26 April 2014

PANAS! APA DAH JADI PETUGAS JPP PEMILIHAN PKR CUBA MEMBUAT PENIPUAN?


Update terkini pemilihan PKR

Panas!!! Terhangat...!!

Terkini ada cubaan penipuan olih petugas jpp di sarawak. 


Petugas tu nama Azrai.

Kena kantoi tgh operasi tulis undi dlm bilik kena serbu dgn org TSKI.
Budak tu SU cabang Hulu Selangor. Org **
Masa prk kajang dia kat bgu

Byk tempat pengundian suspended... no calon x tally dgn no printed. So kena undi balik 10/5 nanti.

Ada tempat pengawas x turn up. Team ampang move dan geng reported yg dah undi nama x pangkah, so bleh undi byk x.

Kelantan, Trg byk affacted. JPP buat mtg tergempar malam ni. Padahal sebelum ni megah akan lebih ketat dr spr.
-----------------------

Admin - gua non part mana mana melihat ini sebagai usha penjahat team yang nak kekal sandang KUASA dan kuasa inilah yang SEKAT pakatan rakyat ambil Putrajaya.

Mohon jujur dan telus. Jika tersingkir kerana ahli sudah TOLAK. Undurlah. Apa ada hal?

Kan?

- Tompo -





KEPADA YANG BERTANGGUNG JAWAB SILALAH LETAK JAWATAN.....
ATAU TERJUN SAJA DI SUNGAI REJANG........


Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.
Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.

Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.

Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ... Don't play playlah kali ini.

Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah .. Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah. ~OMAK KAU

PENJELASAN DAP TENTANG HUKUM HUDUD



PAS perlu berundur dari Pakatan Rakyat jika tak mahu lagi berpegang kepada konsensus – Anthony Loke

Sekali lagi isu pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO untuk membantu PAS melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Isu pelaksanaan Hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan di DUN Terengganu pada tahun 2002.

Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan Hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak mengetahui pendirian DAP dalam isu ini iaitu DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang jenayah dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya ada dua set undang-undang yang diaplikasikan secara berlainan kepada orang yang beragama Islam dan bukan Islam. Jenayah tidak ada sempadan warna kulit dan agama dan adalah mustahil penjenayah hanya melakukan jenayah ke atas mangsa dari kalangan agamanya sendiri sahaja.

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud tidak sama sekali bersamaan dengan DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam. DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun phobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA.

Malah, saya sendiri pernah mempertahankan Tok Guru Nik Aziz di Parlimen apabila pemimpin MCA memfitnah Tok Guru kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol. Saya juga pernah mengatakan kepada masyarakat bukan Islam bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti sekiranya kita tidak mencuri dan merompak.

Ya, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan perasaan phobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Kita mahu mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat untuk membawa agenda politik yang baru yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman warisan UMNO dan Barisan Nasional. Kita menghayati dan serius dalam misi tersebut.

DAP juga mengetahui bahawa pelaksanaan Hudud merupakan salah satu matlamat utama perjuangan politik PAS. Prinsip yang telah dimeterai dalam kerangka Pakatan Rakyat ialah parti masing-masing boleh mengekalkan matlamat perjuangan asalnya namun apa-apa keputusan dari segi pelaksanaan dasar dan undang-undang di mana-mana peringkat kerajaan perlu mendapat konsensus bersama dari semua parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Dokumen yang mengikat permuafakatan dan kerjasama ketiga-tiga parti ialah Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Semangat yang paling utama dalam Dasar Bersama tersebut ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan dengan jelas mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama untuk Persekutuan dan hak kebebasan beragama untuk agama-agama lain, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

DAP tidak pernah membelakangkan prinsip-prinsip tersebut termasuk di negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP. Seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut secara sedar dengan mendahulukan perkara-perkara yang kita persetujui bersama dan tidak menyentuh isu-isu yang tidak dipersetujui. Amat jelas bahawa, pelaksanaan Hudud di mana-mana negeri bukan merupakan agenda yang dipersetujui dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Justeru itu, apabila ada sebahagian pimpinan PAS khususnya pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertegas secara persendirian untuk mengemukakan satu Rang Undang-undang Persendirian (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen PAS dari Kelantan tanpa mencapai kata sepakat atau konsensus dalam Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, maka keputusan dan tindakan tersebut adalah dilihat sebagai mencabuli permuafakatan Pakatan Rakyat.

Sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujuinya. Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat. Sebagai pendukung Pakatan Rakyat, saya amat berharap kerjasama di antara kita tidak berkesudahan sebegitu kerana pertalian di antara PAS dan DAP terutamanya di peringkat akar umbi telah terjalin dengan begitu akrab dan utuh sekali.

