08 November 2014

RAKYAT TEMPATAN TERHEGEH-HEGEH...BILA LAMBAKAN WARGA ASING DIMANA-MANA!!!

Warga asing bermaharajalela di mana-mana

Warga asing memenuhi Kuala Lumpur merupakan permandangan biasa di Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Terlanjur cerita pendatang asing, sama ada sah atau tidak memasuki negara ini, mereka kini berada di mana-mana di negara ini malah kini memonopoli Cameron Highlands.
Berikutan itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa ia boleh jadi begitu malah golongan ini telah lama bertapak di pusat peranginan tanah tinggi itu.


Semua rakyat Malaysia nampak kebanjiran peniaga-peniaga asing di Cameron Highlands yang hampir semua menguasai perniagaan di sana.

Sampai bila rakyat tempatan terpaksa merayu diskaun dengan warga asing yang menjadi peniaga di sana?

Persoalan yang seolah-olah tidak akan terjawab memandangkan jumlah warga asing di pusat pengainan itu tidak pernah berkurangan malah bertambah dari hari ke hari.

Seperti kata seorang guru dari Tapah, Norliza Baharuddin yang  menghubungi MalaysiaGazette pagi tadi, sepatutnya warga asing ini tugasnya di ladang dan bukan di barisan hadapan untuk mengurus pelanggan.

"Sekarang ni, merekalah yang menjadi tuan dan kita pula yang terhegeh-hegeh dengan mereka minta kurangkan harga dan sebagainya.

“Saya sendiri telah beberapa kali mengadu kepada pihak imigresen tetapi tak nampak pun ada usaha untuk menghalang warga asing ini menjalankan perniagaan sekali pun bekerja," katanya.

Paling menjengkelkan, ramai di antara mereka lupa diri seolah-olah Cameron Highlands itu mereka punya.

"Saya pernah bertekak dengan mereka berkenaan satu tempat di sana. Kemudian warga Indonesia tu dengan megah mengatakan saya orang luar, tak payah nak bertekak dengan dia yang dah lama di situ.

"Memang saya bukan orang Cameron Highlands tetapi ini adalah negara saya dan dia sepatutnya tahu menghormati rakyat negara ini. Namun apa yang terjadi, warga asing di sini semakin angkuh dan sombong," ujarnya.

Katanya lagi, keseronokan bercuti hilang apabila terlihat golongan warga asing ini berniaga di mana-mana di Cameron Highlands.

"Kerajaan sepatutnya mengarahkan majikan mereka supaya melarang pekerja warga asing ini berurus niaga dengan rakyat atau pelancong.

"Tak tahulah sampai bila keadaan ini akan berakhir tetapi pada pengamatan saya, selagi pihak terbabit tak buat apa-apa, selagi itulah warga asing ini akan berkuasa," katanya.

Selain Cameron Highlands, kata Norliza lagi, kawasan perniagaan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur juga kini semuanya diuruskan oleh warga asing.

"Saya dah tak berani nak pergi sana lagi sebab layanan yang diberi kepada kita selaku rakyat tempatan agak kasar dan melampau.

"Kita boleh dimaki hamun sesuka hati jika mereka tak puas hati dengan cara kita membuat tawar menawar.

"Apa yang menghairankan, mereka masih boleh berniaga tanpa ada rasa takut atau bersalah kerana sikap biadap mereka itu," katanya.

Apa pun jelas Norliza, pokok pangkalnya terletak pada pihak berkuasa tempatan. Jika ada kesungguhan, warga asing di Malaysia tidak akan berani angkat muka. Bukan seperti sekarang, mereka dah berani pijak kepala kita
. - MalaysiaGazett

~ HA...ha...baru ada akai

BERITA GEMPAQ: PENDEDAHAN PENIPUAN TENTANG DANA 1MDB?


Rafizi hendak dedah nama penyimpan harta di Pulau Cayman

KENYATAAN


Rafizi Ramli

Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mendedahkan nama individu dan syarikat yang terlibat dengan urus niaga menyimpan dana rakyat secara penuh kerahsia di Pulau Cayman yang dianggarkan bernilai RM41 billion.

Katanya, beliau dan pasukan dari National Oversight & Whistleblower (NOW) akan dedah butirannya agar menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu dibawa kembali ke Malaysia.

Katanya dalam satu email kepada blog ini, individu terbabit perlu menerima pentanggungjawab dari keputusan yang salah itu.

Rafizi bercadang akan mendedahkan butiran salinan perjanjian yang ada dengannya di Parlimen pada 10 November Isnin depan jam 11: 30 pagi. Dalam pada itu beliau juga memberi kata dua kepada Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan agar memperbetulkan kenyataanya berhubung perkara itu yang dianggap sebagai bohong.

"Saya akan bawa Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Khas Parlimen kalau beliau tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu," demikian ancam Rafizi seperti ditulis dalam emailnya.

Berikut adalah email Rafizi;

DEDAH PERJANJIAN HUTANG 1MDB UNTUK BUKTI MENTERI BERBOHONG

Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB.

Beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu. Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu.

Saya juga terkejut apabila Dato' Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan. Hakikatnya, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat.

Oleh itu, saya akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 1130 pagi.

