03 Julai 2009

PR HARUS PEKA !!!!

Target seterusnya - Kemarahan Kaum India Pulak

CMCN – LEPAS NI SERANG INDIA PULA…BARU BRUTAL!!!

oleh Orang Dalam


Jika kajian sosiopolitik kes-kes penguatkuasaan dijalankan dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), dan kesan-kesan yang terhasil dari tindakan itu sejak Jun 2008, kita akan dapati susunannya adalah multi racial dan multi goals.Mula-mula jadi Setiausaha MBAS, CMCN ligan orang melayu yang meniaga air balang, buah pelam longgok, ayaq nyok, buah limau buah epal depan Pekan Rabu. Berselerak habih buah dan air balang. Hingga kemarahan peniaga-peniaga kecik ni memeningkan Dato’ Taulan Rasul yang pegang portfolio Kerajaan Tempatan. Taulan makan maki hamun peniaga hari-hari, sehingga terbina persepsi awam iaitu Taulan seorang Exco yang lemah walaupun pernah bekerja di Bandaran Alor Setar.

Membantai peniaga melayu ni terhenti bila MB menegur tindakan menyepak balang air hinggakan berlaku kezaliman dan penindasan. MB mengarahkan mereka diberi lesen. Biarlah mereka mencari rezeki yang halal. Ingatan MB ialah tentang air mata orang yang dizalimi dan pesanan Rasulullah kepada sahabat yang diutus menjadi gabenor di Yaman. Apakah keutamaan bila menjadi pemerintah dan apakah yang dikatakan zalim.Lepas Melayu, CMCN mula balik ‘novela sampah’ di Alor Setar.

Masalah ini hampir selesai bila dapat Dato’ Bandar yang baru, tetapi menjadi-jadi semula bila isu peniaga kecil-kecilan senyap. Sampah mula berulat semula, hingga ada kawan-kawan melawak..aku dekat-dekat nak masuk parit tadi, mengelak ulat sampah melintas jalan!CMCN orang yang peka dengan suasana politik. Dia diutuskan oleh bosnya membina persepsi negative kepada kerajaan sekarang.

!IsuKerja mengharu birukan kerajaan PR direncana dengan teliti.Terkini, CMCN dilaporkan lebih berkuasa dari Dato’ Bandar. Tak ada Ahli Majlis yang dilantik berani bertekak dengannya. Dia akan menepuk meja dan menuding jari kepada yang berani memberi cadangan lain daripada cadangannya. Tugas setiausaha Majlis ialah melaksanakan keputusan mesyuarat Ahli Majlis, tetapi CMCN sudah menentukan keputusan mesyuarat sebelum mesyuarat bermula. Dia ada menuntut sikit ilmu ‘kepala masam’ dari Yusof Nayan. Ahli Majlis yang baru-baru ni malas nak bertembung dengan CMCN, buang karan

Isu rumah sembelih babi juga ada ramuan CMCN untuk mengeruhkan keadaan. Hanya dengan satu mesyuarat, keputusan meroboh diambil sebelum jawatankuasa perundingan yang dibentuk dalam mesyuarat memulakan rundingan dengan pengusaha rumah sembelih itu. Notis perobohan yang biasanya ditampal digantikan dengan banner besar untuk menarik perhatian orang.Arahan penangguhan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri tidak diendahkan, sehingga memaksa MB mengeluarkan surat meminta tangguh. Itu memang tujuannya. Surat itu kelak akan dijaja sebagai bahan bukti MB membela pengusaha babi dan membelakangi orang melayu yang sesak nafas dan loya tekak dengan tempat itu. Dilagakan juga rumah babi itu dengan rumah-rumah Melayu di kampong Tok Bidan yang dirobohkan sebelum itu, walaupun kesnya jauh melangit.

Perobohan itu bagi CMCN mempunyai banyak tujuan. Dia akan dikatakan berani melaksanakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja. Tujuannya juga ialah membangkitkan kemarahan kaum cina kepada kerajaan, ini prioritinya. CMCN memang berjaya dalam hal ini bila DAP meninggalkan PR di Kedah, dan menimbulkan pelbagai polemik. Sewaktu ditemui oleh wakil DAP di pejabatnya sebelum perobohan itu, CMCN mengungkapkan kalimah ini ”Lepas ini, tiada siapa yang boleh halang saya, mai lah surat daripada siapapun, MB ka, saya tak akan peduli lagi”. Berani dan tegas sungguh CMCN. Wakil DAP pulang dengan kemarahan yang meluap-luap.


