28 Jun 2014

KEPALA LEMBU, KOMEN ZAHID MAKAN DIRI


Insiden kepala lembu, Gerakan bidas komen Zahid Hamidi



VIDEO | 0:34 sec

Gerakan membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu dengan mengatakan bahawa perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima pagi ini sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.


Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan.

Beliau mengingatkan Zahid (kiri) bahawa mangsa, RSN Rayer adalah penganut Hindu seperti dirinya (Baljit) dan perbuatan seumpama itu bukan sahaja tidak sensitif tetapi juga nakal, terutamanya apabila ia dilakukan sehari sebelum bulan puasa.

"Insiden itu menyentuh sensitiviti agama Hindu. Menteri dalam negeri perlu lebih bertanggungjawab," kata Baljit kepadaMalaysiakini.

"Beliau tidak sepatutnya menggalakkan permusuhan antara rakyat yang berlainan kepercayaan, terutama ia berlaku hanya sehari sebelum bulan puasa bermula," tambah Baljit.

Baljit (kanan) merujuk kepada komen Zahid bahawa insiden di
rumah Rayer itu sebagai "harga" yang perlu dibayar wakil rakyat DAP itu kerana mengucapkan "Umno celaka" di sidang Dewan Undangan Pulau Pinang bulan lalu.

Rakyat Post memetik Zahid sebagai berkata bahawa Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.


“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” Zahid dilaporkan berkata dalam satu sidang media selepas melancarkan Program Tamat Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baru.

Baljit menggesa ketua polis supaya bertindak terhadap pelakunya kerana ada bukti rakaman video insiden yang berlaku pada jam 5.58 pagi di luar rumah Rayer di Island Park. ~mk

BILA BERPERANGAI HANTU RAYA ...MACAM-MACAM BOLEH JADI


NURUL IZZAH DESAK JPP SIASAT SEGALA DAKWAAN PERCUBAAN SABOTAJ KETIKA PENGIRAAN UNDI PEMILIHAN SEMULA CABANG KUALA SELANGOR SUSULAN KEJADIAN "BLACKOUT".


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa menyiasat segala dakwaan yang mengaitkan cubaan sabotaj ketika pengiraan undi pemilihan parti itu susulan kejadian "blackout" pada tengah malam Rabu lalu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan segala ketidakpuasan anggota parti terhadap kejadian itu wajib disiasat segera memandangkan banyak kelemahan berlaku ketika pemilihan dijalankan sejak akhir April lalu.

"Kita sedar bahawa banyak kelemahan yang berlaku dalam pemilihan PKR dan saya juga terkesan daripada insiden itu.

"Saya sendiri telah melahirkan ketidakpuasan hati dan sebarang dakwaan wajib disiasat sebaik mungkin oleh pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin," katanya kepada pemberita selepas Dialog Jenayah bersama Ketua Polis Daerah Brickfields, di Bangsar, di sini, malam tadi.

Semalam, Pengerusi JPP PKR, Datuk Johari Abdul menafikan spekulasi kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi pada pemilihan parti tengah malam Rabu lalu sebagai satu perbuatan sabotaj.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah menambah, satu jawatankuasa reformasi pilihan raya di peringkat PKR perlu ditubuhkan segera bagi mengatasi kelemahan sepanjang pemilihan parti.

"Ada kemungkinan jawatankuasa reformasi pilihan raya ditubuhkan di peringkat parti untuk mengurangkan bebanan proses pengundian terus ini memakan masa, belanja dan usaha yang besar.

"Saya mahu membawa kembali kepada tujuan kita mewujudkan parti keadilan rakyat untuk menang pilihan raya umum," katanya lagi.

NASIB KONTRAKTOR DI MALAYSIA...JADI SASAU & MENTAL DAN SILAP LANGKAH KENA TEMBAK!!!

Kehidupan mewah bertukar jadi papa kedana


Gombak – Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.

Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.

Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.

Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.

Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu, lapor Hmetro.

KEKURANGAN AIR TERAWAT: INILAH AKIBAT DASAR PENGSWASTAAN YANG GAGAL DAN LEBIH TERUK APABILA KEPERLUAN ASAS DIPOLITIKAN !

Cuaca panas antara punca utama gangguan air di Selangor, KL dan Putrajaya 


Empangan Sungai Selangor yang dikendalikan Lembaga Urus Air Selangor menyusut berikutan cuaca panas 

Permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya yang meningkat mendadak akibat cuaca panas sekarang merupakan antara punca berlakunya gangguan bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) krisis itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian termasuk gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), kejadian paip pecah di dasar lautan, dan penurunan paras air Sungai Selangor.

Gangguan elektrik berlaku di LRA SSP1 selama dua jam pada 24 Jun lepas, menjejaskan bekalan air ke Klang dan Shah Alam memandangkan tempoh bagi mengoperasi semula loji ke tahap pengeluaran biasa mengambil masa.

"Kejadian paip di dasar laut High Density Polythylene (HDPE) bersaiz 400mm yang membekalkan air ke Pulau Ketam telah pecah, menyebabkan gangguan bekalan air kepada seramai 4,800 pengguna di kawasan itu.

"Penurunan paras air Sungai Selangor pada 25 Jun lepas telah menjejaskan pengeluaran LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) menyebabkan pengeluaran loji berkurangan kepada 670 Juta Liter Sehari (JLH) daripada pengeluaran biasa sebanyak 770 JLH, dan menjejaskan bekalan air ke Gombak, KL dan Petaling," menurut kenyataan SPAN hari ini.

Menurut SPAN, semua pihak bertanggungjawab termasuk operator LRA SSP1 dan SSP3 iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan kerajaan Selangor telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi gangguan itu.

Suruhanjaya itu berkata sehingga kini, bekalan elektrik ke LRA SSP1 telah pulih dan loji itu beroperasi seperti biasa.

Bagi gangguan air di Pulau Ketam, SPAN difahamkan bahawa Syabas telah mengenal pasti kedudukan kasar kebocoran paip namun lokasi sebenar masih belum dikesan memandangkan kerosakan berlaku di dasar lautan.

"Keadaan di dasar laut akan menyukarkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan. Syabas akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja membaiki dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, SPAN berkata Kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dalam menangani krisis kekurangan air, termasuk meningkatkan aliran air Sungai Selangor melalui pengepaman air dari kolam-kolam takungan di sekitar Bestari Jaya.

