DR.MAZA Juga Sokong Himpunan BERSIH !!
Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita! - Dr MAZA
KITA LIHAT KENYATAAN PALING LUCU!!! TAHUN INI
'Daftar pemilih kita paling bersih dalam dunia'
Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung daftar pemilih, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.
Dalam wawancara yang disiarkan Sin Chew semalam, Abdul Aziz berulang kali menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada.
Abdul Aziz merujuk kepada cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.
Mengulas perkata itu, Abdul Aziz berkata, sekali pun Selangor memilih tarikh berbeza untuk pilihan raya negerinya, daftar pemilih yang akan digunakan tetap sama.
21 April 2012
LAGI UNIVERSITI KANGKONG...........
Hadir Sidang media, sebabkan siswa digantung 66 hari
Seorang mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) digantung pengajian selama 66 hari dan didenda RM100 kerana didakwa menganjurkan program "memudaratkan kepentingan" universiti bersama kumpulan yang didakwa propembangkang.
Mohd Izuwan Zaini, 25, berkata beliau didakwa menganjurkan program itu pada 13 Januari di sebuah restoran di Kangar yang melibatkan gabungan 14 kumpulan mahasiswa daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Gabungan yang menurutnya ditubuhkan bagi membangkitkan kesedaran berhubung kepentingan keluar mengundi dalam pilihan raya itu dikenali sebagai 'Watch 13'.
Pelajar tahun akhir pengajian mekatronik itu juga dikenakan amaran keras oleh UniMAP.
Pihak juga universiti menuduh tindakan Mohd Izuwan mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada kampus berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan, program itu - yang sebenarnya sidang media Watch 13 - panas dan bertukar menjadi perdebatan antara mahasiswa dan pihak yang tidak berpuas hati dengan penubuhan gabungan itu.
Lepaskan belon ISA, rasuah, pengundi hantu
Kumpulan itu mendakwa Watch 13 mendokong agenda pembangkang. Kumpulan mahasiswa juga selepas itu dilaporkan melepaskan belon yang ditulis dengan perkataan berkaitan isu politik seperti rasuah, ISA, pengundi hantu dan miskin tegar.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Mohd Izuwan bagaimanapun mempersoalkan hukuman itu kerana mendakwa tidak pernah menganjurkannya dan hanya hadir sebagai pemerhati.
"Saya pergi sebagai pemerhati, bukan penganjur. Walaupun sebagai pemerhati di mana salahnya program itu," katanya.Mohd Izuwan juga menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan prosiding pendakwaan apabila beliau tidak dibenarkan membawa saksi sendiri dan tidak dibenarkan menyoal saksi pendakwa.
Sementara itu, Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataan turut menyatakan perasaan terkejut dengan hukuman dan pengendalian prosiding itu yang didakwa bertentangan dengan prinsip asas undang-undang, kebebasan dan hak asasi.
"(Ini) kerana hak untuk menyoal balas saksi atau hak memanggil saksi pembelaan adalah hak asasi orang yang dituduh, dan merupakan peraturan asas dalam sesuatu perbicaraan sama ada di mahkamah atau tribunal tatatertib di universiti," kata pengarahnya Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi.
Beliau juga menawarkan khidmat guaman kepada Mohd Izuwan sekiranya mahu memfailkan saman terhadap UniMAP.
PENGHAPUSAN PTPTN, BAGAIMANA MEKANISME PR?
DASAR PENDIDIKAN PERCUMA MENYEDIAKAN ELAUN SARA HIDUP SELEPAS PENGHAPUSAN PTPTN
Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini. Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.
Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.
Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:
1. Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;
2. Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;
3. Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;
4. Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan
5. Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.
Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak. Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.
Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.
Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.
Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.
Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun. Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
GANGGU MAHASISWA, BANTUAN DATANG MENCURAH-CURAH!
Ganggu Mahasiswa, Umno Sudah Salah Langkah
Umno tidak pernah senang hati dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa dan aktivis occupy dataran, jadi semasa mahasiswa dan aktivis occupy dataran bergabung tenaga untuk berkampung di dataran merdeka, mereka telah mengarahkan DBKL menghalau mereka, dalam kejadian tersebut, khemah-khemah telah dirosakkan, dan beberapa mahasiswa telah dicederakan. (baca sini)
Selang beberapa hari selepas itu, dapat berita polis dan DBKL akan adakan operasi "mengeluarkan" Mahasiswa dari dataran merdeka pada jam 3 pagi,bagi "tukanglawan" kemungkinan itu akan ada kerana tindakan mereka dapat disembunyikan pada waktu begitu, tiada media, dan tiada ramai orang awam, berita itu disebarkan di facebook, blog dan laman twitter sehingga jadi kecoh dan ramai yang turun membantu sehingag operasi itu dibatalkan. (baca sini)
Kemuncaknya ialah pada keesokannya. jam lebih kurang 2.30 pagi, sekumpulan samseng yang diketuai samseng jalan kebun (panglima buntal) datang dan mengasari Mahasiswa disana, ada mahasiswa wanita yang menjadi mangsa sepakan, bukan setakat itu, kumpulan samseng itu juga merompak barangan mangsa, selain merosakkan khemah-khemah mangsa untuk menakut- nakutkan mahasiswa. ( baca cerita kat sini)
Tapi semua itu tak berkesan, sehari selepas serangan. tinjauan "tukanglawan" mendapati dataran merdeka sudah menjadi tapak pesta, jika hanya ada kurang dari 100 peserta dan aktivis pada hari sebelumnya, sehari selepas kejadiaan, seramai lebih 500 orang peserta dan aktivis berada di tapak perkhemahan itu.
Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka.
Bukan setakat itu, jika sebelum ini jumlah sumbangan makanan tidak terlalu banyak, sekarang sudah berubah, sumbangan makanan yang dihulurkan bukan setakat boleh memberi makan kepada Mahasiswa, namum sekarang aktivis dan orang awam juga diberi kongsi bersama.
Hari pertama "air mineral" itu adalah sumbangan kebiasaan saja, sekarang sudah ada air kotak milo, ribena malah juga air botol 100 plus, sudah ada juga nasi lemak, mee goreng selain dari roti pada awal perkhemahan mereka, malah sebelum ini bekalan makanan diletak di bahagian tepi khemah dan ditutup dengan plastik untuk mengelak dari dibasahi hujan, sekarang sudah ada penyumbang khemah besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan makanan.
