15 Mei 2015

TOPUP TETAP KENA GST

Isu Topup GST : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?
 Isu Topup GST pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan demi rakyat. Persoalannya sekarang menteri sedang bela siapa? Rakyat Malaysia atau taikun telekomunikasi Malaysia?


INI Satu Lagi Isu : Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa!

Sehingga bertukar orang untuk diselesaikan. Selepas lebih sebulan rakyat marhaen menunggu apa yang menteri mampu perjuangkan untuk rakyat marhaen di bawah disebalik isu topup GST, akhirnya hasilnya seperti di bawah ini :

GST tetap dikenakan kepada rakyat marhaen, tetapi bukan pada pembelian kad topop prabayar
GST akan dikenakan pada anda untuk setiap panggilan dan sms yang dimasukkan untuk dikenakan cukai GST kepada anda. Bijak bukan Menteri mencari penyelesaian? Ermm…..
Akhirnya Pi Mai Pimai Tang Tu juga. Kasihan rakyat Malaysia.
Cuma dahulu terang-terangan, cukai topup GST dikenakan terhadap anda tetapi kali ini secara tersirat pula supaya penguna seperti anda tidak perasan. Hebat bukan permainan mereka

Pendek kata cukai GST masih lagi ada untuk dikenakan terhadap anda dalam caj telekomunikasi cuma telbih terselindung
Apabila rakyat dengar hanya bayar RM10 dapat RM10, ramai yang lega sedangkan sesuatu sangat. Dengan harapan anda akan terlepas pandang dengan hidden kos yang ada. Ermmmm…

Tetapi sudah menteri kata, “win-win situation”. Iyakan sahaja
Tetapi hakikatnya rakyat semakin celik hari ini, tidak semudah itu akal fikiran mereka ditunjal-tunjal mengikut renrak permainan mereka
Isu Topup GST : Telco Vs Rakyat Malaysia? Siapa Yang Untung?

Jikalau sebelum ini sales tax 6% telco masih untung dengan menjual topu (kad prabayar) pada harga RM10.00 dan anda akan dapat kredit RM10.00
Sekarang sales tax sudah tiada dan digantikan dengan topup GST (kad prabayar)
GST tidak dikenakan kepada telco..sebaliknya pada pengguna menurut penggunaan mereka
Maka yang untung adalah? Telco..ya tepat sekali. Sebab dapat tambah 6% lagi keuntungan disebalik pemansuhan cukai sales tax
Dan untung pada kerajaan sebab dapat kutip 6% dari pengguna..
Jadi kepada pengguna apa yang untungnya?

Diharapkan menteri tampil membeli nasib rakyat, rupanya akhirnya terus tunduk kepada taikun telkomunikasi negara. Perkara seperti isu topup GST (kad prabayar) ini pun berbulan-bulan untuk diselesaikan yang hanya melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi sahaja. Itu pun masih lagi mencanang harga barang lain tidak naik harga, malah ada yang turun kata menteri disebalik pelaksanaan cukai GST yang melibatkan ribuan syarikat dan juga melibatkan berlapis-lapis peniaga sebelum sampai ke pengguna seperti anda di sini.

Kata menteri seperti laporan berita yang Berita Semasa lampirkan di bawah ini, Walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi. Berita Semasa hanya mampu tersenyum membacanya.

P/S : “Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya. Seriously ini kenyataan daripada seorang menteri?

13 Mei 2015

ALTANTUYA SENJATA TERAKHIR TUN MAHATIR?


Dr Mahathir masih simpan peluru akhir untuk "kill" Najib?

SUSUPAN PAGI

Jika diumpamakan gempa bumi yang melanda "negeri" Najib Razak kini, ia berlaku dalam skala Richter yang besar juga yang boleh menghasilkan tsunami. Kedudukan Najib kini bergoyang dan segala isu yang dimainkan memeningkan perdana menteri itu. Ada petunjuk dan lakar wajah yang beliau dalam kerisauan dan isterinya juga loya-loya bukan kerana hamil.

Mahathir masih ada peluru.

Sokongan yang diminta dari rakyat, pimpinan dalam parti Umno, badan-badan bebas atau atau NGO pengampu, atau pun jeritan sokongan oleh pemimpin tertentu, serta laungan sokong menteri musang berjanggut, tidak memberi kelegaan sebenar kepada Najib.

Najib boleh tidur tetapi lenanya tidak ada. Kaki dan tangannya sering tersentak. Dan pertanyaan selama mana dia akan bertakhta di kerusi PM sering bermain dalam kepalanya. Waktu ini Najib sedang mencari detik dan tarikh keramat untuk bersara.

