23 Jun 2012

LIVE: PIDATO MERDEKA RAKYAT DARI BKT.GANTANG , PERAK

MERDEKA RAKYATTV


Live stream by Ustream



PENANGTV RAKAMAN CERMAH MAT SABU PADA 22/6/2012 DI PERLIS



Free live streaming by Ustream

UMNO-BN U-TURN LAGI! Pembentangan Manifesto Di Media Elektronik diganti Siar Rakaman

Siar Rakaman Manifesto Mahfuz Dakwa Aziz Diperguna Umno-BN


SHAH ALAM 23 JUN : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof didakwa dipergunakan Umno-BN selepas menyedari melakukan kesilapan membuat tawaran kepada semua parti politik membentangkan manifesto di media elektronik kawalan mereka dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Dakwaan itu dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan dibuat Abdul Aziz bahawa hanya siaran rakaman dibenarkan bagi tujuan itu terhadap semua parti politik dan bukannya secara langsung.

Laporan media menyiarkan kenyataan Abdul Aziz yang menyatakan ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

“Siapa dia (Abdul Aziz) untuk buat kenyataan seperti ini,” katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.


Mahfuz berkata, Abdul Aziz dengan peranannya sebagai Pengerusi SPR perlu bersikap berkecuali dalam perkara ini.

“Maka dengan ini alasan diberikan hanya siaran rakaman dibenarkan bagi mengelakkan pelbagai perkara tidak diingini timbul dan menuduh parti pembangkang sering memanipulasi sesuatu isu. Namun sebenarnya Umno-BN yang sering mengambil kesempatan dengan memanipulasi sesuatu perkara itu demi kepentingan mereka,” katanya.

Syarat dikenakan itu juga jelasnya bertujuan supaya parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (Pakatan) menolak tawaran dikemukakan itu bagi memberikan perspektif negatif terhadap gabungan itu di mata rakyat.

“Pemimpin Umno-BN menyedari mereka akan mendapat kesan yang negatif berikutan penyiaran itu maka syarat begini dikenakan supaya parti pembangkang menolaknya,” ujarnya.

Pada 7 Jun lalu, Rais berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM selepas kertas kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.

Akses media yang bebas dan adil antara 22 saranan dibuat Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April lalu.


Rais Yatim Sudah Kembali Ke Pangkal Jalan?

Posted at 6/07/2012



KUALA LUMPUR - Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.
"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.

"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.

Katanya apa yang boleh dilunaskan setakat ini ialah peluang itu diberi kepada setiap parti politik untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto mereka dalam waktu yang dihadkan dalam saluran di RTM.

Rais berkata dalam memberi kebenaran, pelbagai perkara harus diteliti iaitu, sama ada RTM perlu mengikut selera parti politik atau amalan di negara-negara Komanwel dan negara maju yang lain yang mana mereka juga ada menetapkan syarat-syarat dalaman tertentu yang perlu dipatuhi.

"Misalnya di England, BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti politik semasa pilihan raya dengan beberapa syarat dalaman yang mereka olah, begitu juga di Singapura dan Thailand, malah yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang itu dengan syarat-syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.

"Tentu sekali dengan keputusan ini pelbagai soal dan juga pandangan akan diberi namun kerajaan akan menerimanya secara terbuka tetapi ia mesti terasas kepada perkara yang tersusun dan tertakluk dari segi konsep penyiaran untuk negara," katanya.

Rais bagaimanapun menegaskan sebagai media kerajaan, RTM harus tetap memberi keutamaan kepada penyiaran berita-berita berkaitan kerajaan dan kepentingan rakyat.

"Sebagai media kerajaan, kita harus mementingkan hak kerajaan dan oleh kerana RTM adalah badan penyiar kerajaan, maka siaran-siaran dan berita-berita kerajaan perlu mendapat keutamaan," katanya.
~bernama

PANAS! SETIAUSAHA PRO RAKYAT (NGO) DIPECAT KERANA SOKONG FAEKAH!!!




Lelaki sokong Faekah dipecat NGO sendiri

Aktivis yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah kehangatan isu penolakan terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor Faekah Husin, secara kebetulan dipecat daripada NGO yang dianggotainya sehari kemudiannya.

Mohd Naquib Carmeil memberitahu, beliau diminta meletak jawatan atau akan dipecat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat), NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat.

"Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai Setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini.

"Pemecatan dibuat Presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan.


Menurutnya, perkara itu dimaklumkan padanya oleh presiden Pro-Rakyat Khairul Anuar Othman.




Malaysiakini bagaimanapun difahamkan, gesaan supaya Naquib meletak jawatan tiada kena mengena dengan sidang medianya bersama dua lagi peminpin NGO itu bagi menyatakan sokongan kepada Faekah.

Pro-Rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik tanah air apabila menganjurkan himpunan pra-BERSIH pada 21 April lalu di Stadium Shah Alam
.

Ia didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekitar Disember tahun lepas dengan objektif untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Komen: 24jam ada U-Turn dan 48 jam dah ada kena cantas....ha..ha...

AZMIN ALI PUN BUAT ' U TURN ' INGAT AMNO-APCO JE...KAKI U TURN ?




Selepas strategi silap Team Timbalan Presiden untuk menjatuhkan Setiausaha Politik MB Selangor kerana terdedahnya kerja serangan mereka dimulakan dengan menggunakan web@blog keadilankini.com dan Tawanmalaysia.com. Mereka ingatkan Bloger PR macam pencacai Amno yang tidak berani mengkritik pemimpin. Ini Amaran kita , kami tahu A sampai Z kelibat mereka kalau mereka main kotor kita akan londehkan team mereka ini.....


Azmin: 'Saya sokong Khalid'



Azmin melepaskan kenderaan ketika melancarkan Sismep 3.0 dan Pengagihan Bahan Kempen PRU13 di Pusat Dagangan Kelantan, semalam.

KOTA BHARU - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti mana dibangkitkan sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Khalid yang dilihat menunjukkan prestasi baik.

“Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat.

Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

“Saya juga tidak tahu wujudnya Kelab Azmin Ali.

Yang saya tahu ada parti PKR sahaja. Di sini yang saya tahu, saya akan terus menjalankan kerja-kerja saya,” katanya kepada media selepas melancarkan Sismep 3.0 dan Pengagihan Bahan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), di Pusat Dagangan Kelantan, semalam.

Azmin menyifatkan isu itu sengaja dimainkan Umno dan menganggap parti tersebut terdesak kerana cuba melagakannya dengan Abdul Khalid menerusi akhbar sejak empat tahun lalu.