Lihatlah sebenarnya ini sikap rakyat malaysia, bantu membantu dan tolong menolong, tak perlu pun berbelanja besar untuk laksana konsep 1 malaysia yang cuma retorik itu, bagaimana BN mahu lakukan, jika parti dalaman kompenen BN masih berteras perkauman,
BN sudah silap langkah, mereka mahu menyerang dan menakutkan, dalam keadaan sekarang BN sedang terkepit teruk. mereka sebolehnya tidak mahu menimbulkan pergeseran, apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan, tapi mereka juga takut dan rakus,
Kebangkitan mahasiswa perlu dibendung, DBKL digunakan bagi melindungi apa sebenarnya yang mereka mahukan, Polis digambarkan sebagai berkecuali, tapi rakusnya mereka kerana guna pelampau umno, itu silap besar. dan sudah pasti kepala yang mengupah samseng jalan kebun itu sudah pun dipanggil mengadap sembah kaki najib.
Tak perlu kempen besar-besar pun, lihatlah sendiri beza pakatan rakyat dengan umno, kami bersatu dan sentiasa hulur bantuan tak kira agama, dan tak kira bangsa, tapi puak umno ni, nak tolong sama bangsa melayu pun tengok kaum jugak, jika beri kepentingan pada mereka baru tolong, jika tidak.. tak perlu.... Umno.. sudah boleh buang 1 Malaysia tu, kerana pakatan lebih Global dari itu, kami membuktikan kami lebih relevan,
Bayangkan jika Pakatan yang memerintah malaysia, sudah pasti tiada lagi rasa curiga antara satu kaum dengan kaum lain... rasa curiga yang ada sekarang adalah satu sistem yang disemai oleh BN supaya rakyat tidak bersatu dan senang mereka kawal.

20 April 2012
KES SCORPENE : NAJIB, ROSMAH SEMBUNYI LANTIKAN PEGUAM?
KUALA LUMPUR 20 April: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan boleh diambil terhadap peguam terkemuka Shafee Abdullah kerana didakwa melanggar etika peguam dan memberikan gambaran palsu kepada badan kehakiman.
Ia berhubung surat yang ditulis Shafee kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim besar Malaya untuk menangguhkan semua kesnya dari 1 April hingga 25 April, atas alasan dilantik kerajaan untuk melaksanakan ‘satu tugasan sulit’ di luar negara.
Namun pelantikan itu kemudian dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
“Itu merupakan satu pembohongan sebab Nazri Aziz ketika ditanya di dewan rakyat mengesahkan bahawa memang tidak ada pelantikan dibuat terhadap Shafee oleh kerajaan Malaysia.
“Ia merupakan salah laku peguam dan tindakan boleh diambil. Kerajaan Malaysia patut membuat aduan termasuk Majlis Peguam,” ujar Sivarasa yang menyatakan laporan polis boleh dibuat terhadap Shafee.
Nazri sebelum ini berkata, kerajaan tidak boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri.
Keadilan difahamkan, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik Shafee atas kapasiti peribadi, bagi mewakili mereka dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.
“Isu ini merupakan pengetahuan umum bahawa peguam Shafee Abdullah dilantik secara peribadi untuk menyelesaikan satu tugasan guaman di luar negara yang melibatkan perdana menteri dan isteri yang cuba dirahsiakan.
“Rakyat Malaysia perlu tahu dan kerajaan wajib menerangkan kepada rakyat. Ini kerana rakyat boleh buat kesimpulan ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh PM dan isterinya,” kata Sivarasa yang juga pengamal undang-undang.
Tegasnya, pelantikan Shafee untuk persediaan perundangan sensitif melibatkan empat bandaraya termasuk di Paris, bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam tugas sulit itu, adalah satu pembohongan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan satu percubaan peguam itu untuk mempengaruhi hakim supaya semua kesnya ditangguhkan, bagi menyelesaikan ‘misi sulitnya’ di luar negara.
“Ungkapan yang penting ditulis dalam surat berkenaan ialah tugasan itu mesti disiapkan sebelum pilihan raya.
“Namun Nazri membuat penafian mengenai pelantikan itu. Ini bermakna peguam bagi gambaran palsu kepada tiga hakim apabila surat memberi gambaran tidak benar bahawa Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
SKANDAL SCORPENE : HAKIM PERANCIS TERIMA KENYATAAN SAKSI !!!
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima. Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.
Pengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis). Peguam Perancis William Bourdon dan Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram. Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.
Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.
"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawapan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini. "Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya
19 April 2012
Cara Barisan Nasional melayan mahasiswa dan anak muda!
Beginilah cara kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) melayan mahasiswa dan anak muda. BN dianggotai oleh Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi.
Anda boleh melihat bagaimana polis membiarkan "anjing-anjing" ini bertindak sesuka hati - memukul, menerajang dan memusnahkan peralatan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka.
Jika begini gayanya, nampaknya kerajaan sudah tidak lagi peduli. Asalkan terus berkuasa, apa sahaja akan diguna. Akan sampai masanya nanti apabila ada yang terkorban. Apabila darah bersimbah kebumi, pintu rundingan sudah ditutup.
Apabila sampai ketika itu, tiada siapa yang mampu menyelamatkan kerajaan pimpinan BN. PDRM, ATM dan segala agensi yang menjadi alat regim BN tidak akan mampu berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat.
Pilihlah jalan raya. Malaysia memerlukan sebuah revolusi untuk mendapatkan demokrasi. Revolusi demokrasi!
SAMAN AUTO: RAKYAT YANG KENA , KRONI KAYA RAYA!!!!
Saman auto: MCA tidak terlibat? Semestinya Umno yang menghisap darah rakyat - Zaid
Kontroversi baru nampaknya sudah bersedia untuk membanjiri kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicemari rasuah, kali ini dengan pembantu rapat Omar Mustapha dan bekas Timbalan Presiden MCA Chan Kong Choy yang dituduh mendapat manfaat daripada perjanjian saman trafik automatik.
"Jadi pasti saman trafik tidak berkait dengan MCA? Kalau begitu mestilah Umno. Siapa lagi yang boleh menghisap darah daripada rakyat seperti yang mereka lakukan," bekas menteri Umno Zaid Ibrahim berkata di Twitter.
Komen Zaid mungkin nampak mengutuk tetapi ia tidak jauh dar iapa yang ramai orang fikir selepas membunuh tawaran perniagaan yang jelas memihak kepada kroni berkaitan Umno baru-baru ini.
Orang-orang Najib
Bagi kontrak saman trafik automatik, dakwaan rasuah lebih dekat dengan Najib kerana Omar dikenali sebagai salah satu 'koperasinya' dalam menjaga media, minyak dan gas. Beliau merupakan pengarah di firma petroleum negara Petronas dan juga mengetuai perundingan nasihat Ethos beliau sendiri.
Omar juga telah dituduh menerajui saham awal Tawaran Awam Felda yang penuh kontroversi, yang telah dituduh sebagai muslihat untuk memberi manfaat kepada pembank korporat dan pada masa yang sama membahayakan tanah peneroka.