Namun begitu, kami perlu membuat satu keputusan yang berprinsip daripada terus berdolah-dalih di depan rakyat. Seperti ungkapan mendiang Sdr Karpal Singh, “tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam dunia politik, tetapi kita mesti mempunyai prinsip yang berkekalan”!

Obama mahu jumpa NGO 'tak disenangi' Najib




Obama temui BERSIH, Majlis Peguam

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan bertemu dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk BERSIH, sempena lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.

Malaysiakini difahamkan, turut diundang NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS) dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front (IRF)


Wakil sebuah NGO memberitahu Malaysia, kira-kira 10 orang diundang oleh kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk pertemuan yang masa dan tempatnya masih belum dinyatakan itu.

“Kami tidak minta tapi kami gembira dengan undangan ini.

"Ia menunjukkan pengiktirafan presiden AS akan keperluan melibatkan diri dengan masyarakat sivil di Malaysia,” kata wakil itu yang enggan namanya disebut.

Turut diundang sama wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Obama menjadi presiden pertama AS akan melawat Malaysia selepas lawatan terakhir Lyndon B Johnson hampir 50 tahun lalu.

25 April 2014

TERHOT! Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu



Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu


Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu

*Baca artikel ini dan ini sebelum anda menyambung pembacaan disini...
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.

----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.

2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.

4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.

5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.

6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.

7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.

8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).

9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.

11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.

12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.

13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.

14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.

15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?

16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.

17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.

18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.

19. Pada 28 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.

20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.

21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.

22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.

23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.

24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.

25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.

27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.

28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......

29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.

SAMBUNG LAGI SINI

TERKINI ! PESAWAT PENUMPANG VIRGIN AUSTARLIA DIRAMPAS !!!


Tentera Indonesia sahkan pesawat Virgin Australia dirampas, kini mendarat di Bali

SYDNEY: Sebuah pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali.

Jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas.

"Kami kini sedang cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun kami masih gagal berbuat demikian.

"Pesawat kini di salah satu hujung landasan," katanya. - Sydney Morning Herald


Penumpang mabuk disangka rampas pesawat Virgin


Pesawat syarikat penerbangan Virgin daripada Australia pada mulanya disangka dirampas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia hari ini.

Situasi cemas itu bermula apabila terdapat penumpang dilaporkan cuba memasuki kokpit pesawat itu dan juruterbang menggelarnya sebagai “rampasan”.

Bagaimanapun, pegawai Virgin kemudian menjelaskan bahawa pesawatnya tidak dirampas dan penumpang yang cuba memasuki kokpit sebenarnya mabuk.

Televisyen Indonesia melaporkan penumpang itu kini ditahan di Bali.


Drunk Virgin Australia passenger tries to enter cockpit on flight to Bali

A drunk passenger tried to enter the cockpit of a Virgin Australia plane as it flew from Brisbane to Bali, prompting fears of a hijack, the airline said.
Virgin Australia’s representative at Bali’s international airport, Heru Sudjatmiko, says a drunken and unruly passenger became aggressive and was handcuffed by cabin crew.
The message relayed to air traffic control about an attempt to breach the cockpit reportedly triggered the airport’s "worst case scenario" response leading to the misreporting of a hijacking.

SAMBUNG LAGI

PANAS! WARIS MH370 TERJAH BOEING PULAK SETELAH GAGAL MENDAPAT JAWAPAN DARI PUTRAJAYA & MAS !!!


Waris bawa keraguan siasatan MH370 kepada pemegang saham Boeing



Ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 dududk berkumpul sebagai tanda bantahan berhubunga penyiasatan pesawat itu di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. – Gambar Reuters,

Keluarga penumpang MH370 kini beralih kepada pemegang saham pengeluar pesawat, Boeing selepas gagal mendapat sebarang jawapan terus dari Putrajaya dan Malaysia Airlines (MAS) berkenaan persoalan penyiasatan ke atas pesawat yang hilang.

Mengetuai usaha itu adalah Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, salah seorang penumpang yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, sebelum ia hilang secara misteri.

"Kami akan membawa perkara ini terus ke Boeing," kata Bajc kepada CNN.

"Boeing akan mengadakan mesyuarat pemegang saham minggu depan. Dan jika kami tidak mendapat maklumat secara langsung dari MAS dan kerajaan Malaysia, kami juga mungkin cuba pergi terus kepada sumber."

Ekoran itu, Boeing memberitahu CNN bahawa ia memainkan peranannya sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional, yang merupakan “pihak aktif dan terlibat dengan penyiasatan itu ".

Bajc berkata sebagai sebuah syarikat Amerika, pesawat Boeing 777- 200ER digunakan oleh penerbangan MH370, Boeing mempunyai "lebih tanggungjawab fidusiari".