Jika Dato' Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan. [wm.kl.5:31 pm 07/11/14]

KERETA CURI DILELONG , JPJ TERPAKSA BAYAR RM76,835


JPJ bayar ganti rugi RM76,835

Shah Alam: Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, JPJ telah gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.

Mohd Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi Tetuan Hakimi & Partners Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16 Shah Alam.

Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ bahawa kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.

Namun pada 14 September 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.

Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya untuk soal siasat.

Dalam saman itu, Mohd Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis bahawa kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.

Mohd Iskandar berkata, beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.

Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7252#sthash.sEcqrpKh.dpuf

07 November 2014

BANJIR KEDUA DI CAMERON HIGHLANDS LEBIH DALAM WALAUPUN HUJAN HANYA 30 MINIT


Kampung Baru Ringlet dilanda banjir lagi, penduduk terperangkap



CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Baru Ringlet, di sini dan membuatkan sebahagian penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka terperangkap selepas air Sungai Ringlet naik mendadak.

Air banjir gelombang kedua itu naik lebih tinggi dari kejadian pada lewat petang Rabu lalu itu bagaimanapun surut semula kira-kira 10 minit kemudian dan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan mengarahkan kesemua penduduk di kawasan terbabit keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hujan kembali reda pada jam 2.30 petang tadi dan kini sudah berhenti sepenuhnya.

Pada Rabu lalu seramai enam keluarga membabitkan 26 penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam.

Kejadian hujan luar biasa yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh itu mengorbankan lima nyawa di tiga kawasan di sini iaitu di Ulu Merah, Kuala Terla dan Lembah Bertam dengan dua mayat terakhir ditemui kira-kira jam 11 pagi hari ini.-


Mangsa banjir di Lembah Bertam di sini masih tidak dibenarkan pulang ke rumah ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu.

Beliau berkata, paras air di Empangan Sultan Abu Bakar tidak stabil berikutan hujan lebat petang tadi menyebabkan paras air meningkat.

Katanya paras air banjir hari ini lebih tinggi berbanding kejadian pada Rabu lepas.

Wan Zahari berkata, pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam terus dibuka untuk memantau keadaan cuaca dan pelepasan air empangan mungkin dilakukan sekiranya hujan lebat.

Pada petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.

Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet. 

FITNAH II : PERBICARAAN TAMAT KEPUTUSAN DITETAPKAN KEMUDIAN


Liwat II: Tarikh keputusan ditetapkan kemudian


3.48pm: Shafee memetik satu kes mahkamah berhubung ikatan bahan bukti yang hilang

Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".

Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.

3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.

Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.

Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.

Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.

Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3.30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.

Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.

Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.


Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.

"Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar),” kata Gopal.

Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.

Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah.

"Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik.

"Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan.

“Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan,” katanya.

3.20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar.

Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.

3.14pm: Persidangan mahkamah bermula.

Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana memberi keterangan tidak konsisten.


3.07pm: Anak perempuan Anwar, yang juga MP Lembah Pantai dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir.

2.55pm: MP Bukit Katil dan naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei, MP Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan MP Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy San.

2.48pm: MB Selangor Azmin Ali turut hadir.

Shafee tiba di mahkamah dengan barisan pasukan pendakwaan.

Mahathir memberitahu pemberita bahawa beliau duduk berdekatan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika solat Jumaat.

2.38pm: Gopal Sri Ram tiba bersama pasukan pendakwaan, dengan R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, J Leela dan Latheefa Koya.

2.10pm: Anwar bersama 30 orang penyokong berarak ke Istana Kehakiman sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah.

Rayuan kes sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang masuk hari kelapan hari ini menjadi pendengaran rayuan paling lama di Malaysia.

Peguam Ram Karpal, yang merupakan salah seorang anggota barisan pembelaan Anwar berkata beliau merasakan bahawa kes ini, yang pada awalnya ditetapkan untuk pendengaran pada 28 dan 29 Oktober merupakan salah satu kes rayuan paling lama.

“Saya pernah menangani banyak kes tetapi tidak boleh ingat kes yang lebih lama daripada ini,” katanya.


Ini merupakan usaha terakhir Anwar untuk mengenepikan sabitan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan kes tersebut.

Peguam kanan, yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Gopal Sri Ram dijangka akan mengambil masa 15 minit untuk menamatkan penghujahannya dan juga rayuan pihak pembelaan.

Peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula memaklumkan panel hakim semalam bahawa beliau memerlukan masa 10 minit untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Gopal.
Persoalan utama hari ini: Adakah panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes tersebut hari ini selepas mendengar penghujahan.

Difahamkan, Hakim Ariffin akan berada di luar negara pada minggu depan manakala anggota panel lain juga akan bercuti.

Malaysiakini melaporkan persidangan hari ini secara langsung

LAMANWEB LAPOR BUKU SKANDAL RASUAH DI SARAWAK DIGODAM OLEH KERAJAAN MALAYSIA?



Lamanweb lapor buku dakwa rasuah terhadap Taib digodam


Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku ‘Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia’ tulisan Lukas Straumann.

Buku tersebut mndakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.


Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa
Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, "kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.  ~  sumber

Sokongan rakyat kepada BN makin merosot kata Tun Daim


Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) diramal merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti jika parti pemerintah itu masih meminggirkan suara rakyat.

