25 April 2015

TUN M TERUS MENGHENTAM KEHIDUPAN MEWAH DIPAMERKAN NAJIB

Dr M bidas perkahwinan mewah anak Najib, persoal rombongan ke Kazakhstan



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.

Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".

"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?

"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.

“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.

"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.

“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?

"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.

Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.

Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. ~SUMBER

GST ISU UTAMA BUAT BN GELABAH DI PRK PERMATANG PAUH




Pakatan ‘bersatu’ selepas Wan Azizah kemuka nama bertanding Permatang Pauh

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon-calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (dari kiri) calon Bebas Salleh Isahak, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), pagi ini. Beliau memperoleh sokongan padu pemimpin Pakatan Rakyat selepas isu hudud berjaya diselesaikan dengan baik malam tadi. 

Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon.

Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

Pengerusi PAS Bahagian Permatang Pauh Omar Hassan, yang sebelum ini mahu PKR menarik balik kenyataan menentang rang undang-undang ahli persendirian mengenai hudud, juga dilihat di khalayak ramai berdiri bersama Dr Wan Azizah dan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Nurul Iman.

Di barisan hadapan adalah sekumpulan pemuda berbaju t hitam #KitaLawan menjerit "reformasi" dan "hidup rakyat".

Calon Bebas Salleh Ishak tiba di pusat penamaan calon 8.25 pagi diikuti oleh calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin pada jam 8.46 pagi.

Pemimpin PKR dan PAS malam tadi terlibat dalam perbincangan berhubung permintaan PAS Permatang Pauh PAS agar Dr Wan Azizah secara terbuka memohon maaf dan menarik balik pendirian parti itu mengenai isu hudud.

Tiada permohonan maaf dibuat tetapi nampaknya isu perbalahan berjaya diselesaikan secara baik.

Ahli jawatankuasa PAS pusat dan timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang Mujahid berkata, hasil pertemuan antara pemimpin PAS negeri; Mohamad, Omar dengan Dr Wan Azizah dan Azmin adalah positif.

Beliau berkata, PAS kawasan dan akar umbi menerima Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dan PR.

"Seperti yang saya selalu berkata, keputusan parti pusat akan diguna pakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh, pagi ini.

Beberapa kompromi dicapai dalam pertemuan tetapi Mujahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Ada kompromi tetapi tiada permohonan maaf dibuat. Adalah sukar untuk berbuat demikian apabila anda tidak boleh menentukan ‘faultline’ itu," katanya.

Mujahid berkata, jentera PAS di Permatang Pasir, yang anggotanya beliau bermesyuarat pada Khamis, bersedia untuk digerakkan.

PAS mempunyai jentera pilihan raya yang kuat di Permatang Pasir, di mana bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar memenangi undi dalam pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Azmin berkata mesyuarat malam tadi berakhir dengan baik dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menumpukan usaha mereka dalam kempen.

"Setiap Bahagian gembira mendengar penjelasan daripada pihak lain. Tidak ada permintaan meminta maaf. Hanya penjelasan.

"PAS meminta penjelasan, PKR juga meminta penjelasan. Kami menerima penjelasan dengan baik," katanya.

Azmin juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang menghantar orang-orangnya dari negeri-negeri utara bagi membantu kempen PR di Permatang Pauh.

~TMI

PAGE " LetakJawatan" DESAK PM LETAK JAWATAN MENERIMA 2 JUTA PENGUNJUNG SETIAP MINGGU




Gesaan untuk Najib letak jawatan makin kuat di media sosial


Penganalisis politik tempatan mengatakan kewujudan banyak laman sosial meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur merupakan bukti kepada usaha lebih sistematik untuk menjatuhkan beliau.

Apabila anda menaip nama Datuk Seri Najib Razak di Facebook akan terpapar senarai didahului profil rasminya. Namun gambar profilnya yang tersenyum diikuti beberapa laman menyeru peletakan jawatannya – dan setiap satu daripadanya mengumpul beberapa ribu “like”.

Minggu lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau keseorangan menyeru peletakan jawatan Najib, namun laman-laman sedemikian menunjukkan realiti adalah sebaliknya.

Contohnya, laman Facebook “LetakJawatan” yang dibuka hanya sebulan lalu sudah pun mengumpul 99,356 “like” 6 petang semalam (Jumaat), dan menerima 2 juta pengunjung setiap minggu, menurut pentadbir laman tersebut.

“Page ini mendapat sambutan dengan begitu singkat kerana kehidupan mereka semakin tertekan dengan dasar-dasar kerajaan dan tiada ruang untuk mereka meluahkan rasa dan pandangan,” kata pentadbir LetakJawatan kepada The Malaysian Insider.

Katanya, laman tersebut dibuka bersama orang-orang yang sependapat sebagai satu ruang bi-partisan untuk rakyat Malaysia supaya mereka dapat meluahkan secara terbuka pendapat mereka tentang polisi Najib.

“Juga boleh lihat daripada komen-komen yang ada pengguna page ini terdiri daripada semua parti baik Umno, PKR dan PAS dan semua kaum," katanya.

“Adakah page ini akan memberi impak kepada Najib? Jawapan saya ia akan memberi kerana mereka yang ‘like’ page ini terdiri daripada yang berumur 20 hingga 35 tahun, menurut statistik Facebook, dan merekalah pengundi yang akan menentukan siapa akan memerintah.”

Laman tersebut memaparkan artikel dan video tentang isu panas seperti hutang negara, peningkatan gaji ahli Parlimen baru-baru ini, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hampir kesemua post dalam LetakJawatan mendapat lebih 100 hingga 1,000 “like” dengan pengunjungnya bersetuju sesama sendiri dalam ruangan komen atau pun mereka menulis sendiri di laman tersebut negara berada keadaan teruk dan Najib perlu berundur.

Pengguna Facebook Ar Nikmat Amin berkongsi surat terbuka yang ditulisnya di laman tersebut, menggesa Najib supaya meletakkan jawatan atau dipecat kerana tidak mentadbir kerajaan dengan baik.

