13 Ogos 2011

BERSIH :Timbalan Menteri menyanggah pendapat PM

Saifuddin: BERSIH 2.0 tak sama dengan rusuhan UK

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang berlaku di kota London awal minggu ini.

"Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," katanya kepada kira-kira 100 orang pada satu forum pagi ini.

Menurut Saifuddin, kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Kita sepatutnya membincangkan cadangan Suhakam mengenai cara untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kajang.

Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga

mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain.

Walau bagaimanapun, Saifuddin mempertahankan hujah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa berhasrat mahu membenarkan perhimpunan itu mengambil tempat di dalam stadium.

"Tetapi ia tidak berlaku. Dan saya tidak akan mengulas lebih dari itu," katanya.

Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, semalam berkata parti-parti gabungannya bersependapat bahawa rusuhan di London membuktikan bahawa tindakan keras kerajaan ke atas peserta BERSIH 2.0 adalah wajar.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku di United Kingdom itu sangat serius dan langsung tidak dijangka oleh pihak berkuasanya.

Tambahnya, tiada jaminan bahawa perhimpunan jalanan akan kekal aman kerana mungkin ada pihak tertentu yang akan menyertainya untuk membuat kekacauan.

Dakwa Perdana Menteri lagi, bahawa tawaran "stadium di Shah Alam" juga yang tidak pernah dibatalkan.
Pada forum itu, Saifuddin juga menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.

Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya.

Saifuddin turut mencadangkan undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.

Katanya, kerajaan walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara yang besar.

"Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting," katanya.-mk

Calon PKR Perak

Calon PKR Perak
August 12, 2011

Malam semalam..lepas terawih…aku dapat call dari nombor yang tak dikenali.
"Assalamualaikum Encik Mat." kata dia. "Saya Rahman dari Cawangan Khas IPD Taiping, boleh saya jumpa Encik Mat tak?"

Derderau darah aku. Dah lebih tiga tahun SB tak pernah call aku. Masa nak pilihanraya dulu rajin juga aku dapat call dari SB sebab aku SU Cabang. Setiap kali nak ceramah aku kena jumpa SB minta permit. Tapi lepas pilihanraya 2008, aku dah tak pernah berurusan dengan SB.
"Apa hal?" aku tanya.
"Nak minta pendapat tentang calon-calon PKR di Perak." dia jawab.
"Aku bukan orang PKR dah. Dah letak jawatan. Ahli pun dak…macam mana aku nak bagi tau pasai calon PKR?" aku jawab.

"Tak…kami dah ada senarai calon PKR untuk pilihanraya akan datang ni. Jadi..nak minta pendapat Encik Mat tentang kekuatan depa..kelemahan depa." kata Rahman.
"PKR Perak dah keluar senarai calon?" aku tanya balik.
"Senarai tentatif dah keluar…kami dah dapat minit mesyuarat PKR Negeri. Kalau Encik Mat mau…saya boleh bagi." kata Rahman lagi.

"OK..beres." Aku terus setuju. Ini la kelebihan konsultan. Tak susah nak cari maklumat. Maklumat datang sendiri. Yang pelik..masa aku dalam PKR..cukup susah nak dapat maklumat. Semuanya rahsia. Yang pergi mesyuarat negeri hanya Ketua Cabang. Tapi bila balik..Ketua Cabang tak bagi tau kat kita apa yang dibincangkan. Selalunya aku dapat maklumat tentang negeri melalui member-member, tapi bila tanya kat Ketua Cabang…dia kata rahsia.

Tapi sejak keluar dari PKR…maklumat tentang PKR cukup banyak sampai kat aku. Bukan saja dari stringer aku yang masih dalam PKR…tapi kali ni SB pun nak bagi kat aku!!
"Ok..saya sampai pukul 11.15. saya ambik Encik Mat kita pi makan kat Sungai Siput." kata Rahman.
"Pasai apa jauh sangat?" aku tanya balik. Dari Sauk ke Sungai Siput..dah dekat sejam.
"Saya kena jaga keselamatan Encik Mat.Sat lagi…ada orang nampak Encik Mat dengan saya..orang kata Encik Mat SB pulak." Rahman bagi tau aku.
Ooooooo!! Macam tu? Betul jugak kata SB tu.