Ramalan itu berdasarkan pengundi baharu yang bakal mengundi pada pilihan raya akan datang adalah pengundi muda yang mahukan pembaharuan.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, kerajaan selalu sangat menyatakan mereka membuat pembaharuan tetapi rakyat tidak nampak pembaruan yang dikehendaki dilakukan.

Secara berseloroh, beliau berkata, andaian itu bukan daripadanya tetapi oleh nujum pak belalang.

"Kerajaan kata mereka sedang melakukan pembaharuan tetapi rakyat masih melihat berlaku ketirisan, rasuah dan pembaziran.

"Sebab itu, walaupun Perdana Menteri kata malu sebab dua kali BN kalah kepada pakatan pembangkang, namun rakyat kata mereka ok sahaja.

"Bagi rakyat kalau muka sama dan pembaharuan yang dikehendaki tidak dilakukan mengapa pula mereka mesti terus undi BN," katanya ketika diminta mengulas masa depan BN pada PRU akan datang semasa majlis An Exclusive Afternoon
anjuran Kumpulan MIDF.

Menyentuh mengenai penggabungan CIMB Bank, TRHB Capital dan MBSB, Daim berkata, ia bagi mewujudkan institusi perbankan Islam terbesar.

Kata, Malaysia bukan sebuah negara yang besar untuk mempunyai banyak institusi perbankan oleh itu jumlah institusi perbankan paling ideal untuk Malaysia hanya empat .

"Itu pendapat sayalah, mungkin orang lain ada pendapat sendiri," katanya pada sesi soal jawab dalam majlis An Exclusive Afternoon anjuran Kumpulan MIDF.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai wajarkah penggabungan tiga institusi perbankan itu.

Katanya, sebelum krisis kewangan Asia, Malaysia mempunyai 36 buah bank dan jumlah itu terlalu banyak.

Ketika itu, semua pihak mempertahankan bank-bank tertentu atas alasan setiap bank adalah pemilikan kaum-kaum tertentu.

Tetapi banyak yang bank tidak baik kerana banyak masalahnya, lantaran itu pengurangan pemilikan dilakukan menerusi pengabungan dan kini jumlah yang ada tinggal lapan.

Meskipun menyokong penggabungan CIMB Bank, RHB Capital dan MBSB, Tun Daim berkata, yang paling penting ialah pengurusan bank itu sendiri.

"Kalau besar tetapi tidak boleh diuruskan secara baik itu pun tidak bagus.

"Bank yang baik apabila ia memiliki pengurusan dan asas modal yang baik, barulah boleh bersaing di persada antarabangsa," tambahnya.

06 November 2014

KAWALAN DAN MAINAN POLITIK TERHADAP KUIN!!!


CERITA TERKINI DARI KUIN

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Ada berita mengejutkan dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di bawah kerajaan BN. Kemasukan pelajar untuk tahun 2014 hanya 700 orang setelah Pakatan Rakyat meninggalkan untuk BN sebuah kampus tetap yang begitu besar, lengkap dengan segala kemudahan.

Untuk rekod, sewaktu Pakatan mengambil alih Kedah dari BN, kemasukan pelajar ke KUIN pada tahun 2008 hanya 500 orang. Hanya setahun selepas pemerkasaan terhadap KUIN dilakukan, kemasukan pelajar berlaku dengan mendadak pada 2009 iaitu seramai 2500 orang. Sewaktu BN menggunakan semua media talibarut mereka untuk memburukkan KUIN pada penghujung penggal pentadbiran Pakatan, kemasukan pelajar pada tahun 2013 masih menggalakkan iaitu seramai 1500 orang.

Pentadbiran KUIN di bawah Pakatan telah menambah jumlah program dari enam di zaman BN sehingga lebih 40 program. Malangnya terkini, program kejuruteraan terpaksa dihentikan akibat hanya empat orang yang mendaftar masuk. Program Usuluddin dan Syariah yang menjadi program teras sewaktu kewujudan Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah) dahulu kini jumlahnya menjadi hanya separuh dari sewaktu kemuncaknya. Akibat perkembangan yang berlaku, lima orang pensyarah dilaporkan terpaksa ditamatkan kontrak.

Mengapa KUIN mengalami kemerosotan yang begitu teruk? Jawapan awalnya sangat mudah. Ia adalah akibat kempen buruk yang dijalankan oleh BN secara agresif sewaktu KUIN di bawah Pakatan dahulu. Maka sekarang KUIN sedang terima akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu. Demonstrasi demi demonstrasi, sidang media demi sidang media diadakan untuk memburukkan kerajaan negeri berhubung isu KUIN. Antara peserta demonstrasi KUIN adalah Menteri Besar Kedah sekarang dan sebahagian Exconya. Sekarang mereka peroleh apa yang diinginkan iaitu kuasa dan jawatan tetapi harga yang perlu dibayar ialah kehancuran imej KUIN.

Sekarang pun masalah KUIN tetap berlarutan di bawah ‘kehebatan’ kerajaan pimpinan Mukhriz dan di tengah-tengah limpahan kewangan Kerajaan BN Pusat yang kononnya kaya raya itu. Bezanya pembangkang di Kedah kini lebih bijak; tidak mempergunakan institusi pendidikan sebagai alat meraih untung politik yang singkat sedangkan buruknya berlangsung untuk jangkamasa panjang yang merugikan bidang pendidikan itu sendiri.

