01 Jun 2013

PANAS ! HARGA ROKOK NAIK LAGI...CUBA TENGOK BERAPA KERAJAAN ASUK SEHARI?


Rokok jenis Dunhill,Marlboro,Benson dan Rosmah dan sewaktu dgnnya akan naik 30sen sekotak.Nilai 30sen ni mampu cover balik duit yg BN tabur masa kempen PRU13..Amik contoh kasar,kalau rokok2 ini terjual 4 Juta kotak sehari..

RM0.30X4,000,000
=RM1,200,000/DAY
=RM36,000,000/MONTH
=RM432,000,000/YEAR

Ni baru kira utk kenaikan 30sen..Cuba amik nilai penuh Duti tu..Letak la anggaran kasar Duti RM4 pasal rokok duti free dalam RM5.50-6.00 Sekotak..

RM4X4,000,000
=RM16,000,000/DAY
=RM480,000,000/MONTH
=RM5,760,000,000/YEAR


Amacam? Boleh tahan juga sumbangan para smokers ni thadap pertmbuhan ekonomi negara..Tu baru amik kira 4Juta kotak sehari..Sedap jer Tax situ skit,Tax sini skit utk cover balik pemborosan..

Nampak gaya kena biasakan diri ngan rokok karen ni. takpun tukar kepada John Putih..kah3

*Pengiraan hanya anggaran kasar/Panduan
*Bukan nilai tepat.


TIDAK GUNA SPR DIBAWAH PSC, PENGERUSI & TIMBALANNYA PERLU DITUKAR


Najib diberitahu SPR perlu diterajui muka baru, bukan sekadar letak bawah PSC

Datuk Ambiga berkata bahawa SPR perlu diterajui muka baru untuk meningkatkan kredibiliti badan pengawas pilihanraya tersebut.  

Usaha meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meletakkan badan pengendali pilihan raya negara ini di bawah Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tidak bermakna tanpa menggantikan teraju utama badan berkenaan, kata pemimpin pembangkang dan aktivis pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu diganti dengan individu lain supaya pembaharuan meningkatkan kredibiliti badan berkenaan.

“Tidak bermakna letakkan SPR di bawah PSC sekalipun, anggota mereka perlu letak jawatan,” kata Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi The Malaysian Insider.


“Mereka perlu letak jawatan, itu lebih mustahak supaya mereka mempunyai lebih kredibiliti,” katanya lagi, dan menambah SPR adalah badan bebas yang dilantik di bawah Perlembagaan dan tidak boleh ditolak ke sana-sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kit Siang pula dalam respon mengenai perkara itu berkata SPR seharusnya bermula dengan muka baru bagi jawatan pengerusi dan timbalannya bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

“Pengerusi dan timbalan sekarang beroperasi seolah-olah mereka menjadi protagonis kepada ahli politik dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Lebih elok sekiranya Najib mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen PR berhubung cadangan berkenaan sebelum pengumuman dibuat,” kata Kit Siang, yang merupakan ahli Parlimen Gelang Patah.

“Jadi ia akan dilihat sebagai inovasi bipartisan,” tambahnya.


SPR menjadi sasaran dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum 2013 apabila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya walaupun tewas undi majoriti kepada PR sebanyak 49 peratus.

BN memperolehi 133 kerusi, manakala PR memperolehi 89 kerusi Parlimen dengan 51 peratus undi popular.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengadakan Himpunan Black 505 di seluruh negara bagi menolak keputusan PRU13.

PECAH BERITA ! MALAYSIA JADI JUARA DUNIA LAGI?...LAGI MESIN ATM DIPECAH RM217,950 DILARIKAN....


Penjenayah guna kain rentang sebelum larikan RM217, 950 daripada mesin ATM

Menurut kajian didunia kejadian pecah mesin wang ATM amat jarang berlaku di negara lain, tetapi di Malaysia hampir setiap bulan ada kejadian seperti ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kadar jenayah pada waktu ini....



KOTA BHARU - Sejumlah RM217,950 wang tunai dilarikan penjenayah yang bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jalan Masjid Lama, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi tadi, penjenayah turut menggunakan kain rentang untuk menutup cermin Bangunan Tabung Haji yang menempatkan mesin ATM milik sebuah bank, bagi mengelak perbuatan mereka daripada dikesan.

"Kejadian hanya disedari orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin ATM itu pada 8.30 pagi. Berdasarkan kesan yang ditemui, mesin ATM itu dipecah menggunakan api gas oxy (Oxy-Acetylene)," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata siasatan akan diteruskan dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) dan kesan cap jari yang ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. - Bernama


BERAPA BERITA DIBAWAH KEJADIAN JENAYAH PECAH MESIN ATM DI MALAYSIA:

 RUGI RM300,000 ATM DIPECAH LOKASI K.L



PANAS ! WALAU NAJIB PERABIH RM58 B DAN DIBANTU OLEH TUN MAHATHIR...BELIAU MASIH KALAH DENGAN BUDAK2 TINGKAT 4 PAK LAH....

DR BRIDGET WELSH, SEORANG PENGANALISA POLITIK TERKEMUKA MENGATAKAN NAJIB MEMBELANJAKAN SEBANYAK RM58 BILLION UNTUK HADAPI PRU13 YANG LALU.... INI BERMAKNA UNTUK SETIAP PENGUNDI DIA BELANJAKAN SEBANYAK RM4,363.00


Ini yang RM190 juta belum diambil kira lagi...........