“Umno cuba dan mereka gagal sehingga kini dan saya ucapkan good luck kepada mereka (Umno). Saya akan terus menumpukan usaha saya bersama Tan Sri Abdul Khalid bagi memantapkan jentera parti dan juga kerajaan menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan Rafizi meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Azmin berkata, ia adalah perkara biasa.

Azmin berkata, isu itu tidak perlu dimanipulasikan kerana Rafizi berbuat demikian untuk memberi fokus kepada perjuangan parti menjelang PRU13.

“Beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar menjelang pilihan raya akan datang kerana PKR dan Pakatan Rakyat (PR) membawa satu pendekatan baru iaitu kita nak bawa culture of hope, kita nak bawa harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Rafizi tidak perlu dibebankan dengan kerja di peringkat negeri kerana peranan Rafizi yang penting adalah melonjakkan sokongan rakyat terhadap PKR pada PRU13.

“Beliau bertanggungjawab untuk menyediakan manifesto, risalah, jadi kita merasakan beliau tidak harus dibebankan dengan tanggungjawab di peringkat negeri,” katanya.

Azmin menyifatkan Rafizi sebagai ikon kepada anak muda kerana mempunyai potensi untuk memimpin parti dan kerajaan akan datang serta menjadi aset kepada PKR.

“Beliau menjadi aset kepada kita dan kita tidak mahu korbankan potensi beliau dengan melibatkannya kepada perkara yang tidak diperlukan sekarang,” katanya. sinar harian

ROPA NYE...RAFIZI KENA GODAM DARI DALAM ???



Koalisi dan Kolusi (2) -Oleh: MSK

Koalisi

Dalam setiap pertemuan atau perbincangan tentang bagaimana nak menang pilihanraya, aku selalu tekankan tentang penggunaan internet. Tapi setiap kali itulah aku mendapat tentangan dari “bakal-bakal calon” yang memandang remeh tentang internet.

Aku masih lagi mendengar alasan-alasan lapuk. “Orang kampung mana baca internet!”. “Berapa ramai yang baca internet?”.

Dan bila sekumpulan blogger-blogger dan Facebooker Perak menubuhkan Mediaperak, perkara yang sama juga kami dengar. Ada yang senyum sinis terhadap kemampuan Mediaperak, malah ada yang tanya..”Apa yang Mediaperak boleh buat?”.Sejujurnya, masih ramai ahli politik dalam Pakatan Rakyat Perak yang tak nampak kemampuan internet. Depa masih lagi percaya bahawa hanya suratkhabar atau media cetak saja yang paling berkesan masa ini.

Hanya Pas saja yang cuba menguasai media internet manakala PKR dan DAP buat tak tau. Lihat saja laman web PKR dan DAP.

Aku nak bagi beberapa contoh melalui posting ini dan aku harap, kepada bakal-bakal calon yang nak bertanding nanti supaya mengambil serius. Kalau tak mau nak dengar atau baca pun takpa…tapi jangan bila dah kalah baru nak tulis dalam laporan post-mortem.

Satu contoh yang paling “merbahaya” boleh dilihat di sebelah kiri laman ini. Ada satu poll tentang siapakah yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan menang di Perak.

Ini satu poll yang gila yang sengaja dibuat oleh member-member dalam Mediaperak. Tetapi hasil setakat ini juga memberikan satu keputusan yang ‘gila’.

Nasib baik Nizar masih lagi diatas dengan jumlah sokongan yang tinggi. Tapi bila Matsamankati dianggap lebih layak dari Mat Nur Manuty..itu sudah gila.

Tapi inilah realiti yang perlu dihadapi oleh semua bakal calon. Jangan ingat bila ada jawatan dalam parti, dah gerenti orang sokong. Orang-orang diluarparti masih ramai yang belum membuat keputusan dan kepala depa pun masih ramai yang tak kita ketahui.

Jangan cakap pasai kebenaran. Kebenaran hanyalah persepsi. Orang yang dapat membentuk persepsi, itulah kebenaran yang akan diterima.

Kalau nak dibandingkan diantara Matsamankati dengan Mat Nur Manuty, Manuty jauh lebih layak. Dia Pengerusi PKR Negeri, Ketua Penerangan PKR. Matsamankati bertanding pun tidak..macam mana nak jadi Menteri Besar?

Macam mana benda ini boleh berlaku?

Ok…aku ambik contoh mediaperak. Anggap lah sapa-sapa yang nak bertanding itu sebagai mediaperak.com.

Bila seseorang itu menawarkan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya, ianya sama juga macam mediaperak yang masuk kedalam kancah internet. Dalam pilihanraya, perkara pertama yang dihadapi oleh bakal calon ialah persaingan sesama mereka yang berminat nak jadi calon. Mediaperak juga macam tu.. bila masuk kekancah internet, ia juga ada persaingan dengan situs-situs lain yang sudah lama established.

Mediaperak aku anggap masih belum berjaya lagi sebab baru dua bulan dilancarkan. Tapi apa yang berlaku dalam masa dua bulan ini, banyak yang boleh dipelajari oleh ahli-ahli politik dalam Pakatan Rakyat. Aku bagi kuliah percuma kepada sapa-sapa yang nak baca dan menjadikan mediaperak sebagai contoh. Dan aku buat perbandingan dengan apa yang berlaku kepada Rafizi Ramli.

Mediaperak adalah satu koalisi blogger-blogger Perak. Kalau buat sorang-sorang, tak mungkin dapat meningkat dengan cepat. Tak perlu peruntukan dari sapa-sapa. Kutip sepuluh ringgit sorang dah boleh buat website. Tak ada upah..semuanya dibuat secara ikhlas.

Sama juga macam Rafizi Ramli. Dia naik semasa pemilihan Ketua AMK. Dia menjadi popular sebab ada koalisi. Kalau sorang-sorang, dah tentu macam Hasmi Hashim. Susah nak naik. Cikgu Bard pun akhirnya tumbang sebab tak ada team. Dan yang naik ialah Shamsul Iskandar sebab dia ada team yang lebih kuat.

Dalam masa sepuluh hari dari tarikh dilancarkan pada 6 April, Mediaperak sudah menduduki tangga ke 31 dalam carta blog Cenangau Daunkari edisi 16 April.



Sebulan selepas itu, Mediaperak sudah mampu melonjak ketangga 14 pada 16 Mei.