Semua tahu bahawa hasrat Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan terhadap KUIN sangatlah besar iaitu mahu menjadikan IPT tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah universiti penuh. Sasarannya pada tahun 2014. Untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah universiti penuh bukannya kerja mudah. Antaranya ia mesti mempunyai jumlah pensyarah yang memiliki ijazah kedoktoran dan bilangan professor yang mencukupi. Begitu juga dengan bidang penyelidikan, penerbitan bahan ilmiah dan seminar akademik mestilah giat dijalankan sehingga melepasi syarat yang diperlukan.
Semasa Ustaz Azizan, sebahagian besar pra syarat untuk menjadikan KUIN sebuah universiti penuh berjaya dipenuhi termasuk pembinaan kampus induk tetap yang dibina di Kuala Ketil. Malangnya di zaman Mukhriz segalanya berundur ke belakang. Banyak kriteria yang dahulunya sudahpun dipenuhi kini kembali asal, tidak menepati syarat.

Perkara yang sangat dirasai oleh kalangan pentadbir KUIN ialah tiadanya sentuhan langsung dari seorang Menteri Besar seperti yang berlaku di zaman Ustaz Azizan. Dahulu Ustaz Azizan adalah ‘rektor pertama’ selain rektor sedia ada. Beliau menatang KUIN dengan penuh penghayatan dan kesungguhan. Sekarang, Mukhriz hampir tidak ambil peduli tentang KUIN. Semuanya diserahkan kepada Datuk Tajul Urus, Exco yang menjaga pendidikan.

Hubungan menteri besar dan rektor jauh berbeza dengan keadaan Ustaz Azizan dengan Professor Dr. Jamil Osman dahulu.
KUIN sehingga kini menjadi IPT ulung dalam bidang perbankan Islam, sehingga menjadi penasihat utama bidang tersebut kepada negara jiran Thailand. Ia disokong oleh banyak bank-bank yang cuba melaksanakan sistem perbankan Islam dalam negara.

Satu program besar The Dialog berhubung perbankan Islam telah dijadadualkan diadakan di TH Hotel, mengundang menteri besar untuk merasmikannya. Banyak bank yang menjadi penaja program dan menghantar CEO atau orang-orang penting mereka. Bank Negara memberikan sokongan padu terhadap program dan menghantar wakil. Malangnya Mukhriz membatalkan kehadirannya di saat akhir. Sebahagian besar Exco menghadiri program di Langkawi, sehingga tiada seorang pun yang sudi hadir menggantikan Mukhriz untuk merasmikan program yang begitu besar. Begitulah gambaran sikap kepimpinan kerajaan negeri Kedah terhadap sebuah institusi pendidikan terulung milik kerajaan negeri bernama KUIN!

Mukhriz juga tidak hadir dalam pertemuan dengan pelajar dan waris di hari pendaftaran, sedangkan semasa Pakatan tiada sekalipun Ustaz Azizan tidak hadir dalam program tersebut.

Lagi masalah yang melanda KUIN adalah akibat meletakkan KCS di beberapa jawatan penting. Mungkin satu tindakan pengawalan oleh kerajaan negeri terhadap KUIN yang dimulakan apabila Datuk Che Barni dilantik sebagai pemangku Rektor dahulu. Kini Timbalan Rektor, Pendaftar dan Bendahari adalah dari KCS. Masalah utama KCS ialah mereka terikat dengan pergerakan jawatan setiap kali berlaku rombakan jawatan di peringkat atas. Pertukaran bagi KCS adalah perkara biasa. Ia mungkin tiada masalah bagi jabatan-jabatan dalam pentadbiran negeri tetapi bermasalah dalam pentadbiran IPT kerana pentadbir IPT seharusnya berada dalam tempoh yang agak lama untuk merancang dan mengurus dengan lebih efisien. Bayangkan sepanjang tempoh 2013, KUIN memiliki tiga pendaftar yang berbeza.

Kini berbekalkan sisa semangat yang masih berbaki, para pentadbir KUIN masih bertungkuslumus berusaha mengangkat status KUIN menjadi sebuah universiti penuh bagi merealisasikan hasrat murni Almarhum Ustaz Azizan. Alangkah baiknya jika suatu masa nanti KUIN berada di bawah kerajaan PAS/Pakatan Rakyat yang tahu memberi nilai kepada benda yang baik.

[LIVE] Liwat II: Gopal: Saya tak percaya 'karpet terbang'





Gopal: Saya tak percaya 'karpet terbang'

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Pasukan pembelaan akan membalas hujah dibangkitkan peguam pendakwaan yang dilantik kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Walaupun hanya ditetapkan selama dua hari pada asalnya, pendengaran rayuan Anwar itu memasuki hari ketujuh hari ini.

Pihak pembelaan dan pendakwaan masing-masing sudah mengambil tiga hari untuk menyelesaikan penghujahan mereka.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Mahkamah itu meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Barisan 14 peguam-peguam bela Anwar diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

LAPORAN LANGSUNG:

6.25pm: Gopal berkata, peruntukan dalam kes 'Tandoor' di India yang dipetik Shafee berbeza dan tidak boleh digunakan di sini.

6.20pm: Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak boleh dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.

6.15pm: Peguam bela berkata, prinsip itu hanya terpakai dalam kes dadah.