Paling memalukan  Najib dan tim bilik perangnya telah kalah dengan prestasi pak lah dan budak-budak tingkat 4...


BN SENDIRI TAK PERCAYAKAN SPR - FAIL 50 PETISYEN


Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin


KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

“Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya,” ujar Saifuddin.

Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR.

“Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,”.

“Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan,” katanya.





PM: Jangan rosak kebolehpercayaan SPR kerana kepentingan diri, kelompok

 Jun 1 2013

Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.

Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya  mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik  sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," katanya.

PANAS ! BETUI KE ADA MP DAN ADUN PAKATAN DAH NAK LOMPAT?


Ini berita admin ambil dari blog pro amno....betul ke berita nie belum disahkan lagi .....?

DUA AHLI PARLIMEN DAN DUA ADUN PAKATAN AKAN LOMPAT PARTI




Berita terkini- Di kala Anwar dengan egonya tidak berminat untuk menunaikan janjinya untuk bersara, dan masih degil mahu meneruskan siri bantahan Keputusan Pru13, negara dikejutkan dengan berita sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen dan Dua ADUN dari Pakatan akan melompat parti meninggalkan Anwar.

Momentum lompat parti mengulangi sejarah tahun 2009 apabila 3 ADUN dari Perak dan 7 Ahli Parlimen pakatan meninggalkan Pakatan dan Anwar. Di mana ianya satu peristiwa yang mengejutkan negara.

Ketika itu, Datuk Zaharain memulakan siri meninggalkan Anwar dengan diikuti Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng sehinggalah kepada Gobalakrishnan dan juga Nasharudin Mat Isa yang turut meninggalkan perjuangan PAS yang semakin tersasar .

Peristiwa ini berulang lagi, Mymassa akan dedahkan selepas mendapat green light dari wakil-wakil rakyat tersebut. tiada siapa membayar mereka, tiada siapa mendesak mereka dan tiada siapa mengugut mereka.

Anda boleh pilih untuk tidak percayai berita ini, namun sejarah membuktikan pada mulanya tiada siapa mempercayai Zulkifli Noordin, Zahrain, Tan Tee Beng dan lain- lain akan mennggalkan Anwar. Akhirnya ia berlaku bukan.

Anda boleh teka siapa dan kami hanya boleh kata wakil-wakil rakyat tersebut 3 Melayu dan Seorang Cina. Sebab mengapa mereka melompat dan meninggalkan Anwar, tidak akan kami dedahkan sekarang. Kami perlu menjaga rahsia, Presiden UMNO malah tidak ada satu pun pemimpin tertinggi UMNO mengetahui hal ini.

Siapakah kami bukan penting kerana Presiden UMNO pun tidak tahu siapa kami. Kami tiada dana tetapi ianya adalah sebuah index pengalaman yang kami berjaya gunakan demi agama bangsa dan negara kita.


Kepada, Johari Abdul dan Saifudin Nasution, kamu silap bila kamu merangka untuk membeli YB dari BN. Kamu tersilap kerana kami lebih bijak dari kamu berdua.  Sumber Berita

MENGAPA TPP DISEMBUNYIKAN.... IA MACAM BR1M ATAU KACANG MERAH?


TPP terus lenyap dari wacana umum

Rakyat Malaysia yang budiman bakal dianugerahkan hadiah paling besar daripada kerajaan Umno-BN yang merajai kita hari ini. Ia lebih besar daripada bencana barang naik; kamera AES, cukai GST, harga minyak, gula, jalan tol dan lain-lain.

Namanya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). Baru-baru ini di Lima, Peru pada 15-24 Mei yang lalu, telah berlangsung rundingan TPP pusingan yang ke 17.

TPP dijangka dapat diselesaikan menjelang sidang APEC di Indonesia, Oktober 2013 ini.

Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21.

Rundingan bermula 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan.

Ia bertujuan mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi, dan nantinya kedudukan strategik geo politik China di Asia Timur.

TPP membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations-MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik - dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya.

Manakala wakil-wakil Kongres AS pula tidak punya akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade.

Senator Ron Wyden dan para senator lainnya telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

"Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat. "

Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.




Bantahan meluas

Namun demikian, cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan sebelum tarikh tamat pada 2005. Salah satu sebab tewasnya rundingan FTAA tersebut kerana teks dokumen perjanjian dibenar untuk didedahkan ke pengetahuan umum.

Itu di AS yang punya demokrasi, hak asasi manusia, pilihanraya adil, media bebas dan Akta Kebebasan Maklumat. Di Malaysia, apatah lagi dengan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan lain-lain lagi perundangan tidak demokratik, TPP terus lenyap daripada wacana umum.

Peliknya, cerita bodoh Red Bean Army yang menjadi kepala berita akhbar arus perdana, bukannya TPP.

Kalau ia dibincangkan, ia dibicarakan secara sempit, di ruangan pinggiran tanpa rujukan luas, kritikal dan ilmiah. Konon, TPP hanya melibatkan kepentingan ekonomi orang Melayu. Begitulah ceteknya hujah yang diberikan. Masih menusuk jarum perkauman.

Tidak pasti hujah ini untuk menarik lebih ramai orang lagi bagi membantah TPP. Ataupun ianya sekadar melepaskan batuk di tangga agar agenda membodohkan orang Melayu terus bergerak lancar. Seterusnya menenggelamkan isu TPP ini.

Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia yang akan mendapat bala bahana TPP, antaranya:
Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
Menghapuskan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.




Kempen melawan TPP


NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal.

Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses.

Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikanmaklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.

Pastilah cadangan ‘bernas' Malaysia ini disokong kuat oleh AS. Ataupun barangkali Malaysia telah menjadi sarana MNCs untuk menyuarakan kepentingan mereka. Kita tertanya-tanya, pada waktu itu antara peneraju MITI ialah anak Dr. Mahathir sendiri.


Masalahnya TPP dirundingkan kerajaan Malaysia tanpa ketelusan, dengan kebanyakan syarat-syarat perjanjian dipaksakan tanpa pembuatan keputusan yang demokratik.

Bagaimana kerajaan yang hanya mendapat mandat 46 % undi popular ini, berhak untuk merundingi dan menandatangani perjanjian yang akan memberi kesan buruk untuk seluruh penghidupan di tanah air ini - alam, manusia dan segala harta milikan awam yang masih tersisa?

Jikalau kita membaca dongengan atau kisah mitos Melayu kuno, seperti kisah Sultan Mahmud dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu berkenaan kejatuhan Melaka, atau kisah Raja Bersiong dan kerajaan Langkasuka, kita akan mendapati kemusnahan empayar-empayar Melayu kuno (Hindu-Budha dan Islam) ini berpunca daripada serangan dan penguasaan asing.

Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada 1511. Manakala Langkasuka dan Srivijaya di rantau Nusantara melemah akibat serangan Raja Rajendra Chola (negara moden Tamil dan Lanka) pada 1025.

Tetapi kita tidak boleh menolak hakikatnya dengki khianat, tamak haloba, kezaliman, rasuah dan pecah amanah di kalangan pemerintah tempatan menjadi punca utama faktor dalaman yang merobohkan tembok pertahanan daripada ancaman luar.

Inilah akibatnya, serakah dasar penswastaan serta rakus pemerintahan zalim, rasuah, pecah amanah pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun (dirujuk sebagai Mahathirisme). Inilah kesannya hegemoni United Malays National Organization selama lebih 55 tahun.

Bagi penyokong tegar Umno-BN, pada hari ini dan mendatang, sehingga termeterainya Perjanjian TPP ini, teruskanlah sokongan anda kepada Umno-BN. Nanti rasailah nikmat kehancuran dan kehilangan itu.


Bagi mereka yang telah lama hancur penghidupan dan harapannya, kehilangan telah sebati menjadi zat yang menyihatkan - itulah hikmat kekosongan!


Oleh : Rahmat Haron

31 Mei 2013

TERHANGAT ! PENYERANG PENGAWAL PERIBADI TUANKU ANNUAR TELAH DITANGKAP.

The arrested group arrive on Phuket today for questioning

.A security camera still of one of the alleged Phuket resort attackers

30 mei - Phuket  lima  Penyerang telah ditangkap


Seorang lelaki telah ditangkap di Sadao, Songkhla, petang ini, Komander Polis Phuket berkata. Beliau berkata lelaki yang telah mencuri satu pasport, satu kad ID Malaysia, satu iPhone5, 14,660 baht dan RM640 ringit secara tunai. Ia dipercaya pelancong Malaysia telah meninggalkan Phuket untuk pulang ke Malaysia .

 Dua daripada empat lelaki telah ditangkap kerana membelasah pengawal peribadi diraja Kedah  di sebuah resort Phuket  dan sedang dibawa kembali ke Phuket.


Salah seorang dari lelaki ditahan di sempadan Thai-Malaysia di Sadao dan lain-lain telah ditangkap di Wilayah Trang .Polis telah menamakan mereka sebagai Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Sisopa, 30 dan tiga rakyat Malaysia.


Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat, berkata kedua-dua lelaki  sedang dibawa ke Phuket adalah rakyat Malaysia.


Versi lengkap apa yang berlaku dan motif serangan itu mungkin diketahui apabila orang-orang yang ditangkap disoal siasat  petang ini.


Apa yang diketahui ialah bahawa empat lelaki terkejut dengan  pengawal peribadi kepada Pengerusi Majlis Negeri Kedah Pemangku Raja. Lelaki itu dipukul dengan teruk kerana beliau melawan untuk mengelakkan penyerang dari mengikat dia.


Serangan di Millennium Resort di Patong telah mengganggu percutian peribadi yang dinikmati oleh Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, saudara Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Ia tidak jelas pada peringkat ini sama ada pukulan itu datang kerana masalah yang berkaitan dengan pengawal atau Tunku menjadi sasaran serangan. Dia dan rombongannya telah menempah kira-kira 10 bilik di resort tersebut.


Suspek yang dituduh memecah masuk ke dalam bilik lelaki di Millennium Resort Patong Hotel dan menyerang beliau. Mereka sudah menghadapi tuduhan rompakan, tetapi sumber polis berkata, penyiasat masih belum selesai terhadap kes ini. 


Kisah yang telah muncul setakat ini adalah bahawa seorang lelaki Malaysia yang dibayar dan seorang lagi rakyat Malaysia dan isteri beliau dari Thailand untuk mengatur serangan awal minggu ini di Resort Millennium di Patong.


Polis masih memburu lelaki Malaysia yang didakwa membiayai operasi dan dua lelaki Malaysia yang lain yang mengambil bahagian.



