14 Jun 2014

MUKRIZ CADANG BINA LAPANG TERBANG ANTARANBANGSA DI KULIM...INGAT P TAMPUNG JALAN RAYA BERLUBANG DULU LAGI BAIK!!





Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata lapangan terbang baru di negeri itu adalah sesuatu yang perlu.

Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.

Mukhriz berkata, kawasan pulau mempunyai keluasan tanah terhad dan hanya sesuai untuk pembinaan kawasan pelabuhan, dan bukannya lapangan terbang memandangkan persekitaran pulau dikelilingi air.


"Berbeza dengan pelabuhan kapal, perlu di pesisir pantai, tetapi kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang. Apa guna kita bina lapangan terbang di pulau yang terbatas dari segi tanah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pesta Kedah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.

"Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang," katanya.

"Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang," tambah Mukhriz.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.

Lim turut berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.

"Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.

Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.

"Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.

"Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan," kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.

Mukhriz berkata, lapangan terbang tersebut akan dibina di atas tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.

Menurutnya, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.

"Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim," kata Mukhriz.


TAK PAYAH LAH NAK BUAT LAPANGAN TERBANG BARU.....KERAJAAN KEDAH P TAMPONG JALAN RAYA YANG BANYAK BERLUBUNG TERUTAMA JALAN NEGERI....

PAC PUN KATA TAK PAYAH INGAT BANYAK SANGAT KE DUIT PERSEKUTUAN....

PAC: Kerajaan perlu kaji cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kedah



Kerajaan perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang menyeluruh dalam mempertimbangkan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata ia adalah perlu bagi memastikan kerajaan sentiasa berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara.

"Yang penting perbelanjaan kerajaan perlu berhemah. Kalau sudah ada lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang yang masih boleh diperbesarkan lagi, lebih elok kita gunakan kemudahan yang sedia ada dari buka lapangan terbang yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Komuniti Bersih, Sihat dan Selamat 2014 di Hutan Bandar, dekat Johor Baharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ketika mengulas cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang baharu di Kedah.

IRAN BERGABUNG DENGAN TENTERA US MELAWAN PEJUANG SUNNI DI IRAQ

US, Iran pertahan Iraq



Official: Iran sends forces to Iraq to combat ISIS


BERITA LANJUT BACA SINI



Ribuan penduduk cuba melarikan diri ketika keganasan menghampiri Mosul.

TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni.

Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak.

Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad.

Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut.

Sementara itu, Obama dalam ucapannya baru-baru ini berkata, perjuangan yang dibawa oleh kumpulan terbabit boleh menimbulkan ancaman yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS.

Beliau turut menyifatkan pemberontakan yang berlaku itu turut menjejaskan pengeluaran AS di Iraq.


Justeru, beliau menegaskan bahawa tenteranya kini sedang bersiap-sedia untuk menghadapi segala ancaman yang bakal dihadapi oleh pihaknya.

Jumaat lalu, sumber dari The Guardian melaporkan bahawa sebuah pertempuran melibatkan pejuang Sunni dan tentera Syiah telah berlaku di dalam dan sekitar bandar Samarra.

Walau bagaimanapun menurut saksi, tempat-tempat suci tidak dirosakkan dan penduduk di bandar tersebut juga kekal selamat tanpa diancam oleh kumpulan terbabit.

13 Jun 2014

UMNO SELANGOR TUNDUK PADA TEKANAN MCA & GERAKAN ISU KAJI HUDUD SELANGOR

Tekanan MCA & Gerakan: ADUN UMNO@BN tarik semula usul hudud di DUN Selangor

Walau bagaimanapun perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang 

sidang DUN berlangsung.



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Shamsuddin Lias (gambar) menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik bagi mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah ditarik semula.

Menurutnya, perkara ini diputuskan setelah mencapai kata sepakat sewaktu ‘Pre-Council Meeting’ ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) pada 12 Jun lalu.

Katanya lagi, tujuan penarikan semula ini adalah kerana usul yang dibawa tersebut bukanlah bil persendirian sebaliknya ia hanyalah usul untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor.