Pengarah Ethos Chee Chwee Cheong disenaraikan sebagai pengarah ATES Sdn Bhd, salah satu dari 2 firma yang telah diberikan projek tersebut. Yang lain adalah Beta Tegap, yang telah dituduh dikaitkan dengan Persatuan Cina Malaysia atau MCA.
"Saya ingin menegaskan bahawa ia bukan sebuah syarikat yang berkaitan dengan MCA dan saya tidak pernah dengar nama syarikat ini. MCA ingin memastikan ia jelas bahawa parti itu tidak terlibat dan tidak mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam syarikat yang diberi kontrak tersebut," kata Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal petang ini, menyebabkan komen dari Zaid.
Ikan kecil yang dimakan oleh ikan besar
Bekas orang kuat MCA Kong Choy, yang kini menghadapi percubaan kerana menipu kerajaan semasa beliau merupakan MenteriPengangkutan dalam skandal RM12.5bilion PKFZ, merupakan satu lagi personaliti yang berprofil tinggi yang dikhabarkan dikaitkan dengan perjanjian saman trafik automatik. Dia tidak membuat sebarang kenyataan lagi.
Bukan sahaja Pembangkang dan orang awam terkejut pada cubaan jelas terkini oleh pentadbiran Najib untuk membuat wang dengan mengorbankan rakyat, polis juga tidak berpuas hati dengan sistem baru ini.
Sesiapa yang biasa dengan rasuah endemik dalam sistem pentadbiran Malaysia termasuk pasukan polis akan memahami bahawa sebuah projek sedemikian secara literalnya menyambar 'jelapang padi' mereka dari depan mata mereka dan mereka tidak akan lagi mempunyai peluang yang banyak untuk mendapatkan rasuah daripada pemandu kenderaan yang melanggar peraturan.
Rasuah pun untuk orang kaya!
Walaubagaimanapun, rasuah adalah jauh dari boleh dihapuskan dan sedang 'dikorporatkan' sebaliknya, berkata pemimpin Pakatan Rakyat - menunjuk kepada pulangan yang terlalu tinggi 17% yang diberikan oleh pentadbiran Najib untuk ATES dan Beta bagi apa yang pada dasarnya adalah sebuah syarikat bebas risiko.
Bukannya wang rasuah yang diperolehi oleh polis trafik, tetapi kini ia menjadi 'sah di sisi undang-undang' yang diperolehi melalui pulangan melambung yang diberikan kepada firma kroni.
"Isu utama adalah, mengapa tiada tender terbuka yang berdaya saing? Mengapa tidak menganugerahkannya kepada syarikat terbaik, yang paling layak? Adakah projek tersebut akan berjaya? Adakah mereka lebih dipercayai?" Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu media semasa hujung minggu."
Menurut Lim, 17% adalah terlalu pemurah bagi pulangan untuk ATES dan Beta, kerana norma pasaran biasa adalah antara 8 hingga 10%. Apa yang 2 firma tersebut perlu lakukan ialah untuk memastikan bahawa mereka boleh menampung kos pelaburan mereka dan membayar sebarang lebihan melebihi 17% kembali kepada kerajaan.
Terlalu murah hati
Menurut laporan berita baru-baru ini, ATES dan Beta akan menghabiskan antara RM300juta kepada RM400juta setiap satu untuk menubuhkan kamera trafik di 831 "kawasan hitam" di seluruh negara. Kedua-dua ATES dan Beta Tegap berhak mendapat RM16 bagi setiap saman yang sah untuk lima juta saman pertama yang dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan hasil bakinya dengan sekata dengan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270juta setiap satu, The Edge telah melaporkan.
Firma tersebut masing-masing akan menerima 7.5 peratus daripada hasil baki dan kerajaan akan menyimpan selebihnya. Setiap syarikat mungkin akan mengeluarkan 10 juta saman yang sah sepanjang tempoh lima tahun dari mana semua saman yang dibayar akan dimasukkan ke dalam dana dari mana firma tersebut akan mengembalikan pelaburan mereka.
Ia juga dianggarkan bahawa separuh daripada saman itu semua, masing-masing membawa penalti sebanyak RM300, yang akan dibayar, menyebabkan saiz dana sebanyak RM1.5bilion bagi setiap syarikat. Ini akan berjumlah RM416juta yang dibayar kepada setiap kontraktor. Ini akan menjadi pulangan besar jika syarikat tersebut berjaya untuk mengekalkan kos hampir kepada RM300juta, walaupun seluruh pelaburan diturunkan selepas konsesi lima tahun.
PECAH BERITA!! Samseng Serang Siswa adalah tajaan EZAM KOTAK!!
PECAH BERITA!! Samseng Serang Siswa Sebentar TADI adalah tajaan EZAM KOTAK!!
INFO SAHIH.....kumpulan samseng yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mahasiswi demo aman berkemah dan bantah mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka awal pagi tadi ialah kumpulan menggelarkan diri mereka Waris Malaya, penaungnya Ezam Mat Noor...kumpulan yang sama mengganas di ceramah ABU/HINDRAF Jalan Kebun tempoh hari....kumpulan yang baru saja dinobatkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai anak-anak muda yang bakal menjadi benteng UMNO merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat...tak mampu berhujah pakai ilmu dan otak para pemimpin UMNO hantar gangster guna otot...
BERTAMBAH BENCI LAGI ANAK-ANAK MUDA DIKALANGAN MAHASISWA KEPADA KEZALIMAN UMNO... -Bumiputra Berjaya
NGERI, MALAYSIA KEMBALI KE ERA PERISIKAN 1960AN
Ketiadaan kemudahan ikat jamin, pemalsuan saksi dan bukti merupakan antara perkara yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen Beruas.
Sekitar Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diluluskan hari ini telah membawa Malaysia kembali ke era perisikan yang dipelopori Kesatuan Soviet Rusia dan China.
“Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membawa Malaysia kembali ke era 1960an di mana agensi perisikan Kesatuan Soviet mengawasi rakyat,” kata Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP semasa sidang media di Parlimen tengah hari tadi.
Beliau berkata begitu ketika mengulas berkenaan akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.
“Antara perkara yang kami pertikaikan adalah ketiadaan kemudahan ikat jamin kepada mereka yang
didakwa,” kata Ngeh.Beliau yang berprofesion sebagai peguam selama 18 tahun berkata bahawa penahanan boleh dibuat walaupun selepas Mahkamah Rayuan membebaskan tertuduh.
Selain itu beliau mendakwa bahawa bukti dan saksi palsu boleh digunakan dan menyalahgunakan akta ini.
Mengancam sistem demokrasi berparlimen
Beliau turut mempertikaikan frasa mengancam sistem demokrasi berparlimen.