Sumber Berita

SELEPAS BN MENANG , WARGA FELDA TERUS MENDAPAT LAYANAN KELAS PERTAMA.....HEBAT,HEBAT..?

Peneroka: Mana janjimu Umno?

Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam-macam aduan saya terima khususnya dari warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Generasi ke- 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak.

Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan-rakan.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen PRU baru-baru ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!


Bila rumah Generasi ke-2 terbengkalai, panggil semua pemilik-pemilik tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...
Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja-pekerja Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dan lain-lain. Hari ini telah jadi kenyataan.


Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?


ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar-dasar Felda kekal dengan mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yang mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda.

Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula-mula jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; 

Tok Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar-kobar nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....
Saya dan rakan-rakan ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi Melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat Cina!

Alahai bangsaku...

Mazlan Aliman, 31 Mei 2013
*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

PECAH BERITA ! MENGAPA KHIR TOYO TIBAI NAJIB ? DALAM KES RASUAHNYA



Khir Toyo dakwa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang anti-rasuah Najib

 Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar).



Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.

Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes rasuah bekas menteri besar Selangor itu.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini.

BACA LAGI TULISAN PENUH KHIR TOYO DIBLOGNYA :


Putus Sudah Harapan?


1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya.

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.


SAMBUNG LAGI SINI


ISLAM dijangka ‘tawan’ Britain

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

Islam dijangka ‘tawan’ Britain

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Keadaan sebenar MASJID di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

sumber : mymetro


Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.


Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

PARAH NIE.. SOI LEK DISURUH NIAGA KERANDA

Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda



MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya.

Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub.

Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.

"Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya.

Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.

"BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan.

"Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar).

Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman.

Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen.

"Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita anjurkan.

"Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata beliau.

Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam pemikiran rakyat.

BN MENANG KEDAH SENANG...HIDUP MELAYU, HIDUP BANGLASIA...MESTI BACA



Belum sebulan perintah Kedah ...

Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.

Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.

Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa. 

Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.

Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).
Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.

Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.

Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.

Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi yang memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang di"swapping" cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.

Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?

Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah.
Maksudnya begini: Apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk "swapping", asalkan keluasannya sama. 

Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang di"swapping".
Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau bertanding di Dun Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.
Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah menjadi tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah tempang.

SEBARKAN.....


INI KISAH MB BARU......

Gempar.. Adun Ayar Hitam hilang selepas BN Tawan Kedah..!

oleh pengundi ayar hitam

AYAR HITAM bersyukur kerana telah dapat ADUN baru dan yang paling best lagi ADUN nie pulak jadi MB KEDAH... ia telah menjadi kebanggaan rakyat Ayar Hitam.

Selepas menang kami rakyat Ayar Hitam bergembira menyambut kemenangan bertambah lagi dengan kejayaan merampas Kedah. Boleh dikatakan kenduri kesyukuran dilakukan setiap hari dan sempena cuti sekolah nie pun kenduri diteruskan.

Namun dukacita kami rasakan sebab ADUN kawasan kami hilang entah kemana. Dengaq habaq beliau dikatakan bercuti di London....Tapi bila ditanya Orang Kuat Umno kot nie depa cuma kata MB cuti...

Masa tengah dok fresh inilah nak lihat ADUN turun mai majlis rakyat merasai dan berkongsi kegembiraan dengan rakyat.. namun sebelum sahaja dilihat manis tapi bila selesai boleh usung keluarga pergi bercuti.

Aduhai nasib orang Ayar Hitam la nampaknya... dan juga rakyat Kedah... Dapat MB anak golongan mewah dan elit.....nak kata apa pon tak guna dah redha sajalah...nak marah ka apa ka rasanya 5 tahun lagi semua pakat lupa dah apa yang berlaku...

Selamat tunggu 5 tahun lagi....

BN MENANG RAKYAT SENANG.....

TERHOT ! KOMPLOT AHLI UMNO UNTUK JATUHKAN MB PERAK TERBONGKAR !!!



PERAK PANAZ!!!!! ZAMBRI ABD KADIR BAKAL TUMBANG ANGKARA KERAKUSAN 5A???


BENAR KAH ZAMBRI AKAN TUMBANG DI NEGERI POLITIKNYE SENDIRI?

Persoalan itu hanya boleh dijawab oleh ahli-ahlu UMNO negerinye sendiri... kerana kerakusan kroni-kroninye sendiri Beliau kini diAMBANG kejatuhan dek kerana ade gerakan-gerakan di tubuhkan oleh ahli-ahli UMNO di PERAK.....Gerakan-Gerakan ini ditubuhkan kerana ketidak puas hati AHLI-AHLI UMNO NG. PERAK TERHADAP KRONI-KRONI ZAMBRI YG MEMONOPOLI EKONOMI DAN PENTADBIRAN NEGERI PERAK.....

JATUHKAH ZAMBRI DIATAS DESAKAN-DESAKAN GERAKAN AHLI-AHLINYE??????? akuan-akaun FB yang ingin menjatuhkan zamri.....

https://www.facebook.com/elfisyahuri?fref=ts
https://www.facebook.com/daengslili?fref=ts
https://www.facebook.com/pctisthebestkz?fref=ts
https://www.facebook.com/ariffakram?fref=ts
https://www.facebook.com/hujan.panask?fref=ts
https://www.facebook.com/stain.coco?fref=ts
https://www.facebook.com/muhamad.farhanafif?fref=ts
https://www.facebook.com/gerimis.senja.142?fref=ts
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000772304147&fref=ts
https://www.facebook.com/GAZfanclub?fref=ts
https://www.facebook.com/zaini.firdaus.3?fref=ts
https://www.facebook.com/ina.muzaffarii?fref=ts 


 DAN RAMAI LAGI YANG TIDAK DAPAT SAYA PASTEKAN KERANA TANGAN DAH LENGUH NAK COPY......Sumber berita


Nie berita admin ambik dari Blog Manjungmari.....