“Usul hudud tersebut hanyalah satu bentuk persoalan.

“Walau bagaimanapun, perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) berlangsung,” katanya sewaktu dihubungi FMT.
Jelasnya lagi, dalam isu hudud ini, pihaknya mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS bersetuju untuk membawa hudud ini ke negeri Selangor.

“Kita mahu melihat sejauh mana PAS bersetuju untuk membawa dan menjayakan hudud kerana sebelum ini perkara ini (hudud) sering dijadikan isu utama PAS terutama ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK)

“Jangan jadikan isu hudud ini sebagai isu politik,” kata ADUN Sungai Burong itu.
Sebelum ini, usul ADUN Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”


Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.



Hudud Selangor: Saya Bukan Speaker DAP - Hannah Yeoh



SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mempertahankan keputusannya membenarkan usul mengenai hudud yang dicadangkan oleh wakil rakyat Umno untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula minggu depan.

Tegas Hannah, sebagai Speaker beliau tidak boleh mengamalkan pendirian berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk partinya sendiri iaitu DAP dan Pakatan Rakyat.

"Bila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat.

"Perkara paling penting ialah sebagai Speaker, saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya pada sidang media di Pejabat Speaker DUN di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Yeoh menegaskan, pandangan peribadinya sebagai wakil rakyat DAP tidak boleh menjadi pertimbangan dalam mengendalikan urusan DUN.

"Pandangan saya tentang hudud tidak penting, atau pendirian parti saya tentang hudud juga tidak penting...saya di sini sebagai Speaker dan saya bertanggungjawab bukan sahaja kepada DAP, PKR atau PAS, tapi juga kepada Umno.

"Sebagai Speaker pandangan saya perlu diketepikan kerana saya bertanggungjawab terhadap urusan Dewan untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya.

Cadangan membentangkan usul hudud di DUN Selangor itu dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.

Keputusan Yeoh meluluskan usul hudud untuk dibentangkan menerima kritikan negatif daripada MCA dan Gerakan.

Malah sebelum ini wakil rakyat DAP juga lantang mengkritik dan menolak hasrat Umno untuk membentangkan usul mengenai undang-undang Islam itu.

Mengulas mengenai kecaman terhadapnya, Yeoh menempelak sikap segelintir wakil rakyat yang gagal memahami fungsi kewujudan DUN sebagai medan untuk membincangkan mengenai isu yang dibangkitkan.

"Jika DUN bukan tempat untuk berbahas, saya tak tahu apa lagi peranannya. Malah jika wakil rakyat tidak berbahas mengenai isu, saya pun tak tahu mengapa mereka dipilih.

"Adalah penting kepada semua pihak untuk bahaskan perkara ini secara baik dan matang. Bahas perlu menjadi budaya kepada wakil rakyat," katanya sambil menambah sesi perbahasan usul dijangka bermula pada Rabu depan.

Tambah Yeoh yang juga Adun Subang Jaya, beliau mengambil jalan tengah dalam isu hudud.

"Saya tak boleh menang dalam perkara ini. Jika tak benarkan (bentang hudud), Umno akan kata saya anti Islam.

"Jika benarkan, MCA kata saya bermain dengan isu ini. Jika anda Speaker apa anda akan buat? Saya hanya buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk DUN," katanya.



GAMBAR POKOK KURMA BERBUAH LEBAT DI KB...APA KATA KITA GANTI POKOK GETAH PULAK DENGAN POKOK KURMA !!!






POKOK KURMA SESUAI DENGAN IKLIM DI MALAYSIA...............

Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.

Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.

Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.


12 Jun 2014

USUL KAJI HUDUD DI DUN SELANGOR ..MCA & GERAKAN MENGELUPUR DILUAR DEWAN!!!


Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud

SUBANG JAYA, 12 JUN: Dewan Negeri Selangor (DNS) menerima usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan hudud di negeri itu.

Katanya, beliau bersifat neutral dan menerima sebarang usul yang sesuai dibahaskan sama ada daripada Kerajaan Negeri atau pembangkang.