“Dalam kes Perak, Najib sepatutnya didakwa di bawah Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.“Namun kami nyaris ditahan walaupun kami mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Perak,” kata Ngeh sambil merujuk kepada peristiwa kejatuhan negeri Perak pada Februari 2009.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS turut mengkritik akta baru ini.“Jika kerajaan benar-benar mahu mengawal keganasan, kenapa Kanun Keseksaan, Kanun Aturcara Jenayah dan Akta Keterangan tidak dipinda?,” soal beliau.
Bab 6A Kanun Keseksaan, menurut beliau, mempunyai definasi yang lebih terperinci untuk kegiatan keganasan.Beliau menambah bahawa akta baru yang digubal di bawah Akta 149 dan 150 mengurangkan beban pembuktian yang didokong di bawah Akta Keterangan.
Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP yang turut berada di sidang media tersebut menambah akta baru ini memperkecilkan kuasa hakim.

18 April 2012
NAJIB ANTARA NAMA AKAN DISAPINA DI MAHKAMAH PERANCIS ESOK
TERKINI!! Pengarah SUARAM Beri Keterangan Skandal Scorpene Najib Altantuya ESOK!!
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong dijadualkan memberi keterangan dalam perbicaraan skandal pembelian Scorpene di mahkamah Perancis esok.
Perbicaraan itu akan berlangsung di mahkamah Paris Tribunal Grande Instance dan diadili dua hakim penyiasat (investigative judge) Roger Le Loire dan Serge Tournaire.
Perkara itu disah dan dinyatakan Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily sebentar tadi.
“Esok siasatan akan bermula dan wakil Suaram, Dr Kua Kia Soong akan memberikan keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan itu,” kata Nalini.
Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
Kes itu difailkan kerana DCNS membayar ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Nalini, Dr Kua dijangka memberikan beberapa nama saksi penting perbicaraan kes itu untuk disapina mahkamah Perancis.
“Kita juga akan beri beberapa nama untuk disapina. Di antaranya adalah PM Najib, Razak Baginda dan Shaaribu (bapa warga Mongolia, Altantuya Shaaribu),” kata Nalini.
Pembelian kapal selam Scorpene mencuri tumpuan ramai apabila ia melibatkan jumlah komisen hampir RM500 juta dan juga kematian jurubahasa jelita, Altantuyaa Shaaribu.
Altantuya sebelum ini dilaporkan merupakan teman istimewa Razak Baginda.
Bapanya yang berada di Malaysia baru-baru ini juga membuat pengakuan pernah melihat gambar Altantuya bersama Najib Razak.
Sumber: Jalan Pulang.Blogspot.com
KELUARGA BUDAK MAUT DIBAYAR RM200,000 -PANDUAN UNTUK SEMUA
Keluarga budak maut dibayar RM200,000
SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan seorang surirumah, Tan Pek Hooi dan anaknya, Choong Woon Yi dibayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM200,000 atas kematian seorang lagi anaknya akibat dilanggar sebuah bas sekolah, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Zaleha mengarahkan suaminya, Choong Thoo Kiah dibayar sebanyak RM10,000 untuk kesedihan akibat tragedi menimpa anak mereka.
Mereka turut diarah dibayar RM5,000 bagi kos pengebumian mangsa, Shoong Woon Nee, 8, yang dirempuh dan digelek sehingga mati pada jam 6.30 pagi, 11 Januari 2007.
Dalam penghakiman yang dibacakan Penolong Kanan Pendaftar, Zuraida Abu Bakar di dalam kamar beliau semalam, defendan pertama iaitu pemandu bas, Wong Tak Soon dan pengendali syarikat bas itu, Chia Yoon Meng diarah membayar 40 peratus daripada jumlah tersebut.
Sementara Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sun Yuk, Rawang, Yu Choi Chin pula diarah menanggung 10 peratus daripada bayaran tersebut.
Defendan pertama dan kedua turut diarah membayar kos saman tersebut sebanyak RM20,000.
“Mahkamah dapati pemandu bas tidak bercakap benar. Dia tahu bahawa dia telah melanggar dan menggelek badan mangsa. Defendan ketiga (guru besar) dan defendan keempat (Kerajaan Malaysia) betul apabila membenarkan bas masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak meletakkan guru bagi menyelia murid-murid pada jam 6.30 pagi,” katanya.
Mahkamah ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-murid sekolah di bawah jagaan pemandu bas dan pemilik bas.

ISA ; HANYA TUKAR NAMA
Selamat tinggal, ISA; selamat datang, ISA
18 APRIL — Sesuatu itu sering dikaitkan dengan nilai yang terkandung di dalamnya. Contohnya apabila kita mengatakan seseorang itu “macam firaun”, kita bukan bermaksud rupanya tetapi amalan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang kerana Firaun adalah lambang kezaliman.
Sesuatu atau seseorang itu diumpamakan kerana sinonim akhlak perilaku dan perangainya. Apabila kita mahu menggambarkan seorang yang cukup baik hati budinya pula, kita akan katakan “macam malaikat” kerana malaikat adalah lambang kemuncak segala kebaikan.
Demikianlah bahasa memainkan peranan penting dalam hidup kita bagi menggambarkan luahan seseorang terhadap nilai-nilai terpuji dan nilai yang terkeji. Ada juga perumpamaan itu dilokalkan kerana sesuai dengan pengetahuan masyarakat setempat terhadap sesuatu yang diumpamakan.
Contohnya kalau di kampong, kita akan menggambarkan betapa lurus dan bodohnya seseorang dengan dikaitkan sifat itu yang ada pada peribadi orang kampong seperti Man atau Said. Contohnya: “Kamu ni lurus macam Man” atau “Bodoh macam Said”.
Dalam konteks Malaysia kita ada satu perumpamaan kepada kezaliman melalui perumpamaan dengan satu akta zalim iaitu ISA. Contohnya kita akan kata: “Zalim macam ISA” walaupun bagi sesetengah tidak tahu bahwa ISA itu adalah dalam Bahasa Inggeris iaitu Internal Security Act, mereka tidak pula mengatakan “zalim macam AKDN” begitulah bagaimana perumpamaan itu berhasrat untuk menggambarkan sesuatu nilai negatif dengan mengaitkan apa yang mereka terima selama ini sebagai satu kezaliman. Tidak pula kita kedengaran ada yang mengatakan: “Baik macam ISA”
Namun demikian tulisan ini bukan untuk kelas Bahasa Malaysia bab perumpamaan, tulisan ini adalah tentang perbahasan di Parlimen kelmarin (16 April) iaitu tentang satu Rang Undang-Undang Baru yang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
RUU ini bertujuan menggantikan ISA yang selama ini menghantui rakyat Malaysia kerana amalan tahan tanpa bicaranya. Ia juga mengambil kuasa dan hak untuk tertuduh daripada pendengaran di mahkamah kerana Kementerian Dalam Negeri punya kuasa yang mutlak dengan hanya menurunkan tandatangan bagi mengenakan hukuman dua tahun dalam tahanan.