Gopal merujuk kepada testimoni Saiful berhubung "tanpa kerelaan".

“Tidak betul untuk memberikan konotasi berbeza."

6:10pm Gopal berhujah berhubung adverse inference yang boleh mengaitkan Anwar, jika saksi alibi tidak dipanggil.

6.03pm: Gopal membaca keterangan Saiful berhubung KY jelly.

Saiful, katanya, menawarkan KY jelly sebagai ekshibit pada 28 Jun tetapi Jude enggan menerimanya dan hanya merampasnya di pejabatnya pada hari kemudiannya.

5.29pm: Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.

Shafee meminta rehat sebentar sebelum menjawab hujah-hujah Gopal.

Hakim membenarkan rehat 20 minit untuk berhenti solat.

5.26pm: Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's.

Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.

5:20pm: Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya.

Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

“Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.

5.13pm: Walaupun hujan lebat, penyokong Anwar kini berzikir bagi mendoakan supaya dibebaskan.

4.53pm: Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.

Gopal kini membaca keterangan Anwar daripada kandang (dok).

4.47pm: Gopal berkata, Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ketika itu Farah Azlina Abdul Latif.

4.45pm: Cuaca di Putrajaya kini gelap gelita dan hujan lebat.

Bagaimanapun penyokong Anwar tidak berganjak daripada perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka kini berteduh di khemah yang berada di hadapan Mahkamah Persekutuan yang dipasang sempena sebuah karnival pada hujung minggu ini.

Naib presiden merangkap setiausaha agung PKR Rafizi Ramli turut memberitahu penyokong Anwar bahawa ketua pembangkang mungkin dibebaskan.

4.40pm: Gopal berkata, Saiful malah menggoda anggota pasukan pendakwaan.

4.30pm: Perkara itu, kata Gopal, merosakkan kes pendakwaan.

“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.


4.24pm: Ram berkata, hakim telah melawat tapak itu tetapi hakim Arifin berkata lawatan itu tidak direkodkan.

Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.

Shafee dalam penghujahannya berkata permaidani itu dipindahkan ke unit lain.

4.21pm: Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,” katanya.
4.13pm: Gopal berkata, permaidani sutera China dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis Supt Amidon Anan.

Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”

“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu. Gopal menjawa dia mengenal pastinya.

4.06pm: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan.

Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara.

Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani.

“Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

3.55pm: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.

Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.

“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.

3.43pm: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.

Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan.

Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.

3.32pm: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya.

“Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).”

Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain.

Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”

3.25pm: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”.

Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.

Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar.

“Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,” soalnya.

3.22pm: Gobind Singh Deo pula memulakan penghujahannya.

3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga turut hadir mengikuti perjalanan prosiding.

3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.

2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.

Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.


2.30pm: Sangeet Kaur (kanan) pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Kelihatan bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali dan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen hadir mengikuti perkembangan kes.

1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.

1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.

Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan, kata Ram.

“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.

Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam prosiding yang lain.


Beliau merujuk tindakan Jude (kiri) membuka beg plastik P27.

Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti didakwa Saiful.

Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.

“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak), dan ini bertentangan dengan 'Kes Tandoori' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan perdana menteri India.”

12.35pm: ‎Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.

“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”

Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.

Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.


12.31pm: Ram sekarang cuba membersihkan reputasi Dr Brian McDonald (kanan) ekoran keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mendakwa beliau seorang pakar dan hanya pandai berteori.

Shafee sebelum ini berkata, pengakuan McDonald tidak diterima walaupun di Australia, negaranya sendiri.

12.20pm: Ram memberi amaran bahawa garis panduan harus diikuti dan salinannya patut disediakan kepada pihak pembelaan.

Katanya, jika tidak diberikan, ia akan menyebabkan seseorang itu disabitkan membunuh atau kesalahan lain, kerana garis panduan tidak diberikan atau ahli kimia tidak mengikutinya.

12.12pm: Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.

Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar cakap.

Ram bersetuju dan berkata ia bukan sampel yang sama adan Saiful tidak diliwat.

12.07pm: Oleh itu, Ram berkata, terdapat persoalan sama ada penembusan sebenarnya berlaku.

12 tengah hari: Ram kini berhujah sekitar isu penembusan.

Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.

“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.

Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.

Shafee menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar memancutkan mani dalam duburnya “seperti biasa”.


Sementara itu, suasana di perkarangan Istana Kehakiman meriah apabila permainan 'kuiz' (kanan) berkisar kes liwat II itu diadakan.

Penyokong yang berjaya menjawab soalan dengan tepat turut diberikan hadiah hamper.

Kartunis Zunar sebagai pengadil turut memakai pakaian seperti hakim dengan mengenakan rambut palsu berwarna putih dan jubah hitam.

Antara soalan yang ditanyakan dalam permainan kuiz itu ialah siapakah hakim bagi pendengaran kes liwat II dan apakah jenama dan saiz seluar dalam Saiful. [Baca lanjut]

11.52am: Mahkamah bersidang kembali.

Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, pendakwaan sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.

“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.

Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.
11:13am: Mahkamah berhenti berehat sebentar. Akan bersambung semula pada 11.30 pagi.

11:20am: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang kelihatan dalam mahkamah.

Dua cucu kecil Anwar juga berada dalam mahkamah.

11:05am Ram berkata, tiada keraguan bahawa pihak pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, sebaliknya tiada kemerosotan pada calitan daripada bahagian intim.