Beliau sebelum ini mengecam para pegawai Malaysia, berkata penerimaan analisis data oleh firma satelit Inmarsat British tidak dimasukkan kepada penelitian saintifik.

"Mereka gagal berkongsi mengapa mereka menerima satu sumber (Inmarsat) untuk analisis menggunakan kaedah tidak-pernah-dicuba, sebagai alasan tunggal mereka untuk menentukan pesawat di bawah air dan mengorbankan semua penumpang," lapor Wall Street Journal yang memetik e-mel beliau yang dihantar kepada media awal minggu ini.

Beliau juga memberi komen mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu wawancara eksklusif dengan CNN semalam, mengumumkan laporan awal akan didedahkan pada orang awam tidak lama lagi.

"Saya begitu terkejut dengan pendirian baru ini diambil perdana menteri ...Beliau membaca dari lembaran skrip yang disediakan oleh beberapa pakar dan profesional PR untuknya," kata Bajc kepada CNN.

Dalam temubual itu, Najib berkata laporan itu diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketika dihubungi CNN kemudian, ICAO berkata laporan itu antara lain, termasuk permintaan Malaysia bagi penggunaan pengesanan masa sebenar pesawat komersial.

Tindakan Bajc dan lain-lain menambahkan keraguan di kalangan keluarga yang terjejas dan saudara-mara 239 penumpang serta anak kapal melalui analisis data satelit yang digunakan oleh Malaysia dalam menyimpulkan perjalanan pesawat berakhir di selatan Lautan Hindi.

Keperluan kajian semula kawasan pencarian semakin bertambah kebelakangan ini memandangkan tiada sekeping serpihan yang boleh mengesahkan ketepatan analisis satelit dijumpai, selepas 49 hari pesawat hilang.

Walaupun pesimis semakin meningkat, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpengakalan di Perth yang menyelia pencarian besar-besaran berkata, pencarian diteruskan hari ini dengan 8 pesawat tentera dan 10 kapal dikerahkan.

Dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Malaysian Insider, JACC berkata, pencarian akan terus memberi tumpuan kepada kawasan 1,500 kilometer barat laut Perth, yang meliputi radius 10 km, di mana isyarat dipercayai daripada perakam pesawat dikesan awal dahulu.

Ia berkata, peralatan canggih Tentera Laut AS, Bluefin-21 sudah berjaya melengkapkan 95 % daripada kawasan fokus, "tiada penemuan penting ditemui". 



SEMENTARA ITU........MH370: Mesyuarat ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS di Beijing tegang

Agensi

Keadaan tegang di Beijing pada pertemuan Khamis - Foto AP

BEIJING: Suasana bertukar huru-hara semasa satu mesyuarat di antara ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dan kakitangan penerbangan Malaysia di Beijing pada Khamis sehingga pihak polis terpaksa campur tangan memisahkan kedua-dua pihak.

Sejak tiga minggu lalu, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai tentera Malaysia telah mengadakan taklimat dengan ahli keluarga terbabit untuk memaklumkan kepada mereka tentang perkembangan pencarian Penerbangan Malaysia Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac.

Mereka turut menuntut diadakan semula mesyuarat dengan pasukan peringkat tinggi.

Keadaan menjadi lebih tegang pada Khamis, dengan beberapa anggota keluarga berkata mereka sedang "mogok lapar" sebagai satu bantahan selepas pegawai syarikat penerbangan itu memaklumkan mereka tidak berjaya mendapatkan wakil kedutaan Malaysia untuk menjawab soalan-soalan mereka.


Read more at:SINI

MAJLIS MEMPERINGATI KARPAL PENUH EMOSI...MENGAPA?....


Kami tidak harap sokongan Putrajaya, kami akan terus lawan, kata anak Karpal Gobind



Anak lelaki Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika berucap dengan penuh emosi dalam majlis memperingati mendiang ayahnya yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Keluarga Karpal Singh tidak mengharapkan sebarang "sokongan" Putrajaya dalam rayuan mereka terhadap bekas peguam dan ahli politik yang disabitkan hukuman kerana menghasut itu, kata anaknya kepada lebih daripada 3,000 orang malam tadi.

Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh berkata beliau sedar semakin ramai yang menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggugurkan rayuan balas untuk meningkatkan hukuman Karpal daripada RM4,000, tetapi keluarganya akan terus membuat rayuan untuk menghapuskan noda daripada kerjaya Karpal yang cemerlang itu.

Karpal didenda RM4,000 selepas Mahkamah Tinggi pada 21 Februari mendapati bekas pengerusi DAP itu bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada kemuncak krisis perlembagaan pada 2009.