ISA digubal tahun 1960 adalah untuk menangani ancaman komunis yang masih bertapak di negara kita. Namun setelah komunis menyerah diri dan meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 di Haatyai, Thailand, ISA diteruskan tetapi kini menghala kepada musuh politik yang bergerak secara berperlembagaan dan tidak lagi kepada anasir subversif yang bergerak secara haram.
Matlamat asal ISA untuk memelihara negara dari ancaman komunis dan anasir terror yang lain kini menjadi alat Umno dan BN untuk mengukuhkan kedudukan mereka dari ancaman politik. Ramai yang terperosok di dalam kem tahanan yang sifatnya adalah politik terdiri daripada aktivis PAS, DAP, PSRM dan lain NGO yang dituduh tanpa terbukti pertuduhan itu hingga hari ini.
Penentangan terhadap ISA bermula sejak ia disalahgunakan sehingga mencapai tahap mobilisasi rakyat dengan GMI iaitu Gerakan Memansuhkan ISA. Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) tahun 2008 menjadi pemangkin di Parlimen untuk mendesak supaya ISA dihapuskan.
Minggu ini sudah secara resminya ISA dihapuskan untuk digantikan dengan satu akta baru bagi menyahut perkembangan baru negara dengan memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.
Fakta yang mengatakan kerajaan hari ini telah menggantikan akta baru dari pemansuhan ISA menjadi isu yang utama sehingga mereka lupa untuk meneliti apakah isi kandongan akta baru ini. Perbahasan oleh Ahli Parlimen Umno dan BN seolah-olah lebih berminat untuk menonjolkan kesediaan BN menyahut kehendak rakyat daripada bertitik tolak atas kesedaran yang tulen untuk menggarap persoalan ketelusan dan keadilan menegakkan prinsip hukum.
Tidak mengherankan kita dalam perbahasan kelmarin, isu pokok diabaikan malah usaha Ahli Parlimen PR yang lebih menyentuh tentang fundamental isu RUU ini dipatahkan hujah dengan sentimen serangan ke atas batang tubuh DSAI. Hampir kesemua wakil Umno dan BN berucap menjadikan fakta hujahnya di atas alasan yang mesejnya ialah : “Kami dah ganti, apa lagi yang hendak ditentang oleh PR?”
Inilah kunci kelemahan RUU ini, ia dilakukan di atas desakan dan bukan kesedaran. Jika ia dilakukan atas kesedaran sudah tentu prinsip hukum akan terbela, tetapi kerana ia dibuat atas desakan untuk kepentingan tertentu RUU ini menjadi tunggang-terbalik dan tidak konsisten dengan prinsip keadilan hukum.
Pembuktian yang menjadi asas kepada proses penghakiman masih disyaratkan dengan klausa kuasa Menteri dalam pentakrifan “maklumat sensitif” di mana hakim “terpaksa” menerima pengklasan sesuatu maklumat sensitif itu tidak boleh dijadikan bahan bukti.
Walaupun kuasa menetapkan hukuman ada di tangan Menteri dalam ISA kini kuasa Menteri berpindah kepada pengklasan “maklumat sensitif” yang akan digunakan sebagai bukti.
Bukankah pembuktian itu asas untuk hakim terhadap sesuatu penghakiman? Di sini asas itu telah “dirompak” oleh Menteri dan hakim diminta untuk memperakui “rompakan” ini siang-siang hari.
Lagipun dalam OSA (Official Secrets Act) telahpun berlaku salahguna dimana maklumat yang mendedahkan rasuah dan salahguna kuasa boleh dilabelkan sebagai rahsia resmi kerajaan untuk menutup skandal kerajaan sedangkan OSA adalah untuk melindungi maklumat rahsia tentang keselamatan dan pertahanan negara. Apakah jaminan klausa ini tidak akan disalahgunakan?
Mungkinkah pembuktian pembela memerlukan sesuatu bukti yang mungkin mendedahkan sesuatu tentang skandal atau kelemahan kerajaan lalu pendakwa menggunakan klausa menteri untuk menghalang pembelaan?
Konsep Al Bayyinah atau evidence yang menjadi asas pendakwaan dan pembelaan seolah-olah sengaja disabotaj terhadap tertuduh dalam RUU ini. (Bahagian I, Tafsiran 3, “maklumat sensitif”, berhubungan dengan Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa)
Walaupun amalan tanpa bicara sudah dihapuskan namun tahanan terhadap tertuduh dikekalkan dalam tahanan sehingga segala usaha rayuan mahkamah dibuat walaupun pendakwaan gagal membuktikan kesalahan tertuduh dalam perbicaraan.
Pihak pendakwa hanya perlu memohon rayuan dengan lisan sahaja untuk hakim menerimanya. Walaupun dalam keadaan biasa rayuan keputusan memerlukan bukti baru untuk diterima oleh hakim. Dalam RUU tidak disyaratkan demikian.
Kalau dahulu seseorang ditahan dua tahun dengan kuasa Menteri, kini walaupun ada perbicaraan di mahkamah seseorang terrtuduh boleh kekal dalam tahanan sehingga proses rayuan sampai ke penghujungnya dan itu boleh memakan masa dua tahun juga.
Walaupun elemen terpenting ISA dihapuskan namun elemen baru dipasang untuk menidakkan hak seseorang itu dibebaskan sementara menunggu segala proses rayuan dibereskan (Fasal 30 (1)-(7))
Kuasa kehakiman “dirompak” dan diberikan kepada polis melalui hak masa soal-siasat selama 28 hari. Walaupun masa soal-siasat dikurangkan dari 60 hari, namun kuasa menahan selama itu tidak boleh dicabar kerana polis menentukan keperluan tersebut setelah tertuduh ditahan 24 jam.
Kalau dahulu polis terpaksa minta lanjutan tahanan dari majestrit tetapi kini Polis boleh membuat keputusannya sendiri jika dirasakan perlu untuk tahan selanjutnya.
Ini amat membimbangkan dalam suasana imej PDRM sering dikaitkan dengan salahguna kuasa dan kes kematian dalam lokap terus menghantui tahanan-tahanan reman. Apa jaminan siksaan dalam tahanan reman dan siksaan saikologi yang tidak berperikemanusiaan tidak dilakukan?
Apatah lagi keputusan polis untuk menggunakan peranti pengawasan yang boleh dipasang ke atas tertuduh setelah tahanan lanjut tidak diperlukan, sekali lagi menunjukkan kemungkinan salahguna kuasa berlaku. (Kuasa Penangkapan dan Penahanan 4 (4)-(6).)