Menurut SPAN, satu pelarasan paip akan diadakan oleh semua pihak termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), operator Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, serta LRA SSP1 dan SSP3 iaitu Splash, dan operator LRA SSP2 iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PSNB), bagi memastikan pengepaman yang maksimum dapat dibuat daripada kolam-kolam takungan.

"Pengepaman dari kolam-kolam itu akan mampu mengurangkan kebergantungan terhadap Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi," menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, SPAN berkata kebanyakan kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah telah mula pulih secara berperingkat.

"Bagaimanapun beberapa kawasan terutamanya di penghujung sistem dan lokasi tinggi masih belum mendapat bekalan.

"Syabas sedang menghantar bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan itu, dan ia turut menghantar bantuan dua botol air minuman berkapasiti lima liter setiap satu kepada setiap keluarga di Pulau Ketam," menurut SPAN.

-- BERNAMA

27 Jun 2014

BUKTI PANAS, PEGUAM DIUGUT BILA DEDAH " MESYUARAT RAHSIA DI AUSTARLIA" .....



oleh:  Kamal Hisham Jaafar di Hava Harp Okulu


UGUTAN TERHADAP Peguam Kamal Hisham kerana MENDEDAHKAN wujudnya "SECRET MEETING DI AUSTRALIA" yang baru didedahkan beberapa jam yang lalu.

Bukan mudah untuk memperjuangkan Kebenaran dan Nasib Rakyat, ugutan, tohmahan, hinaan, "kena frame dengan tuduhan palsu" dan berbagai pekara negatif adalah cabaran yang terpaksa dilalui dan diterima.

Saya HANYA berpegang kepada Prinsip iaitu BERKATA BENAR WALAUPUN IANYA PAHIT DAN SAYA TIDAK AKAN SESEKALI SUJUD SELAIN SUJUD KEPADA ALLAH..


Saya tidak takut langsung dengan UGUTAN-UGUTAN seperti ini kerana saya percaya kepada apa yang saya sedang PERJUANGKAN. Menang atau Kalau itu bukan matlamat saya, apa yang PENTING adalah "membangkitkan kesedaran Rakyat dan Pemimpin yang telah diberi Amanah" untuk bangun dari buaian mimpi indah dan melaksanakan tanggung jawap mereka terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

Saya HANYA berharap rakan rakan dapat mendoakan keselamatan saya dan keluarga jika teringat sewaktu lepas bersolat setiap hari. Selagi saya bernafas MAKA selagi itu kebenaran saya akan perjuangkan.

Saya akan PERTAHANKAN setiap inci Tanahair kita dari "dirampas" oleh pihak Asing.

Kepada yang menghantar UGUTAN ini, bertaubatlah dan kembalilah ke Jalan Allah, INGATLAH hari sesudah Mati yang kita semua akan lalui. Kepada Pihak Polis bertindak untuk menyiasat perkara ini, Janganlah kerana ianya melibatkan VVIP maka kertas siasatan "menyebelahi VVIP", "Saya mungkin tidak Berjaya sekarang Namun apa yang PASTI saya akan Berjaya satu Hari Nanti"......Allahuakhbar!!!

POLITIK SARAWAK BERGELORA....PARTI KOMPONEN BN MULA REBUT KERUSI


SUPP, PRS, SPDP tidak akan ‘khianati’ BN Manakala  PBB persoalkan rasional di sebalik kesepakatan terbabit



KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Sarawak Progresif Demokratik (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah ‘bersepakat’ untuk membentuk pakatan demi mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dari tuntutan oleh wakil-wakil rakyat Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan rasional di sebalik kesepakatan terbabit dan menggelarnya sebagai ‘penggabungan fikiran’.

“Saya hairan dengan kesepakatan ini dalam ‘penggabungan minda’ seperti yang diumumkan oleh ketiga-tiga pihak Presiden parti yang terbabit,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Abdul Karim telah merujuk kepada mesyuarat di antara Peter Chin (Presiden SUPP), Tiong King Sing (Presiden interim SPDP) dan James Masing (Presiden PRS) semasa penutupan sambutan Gawai Dayak di kediaman Masing pada petang Sabtu lalu.

“PBB tidak terjejas dalam apa jua cara dengan kesepakatan ini. Untuk rekod, beberapa menteri dan wakil-wakil PBB juga dipilih untuk dijemput tetapi waktu acara tidak sesuai bagi mereka untuk hadir, ” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PRS Sempurai Petrus Ngelai dalam kenyataannya menggesa Abdul Karim untuk tidak berkomentar melebihi batas.

“Sebab utama bagi ‘penggabungan fikiran’ ini adalah untuk mengukuhkan tiga komponen parti BN supaya mereka boleh mempertahankan kerusi yang diperuntukkan untuk BN dalam PRN akan datang,” katanya.

Teras memegang 10 kerusi DUN, PRS (8), SUPP (2), SPDP tidak mempunyai kerusi

Pada 16 Mei yang lalu, 10 wakil rakyat negeri bertemu Pengerusi BN dan Ketua Menteri Adenan Satem untuk mengikrarkan kesetiaan mereka kepada BN walaupun meninggalkan parti-parti komponen BN masing-masing untuk menyertai Teras.

Masing berkata PRS diperuntukkan sembilan kerusi oleh BN, SUPP (19) dan SPDP (8), ini bermakna ketiga-tiga pihak akan bertanding di 36 kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Untuk PRS, kerusi yang terjejas adalah Pelagus, manakala untuk SPDP adalah Tasik Biru, Pakan, Batu Danau, Marudi dan Bekenu sementara kerusi terjejas SUPP adalah Opar, Bengoh, Engkilili dan Bawang Assan.

Pada masa ini, Teras memegang 10 kerusi negeri, PRS (8), SUPP (2) manakala SPDP tidak mempunyai kerusi DUN. Kerusi negeri selebihnya dipegang oleh parti-parti pembangkang DAP (11), PKR (3) dan SWP (1).

Teras juga mempunyai dua menteri penuh dan empat timbalan menteri dalam kabinet negeri walaupun parti itu masih di luar BN -FMT

Tentera Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) Tawan Pekan Minyak Iraq - GAMBAR PANAS KEJADIAN SEBENAR

7_small

Baghdad: Tentera ISIL  menawan sebuah pekan yang terletak sejam perjalanan dari Baghdad yang menempatkan empat lapangan gas asli semalam, kemenangan terbaharu pemberontak Sunnah yang sudah meraih sebahagian besar kawasan utara dan barat ibu negara Iraq.