Tepat jam 11.15 dia sampai. Aku terus naik kereta dia dan pergi Sungai Siput. Ada satu restoran dekat dengan Petronas sungai Siput dan kami makan kat situ. Orang lain makan kat luar…tapi kami makan dalam bilik special. Rahman order makan macam nak berbuka puasa. Habis makan tu…tak payah sahur dah.

Sementara menunggu makanan datang, Rahman buka folder plastic dan bagi kat aku sehelai kertas A4. Kat situ tersenarai bakal-bakal calon yang akan bertanding untuk kerusi PKR di Perak.
Yahoo!! Baguih sungguh SB ni. Dulu depa dok hambat aku untuk mendapatkan maklumat…la ni depa hambat aku untuk bagi maklumat!! Gila sungguh politik ni.

Dulu orang tuduh aku jadi SB dan tuduh aku bagi maklumat kat SB. Sekarang SB bagi aku maklumat…depa nak kata apa? Mampuih pi la.
Aku dok perati nama-nama tu satu persatu. Setakat nama…semua aku kenai.Kalau nak tau latarbelakang…cuma dua tiga orang saja yang aku tak berapa pasti.
"Pasai apa DUN Chenderiang dan Parlimen Tapah tak ada Calon?" aku tanya Rahman.
"Yang tu tak settle lagi." kata Rahman.

"Yang ni hang silap kot?" aku tanya Rahman. "Pasai apa Pas bubuh kat Bota dan PKR pi Belanja?"
"Dak aaiihhh!! Memang betui. Depa tukar suka sama suka."
Aku tengok senarai tu…macam kelam kabut. "Macam ni…lingkup la." aku kata.
"Pasai apa Cik Mat?" tanya Rahman.

"Saya berani bet empat tempat saja. Yang lain tu tak boleh harap." aku cakap.
"Pasai apa?" tanya Rahman.
"Banyak pasainya. Tapi bila tengok calon yang nak bertanding..aku langsung tak harap." aku jawab.

"Encik Mat tak percaya kat calon-calon ni?" tanya Rahman.
"Ya. Aku tak harap."
"Cik Mat memang terrrer.’ kata Rahman. Dia bawa keluar sehelai lagi. Senarai calon lagi!!
"Ni senarai sapa…yang tu senarai sapa?" aku tanya Rahman.
"Yang ni senarai Pusat. Yang tadi tu senarai Negeri." kata Rahman.
Fuiyo!! "Pasai apa lain?" aku tanya Rahman.

"Pusat tak percaya senarai negeri. Anwar pun macam Cik Mat jugak…tak harap kat calon-calon yang dikemukakan oleh negeri." kata Rahman.
"Senarai negeri sapa yang prepare? Senarai pusat sapa yang prepare?" aku tanya Rahman. Best sungguh dengan SB ni. Sembang dengan orang PKR pun tak dapat maklumat macam ni punya detail.
"Senarai Negeri..Mat Nor yang prepare..tapi ramai sangat orang Mus. Jadi pusat menubuhkan satu task force untuk menyediakan plan alternatif. " kata Rahman.
"Sapa lead task force ni?" aku tanya. "Azmin ka?"

"Tak…orang PKR Putrajaya…saya lupa nama dia. Mungkin Cik Mat kenai kot?" kata Rahman.
"Kalau Putrajaya tu..Onn Ismail la." aku jawab.
"Betui..betui." Rahman mengiakan.
Whoa!!! macam ni lagi hancur la. Kalau Anwar pun tak percaya kat parti dia…mampuih la.
"So macam mana..boleh Cik Mat tolong saya?" tanya Rahman.
"No problem.." aku jawab.
"Saya bagi Cik Mat seminggu untuk menyiapkan profil calon-calon tu boleh?" Rahman tanya lagi.
"No problem."