Karpal memfailkan notis rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu serta sedang menunggu hakim perbicaraan untuk menyediakan alasan penghakiman bertulis sebelum membawa perkara itu kepada Mahkamah Rayuan.

Mesra dikenali sebagai Harimau Jelutong, Karpal, 73, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak minggu lepas. Juga terbunuh ialah pembantunya, Michael Cornelius.


Ribuan orang ramai yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 April, 2014."Kita tidak memerlukan apa-apa sokongan daripaDA AG. Kita tidak memerlukan simpati beliau. Kami tidak akan berundur, kita akan berjuang sehingga akhir kerana dia berjuang sehingga akhir," kata Gobind yang menerima tepukan gemuruh daripada ribuan yang hadir pada majlis memperingati Karpal di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Karpal melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

Beliau berkata penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang.

Hujah Karpal adalah beliau ditanyakan pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara itu.

Apabila Gobind naik ke pentas, beliau mengambil sedikit masa untuk mula bercakap, kerana kelihatan cuba mengatasi emosinya. Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak memberikan semangat kepadanya.

Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberi penghormatan serta doa dan takziah, Gobind berkata penting untuk menyelesaikan apa yang Karpal mulakan untuk negara.

Ketika berkata beliau insan istimewa kerana mempunyai seorang bapa yang hebat, yang disifatkan sebagai "orang besar", Gobind menggesa semua orang meneruskan perjuangan Karpal untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keadilan.

Beliau berkata walaupun banyak halangan yang dihadapi oleh bapanya – daripada tuduhan menghasut, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemalangan kereta pada 2005 yang menyebabkan beliau berada di atas kerusi roda – Karpal tidak pernah berputus asa.

"Walaupun keadaannya begitu, beliau terus berjuang dan tidak pernah berputus asa. Roh yang ada di dalamnya yang saya fikir kita semua mesti belajar daripadanya, kepercayaan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia di mana terdapat kesaksamaan, keadilan dan keadilan. Kita tidak boleh berhenti di sini. Kita mesti meneruskan perjuangan ini lagi," katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan ungkapan yang menjadi sinonim dengan Karpal: "Jangan main-main, harimau terus hidup!", menyebabkan orang ramai mengaum penuh semangat menyokongnya.

Pada majlis peringatan itu, ucapan takziah daripada Pakatan Rakyat mencurah masuk, dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun ada ketikanya beliau dan orang awam dikritik Karpal, beliau tahu ia dibuat tanpa niat jahat.

"Saya mengambilnya dengan hati terbuka. Ssaya melihat ia seperti tamparan penyayang di pergelangan tangan daripada abang kepada adik-beradik yang lebih muda," kata beliau sambil menambah beliau tidak akan melupakan lawatan tetap daripada Karpal ketika berada di penjara Sungai Buloh."

Ketika hubungan terakhir beliau dengan Karpal, pada petang sebelum kemalangan iaitu pada jam 6.30 petang, Anwar berkata Karpal menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kes liwat MP Permatang Pauh itu.

"Kami menamatkan perbualan kami dengan pukulan perpisahan daripada Karpal, 'Datuk Seri Anwar, teruskan, saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan terus berjuang dan anda kena teruskan'," kata Anwar.

Rakan seperjuangan Karpal, pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, secara peribadi beliau berasa kehilangan besar kerana mereka berdua bersama dalam menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik selama 44 tahun lalu.

"Saya pertama kali bertemu beliau selepas saya keluar daripada tahanan ISA pertama selepas 13 Mei," katanya merujuk kes rusuhan perkauman berdarah tahun 1969 itu.

"Masa itu, walaupun kita mendapat banyak sokongan daripada rakyat Malaysia, sangat sedikit bersedia untuk tampil ke hadapan menghadapi pihak berkuasa.

"Tetapi Karpal berbeza. Beliau menyertai DAP pada 1970 dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan untuk Malaysian Malaysia dan kami berjuang bersama-sama sehingga sekarang," katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau kehilangan keyakinan dan keriangan Karpal, dengan mengatakan bukan sahaja beliau penuh dengan keberanian dan daya hidup, beliau juga menunjukkan banyak kekuatan, kesetiaan serta idealisme.

"Apabila anda berada dalam kesusahan dan memerlukan rakan, anda lebih baik mempunyai Karpal Singh berdiri di sebelah anda kerana dia akan setia dan kekal di situ hingga akhir bersama anda. Tidak kira apa yang ada di hadapan".

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Karpal sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada BN ketika masih hidup dan ia akan berterusan selepas kematiannya, apabila Putrajaya enggan membenarkan sebuah dewan sekolah digunakan untuk majlis peringatannya, dan memaksa parti mengadakannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

"Untuk memperingati perngorbanan dan memenuhi impiannya untuk Malaysia yang lebih baik, kami di DAP berjanji melakukan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang untuk menamatkan hegemoni parti jahat, pencuri dan zalim," katanya dalam satu rujukan jelas kepada BN.