“Untuk makluman Datuk, saya antara yang terkesan dengan ketirisan di bawah pentadbiran Datuk. Saya perlu bermati-matian untuk mendapatkan RM100 sehari bagi menampung keperluan keluarga dan negara,” tulis Ar Nikmat.

“Untuk maklumat tambahan Datuk Seri, ada ketika saya perlu berlutut pada pelanggan untuk meneruskan urusniaga!”

Walaupun keberatan mendedahkan identitinya, pentadbir LetakJawatan mengakui dia seorang penyokong kuat Umno sejak kecil lagi, dan setiap kali pilihan raya berlangsung, dia akan “memanjat tiang dan pokok untuk memasang sepanduk.”

Namun katanya perdana menteri tidak sepatutnya mewakili satu parti sahaja, tetapi kesemua 28 juta rakyat Malaysia.

“Saya berharap perdana menteri melihat komen-komen ini agar memahami perasaan mereka ini kerana saya yakin suara mereka ini mewakili seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

LetakJawatan adalah sebahagian daripada laman-laman lebih lama seperti “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation”, yang mengumpul 242,860 “like” sejak 6 petang semalam, “'Kami Benci Najib Tun Razak”, dan “1 Juta Rakyat Mahukan Najib Razak Letak Jawatan”.

Facebook bukan satu-satunya ruang untuk rakyat Malaysia kecewa bagi yang mempunyai akses kepada Internet – satu petisyen baru di change.org yang bertajuk “Rakyat not alone. Najib MUST GO!” sudah pun mendapat 96 tandatangan sejak 6 petang semalam, kurang sehari ia dibuka.

“Memandangkan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan gagal menjawab persoalan tentang SKANDAL ini dan nampaknya sedang mengalihkan perhatian rakyat kepada isu yang direka-reka seperti kontroversi perkauman/agama, kita tidak mempunyai pilihan lain selain menuntut peletakan jawatan beliau segera sebagai perdana menteri,” tulis petisyen tersebut.

“Dengan penuh hormat, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, sila tolong rakyat anda dengan MELETAKKAN JAWATAN.”

Penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, seorang zamalah di Institut Pulau Pinang memberitahu The Malaysian Insider laman-laman tersebut merupakan bukti kepada usaha lebih sistematik untuk menjatuhkan Najib.

Katanya, laman seperti ini membantu Dr Mahathir dalam usahanya mewujudkan persepsi Najib sedang kalah walaupun beliau mengatakan kemungkinan jumlah ‘like’ tersebut datangnya daripada “bots” (program komputer mudah diprogramkan untuk melaksanakan operasi yang berulang) serta “cybertroopers”.

“Lawan Najib sedang mereka suasana seperti beliau sudah kalah, dan sebaik sahaja penyokong beliau masuk dalam perangkap tersebut, mereka akan meninggalkan sokongan terhadap beliau dan pada masa itulah beliau betul-betul kalah. Mereka tidak mahu kelihatan menyokong pihak yang sedang kalah.

“Namun saya berpendapat Najib akan tetap kekal pada masa kini kerana beliau masih memberikan naungan politik dalam parti,” kata Wong.

Penganalisis politik Ibrahim Suffian yang mengetuai Merdeka Center berkata, laman tersebut mempunyai kesan terhadap pendapat rakyat kerana ia menunjukkan orang ramai berani mendedahkan nama dan profil mereka menyeru peletakan jawatan Najib.

“Laman seperti ini boleh menjadi berpengaruh, tetapi ia memerlukan lebih daripada seruan sebegini untuk diterjemahkan menjadi tindakan dan memaksa Umno untuk menolak beliau dari parti,” kata Ibrahim.

Beliau berkata, Najib hanya akan dalam bahaya sekiranya sokongan dalam parti juga mula terhakis.

Bagaimanapun, ia memerlukan “lebih banyak lagi” untuk lawan Najib mendapat keberanian bangkit menuntut beliau meletakkan jawatan, kata Ibrahim.

“Sama ada Najib kekal atau tidak bergantung kepada apa yang beliau mahu. Sekiranya beliau ingin kekal, beliau hanya perlu ambil tindakan yang perlu untuk menyekat pengaruh Dr Mahathir.

“Jika tidak, semakin lama, Dr Mahathir akan mula menghakis sokongan dalam parti, mencemarkan kredibilitinya dan menjejaskan mood rakyat,” kata Ibrahim.

Pada Khamis, Dr Mahathir sekali lagi menyeru Najib supaya meletakkan jawatan, mengatakan kegagalan perdana menteri untuk menjelaskan kehilangan berbilion ringgit 1MDB yang sarat berhutang menjadikan beliau tidak layak memimpin negara.

Bekas perdana menteri itu juga baru-baru ini memberitahu parti pemerintah Umno untuk menggantikan Najib sebagai presiden atau menanggung risiko kalah dalam pilihan raya umum akan datang. ~SUMBER

24 April 2015

TERPANAS: PEMUDA UMNO DIDAKWA MAHU JATUHKAN NAJIB


Laman pro-Umno dakwa ada bukti pimpinan Pemuda jatuhkan Najib



Laman MYKMU.net turut mencabar supaya laporan polis dibuat sekiranya lima pemimpin Pemuda iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersama exco Pemuda Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menafikan tuduhan itu.

Sebuah laman portal pro-Umno mendakwa memiliki bukti penglibatan lima pimpinan sayap Pemuda parti tersebut yang merancang menjatuhkan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menggesa supaya perkara itu disiasat.

Laman MYKMU.net itu sebelum ini mendedahkan, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersama exco Pemuda Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menghasut ketua Pemuda Umno Johor agar menentang kepimpinan Najib.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan seorang exco Pemuda Ibdillah Ishak dan Ketua Pemuda Johor Hahasrin Hashim semalam.