Dua ADUN Umno lompat Parti bakal berlaku di Perak ?

Cerita ini aku dengar dua minggu yang lepas lagi, sebelum Zambry angkat sumpah jawatan MB,,, ingat kut khabar angin,,, namun ada kebenarannya..

Cuma apa yang aku dengar hanya seorang Adun Umno yang bakal lompat kerana tak puas hati tak dapat jadi Exco,, tetapi bila timbul cerita 2 orang,, ha ha ha ,, ini sudah baik...

Namun, nampaknya tersekat ditengah jalan,, Utusan Malaysia lebih awal menghidu cerita ini,,, maka dikeluarkan lah cerita ini..


Nak sedapkan hati Zambry yang kini rasanya masih di Tanah Suci,, maka ditulisnya Lompat Parti Provokasi Bodoh,,, siapa yang bodoh, siapa yang kecut telur beb,, kerana 2 kerusi bakal tumbang kerajaan umno Perak..

teringat balik apa yang ditulis oleh blogger umno anak orang Pas Lumut... 


Apakah kejadian lompat akan berlaku,, bagi aku mungkin,, semangat Datuk Sagor yang ada dalam salah seorang Adun yang nak melompat tu, tak akan kunjung padam,,, tunggu ajalah,,
Jika peralihan kuasa berlaku dengan lompat 2 orang Adun, mungkin ini sebagai satu keadilan Allah, sebagai rahmatnya buat Zambry dan umno untuk merasainya bagaimana Pakatan Rakyat merasainya pada 2009 yang lalu...


Ins Sya Allah, Kun Fa Ya Kun,,


30 Mei 2013

Pengawal peribadi kerabat Kedah dipukul di resort lima bintang Phuket



Seorang pengawal keselamatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipukul di resort lima bintang di Phuket, Thailand lapor The Star Online.

Difahamkan, empat lelaki telah bertindak menyerang pengawal keselamatan itu kerana menyangkakan dia adalah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Patong Millennium Resort, awal Khamis.

Tunku Annuar merupakan adik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Phuket diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mencari empat penyerang yang berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan semasa mereka melarikan diri.

Polis Patong percaya tiga daripada penyerang merupakan warga Malaysia sementara seorang lagi adalah warga Thailand.

Polis hairan bagaimana penyerang-penyerang itu mendapat kad kunci untuk memasuki salah satu daripada beberapa bilik ditempah untuk rombongan Tunku.

Menurut Phuketwan.com, Tunku tiba di Phuket pada 27 Mei dan sempat di ambil gambar malam sebelumnya semasa dipersembahkan plak peringatan di persembahan pertunjukan terkenal Phuket, FantaSea.

Beliau telah menempah 10 bilik di Millennium yang bersambung dengan pusat membeli-belah terkenal Patong, Jungceylon.

- The Malaysian Insider

BUDAYA BODEK...MENEBAL DALAM PAS?


Persoalan Kota Damansara: Pengajaran Yang Perlu Diambil

Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.

Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.

Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.

Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah.

1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI

Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap.

Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi.

Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding.

Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:

i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.

ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.

iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.

iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!

Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!

Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.

Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.

Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! 


Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.

Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.


“AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah”, kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat!

Saya tidak sanggup khianat.

Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu!

Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya!

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PANAS KEM MUHYUDDIN ISYTIHAR PERANG...TERHADAP KETUA UMUM UMNO?


Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib - sumber UMNO



Setelah terkena patukan kalajengking Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendapat nafas baru apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin melancarkan serangan pada bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa Muhyiddin sememangnya sudah terasa diri tidak selamat sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran tikaman Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Najib bakal terselamat kerana tiada alternatif di dalam Umno yang boleh menggantikannya.

“Muhyiddin kini terasa Najib sudah mendapat Mahathir di tangannya selepas anaknya Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dan beliau dibiarkan terkapai-kapai. Jika dibandingkan dengan waktu Tun Abdullah Badawi, apa yang Mahathir kata kat Najib umpama mencubit pipi sahaja,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata ada yang memujuk Muhyiddin untuk melupakan hasrat mencabar Najib dan menjadi pembantu yang setia.

“Tapi selepas melihat keputusan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Muhyiddin, beliau terasa langkah membunuh kareer politiknya telah bermula,” terang sumber Umno lagi.

Harakahdaily bertanya mengapa, sedangkan mendapat amanah menjaga SPR itu dikira satu penghormatan.

“Sekarang rakyat paling marah kat SPR. SPR umpama batu mendidih tetiba dibuang ke tapak tangan Muhyiddin. Sudah tentu melecur tangan Muhyiddin nanti,” terang beliau.


Semalam, melalui blognya, Zainuddin menyerang Najib dan pakar strategisnya atas kempen ‘I love PM’. Beliau melabelkan Najib sebagai seorang imitator (peniru).

Daim pula menyalahkan Najib kerana terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden. Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya.

"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.

Sumber Umno berkata serangan Zainuddin dan Daim adalah pelega buat Muhyiddin selepas racun Mahathir.