Beliau turut memberikan penghormatan kepada Michael Cornelius , yang beliau sifatkan sebagai "wira tanpa nama" yang dengan setia berada di sisi Karpal sejak terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kemalangan kereta.

"Beliau berkhidmat dengan baik. Tanpanya, tidak akan mungkin bagi Karpal untuk berkhidmat sebagai jurucakap kepada mereka yang terpinggir," tambah beliau. – tmi


Antara para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis memperingati mendiang Karpal Singh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

PANAS! PEMILIHAN PKR..BUDAYA LUCAH DAN KOTOR MULA BERLEGAR...INI DAH JADI BUDAYA UMNO...


Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Laporan Umum
25 April 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.



Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.





Ini suatu fitnah yang disusun. Penafian telah segera diumumkan sendiri oleh YB Izzah dan Rafizi. Malah taktik kotor ini dikutuk oleh seluruh ahli dan pendokong parti. Diharapkan juga semua pihak khususnya media berperanan melaporkan perkara sebenar dengan jelas dan tanpa prejudis.


Tidak menolak kemungkinan, Pemilihan 2014 mula dicemar selepas wang ringgit dan 'makan hotel' tidak mampu membeli jiwa ahli-ahli parti keadilan yang layak mengundi. Barangkali mereka lupa bahawa parti ini jauh lebih baik dari parti rasuah Umno dan yang sewaktu dengannya.


Bagi kumpulan yang berdepan 'empayar' ini, tahniah diucapkan kerana mengamalkan pertembungan secara sihat. Yakin dan percaya bahawa kita tidak perlu 'modal' dan taktik kotor sebegini untuk bersaing dalam pemilihan keadilan, kerana kita jauh lebih baik dari gerombolan yang amalkan politik kelucahan.


Sekian


Edy Noor Reduan
Pemerhati Tidak Rasmi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Untuk makluman penjelasan lanjut dan perkembangan kempen terkini, sila ke laman sosial berikut - https://www.facebook.com/pages/Saif4TP/694137790627599

24 April 2014

PANAS! SKANDAL GERAN MOSTI BERNILAI RM150 JUTA, TIMBALAN MENTERI CUBA BERBOHONG?

Skandal Geran MOSTI: Timbalan Menteri Cuba Buat Silap Mata, PM & Menteri Wajar Buat Akuan Bersumpah

Saya sedia maklum kenyataan Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah yang menafikan bahawa kementeriannya pernah memberi apa-apa geran kepada syarikat NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Di dalam sidang medianya yang dipetik Malaysiakini semalam, beliau menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Senarai 4,556 penerima geran dari MOSTI di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan tiada geran yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd

2. Beliau mempersoalkan kesahihan surat-surat dan dokumen yang saya dedahkan setakat ini melibatkan kementerian beliau, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Saya telah menyemak dengan wartawan Malaysiakini yang melaporkan sidang media terbabit dan beliau mengesahkan bahawa senarai 4,556 penerima geran yang “didedahkan” oleh Timbalan Menteri itu adalah bagi Rancangan Malaysia Ke-9. Malah, jilid-jilid penerima dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 itu ada dipamerkan kepada wartawan (lihat dibawah).


Sekiranya Timbalan Menteri itu lebih berhati-hati, beliau sewajarnya tahu bahawa Rancangan Malaysia Ke-9 adalah bagi tempoh 2006 hingga 2010. Maknanya, senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI yang kononnya didedahkan beliau semalam adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010, sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.

Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010!

Saya tidak pasti sama ada Timbalan Menteri itu benar-benar terlepas pandang mengenai perkara ini atau beliau ingin cepat-cepat menutup perkara ini dengan menampilkan senarai penerima bagi tempoh berlainan untuk mengelirukan rakyat.

Malah, kenyataannya itu juga bertentangan dengan rekod yang disebut oleh NSE Resources Corporation Sdn Bhd sendiri yang mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini. Perkara ini dipaparkan di laman web NSE Resources Corporation Sdn Bhd di url http://www.nserc.com.my/page.aspx?p=14 yang saya pamerkan seperti berikut:



Kenyataan beliau semalam menimbulkan lebih banyak keraguan dan menunjukkan seolah-olah beliau ingin menyembunyikan sesuatu mengenai perkara ini.

Apatah lagi sehingga sekarang, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin sendiri belum menafikan bahawa surat-surat yang dikeluarkan dan ditandatangani/diminitkan itu adalah palsu dan tidak sahih, seperti yang dituduh oleh Timbalan Menteri.

