Selangor belum goyah selagi DAP belum buat keputusan, kata Azmin
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud.
Menteri Besar Selangor menolak dakwaan yang kerajaan negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu kini berada dalam kedudukan goyah berikutan kemungkinan DAP meninggalkan PR kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Mohamed Azmin Ali berkata, selagi DAP belum membuat keputusan rasmi mengenai pendiriannya berhubung perkara itu, PR akan tetap komited mempertahankan hubungan yang dibina antara 3 parti sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.
"Ia (kerajaan Selangor goyah) tidak timbul, keputusan tidak dibuat lagi, DAP akan mesyuarat hari Isnin," katanya mengulas mengenai kemungkinan PR akan berpecah selepas DAP menyatakan pendiriannya Isnin ini berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.
Kata Azmin, meskipun parti dalam PR berbeza pendapat, terutamanya berhubung pelaksanaan hukum hudud itu, beliau berharap semua pihak berpegang kepada proses permuafakatan.
"Hasrat kita, PR mesti dipertahankan. Kita mesti memegang prinsip bersama yang dipersetujui. Kekuatan PR dibentuk sejak PRU ke-12 berasaskan dasar dan program bersama," kata timbalan presiden PKR itu.
"Di atas permuafakatan ini, pakatan dibina dan mencatat kejayaan. Kerana itu, saya berharap semua pihak – PKR, DAP dan PAS – harus berpegang kepada prinsip permuafakatan.
"Memang kita ada perbezaan pendapat dalam beberapa isu, tetapi kita tidak mahu ia menjadi penyebab perpecahan perpaduan PR," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada media selepas program penyerahan notis 5A di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves.
Sekiranya DAP bertindak keluar PR, gabungan itu hanya akan mempunyai 28 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor, kurang satu kerusi membentuk kerajaan negeri.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin ini berhubung pendiriannya mengenai hudud.
Lim berkata, isunya sekarang bukan sekadar undang-undang hudud, yang dari segi prinsip dan dasarnya memang dibantahi DAP, tetapi juga soal kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencabar DAP tidak mencampuri urusan Islam, Azmin menyarankan PR kembali kepada semangat perbincangan bersama dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.
"Perkara ini tidak boleh ada cabar mencabar. Kalau ikut dasar semangat PR, kita sentiasa berbincang. Saya percaya, atas dasar ini, banyak isu sensitif berjaya diselesaikan," katanya ~TMI