Wakil presiden Iraq berkata, satu sesi Parlimen akan diadakan pada 1 Julai, langkah pertama dalam membentuk kerajaan baharu yangdiharapkan komuniti antarabangsa lebih inklusif untuk menghadapi pemberontakan.

Serangan semalaman itu membabitkan kawasan Mansouriyat al-Jabal, lokasi operasi gas asli syarikat luar negara, demikian menurut pasukan keselamatan. Pertempuran mengancam memecahkan negara itu, dua setengah tahun selepas tamatnya pendudukan Amerika Syarikat.

Pemberontak, diterajui Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) turut membabitkan kumpulan Sunnah lain menyalahkan Perdana Menteri Nuri al-Maliki kerana meminggirkan Sunnah ketika lapan tahun berkuasa dan kini berusaha untuk kekal berkuasa.

Tiga bulan selepas pilihan raya, gesaan di Iraq dan di luar negara mahukan proses pembentukan kerajaan dimulakan, termasuk gesaan ulama terkemuka Syiah Ayatollah Ali al-Sistani.

Wakil presiden mengeluarkan perintah semalam, supaya sesi Parlimen 1 Julai diadakan, menurut televisyen kerajaan. Parlimen kemudian akan mempunyai tempoh 30 hari untuk menamakan presiden dan 15 hari untuk menamakan Perdana Menteri.



19_small

LAGI GAMBAR KEJADIAN SEBENAR


sementara itu :
Iran hantar drone, senjata ke Iraq



Teheran menghantar dron Ababil untuk mengawasi konflik yang semakin meruncing di Iraq. -

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Iran didakwa menghantar drone dan peralatan ketenteraan untuk membantu Iraq memerangi kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), menurut The New York Times, kelmarin.

Hasil risikan Amerika Syarikat (AS) mendapati, drone Ababil tersebut dihantar ke kawasan lapangan terbang Al- Rashid dekat Baghdad.

Pesawat tanpa pemandu sepanjang tiga meter itu digunakan untuk memantau keadaan yang semakin tegang.

Difahamkan, Iran juga telah menghantar 140 tan bekalan dan peralatan ketenteraan menerusi dua penerbangan biasa ke ibu negara.

"Selain itu, seramai 12 pegawai separa tentera dihantar sebagai bantuan sokongan kepada kerajaan Iraq.

"Teheran turut memasang satu unit risikan di lokasi terbabit untuk memintas komunikasi elektronik antara militan ISIL dan komander mereka.," jelas laporan AFP.

26 Jun 2014

PANAS! MYWATCH AKAN DEDAH SKANDAL SEKS PEGAWAI KANAN POLIS

Pautan kekal imej terbenam

MyWatch dakwa ada bukti skandal seks pegawai polis



NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai polis kanan.

Pengerusi NGO tersebut R Sriv Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pengkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahakn sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," kata Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.


“Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya.

Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi.

PANAS! DOKUMEN SULIT KELULUSAN KIDEX OLEH MMKN DIDEDAH....MP DAN ADUN KAWASAN SUDAH MAKLUM PADA 2012....


Selangor dedah dokumen sulit kelulusan Kidex


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen sulit kepada awam yang melibatkan keputusan MMKN ke-6/2012 pada 15 Februari 2012 berhubung persetujuan secara dasar yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap cadangan pembinaan Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX).

Keputusan mengklasifikasikan semula dokumen sulit kerajaan kepada dokumen awam ini dibuat menurut Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 sebagai reaksi kepada permohonan seorang rakyat Selangor, Encik Chia Gek Suan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Documents Pertaining of The Approval of The Proposed Kidex.

Keputusan MMKN ke-6/2012 dan disahkan pada 22 Februari 2012 antara lain menyatakan bahawa;

1. Cadangan Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dan mengambil langkah-langkah seperti berikut;

i) Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi sahaja

ii) Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan

iii) Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai unjuran keuntungan bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal setelah permohonan di bawah Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dan

iv) Perkara tersebut (penamatan awal) diguna pakai bagi semua lebuh raya sedia ada atau yang akan dibina.

2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor diminta menyelaraskan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan keperluan-keperluan yang melibatkan Negeri Selangor dalam perancangan pembinaan KIDEX dan mengemukakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau Konsortium.

Keputusan MMKN ke-6/2012 itu juga membuat keputusan bahawa LLM atau konsesi berkaitan yang akan membina lebuh raya baru di Negeri Selangor perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) kawasan berkaitan mengenai cadangan tersebut terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada penduduk setempat bagi memudahkan wakil rakyat menjawab pertanyaan atau bantahan orang ramai.

MMKN ke-6/2012 jelas menyatakan bahawa LLM akan memberikan taklimat kepada penduduk berhubung cadangan pembinaan KIDEX.

Selain itu, MMKN ke-6 menyatakan pendirian bahawa penswastaan hendaklah meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Selangor kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat; kos hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan dan apabila siap maka pulangan hasil yang diswastakan; dan kos juga perlu mengambil kira risiko dan pulangan berdasarkan penanda aras antarabangsa.

Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR ,PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

PENJELASAN FIFA TENTANG PERTEMBUNGAN PUASA RAMADAHAN DENGAN PIALA DUNIA


Soal Piala Dunia Bertepatan dengan Puasa Ramadhan, Ini Tanggapan FIFA


BULAN Ramadhan tinggal beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu harus berbahagia dengan datangnya bulan yang penuh berkah ini. Lalu, bagaimana dengan para pemain Muslim yang berlaga di Piala Dunia 2014? 

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada akhir pekan ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam kondisi fisik mereka. Hal ini sudah ditegaskan oleh pihak FIFA selaku penyelenggara Piala Dunia 2014 di Brasil.

“Kami sudah melakukan penelitian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang mengkhawatirkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu memiliki ketentuan untuk meminta keringanan agar tetap akan menjalani Ramadan pada waktu yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Aljazair,” ujar Jiri Dvorak, Kepala bidang Kesehatan FIFA, Selasa (24/6/2014).

Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, diperkirakan akan dimulai hari Ahad (29/6/2014).

Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahwa organisasi sepak bola dunia itu sudah melakukan kajian yang lengkap dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan.

“Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan diikuti dengan benar, tidak akan ada penurunan pada kinerja fisik para pemain,” ujar Dvorak.