“Ini hanya usul mengkaji hudud di Selangor, ia bukan satu Rang Undang Undang yang dilulus dan akan dilaksanakan. Saya pasti, rakyat juga mahu ia didebatkan secara sihat di dalam sidang DNS dan bukan di media sahaja.

“DNS adalah tempat sebenar untuk wakil rakyat membicarakan sesuatu isu, jadi saya memberi ruang itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno, Kamarol Zaki Abdul Malik (Sungai Air Tawar) mencadangkan usul berkenaan kajian pelaksanaan hudud di DNS, namun menerima pelbagai reaksi negatif daripada rakan komponen BN.


Antaranya, MCA dan Gerakan menggesa usul itu ditarik semula kerana mendakwa tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga kini.

Pada masa sama, bekas Exco Negeri, Ronnie Liu turut mengingatkan DNS untuk tidak terperangkap dengan mainan BN berkenaan isu hudud.

“Saya tidak nampak bagaimana perkara ini boleh dimainkan BN kerana usul terbabit dibawa Umno, bukan PAS. Ia hanya usul untuk mengkaji bukan usul melaksanakan hudud,” kata Hannah.

BERITA GEMPAR: INSOLVENSI SAHKAN LUCUT STATUS AHLI PARLIMEN APABILA TERIMA PERINTAH BANKRAP


Lucut Status YB Jika Terima Perintah Bankrap – Insolvensi


Notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.


PETALING JAYA: Status sebagai Ahli Parlimen akan terlucut secara automatik apabila seseorang wakil rakyat itu mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah yang mengisytiharkannya muflis.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Insolvensi memberitahu mStar Online, wakil rakyat itu masih boleh bergelar Yang Berhormat (YB) jika menerima notis kebankrapan.


“Sekiranya beliau gagal mematuhi notis kebankrapan, kemungkinan pihak pemiutang (seperti bank) akan meneruskan tindakan untuk memfailkan permohonan perintah kebankrapan kepada mahkamah terhadap penghutang.

“Jika penghutang itu adalah Ahli Parlimen, bermakna akan terlucut jawatan itu secara automatik dengan serta-merta apabila menerima perintah kebankrapan,” katanya.

Pada Rabu, terdapat iklan dalam akhbar tempatan berkaitan notis kebankrapan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj.

Notis kebankrapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac 2014 dan mendapat perintah mahkamah untuk menyerahkan notis berkenaan secara ganti pada 29 Mei 2014.



Sumber itu berkata, selagi penghutang belum mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah, hutangnya dengan pemiutang boleh dilangsaikan.

Katanya, hanya apabila penghutang diisytiharkan bankrap, kes kebankrapannya perlu diselesaikan dengan Jabatan Insolvensi yang bertanggungjawab mentadbir kes berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mengikut undang-undang, kedudukan seorang wakil rakyat akan terlucut sekiranya diisytiharkan muflis.

“Namun, pada masa ini SPR belum menerima maklumat rasmi mengenai kedudukan Datuk Abdul Aziz.

“SPR perlu menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum apa-apa keputusan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu,” katanya yang mengulas mengenai sekiranya diisytiharkan muflis, Abdul Aziz akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik keluarganya. ~Mstar

TERKINI! PENDUDUK KG. CHUBADAK TAMBAHAN DAPAT PERINTAH MAHKAMAH UTK HALANG PTGWP & DBKL DARI ROBOH RUMAH MEREKA


Alhamdulillah Allah mendengar doa orang2 yg.teraniaya..penduduk2 Kg. Chubadak Tambahan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang rumah mereka dari diroboh oleh PTGWP dan DBKL..

TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEJUANG2 RAKYAT , Ayah Halim Hamid, YBTian Chua, Ketua Pemuda Pas Batu Saudara Nurul Islam Mohamed Yusoff 


DAN BARISAN PEGUAM YG.DILANTIK Ahmad Zamri Khuzaimi YG.HADIR BERSAMA2 BERSOLIDARITI MENUNTUT HAK UNTUK PENDUDUK KG.CHUBADAK TAMBAHAN..