Setiap kali kami dari PR memberi ingatan kepada potensi salahguna kuasa dalam RUU ini dilakukan, hujahan ahli Parlimen BN ialah RUU ini terjamin kerana ia adalah lain dari ISA. Dulu pun semasa ISA digubal pada tahun 1960, Prof Zulkifli Muhammad dari Ahli Parlimen Bachok memberi amaran yang sama tentang salahguna kuasa ISA untuk menahan tahanan politik dan bukan musuh negara tetapi terbukti jaminan itu tidak dapat dipertahankan, kini amaran yang sama oleh kami diulangi.
Apakah jaminan itu akan ditunaikan? Melihat kepada latarbelakang amalan selama ini, kami tidak yakin kerana RUU itu sendiri memberikan ruang untuk dislahgunakan.
Lagipun asakan rakyat untuk melihat perubahan regim di negara ini semaikn meningkat, apakah jaminan BN tidak akan menggunakan RUU ini untuk mendakwa desakan politik yang mahukan perubahan regim? Kami juga mencadangkan supaya RUU ini dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti bagi mengambilkira isu-isu prinsip keadilan yang dikemukakan.
Sebab itulah tulisan ini mengandaikan seolah-olah suasana kita hari ini umpama keluar dari mulut harimau untuk masuk ke mulut buaya! Selamat tinggal ISA; selamat datang ISA?

17 April 2012
Malaysia sudah setaraf dengan Bangladesh
Oleh: MSK
Adakah rakyat Malaysia miskin?
Ini soalan subjektif. Jawapan yang diberikan bergantung sebelah mana kita berada. Kalau tanya orang Umno, jawapanya sudah tentu kata rakyat kita tak miskin. Malah kadar kemiskinan dinegara kita jauh lebih baik dari Finland, Norway atau Belgium.
Kalau tanya kat orang bukan BN, jawapannya mungkin terlalu ekstrim. Kemiskinan dinegara kita lebih teruk dari Thailand.
Dalam siri Penjajahan Umno di Sabah yang disiarkan dalam Malaysiatimes dulu, terdapat paparan statistik tentang kemiskinan. Boleh baca Penjajahan Umno di Sabah 1 dan Penjajahan Umno Di Sabah 2.
Dari pengalaman aku berkecimpung dengan NGO, kehadiran satu-satu NGO itu disesebuah negara melambangkan sesuatu masalah sosial dinegara tersebut. Sebagai contoh, OXFAM tidak ada di Malaysia kerana ia menumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat miskin luarbandar. Oleh kerana kerajaan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia tak ramai yang miskin, maka OXFAM tidak ada di Malaysia sebaliknya ada di Bangladesh, Kenya, Indonesia, Sudan dan sebagainya.
Begitu juga dengan Redd Barnen. Ia hanaya wujud di Thailand untuk menyelamatkan kanak-kanak dari pelacuran. Tapi oleh kerana kerajaan Malaysia mengatakan pelacuran tidak wujud di Malaysia, maka Redd Barnen tak perlu wujud di Malaysia.
NGO-NGO antarabangsa tidak banyak di Malaysia kerana Malaysia sentiasa “aman dan sejahtera”. Rakyatnya “senang-senang’”belaka. Tapi kalau dilihat kepada NGO yang wujud di Malaysia sekarang, ada sesuatu yang tak kena. Tenaganita memperjuangkan nasib pekerja asing. Meals On Wheels memberikan makanan percuma kepada mereka yang tidak miskin dan tidak mempunyai rumah.
Semalam, Sabahkini melapurkan satu berita yang kurang senang. Foof For The Hungry International (FHI) telah menyampaikan bantuan 50,000 paket makanan istimewa kepada penduduk Sabah. Apa yang kurang senangnya?
Bukan senang untuk memohon bantuan daripada NGO antarabangsa. Mereka mempunyai piawaian yang ketat dan pemohon perlu membuktikan mereka benar-benar miskin untuk mendapatkan bantuan.
Sebelum ini, Food for The Hungry International hanya memberikan bantuan kepada negara yang benar-benar miskin. Di Asia, hanya Bangladesh, Filipina, Kemboja dan Indonesia yang mendapat bantuan. Di Afrika, diantara yang mendapat bantuan ialah Burundi, PRC, Ethiopia, Kenya, Mozambique, Rwanda, Somalia, Sudan dan Uganda.
Sekarang, Malaysia sudah setaraf dengan negara-negara miskin di Afrika untuk mendapatkan bantuan dari Food For The Hungry International.
Fikir-fikirkan lah.
ISUNYA PTPTN BUKANYA PASAL ADAT.......
'Kalung bunga': Wan Ji balas kritikan Fathul Bari
OLEH :Zainulfaqar | Apr 16, 7:36 PM
TiNDAKAN mahasiswa mengkalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) nampaknya menggamit perbezaan pendapat di kalangan agamawan.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya mengkritik tindakan itu.
Fathul Bari (berbaju merah) pernah berdebat dengan Wan Ji (paling kanan) mengenai baik buruk menegur pemimpin Umno BN secara terbuka pada Mac tahun lepas. Moderator, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.
Manakala Pengasas Sekolah Pemikiran As-Syatibi, Wan Ji Wan Hussain mengkritik balas beberapa pendapat Fathul Bari.Fathul Bari menuduh mahasiswa berkenaan cuba melakukan simbol pengkafiran ke atas Najib yang juga Presiden Umno.
“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang?
“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” tegasnya di Sinar Harian Online.
Jawapan berbeza
Wan Ji dalam reaksi spontan pada PenangInsight.com berkata, perbuatan mengkalungkan bunga itu
adalah adat, bukan sahaja pada 'Si Mati' tetapi juga pada orang yang masih hidup.
Maka katanya, tidak wajar disempitkan penafsiran perbuatan mahasiswa terbabit dengan memanipulasi faham agama Islam.
Lebih penting dan menjadi perkara pokok, menurut beliau, adalah membincangkan baik atau buruk sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu terhadap rakyat terbanyak di negara ini.
"Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) sendiri pernah dikalungkan bunga dalam satu perayaan agama (Hindu) di Batu Cave sebelum ini, tetapi tidak dibantah oleh iLMU.
"Itu (kalung bungan kepada Najib dan Rosmah) adat atau agama (Hindu)? Dia (Najib) masih hidup atau mati (ketika itu)? "Jangan sempitkan soal budaya dengan memanipulasi agama (hukum Islam) jika itu tujuannya," ujarnya.
Isu Takafir (saling mengkafir)
Menurut Fathul Bari, perbuatan mahasiswa terbabit yang mengkalungkan bunga pada gambar kedua-dua pemimpin negara itu boleh membawa pada kekafiran.Ini kerana katanya "Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat".
