-tiga sayap Umno itu menyaksikan penyertaan 220,000 perwakilan layak mengundi berikutan pindaan kepada perlembagaan Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di PWTC selepas jam 10 malam.

Najib dan Muhyiddin bulan lalu mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno selepas tiada pemimpin mencabar kedudukan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...