Ram bertanya bagaimana sampel itu boleh berada dalam keadaan asli sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti disarankan.

Justeru, kata Ram, ia menunjukkan bahawa sampel itu bukan sampel yang sama dan boleh jadi sudah dikompromi.



10.43am: Hakim Tan Sri Suriyadi Halim bertanya, jika 18 alel itu asing, ia tidak menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu (seperti daripada lokap dan Saiful).

Ram menjawab bahawa ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium).

Ram berkata ahli kimia Seah (kanan) juga setuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam.

Katanya, walaupun tidak menggunakan perkataan “asli”, Seah setuju bahawa tiada kemerosotan sampel.

Bagaimanapun, kata Ram, Seah bersetuju bahawa kemerosotan akan berlaku.

10.40am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 200 orang kini berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman.

Selain berkumpul mereka turut membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin PKR.

Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan bertulis "Jangan biarkan ini berlaku lagi" turut disebarkan kepada orang ramai.

Selain itu, peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual baju-T bertulis "Rakyat Hakim Negara”, payung dan kerusi lipat kepada peserta himpunan.

10.30am: Ram berkata, spekulasi dan andaian tidak boleh dibuat dalam isu itu.

Katanya, pencemaran berlaku atau kesimpulan yang boleh dibuat adalah sampel itu telah dikompromi.

1020am: Ram berkata, 18 alel muncul pada tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.

Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati.

Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.


“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala 'good morning'.”

Pihak pendakwaan menjelaskan, ia mungkin datang daripada Dr Mohd Osman Abdul Hamid tetapi tiada bukti.

Justeru, ia hanya boleh dikatakan sebagai kemungkinan.

Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk dikaitkan dan dispekulasi dengan doktor Dr Osman (atas).

“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.”

10.10am: Peguam bela Ram Karpal merujuk kepada tuala 'good morning' yang terdapat kehadiran 18 alel.


Ahli kimia Nor Aidora Saedon berkata 18 alel itu merupakan stutter.

“Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukanstutter, dan ia sepatutnya dilaporkan.”

Daripada testimoni Nor Aidora, ahli kimia itu kemudian bersetuju bahawa tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri.

“Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan.”

10am: Ram berkata peguam kerajaan Dr Seah Lay Hong menyebut, 18 alel boleh berlaku pencemaran secara sporadic.

9.38am: Peguam bela Ram Karpal memulakan hujah balas terakhir pasukan pembelaan.

Beliau membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu kes Saiful Bukhari Azlan.


9:32am: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan menyentuh isu itu.

Hakim Tan Sri Arifin Zakaria bagaimanapun menyuruh prosiding perbicaraan diteruskan.

930am: Shafee (kanan) berkata beliau diarahkan oleh peguam negara untuk membangkitkan kenyataan Anwar di media yang menurutnya serius dan menghina mahkamah.

Tulisan dirujuk itu berjudul "Go back to law school, Anwar tells Shafee" dalam Malaysiakini.

9:27am: Mahkamah bersidang. Anwar melangkah ke kandang (bawah) sambil tersenyum kepada pemberita.


9am Mahkamah yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang kini padat.

Antara kelihatan dalam mahkamah exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan bekas timbalan menteri perumahan Datuk Lajim Ukin.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba ke dalam mahkamah. ~MK

GEMPAR! KEJADIAN BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLANDS, 2 MAUT - GAMBAR-GAMBAR


TERKINI.....Keadaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lembah Valley pagi ini yang dinaiki air selepas pintu empangan dibuka susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang semalam.


Dua korban banjir lumpur

Cameron Highlands: Dua maut dalam kejadian banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Ringlet, di sini, malam tadi.

Selain itu, seorang buruh kebun sayur parah manakala tiga lagi dikatakan cedera akibat tersepit dalam bengkel kereta berikutan tanah runtuh di pekan Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dikenali sebagai Yusof, 30-an.

"Pekerja itu mati tertimbus manakala remaja itu pula dipercayai lemas di Kuala Terla. Buruh yang parah itu pula dipercayai warga Indonesia.

"Kedua-dua jasad sudah dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, keadaan itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di daerah itu.

Katanya, jika keadaan hujan lebat berterusan pintu empangan Sultan Abu Bakar harus dibuka untuk melepaskan air.

Menurutnya, keadaan itu mungkin besar bakal menyebabkan berlakunya banjir lumpur di kawasan Bertam.

"Pengosongan di kawasan terbabit sudah dijalankan dan pusat pemindahan sudah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

"Enam kereta dilaporkan hanyut dalam kejadian itu dan angka sebenar masih belum diperoleh," katanya.

Katanya, 150 orang daripada 37 keluarga dari Kampung Baru Ringlet yang terjejas akibat limpahan Sungai Ringlet kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Ringlet, Cameron Highlands.

Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley, berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

"Selain itu beberapa kenderaan turut kelihatan terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin berkata, lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari kawasan tragedi Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.~HM





SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP MENTERI HARAMKAN PPS


Menteri haram PPS akan hadapi semakan kehakiman - Guan Eng


KETUA Menteri dalam kenyataan media, mengutuk tuduhan Menteri di sini, tengah hari tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kononnya pertubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang sebagai pertubuhan haram didakwa berniat jahat atau 'mala-fide'.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri merancang untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah demi menentang pengumuman Ahmad Zahid itu.