Mesyuarat MT Umno semalam yang didakwa telah menyatakan sokongan padu kepadanya, hanya sebuah lakonan sementara sahaja atau kain langsir yang carik yang tidak dapat memagari permasalahan dalam Umno seluruhnya. Mesyuarat dan dakwaan kononnya ahli Umno berdiri di belakangnya hanya ilusi semata-mata. Najib kini bersadar kepada penyokong yang membawa rebah.

Perhimpunan 11 Mei sempena ulang tahun kelahiran Umno malam tadi juga tidak membawa apa-apa makna dan erti kepda Najib dalam keadaan goyah dan goyang begitu. Ahli Umno melaung "sokong, sokong" tetapi hati mereka berbelah bahagi. Isu-isu semasa yang didedahkan bukan saja merungsingkan Najib tetapi memalukan sekalian ahli Umno.

Serangan akan terus ditala kepada Najib. Untuk beberapa hari ini sementara Dr Mahathir Mohamad berada di Makkah, memberi sedikit kelegaaan dan peluang kepada Najib. Dengan waktu tersisa, bolehlah Najib menyusun langkah dan strategi untuk berdepan dengan serangan kepadanya. Mana-mana fail sulit yang tersimpan di pejabatnya bolehlah dilupuskan atau dibawa keluar sebelum kiamat berlaku.

Saya mengira Dr Mahathir tidak akan berhenti. Pemergiannya ke Makkah bukan menimbulkan keinsafan untuk bersalaman dan memaafi Najib dan mendamaikan Umno. Dr Mahathir masih ada peluru terakhir untuk dicampak kepada Najib. Peluru ini merupakan paku terakhir keranda Najib.

Apakah peluru itu? Saya tetap yakin ianya adalah berkaitan dengan isu Altantuya Shaariibbu. Satu masa sebelum Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusi perdana menteri, Mahathir ada menerima laporan lengkap mengenai isu Altantuya daripada salah seorang kuasa usaha Mongolia. Mahathir mulanya bercadang akan gunakan laporan itu untuk menjatuhkan Abdullah, tetapi Abdullah bertindakan awal mengelakkan laporan itu diedahkan dengan mengambil keputusan berundur.

Selain Mahathir, ada dua lagi person dikatakan menerima laporan berkenaan. Bagaimana pun laporan yang dianggap akurat mengenai tragedi itu tidak pernah didedahkan.

Apakah peluru terakhir mengenai Altantuya itu merupakan laporan berkenaan? Sekiranya Mahathir mendedahkan laporan ini, ia bukan sahaja mengheret Najib Razak, tetapi ia juga akan berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan seorang bekas kuasa usaha Mongolia berasal dari Malaysia itu. Kisah Altantuya tidak akan pernah ada kesudahan, kerana Altantuya masih hidup?

Kita tunggu dan Mahathir seperti juga Anwar Ibrahim tidak akan pernah mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah.
~SUMBER BERITA

12 Mei 2015

TEMBELANG 1MDB TERBONGKAR LAGI


1MDB hampir cagar minyak dan gas asli di laut Terengganu, kata bekas MB


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dahulu pernah dimarahi Datuk Seri Najib Razak kerana menarik balik keputusan mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008.

Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.

"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.

“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.


Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.

Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.

Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib. ~ laporan TMI

1MDB: "Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB?


Hasil carian imej untuk BON SUKUK 1MDB

Rafizi dakwa PNB pula terlibat ‘pinjamkan’ wang kepada 1MDB
Rafizi Ramli berkata sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB ,manakala baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB. 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.



Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.
Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta
.

- See more at: SUMBER

11 Mei 2015

KUMPULAN WANG PERSARAAN ( KWAP) JADI PEMBELI TERBARU TANAH 1MDB

KWAP Setuju Beli Tanah TRX Pada Kos Lebih Rendah Berbanding Perjanjian TH



Ibu Pejabat Baharu: Model skala Tun Razak Exchange pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat baharunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga lebih 15 peratus lebih rendah daripada apa yang telah dibayar oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).

Kepala perjanjian bagi pembelian itu telah diselesaikan antara KWAP dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang akan menyaksikan KWAP membayar antara RM1 bilion dan RM1.2 bilion untuk sebuah bangunan 40 tingkat dan tanah di TRX di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, KWAP akan membeli tanah itu pada harga kira-kira RM2,300 bagi setiap kaki persegi.