-DEMI RAKYAT, LAWAN TETAP LAWAN-






SUMBER


DBKL dengan bantuan POLIS berkumpul untuk merobohkan kampung Chubadak..siapa halang kroni YTL utk menjadi lagi kaya, dia kena cekup..untuk pengetahuan umum, kes utk merobohkan rumah masih belum selesai dikendalikan Mahkamah tapi di Malaysia, duit mengatasi segala undang2...?





TERKINI : PRK DI PARLIMEN KULIM?...PR DAH SAIP SEDIA KE

SETELAH DIDEDAHKAN DI ALAM SIBER, AKHIRNYA AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU AKUI MENERIMA NOTIS KEBANKRAPAN DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR.





Bila kuasa alam siber mengaum ... sudah pasti yang benar tidak mampu di tolak lagi.

Ahli Kulim Bandar Baru Parlimen (MP) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengakui dia menerima notis kebankrapan daripada Mahkamah Tinggi Malaya, bahagian perdagangan.

Menurut beliau, notis itu adalah dalam hal kegagalan perniagaan keluarganya yang menggunakan nama beliau, dan telah gagal membayar balik pinjaman bank.

Beliau menambah bahawa beliau hanya mendapat tahu tentang perkara itu semalam.

Ketika dihubungi, Abdul Aziz berkata beliau sudah pun berbincang dengan bank dan bahawa dia sedang mencari ke arah menyelesaikan perkara itu secepat yang mungkin.

"Saya harap semua orang berdoa agar perkara ini akan diselesaikan dengan mudah," katanya.

Notis kebankrapan bertarikh 25 Mac dan perintah itu bertarikh 29 Mei.

PANAS! CALON TIM. PRESIDEN BAKAL DIPECAT KERANA POLITIK WANG?


Calon Timbalan Presiden PKR dipanggil panel pendengaran khas

PETALING JAYA, 11 JUN: Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil dalam pendengaran khas berhubung beberapa aduan membabitkan mereka.

Pendengaran itu akan dijalankan sebuah panel khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP), Abdul Malik Hussain.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata calon Timbalan Presiden terbabit adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali.



“JPP sudah tubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi untuk mendengar beberapa aduan terhadap calon Timbalan Presiden.

“Kita akan panggil Tan Sri Khalid dan Azmin. Datuk Saifuddin (Nasution) setakat ini tidak ada sebab dia sudah jelaskan berhubung isu kenyataannya di media,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari berkata, sesi pendengaran khas itu akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

Sementara itu, Malik pula menambah, pendengaran khas itu perlu diadakan bagi memberi peluang kepada calon terbabit menjelaskan keadaan sebenar.


Johari dan Malik walaupun mengakui pendengaran khas itu iadakan berikutan terdapat aduan politik wang tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci.

Sebelum ini, Azmin dikaitkan dengan tuduhan cubaan menyogok yang didakwa dilakukan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jeyakumar.

Sementara itu, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Hussin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan kerana menyifatkan kes berkenaan ‘berprofil tinggi’ kerana membabitkan pemimpin utamanya.

Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.

GEMPAR : PRK MUNGKIN DI KEDAH SELEPAS GAH DI TERENGGANU - ADA YB TERIMA NOTIS BANKRAP!!!!


[TERKINI] Adakah PRK akan diadakan di P018 KULIM BANDAR BARU disebabkan YB nya diistihar bangrap..??


Dok agak Esok Najib bagi duit kira selesai la hutang nie...bukan susah...


KALAU HUTANG RATUS JUTA ADA HARAPAN PRK BERLAKU.....


DIBAWAH KES FITNAH KEATAS MP K.TERENGGANU BANKRAP....HANGIT LAH BLOGGER ......


MP Kuala Terengganu mahu saman blogger



Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Raja Kamarul berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kes mahkamah membabitkan perniagaan, tetapi mengesyaki ada kaitan dengan isu kenaikan cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebanyak 1,000% yang diperjuangkannya, baru-baru ini.

“Nak buat tuduhan tunjuk mana bank, mana projek?