Tapi biasa la..dalam mana-mana persaingan, tentu ada yang sakit hati. Pada 21 mei, Mediaperak tumbang. Tak dapat dipastikan sama ada kena hack atau overloading. Lebih seminggu Mediaperak tak dapat beroperasi sebab nak cari duit untuk membayar kos dedicated server.

Sekarang dah OK dan Mediaperak akan terus naik. Tapi dalam masa itu, masih ada lagi ancaman yang tak berhenti-henti. Setiap hari ada saja percubaan untuk menggodam Mediaperak.

Rafizi pun macam tu.Walaupun dia tak dapat apa-apa jawatan dalam Pemilihan PKR, tapi dia di upgrade menjadi Pengarah Strategi PKR. Jauh lebih tinggi dari Ketua AMK. Malah dia lebih popular dari Timbalan Presiden. Dalam masa itu, ancaman terhadap Rafizi terus datang. Bukan saja dari musuh, tapi termasuk dari kawan-kawan sendiri.



Mediaperak kena godam, Rafizi pun kena godam. Tapi inilah ujian yang perlu dihadapi oleh sapa-sapa yang nak jadi calon. Mediaperak bangkit semula, dan aku nak tengok Rafizi juga bangkit semula lepas ni.

Pengajaran setakat ini…sapa-sapa nak jadi calon, kena berani menentang ancaman sama ada dari luar atau dari dalam. Kalau masih nak menyorok dibelakang Anwar…dan kemudian mengharapkan wahyu dari Anwar untuk jadi calon..tak payah la.

Rafizi jadi popular sebab dia mendapat sokongan Anwar. Tapi takkan la Ketua Cabang pun nak bergayut kat Anwar? Macam mana pulak dengan bakal-bakal calon yang tak ada jawatan hebat dalam parti… nak bergayut kat Anwar jugak ka?

Perkara pertama nak menang pilihanraya perlu ada koalisi, pakatan atau kesepakatan. Orang Pas jangan ingat boleh menang tanpa PKR dan DAP. Orang PKR jangan ingat boleh menang tanpa PAS dan DAP. DAP juga jangan ingat boleh menang sorang-sorang.


Senarai calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti masih belum selesai. Macam mana kalau calon-calon itu hanya disahkan diminit terakhir sebelum hari pencalonan? Hangpa nak buat apa?

Katakanlah…seminggu sebelum sebelum hari pencalonan, Ngeh Koo Ham membuat pengumuman..”Dengan ini disahkan bahawa Matsamanati telah dipilih untuk menjadi calon DAP untuk bertanding di Ipoh Barat.” ha.ha.ha.

Wei..ini serius!! Aku mana pernah turun kat Ipoh Barat. Pulak tu berkemungkinan akan berdepan dengan Fauzi Muda. Dan aku cuma ada masa hanya beberapa hari untuk berkempen!

Ipoh Barat mempunyai pengundi seramai lebih 72,000 orang. Kalau 80% yang keluar mengundi, aku perlukan 30,000 undi untuk menang. Siapa 30,000 yang perlu aku cari? Macam mana aku nak cari? Dimana mereka?

Untuk mendapat keyakinan 30,000 pengundi…jumlah yang mengenali aku mesti lebih dari itu. Maknanya, aku perlu dikenali oleh lebih dari 40,000 pengundi. Nak buat macam mana?

Kalau ikut Fuziah Saleh, dia cadangkan beberapa modul macam World Cafe, Speed Dating dan macam-macam lagi.

Aku nak cadangkan satu modul untuk bakal-bakal calon yang dikenali sebagai…Kolusi.

22 Jun 2012

ISA SAMAD TERPELANTING NAJIB TAMBAH PENING!!!

KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK


SHAH ALAM 22 JUN :Keputusan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya adalah keputusan yang baik demi masa hadapan Felda.

“Ia satu keputusan yang menggembirakan dan kita berkeyakinan dengan perkembangan mutakhir ini yang tidak memihak kepada mereka yang hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings(FGVH), saya cukup optimis walaupun 28 Jun ini akan dimuktamadkan untuk penyenaraian FGVH ia akan menemui kegagalan,” kata Mazlan Aliman.

Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata Isa Samad tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan kakitangan tetap Felda
.

Beliau berkata, adalah wajar KPF ini diuruskan oleh kalangan professional yang berkelayakan dan bukan daripada orang-orang politik yang mempunyai agenda sendiri.

“Bila ada campurtangan politik berlaku ia akan menyebabkan proses transformasi dasar-dasar KPF yang digariskan oleh Lembaga Pengarah sedia ada akan terencat yang akan menyebabkan nanti dasar-dasar ini nanti tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Jelas Mazlan, peningkatan dividen kepada 18 peratus pada tahun ini yang diberikan kepada pemegang-pemegang saham adalah kejayaan yang perlu dikekalkan tanpa campurtangan orang-orang politik yang dibimbangi boleh menjejaskan pencapaian cemerlang KPF kini.

“Dengan kepimpinan KPF sedia ada, saya percaya mereka mampu melonjakkan prestasi KPF sebagai peneraju koperasi terbaik di Malaysia,” ujarnya.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF.

“Sebab sekarang ini Isa Samad tidak boleh menguasai KPF adalah kerana beliau dan Lembaga Pengarah KPF sedia ada tidak senada dan sehaluan.

“Kalau Isa Samad dinobatkan sebagai pengerusi KPF, ia akan membawa KPF kepada penyenaraian,kerana itu adalah perancangan beliau,” ujar Mazlan.

Sebelum ini, keahlian Isa dibekukan sementara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Pembekuan keahlian Isa sekaligus menghalang beliau daripada dicalonkan sebagai Anggota Lembaga KPF.

Sekiranya berjaya menganggotai Lembaga KPF, Isa dijangka akan menjadi pengerusi KPF baru menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Global Felda Ventures Holdings (FGVH) dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

RAFIZI SAYA BUKAN " SUPERMAN" TAPI MENGAPA Keadilankini.com MENGAMBIL KESEMPATAN?

Rupa-Rupanya Sebab Ini Rafizi Ramli Letak Jawatan
6/22/2012


Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman." Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.

Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.

"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.

Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.


"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.

Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. ~sinarharian


Siapa dibelakang Keadilankini.com yang mengambil kesempatan dari berita perletakan jawatan Rafizi semalam. Keadilankini.com bukan blog pencacai AMNO-APCO tapi dari Orang besar PKR yang mempunyai kepentingan peribadi.

"Keadilankini difahamkan perletakan jawatan Rafizi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik negeri Selangor yang membabitkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang sebelum ini bertindak memperlekehkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali."