Michel D’Hooghe, ketua komite medis FIFA, mengatakan kepada wartawan bahwa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, karena mereka juga pernah mengalami hal yang sama pada Olimpiade London 2 tahun lalu.

Olimpiade London yang digelar 27 Juli-12 Agustus 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih bisa bertanding seperti biasa. [sm/islampos/kbr]

PENGGANAS SULU TERMASUK SEORANG KOPERAL POLIS DITANGKAP DI KUNAK SABAH

Foto
Rampas sijil ‘panglima’

Kuala Lumpur: Sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam.

Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani.

Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.


ANGGOTA tentera melakukan persiapan sebelum Ops Gasak di Kunak.

“Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya.

25 Jun 2014

BERITA YANG TAK KELUAR DI ASTRO & TV3 : 70 pensyarah UNISEL miliki PhD, antara IPTS terbaik Malaysia

KUALA SELANGOR, 25 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan memilih Universiti Selangor (UNISEL) untuk menyambung pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, hal itu kerana UNISEL adalah salah satu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diakui terbaik di negara ini dengan lebih 70 pensyarah berstatus doktor falsafah (PhD).



Katanya, 50 daripada kesemua 86 kursus pengajian ditawarkan turut menerima pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) oleh Kementerian Pengajian TInggi Malaysia.

“Kita tawarkan program terbaik dengan harga yang sangat rendah.

“RM26,000 kita tawarkan untuk tiga tahun pengajian, sedangkan IPTS lain jumlah itu hanya untuk setahun, malah ada yang setakat boleh tampung pengajian satu semester sahaja,” katanya dalam sidang media di kampus Bestari Jaya di sini.

Turut sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali yang terdahulu melakukan lawatan ke asrama pelajar perempuan yang siap dibaik pulih.

Sementara itu, Anuar mengakui terdapat peningkatan yuran dilakukan namun ianya tidak melebihi kadar ditetapkan kementerian sebanyak 30 peratus daripada kadar sebelumnya.

“Sesetengah yuran bagi program tertentu memang dinaikkan tetapi tidak lebih 30 peratus.

“Katakan sebelum ini RM10,000, selepas dinaikkan menjadi RM15,000 dan ini masih rendah berbanding IPTS lain takkan dapat harga begini.

“Kita juga tidak boleh naikkan tinggi, Kerajaan Negeri tidak benarkan,” katanya lagi.

TERKINI! KEADAAN DI KUNAK , SABAH

Gambar: [11:09, 6/25/2014] Pangkalan perintah bkurung...x blh kluar dan x blh msuk..operasi rumah k rumah....ada khabar penceroboh menyelinap msuk...hosp kunak pun d jaga rapi copy n paste dari msg kawan

Esscom nafi berlaku kes tembak di Kunak

LAHAD DATU - Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek menafikan berlaku kejadian tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak, dekat sini awal hari ini.

Beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar melalui media sosial.

Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan bahawa Esscom melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Bakau, Nelayan dan Basilan.

Ops Gasak ke-22 yang diketuai Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

"Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap semua orang bertenang dan tidak
menyebarkan berita palsu terutama di media sosial," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata sebanyak 129 orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari jam3 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen. - Bernama

ITALI BUNGKUS GIGITAN SUAREZ JADI BUALAN DUNIA!!!

Pautan kekal imej terbenam
Itali tersingkir, Luis Suarez buat hal lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Juara Piala Dunia 2006, Itali menjadi satu lagi nama besar yang tersingkir dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila tewas 0-1 kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Estadio das Dunas di Natal yang turut dicemari dengan aksi kontroversi oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez.

Luis Suarez dikatakan telah mengigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini ketika cuba untuk bersaing mendapatkan bola di dalam kotal penalti Itali.



Pemain Itali, Giorgio Chiellini menunjukkan bahunya yang digigit Luis Suarez. - AP Photo/Hassan Ammar


Namun, tindakannya itu gagal disedari oleh pengadil dari Mexico, Marco Rodriguez yang tidak mengambil sebarang tindakan meskipun dibantah keras oleh pemain-pemain Itali.

Suarez dijangka bakal menerima hukuman berat dari FIFA selepas ini seandainya perbuatan beliau itu diadukan oleh pegawai pasukan Itali.

Untuk rekod, perbuatan menggigit pemain lawan ini merupakan kesalahan kali ketiga beliau kerana sebelum ini ketika beraksi untuk pasukan Ajax Amsterdan, beliau pernah digantung tujuh perlawanan pada 2010 kerana mengigit bahu pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika seri 0-0.

April tahun lalu pula, ketika berkhidmat bersama Liverpool pula, Suarez telah digantung 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana mengigit bahu pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic ketika perlawanan berkesudahan seri 2-2.


Pemain Itali, Andrea Barzagli (kiri) dan Alessio Cerci berjalan meninggalkan padang setelah skuad mereka tumpas 0-1 kepada Uruguay awal pagi tadi. - AP Photo/Ricardo Mazalan

Itali yang tertekan kerana bermain dengan 10 pemain setelah Claudio Marchisio dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Uruguay, Egidio Arevalo terpaksa bertahan sambil melakukan serangan balas sekali-sekala ke gawang Uruguay.

Malah, tindakan pemain Uruguay yang cuba melengah-lengahkan perlawanan juga menyebabkan seorang staf kejurulatihan Itali diarahkan meninggalkan bangku pemain oleh pengadil perlawanan.

Peluang tersebut diambil pantas oleh Uruguay untuk melancarkan serangan berbahaya ke gawang Itali dan gol kemenangan Uruguay akhirnya dijelmakan oleh tonggak pertahanan, Diego Godin ketika perlawanan berbaki lima minit untuk ditamatkan.

Dengan kemenangan itu, Uruguay berada di tangga kedua kumpulan mengumpul enam mata dan mengiringi Costa Rica untuk ke pusingan kedua.

Sementara itu, England hanya berjaya pulang membawa satu mata apabila terikat tanpa jaringan dengan Costa Rica di Estadio Mineirao di Belo Horizonte.

Rombakan besar-besaran dilakukan oleh Roy Hodgson terhadap England dimana beliau menurunkan rata-rata pemain yang belum lagi bermain sepanjang piala dunia ini seperti Frank Lampard, Phil Jones, Chris Smalling, Luke Shaw, James Milner dan penjaga gol, Ben Foster namun masih gagal mencari gol kemenangan buat England.