Oleh yang demikian, untuk benar-benar membuktikan bahawa surat-surat yag saya tampilkan sebagai bukti itu adalah palsu, maka saya mencabar:

1. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;

2. Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

Keengganan Dato’ Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah bakal menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan sekarang adalah benar dan sahih.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

PANAS! SENARAI-SENARAI PERBUATAN AZMIN SABOTAJ PARTI TERSEBAR !!!

Kerana kempen kasar ada yang mula tarik diri dari bersama pasukan Gagasan Keadilanraya

Selama ini hanya Azmin sahaja berjaya membentuk kem / chai atau yang dia namakan kartel penuh dengan nama - nama besar dalam setiap kali pertandingan parti. Namun setelah agak tertekan apabila Saifuddin Nasution berjaya membentuk gabungan bersama Rafizi dan Nurul Izzah yang kemudian disokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dengan menumpukan jawatan Naib Presiden.

 Walaupun agak lewat mengumumkan bertanding namun ia tidak menghalang ramai saat akhir mengalihkan sokongan pada gandingan yang menggunakan masa depan bersama. Tertekan dengan perkembangan tersebut maka Azmin tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan kononya gusar dengan budaya membentuk kartel dalam bertanding dalam parti dan mengecam kononya pembentukan kartel akan merosakan parti. Mungkin Azmin ingat umum lupa bahawa budaya membentuk pasukan dalam bertanding dalam parti ini dia antara pelopornya. Namun hanya beberapa hari selepas itu dia sendiri melancarkan kartelnya dengan motto Keadilanraya.

Namun ketika pelancaran tersebut ada beberapa wajah yang seharusnya muncul tidak muncul. Datuk Dr. Mansor Othman contohnya tidak kelihatan kelibatnya. Setelah dirisik rupanya Mansor yang selama ini begitu rapat sehingga dikenali sebagai 'budak Azmin' rupanya telah menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden .

Menurut sumber yang rapat dengan Mansor penarikan diri ini adalah usaha untuk mengasingkan atau menjarakkan diri sedikit dengan pasukan Keadilanraya kerana rasa tidak senang dia dengan cara kempen yang menyerang lawan termasuk mempergunakan juga ada peringkat menyerang Ketua Umum dan keluarga.



ketika semua bertungkus lumus termasuk di luar PKR membela Anwar sebaliknya bukan
sedikit usaha memperkecilkan termasuk menghina keluarga Anwar dibuat oleh budak - budak Azmin

Menurut sumber yang rapat dengan Mansor, dia kecewa dengan strategi Azmin menghantar borang saat akhir dan kemudian menyatakan pada umum dia menghantar borang saat akhir kerana menanti 'restu' Anwar dan Anwar merestui dia bertanding jawatan Timbalan. Begitu licik Azmin menggunakan nama Anwar dalam memulakan kempennya.

Azmin cuba bersaing dengan siapa lebih setia tetapi di peringkat lain pula dia melepaskan budak - budak bawahannya berkempen dengan menghina dan meruntuhkan keyakinan orang ramai terhadap Anwar sekeluarga. Budak - budak bawahanyalah yang memulakan gelaran Istana Segambut. Ini akan memberikan kesan besar kepada tapak sokongan secara umum. Persoalanya kenapa mahu berebut jawatan dalam parti sanggup merosakkan sokongan umum yang penting buat parti ? Umum mengetahui Anwar ialah antara sumber kekuatan PKR dan PR. Menjadi kerja musuh untuk menggoyahkan keyakinan penyokong terhadap Anwar ....

Umum harus faham kesetiaan kepada Azmin ialah selagi apa yang dia mahu diikuti tetapi apabila yang diinginkan gagal diperolehi dia tidak segan silu memukul secara terang termasuk menggagalkan agenda besar rakyat. Blackout 505 contohnya ialah usaha mengembeling kekuatan rakyat melawan keputusan penipuan PRU ke 13.

 Namun oleh kerana hanya tidak dilayan tuntutan untuk menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dia sanggup mencurah air ke api kemarahan rakyat dengan menyatakan tidak perlu ke jalanraya tetapi perlu muhasabah diri kononya. Sekolah Politik Khalid Jaafar dipergunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi anak - anak muda untuk mengikuti garis tersebut. Agenda besar rakyat Blackout 505 sanggup dipadamkan kerana agenda peribadi.





hanya kerana jawatan MB tidak dipenuhi selepas PRU dia sanggup mencurah air
ke atas api kebangkitan rakyat ketika hampir semua pimpinan PR bertungkus lumus dilapangan.