BERITA PENUH DARI Keadilankini.com

Krisis politik Selangor: Rafizi lepas jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri

KeadilanKini.Com, 21 June 2012

SHAH ALAM, 21 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Menerusi satu kenyataan di laman Twitter milik beliau petang tadi, Rafizi menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah satu proses biasa dan beliau memerlukan sedikit rehat lantaran bebanan tugas dalam parti dan juga dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain (sila) rujuk kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," tulis Rafizi di laman Twitter miliknya.

Keadilankini difahamkan perletakan jawatan Rafizi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik negeri Selangor yang membabitkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang sebelum ini bertindak memperlekehkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor pada tahun 2010, Faekah dilihat sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri sehingga mengundang kemarahan ramai. Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat KEADILAN bimbang ianya boleh menjejaskan peluang parti itu dalam
pilihanraya umum akan datang.

Syarikat kroni bakal cetus krisis kewangan negara? Hutang Korprat Syed Mohktar berjumlah RM34.3 Bilion.



Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?

Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.

Apa pula ‘helah’ kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai “memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?”

Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada

‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.

“Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?

“Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad,” soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.

Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.

“Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi,” ujarnya.

Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus

Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.

Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.

“Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda,” tambah beliau.

Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.

“Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.

“Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation,” katanya

Persoalan yang terjawab

Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.

Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.

Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.

“Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..

“Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.

“Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya.

Mengkhianati wang pembayar cukai

Isu melibatkan ‘subsidi’ sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.

Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.

Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.

Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara

Oleh Hafiz Zainuddin

GEMPAR : BANGUNAN KERAJAAN RUNTUH LAGI DI TERENGGANU!!!


Runtuh lagi: Astaka dalam pembinaan pula

BESUT- PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.

Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan.

“Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.

“Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.


Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut.

Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.

Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

-HD

Rafizi letak jawatan kerana kontrak beliau telah habis?

Perletakan Jawatan Rifizi Ramli
Media PB Akan Raya Besar Esok




Untuk esok para pengarang media PB tidak perlu berpenat lelah untuk mencari berita atau isu untuk dijadi lead muka depan dan sekaligus menyerang dan melanyak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat; Pas dan DAP. Berita perletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim sudah cukup lumayan buat mereka menggemparkan khayalak pembaca. Berita tentang Rafizi itu seperti memberi rezeki pagi kepada media PB.

Sudah pasti semua media PB yang senantiasa lapar dan mencari-cari berita sensasi tanpa menghitung halal dan haram untuk melenguh dan melumpuhkan minda PKR dan Pakatan Rakyat akan meletakkan berita perletakan jawatan Rafizi itu sebagai berita utama. Walaupun hakikatnya berita itu perkara kecil dan biasa saja, tetapi sudah pasti media PB akan memperbesar-besarkannya. Tengoklah besok...kalau tidak percaya.

Tindakan Rafizi mengejutkan!

Berita itu akan dikosmetikkan sebaik mungkin dari berbagai sudut dan sisi. Janji ianya boleh memberi kesan, menyerabut dan menyebabkan orang PKR tidak senang duduk dan menjadi keliru dan kelu.

Dalam keadaan prestasi (graf peribadi) dan politik Rafizi berada di atas selepas 'menang' dalam debat dengan ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khariy Jamaluddin baru-abru ini berita itu mengejutkan. Sudah tentu ada yang menganggaru-garu kepala sambil mencari jawaban ke atas apa yang berlaku itu. Tentu ada yang bertanya sendiri balak dan bahana apa pula yang akan menimpa PKR kali ini.

Apapun alasan dan tujuan Rafizi berbuat demikian di twitternya ia tetap akan diulas dan dianalisa ke arah negatif yang tentunya menatijahkan jawaban tidak baik. Orang sudah tidak akan melihat kepada keghaliban masalah perletakan jawatan itu, tetapi apakah motif dan maksud di sebaliknya. Ia akan diesploitasikan semahu-mahunya.

Di sini pengulas-pengulas yang makan nasi sambil bertinggung di dalam Umno akan membuat seribu cerita perletakan Razifi itu kononnya ada retak yang menunggu belah dalam PKR. Apa lagi jawatan Rafizi itu ada kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim (kerana mereka satu pejabat), akan dinukilkan Pengarah Strategik PKR itu bermasalah dengan Penasihat Umumnya yang juga bosnya. Tidak mustahil juga kalau selepas ini ada para bloger hantu jerongkong dan hantu raya akan membuat isu Anwar ada bermain liwat dengan Rafizi?

Tidak timbul langsung nanti perletakan jawatan seperti mana dikatakan dan dijelaskan Rafizi yang beliau hendak berihat kerana memegang dua tugas dan kerehatan perlu kerana beliau akan beribadat di dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya alasan paling tepat dan tanggung dan tidak boleh dipertikaikan ialah perletakan jawatan itu kerana kontreknya dua tahun tamat. Sebelum menerima jawatan itu Rafizi dikatakan sudah berjanji dia akan berkhdimat dua tahun sahaja? Kalau orang mendengar janji ini tindakan dibuat Rafizi itu tidak berbangkit lagi kerana itu adalah janji.

Cuma apa yang menjadi masalah sikit kenapa Rafizi menggunakan istilah meletakkan jawatan dan bukannya tidak mahu menyambung kontrek. Konatasi yang digunakan itu menyebabkan orang jadi tertanya-tanya dan memberi impak negatif. Ini ditambah lagi dengan sunggutannya apa-apa mengenai hal beliau itu hendaklah ditanyakan kerajaan Selangor dan Anwar.

Saya sendiri tidak fikir orang sebijak Rafizi sengaja berbuat demikian tanpa ada motif tersirat? Inilah yang akan menjadi masalah dan akan dipertikaikan seterusnya akan dianalisa-kucarkan oleh umum. Kita tahu dia diminta berhenti dari Petronas yang menerima bayaran gaji RM40,000 sebulan untuk berkhidmat dengan kerajaan Selangor dan juga parti. Khabarnya kerajaan Selangor membayar Rafizi kurang dari separuh gaji dia perolehi dari Petronas.

Jadi apakah perletakan jawatan itu ada masalah dengan gaji dan bayaran? Kalau itulah maka ia menyedihkan kenapa harus sampai terjadi begitu. Jika itulah sebabnya di sinilah kelemahan kerajaan Selangor khasnya Abdul Khalid Ibrahim selaku MB, tidak tahu menjaga Rafizi dan tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat seseorang untuk membantu Selangor dan parti. Begitukah?