Lepas melantak…kami pun balik. Dalam kereta Rahman huloq satu envelop. Aku buka depan dia. Dalamnya ada RM300.00. Dia suruh aku sain satu resit tanda menerima. Aku tanya kat dia…"duit ni untuk apa? duit raya ka?"
"Ini bukan duit raya Cik Mat. Dan jugak bukan rasuah.Tapi wang pendahuluan untuk Consultantcy Fees. Semuanya telus…sebab tu saya minta Cik Mat sain voucher." kata Rahman.
Lega…boleh bayar broadband. Untung jugak keluar PKR ni!! sumber MSK

NAJIB - SANDIWARA YANG HEBAT

Pada sidang akhbar petang semalam ` Najib berkata saya telah hadir ke mahkamah sebagai seorang warga rakyat Malaysia yang bertanggung jawab' tapi tak berani ditemu bual dan menjadi saksi

PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi sARAeorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

NAJIB MENTERI TERAKHIR - BUKU TULISAN PEMUDA UMNO: SHAHBUDIN HUSIN

NAJIB MENTERI TERAKHIR - BUKU TULISAN PEMUDA UMNO: SHAHBUDIN HUSIN

Penulis buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn.

Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB.... kah kah kah..

woit...BUKAN MAIN CEPAT KELUAR.... kah kah kah..

kah kah kah... INI BUKAN DITULIS OLEH ORANG PAKATAN... kah kah kah..

kah kah kah...INI TULIS DARI PEMUDA UMNO WANGSA MAJU... kah kah kah


PANDANGAN PENULIS BUKU:

Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya ( Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.


Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.”

“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.

“Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya,” kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.

“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” kata penulis.

Beliau menambah, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TIBAI JANGAN TAK TIBAI.... kah kah kah..

kah kah kah...CARI LEHER ROSMAH KALAU DAPAT... kah kah kah...

kah kah kah...DENGAR KHABAR MALIKUL SUDAH PESAN 20,000 NASKAH... kah kah kah..

woit... NAJIB TAK PERLU DALIL APA APA.... kah kah kah

11 Ogos 2011

SPR , TERBUKTI BIOMETRIK BOLEH DIUBAHSUAI

TERBUKTI! alat biometrik boleh diubahsuai, boleh dimanipulasi untuk kepentingan umporno, PR dah bantah awal2 lagi pelaksanaan sistem biometrik krn blh menipu dalam PRU13

Polis siasat syarikat pengurus ubahsuai alat biometrik


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

Jika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.

- Bernama

MB: Selangor tunggu laporan terperinci Jais

MB: Selangor tunggu laporan terperinci Jais

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menunggu laporan lengkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai serbuan ke atas ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Tambah beliau, laporan terperinci itu termasuk hasil siasatan ke atas kesemua 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan.

“Kerajaan negeri Selangor telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Laporan terperinci yang diminta termasuklah hasil siasatan dan soal jawab 12 orang Islam yang dikatakan terlibat serta salinan barang kes yang telah diperolehi hasil dari pemerikasaan,” katanya.

Menurut Khalid, beliau difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan 12 individu itu yang tidak hadir membantu siasatan.

“Kami difahamkan Jais mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 orang tersebut kerana beberapa undang-undang yang telah diketengahkan oleh peguam-peguam mereka.

“Malah pejabat Menteri Besar juga telah menerima surat daripada firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 dari 12 orang Islam yang terlibat,” katanya menambah akan menyerahkan perkara itu kepada pakar undang-undan Jais untuk memberikan khidmat nasihat.

Semalam Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata pihaknya akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu.

Beliau berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan semalam.

Bagaimanapun peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, Lim Heng Seng mempertahankan tindakan anak guamnya yang tidak hadir memberi keterangan kepada Jais semalam atas alasan arahan yang dikeluarkan tidak lengkap.

Jelas beliau, anak guamnya tidak hadir memberi keterangan kerana mempersoalkan tindakan Jais yang mengarahkan mereka untuk menghadiri satu “sesi kaunseling” bukan untuk membantu siasatan.

Minggu lalu, Jais telah melakukan serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama yang dihadiri pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Khalid, arahan yang dikeluarkan kepada semua exco supaya tidak membincangkan isu itu secara terbuka masih terpakai sehingga arahan baru dikeluarkan.

“Ini bagi memberi Jais ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan tertib dan tanpa sebarang spekulasi.

“Arahan ini tertakluk kepada exco, pegawai kerajaan dan jabatan kerajaan dan tidak melibatkan individu, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau parti politik. Namun begitu, kerajaan negeri beharap sebelum fakta-fakta ditentukan dengan jelas, kita tidak harus terburu-buru membuat sebarang penilaian,” katanya.