Mengulas penafian itu, pengarang MYKMU.net, menggunakan nama pena KuntaKinte Malaysia menulis di laman itu: "Sebenarnya MYKMU melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada Perdana Menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut."



Laman tersebut juga mencabar supaya laporan polis dibuat sekiranya kelima-lima pemimpin Pemuda tersebut menafikan tuduhan itu.

"Mungkin jalan terbaik untuk lima sekawan ini membersihkan nama mereka ialah dengan membuat laporan polis agar satu siasatan yang jelas dapat dijalankan," kata MYKMU.

Laman tersebut juga menggesa supaya Lembaga Disiplin parti bertindak menyiasat kebenaran tuduhan yang dibuat ke atas pemimpin Pemuda itu.

"Dakwaan sekumpulan lima pemimpin Pemuda UMNO berkomplot untuk menjatuhkan presiden dengan menghasut pemimpin Pemuda bahagian, terutama dari negeri Johor, wajar mendapat perhatian dan tindakan susulan dari Lembaga Displin," kata laman itu.

Dalam pendedahan yang dibuat laman itu semalam, Khairul Azwan dikatakan memiliki sokongan daripada Pemuda Umno Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai terhadap idea menjatuhkan Najib tersebut.

Najib ketika ini berdepan dengan cabaran paling getir, terutamanya selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritiknya dalam banyak perkara dan skandal semasa pentadbirannya.

Dr Mahathir Mohamad membangkitkan antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shaariibuu, kemewahan keluarga Najib dan pelbagai kritikan membabitkan cara Najib mentadbir.

Walaupun sudah bersara daripada politik, pemerhati melihat Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno khususnya di peringkat akar umbi.

- DIPETIK DARI TMI

23 April 2015

TUN M PERSOAL TIADA DUIT 1MDB DI BANK SINGAPURA

Tun M juga tidak keseorangan lagi



Dr Mahathir ketika berucap pada Minggu Media Sosial di Berjaya Times Square Hotel, di Kuala Lumpur, hari ni.

KUALA LUMPUR - "Saya doakan dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam keadaan baik," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga tidak memaksa Najib untuk menerima segala teguran dan kritikannya termasuk menggesa perdana menteri itu bersara kerana itu adalah hak Najib.

"Saya komen perkiraan (risiko politik BN), itu dia punya hal lah, dia nak dengar atau tak," ‎katanya kepada pemberita selepas berucap pada Minggu Media Sosial di Berjaya Times Square Hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian terhadap reaksi balas Najib hari ini bahawa presiden Umno itu tidak keseorangan ketika berdepan dengan kritikan hebat daripada Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sama sekali tidak berasa keseorangan, kata Najib]

‎Najib juga berkata beliau tidak pernah berasa keseorangan, sebaliknya beliau sentiasa ditemani dengan begitu baik.

Ketika ditanya perkara sama ke atas Dr Mahahir, beliau bagaimanapun berkata beliau kini tidak bersendirian kerana sentiasa mendapat sokongan daripada banyak pihak termasuk media.

"Kalau awak semua di sekeliling saya, bagaimana saya keseorangan?" soalnya dengan sinis.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengulangi tuntutannya supaya kerajaan perlu menjelaskan kedudukan sebenar wang negara oleh 1Malaysia Development (1MDB) yang disimpan di sebuah bank, di Singapura.

"Kerajaan kena jelaskan apa yang sepatutnya ‎berlaku (duit) yang sepatutnya berada di bank Singapura tapi tiada di bank Singapura.

"Itu antara persoalan yang kerajaan masih belum menjawab‎, bahkan duit itu juga tiada di Malaysia, di mana duit itu?" soalnya lagi.


Dr Mahathir juga mengakui kegagalan pelaburan 1MDB juga didakwa menjadi punca kepada kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM) pada masa ini.

"Ia akan menjejaskan nilai RM, apabila ekonomi negara tidak dalam keadaan baik, ‎ia boleh sebabkan kejatuhan nilai RM," katanya lagi
. ~ Laporan Sinar Harian



BERITA BERKAITAN......:

Lebih RM1.8 bilion dipindahkan antara akaun bank Jho Low, kata Sarawak Report


Akaun bank di bawah nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC) milik Low Taek Jho atau juga dikenali sebagai Jho Low, disenaraikan sebagai pemilik benefisial BSI Bank Limited di Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.

Good Star Limited, firma ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa menyalurkan AS$ 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009, didapati memindahkan lebih AS$ 500 juta (RM1.8 bilion) kepada satu daripada akaun banknya di BSI Bank Limited di Singapura daripada 2011-2012, menurut laman web Sarawak Report, memetik dokumen daripada pihak berkuasa kewangan republik itu.

Akaun itu di bawah nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC), di mana Low, juga dikenali sebagai Jho Low, disenaraikan sebagai pemilik benefisialnya.


BACA LAGI SINI

LANGKAWI KINI......ARAK, BEACHBOYS & SOCIAL ESCORTS?

"Believe it or Not".....?


OLEH: Warga Prihatin

KEROSAKAN YANG DIBANGGAKAN

Seorang warga yang baru pulang dari bertugas seminggu di Langkawi menceritakan tentang perubahan yang menyedihkan, khususnya di Pantai Cenang. Beliau pernah bermustautin di sana 30 tahun dahulu menceritakan rasa terkejut melihat perubahan yang amat luarjangka itu..

Dahulu masih boleh nampak pantai dan laut dari jalan raya. Sekarang ini untuk melihat pantai dari jalan terpaksa mengintai-intai dari celah-celah bangunan. Dahulu ada nelayan yang parking bot menangkap ikan dan sotong di situ. Kini tidak kelihatan lagi..

Hari ini, melangkahkan kaki ke situ dirasakan seolah-olah berada di sebuah tempat luar daripada Malaysia. Persis seperti Hawaii. Bukan hanya kerana lokasi tersebut telah menjadi tarikan kepada banyak pelancong dari luar negara, sehingga ia dipenuhi dengan warga manusia yang datang dari pelbagai negara, tetapi juga kerana budaya dan cara hidup di situ telah bertukar. Jauh berbeza daripada budaya asal rakyat Malaysia.