England kekal di tempat tercorot Kumpulan D dengan satu mata.

FIFA buka kertas siasatan Suarez gigit Chiellini


Rio de Janeiro: FIFA sudah membuka kertas siasatan dan mendakwa Luis Suarez kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

FIFA dalam kenyataannya, mendakwa jawatankuasa disiplin sudah membuka kertas siasatan ke atas penyerang Uruguay.

Panel itu mendapati Suarez bersalah menyerang lawan.

Mengikut peraturan FIFA, Suarez boleh digantung antara dua perlawanan dan maksimum 24 bulan.

FIFA turut meminta pasukan itu mengemukakan bukti sebelum 5 petang ini.

Keputusan itu akan dibuat sebelum Sabtu iaitu sebelum pertemuan antara Uruguay dan Colombia.

Uruguay layak ke pusingan 16 pasukan selepas menumpakan Itali 1-0.

Tapi, seminit sebelum gol dijaringkan, Suarez dilihat bertelagah dengan Chiellini dan rakaman telesvisyen jelas mendapati dia menggigit bahu pemain pertahanan itu.

Pengadil, Marco Rodriguez dari Mexico dikatakan tidak nampak kejadian itu dan tidak mengambil sebarang tindakan.


Penyerang Liverpool itu pernah digantung sepuluh perlawanan selepas gigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, tahun lalu.

Pada 2010, dia digantung tujuh tahun selepas gigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika bermain untuk Ajax Amsterdam.

Gantung perlawanan buat pemain yang bersalah di piala dunia paling lama adalah lapan erlawanan iaitu ke atas pemain Itali, Mauro Tassotti kerana menyiku sampai berdarah hidung pemain Sepanyol, Luis Enrique, pada 1994.

24 Jun 2014

SEJAK JADI MB TEKSI PUN KENA BAWAK....BAIK PUNYA LAKONAN!!!


Luahan rakyat kedah: ·

ADA PORSCHE..! ,ADA BANGLOW 3 TINGKAT..!
RUMAH ADA SWIMMING POOL..!, RUMAH ADA ORANG GAJI..!
DAN KORANG PUN AMAT YAKIN YANG MAMAT NII,
BERGAMBAR SAMBIL BAWAK TEKSI..HANYALAH..
SEBAGAI SATU LAGI PROJEK MENIPU MELAYU,
UNTUK DAPAT UNDI DIMASA MENDATANG..!
MALANG PADA MELAYU KAMPUNG..MELAYU DESA..MELAYU FELDA..
YANG RATA2NYA ISLAM..
KERANA ASYIK2 DIPERGUNA, DIPERBODOH TANPA JEMU..UNTUK..
MENGEKALKAN KUASA..!
MEREMBAT HARTA NEGARA...!
MENGAYAKAN KRONI, ANAK BINI..!
GST..IDUP MELAYUU..!!!
BARANG NAIK..IDUP MELAYU.!!!
KETA MAHAL..IDUP MELAYU..!!!
GAJI KECIK..IDUP MELAYU..!!!
TAMBANG BAS NAIK..IDUP MELAYU..!!!
MALANGG..MALANGGGG..MALANGGGGG..
WAHAI ORANG MELAYU KAMPUNG, DESA, FELDA..
BANGUNLAHHH..SEDARLAHHH..BERINTERNETLAHHH...
ANDA SEDANG TERPERANGKAP DALAM PROJEK MENIPU MELAYU OLEH UMNGOK,
UNTUK MEREMBAT HARTA NEGARA..
BANYGUN LAAAA...
kesian kat pakcik warong...


Dalam Mb dok sibok bawak teksi di Jitra.....apa pulak nasib pemandu-pemandu teksi di Langkawi, saban bulan ada saja mogok dilakukan......Gambar ini  ...dimana teksi mogok di Langkawi Lagoon disebabkan  terlalu ramai operator Haram beroperasi bila musim Arab.  

Keadaan ini sebenarnya nasib pemandu-pemandu teksi di kedah berapa bulan yang lepas mogok berlaku di stesen Bukit Kayu Hitam.

Di Langkawi terlalu banyak permit teksi dikeluarkan juga saingan dari kenderaan persiaran apabila diluar musim percutian maka mereka susah untuk mendapatkan pelancung-pelancung. Maka kejadian mencuri pelancung sering berlaku oleh opretor tanpa permit.


SKRIP ANTI KIDEX TERBONGKAR!!!

Projek CAR Khalid disanjung, isu KIDEX Khalid diserang


SEBENARNYA, di Selangor ada beberapa isu membabitkan tanah penduduk yang persis kontroversi KIDEX iaitu projek Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan di Selangor.

Salah satunya ialah Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR), sebuah projek pemasangan kabel bervoltan tinggi yang memakan jajaran pembinaan sejauh 59 kilometer.

Projek mega itu meliputi 1.5 kilometer sebuah kampung di Rawang iaitu Kampung Sungai Terentang.

Namun, projek membabitkan kampung itu yang sepatutnya dimulakan pada 2007 – ditangguh selepas penduduk mengemuka permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bantahan demi bantahan dikemukakan (termasuk Kerajaan Selangor) sehingga menatijahkan keputusan penangguhan itu.

Mungkin kerana tertekan dengan keputusan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2011 menyatakan bahawa seluruh kawasan tengah Semenanjung Malaysia akan bergelap dan ia berpotensi menjejaskan ekonomi negara jika projek CAR tidak diteruskan.


Namun, jauh sebelum pergulatan isu itu hangat di media, pada 27 September 2008 – sebagaimana laporan Bernama – Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor ‘tidak pernah menghalang’ Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari meneruskan Projek CAR di kampung itu.

Selain mengambil sikap ‘tidak menghalang’, beliau sempat menyatakan langkah yang harus dibuat pemaju, cadangan sama sebagaimana KIDEX ketika ini iaitu mengadakan beberapa perjumpaan dengan penduduk, keterlibatan konsultan bebas serta ‘mengesyorkan’ projek itu diteruskan dengan dua cara.

Ia ialah menanam kabel bawah tanah agar ia tidak langsung melibatkan pengambilalihan tanah seterusnya membolehkan penduduk kampung terus tinggal atau wujudkan laluan alternatif yang tidak melibatkan ramai penduduk.