Mungkin semua pihak tidak akan berkata begitu. Rafizi tetap akan mempertahankan tindakan itu kerana dia letih dan ingin beribadat. Begitu juga dengan Khalid, beliau akan tetap mengatakan dia menyedari semuanya dan tindakan Rafizi itu tidak boleh dipersalahkan kepadanya. Namun di sini bagi saya hakikat atas tindakan Rafizi itu ialah kerana kurang keperihatinan dan penilaian kepada pengorbanan yang dibuat seseorang. Jika Rafizi dirawat diberi semangat dan dipedulikan tidak mungkin dia menjadi ringan tangan untuk meluahkan perasaan di twitter yang dibaca umum. Kalau pun dia ingin berhenti kerana keletihan dan ingin beribadat dia akan menyampaikan hasrat itu kepada Anwar dan Khalid secara tertib dan bisu.

Bagi Rafizi pula adalah wajar kalau beliau merasakan dirinya dinilai dan diberi imbuhan saksama. Tidak dapat siapa nafikan yang Rafizi telah berkorban dan menjadi soerang pekerja parti yang ulet dan gigih. Memberi penuh komitemen dan menumpahkan idea-idea baru bagi memperlihatkan PKR progresif. Dia juga telah menghidupkan isu-isu rakyat yang membantu PKR.

Siapa boleh menafikan isu seperti PTPTN, isu NFC sehingga menumbuskan Sharizat Abdul Jalil serta lain-lain isu ekonomi, semyanya digerak dan dijuarai oleh Rafizi. Kesediaannya untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin meletakkan PKR sebagai sebuah parti yang profesional dan berdepan dengan rakyat berbekalkan hujah dan fakta. Saya melihat peranan dan kerjanya untuk PKR besar sekali dan berkesan.

Selain Saifuddin Nasution dan Mohamed Azmin Ali, saya tengok Rafizilah yang memain peranan utama dalam PKR ke bekalangan ini sehingga saya merasakan dia wajar kalau menjadi ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk masa depan.

Mungkin juga kerana merasa dia sudah banyak berjaya, kuat bekerja dan banyak berkorban, maka dia meminta pengorbanan itu dinilai. Meminta keringatnya yang gugur ke bumi PKR di hitung. Sekali lagi kepada saya... imbuhan yang seharusnya beliau terima mestilah lebih daripada apa yang diperolehi sekarang. Dalam hal-hal upah dan gaji ini sepatutnya orang di atas jangan sampai orang dibawah lempar tempurung bulu baru hendak difikrikan.

Orang boleh mengatakan kalau itu yang diminta Rafizzi ia tidak sesuatu yang baik. Rafizi harus berkorban lebih dari itu unutuk sebuah perjuangan. Tetapi jangan lupa sebagai anak muda yang pernah mendapat puluhan ribu ringgit sebulan di mana wang itu digunakan untuk membantu keluarganya, tiba-tiba pendapatan itu hilang ia boleh menyebabkan beliau akan membuat pemikiran menoleh ke belakang balik. Ingat Rafizi masih muda dan dia bukan seorang pejuangan bangsa dan negara di tahun 60-an, dan jauh sekali untuk melihat dia akan menjadi sang setia seperti Tuah.

Justeru hasrat untuk beliau meletak jawatan itu hendaklah didengar dan sambil itu dipenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat olehnya secara didalam hati. Khalid Ibrahim khasnya perlu tahu membaca kilau dalam kilat dan mengenal pasti apakah hujung dan mulanya menyebabkan Rafizi kini baru terfikir dia keletihan dan ingin beribadat?

Saya jamin kalau pengorbanan dan keringatnya dibayar setimpal Rafizi tidak akan menguar-uarkan hasratnya itu dalam twitter yang boleh dibaca bukan saja oleh Khalid Ibrahim tetapi Najiub Razak dan Udin anak Yassin juga. Saya juga percaya kepenatan yang disebut itu akan terubat kalau beliau diberi wang cukup untuk membeli supliment kesihatan. Mungkin pandangan saya ini tidak disetujui Rafizi tetapi itulah yang dunia boleh ulasa mengenai apa yang dilakukan kini.

Apa pun masih diharapkan Rafizi akan membetulkan semula ayat-ayat dalam twitter itu dan lebih penting meralatkan hasratnya untuk melepaskan jawatan. Beliau diharap boleh bersabar dan tenang. Dalam saat PKR dan Pakatan Rakyat berada dalam situasi baik dan rakyat bersemngat untuk memberi sokongan jangan ada rajuk-rajuk atau pun rasa penat dan lelah seperti itu. Ibarat kata, perahu sudah hendak menghampiri pulau harapan tetapi kita pula tiba-tiba menjadi letih dan penat. Jangan -oleh MSO


LIHAT BERITA UTUSAN MERAPU


Penyokong Azmin lepaskan 'peluru' ke kem Abdul Khalid?





KUALA LUMPUR - Ketika banyak pihak terarah kepada peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pihak yang bertelagah dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mula melepaskan 'peluru' sulit terhadap orang kepercayaannya, Faekah Husin.

Ia memaksa Abdul Khalid berdepan serangan dua serangkai yang didakwa dilakukan oleh penyokong Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

Ini memandangkan Rafizi sebaik sahaja melepaskan jawatan tersebut bertindak 'memanaskannya' di Twitter dan pada masa sama, 'peluru' sulit mula disasarkan kepada Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar.

Sebuah blog, sel13.com mendakwa, Faekah yang selama ini dilihat sentiasa membayangi Abdul Khalid didakwa terlibat menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi sebuah syarikat milik kerajaan negeri memberi peluang peniagaan kepada sebuah firma guaman yang dikatakan ada hubungan keluarga dengannya
.

-Utusan

Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?

Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri, kata wakil PKR Selangor.

NGO tampil sokong Faekah Husin jadi tanda tanya




Di tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin, tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor.

Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.

"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.

"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.

Motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui. Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'. Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.



Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.

Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.

BERITA SEMALAM 20/6/2012

Gerakan pecat Faekah: Azmin nafi terlibat

Orang nombor dua PKR itu tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa mempunyai kaitan dalam gerakan untuk menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, hari ini tampil menafikan pembabitannya.

Azmin sebaliknya berkata tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut, malah tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti untuk menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.

“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Anwar arah gerakan dihentikan

Satu gerakan atau kempen melalui laman sosial Twitter dengan hashtag menggunakan #kamisayangPKR #Pecat Faekah dilihat memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Faekah untuk berundur diri dari posisinya.