Pantai Cenang sangat berbeza jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain Pulau Langkawi. Di sepanjang persisiran pantai, di sepanjang jalan, langsung tiada kelihatan imej-imej yang melambangkan tanah air kita. Pelbagai aktiviti-aktiviti 'permainan air' disediakan.

ARAK, BEACHBOYS & SOCIAL ESCORTS

Mereka yang menjaga aktiviti-aktiviti pantai ini kebiasaannya diberi gelaran 'beach boys'. Tidak sukar untuk mengenal mereka yang dipanggil 'beach boys' ini. Dengan mengenakan seluar 3 suku bercorak bunga-bungaan ala Hawaii dan biasanya tidak berbaju, mereka dengan bangganya menayangkan tubuh sasa mereka. Kulit sawo matang jadi gelap kerana berjemur di pantai saban hari.

Sekali pandang, memang kita akan menyangka yang mereka ini pasti bukan kelahiran Malaysia, jauh sekali nak dikatakan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Lagak mereka lebih mirip kepada lelaki bangsa kulit hitam. Hanya apabila mereka bersuara barulah kita sedar rupa-rupanya mereka ialah anak kelahiran tempatan. Ini kerana apabila bercakap, jelas loghat utaranya.

Para pelancong perempuan di pantai pula tidak kurang hebatnya. Tidak kiralah pelancong dari luar Malaysia mahupun pelancong Malaysia sendiri. Pakaian mereka seolah-olah sudah tiada perasaan malu pada diri sendiri. Dengan bangga mereka berpakaian yang nisbah kulit terdedah lebih banyak daripada nisbah kain yang menutupi kulit. Kalau tidak kulitnya terdedah, bentuk badan pula yang dijadikan aset, dibalut ketat untuk dipertontonkan.

Di sepanjang jalan pula, Pantai Chenang sentiasa hidup tidak kira siang atau malam. Aktiviti seolah-olah berjalan sekitar 24 jam, jauh berbeza dengan tempat-tempat lain di Pulau Langkawi. Semuanya ada; dari tempat penginapan, tempat makan, tempat membeli-belah dan macam-macam lagi. Antara yang mudah dijumpai ialah tempat urut dan pub/bar yang banyak didirikan di sepanjang jalan, dari sekecil-kecil gerai sehinggalah yang sebesar-sebesar bangunan restoran mewah. Tawaran yang diberikan pula tidak usah ditanya.

Dengan status pulau bebas cukai, sudah pasti arak dan bir boleh dijamu dengan harga yang murah. Pub/bar pula adalah secara terbuka, siapa-siapa pun boleh masuk secara 'walk in' begitu saja, samada non-muslim atau muslim kelihatan seolah-olah tiada halangan.

Tidak kurang menyedihkan ialah industri pelayanan ‘perempuan’ di pusat hiburan, di hotel dan tempat-tempat peranginan. ‘Social escort’ atau ‘pemandu pelancung’ adalah satu kerjaya yang ‘menghalalkan’ industri pelacuran secara terhormat. Itulah karear tidak berakhlak yang pernah diceburi oleh Sufiah, ‘pelajar pintar’ permata negara kita di London satu ketika dahulu.

Kasihan sekali apabila ramai ibubapa dan nenek tua yang tidak tahu hal sebenar. Dengan selamba boleh memberitahu anak perempuannya kerja PEMANDU PELANCUNG. Kita yang tahu apa sebenarnya peranan 'sosial escort' ini hanya mampu merintih sedih mengenang nasib anak bangsa.

APA PERANAN UMAT, ULAMAK DAN UMARAK?

Senario yang berlaku di Pantai Chenang itu dianggap seperti biasa sahaja oleh kebanyakan masyarakat kita. Seolah-olah tiada apa yang pelik atau berlainan daripada norma cara hidup masyarakat kita, khasnya Melayu yang majoritinya beragama Islam. Senario di sana seperti satu kerosakan berskala besar yang sedang memamah nilai-nilai agama serta budaya anak-anak kita.

Tiada siapakah yang sedar bahawa senario itu sudah menjadi satu evolusi yang akhirnya akan mengubah jati diri anak-anak kita? Ada siapa-siapa yang kisah??!!

Hakikatnya, kebanyakkan daripada kita telah selesa dengan perubahan yang dicorakkan ke atas cara hidup, budaya dan jati diri anak-anak kita. Lama-kelamaan mula timbul keseronokan lalu tanpa disedari akan memakan diri dan generasi kita sendiri. Inilah kelemahan kita. Ini tempat kita, budaya kita, cara hidup kita, agama kita sendiri... namun dengan mudah kita biarkan semuanya ditukar hanya dengan alasan kononnya untuk menarik orang luar datang.

Pernahkah kita terfikir UNTUK APA orang luar datang jika hanya untuk melihat tempat dengan budaya yang lebih kurang sama dengan negara mereka sendiri? Perlukah mengembara beribu-ribu batu dari negara asal hanya untuk sampai ke sebuah tempat yang tidak jauh berbeza daripada negara mereka?

Anihnya kita pula seronok sangat ubah identiti diri kita, tempat kita, cara hidup kita, kononnya untuk ambil hati mereka supaya tertarik untuk datang. Bukankah itu fasik namanya? Sudahlah fasik, ditambah pula perubahan yang dilakukan itu hanya menambah kerosakan. Malah, kita berbangga pula apabila disamakan dengan mereka. Benarlah sabda nabi yang mengatakan di akhir zaman ini, umat Islam akan berbondong-bondong mengikut musuh mereka ke arah kerosakan.

“Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi S.A.W: Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Dari Abu Said al-Kudri RH – Hadis Riwayat Muslim No.2669)

Apa yang berlaku di Pantai Chenang adalah satu manifestasi yang membuktikan bahawa kita adalah masyarakat yang terlalu ambil mudah terhadap semuanya. Untuk wang, apa pun boleh. Kita sanggup biarkan sahaja budaya kita dicemari oleh elemen-elemen maksiat yang akhirnya 100% menukar cara hidup masyarakat ke arah kemusnahan.