“Perkasa dah menyerang idea menukar BN kepada parti 1Malaysia sehingga melabelkan sesiapa yang membuang Umno sebagai pengkhianat.

"Jika BN berjaya ditukar ke parti 1Malaysia, iaitu slogan Najib, maksudnya hasrat Muhyiddin menjadi perdana menteri akan mati tidak berkubur.

"Muhyiddin akan melawan idea ini habis-habisan. Cadangan idea parti 1Malaysia hanya untuk mengukuhkan Najib seorang saja, Muhyiddin akan terkorban. Muhyiddin tak pernah tunjuk beliau pernah sokong 1Malaysia dengan ikhlas,” kata sumber Umno.


Tambahnya, perang dah mula.

"Pasukan Muhyiddin sedang mendesak supaya diawalkan pemilihan Umno ke Ogos supaya Najib tidak dapat menyediakan pertahanannya. 

"Selepas ini, akan timbul serangan pada Rosmah yang dilihat seperti Ketua Umum Umno yang tidak berjawatan tapi berkuasa penuh.


"Jangan hairan jika Deepak muncul lagi sebelum perhimpunan agong Umno dengan senapang yang baru,”
kata beliau sambil tergelak.


KENALI TKM 1 P.PINANG....RASHID HASNON...DIA BUKAN MACAI ANWAR?...Wajib Baca

Saya mahu jadi pemimpin Melayu no 1 di P.Pinang - Hj Rashid Hasnon TKM 1 P.Pinang

Apabila bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengambil pendirian untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal sahaja pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nama Hj Rashid Hasnon mula meniti di bibir rakyat Pulau Pinang.

Beliau pernah menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari tahun 2011 hingga tahun 2013.  Beliau dikenali sebagai profesional Islamis dalam kalangan rakan-rakan karib.

15 tahun sebagai Pengurus Kanan di sektor korporat ASE serta lima tahu berkhidmat sebagai Jurutera di PERNAS NEC menyerlahkan bahawa beliau seorang yang berpengalaman dalam dunia perindustrian.

Tidak cukup dengan itu, beliau pernah diberi tanggungjawab menguruskan seksyen pengurusan bagi Kilang Motorola Electronic selama lima tahun.

Malah, beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat korporat Data Ulung Sdn Bhd.

Selain itu, kewibawaannya turut dilihat dalam dunia gerakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berlatarbelakangkan Islam.

Selama lapan tahun bermula pada tahun 2000, beliau pernah menjadi Yang Dipertua Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang (kini dikenali sebagai IKRAM Malaysia).

Dalam tempoh yang sama, iaitu dari tahun 2008 hingga sekarang, aktivis berkenaan masih diberi taklifan sebagai Ahli Jawatankuasa JIM Pusat.

Paling menarik, sepanjang berkecimpung dalam pergerakan dakwah, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan sedunia ke wilayah bergolak Gaza, Palestin.

Dalam pilihan raya umum lepas, beliau diberi tanggungjawab untuk mempertahan kemenangan bagi kawasan DUN Pantai Jerejak yang pernah disandang oleh Sim Tze Tzin (kini bergelar Ahli Parlimen Bayan Baru).

Apabila mendapat tahu bahawa beliau menang dengan 5,354 undi majoriti, tidak salah lagi Mohd. Rashid Hasnon, 53, dipinang menjadi Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Mohd Rashid mendapat 11,805 undi denganmenewaskan pencabarnya dari parti pembangkang, Wong Mun Hoe yang mendapat 6,451 undi sahaja.

Dalam wawancara eksklusif bersama-sama wartawan, ZAINULFAQAR YAACOB, Mohd. Rashid berkongsi wawasan 100 hari menjadi orang nombor dua dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak mengangkat sumpah pada 9 Mei lepas.

Dalam 100 hari ini, beliau bercadang untuk turun dan dengar perkongsian akar umbi rakyat, khususnya yang berkaitan dengan port-folio Exco yang ditaklifkan kepadanya.

Mohd. Rashid diberi amanah sebagai Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan dan Pembangunan Keusahawanan.

"Ada beberapa isu berbangkit yang perlu diselesaikan dalam 100 hari ini dan saya cuba untuk turun dan dengar semua hal berwajib itu.

"Jika Y.A.B Tuan Lim Guan Eng diharap menjadi Ketua Menteri untuk seluruh rakyat Pulau Pinang, sebagai Timbalan Ketua Menteri I kepada beliau, tentulah saya juga diharap menjadi pemimpin Melayu nombor satu yang boleh mengukuhkan kepemimpinan Kerajaan Negeri ini," ujar beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Justeru, katanya, segala permasalahan rakyat, khususnya mengenai kepentingan Melayu wajar mendapat perhatian daripadanya.

Itu, katanya lagi, termasuk projek pelabuhan antarabangsa tuna di Batu Maung dekat Parlimen Bayan baru yang dilaporkan terbengkalai serta dianggap merugikan nelayan pantai, termasuk Melayu.


"Sepatutnya warga Batu Maung paling banyak mendapat manfaat daripada projek asal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bernilai RM243.38 juta di bawah kerajaan pusat, tetapi, terbengkalai sehingga kini," ujar beliau.

Difahamkan, projek tersebut diserahkan kepada syarikat konsesi Malaysia International Tuna Port Sdn. Bhd. (MITP) semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi berjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perjanjian konsesi sejak 32 tahun di atas sebidang tanah seluas 20 hektar itu sehingga hari ini dianggap terbengkalai.