Selepas September 2008, langkah yang dilihat ‘menyusahkan’ TNB itu terpaksa dipenuhi Kerajaan Persekutuan. Proses yang memenatkan TNB itu berlangsung dalam tempoh panjang.

Namun, Kerajaan Selangor konsisten dengan mekanisme itu sekalipun pelbagai alasan yang dikemukakan TNB.



Tekanan Kerajaan Selangor jelas dalam kenyataan Sekretariat Akhbar pada 22 Disember 2011 yang menyebut Kerajaan Negeri mengarahkan TNB untuk ‘mempertimbangkan’ pembinaan pencawang elektrik bagi Projek CAR di jajaran baharu iaitu di sepanjang Lebuhraya Persekutuan Rawang-Ipoh.

Keputusan itu diambil setelah Kerajaan Negeri mendengar taklimat syarikat perunding kejuruteraan Aecom New Zealand yang menyebut jajaran baharu itu disyor atas faktor kos paling minimum serta ketiadaan impak terhadap penduduk setempat.

Dan, pada 31 Januari 2013, Selangorkini memaparkan kejayaan Kerajaan Negeri apabila TNB akhirnya akur dengan ‘syor’ Kerajaan Selangor dengan membuat jajaran lain untuk Projek CAR.

Selain menyelamatkan 5,000 penduduk Kampung Sungai Terentang, keputusan itu sekaligus menyelamatkan Kampung Batu 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 16 Rawang serta beberapa bangunan awam lain.



Sama ada ia sebahagian daripada ‘kebijaksanaan politik’ yang cuba dibuktikan oleh Khalid Ibrahim atau helah bagi menundukkan pihak yang lebih besar supaya akur dengan ‘syor’ Kerajaan Negeri, hakikatnya semua trick itu selari dengan perkara yang diperuntuk
dalam Kanun Tanah Negara dan menepati Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Atas maksud pembinaan infrastruktur awam misalnya, Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah.

Malah, mengikut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri hanya dibenarkan dengan alasan yang sangat munasabah, mempertikai kuantum pampasan yang bakal diterima oleh mereka yang terjejas.

Justeru, langkah Kerajaan Selangor yang memberi kenyataan awal seolah-olah bersetuju dan tidak menolak projek Kerajaan Persekutuan sebenarnya memandangkan skop bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang sangat luas dan hampir mutlak.

Ia terutama dalam hal ehwal yang melibatkan infrastruktur, kemudahan awam dan pembangunan secara umum yang mana Kerajaan Negeri hanya mempunyai peranan memberi nasihat.

Namun, di pusingan kedua, Kerajaan Selangor dilihat menggunakan sepenuhnya ‘kuasa’ untuk mencadang jajaran alternatif sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pengambilalihan Tanah.

Di sinilah yang menjadi bargain Kerajaan Negeri hingga Kerajaan Persekutuan akur dengan syor yang akhirnya memihak kepada rakyat.



Kita melihat kaedah sama yang sedang dipraktis Kerajaan Selangor terhadap KIDEX. Yang penting tanah dan hak rakyat akhirnya dimenangkan. Yang lurus akan menang, yang curang akan tewas. Manfaatkanlah ruang kepercayaan untuk beri yang terbaik kepada rakyat.

Namun, asakan luar biasa pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar Selangor dalam isu KIDEX menimbulkan tanda tanya di ruang pemikiran khalayak.

Kaedah sama dan corak penyelesaian yang hampir serupa sedang digerakkan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu KIDEX.

Menghairankan kerana KIDEX seakan-akan menjadi punching bag terhadap Abdul Khalid, tidak seperti semasa Projek CAR sebelum ini yang menyaksikan sebahagian besar pemimpin Pakatan berdiri di belakangnya.

Tertanya-tanya juga, adakah Khalid semasa KIDEX dan Khalid semasa Projek CAR di Kampung Sungai Terentang, sosok berbeza? Atau memang sengaja diwujudkan skrip respon berlainan terhadap kedua-dua isu ini?

Jika benar, siapa penulis skripnya?


* Shazni Munir ialah Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)

ANTARA LEMBU ATAS BUMBUNG DENGAN LEMBU DALAM KONDO MANA LEBIH KELAKAR




INI KISAH .....LEMBU dari Bern, Switzerland ini mungkin sudah puas hidup di atas tanah dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.
Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut.

Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu.

Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah.

"Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya kepada Mirror Daily.

Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa.

DIBAWAH KISAH TERBARU LEMBU DALAM KONDO YANG POPULAR DI MALAYSIA...............


Mohon dakwaan seleweng dana NFC digugur, suami Shahrizat ketakutan

KUALA LUMPUR 24 JUN: Permohonan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan memberi gambaran Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) itu kini dalam ketakutan untuk berhadapan dakwaan penyelewengan RM250 juta dana NFC.


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mohamad Salleh tidak perlu takut jika beliau benar-benar tidak menyalahgunakan dana awam itu yang disalur kerajaan kepada NFCorp.

“Beliau perlu berhadapan dengan tuduhan dalam kes penyelewengan dana bagi projek ternakan lembu itu.

“Jika tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut dan minta tuduhan terhadapnya digugurkan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kepadaKeadilan Daily.

Peguam Mohamad Salleh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dipetik berkata, pihak pembelaan akan mengutus surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan terhadap suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu digugurkan.

Beliau juga dilapor memohon agar perbicaraan terhadap dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual.

“Mohamad Salleh sekarang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak daripada tuduhan berkenaan.

“Beliau perlu berhadapan dengan pertuduhan tersebut dan jelaskan ke mana aliran wang itu telah digunakan,” kata Rafizi, menyambut baik keputusan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menolak penangguhan kes tersebut.

Ujar beliau, pengelakan suami bekas Menteri Wanita itu dari terus didakwa menggambarkan sememangnya wujud penyelewengan dalam kes NFC. ~SK

JAWATAN TPM..HISHAMUDIN GUNA PAPAGOMO ?


Kenapa Zaharin bergaduh dengan Papagomo?


Pergaduhan mereka bermula apabila Zaharin berkata Hishamuddin tak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.