Janganlah marah bila anak-anak sendiri mula memperagakan bikini yang mencolok mata. Jangan marah-marah bila tengok anak berpeleseran dengan minah Mat Salleh, atau berkepit dengan Mat Salleh di kiri kanan mereka. Jangan bising-bising bila terserempak dengan anak sendiri balik ke rumah pagi-pagi buta dalam keadaan mabuk, dengan baju berbau busuk tertumpah arak yang ditonggang sepanjang malam.

Buat apa bising-bising bila selama ini kita tidak pernah pun pedulikan kerosakan yang berlaku di sekeliling kita. Untuk apa lagi merawat kerosakan bila kita tidak pernah anggap ia satu kerosakan selama ini, hanya kerana anak-anak kita, saudara-mara kita tidak pernah terjebak? Bila sudah terkena batang hidung sendiri baru mahu bertindak. Masa itu menyesal pun tiada guna. Anak sendiri sudah jauh hanyut dan “nasi sudah jadi bubur”.

Mana perginya peranan pihak berkuatkuasa? Pernahkah sesiapa buat kajian sejauh mana anak-anak muslim kita yang masuk pub/bar itu telah menonggang arak? Sejauh mana berlakunya zina pada sosial escort, juga bagi anak-anak yang berpeleseran di pantai, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, dan dengan pakaian yang macam telanjang?

Bila tiada siapa yang kisah untuk menegur dan menghalang perbuatan seumpama ini, rasanya dapat dibayangkan apa aktiviti-aktiviti susulan yang berlaku di sebalik itu. Apabila sudah biasa mabuk, bercampur gaul tanpa batas, aurat pula terlondeh sana sini, pasti zina menghampiri mereka. Tapi biasalah.. inilah cara hidup di pantai yang sepatutnya. Baru ‘happening’ bukan?

KESIMPULAN

Membiarkan kerosakan berleluasa sudah boleh dikira sebagai satu kesalahan, tetapi jika sehingga berbangga dengan kerosakan yang berleluasa itu, masih bolehkah lagi kita mengaku diri kita seorang muslim? Maka tidak dinafikan lagi, apa yang nabi sabdakan telah menjadi kenyataan.

Ini semua berlaku bukan secara sekelip mata. Ternyata strategi musuh Islam ialah dengan menyuntik elemen kerosakan itu sedikit demi sedikit. Apabila dilihat umat Islam sendiri sudah lali dan serasi dengan kerosakan itu, maka akan ditambah dos kerosakan itu lagi dan lagi. Lama-kelamaan kerosakan yang sudah jadi sebesar gajah pun masyarakat kita masih lali dan akhirnya berasimilasilah kita dengan kerosakan itu.

Marilah kita sama-sama bangkit memperbetulkan keadaan ini. Setiap dari diri kita adalah bertanggungjawab untuk mengubah masaalah ini. Samada secara individu, masyarakat, pihak berkuasa, kesemuanya mesti menjalankan peranan masing-masing. (QS:6/137, QS:9/24,28)

Itu semua hanya sedikit pemerhatian di Pantai Cenang untuk kita renungkan. Belum lagi cerita soal kosert liar, pesta dadah dan seks di kelab dan apartment, kisah zina di hotel mewah, hotel bajet, rumah sewa dan celah kebun.

Inilah harga sebuah pembangunan dan kemodenan. Nasib anak cucu dan maruah agama bangsa inilah gadaian untuk hasil pendapatan dari pelancungan yang kita taja dan berbangga dengannya.

QS: 3. Ali 'Imran 104. "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".

WARGA PRIHATIN

TERPANAS: Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi?

BENARKAH ANDA SUKAR MENDAPATKAN KERJA....MUNGKIN SYARIKAT TELAH BERSEDIA UNTUK KEGAWATAN EKONOMI?

Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi?


Matawang Ringgit Malaysia lagi jatuh lagi bagus kata menteri. Nah…sekarang nilai ringgit Malaysia berada pada paras RM3.60 dan ke atas bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia dan pelabur luar contohnya. Sudah 2 bulan ringgit turun naik antara 3.65 hingga 3.70 bagi setiap 1 usd.

Jika dahulu, setiap nilai ringgit Malaysia RM1 boleh tukar kepada Rp2500. Sekarang? setiap matawang ringgit Malaysia RM1 boleh tukar menjadi Rp3700. Makin berbondong-bondonglah serumpun Malaya boleh hantar wang ke Indonesia.

Jikalau dahulu nilai Ringgit Malaysia RM1 boleh dapat SGD1. Sekarang? SGD1 bersamaan RM2.70. Makin laris bisnes perniagaan warga Malaysia terutamanya warga Johor? Berbondong-bondong warga asing sapu hartanah rumah, kondo mewah dan kedai di Malaysia. Semakin kaya warga asing dek kerana tidak putus-putus apabila projek semakin banyak.



Bukankah ini yang dimahukan para menteri?

BACA BERITA BERKAITAN DI SINI : GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat!


Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun? Jawapan Tun Daim

Adakah negara kita berada dalam krisis ekonomi hari ini. Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara kita bukan ke arah kemeselatan ekonomi. Ya….sama sekali Berita Semasa percaya kata Perdana Menteri. Tetapi…..tetapi mengapa matawang Ringgit jatuh dan berada pada paras yang begitu lemah pada hari ini? Apa sebabnya?

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mengatakan baru-baru ini, matawang ringgit jatuh kerana “undervalue” dan tidak adil untuk menurunkan nilai matawang ringgit Malaysia sekarang ini.

Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Ekonomi Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan jikalau “fundamental” Malaysia adalah baik mengapa dan kenapa matawang Ringgit jatuh teruk sekarang? Mesti ada sebabnya mengapa jadi teruk begini.