Abdul Khalid dalam pada itu terus mempertahankan Faekah dan menganggap tindakan sedemikian tidak penting dan mahu menumpukan usaha lain untuk membangunkan negeri.
Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dalam satu kenyataan semalam menyatakan kesediaan untuk mengatur pertemuan dengan pemimpin terlibat untuk mengenalpasti masalah yang timbul.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat biro politik awal bulan ini.
Menurut sumber itu juga, Anwar mengarahkan agar sebarang gerakan atau kempen ke atas Faekah mahupun ke atas ahli parti dihentikan segera.



SENDIWARA WEB KeadilanKini.com yang memulakan tekanan Terhadap Pejabat MB Selangor?


Krisis politik Selangor: Rafizi lepas jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri

KeadilanKini.Com,
21 June 2012

SHAH ALAM, 21 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Menerusi satu kenyataan di laman Twitter milik beliau petang tadi, Rafizi menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah satu proses biasa dan beliau memerlukan sedikit rehat lantaran bebanan tugas dalam parti dan juga dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain (sila) rujuk kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," tulis Rafizi di laman Twitter miliknya.

Keadilankini difahamkan perletakan jawatan Rafizi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik negeri Selangor yang membabitkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang sebelum ini bertindak memperlekehkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor pada tahun 2010, Faekah dilihat sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri sehingga mengundang kemarahan ramai. Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat KEADILAN bimbang ianya boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.




SERANGAN TERBUKA BERMULA DARI BLOG TAWANMALYASIA.COM


Amaran dari Team Timbalan Presiden:

MASA BINCANG DAH TAMAT : SELURUH JENTERA KEADILAN SELANGOR BERSIAP SEDIA ARAHAN PIMPINAN TERTINGGI MPN KEADILAN SELANGOR.

SEMUA JENTERA SUDAH BERSIAP SEDIA.HANYA MENUNGGU ARAHAN DARI PIMPINAN TERTINGGI KEADILAN SELANGOR.



SUDAH BANYAK KESIALAN YANG DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN SIHIR SEGALA KEPUTUSAN PARTI DIANJINGKAN

OLEH PEREMPUAN SIHIR KAMI MENUNGGU ARAHAN.

Sumber - JomTawanMalaysia.com




Isu Azmin: Zuraida Minta Faekah "diam" dan fokus

SUMBER : Keadilankini.com,-18 June 2012



SHAH ALAM: Krisis membabitkan pejabat Menteri Besar Selangor dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak dengan Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ”celupar” dan tidak megenang jasa parti.

Zuraida Kamaruddin berkata Faekah Husin tidak harus memperlekehkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan sebaliknya patut memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

"Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.“(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti," kata beliau kepada Antarapos.com.

"Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai setiausaha politik," tegas Zuraida.Faekah kelmarin mempersoalkan kewibawaan Azmin menjadi Pengarah Pilihan Raya PKR dan berkata beliau perlu membuktikan keupayaannya mengisi jawatan penting itu.

Faekah juga menegaskan penyokong-penyokong Azmin yang mengkritik beliau sebenarnya mensasarkan bosnya, Khalid dan beliau hanya pelaksana keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu.Faekah berkata demikian setelah sebuah akaun twitter muncul di bawah nama “kamisayangPKR” yang berkempen mendesak supaya beliau dipecat daripada jawatannya itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata Faekah tidak perlu mempersoalkan kerja-kerja Azmin di dalam parti."Kenapa pula beliau (Faekah) mengeluarkan kenyataan sebegitu, sepatutnya rakyat yang menentukan kelayakan (Azmin), bukan dia yang menentukan," kata beliau.

“Yang saya tahu, Azmin Ali orang yang selayaknya yang diberi tanggungjawab oleh PKR. Sebagai Pengarah (Pilihan Raya), dengan kekuatan dan pengalaman bekerja dengan bekas Timbalan Perdana Menteri dulu … beliau (Azmin) mampu sangat untuk memastikan PKR dapat meraih kejayaan pada PRU13," tambah Abdullah.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Khalid, hasil sokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2010, Faekah dituduh sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada PRU 13.

Antarapos difahamkan tindakan pimpinan PKR untuk “menasihati” Khalid supaya mengekang tindakan “keterlaluan” Faekah daripada campurtangan urusan parti tidak berjaya. Sebaliknya Khalid melantik Setiausaha Politiknya itu, bersama Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku.

Tidak ada ahli Exco yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa “luar biasa’ yang diberi oleh Khalid kepada dua pegawainya itu.
Khalid tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PKR setelah Azmin menggantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor dua tahun lalu.

Hubungan di antara mereka menjadi lebih keruh sejak itu dan pengaruh Faekah ke atas Khalid hanya memburukkan krisis dalaman PKR.


Komen : Gua rasa heran macamana ada Team Timbalan Presiden, maknanya dalam PKR ada berapa TEAM? Hangpa jangan nak buat leceh jangan dok main KRONI-KRONI....Hangpa tak suka walaupun belum tentu salah hangpa cantas....Jangan dok bawak budaya AMNO-APCO....panas isu pemilihan 2010 tak habis lagi hangpa dah buat hal....

Kepada YB Zuraida..jagalah Wanita negeri & Cabang ada Ketua wanita disandang oleh BINI-BINI Ketua Cabang, juga ada pemangku ketua wanita cabang dipangku oleh lelaki...jangan jadi macam Najib sudahlah.....

Oleh : Warekganal

PENYENARAIAN FGVH: PELABUR UTAMA MUNGKIN TARIK DIRI

FGVH: Louis Dreyfus tak tarik diri, kata menteri



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan bahawa syarikat Louis Dreyfus commodities (LDC) menarik diri daripada memiliki sejumlah saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).

Bercakap dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian berkata perbincangan dan rundingan dengan syarikat tersebut masih lagi diteruskan.

"Perbincangan masih diteruskan dengan Louis Dreyfus. Tidak betul bahawa Loius Dreyfus menarik diri. Cuma nilainya mungkin kurang sedikit daripada 2.5 peratus," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat hari ini.

Nurul Izzah berkata syarikat itu menarik diri daripada memiliki 2.5 peratus pegangan dalam FGVH, antaranya disebabkan yuran tinggi.

Nurul Izzah berkata demikian dengan memetik laporan The Edge hari ini yang menyebut bahawa LDC tidak dapat melabur dalam FGVH di peringkat tawaran awal permulaan kerana masih tidak dapat mengesahkan kepentingannya, sebelum tempoh untuk tawaran institusi berakhir pada 13 Jun.