Sebut sahaja Zaharin Mohd Yasin, semua ahli Umno mengenali bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu. Zaharin juga lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, seperti nama blognya yang secara konsisten menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Selepas Pak Lah jatuh, blog Sang Kelembai tidak aktif lagi. Sebelum ini Zaharin secara konsisten menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam Umno sehingga beliau dipecat dari Umno pada tahun 1998. Oleh itu Zaharin juga ada saham dalam menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Beliau memang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu apabila beliau menulis dalam Facebooknya mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, ramai yang percaya kerana Zaharin memang rapat dengan Najib. Apatah lagi dengan rekod beliau yang pernah menjatuhkan Anwar dan Pak Lah, maka orang percaya kali ini Muhyiddin akan jatuh juga.

Zaharin memang tidak menyenangi Muhyiddin yang dipanggilnya “paria”. Kini Muhyiddin dikatakan bercuti di Jakarta dan apabila bekas menteri, Zam menulis Muhyiddin memendam rasa, maka ada kebenarannya Muhyiddin lambat laun akan bersara juga dari politik.

Papagomo pula merupakan seorang blogger yang banyak menimbulkan isu skandal seks Anwar Ibrahim. Beliau didapati bersalah memfitnah Anwar dan diperintah membayar RM800,000 kepada Anwar tetapi Papagoma kata dia seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Anwar.

Entah macam mana tiba-tiba Zaharin membelasah Papagomo apabila Papagomo menyerang Zaharin. Zaharin tidak setuju Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. Sebagai blogger yang didakwa Zaharin dibayar upahnya oleh menantu Hishamuddin, maka menjadi tugas Papagomo menyerang Zaharin.

Tetapi Papagomo silap percaturan. Zaharin bukannya calang-calang orang. Walaupun dia pernah dipecat dari Umno kerana mengkritik anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi dia setia dengan Umno.

Oleh itu tindakan Papagomo menyerang Zaharin merupakan satu tindakan yang silap. Zaharin setiap hari membelasah Papagomo dalam Facebooknya yang dikatakan bekas polis yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi kes rasuah.

Apabila Papagomo diserang, ia memberi tempias kepada Hishamuddin kerana Papagomo diupah oleh menantu Hishamuddin. Maka sedikit sebanyak pergaduhan di antara Zaharin dan Papagomo merugikan Umno kerana lebih banyak pekung Umno didedah oleh mereka berdua. Maka sudah sampai masanya bagi mereka berdamai.

Sudah sampai masanya Hishamuddin memanggil Zaharin untuk melakukan gencatan senjata. Zaharin peduli apa. Dia tidak ada kepentingan dalam Umno. Dia bebas mengkritik mana-mana menteri yang menyeleweng termasuk Datuk Hassan Malek baru-baru ini kerana nawaitu Zaharin adalah untuk menyelamatkan Umno dan bukannya untuk menyelamatkan mana-mana pemimpin.

Kalau dia mahu kaya, dia sudah lama kaya kerana majoriti menteri Umno adalah kawannya. Tetapi dia lebih suka hidup sederhana kerana katanya buat apa kaya kalau sakit akibat makan duit rasuah. Tidak ada orang yang berani menegur semua menteri dalam Umno seperti Zaharin ini. Maka spesies seperti Zaharin perlu juga ada dalam Umno.


SUMBER

MUKRIZ NIE MENTERI PENGANGKUTAN NOMBOR BERAPA?


Dok tengok banyak jalan negeri, bandaran dan persekutuan masih teruk semenjak Bn  perintah kedah....tu belum tengok simpang , side table jalan yang tidak terurus ...anda rakyat kedah tengoklah sendiri bagaimana penyelenggaran amat kurang malah tahap teruk....

Tak payah lah nak kalut buat projek mega....kalau hutang kerajaan pusat semakin kritikal dan akhir sekali membebankan rakyat dengan cukai baru GST.......

Apa perlunya projek lapangan terbang, tumpukan projek untuk naikkan tahap pendapatan penduduk di kedah yang masih miskin lagi.....

Cadangan bina lapangan antarabangsa di Kulim



Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kos berkenaan termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan dua landasan, katanya.

Mukhriz berkata kajian telah dilakukan dan penting bagi negeri-negeri utara untuk mempunyai satu lagi lapangan terbang antarabangsa memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas yang sedia ada di Pulau Pinang mungkin akan mencapai kapasiti maksimum dalam dua tahun.

"Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan, yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat. Pendaratan oleh pesawat kargo telah dikurangkan lebih 10 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas.

"Wilayah utara berkembang dan memerlukan perkhidmatan dan kemudahan kargo udara," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pejabat Bina Darulaman Bhd di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Tajuddin Atan, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd Datuk Seri FD Iskandar.

Mukhriz berkata bukan mudah bagi lapangan terbang Pulau Pinang mempunyai landasan kedua memandangkan kilang-kilang terletak berhampirannya, sambil menambah bahawa cadangan penambakan laut untuk memanjangkan landasan itu sebagai "lebih mudah bercakap daripada melakukannya".

"Penyambungan landasan tidak membantu... peningkatan penerbangan hanya dengan lebih banyak landasan dan tidak memanjangkan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Jepun di Osaka, yang dibina melalui proses penambakan laut, mengambil kira-kira 10 tahun.

Mukhriz berkata adalah lebih murah untuk membina lapangan terbang di tanah besar dan bukannya melalui penambakan laut, sambil menambah bahawa lebih 600 hektar tanah ladang getah tersedia di Kulim untuk lapangan terbang yang dicadangkan itu yang boleh mempunyai sehingga empat landasan.

Beliau berkata lapangan terbang itu, jika diluluskan oleh kerajaan persekutuan, boleh menjadi lapangan terbang serantau, untuk menampung kawasan di selatan Thailand.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata syarikat itu merancang untuk mengukuhkan kunci kira-kiranya pada tahun ini dan juga untuk menambah simpanan tanah.

Syarikat juga akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu hartanah, kejuruteraan dan pembinaan lebuh raya serta penyelenggaraan jalan, kata beliau.



NATANG APA PULAK NIE PT3

 PT3 ganti PMR



Guru perlu taklimat jelas mengenai bagaimana Pentaksiran Tingkatan 3 akan menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah untuk pelajar tingkatan 3 bermula tahun ini.

Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming mempersoalkan kaedah penerangan yang akan digunakan Kementerian Pendidikan berhubung penggantian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ahli Parlimen Serdang itu turut mempersoalkan kekurangan itu, sejauh mana pencapaian dalam Laporan Tahunan 2013 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) boleh dipercayai.