"Kalau nak selesaikan projek ini, inilah masanya (selepas PRU13). Saya akan menjadi jalan untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat supaya projek ini boleh diteruskan," ujar beliau.



Beliau berkata, kolaborasi dengan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) seperti Dr Afif Bahardin (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) boleh mengukuhkan insiatif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan beberapa projek terbengkalai di negeri berkenaan.

PACU FDI

Mohd. Rashid mengakui bahawa rekod pelaburan asing langsung (FDI) selama lima tahun lepas yang berjumlah kira-kira RM38 bilion ternyata memberi saingan terhadap dirinya untuk lima tahun mendatang.

Pulau Pinang pernah mencatatkan FDI tertinggi pada tahun 2010, iaitu sebanyak RM12.2 bilion. Manakala, pada tahun berikutnya berjumlah RM9.1 bilion.

Maka, beliau secara peribadi berharap pengalamannya dalam industri boleh membantu kepemimpin Guan Eng untuk terus meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.

"Selama 30 tahun ini, memang saya menceburi bidang perindustrian. Ia tentunya berkait rapat dengan FDI.

"Saya tahu dua tahun belakangan ini, walaupun ada telahan mengatakan bahawa FDI kita (Pulau Pinang) akan merudum, tetapi, keseluruhan FDI selama lima tahun lepas menunjukkan kita (Kerajaan Negeri) adalah terbaik di Malaysia.

"Saya sedang tekun memikir bagaimana ia boleh menghubung (menjadi kesinambungan) serta memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini," ujar beliau.

PENGANGGURAN DAN KESTABILAN


Mohd Rashid berkata, rekod FDI yang baik seharusnya memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat terbanyak di Pulau Pinang.

Justeru, beliau cuba mendekati masalah pengangguran khususnya membabitkan anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, guna tenaga kumpulan berkenaan perlu ditingkatkan dengan kemahiran lanjutan supaya tidak berlaku penguncupan sumber manusia dalam sektor industri apabila diperlukan kelak.

"Benda (peluang pekerjaaan) itu merupakan satu kestabilan. Kalau kadar pengangguran tinggi, ertinya kurang stabil. Jadi, kita nak pastikan bahawa kadar pengangguran di bawah 1 peratus daripada rakyat (1.611 juta).

"Fokus saya secara umum pada kestabilan industri. Selain itu, saya memikir untuk menangani kebanjiran guna tenaga warga asing di negeri ini kerana ia memberi impak berantai pada pengaliran keluar wang negara, umpamanya.

"Ini tidak baik bagi sebuah negara dan negeri juga. Mungkin perlu direalisasikan polisi gaji minima yang lebih menguntungkan pekerja tempatan.


"Di MPSP, kita memulakan pengambilan semula pekerja tempatan selepas menanggguhkan penswastaan beberapa sektor berkaitan MPSP.

"Kita lihat pengambilan warga asing sebagai buruh rendah walaupun baik untuk majikan kerana upah yang rendah, susah untuk sebuah Kerajaan mengawal sosialisasi mereka di negeri ini.

"(Ekoran itu,) dalam peringkat operator umpamanya, mungkin perlu meningkatkan pengambilan pekerja tempatan lebih 50 peratus (bagi menggantikan pekerja asing kelak)

"Kita tak boleh mendapat tenaga separa mahir sebagaimana guna tenaga dari negara-negara jiran seperti dari Indonesia (jika diperlukan nanti).


"Untuk memenuhi keperluan 50 peratus tenaga separa mahir tempatan ini, sudah tentulah memerlukan guna tenaga baru (termasuk) lepasan SPM yang dididik dengan kemahiran (lanjutan) sesudah meninggalkan dunia persekolahan. Di sinilah kepentingannya," ujar beliau.

ABDUL RAHMAN MENTOR SAYA

Di sisi Mohd Rashid, Saidina Abdul Rahman bin Auf cukup istimewa.Abdul Rahman di sini Mohd. Rashid umpama mentor dalam mengerakkan pelan keusahawanan negeri ini.

"(Dalam) 100 tahun ini, saya ada koperasi dan keusahawanan masyarakat...ini berkaitan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) dan di peringkat masjid-masjid.

"Sebenarnya prospeknya sangat baik tetapi tiada aspek material untuk menggerakkannya.

"Kalau kita mahu menggerakkan gerakan keusahawanan serta koperasi ini, prasaranan ke arah itu perlu disediakan terleih dahulu untuk menyakinkan pihak berwaib bahawa di negeri ini mempunyai prospek tersebut.

"Abdul Rahman bin AUf, dia adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga. Dia, saya anggap macam mentor saya.

"Semasa Yahudi monopoli industri asasi air, Abdul Rahman tengok dan akui yang Yahudi menguasai ekonomi kerana menguasai air yang menjadi keperluan semua orang.

"Abdul Rahman akhirnya negosiasi untuk membayar sejumlah tertetu wang pajakan dan mengumpulkan wang secara koperatif di Makkah.

"Walaupun duit (pajakan) tidak cukup, Yahudi itu setuju dengan tawaran Abdul Rahman, iaitu beliau menguruskan air pada hari genap dan Yahudi itu pada hari yang ganjil.

"Apabila timbul hari ganjil, orang tidak beli. Apabila timbul hari genap, orang beli kerana air murah dan akhirnya dirakyatkan.