"Kepala perjanjian adalah permulaan kepada perjanjian jual beli (S & P). Syarat-syarat perjanjian juga ketat di mana KWAP hanya akan membayar 10 peratus terlebih dahulu dan selebihnya apabila bangunan itu siap," kata sumber berkenaan.

LTH membayar RM188.5 juta kepada 1MDB, atau RM2,774 sekaki persegi, untuk 0.64 hektar tanah miliknya di TRX.

Pembelian oleh LTH telah dikritik hebat dan dana jemaah haji itu pada Sabtu mengumumkan akan menjual tanahnya.

Pengerusi LTH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata dana itu jemaah haji dijangka memperolehi keuntungan RM5 juta daripada penjualan tanah yang dibelinya daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta.

KWAP telah menyewa ibu pejabatnya dan keputusan untuk berpindah ke TRX adalah langkah semula jadi memandangkan pembangunan sedang direka untuk menjadikannya sebagai hab pasaran kewangan Islam.

"KWAP mahu berada dalam kawasan di mana pasarannya, akan menjadi sebuah pusat kewangan Islam," kata satu sumber.

Ibu pejabatnya pada masa ini terletak di Menara Yayasan Tun Razak, yang dimiliki oleh Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Walaupun perjanjian S & P masih belum ditandatangani, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu akan menjadi lebih baik daripada transaksi di antara 1MDB dan LTH yang dibatalkan, kata sumber.

"KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun 'escrow'," kata sumber berkenaan.

1MDB, syarikat pelaburan Kementerian Kewangan (MoF) di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang menghadapi masalah aliran tunai untuk memenuhi obligasi hutangnya sejumlah RM42 bilion.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai senarai ahli-ahli politik termasuk menteri Kabinet semasa dalam mencari jawapan daripada Najib tentang bagaimana dan mengapa 1MDB telah dilibatkan dalam perkara ini.

Mengenai bangunan KWAP, sumber itu berkata lokasi ibu pejabat baharu itu akan mengadap stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT) yang akan dibina di TRX.

Stesen itu akan menjadi stesen terbesar di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang sedang dalam pembinaan.

Pada masa akan datang, KWAP akan menduduki 10 tingkat ibu pejabat dan menyewakan unit-unit yang lain.

Ia membayar sewa RM4 sekaki persegi di Menara Yayasan Tun Razak.
~MSTAR

BERIBU PENDATANG ROHINGYA & BANGLA MENDARAT DI LANGKAWI













PATI DI DEWAN PDRM KUAH SUMBER


1,000 PATI terjun laut bot tersangkut

Langkawi: Lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh bertindak terjun ke laut selepas dua bot pukat ikan bilis yang dinaiki tersangkut di beting berhampiran Pantai Pasir Berdengung, di sini, tengah malam tadi.

Malah, kesemua warga asing berusia antara dua bulan hingga 55 tahun yang kebuluran dan keletihan turut meredah air laut separas pinggang sejauh kira-kira 200 meter ke pantai.

Bagaimanapun, kejadian 12.15 tengah malam itu disedari sekumpulan nelayan tempatan sebelum memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, berdasarkan maklumat sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertindak mengepung kawasan itu sebelum menahan mereka.

"Siasatan awal mendapati PATI yang menaiki dua bot bertindak terjun ke laut selepas bot mereka tersangkut di beting berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Pasir Berdengung.

"Difahamkan jumlahnya melebih 1,000 orang dari Myanmar dan Bangladesh dengan pecahan 100 adalah wanita dan 50 kanak-kanak, manakala bakinya terdiri daripada lelaki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Harrith Kam berkata, pada peringkat awal kesemua PATI ditempatkan di dewan serbaguna IPD Langkawi, sebelum usaha sedang dilakukan untuk memindahkan sebahagian daripadanya ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

"Kemudahan yang ada di IPD Langkawi tidak mampu untuk menampung kesemua PATI terbabit dan satu mesyuarat penyelarasan dengan beberapa agensi diadakan untuk sama-sama menangani isu ini.

"Beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) juga tampil secara sukarela menyalurkan sumbangan makanan dan pakaian kerana sebahagian besar PATI ini berada dalam keadaan sehelai sepinggang," katanya.

Katanya, kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen negeri untuk tindakan lanjut.

- See more at: http://www.hmetro.


BERITA BERKAITAN DIBAWAH:

Impian Keluarga Rohingya Bina Kehidupan Lebih Baik Kini Samar


Mohamed Khalim bersama isteri dan anak lelakinya kini ditahan di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thailand.