Antara garis kempen Azmin ialah untuk mengekalkan Azmin selaku Timbalan kerana perlukan seorang yang matang sebagai Timbalan. Adakah Azmin matang... jika diteliti cara dia bergaduh dengan pimpinan parti , dia sanggup menghina . Dia hanya cuba dilihat matang dengan berbaik dengan pimpinan Bn sahaja.



Azmin berbalas tweet menghina dan mencipta persepsi kononya hubungan sulit
Tan Sri Khalid dengan Faekah



tweet tidak matang Azmin yang mampu mengundang perbalahan dengan Setiausaha Agong PAS

Gagal mendapatkan sokongan terbuka Anwar seperti mana dalam pemilihan - pemilihan yang lepas maka Azmin secara sengaja di negeri kelahiran Anwar (Pulau Pinang) melaungkan PKR bukan parti Anwar dan PKR tidak seharusnya berfokuskan tokoh tertentu (Anwar) semata - mata. 


Dengan garangnya Zuraidah pemimpin yang sama dalam kartel Keadilanraya terus menyokong kenyataan tersebut. Kenapa perlu diulang tuduhan musuh tersebut ? PKR seperti mana Azmin ketahui semua bebas bersuara dan menyatakan pendapat, dia sahaja selama ini yang sering berlindung dan menggunakan nama Anwar. Setelah gagal mendapat sokongan terbuka Anwar dia sendiri turut terlibat menyerang Anwar.

Akhirnya diharapkan jangan kita terperangkap lagi dengan politik licik ini. Kita memerlukan seorang Timbalan Presiden yang benar - benar mampu menjadi pelengkap kepada Presiden Parti khususnya jika regim memenjarakan Anwar dalam masa terdekat. Pilihlah timbalan yang benar - benar mampu menjadi Timbalan bukan untuk kelompoknya tertentu sahaja dalam parti ini.

sila klik sini untuk membaca juga Kartel :Azmin menepuk air di dulang

SUMBER

INI BUKAN FITNAH...SEMUA ORANG NAMPAK TINDAKAN TERANG-TERANG BELIAU...JUGA DENGAN TINDAKAN  MACAI-MACAINYA.....KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA PKR ANDA FIKIRLAH SENDIRI.....

PANAS! KEGAGALAN PENGUATKUASA MARITIN MALAYSIA DIPERTIKAIKAN !!!


Bekas ketua TLDM kesal Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun yang dirompak

Kegagalan penguatkuasa maritim Malaysia mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu dikesali oleh Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (gambar).

Bekas ketua staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.

“Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tidak kesan?

“Takkan mereka tidak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tidak boleh,” kata Imran sebagaimana dilaporkan oleh Keadilandaily, lidah rasmi PKR.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa 5 juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

Lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan 2 juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Menurut Imran, kata Keadilandaily, proses pemindahan diesel dari kapal tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu semua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

“Kita persoalkan di mana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja, pasti kapal tersebut boleh dikesan,” kata Imran kepada Keadilandaily.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. “Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.


“Ini membuktikan kerajaan tidak mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan pesawat MH370,” kata Imran.

GST IBARAT SATU PENYAKIT, RAKYAT BODOH SAHAJA TERIMANYA!!!

Alhamdulillah, rakyat sudah faham apa itu GST

Menteri Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah faham mengenai cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat faham?

Kenapakah parti pembangkang menentang GST? Dan mengapa pihak kerajaan nampaknya mempunyai kesukaran meyakinkan rakyat mengenai GST?

Nampaknya kerajaan guna taktik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar, ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama.

Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang.

Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkah kita mengajak rakyat menyokong kesakitan yang dikenakan ke atas mereka?

Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini berbeza dalam Parlimen. Dalam Parlimen mereka ada 133 suara.

Speaker pun menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara yang lebih kedengaran dalam Parlimen ialah suara BN. Hujah ahli Parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran.

Bahkan hujah mereka ialah untuk membalun hujah pembangkang. Itu semua sia-sia kerana ia tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu.

Keadaannya berbeza di luar. Di luar, realitinya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majoriti rakyat. Saya harap orang Umno pandai membezakan antara majoriti kerusi Parlimen dan majoriti undian sebenar.

53% itu lebih besar daripada 47%. Ia undian sebenar menguasai 60% kerusi Parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi berat sebelah.

Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawabnya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji – kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun.

Bahkan bila harga barang naik – pendapatan sebenar rakyat akan turun. Masa dulu, RM1 boleh beli 10, sekarang hanya boleh beli 7 barang. Ertinya nilai RM1 sudah menurun.

Kastam Malaysia kata jika dulu hasil cukai jualan dan khidmat hanya RM16-RM17 bilion, GST akan meningkatkan hasil kepada RM22-RM23 bilion. Firma akauntan kata ia boleh meningkat sehingga RM33 bilion.