Ia rentetan kepada memorandum persefahaman antara LDC dan FGVH dalam bidang penapisan minyak dan logistik, dilaporkan ditandatangani pada 14 Mei lalu.

Ramai lagi pelabur lain

Ahmad Maslan seterusnya berkata permintaan untuk membeli terbitan sekuriti tersebut, dalam tawaran 1.92 bilion saham untuk institusi, kini meningkat 44 kali ganda.

"Jadi tidak ada masalah dalam hal itu. Ramai lagi pelabur lain (yang) bersedia.

"Walaupun begitu, perbincangan dengan LDC masih diteruskan. Tak jadi hal, wahai Lembah Pantai," katanya.



Ahmad turut ditanya mengenai kaedah yang akan diambil Felda dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya selepas penyenaraian tersebt.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) meminta Ahmad menjelaskan kaedah berkenaan, khususnya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam jawapannya, Ahmad berkata faedah dan kemudahan yang diterima oleh golongan berkenaan tidak akan disekat selepas penyenaraian FGVH.

"Ini kerana pembahagian tugas yang berbeza akan diteruskan. Segala yang dinikmati oleh warga Felda tidak akan dipotang atau dikurangkan seperti dividen EPF, bonus produktiviti, duit hari raya, khairat kematian, pinjaman pembesaran rumah tanpa riba, tabung kebajikan kepada semua generasi kedua ketiga, latihan kemahiran, dan pembangunan usahawan.

"Penyenaraian FGV juga turut dikongsi bersama dengan penduduk kampung tradisional yang tinggal dengan tanah rancangan Felda," katanya.

21 Jun 2012

LIVE 2 SIARAN : CERAMAH MERDEKA RAKYAT & PENGUNDI HANTU DI RUMAH ANDA

21hb Jun - Ceramah Umum - Awas ! Pengundi Hantu Di Rumah Anda
Masa Siaran: 9.30malam-12.00 malam
Lokasi: No 8, Taman Bentara 7/49, Jln Merbuk, Bt 9 Kebun Baru, Teluk Panglima Garang,Banting
Penceramah: YB Rani Osman, YB Yunus Hairi

CH01 - TVS




Pidato Perdana MERDEKA RAKYAT secara live dgn kualiti HD DARI SETIAWANGSA

CH02 -TVMR



Streaming live video by Ustream

Panas! Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR




SHAH ALAM 21 JUN : Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

“Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

“Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan,” beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamil dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.

“Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.

“Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.

“Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan,” tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

“Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.

“Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat,” jelas beliau.

Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

TERKINI!!! Mahkamah benar aktivis cabar penggantungan universiti




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim untuk mencabar keputusan universiti tersebut yang menggantung pengajiannya selama tiga semester.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor secara tertutup dalam kamar.

"Hakim membenarkan permohonan ini selepas mendapati ia tidak leceh (frivolous) dan ada merit," kata Fadiah sewaktu bercakap kepada pemberita di luar mahkamah.

Tambahnya lagi, tarikh untuk kes itu didengar akan dimaklumkan mahkamah kemudian.

Adam Adli (atas) yang terkenal kerana menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul

Razak di PWTC di ibu negara semasa demontrasi pelajar pada 17 Disember tahun lalu digantung pengajiannya bermula 8 Mac.

Jika keputusan penggantungannya kekal, siswa tersebut hanya akan dibenarkan menyambung semula pengajiannya sekitar September 2013.UPSI pada 9 Januari lalu memutuskan untuk menggantung pengajian Adam Adli atas tuduhan mencemarkan nama baik institusi tersebut.

Tarikh didengar belum ditentukan


Menurut Fadiah, permohonan itu dibuat atas alasan, antaranya hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan tindakan Adam Adli.Malah, katanya, Adam Adli juga dinafikan hak membela diri apabila tidak diberikan surat tunjuk sebab sebelum dipanggil menghadiri perbicaraan di hadapan jawatankuasa tatatertib UPSI.

"Hukuman yang dikenakan juga pada pandangan kami bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak seseorang untuk freedom of expression (kebebasan menyatakan pendapat)" katanya. Tambahnya lagi, tarikh untuk kes itu didengar akan dimaklumkan mahkamah kemudian.

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pendidikan UPSI dinamakan sebagai responden pertama dan UPSI dinamakan sebagai responden kedua dalam permohonan itu, kata Fadiah (atas).

TERKINI !! RAFIZI RAMLI -LETAK JAWATAN CEO PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.

"Letak jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.



BERITA DARI TWITTER BELIAU -BELUM ADA BERITA RASMI DARI PARTI DAN BELIAU

Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya tlh beri notis letak jawatan dr Pej Penasihat Ekonomi Slngor. Sbrg pertanyaan mengenai ekon Sel dll ruj KNegeri atau
anwaribrahim





BERITA MENYUSUL


MUNGKIN BERITA YANG DIKELUARKAN OLEH KEDAH.KINI SEMALAM ADA BERKAITAN ????



20 JUN 2012

ISU POLITIK SELANGOR: AGENDA PERIBADI MEMUSNAHKAN JALAN KE PUTRA JAYA?



Kerana keyakinan PR terutama PKR akan akan berjaya ke Putra Jaya selepas PRU13 ada pihak dalam parti sudah mengatur strategi atau agenda peribadi untuk mengatur orang-orang mereka bagi mengumpul kekuatan puak dalam parti.

Ada sudah merasa mereka mempunyai kekuatan yang hebat di peringkat parti jadi menggunakan kuasa yang baru dirasai untuk menunjuk kekuatan dan boleh mengatur perjalanan sesebuah kerajaan dengan agenda sendiri dan mula untuk mencantas para pengkritik ataupun kepada pihak yang tidak sebulu walaupun mereka tidak mengikut perlembagaan organisasi malahan untuk menghormati prinsip, ketelusan dan amanah itu sendiri.

Banyak yang sudah jadi mangsa permainan dayus dan kroni dari puak-puak ini yang akhirnya mereka dikatakan khianat dan tidak sabar hanya ini alasan untuk mengabui mata rakyat padahal didalam organisasi itu sendiri penuh dengan rasa hati yang busuk dan dendam yang tidak kesudah.
Bagi ahli-ahli yang berjuang secara ikhlas akan berundur secara diam-diam dan ada dengan hati yang bengkak terus tidak aktif berparti lagi.

Berbalik kepada Selangor mereka telah lupa serangan Umno/BN bagi menjatuhkan kerajaan PR ada yang dilanyak sampai mati diprimis SPRM kita patut berterima kasih kepada Tan beng hock yang terkorban dan dapat menggagalkan perancangan mengambilalih kerajaan secara kotor.