"Jadi, koperasi ini penting dalam menghubungkan masyarakat. Dan di sinilah peranan koperasi penting dan perlu digerakkan dengan anak muda melalui pinjaman mikro kredit Islam," ujar beliau.


MELAYU DI PULAU PINANG

Sebagai pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang, Mohd. Rashid mengakui bahawa keputusan PRU13 sedikit banyaknya memberi kesan pada dirinya.

"Tsunami Cina" yang digembar-gemburkan oleh pembangang Pulau Pinang wajar didepani secara rasional, kata beliau.

"Kerajaan Negeri ditubuhkan selepas mendapat 68 peratus, ertinya kita (Pakatan Rakyat) menang dari segi elektoral (30 kerusi ADUN) dan undi popular.

"Melayu masih majoriti di Semenanjung dan kita (Pakatan Rakyat) mendapat 53 peratus undi popular. Inilah 'Tsunami Malaysia' yang menyaksikan Melayu dan bangsa-bangsa lain melakukan perubahan.

"Sungguh pun begitu, saya bersama-sama rakan-rakan akan terus mencari jalan supaya tapak sokongan Melayu terhadap Kerajaan Negeri semakin kuat bermula sekarang melalui program-program pendidikan serta ekonomi yang dekat dengan (jalur) Melayu di negeri ini," ujar beliau.
Beliau berkata, kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang dikenali pakar dalam bidang penyelidikan ekonomi diharap mampu membantunya memahami cabaran sebenar Melayu di negeri berkenaan.

"Rakyat sama ada Melayu atau bukan Melayu terus kekal hidup harmoni di Pulau Pinang selepas PRU13, tidak sesiapa pun diusir kerana 'Tsunami Malaysia' yang berlaku di negeri ini dan di Malaysia akan terus membela hak semua kaum.

Inilah perkara sebenar yang perlu difahami semua, inilah cabaran sebenar bagi saya (realisasikan)," tegas beliau sambil menolak dakyah perkauman yang diada-adakan pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

HARAPAN

Mohd Rashid berharap beliau boleh menjadi ahli pasukan yang kuat untuk Kerajaan Negeri.
"Saya boleh jadi ahli pasukan yang kuat berbekal pengalaman dalam dunia industri perkilangan.

"Dengan kolaborasi Exco-Exco berwajib serta kakitagan kerajaan negeri yang juga mempunyai kekuatan dan pengalaman yang luas, kita boleh melakukan yang terbaik.

"Secara peribadi, saya berharap saya juga boleh menjadi seorang pemimpin yang berusaha melakukan keadilan untuk semua pihak sebagaimana yang diajar dalam agama saya (iaitu Islam).

"Tuntutan-tuntutan Islam seperti melakukan keadilan, kejujuran, intergriti, kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat boleh terus disemarakkan di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas pun telah melakukan sesuatu yang selari dengan Islam, iaitu kempen Cekap, Akauntabel, Telus (CAT)," ujar beliau

GEMPAR ! PUNCA SEBENAR BOT EXSPRES KARAM DIDEDAH



Masalah enjin punca bot ekspres karam

Enjin bot berhenti dan sukar untuk bergerak di kawasan sungai yang deras, oleh sebab itu, ia mungkin terlanggar batu," kata Ronald Sagah.




KUCHING: Kerosakan enjin dikatakan antara punca tragedi bot ekspres yang sarat dengan penumpang karam di Sungai Rajang, Isnin lepas, kata Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, berdasarkan laporan penyiasatan, bot berkenaan dipercayai bergerak dari Bakun seawal jam 6 pagi dan berhenti di Belaga untuk menurunkan penumpang.

“Enjin bot berhenti mungkin disebabkan kerosakan atau kegagalan untuk berfungsi dan ia telah menyebabkan masalah dan kesukaran untuk bergerak di kawasan sungai yang deras, oleh sebab itu, ia mungkin terlanggar batu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita punca insiden bot ekspres karam selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, di Kompleks DUN Sarawak, di sini, semalam.

Bagaimanapun Sagah memberitahu, penumpang membanjiri kawasan terminal bot mencecah 5,000 sehingga 10,000 dalam masa satu hari.

“Namun kita di LSS hanya mempunyai 102 pegawai penguatkuasa yang bertugas di terminal utama di seluruh Sarawak.

“Kadang-kadang berhadapan dengan orang awam bukan suatu perkara yang mudah dan kakitangan kami turut tertekan ekoran kerenah orang ramai,” tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat.



Jalan raya di pedalaman

Sementara itu, Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdullah Saidol berkata, kerajaan BN turut berkongsi kesedihan atas kemalangan yang berlaku.

“Tetapi perkara ini cuba diletakkan oleh pihak pembangkang dalam usul penghargaan, namun bagi saya secara peribadinya, saya lihat kurang keikhlasan di situ.

“Mereka mengambil kesempatan terhadap kemalangan yang berlaku untuk dipolitikkan dan itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Namun, Abdullah bersetuju dengan pembinaan jalan raya dengan secepat mungkin khususnya di pedalaman.

“Usaha ini sedang dilaksanakan pada ketika ini, tetapi ia tidak dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun seperti yang didakwa oleh pembangkang kerana ia banyak faktor perlu diambil kira,” jelasnya.~ Fmt


MENGAPA RAKYAT SARAWAK MARAHKAN TV3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...