25 Januari 2012

POLIS ADAKAN SIDANG MEDIA 4.00 PTG. :SERANGAN CERAMAH ABU

Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU


Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.-mk

Sebantar tadi pihak Jawatankuasa ABU telah menghantar Memorandum Kepada SUHAKAM Berikutan Kegagalan Pihak Polis Bertindak Profesional

Sekarang ini, sedang ditayangkan beberapa 'footage' video-klip dan gambar-gambar kejadian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...