RATTAPHUM (Thailand): Apa yang dimahukan adalah masa depan yang lebih baik untuk keluarganya, tetapi kini dia tidak pasti sama ada mereka akan mempunyai bumbung untuk berteduh pada masa akan datang.

Mohamed Khalim Mubarak Shah, 23, bersedia membawa isterinya yang berusia 20 tahun dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun berdepan cabaran dan bahaya, berlapar dan berhimpit dengan ratusan yang lain dalam bot dari Myanmar dengan harapan mendapat pekerjaan di Malaysia.

Tetapi mereka kini terpaksa 'mencangkung' di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thai.

Impiannya untuk membina kehidupan yang lebih baik kini samar-samar.

Dia yang merupakan Muslim Rohingya memberitahu bahawa dia dijanjikan pekerjaan di Malaysia oleh ejen dan diminta membayar RM5,500 setiap seorang, untuk dia dan isteri, dan RM500 untuk anaknya.

Dia dikehendaki membayar kepada ejen setelah mendapat pekerjaan di Malaysia.

"Kehidupan di Myanmar adalah sukar. Itulah sebabnya saya memutuskan mengambil risiko dan pergi ke Malaysia bersama keluarga saya," katanya ketika ditemui di dewan itu, Ahad.

Walau bagaimanapun, dia bersama rakan Rohingya dan Bangladesh lain yang menaiki bot sama telah dibawa ke kem di dalam hutan kira-kira 15km dari sini selepas tiba lebih dari seminggu yang lalu.

Di sana, mereka telah dijadikan tawanan dan hanya akan dibebaskan apabila keluarga mereka membayar wang tebusan.

Mohamed Khalim adalah salah seorang daripada 241 pendatang yang ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di kem-kem dalam hutan di selatan Thailand.

Polis di Thailand berkata pihak berkuasa masih cuba mengesahkan jika warga Bangladesh dan etnik Rohingya ini menjadi mangsa perdagangan manusia atau jika mereka telah melanggar undang-undang imigresen di negara ini.

Bantuan dalam bentuk derma, makanan, air, pakaian dan lain-lain telah diterima daripada penduduk tempatan.

Pengendali gerai makanan Kritsanee Nathammo, 37, membelanjakan hampir RM400 untuk membeli keperluan harian untuk pendatang.

"Walaupun saya tidak boleh bercakap bahasa mereka, saya rasa terpanggil untuk membantu kerana mereka juga manusia dan tidak boleh dilayan dengan cara ini," katanya. ~MSTAR

TERPANAS! PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BOIKOT PERTEMUAN DENGAN NAJIB?

Hasil carian imej untuk mt umno


Muhyidin Ada Plan Jatuhkan Najib, Najib Ada Plan Untuk Pertahankan Jawatan - Ulasan Blogger UMNO.


Minggu ini Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua atur cara khusus berjumpa dengan pemimpin Umno yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka.

Pada hari Ahad, beliau akan berada di Tawau, Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini bersuara agak berbeza dengan mahukan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak akan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau sebaliknya sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu.

Kenapa Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah di ketika Najib mahu turun ke Sabah? Tidak bolehkah pemergian menunaikan umrah dilewatkan barang sehari dua selepas perjumpaan dengan perdana menteri? Pada hari Isnin ini pula, Najib akan bertemu sekali lagi dengan ketua-ketua Umno Bahagian di Putrajaya, juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan ketua-ketua Umno Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Itali juga tentunya tidak hadir sama. Dalam pertemuan kali pertama Najib dengan ketua-ketua Umno Bahagian di PWTC pada Mac lalu, Muhyiddin dan Shafie juga adalah antara yang tidak menghadirinya.

Semalam, nun jauh dari Milan, timbalan perdana menteri berkata, isu 1MDB adalah sebab utama Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Katanya, rakyat ingin tahu mengenai perkara itu tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk menjelaskannya ketika berkempen.

Bersama-sama Muhyiddin berada di Milan sekarang ini ialah Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta beberapa ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Adakah di Milan ketika ini sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara?

Dalam pada itu, selain Shafie, seorang lagi naib presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras apabila meminta selain audit yang sedang dijalankan dipercepatkan, turut mahukan audit bebas antarabangsa dilakukan terhadap 1MDB bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat ketika ini.

Ini secara langsung menunjukkan ketika ini Muhyiddin, Shafie dan Hishammuddin hampir selari dalam pandangan dan seolah-olah tidak mahu menunggu lagi laporan audit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana diumumkan Najib sebelum ini.