Jadi parti sebagai alat pemerintahan dan mandat rakyat wajar tidak membuat kesilapan yang akan menyebabkan rakyat akan teraniya sekali lagi akibat kegopohan dan ketamakan peribadi oleh pemimpin-pemimpin yang dayus, hipokrit dan mempunyai agenda peribadi agar sedar sebelum terlambat. Jangan kita merasa terlalu hebat dan mempunyai kuasa dengan jalan yang sonsang apabila menguasai sesebuah organisasi.

Dalam dunia media baru kita perlu mengamalkan ketelusan yang jati dan sebarang kegagalan atau penyelewengan tidak dapat disembunyi tambahan kata pepatah politik ' hari ini kawan esok mungkin jadi lawan'. Percayalah PKR memiliki orang yang hebat dan berkelibar seperti Rafizi juga akan tumbang kalau kehendak hati yang tidak ikhlas dan agenda peribadi oleh sesuatu organisasi dibina itu.

Hormatilah perasaan rakyat dan parti komponen yang membentuk kerajaan tanpa mereka siapalah kita.


Oleh : Warekganal

MAKLUMAT BOCOR : OPSS 2020 UMNO TAWAN MAHASISWA TERDEDAH ?

Konspirasi UMNO mengawal PELAJAR UNIVERSITI didedahkan.



Korang baca apa yang tertulis kat bawah neh. Tak boleh blah betul. Usah kata PRU 13 jek dorang nak tawan, pemikiran pelajar universiti pun depa nak tawan. Seboleh2nya depa nak menang besar bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa sokongan anak muda = golongan mahasiswa kini berpaling semula kepada mereka iaitu BN dan UMNO.



KAH KAH KAH

Yang tak boleh blah tue kan, terang2 stated nama UMNO kat situ. Aik, bukan kah UMNO = PARTI POLITIK der. PARTI POLITIK. Gua repeat oke. PARTI POLITIK. Tapi apa kehel PARTI POLITIK neh boleh melibatkan diri dalam PR campus pula? Kalau dah UMNO boleh apa sebab yang lain tak boleh pula?

Mestilah takde sebab kan? So selepas neh mahasiswa nak involved dengan PAS ka PR ka apa ka, lantak depa lah kan sebab ASPIRASI pun boleh apa sebab pro mahasiswa tak boleh? Nak buat, biar sama2 buat. Kalau tak boleh buat biar sama2 pun tak boleh buat. Baru adil beb.

kah kah kah

Lebih banyak akan didedahkan. Tunggu pendedahan2 PANAS dari team dorang oke. AUKU tak AUKU. Yang penting korang yang dah langgar dulu.

AW : UMNO dalam pru 13 pun dah terumbang ambing ini lagi sibuk nak masuk campur dalam pr campus..? Ekekeke..

BERITA BERKAITAN - LAPURAN OPSS 2020

Penyerahan memorandum kepada BENAR

Penyerahan memorandum daripada Pro-Mahasiswa Nasional dan aktivis mahasiswa lain seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS),Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dan semua Pro-Mahasiswa kampus-kampus Malaysia kepada Benteng Negara Dari Jenayah (BENAR) untuk siasatan terhadap OPSS 2020 di lobi Bangunan Parlimen..

PANAS! CIKGU MALA BEKAS CALON DUN TENANG ISI BORANG AMN0-APC0 ?

PANAS! Cikgu Mala Masuk Umno-APCO Ke??



ALamak!

Macam mana boleh jadi nih?

Takkan bila kalah pilihanraya kecil DUN Tenang tergamak khianati perjuangan Islam???

"Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon Pas di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO.

Terbukti jika sekiranya benar dakwaan ini, maka Pas tidak boleh diharapkan menjaga kebajikan calonya yang tewas dan ini membuktikan bahawa Pas tidak mampu menjaga kebajikan rakyat.

Ikuti laporan bersambung seterusnya, blog ini akan mendedahkan borang keahlian yang diisi sendiri oleh Cikgu Normala dari sumber boleh dipercayai, akibat kecewa dengan tindakan Pas mengabaikan kebajikannya sekeluarga dengan janji-janji piliharaya.

Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang. -SUMBER-"

Oopsss!

SUMBER yang dimaksudkan itu bukannya datang daripada PAS negeri tetapi dari blog Umno-APCO yang saban waktu asyik memfitnah kerjanya!

Ada ketikanya blogger belaan Umno-APCO ni macam dah tertekan sangat hinggakan terpaksa memfitnah dengan cara sehina ini.

Mana ada Cikgu Mala nak masuk Umno-APCO, lawan lagi ada laaa...

Agaknya blogger Umno-APCO yang diupah ribuan ringgit sebulan terdesak nak kejar hits blog masing-masing hinggakan kejadian tumbuk-menumbuk antara Papagomo dan blogger tua terjadi kelmarin.

Nampaknya Cikgu Mala akan adakan satu sidang media berhubung dengan perkara ini dan tidak mustahil blogger Umno-APCO ini akan diseret ke muka pengadilan macam kes Nalla yang kantoi fitnah Anwar, pun keputusannya keluar kelmarin!

Kesian, sudahlah kena saman, dapat dosa pulak tu...

Agaknya Allah terus bayar cash skang kot bila dah buat salah!

So tunggu le ja surat saman ye bro!

JALAN PULANG

PULAK! LAGI ARTIS CERAMAH DI PENTAS PAKATAN

Pelakon Hairie Othman Ceramah Di Pentas Pakatan?



Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.


Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.

Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar diatas. Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.

Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan.

Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS. Hairie sebelum ini pernah menempelak kenyataan seorang pemimpin Umno kelantan yang memperlekeh tindakan beberapa orang artis yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Didalam laman sosial facebooknya dia menulis

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman


Jika benar Hairie Othman telah memilih untuk berada di atas pentas Pakatan rakyat, ia sesuatu yang bagus, tidak ramai sebenarnya artis di dalam negara ini yang berani menentang arus gara-gara takut kelak periuk nasi mereka terjejas kerana pilihan mereka.

"tukanglawan" tahu masih ramai lagi artis yang memilih berdiam diri, kita hormati apa yang dilakukan mereka kerana kita faham risiko yang akan mereka hadapi.

Dan buat artis yang berani bersuara secara terang-terangan, anda melakukan sesuatu yang sepatutnya, tugas artis bukan sekadar menghibur , anda juga punya fungsi cukup penting dalam masyarakat sivil, tahniah. - Tukanglawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...