"Setakat mana ‘pencapaian’ yang digariskan dalam PPPM boleh dipercayai apabila Kementerian Pendidikan tidak dapat menjelaskan bagaimana PT3 akan menggantikan PMR mulai tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Ong berkata, sukar baginya untuk mempercayai pencapaian itu apabila Kementerian Pendidikan gagal melaksanakan satu isu yang jauh lebih asas - iaitu untuk menjelaskan kepada guru, ibu bapa dan pelajar bagaimana PT3 akan menggantikan PMR.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas usaha beliau untuk menunaikan janji dalam PPPM 2013-2025 untuk menyediakan laporan tahunan tentang pelaksanaan PPPM.

"Laporan Tahunan 2013 PPPM, yang disediakan oleh Unit PADU di Kementerian Pendidikan, menonjolkan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam tahun pertama pelaksanaan PPPM," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, usahanya untuk memahami perkara itu, menggunakan laman sesawang Lembaga Peperiksaan yang dinyatakan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menemui kegagalan.

"Saya cuba untuk mengakses laman sesawang ini sejak Khamis lalu, 18 Jun, tetapi tidak berjaya," katanya, dan menambah, semakannya pada jam 10.15 pagi ini turut gagal.

Ong berkata, meskipun kementerian melalui Idris memberi jaminan, dua surat pekeliling dikeluarkan untuk menjelaskan PT3 dan dimuat naik ke laman sesawang Lembaga Peperiksaan; www.moe.gov.my, laman web berkenaan gagal diakses sejak tiga bulan lalu.

"Tetapi hampir tiga bulan selepas pengeluaran surat pekeliling ini dan selepas menteri merujukkan laman web Lembaga Peperiksaan dalam jawapan Parlimen beliau, baik garis panduan ataupun laman sesawang berkenaan tidak boleh diakses," katanya.

Ong berkata, ketidaktentuan berhubung pelaksanaan PT3 juga menjadi punca Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, meminta Lembaga Peperiksaan memberi taklimat kepada guru bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PT3.

"Jika guru sendiri risau dengan pelaksanaan PT3, saya hanya boleh bayangkan kekeliruan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di tingkatan 3," katanya.

Ong berkata, berdasarkan kajian keluarga berpendapatan rendah yang dikendalikan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), salah satu penemuan utama adalah jurang maklumat di antara rancangan kerajaan dan maklumat yang diterima oleh golongan miskin.

"Jurang maklumat ini pasti akan termasuk rancangan untuk menggantikan PMR dengan PT3 walaupun jaminan diberikan oleh menteri wakil semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara akan diberi taklimat mengenai perubahan ini.

"Sekiranya kementerian gagal menjelaskan dan melaksanakan sesuatu yang begitu asas seperti PT3, setakat mana ‘pencapaian’ yang disenaraikan dalam Laporan Tahunan 2013 PPPM boleh dipercayai?" soalnya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-persoal-kaedah-pt3-ganti-pmr#sthash.mw9mVib8.dpuf

23 Jun 2014

HANGAT! NENEK BUAT PROJEK KANTOI.... #kedahamanmakmur?

Perbuatan jijik nenek terbongkar




Jitra – Perbuatan jijik seorang nenek berusia 63 tahun yang sanggup bersekedudukan dengan pasangannya bagi melakukan maksiat di rumahnya sendiri di Tunjang, dekat sini, akhirnya terbongkar apabila ditahan kerana berkhalwat, awal pagi kelmarin.

Pasangan itu ditahan selepas anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) menyerbu rumah terbabit berdasarkan maklumat, pada jam 1.40 pagi.
Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia 61 tahun dipercayai baru pulang dari belajar agama di sebuah pondok sebelum singgah di rumah wanita itu dipercayai untuk memadu asmara, malah dia dipercayai sudah beberapa kali ke rumah berkenaan untuk melakukan perbuatan sama.

Lelaki itu dikatakan sanggup datang dari Sanglang, Perlis ke rumah wanita itu dengan alasan hanya untuk menemani pasangannya itu yang dipercayai tinggal sendirian di situ.

Sumber berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat warga emas itu, sepasukan penguat kuasa agama membuat pemeriksaan di rumah terbabit dan mendapati pintu rumah tertutup rapat selain keadaan rumah yang gelap.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki warga emas yang hanya menggunakan selimut bagi menutup dari paras pinggang ke bawah dan tanpa baju kemudian membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggotanya di luar rumah, lapor Hmetro

TERKINI ! PENJELASAN JPP BERKAITAN PEMILIHAN CABANG KOTA RAJA


Pemilihan PKR cabang Kota Raja kekal


PETALING JAYA, 23 JUN: Pemilihan jawatan bagi cabang Kota Raja tidak akan diadakan semula ekoran pemilihan berlangsung enam jam tanpa henti selaras dengan peraturan.

Pada 22 Jun lalu, proses pemilihan semula jawatan di kawasan terbabit bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan ketika sesi pengundian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku apabila penyokong calon merempuh pagar pusat mengundi seterusnya bertindak membaling kerusi antara satu sama lain yang menyebabkan proses pengundian dihentikan setengah jam lebih awal.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya akan mengenalpasti suspek yang terbabit seterusnya akan menyerahkan kepada pihak polis jika bukan anggota parti.

Manakala, Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan jika anggota parti itu terbukti terbabit.

“Lembaga Disiplin sedang melakukan siasatan. Jika ahli PKR, mereka akan diambil tindakan, tetapi jika orang luar kita serahkan kepada polis.

“Kita juga kena lihat insiden ini daripada kumpulan yang sama sebelum ini atau tidak kerana membabitkan perkara berlaku dua kali,” katanya.

Dalam kes sebelum ini yang membabitkan Kota Raja, Johari berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan pemecatan dan pengampunan.


“Lembaga Disiplin sudah lakukan penyiasatan. Ada yang dipecat dan yang dilepaskan.

“Terdapat juga calon yang diambil tindakan kemudian membuat rayuan dan meminta maaf, jadi kita beri peluang kedua untuk bertanding tetapi dengan amaran keras,” katanya.

22 Jun 2014

PEMUDA DITEMBAK MATI DI SG. PETANAI #KEDAHAMANMAKMUR




MANGSA ditembak di dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Sungai Petani, malam ini.

Panggilan maut tengah malam

Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.

Jurucakap polis berkata, sebaik mangsa tiba di taman perumahan itu, dia terus ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...