Hari ini Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta Jais agar mempercepatkan siasatan dan tampil membuat penjelasan mengenai insiden itu.

Tambah Khalid, beliau berharap segala masalah yang berlaku boleh diselesaikan dengan baik selain mengetepikan kepentingan politik.

“Apa-apa perbincangan perlulah berasaskan pendekatan wajar dan objektif manakala pandangan sempit politik perlu diketepikan.

“Pendekatan sebegini adalah untuk menjaga keharmonian di antara pelbagai kaum dan agama di Selangor khususnya dan Malaysia amnya,” katanya.

RUGIB RM BILION -SELESAI KES! HANGUS DUIT RAKYAT

Putrajaya arah GLC, Danaharta gugur kes saman Tajuddin Ramli

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.

Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.

Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.

Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.

Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.

Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.


10 Ogos 2011

KERAJAAN TIDAK MESRA -MEDIA BARU Facebook dan Twitter

Monopoli media arus perdana telah dipecahkan'

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abd Ghapa Harun berkata penggerak media arus perdana juga perlu mengikis perasaan bahawa mereka masih kuasa dalam memonopoli penyebaran maklumat sedangkan pada hakikatnya monopoli itu telah lama dipecahkan.

"Jadi, yang penting bagi kerajaan kalau berhadapan dengan sesuatu isu, yang pertama mestilah ada ketelusan dalam mengeluarkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu isu kerana kalau maklumat yang dikeluarkan itu betul, maka ini akan menanamkan kepercayaan masyarakat kepada saluran media yang digunakan oleh pihak kerajaan.

"Untuk melawan media alternatif, peningkatan integriti di pihak media arus perdana perlu dilaksanakan sebab mereka kena terima hakikat dalam konteks media hari ini, akhbar-akhbar arus perdana seolah-olah menghadapi krisis kepercayaan atau integriti dan keadaan inilah yang menyuburkan perkembangan media alternatif," katanya kepada Bernama.

Abd Ghapa mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa pembangkang menggunakan media baru untuk menghasut rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka walaupun pada hakikatnya berita yang dipaparkan tidak benar.

Hishammuddin berkata kerajaan juga sukar menerangkan keadaan sebenar mengenai perhimpunan haram 9 Julai lepas walaupun pelbagai saluran media sedia ada digunakan berikutan meluasnya penggunaan media baru oleh pembangkang.

Abd Ghapa berkata beliau yakin penekanan tahap integriti yang tinggi di kalangan media arus perdana secara serius oleh kerajaan dengan sendirinya boleh melemahkan kepercayaan rakyat terhadap maklumat di dalam media alternatif.

Katanya jika hendak dibandingkan maklumat yang dipaparkan media alternatif di dalam dunia siber dengan media arus perdana, sebahagian besar kandungan berita media alternatif boleh dipersoalkan intergritinya.

"Jadi, media arus perdana harus ke depan dalam proses menggerakkan integriti dan kukuhkan semula kepercayaan rakyat pada media perdana. Dengan cara ini secara perlahan kepercayaan rakyat akan kembali kepada media arus perdana," katanya.

"Pihak kerajaan tidak lagi dapat menggunakan undang-undang dalam mengekang kemaraan dan pengaruh media alternatif di dunia siber, jadi satu kaedah yang boleh diberi tumpuan ialah dengan membangunkan media yang berintegriti," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) Norizan Sharif berkata pendekatan konvensional menjawab tohmahan atau menangani isu menerusi akhbar, televisyen dan radio tidak lagi berkesan bagi kerajaan terutama dalam menghadapi serangan Pakatan Rakyat yang lebih proaktif menerokai dunia siber, menurut dua cendekiawan tempatan hari ini.

Katanya, kerajaan harus mempertingkatkan kehadiran mereka di internet, khususnya dengan menguasai media baru seperti 'Facebook dan 'Twitter' yang kini cukup dekat di hati rakyat, khususnya generasi muda.

"Kerajaan kena respons kepada media (baru), sekarang tidak respons... kerajaan tak jawab, dalam politik boleh tuduh apa sahaja, jika tak jawab orang anggap ia benar.