“Ini muslihat politik, hairan kerana saya orang baru dan saya tak pegang apa-apa jawatan negeri dan pusat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, lapor The Malaysian Insider.

11 Jun 2014

13 KELUARGA MEREMPAT DI KOMPLEK TINGGAL DI BANDAR KUAH LANGKAWI....BN MENANG RAKYAT SENANG....

BERITA YANG TAK MASUK AKAL......KATA BN MENANG RAKYAT KEDAH SENANG.....


Kalau tak silap admin Kg.Syed nahar terletak dalam mukim Kuah...antara mukim yang termaju dan pesat membangun di Langkawi, tapi nasib kebanyakan penduduk masih ditahap lama. kebanyakan masih menjadi nelayan tradisional, penoreh getah dan anak-anak muda masih bekerja di kedai-kedai.

Juga masalah gaji rendah di Langkawi kebanyakan gaji yang ditawarkan masih rendah dan tidak berbaloi dengan kerja-kerja yang dijalankan. kebanyakan kedai masih menawarkan gaji yang rendah sekitar rm600 hingga rm850 bagaimana mereka dapat membantu keluarga.

Malahan banyak kerja-kerja di bawah jabatan kerajaan di Langkawi masih menawarkan gaji yang rendah terutama dalam penyelenggaran bangunan dan kawasan.

Kontraktor yang dilantik hanya membayar gaji yang rendah kebanyakan sekitar RM650 sebulan dan berstatus kontrak padahal belanja harian semakin tinggi. Mungkin pembaca tidak percaya realiti ini , dengan gaji sebanyak itu mana mungkin mereka yang tiada berumah mampu menyewa rumah sebagai tempat tinggal.

Kadar sewa yang tinggi sekarang antara RM400 keatas dan perumahan awam kerajaan adalah terhad.


Oleh: Admin Caw. Langkawi 


DARI DAIRI YB ADUN KUAH:

Hadir meninjau kehidupan 13 buah keluarga yang tiada rumah yang tinggal di Bangunan Tiara yg terbengkalai dan terbiar. 


Mereka ini kebanyakannya org Kg Sy Nahar Kuah, ekoran drp kesempitan hidup dan ketiadaan tempat tinggal jadi bangunan terbiar ini menjadi pilihan mereka. 

Bangunan ini tiada kemudahan air, elektrik, tandas dan kemudahan memadak dan lain-lain. Ayuh Kepimpinan Langkawi dan Kedah kita bantu permasalahan ini. In Shaa Allah saya akan cuba untuk selesaikan masalah ini. Doakan ya. 

080614#1400#Adunkuah #Langkawi #Hanyadikedah





Komplek Perniagaan Tiara yang terbiar untuk Gelandangan Langkawi......


AKHIRNYA KILANG ' BIHUN ISTIMEWA' DITUTUP SETELAH DIASAK TERUK DI MEDIA SOSIAL !!!


Anggota KPDNKK periksa kilang `Bihun Istimewa' hari ini


ANGGOTA penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasuki premis kilang ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk itu tidak mempunyai sijil halal. 

 Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memasuki kilang produk `Bihun Istimewa'
yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh di sini.


Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.

SEBELUM INI ADA ORANG PEJAM MATA ....JANJI ASUK.....?

PATUTLAH DEPA DOK GASAK TS KHALID..ELAUN PENGERUSI PUNCAK NIAGA RM JUTA SEBULAN JADI REBUTAN?

SEBELUM INI ELAUN PENGERUSI PUNCAK NIAGA DIKATAKAN ANTARA TERTINGGI ...SAMPAI JUTA-JUTA SEBULAN......

APABILA DIAMBIL ALIH KDEB NANTI TENTU DITURUNKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR......

PENGAMBILALIHAN KONSENSI AIR SELANGOR MELIBATKAN HAMPIR RM10 BILION BERBENTUK SAHAM, ASET & TANGGUNGAN HUTANG BANK.....BANYAK TU......



Puncak Niaga akhirnya terima tawaran kerajaan negeri Selangor, kata pejabat MB



Tawaran kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100% pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70% saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).