Mengulas kenyataan "pengkafiran" itu, Wan Ji berpendapat Fathul Bari seolah-olah cuba mengkafirkan mahasiswa Islam yang menyuarakan bantahan ke atas pentadbiran Najib pula.
"Kalau perbuatan itu (mengkalung bunga pada gambar) suatu 'pengkafiran', adakah Ustaz iLMU (Fathul Bari) cuba mengkafirkan pelajar-pelajar terbabit pula kerana memprotes sistem yang dianggap menindas ini (PTPTN)," soal Wan Ji yang juga mahasiswa lanjutan Maqasid asy-Syariah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Beliau menasihatkan Fathul Bari (kanan) supaya menjelaskan isu 'Kalungan Bunga' tersebut
secara ilmiah, bukan secara politik yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
Sindir pemimpin zalim itu wajib
Wan Ji menjelaskan, perbuatan mengkalungkan bunga pada gambar kedua-dua pemimpin negara itu adalah di bawah ketegori adat yang harus.
"Kaedah fiqh menyebut, 'asal sesuatu itu adalah harus' pada semua perbuatan di bawah ketegori adat namun kaedah sebegini ditolak oleh sesetengah agamawan yang literalis (iaitu) yang berpegang pada zahir nas (al-Quran dan al-Hadith).
Wan Ji (kiri) menjelaskan bahawa kaedah fiqh itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud, "Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi” (rujuk Surah Al-Baqarah : 25).
Tambahnya lagi, Fathul Bari sepatutnya membincangkan isu pokok, iaitu baik buruk sistem PTPTN yang lebih dilihat membebankan mahasiswa terbanyak berbanding perkara harus, iaitu adat mengkalung bunga pada gambar Najib-Khaled.
"Tanpa merujuk pada fathul Bari, golongan literalis agama umumnya keliru dalam soal adat dan aqidah.
"Sindiran menggunakan perbuatan adat juga adakalanya ditolak oleh mereka sungguhpun di dalam al-Quran pun kaya dengan sindiran-sindiran kepada mereka yang zalim dan sebagainya," ujarnya.
Beliau menjelaskan, contoh lafaz sindirian dalam al-Quran antaranya bermaksud, "maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih" (Surah Ali Iimran: 21)
"Kalau (lafaz) sindiran ada dalam al-Quran, takkan sindiran dalam hal adat (bukan mana-mana agama) ditolak di sisi syarak pula?
"Kalau ada ayat al-Quran suruh (mewajibkan) umat Islam jangan cenderung pada mereka yang zalim (ayat 113 dari Surah Hud), takkan menyindir seseorang yang dianggap zalim tidak wajib?
"Kalau ditajamkan soal (mahasiswa tiada) adab, adab ini di bawah ketegori afdhaliyat dan hukumnya sunat... yang selama-lamanya tidak boleh sampai menafikan perkara yang wajib, iaitu tegur pemerintah yang membebankan rakyat.
"Jika tindakan pelajar dianggap 'melampaui batas' ianya terhadap pemerintah terbabit sahaja dan tidak sebesar 'melampaui batas' (oleh) kedua-dua pemerintah terbabit yang membabitkan majoriti pelajar di negara ini seperti yang dianggap oleh pelajar.
"Jangan alpa... baik buruk PTPTN itu sendiri jangan diperkecil dengan membesarkan isu adat yang harus ini (kalungan bunga)," ujar beliau.
Perbezaan pendapat di antara kedua-dua ilmuan muda ini tidak mustahil membuka ruang wacana seperti sebelum ini.
Wan Ji yang lebih dikenali sebagai Pak Shaik Muka Buku dan 'ulama Umno' Fathul Bari pernah duduk sepentas membincangkan mengenai baik buruk menegur pemimpin negara secara terbuka menurut disiplih maqasid asy-syariah. -END

Benar, Altantuya ada bersama Najib, Kata ayahnya.
Dengar rayuan Altantuya sebelum PRU: Bukti baru dari ayah ada implikasi kuat
Saya merujuk kepada rayuan yang ditangguh oleh Mahkamah Rayuan berkenaan kes Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Omar terhadap sabitan pembunuhan warganegara Mongolia Alatantuya Shaaribu.
Azilah dan Sirul telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada April 2009 yang lalu. Kelewatan dalam rayuan kes yang melibatkan kepentingan awam lebih daripada 3 tahun adalah luar biasa dan tidak boleh diterima.
Rayuan itu kini hanya akan didengar pada 27 Ogos 2012. Ini adalah sangat kejam dan tidak adil untuk menunda untuk tempoh yang lama dalam rayuan kes hukum bunuh. Si tertuduh mesti dikekalkan dengan hukuman mati, dibayangi tali gantung, sehingga rayuan itu dilupuskan.
Bukti baru dari Bapa Altantuya
Ini merupakan kes yang paling diberi perhatian awam. Sirul dan Azilah adalah pengawal peribadi Perdana Menteri pada masa pelakuan kesalahan itu dan Najib sendiri telah dibabitkan dalam kes Altantuya-Scorpene.
Rakan rapat PM, Abdul Razak Baginda juga telah didakwa kerana membunuh, tetapi kemudiannya dibebaskan. Telah muncul pula bukti yang memberi implikasi untuk rayuan yang belum selesai.
Bapa Altantuya berkata di Malaysia pada minggu ini bahawa dia telah melihat gambar Najib dengan Altantuya di Paris. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah menolak secara terbuka pernah bertemu Altantuya.
Rakyat berhak mengetahui dan membuat keputusan tentang pemimpin mereka
Misterinya adalah Azilah dan Sirul seperti tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya. Jika ya, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu?
Ia penting bagi rakyat supaya rayuan ini didengar segera, sebaik-baiknya sebelum PRU ke-13; rakyat berhak mendapat jawapan sebelum membuat keputusan di peti undi.
Orang ramai juga berhak untuk mengetahui apakah sebab-sebabnya untuk melengahkan dan tak rayuan itu.
N Surendran ialah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat

16 April 2012
Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme
Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.
Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?
PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.
Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta. Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama? Siapa yang benarkannya? Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?
Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?
Di pihak yang lagi satu? Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini. Apakah nasib mereka? Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun. Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan. Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.
Siapa yang untung? Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta. Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain. Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?
Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.
Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya? Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera. Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun. Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?
Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10. Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah. Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti. Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).
Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan. Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka. Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut. Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).
Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".
Anak Muda Kuasa Perubahan
*Karthiges ialah Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma.

PENGEDAR DADAH AFRIKA DAN IRAN MENGUASAI PASARAN THAILAND
Perkembang terbaru dalam perdagangan kristal methamphetamine dengan peniaga dari Afrika Barat dan Iran menguasaii pasaran tempatan membuatkan polis bimbang.