Jawapannya adalah berpunca daripada orang luar sudah tiada keyakinan kepada Malaysia. Perlu berjaga-jaga di situ apabila mentadbir ekonomi Malaysia jikalau orang sudah tidak percaya kepada kerajaan Malaysia.

Penganalisis ekonomi menjangkakan yang mana matawang ringgit Malaysia akan berada pada paras RM3.80 bagi setiap USD1 tidak lama sahaja lagi.

P/S : Datuk Seri Najib Razak ada peluang semasa sesi soal jawab (DI SINI) mengapa tidak jawab persoalan isu matawang ringgit jatuh teruk? Rakyat perlukan jawapan. Jangan tinggalkan mereka tertanya-tanya.

PP/S : Sekarang ekonomi China dalam fasa yang semakin perlahan yang mana akan turut memberikan kesan kepada Malaysia kelak.

22 April 2015

Petisyen Desak KWSP Batalkan Cadangan Lanjut Had Umur

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan secara purata kira-kira 20,000 rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 50 hingga 59 tahun meninggal dunia setiap tahun.


Petisyen Desak KWSP Batalkan Cadangan Lanjut Had Umur


KUALA LUMPUR: Satu petisyen diwujudkan sebagai mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membatalkan cadangan melanjutkan had umur pengeluaran simpanan persaraan daripada 55 kepada 60 tahun.

Petisyen yang dibuat individu yang menggunakan identiti ‘Bantah KWSP’ itu telah dilancarkan bermula 8 April lalu turut menegaskan alasan KWSP untuk melanjutkan had pengeluaran umur kepada 60 tahun adalah tidak pratikal dan berniat jahat.

Sehingga kini, seramai 2,042 penyokong telah menandatangi petisyen tersebut dengan sasaran sebenar adalah sebanyak 2,500 tandatangan.

Petisyen tersebut yang dibuat naik di laman sesawang change.org itu antara lain menyatakan adalah menjadi hak pencarum terhadap sebarang penggunaan atau kawalan dana tersebut apabila pencarum mencapai umur persaraan.

“Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pencarum KWSP untuk membantah cadangan ini dikemukakan apatah lagi dilaksanakan,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, KWSP merancang untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan KWSP kepada 60 tahun selaras dengan lanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Bagaimanapun, cadangan tersebut dilihat mengundang reaksi negatif dari pelbagai pihak yang membantah cadangan tersebut.

Sementara itu memetik kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam satu laporan akhbar hari ini sebagai berkata, statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan secara purata kira-kira 20,000 rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 50 hingga 59 tahun meninggal dunia setiap tahun. 
- mD


Pencarum Tak Minat 4 Cadangan Penambahbaikan Skim KWSP!


PETALING JAYA – Simpan sahaja cadangan anda, tunjukkan wang kami hanya ketika kami berusia 55 tahun!

Demikian pendapat majoriti pembaca The Star yang terlibat dalam undian terhadap empat pilihan yang dicadangkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Majoriti daripada mereka memberi maklum balas terhadap dua pilihan dalam cadangan pertama iaitu untuk menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada umur 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.

200 rakyat Malaysia yang menjawab pungutan suara selama dua hari mahukan pilihan ketiga, iaitu menolak kedua-dua pilihan dan hanya berpegang kepada keadaan sekarang.

Tony M. Yong di dalam Facebooknya berkata KWSP tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan seperti itu.

“Siapakah anda untuk memutuskan bila kami boleh mengeluarkan wang kami sendiri? Anda hanya penjaga. Jadi jangan buat keputusan untuk kami, okey?” katanya.

Pada masa ini, pencarum boleh membuat pengeluaran separa KWSP pada umur 50 dan pengeluaran penuh simpanan selepas bersara pada usia 55 tahun.

“Kami tidak berminat dengan pilihan-pilihan anda. Biarkan saja pada usia 55,” kata Ranjeet Kaur Sandhu.

Napsiah Wan Salleh berkata pengeluaran pada usia 60 adalah tempoh yang terlalu lama untuk menunggu.

“Seseorang itu mungkin meninggal dunia ketika menunggu dan tak mendapat apa-apa. Jika kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar bahagian caruman, maka ia adalah satu keadaan yang buruklah,” tambahnya.

Seorang lagi pembaca, Kow Elainee, berkata KWSP sepatutnya membiarkan pencarumnya yang berhak membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan wang mereka sendiri.

“Tolonglah, saya benar-benar memerlukannya. Jangan mengkucar-kacir dan mengubah semua peraturan. Tolonglah, KWSP,” katanya.

Bagi Mclare Ling, adalah sesuatu yang tidak kena apabila KWSP membuat pencarum merayu untuk mendapatkan wang sendiri’.

Walaupun ada sesetengah pencarum yang mahu membelanjakan wang hasil titik peluh mereka untuk bercuti, beberapa yang lain menyuarakan rancangan berlainan terhadap bayaran pencen sekali gus itu.

“Sudah pasti 55! Jadi saya boleh menyimpannya dalam Tabung Haji dan ASB!” Kata Asmah Mohd Zam.

Nick Teh berkata ia perlu dikekalkan pada usia 55 memandangkan ramai pencarum mempunyai banyak rancangan terhadap wang mereka.

“Ia adalah bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui pada hari pertama kita mencarum, iaitu pengeluaran penuh pada usia 55 tahun.

“Oleh itu, sebarang perubahan adalah sama dengan perlanggaran kontrak (tidak sah),” katanya.

Sithaletchemy Krishnaiyer meminta badan itu untuk mendengar permintaan rakyat.

“Kami adalah penyumbang, itu wang kami.

“Jika begitu bimbang tentang kami, mengapa tidak menganjurkan kursus pengurusan wang dan kursus pelan kekayaan?”

Oh Kean Aik mengambil pendekatan 1Malaysia kepada masalah ini dengan menyatakan jawapannya dalam pelbagai bahasa tempatan.

