Zahid tak jawab dakwaan Deepak, sebaliknya puji PM...tentu sekali jawapan mudah mereka ini hanya Fitnah dari pihak pembangkang.
Semasa pengulungan PAU sebentar tadi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan keluarga seperti yang beliau dijanjikan semalam.
Sebaliknya, beliau menghabiskan sebahagian besar ucapan penggulungannya selama 20 minit di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, menzahirkan puji-pujian terhadap usaha perdana menteri di peringkat antarabangsa, dan seterusnya mengkritik parti-parti pembangkang.
Semalam, Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memberi respons kepada isu itu dalam ucapan penggulungannya hari ini, tetapi ia tidak disebut langsung.
Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.
Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.
"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.
Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.
Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.
Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.
Sumber Sini