"Tindakan Ahmad Zahid berniat jahat serta tiada perundangan menahan 157 anggota PPS.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan ke atas mereka yang ditangkap di mahkamah, yang secara jelas ini semua serangan bermotif politik untuk mengenakan PPS serta Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri.

"Kita akan tubuh pasukan perundangan untuk prosiding mahkamah bagi melakukan semakan kehakiman demi menentang pengumuman Menteri (Ahmad Zahid) ini," ujar Guan Eng kepada wartawan, selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Semua Exco Kerajaan Negeri menyertai sidang media tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lepas mendakwa kewujudan PPS adalah bersalahan dengan undang-undang, kerana tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966.

Dakwaan itu, selepas insiden ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mengaku diserang oleh dua lelaki berpakaian seragam PPS di Air Itam baru-baru ini.

Seramai 157 anggota PPS kemudiannya ditangkap pada 31 Ogos lalu sejurus selesai menyertai perarakan Sambutan Hari Merdeka Peringkat Negeri di Padang Kota Lama di sini, sebelum direman semalaman dalam lokap polis.

Guan Eng kemudiannya mengumumkan keputusan rasmi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, iaitu 'merehatkan' keseluruhan operasi PPS sehingga ada deklarasi daripada mahkamah.

Pada 4 November lepas, Ahmad Zahid mengumumkan PPS sebagai pertubuhan haram, serta mengarahkan aset rasmi pasukan sukarelawan tersebut dirampas.

05 November 2014

MISTERI PUTING BELIUNG BERSIRI DI KEDAH AKAN TERUNGKAI PUNCANYA!!!


Misteri puting beliung bersiri di Kedah perlu dirungkai


ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu 'misteri' yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.

Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan melakukan kajian mengenai fenomena itu untuk mencari sebab utama kenapa Kedah kini dilihat begitu sinonim sekali dengan pembentukan puting beliung yang kebiasaannya terbentuk di sekitar benua Amerika Syarikat.

"Puting beliung pernah direkod melanda beberapa negeri di sekitar Semenanjung pada tahun 2010 lalu iaitu di Pulau Pinang, Perlis dan juga Selangor, namun kejadian itu tidak sekerap yang berlaku di Kedah sejak akhir-akhir ini.

"Apa pun kita akan kaji kenapa fenomena ini boleh terbentuk di Kedah termasuk menilai kenapa ia berlaku dan apa punca serta kriteria yang menyebabkan puting beliung terbentuk... paling penting kita nak tahu kenapa Kedah menjadi destinasinya," katanya kepada BH.

Pada 14 Oktober lalu sekurang-kurangnya 10 premis membabitkan kediaman dan sebuah sekolah sekitar Kampung Alor Besar di Pendang, rosak teruk dilanda puting beliung yang disahkan dari jenis 'landspout', sebelum satu lagi insiden sama melanda lima kawasan terutama di Kampung Mergong Hilir, Kampung Sungai Baru dan Kampung Batin, di sini, menyebabkan 72 rumah serta klinik desa rosak, Jumaat lalu.

Terbaharu, angin kencang seakan-akan puting beliung disahkan jenis 'downdraft' turut melanda kawasan Taman Wira Mergong, di sini, petang kelmarin menyebabkan kira-kira 13 rumah rosak.

Ditanya mengenai peralihan monsun yang dikaitkan sebagai punca paling dekat pembentukan puting beliung di Kedah, Mohd Hisham berkata, ia menyebabkan angin datang dari pelbagai arah, malah keadaan atmosfera juga aktif semasa ini menyebabkan mudahnya pembentukan awan ribut.

"Keadaan ini sekali gus memudahkan pembentukan puting beliung, namun dari segi saintifiknya kita tak berapa pasti mengapa fenomena itu kerap terjadi dan ia pula tertumpu di Kedah sahaja.

"Hakikatnya sistem ramalan cuaca sama ada di negara ini atau di negara luar, tidak mempunyai keupayaan mengesan pembentukan puting beliung ini... maksudnya kita tak tahu di mana puting beliung itu akan bermula atau terbentuk.

"Malah, saiznya puting beliung yang terlalu kecil iaitu kurang daripada satu kilometer (km) turut menyukarkan usaha untuk mengesan pembentukannya. Kita ambil contoh puting beliung darat yang membadai beberapa kawasan di Kedah, ia hanya bersaiz kira-kira 20 hingga 30 meter dengan pergerakan 30 kilometer sejam (km/h)," katanya.

Fakta

Rekod kejadian puting beliung di Malaysia

28 Oktober 2010 - lebih 50 premis majoritinya rumah kediaman dilapor rosak akibat puting beliung di Jejawi, Perlis.

13 Jun 2010 - beberapa kawasan perumahan, gerai penjaja dan lebih 100 pokok tumbang dilanda puting beliung di Kota Damansara.