“55, fifty five, lima lima, wu wu (Mandarin), Anji Anji (Tamil)! Faham?” katanya.

Samuel Lai adalah antara 9.5% yang menyokong pilihan kedua dalam cadangan pertama, kerana pencarum masih dapat mengeluarkan wang yang mereka ada pada usia 55 sebelum simpanan mereka terkunci untuk selama lima tahun lagi.

“Lima tahun lagi, masih dalam senario yang sama, jika masih dalam pekerjaan,” katanya.

Seorang peguam bela, Ridzuan Abd Rahman, berkata dia dan isterinya mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri menjelang usia 55 tahun.

Ramai yang menyifatkan cadangan ketiga KWSP sebagai mengarut di mana dividen akan terus dibayar kepada ahli-ahli yang memilih untuk menyimpan wang mereka sehingga mereka mencapai umur 100.

“Berapa ramai daripada kita akan hidup sehingga 100 tahun? Walaupun kita masih hidup pada usia ini, wang itu boleh digunakan untuk apa? Waktu itu sudah tidak boleh berjalan dengan betul, tiada gigi untuk menikmati makanan yang sedap-sedap,” kata Sally Ng.

Ada juga yang datang dengan cadangan-cadangan alternatif, seperti Abu Yazeed yang mencadangkan pengeluaran fleksibel dari peringkat umur 45 ke 55 tahun kerana kebanyakan pencarum sudah mahir dalam menguruskan kewangan mereka sendiri.

“Dan untuk kebaikan semua orang, melanjutkan pengeluaran kepada usia 60 tahun adalah satu langkah yang teruk dan bodoh,” katanya.

Maklumat mengenai cadangan dan pilihan boleh didapati di laman web myEPF diwww.kwsp.gov.my.

– mStar Online

TUN M TERUS LONDEHKAN KEGAGALAN NAJIB PM DARI UMNO

Tun M senaraikan kegagalan Najib


Dr Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” katanya.


JAM MEWAH ROSMA JADI GAH DI INDONESIA?


Majalah Indonesia dedah ‘gaya hidup mewah’ Najib, Rosmah


Kehidupan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini.

Sebuah majalah Indonesia menyiarkan artikel mendedahkan "gaya hidup mewah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.

Laporan Tempo bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas.

Tempo juga memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan tersebut.

Mywatch mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM 007.

Tempo juga membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira RM350,000 setahun.

"Kehidupan Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya dalam artikel itu.

Penggayaan rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.

Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam blognya.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya semalam. – 21 April, 2015.

- See more at: SUMBER

20 April 2015

GAMBAR INSTAGRAM BUAT ROSMAH DAN NAJIB TERKEDU?


Adik PM pula kongsi 'You are not alone'




Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.


Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.

Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan.


Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Timesberhubung sumber kekayaan Najib.

Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemar nama negarawan tersebut.

Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.

Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.

Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.

~Malaysiakini

Angkasawan Russia Rakam ‘Detik’ Menakjubkan Mekah & Madinah Dari Ruang Angkasa

Angkasawan Russia Rakam ‘Detik’ Menakjubkan Mekah & Madinah Dari Ruang Angkasa pada waktu malam seterusnya dia memuatnaik gambar tersebut di laman twitter peribadinya.

‪#‎Makkah‬ ‪#‎Madinah‬ ‪#‎ISLAM‬














# HANTU RAYA MANA TAH DOK IKLAN NOMBOT EKOQ.....DIBLOG DALAM RUANGAN KOMEN....

19 April 2015

MACAM FILEM MAFIA...GAMBAR-GAMBAR PENYAMUN KERETA MEWAH DIBURU POLIS DI KEDAH



"SHELL PENDANG BERLAKU TEMBAK MENEMBAK SEBENTAR TADI ANTARA ANGGOTA (UTK) DENGAN PENJENAYAH,PENJENAYAH 3 ORG DPT MELARIKAN DIRI MEGGUNAKAN KERETA ORG AWAM.KERETA PESONA.SEORNG DRPD PENJENAYAH CEDERA KNA TEMBAK."

Manakala dari pihak PDRM :

Tiga penyamun kereta mewah diburu

Alor Setar: Tiga lelaki berusia 20-an, ahli sindiket samun kereta mewah diburu polis selepas melarikan diri dalam kejadian tembak-menembak di sebuah stesen minyak di Kuala Kedah, 11.54 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC)Bukit Aman mengekori suspek sehingga ke stesen minyak itu dan cuba menahan mereka namun penjenayah terbabit mengundur kereta Honda City dinaiki menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan.

Menurutnya, suspek melarikan diri sebelum bertindak mencuri sebuah kereta Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang.

"Suspek meninggalkan kereta Honda City di stesen minyak itu dan beredar sebelum mencuri sebuah lagi kereta di kawasan Juru, Pulau Pinang beberapa jam selepas itu.

" Kita sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.


SUMBER

BERITA BERKAITAN:

Seorang Daripada Tiga Suspek Diburu Ditahan Di Pulau Pinang

 Ahad, 19 April 2015 12:01 PM


ALOR SETAR: Seorang daripada tiga suspek yang melarikan diri ketika serbuan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Polis Diraja Malaysia di Kuala Kedah pada Sabtu telah ditahan awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berumur 34 tahun daripada Kuala Lumpur itu ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pukul 4 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih 15 rekod jenayah termasuk kekerasan.

"Dua lagi suspek masih lagi bebas dan kita masih memburu mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian 11.54 pagi Sabtu, tiga suspek yang menaiki kenderaan curi jenis Honda City melarikan diri daripada serbuan polis dengan melanggar beberapa kenderaan termasuk kenderaan dinaiki anggota STAFOC yang cuba menahan mereka di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah.

Ketiga-tiga suspek yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah kemudiannya bertindak mencuri sebuah kereta jenis Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang dan melarikan diri ke arah Pulau Pinang.