Mereka lebih mahukan Najib tampil sendiri tampil menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat berbagai isu meragukan mengenai 1MDB itu.

Di waktu yang sama, selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urus niaga antara 1MDB dengan Lembaga Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu.

Jika sebelum ini, hanya Dr Mahathir yang tidak henti-henti melontarkan persoalan dan mahukan jawapan daripada Najib mengenai 1MDB, kini Pemuda Umno nyata lebih lantang menuntut perkara yang sama.

Mereka juga mengakui 1MDB adalah beban kepada parti dan kerajaan ketika ini sehingga kesan penolakan daripada generasi muda dapat dirasai ketika kempen di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Sekali gus, memberi makna julangan Pemuda Umno kepada Najib sebelum ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan semakin ramai pemimpin kanan Umno mulai mempersoal dan menjauhi Najib, kehadirannya di Sabah dan perjumpaan pusingan kedua dengan ketua-ketua Bahagian kali ini mungkin tidak lagi seceria dan semeriah seperti selalu.

Najib kini lebih dinanti bila mahu pergi berbanding perlunya dipertahankan lagi. – shahbudindotcom.blogspot.com

10 Mei 2015

CAWANG UMNO USUL NAJIB LETAK JAWATAN DAN DR. MAHATHIR DIKECAM!!!!


Sangsi terhadap Najib tidak pernah sampai ke tahap ini, kata pemimpin akar umbi Umno



Kesangsian dan kebimbangan terhadap kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang semakin kuat turut melanda parti Umno terhadap kedudukan beliau sebagai presiden. 

Kredibiliti seorang presiden Umno tidak pernah menimbulkan kesangsian dan kebimbangan sehebat apa yang berlaku terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata seorang ketua bahagian, ketika ahli di peringkat akar umbi dan orang ramai makin mendidih melihat kontroversi terbaru berhubung urusan jual beli tanah antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji.

Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib sejak tahun lepas menyebabkan berlaku perpecahan dalam akar umbi Umno walaupun ada yang menzahirkan solidariti, seperti ketika satu perhimpunan antara perdana menteri dan ketua bahagian seluruh negara pada Mac.

Tetapi, perjanjian Tabung Haji-1MDB mungkin meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.


"Bila tidak ada tindakan langsung (1MDB), ia beri gambaran perdana menteri terlibat, jadi (ahli) yang di bawah ini ada kebimbangan dan kesangsian. Kita nak tolak kesangsian itu," Aziz memberitahu The Malaysian Insider (TMI), merujuk kontroversi sekitar 1MDB dan tiadanya jawapan yang memuaskan.

1MDB baru-baru ini menjual kepada Tabung Haji tanah seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar ketika membeli tanah itu daripada kerajaan pada RM65 setiap kaki persegi.

"Sentimen akar umbi cukup marah, cukup kecewa," kata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.

Dalam sejarah Umno, ini juga kali pertama kredibiliti Najib dipersoal sehingga hilang rasa hormat kepadanya, kata Aziz.

"Sekarang ini, orang sangsi dengan kredibiliti yang berhormat presiden. Kesangsian itu buat orang tidak percaya dengan kredibilitinya dan tidak hormat beliau.


"Tidak pernah sebelum ini sampai ke tahap ke situ, ini kali pertama," kata Aziz.

Perasaan tidak senang akar umbi terhadap Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, terlihat semasa mesyuarat peringkat cawangan, apabila beberapa usul hangat dibawa mengenai 1MDB, dana pelaburan strategik negara yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion itu.

Pada masa sama, terdapat juga usul supaya tindakan diambil ke atas Dr Mahathir kerana kritikannya, menunjukkan pertembungan antara mereka mewujudkan bibit-bibit perpecahan antara bekas perdana menteri dan perdana menteri sekarang.

Lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka bagi tahun ini sebelum akhir bulan Mei.

Antara usul yang dibentangkan pada mesyuarat ini menunjukkan wujud perselisihan dalam Umno. Mereka sama ada mahu Dr Mahathir dikecam atau Najib meletak jawatan daripada jawatannya dalam parti.


Difahamkan, tiada satu pun usul itu mendapat sokongan yang diperlukan bagi membolehkan ia diterima pakai sebagai pendirian rasmi cawangan.

Sebagai contoh, ahli Umno cawangan Bukit Jelutong, dalam bahagian Shah Alam, membentangkan usul pada mesyuarat mereka baru-baru ini untuk memecat Najib sebagai presiden.


Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahas dan ditolak, kata Naib Ketua Bahagian Shah Alam Datuk Nor Hisham Ses, yang mengakui usul sama turut dibuat di peringkat bahagian, tetapi ia tidak mendapat sokongan.

Mesyuarat agung tahunan bahagian hanya akan diadakan selepas semua mesyuarat cawangan selesai.

"Kalau ada ahli-ahli nak usulkan sesuatu, kita tidak boleh halang. Usul itu memang berlaku. Di peringkat bahagian pun ada. Dan sudah ada respons usul tersebut untuk dipertimbangkan, supaya ditarik, dan usul tersebut tidak dibahaskan, serta tidak ada sokongan," kata Nor Hisham kepada TMI.

Pemimpin bahagian merupakan pemimpin parti peringkat pertengahan yang berpengaruh menentukan dasar parti. Pada perhimpunan 8 Mac lalu, 160 daripada mereka berjanji menyokong kepimpinan Najib.

Seorang blogger pro-Umno, Shahbudin Husin berkata, terdapat pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubunginya menyatakan sokongan terhadap beberapa usul menentang Najib.

"Ada beberapa pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubungi saya. Mereka kata sepatutnya usul memecat Najib dibawa...

"Tapi disebabkan mereka selesai bermesyuarat awal, mereka tidak dapat membawa usul tersebut," katanya.

Walaupun usul tersebut tidak berjaya diketengahkan, hakikat yang mereka membentangkannya mencabar solidariti yang ditunjukkan dan dakwaan yang Najib menerima sokongan penuh daripada partinya.

Shahbudin tidak menafikan terdapat perpecahan di peringkat akar umbi yang ditambah buruk lagi dengan tiadanya penjelasan daripada Najib walaupun diserang secara berterusan tanpa henti oleh Dr Mahathir.

"Beliau (Najib) tidak menjawab atau memberi penjelasan, ini mengelirukan mereka yang berada di peringkat bawah ini," katanya kepada TMI.

Di sebalik semua ini, ahli Umno cawangan Sri Labuan, dalam bahagian Umno Bandar Tun Razak, mencadangkan supaya diambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir yang lantang mengkritik Najib ketika ini.

Bekas perdana menteri itu gigih mengkritik Najib, antara lain, berhubung cara beliau mengendalikan 1MDB dan bantuan wang tunai yang diberi di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dr Mahathir juga menuduh keluarga Najib mengamalkan gaya hidup mewah dan memberi amaran kepada ahli Umno yang parti itu akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak disingkirkan.

Bagi bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin, krisis keyakinan terhadap Najib ketika ini perlu diatasi ahli Umno dengan cara bertoleransi bagi mengelak perpecahan lebih teruk dalam parti.

"Umno peringkat cawangan harus mempunyai toleransi yang tinggi, seperti Najib juga dalam menghadapi krisis keyakinan ini. Sekiranya mereka membuat keputusan sembarangan, mungkin akan menambah teruk perpecahan dalam parti."

Aktivis parti Umno Kedah, Ramli Mohd Yunus berkata unsur penentangan di peringkat akar umbi yang sedang berlaku ketika ini satu tanda baik, menunjukkan mereka peka kepada isu melibatkan pentadbiran dan kepimpinan.

"Ahli dan masyarakat bawahan sudah mula prihatin dan sensitif terhadap isu kepimpinan negara. Mereka juga sudah berani menyatakan sikap dan pandangan kerana mereka sedar yang berlaku dalam pentadbiran juga melibatkan mereka," kata ahli bahagian Umno Pokok Sena itu.

Bagi penganalisis politik Merdeka Centre Ibrahim Suffian, krisis dalaman parti akibat perselisihan antara Dr Mahathir dan Najib, kini makin teruk selepas kontroversi Tabung Haji-1MDB, lebih bahaya bagi Umno berbanding serangan pihak pembangkang, yang sebenarnya mendapat lebih kelebihan daripadanya.

"Secara umum, orang ramai menyokong dan memiliki rasa hormat yang tinggi (kepada Dr Mahathir), khususnya masyarakat Melayu yang tidak menyokong pembangkang. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan, malah dalam Umno sendiri," katanya.

"Biasanya, pembangkang akan mendapat peningkatan bila berlaku krisis dalam Umno. Hanya dengan ada krisis dalaman Umno sahaja, pembangkang akan menang."

- See more at: SUMBER BERITA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...