Keputusan itu dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat milik penuh kerajaan negeri melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014.

KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga pada hari ini menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu, kata satu kenyataan daripada pejabat MB Selangor hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100% pegangan saham dalam PNSB dan 70% dalam Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta.

Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, (KDEB) akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan Syabas, termasuk semua aset dan liabiliti.

Bagaimanapun, aset, liabiliti dan usaha niaga yang tiada kaitan dengan industri air adalah dikecualikan, kata kenyataan itu.

Melainkan pengecualian aset, liabiliti dan usaha niaga PNSB yang tiada kaitan dengan perjanjian konsesi, kesemua terma dan syarat ini adalah selari dengan terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran akhir KDEB kepada Puncak Niaga bertarikh 26 Februari 2014.

Kerajaan Selangor juga diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini bagi mengesahkan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran pengambilalihan ini.

Antara lain, tawaran pengambilalihan ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh Puncak Niaga dalam waktu terdekat ini.

Dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini, Lembaga Pengarah Puncak Niaga dimaklumkan perkembangan terbaru ini dan juga dimaklumkan oleh Tan Sri Rozali Ismail mengenai niatnya untuk mengundi bagi menyokong tawaran pengambilalihan oleh kerajaan Selangor pada EGM akan datang memandangkan hak dan kelayakan beliau sebagai pemegang saham sebanyak 41.32% secara langsung dan tidak langsung dalam Puncak Niaga.

Penerimaan tawaran pengambilalihan ini adalah susulan rayuan yang dibuat oleh Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaru ini dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana sudah berada di peringkat akhir dalam usaha mengembalikan hak air kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan Negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.

Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, kerajaan Negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang dimeterai antara kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.

Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.

10 Jun 2014

LESEN BUNKERING DAN PEMBORONG MINYAK DI JETI PERSENDIRIAN DIBATAL APABILA AKTIVITI PENYELEWANGAN TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH PENGUATKUASA...


Lesen Bunkering, Borong Minyak Di Jeti Persendirian Batal Serta-Merta



Hasan Malek.

PUTRAJAYA: Lesen bunkering (penyaluran minyak ke kapal) dan lesen borong minyak petrol dan diesel di jeti-jeti persendirian dibatalkan serta merta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, keputusan itu diharapkan dapat mengekang aktiviti penyelewengan petrol dan diesel, khususnya yang beroperasi di jeti-jeti persendirian.

Selain itu, beliau berkata, KPDNKK juga akan menggantung lesen stesen minyak yang didapati terlibat dalam penyelewengan bahan api itu.

"Syarikat minyak akan mengambil alih sementara operasi stesen minyak yang digantung lesen sehingga siasatan selesai untuk memastikan bekalan tidak terjejas di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat-syarikat minyak mengenai isu penyelewengan bahan petroleum bersubsidi di sini, Selasa.

Pada Isnin, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini.

Selain itu, Hasan berkata KPDNKK akan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi.

"Kami berpendapat penalti RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah terlalu kecil. Selain itu, soal rampasan, membekukan akaun antara perkara yang akan dipinda di bawah akta ini.

"Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan dengan undang-undang termasuk Peguam Negara supaya melihat semula akta ini boleh dikuatkuasakan," katanya.

Mengenai Ops Titik, Hasan berkata operasi yang dilancarkan pada 15 Mei lalu berjaya menangani isu kehabisan stok di stesen minyak di seluruh negara dengan ketara.

Sehingga 8 Jun, beliau berkata sebanyak 124 kes bersabit dengan penyelewengan bahan api bersubsidi berjaya ditumpaskan dengan jumlah sitaan RM5.39 juta.

Sementara itu, seorang wakil syarikat minyak yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, pihak mereka akan akur dengan keputusan kerajaan.

BEKUKAN LESEN PEMBORONG DIESEL... 'LESEN BESAR RASUAH' DALAM KPDNKK, TAK NAK BEKUKAN SEKALI KE?