Suspek kemudian meninggalkan kenderaan tersebut di Juru, Pulau Pinang dan mencuri sebuah lagi kereta jenis Volkswagen di Showroom Autocity kira-kira 2.30 petang. ~Mstar

HANYA DI LANGKAWI LEMBU-LEMBU BERATUR NAK NAIK KAPALTERBANG



ANTARA KOMEN-KOMEN DI POSTING TERSEBUT.......

Abidin Hussin Harap2 tak ada orang marah dan meracuni lembu2 ni. Saya biasa tengok 12 ekor kerbau mati bergelimpangan akibat di racun.
26 min · Telah disunting · Suka


Acerola Telonoild Baru betui punya geopark... terbaiklah langkawi..
25 min · Suka · 1


Rupaiman Bin Tholeb Kalau tak silap lembu2 baru tiba dari KL....dok tggu keta lembu sewa.
25 min · Suka · 1


Muhamad Firdaus Lembu internasional airport...
24 min · Suka


Tan KH

24 min · Suka


Mansor AbuMuaszzin lembu nak naik kapal terbang hahaha
24 min · Suka


Rupaiman Bin Tholeb Abidin Hussin: Racun kejam sgt...tangkap sekoq2 bg org sembelih


  • Zam Tokboya setelah disoal siasat dengan beberapa pihak di airport,rupanya lembu2 tu mmg disengajakan letak dikawasan airport,memandangkan kos mengupah gardener atau tukang mesin rumput telah meningkat naik disebabkan GST,jadi pihak airport telah melantik beberapa ekoq lembu utk meragut rumput2 disekitar kawasan tersebut ..jadi pengeluaran utk pembayaran upah kpd kontraktor pembersihan tidak lagi wujud slps ini... jgn ada telahan atau tohmahan pelik2 disini... dan jika anda pun memerlukan perkhidmatan ini sila hubungi incharge Perli Beradab Rin Reen dan Azlan Abas.. mereka lah yg mengusahakan ternakan lembu2 di langkawi sbnarnya..sekian

SUMBER


INI BAB LEMBU HILANG PULAK...HARITU DUIT LEMBU HILANG......

Peserta Felcra lapor polis dakwa 800 lembu hilang



Peserta Felcra bersama Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa itu menyiasat dakwaan kehilangan lembu mencecah hampir 800 ekor.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis Perak Tengah.


Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa lembu tersebut hilang daripada ladang Felcra di Seberang Perak ketika banjir melanda kawasan itu antara November 2014 dan awal tahun ini.

"Masa banjir tu, kita dapat satu maklumat, bahawa lembu-lembu di Seberang Perak hilang dengan jumlah yang agak (banyak), sampai dekat 800 ekor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimana lembu tersebut hilang masih lagi menjadi tanda tanya.

"Lembu ni bukan macam semut, bukan macam ayam... kawasan tu bukanlah kawasan yang alami banjir yang teruk.

"Jadi kalau haiwan macam lembu ni, yang badannya besar. Bagi saya mustahil lembu itu hilang, tak tahu ke mana," kata Mazlan.

Bagaimanapun Mazlan mendakwa peserta Felcra mengesyaki lembu tersebut 'dipindahkan' tanpa pengetahuan mereka.


SINGKIR NAJIB ATAU UMNO BUNGKUS......

Dr Mahathir gesa singkir Najib untuk selamatkan Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan penyingkiran perdana menteri pilihan raya umum akan datang boleh dimenangi

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini.

"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini.

"Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang.

"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada perselisihan faham di antara beliau dan Najib yang menjadi tumpuan ramai mutakhir ini akan memecah belahkan Umno.

Kenyataan terbaru Dr Mahathir ini menandakan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu tidak lagi berlapik dalam menghamburkan asakan demi asakan kepada Najib.

Pada sidang media sama, Dr Mahathir turut menyifatkan Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menjelaskan lokasi dana kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan itu dilontar Dr Mahathir di sebalik ungkapan sinisnya yang beliau bersimpati dengan Najib berhubung isu jambatan bengkok menghubungkan Johor Baru dan Singapura yang tidak diteruskan.

"Saya tak akan sarankan penyingkiran seorang perdana menteri semata-mata kerana beliau takutkan Singapura untuk membina jambatan.

"Saya simpati dengannya kerana beliau sangat lemah, jadi beliau tidak boleh bina jambatan...

"Kerana itu, saya maafkan dia. Tetapi apabila kamu menghilangkan wang dan tidak boleh jelaskan ke mana perginya wang itu, saya rasa kamu tidak layak jadi perdana menteri," kata Dr Mahathir.

Kenyataan terkini Dr Mahathir ini juga menandakan perseteruan di antara beliau dan Najib memasuki fasa baru apabila gesaan agar Umno menjatuhkan Najib dibuatnya secara terbuka.

Sebelum ini, kritikan Dr Mahathir ditumpukan kepada prestasi Najib - yang antara lain menurutnya terbukti gagal sewaktu mengetuai Barisan Nasional (BN) Selangor pada PRU lalu.

Dr Mahathir berkata, Najib kerap kali tidak menjawab soalan berkenaan pengurusan wang negara yang diajukannya.

Tekanan ke atas Najib juga turut meningkat apabila Dr Mahathir mula campur tangan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu yang dilakukan dua bekas polis yang pernah bertugas mengiringi Najib.

Dr Mahathir bertemu dengan ibu salah seorang polis tersebut, Sirul Azhar Umar, yang dihukum gantung tetapi kini berada di Australia untuk berlindung daripada hukuman itu.

Beliau dilaporkan akan ke Australia untuk bertemu Sirul selepas ini dan mendapat maklumat tambahan berkenaan pembunuhan yang didakwa bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, dilakukan "menurut arahan".

Sementara itu, mengulas perkara berbeza, Dr Mahathir sekadar menjawab "tidak tahu" apabila ditanya wartawan tentang cadangan agar beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah membentuk pasukan memimpin Malaysia dan menyingkirkan Najib daripada terus menjadi perdana menteri.

Cadangan itu diajukan bekas menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dalam blognya. ~ Laporan TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...