Narong Rattananukul, Timbalan Ketua Setiausaha Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, berkata peniaga menjual pada harga yang lebih rendah dan mensasarkan golongan muda dengan pendapatan yang rendah, Encik Narong berkata ia telah menjadi ketara akhir-akhir ini bahawa pengedar dari Iran dan negara-negara Afrika Barat mengambil peranan yang lebih besar dalam perdagangan dadah di Thailand.
Beliau berkata peniaga Iran khususnya mengintai khusus dalam perdagangan kristal thamphetamine, atau syabu (ya ais) , yang kini dikuasai oleh geng Wa Merah yang berpangkalan di Myanmar.
Ais yang dijual oleh kumpulan-kumpulan Iran mempunyai harga borong sebanyak 800,000 baht sekilogram di Bangkok, berbanding dengan 2 juta kepada 2.5 juta baht yang dikenakan oleh para pedagang dari Utara.
Ini adalah kerana dadah Iran adalah berkualiti rendah dengan jumlah yang kurang seudoephedrine, perangsang dalam bentuk tablet sejuk yang digunakan sebagai pelopor untuk menghasilkan methamphetamines, Encik Narong berkata. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan yang dijual oleh Iran dibuat di kilang-kilang yang dimiliki oleh pengeluar dadah Wa di Myanmar.
"Terdapat kebimbangan yang sebenar dadah murah dari geng-geng Iran akan dijual kepada pelanggan dalam pasaran yang rendah," katanya. Risikan telah mengesan pengeluar dadah yang menjalan kegiatan di pangsapuri, rumah bandar atau kondominium di Bangkok dan wilayah jiran kepada "makmal dapur" untuk menghasilkan pil kelajuan dan ya ais untuk membekalkan kepada peniaga tempatan.Makmal dapur memerlukan hanya sedikit ruang, beberapa mesin dan beberapa orang untuk menjalankan mereka.
Bahan-bahan kimia untuk membuat dadah boleh dibeli melalui internet, dengan tips bagaimana untuk menghasilkan dadah yang boleh didapati di laman web, Encik Narong berkata.
Beliau berkata penggunaan syabu menjadi lebih berleluasa sebagai peniaga akan menggunakan taktik pemasaran yang baru untuk menarik pelanggan dalam kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka termasuk membahagikan dadah ke dalam kuantiti yang lebih kecil untuk dijual pada harga yang rendah.
Encik Narong berkata beberapa pegawai kerajaan negeri telah didapati terlibat dalam pengedaran dadah. Pada tahun 2010, 95 pegawai kerajaan negeri telah ditangkap.
Mereka yang ditahan termasuk 71 pegawai tentera dan 15 anggota polis.
SKANDAL PKFZ ( RM12.5 BILION) : SIAPA LINDUNGI SIAPA?
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: DAP mendakwa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Port Klang Authority (PKA) Datuk Teh Kim Poh telah berkomplot untuk menukar keputusan-keputusan yang telah diambil oleh PKA berhubung projek Port Klang Free Trade Zone (PKFZ).
Akhbar The Sun hari ini mendedahkan bahawa PKA telah menulis kepada Majlis Peguam minggu lalu untuk menarik balik aduan terhadap Rashid Asari & Co kerana konflik kepentingan apabila menyediakan penjanjian jual beli bagi pihak PKA untuk projek PKFZ.
Pengerusi PKA pada ketika itu Datuk Lee Hwa Beng dikatakan telah menjalankan tanggungjawab beliau untuk membuat laporan terhadap Rashid Asari & Co kepada Majlis Peguam dan hasilnya mereka yang terlibat telah pun didakwa.
Bagimana pun, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PKA telah membuat keputusan untuk
menarik balik saman undang-undang terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd kerana gagal menjalankan kerja-kerja berjumlah RM1.6 bilion.
“Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) (sebagai pemaju PKFZ) juga dituduh kerana membuat tuntutan sebanyak RM55.8 juta dan RM83 juta atas kerja-kerja infrastruktur awam yang tidak dilaksana.
“Namun untuk kepentingan KDSB, dengan niat jelas untuk menutup seluruh skandal BN ini, PKA telah bersetuju untuk arbitrasi meski pun kesalahan tersebut jelas merupakan jenayah.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemegang saham KDSB adalah Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu dan Kelab Penyokong Kerajaan BN,” katanya.
Menurutnya, Datuk Seri Kong Cho Ha harus menjawab mengapa beliau ingin menghancurkan segala proses dan usaha yang telah dilakukan untuk membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan dan juga menjaga kepentingan pembayar cukai Malaysia.
“Kerana penyelewengan dan salah urus, kerajaan (wang rakyat) terpaksa menanggung bil RM12.5 bilion.
“Keengganan menteri untuk menyelesaikan masalah tersebut jelas menunjukkan bahawa kepentingan politik sedang dilindungi pada harga yang dibayar oleh kerajaan,” tambah Pua.
PENGEDAR SURAT KHABAR SABOTAJ UTUSAN MALAYSIA!!!
Selangor Kini, Harakah ‘ceroboh’ Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia
SEJAK kebelakangan ini, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi sasaran pihak-pihak tertentu memasukkan lidah rasmi Pas, Harakah dan Selangor Kini terbitan kerajaan Selangor sebagai sisipan untuk diedarkan kepada pembaca.
Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ingin menjelaskan bahawa kami tidak bertanggugjawab terhadap pengedaran akhbar berkenaan melalui Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.
Kami kesal dengan tindakan yang dianggap sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bagi menjatuhkan imej akhbar arus perdana ini.
Sebagai akhbar yang diharamkan penjualannya di semua premis jabatan atau agensi kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, Utusan tidak akan membenarkan sama sekali akhbar yang didokong oleh DAP, Pas, PKR itu menjadi ‘sisipan’ Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.
Untuk makluman pembaca, tindakan tidak bertanggungjawab ini pernah berlaku tahun lalu tetapi Jabatan Pemasaran telah memberi amaran kepada semua pengedar akhbar yang disyaki terlibat.
Bagaimanapun akhir-akhir ini, perkara yang sama berulang terutama di sekitar Lembah Klang termasuklah Hulu Langat, Wangsa Maju, Shah Alam dan Chow Kit.
Jabatan Pemasaran Utusan akan terus memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis. Utusan juga akan menamatkan urusniaga dengan mana-mana agen atau pengedar yang terlibat dalam tindakan yang tidak beretika ini.
Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan ‘pencerobohan’ terhadap akhbar ini bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran di Bangi atau Pengurus Pemasaran Wilayah, Rosman Zulkifli melalui telefon 0177771443.
- Pengarang
Langgan:
Catatan (Atom)