15 November 2010 - kejadian puting beliung direkodkan di kawasan Gurney, Pulau Pinang.

14 Oktober 2014 - 10 rumah kediaman dan sebuah sekolah di Pendang rosak dipukul puting beliung

31 Oktober 2014 - 72 rumah dan satu klinik desa sekitar lima kawasan di Alor Setar rosak dilanda puting beliung

2 November 2014 - 13 rumah rosak dilanda angin berpusar seakan-akan puting beliung di Taman Wira Mergong di Alor Setar

GEMPAR! BERIBU BRONOK TERDAMPAR DI PANTAI PASIR BERDENGUNG, LANGKAWI





Beribu bronok terdampar dipantai Kuala Muda berhampiran Hotel Langkawi Lagoon dan Four Points Langkawi. Bronok spesis laut yang hidup di pantai yang berselut dan amat sedap dibuat KERABU....kejadian pada 4hb.nov.14

Admin dimaklumkan kawasan pantai tersebut terlibat dengan kejadian tsunami Aceh dan bagi penduduk tempatan pantai tersebut juga dikenali pasir berdengung. Dan amat popular dengan bronok dan siput retak seribu dan hari-hari ada pencari bronok disana untuk dijual. Harga yang dijual kira-kira RM5.00 sekilo....

Kejadian petang kelmarin,berlaku satu fenomena aneh di pantai Kuala Muda berhampiran Langkawi Lagoon dan Four Point Langkawi apabila beribu-ribu ekor "Bronok" dilihat naik dan terdampar di atas darat.

Bagi yg tak mengenali apa itu "Bronok",Bronok atau nama saintifiknya iaitu Acaudina Molpadioides merupakan sejenis haiwan hidupan laut seperti gamat ataupun timun laut. Bentuknya seakan-akan lintah gergasi yg berwarna merah jambu atau coklat. 


Bronok tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari atau haba yg kuat kerana ianya isi fizikalnya yg kenyal itu akan menjadi cair. Bronok juga merupakan makanan eksotik yg sangat lazat dan terkenal di kalangan rakyat Langkawi kerana ianya dijadikan kerabu mentah.

Jadi,adalah sangat misteri apabila Bronok naik terdampar ke pantai secara berjamaah kerana ia merupakan haiwan yg berada di dalam laut terutama laut yg berselut. Apakah petandanya ini? Ironinya,petang ini juga akan diadakan latihan simulasi penggera siren tsunami di beberapa lokasi di Langkawi. Mungkinkah akan berlaku bencana atau kejadian luarbiasa? Waallahualam. ~Mf





PANAS! PUTRAJAYA TERLEBIH BAYAR KERETA RASMI PROTON PERDANA




Putrajaya terlebih bayar kereta rasmi Proton Perdana, kata ahli Parlimen DAP




Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mendakwa kos bagi kereta rasmi kerajaan daripada model Proton amat tidak masuk akal kerana amat jelas kerajaan membayar melebihi harga pasaran. 

DAP hari ini mendakwa Putrajaya memperuntukkan sejumlah RM250,000 bagi pembayaran penggunaan kereta rasmi kerajaan model Proton Perdana 2.4 versi eksekutif bagi tempoh lima tahun.

Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mendakwa kos bagi kereta rasmi tersebut amat tidak masuk akal di mana jelas kerajaan membayar harga melebihi harga pasaran.

Beliau mengulas jawapan bertulis di Parlimen yang diterimanya menyatakan kereta limosin Proton Perdana yang digunakan perdana menteri dan timbalannya bernilai RM295,000.

"Jawapan itu menyatakan tidak ada kos sewaan kerana Putrajaya membeli dengan nilai RM295,000 bagi sebuah kereta.

"Namun jumlah tersebut hampir serupa dengan bayaran kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng iaitu RM298,263.75.

"Ini seperti mereka membayar nilai wang yang hampir sama bagi kereta jenis Mercedes tetapi untuk Proton iaitu kereta buatan tempatan," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya, jawapan Parlimen daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak itu mengatakan 200 unit pertama kereta itu ialah sebahagian daripada 3,000 unit dalam program penggantian kereta Proton Perdana secara berperingkat.

"Kos sewaan bersih tidak termasuk penyelenggaraan bagi Proton Perdana baru 2.4 Executive berjumlah RM3,284.84 sebulan dan Proton Perdana baru 2.0 Standard berjumlah RM2,892.32 sebulan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan membayar hampir setengah juta ringgit hanya untuk kos sewaan dan penyelenggaraan kenderaan yang tidak menjadi milik kerajaan sepenuhnya.

"Mereka bayar hampir sejuta untuk kos sewaan dan itu tidak termasuk penyelenggaraan. Dan akhirnya, ia bukan menjadi aset kerajaan pun," katanya.

Beliau juga mempersoalkan harga yang dibayar Putrajaya berbeza dengan nilai diperuntukkan kerajaan negeri Perak ketika membeli 12 unit Proton Perdana dengan harga RM115,000.
"Ia amat memalukan apabila satu dunia mengetahui perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pegawai kerajaan kita menggunakan kereta model ciplak Honda Accord dengan kos terlebih tinggi," katanya.  ~SUMBER

TERPANAS! PEGAWAI KHAS MENTERI KUTUK CAFE BEKAS MENTERI....APA PUNCANYA??!!



PEGAWAI KHAS KJ, DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM CAFE

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, “Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan “Ini cara masak kita macam ini.”

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di face booknya.

Pucanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu “itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe.”

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky’s Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan kerajaan.

Supaya cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik bagi saya untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya.

Sumber: zamkata.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...