"(Ketika ini) Kita tidak nampak kerajaan jawab dalam Facebook, kita tidak nampak inisiatif untuk jawab dalam blog dan Twitter. Kita boleh bandingkan berapa ramai MP (Anggota Parlimen) pembangkang ada dalam Twitter tetapi bagi pihak kerajaan, jumlahnya boleh dibilang dengan jari," katanya .

Norizan, yang turut menulis blog berkata ketiadaan kerajaan melibatkan diri dalam media sosial telah mewujudkan 'kecacatan' di pihak kerajaan hinggakan isu-isu berbangkit berkaitan perhimpunan haram sukar dijawab dan diperjelas.

Akibatnya, rakyat mudah menerima apa saja yang dimomokkan oleh pembangkang menerusi media alternatif, katanya.

"Banyak isu yang ditimbulkan tidak dijawab. Bila begitu orang akan anggap semua dakwaan itu betul. Kerajaan tak boleh berdiam diri, kalau orang 'bantai' kita di Facebook atau di Twitter, kita kena jawab melalui media itu juga, ini baru betul.

"Pendekatan menjawab melalui media apabila ditanya wartawan boleh dianggap sebagai kurang berkesan, sepatutnya kerajaan tidak perlu tunggu, jika mereka mesra media seperti Facebook dan Twitter, mereka boleh terus respons terhadap sesuatu isu dengan pantas, ini komunikasi terkini," katanya.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan menggiatkan usaha memuat naik setiap pengumuman atau berita baik ke laman You Tube kerana kajian mendapati sebahagian daripada masa anak-anak muda dihabiskan dengan melayari internet.-mk

SPR terus pertahan pilihan raya Malaysia bebas, adil

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mempertikaikan dakwaan sesetengah pihak termasuk pendirian berterusan Pakatan Rakyat sambil menegaskan, sistem pilihan raya negara ini adalah adil dan bebas.

Dalam tulisan disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, “kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil?”

“Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri,” kata beliau.

Wan Ahmad juga berkata pihak terbabit mendakwa pilihan raya tidak adil berasaskan beberapa andaian dan persepsi dan sebagainya yang mereka tidak pernah dapat membuktikannya di mahkamah melalui petisyen-petisyen pilihan raya sama ada selepas pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan kewujudan pengundi kalangan warga asing yang diberikan status kewarganegaeraan.

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga membuat laporan polis.

Semalam Pemuda PAS mendakwa SPR sudah tiada kredibiliti untuk mengendalikan pilihan raya di negara ini.

Perkembangan itu menyusuli perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang diadakan untuk mengetengahkan lapan tuntutan pilihan raya.

Dalam tulisannya, Wan Ahmad turut menyentuh soal pengundi hantu, pengundi pos dan kebebasan media.

“Mereka mendakwa ‘pengundi hantu’ yang telah mengundi dalam pilihan raya, tetapi mereka tidak pernah membuktikan siapa dan di mana pengundi hantu yang telah mengundi.

“Dalam semua petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum ini atas alasan pengundi hantu, semua petisyen telah ditolak kerana mereka gagal memberi bukti prima facie dakwaan tersebut,” katanya.

Sambil berkata dakyah itu digunakan dalam setiap pilihan raya, Wan Ahmad menambah, golongan berkenaan pernah menahan kenderaan yang membawa pengundi dari luar kawasan yang hendak pulang mengundi kerana menuduh mereka pengundi hantu.

“Mereka enggan menerima penjelasan SPR bahawa pengundi dari luar kawasan yang balik untuk mengundi pada hari mengundi di tempat dia disahkan mendaftar adalah pengundi sah yang berhak untuk mengundi di sisi undang-undang,” katanya.-tmi

08 Ogos 2011

REALITI HIDUP- wajip baca

Jurang Realiti 2

Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu?
Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.

Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau…ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.

Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang depa tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.

Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis.
Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.

Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.
Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli.

Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut.

Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.

Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.

Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa “A”. Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat “A”. Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!
Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal.

Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour..tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap “berjaya’ kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang.

Kriteria utama TESCO ialah MURAH. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi
.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!

Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.
Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit.
Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.
Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?
Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.

Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la.

Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?
Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.

Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?
Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.

Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan…janji anak kita dapat 8A.
Kita tak peduli peniaga nak buat apa..janji kita dapat beli barang murah.
Hey…kita juga tak peduli orang politik nak buat apa…janji hidup kita senang.
Mampuih pi la Rosmah nak beli cincin 24 juta…janji harga getah naik.
Mampuih pi la Najib sapu komisen Scorpene…janji harga sawit tinggi.


Bukankah Ketua Penerangan Umno Selangor dah cakap.. orang Melayu luarbandar lebih peka terhadap siapa yang mereka undi. Kalau orang tu datang repair jamban, ganti atap rumah…yang tu depa sokong. Hangpa nak rasuah ka…nak sapu komisen ka..nak beli cincin ka…itu bukan isu depa.
Aku tak peduli Khalid Ibrahim jimat berapa ratus juta duit negeri. Aku tak peduli Hasan Ali melancarkan program bernilai ratusan juta. Aku tak peduli Rodziah melancarkan program tah apa benda. Tapi anak-anak aku nak makan…kalau aku terpaksa minta dari gereja…itu aku punya pasai. Hangpa pun bukan nak ambik tau hal aku!

Itu realitinya. Berapa ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang memahami realiti ini?

PRU13: MAMPUKAH KUASA RAKYAT TUNDUKAN KERAJAAN MISMAH

Had umur Umno-BN makin pendek
DRS. KHALIL IDHAM LIM

MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.

Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.

Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.

Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi.

Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran.

Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan.

Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya.

Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan.

Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih.

Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti.

Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor.

Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS.

Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi.

Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media.

Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut.

Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak. Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN.

Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain.

Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'.

Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'.

Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan.

Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12.

Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun. Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara.

Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN.

Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka.

Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia.

harakahdaily/-

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

Zabidin berkata, pihak pembelaan ada hak untuk temuramah saksi berdasarkan syarat saksi itu, yang bersetuju untuk ditemuramah.

Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.-mk

Samad Said: Sudah tiba masa anak muda lakukan ‘perubahan rejim’



Samad (baju kuning) sewaktu perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi “golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

07 Ogos 2011

Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain

Oleh Syed Mu’az Syed Putra August 07, 2011
Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan. —

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.
Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu

Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”

Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.

Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.

“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.

“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya
-TMI

Pakatan rangka bajet 'Kesejahteraan Untuk Semua'

PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan mereka sebagai alternatif

kepada Bajet 2012 yang akan diumumkan perdana menteri Oktober ini.

Malah ianya akan dibentang lebih awal berbanding yang akan dibentang Datuk Seri Najib Razak, kata anggota jawatankuasa Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Selain Dzulkefly, wakil PAS dalam jawatankuasa merangka belanjawan Pakatan Rakyat itu adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakob.

PKR pula diwakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Selain mereka, pakar dalam pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang turut dijemput memberi pandangan kepada jawatankuasa ini.

Bercakap pada sidang media di pejabat seketariat Pakatan Rakyat di sini tengah hari ini, Dr Dzulkefly berkata tema bajet pakatan itu adalah "Kesejahteraan untuk Semua".

Tiga terasnya pula adalah bagi meningkatkan pendapatan rakyat, pembangunan ekonomi mampan dan keadilan sosial serta keadilan dari sudut pengagihan wang negara kepada rakyat.

"Meningkat pendapatan rakyat ini bermaksud rakyat boleh berbelanja dan ada duit dalam poket," katanya.

Antara penumpuan juga katanya adalah kepada 60 peratus isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Tambahnya lagi, bajet Pakatan juga mahu melihat kaedah yang dapat mengeluarkan rakyat negara ini dari perangkap kepada golongan berpendapatan sederhana atau Middle Income Trap.

Bagaimanapun, belanjawan ini katanya bukanlah bayangan belanjawan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Menurutnya lagi, bajet Pakatan Rakyat menampilkan pendekatan merakyat, berbeza dari kerajaan yang dilihat lebih menumpukan kepada projek berskala besar seperti diumum Najib pada belanjawan 2011 lalu.

Beliau merujuk kepada peruntukan besar kerajaan untuk projek Menara Warisan serta projek My Rapid Transit (MRT) dan beberapa projek berskala besar lain.

Selain itu, bajet kali ini juga jelas ahli parlimen Kuala Selangor itu, akan turut mengambil kira faktor kemelut ekonomi global akibat krisis ekonomi Amerika dan Eropah.-Hd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...