Mengapa estimate Kastam Malaysia sangat konservatif? Firma akauntan pula sangat optimistik? Perbezaaan ini disebabkan keyakinan ke atas kecekapan mengutip. Kastam tidak seyakin firma akauntan akan kecekapan mengutip GST.

Firma akauntan buat perkiraan dengan andaian keadaan sempurna. Kastam pula tahu orang yang tidak membayar cukai tetap lari daripada bayar cukai, ketirisan tetap berlaku, rasuah tetap berlaku dan ekonomi pasaran hitam dan penyeludupan wang terus berlaku. Yang tak boleh lari ialah rakyat biasa dan para peniaga yang secara sukarela mengisytiharkan transaksi perniagaan.

Bandingannya seperti ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat yang bererti pendapatan sebenar rakyat berkurangan – pendapatan atau gaji kerajaan naik.

Kerajaan ada jalan untuk menambah pendapatan. Rakyat tidak ada. Rakyat hendak dapat tanah untuk bercucuk tanam pun susah. Rakyat hendak dapat bantuan pun susah sebab ketua kampong akan buat saringan.

Peniaga nak dapat loan pun susah sebab bank akan meletakkan syarat yang sukar. Cadangan kepada unit perancang ekonomi negeri oleh rakyat susah sebab pegawai kerajaan hanya terima cadangan yang sofistikated.

GST ialah sumber pendapatan kerajaan termoden. Rakyat pula gersang sumber pendapatan. Ini yang difahami rakyat.

Sebab itu kerajaan bersegera menyatakan kepada rakyat bahawa pendapatan mereka yang meningkat akan membolehkan kerajaan melakukan pembangunan dan kemajuan. BR1M boleh tambah, KR1M boleh jual murah lagi, ayam boleh jual 50sen, kangkung akan bertambah murah, elektrik akan turun, dan sebagainya.

Adakah semua ini akan terjadi? Rakyat tidak percaya kerajaan akan belanja berhemah. Tambahan pendapatan akan kerajaan guna untuk mendanai kos pengurusan kerajaan yang kian meningkat. Pendapatan tambahan akan kerajaan Najib guna untuk mendanai aktiviti Rosmah Mansor, mendanai projek-projek yang membazir, mendanai pembelian kerajaan yang mencurigakan.

Berbalik kepada natijah si Hassan Malek. Bagaimana dia membuat konklusi ini pun kita tidak tahu. Mungkin Hassan Malek seorang ahli nujum atau dia menggunakan khidmat bomoh yang meneropong dengan teleskop buloh. saya suka telatah lucu Hassan Malek dalam Parlimen. He is a court jester.

Tapi GST satu perkara yang serius. Rakyat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang daripada GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan kelak, itu yang menjadi kerunsingan rakyat. Mengenai technicalities GST – rakyat malas mahu mengetahuinya.

Mekanisme GST hanya menarik minat orang seperti akauntan dan ekonomis sahaja. Pencerahan mekanisma GST iaitu pencukaian pada setiap peringat rantaian bekalan – beza antara output GST dan input GST – kalau Ahmad Maslan dan fasilitator Umno terangkan hanya buat orang mengantuk sahaja.

Rakyat faham bahawa GST adalah kaedah pencukaian baru yang akan meningkatkan hasil kerajaan. Peningkatan hasil ini tidak bermakna apa-apa kepada rakyat, jika tambahan itu disalahgunakan.

Pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang jaga GST beritahu – rakyat jangan takut. Hasil kepada kerajaan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kebajikan. Kita berharap optimisme pegawai ini disertai dengan benar-benar terjadi optimisme tersebut.

Rakyat hari ini hanya faham mengenai kos kehdupan yang tinggi. Isu yang paling asas ialah dalam pada rakyat menanggung beban kos kehidupan, kerajaan menganugerahkan kepada dirinya sendiri kenaikan hasil. Adilkah ini? Sementara rakyat susah, kerajaan menaikkan gajinya. Bila kerajaan Selangor menaikkan elaun wakil rakyatnya, seluruh negara bising terutama orang Umno.

Sekarang kerajaan yang dipimpin Umno menaikan gajinya sendiri melalui kenaikan cukai.

Musibah yang menimpa rakyat Malaysia ialah duit pembayar cukai (yakni kita) berada dalam tangan orang lain. Orang lain ini kalau terbukti pengurus dana yang cekap, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, hati kita tenteram. Tapi jika orang yang pegang duit kita ini ada rekod tidak baik, rasuah, salah guna kuasa, belanja dengan rakus, maka masa depan duit kita akan terancam.

Jadi apabila pegawai kementerian kewangan kata – jangan takut, hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat, maka pendengar celotehnya akan berasa sinikal. – sakmongkol.blogspot.com,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...