Ada pasukan khas sedang memburu dan memerangi golongan penyeludup serta golongan rasuah yang telah banyak merugikan negara serta rakyatnya. Walaupun operasi demi operasi yang dijalankan, tidaklah glamour mahupun diberikan publisiti besar-besaran, namun sudah ada pihak yang selama ini duduk goyang kaki, kocek kembung setiap bulan, mulai resah dan sudah mula kelam-kabut untuk menutup aktiviti-aktiviti jahanam mereka selama ini.



Berkuat kuasa hari ini, KPDNKK membekukan lesen-lesen baru selama enam bulan bagi pemborong petrol dan diesel dalam usaha mengekang penyeludupan petrol dan diesel. Dalam beberapa operasi, pemborong petrol dan diesel dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada penyeludupan bahan bersubsidi tersebut untuk mendapatkan keuntungan besar.

Pendedahan turut menunjukkan petrol dan diesel subsidi Malaysia dijual di luar sempadan Malaysia-Thailand dan Indonesia memandangkan harga bahanapi itu jauh lebih murah di Malaysia berbanding kedua-dua negara.



Pembekuan lesen-lesen baru tidak akan memberikan sebarang kesan kepada penyeludupan bahanapi berkenaan kerana berdasarkan kepada siasatan, penyeludupan berlaku kerana faktor manusia.

Atau lebih tepat lagi kerana faktor rasuah dan kecuaian pengawasan!

Apatah lagi pemborong yang menyeludup dan menjual petrol serta diesel bersubsidi itu, bukannya pemborong-pemborong baru sebaliknya pemegang lesen sedia ada.

Kalaulah lesen-lesen baru dibekukan, bagaimana pula dengan 'lesen-lesen besar' yang ada dalam KPDNKK? Sampai bila mereka hendak dibekukan atau dihentikan terus daripada menjadi talibarut sindiket?

ANTARA PANDA DAN PENDUDUK KG. CHUBADAK TAMBAHAN SIAPA LEBIH BERNASIB BAIK.....



MALAPETAKA BUAT RAKYAT!

Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL. Ada 50 keluarga di sana. Khabarnya, khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi.

Walhal, kes masih dalam bicara Mahkamah Tinggi, DBKL bulldoze tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.

Pengerusi Ngo Anak Warisan, Lawyer Zamri memaklumkan kepada saya, kejadian berlaku begitu pantas dan ada penghuni dalam rumah.

Bagi BN ia bukan zalim, proses biasa pembangunan!


Tak silap penduduk telah mengambil peguam umno untuk bertindak? 








SUMBER

Panda pun dapat rumah RM25 juta. Ini wajah penduduk Kg Chubadak Tambahan, Sentul. Akibat rumah dihuni lebih separuh abad diroboh DBKL-PTGWPKL siang tadi, mereka berbuka puasa di bangsal. 

Malam ini tidur berbumbungkan langit. Ini wajah rakyat marhaen dikerjakan semahunya kerajaan Umno-BN. Zalim. Kerajaan BN zalim!




LAGI KISAH SEDIH PENDUDUK......

SUMBER

"Oh itu nama cucu saya" Itu jawab Wahida Salleh,73, dalam senyum pahit bila ditanya tentang nama 'Arif' terpampang pada pintu rumahnya.

Sempat saya solat Marghrib berjemaah di surau kampung itu. Terserlah sugul di wajah masing-masing. Seorang pakcik mendekati saya sambil berkata, "hari ini mereka (Datuk Bandar & Pengarah PTG) tunjuk kuasa. Kuasa Allah mereka lupa."

Kembali ke tapak dua rumah dirobohkan, pemiliknya masing-masing - Hj Halim Hamid, 76 (berkain pelekat) & jiran senasibnya Hj Hamid Saad, 61 (berkopiah) sedang membelek laporan polis dibuat tentang tindakan DBKL & PTG meroboh tanpa notis.

Mereka sekarang bermalam di tapak rumah masing-masing. Unit rumah PPR di Taman Muda tidak punya elektrik dan air.
Bayangkan sanggup kerajaan zalim buat pada mereka yang semuanya MELAYU ISLAM ketika kurang sebulan Ramadan tiba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...