Tetapi CMCN lupa, tindakan itu juga memberi kelebihan kepada PR. Tindakan yang terhalang oleh politik BN sejak 1993, terlaksana dengan keberaniannya. UMNO ‘tersangkut’ pada rumah babi itu selama 16 tahun kerana takutkan MCA dan Gerakan. Millage ini terlalu besar kesannya kepada UMNO yang menjadi tuan CMCN sejak sekian lama. Tiba-tiba CMCN menjadi hero kepada penyokong PAS dan orang Melayu (termasuk orang cina sendiri) yang marahkan rumah babi itu sejak sekian lama. 65% orang cina menyokong tindakan itu. Dia merancang, tuhan juga merancang, perancangan Allah paling baik.


Saya yakin bos CMCN tidak senang dengan kesan tak sengaja ini.Kini mata CMCN teralih kepada sebuah dewan awam di sebuah kuil hindu di Jalan Pegawai. Luas dewan itu lebih kurang 900 kaki persegi, tempat masyarakat India belajar tarian tradisional, tempat perjumpaan, jamuan, tiusyen dan kegiatan sosial kaum India penganut hindu.Dewan itu berada di sana sejak 60 tahun lalu. Semasa projek kompleks perniagaan yang diusahakan oleh kerabat DiRaja di situ, di rancang dan dibangunkan, dewan itu tidak termasuk dalam plot pelan tapak yang diluluskan oleh bandaraya.

Bila hamper siap, enam petak tempat parking kereta yang dilakar dalam pelan tidak dapat dibina kerana dewan itu beradadi atasnya. Perundingan dijalankan sejak sekian lama termasuk berunding dengan VVIP yang terlibat. Ada yang minta RM100k untuk membiarkan dewan itu, ada yang nak robohkan, ada yang cadangkan kuil itu bayar levi kepada bandaran kerana tapak parking yang terlakar dalam plan tidak dapat dibina.Merobohkan dewan itu adalah satu-satunya pilihan CMCN, walaupun kerabat itu bersetuju memilih levi. Maka, kemarahan penganut hindu, orang india dapat dijana dengan merobohkan dewan itu. Kini tiba giliran mereka pula, Melayu sudah, cina pun sudah, india la pulak!

Target CMCN ialah India pula meninggalkan PR, atau paling kurang EXCO India marahkan kerajaan dan letak jawatan akibat tekanan penyokong dan kaumnya. Adakah hal ini akan berlaku???Jika levi dibenarkan oleh undang-undang kerajaan tempatan atau perumahan atau apa saja, ia adalah jalan terbaik, CMCN tak boleh pilih opsyen yang paling kontreversi. Jika meroboh adalah satu-satunya opsyen yang ada, jawatankuasa kuil boleh diberikan kerja-kerja meroboh itu, supaya kesan kerosakan kepada struktur bangunan yang tidak terlibat dapat diminimumkan.

Begitu juga kesan politik dan social. Saya tidak jangka tindakan dan kesan yang dapat dihidu ini akan dibiarkan oleh HINDRAF dan Makhal Sakthi. Saya sokonh CMCN dengan ketegasannya melaksanakan peraturan, tetapi sangsi dengan tujuannya! Kerana sejarahnya……

CMCN ialah Cik M@t Cik N@i. Waktu terlibat dalam SUKMA yang dianjurkan di Kedah satu masa dulu, di kalangan orang yang mengendalikannya menterjemahkan SUKMA dengan makna Syed U@#$ Kaut, Mat Angkut.

ihsan dari - KedahLaNie TIME

PEJABAT MB PERLU BERUBAH..

PEJABAT MB PERLU BERUBAH!!!

Dari komen-komen dalam blog banyak juga kebenarannya..MB Kedah harus melihat kembali tentang kakitangan Khasnya.. dah banyak cerita dan pengadu bagi tahu sendiri amat susah untuk berjumpa dengan MB dan paling malang tiada jawapan langsung apabila surat dihantar oleh rakyat, sekurangnya balas surat dalam perhatiankan ke, dalam tindakan ke ...gagalke ....jangan surat tu masuk dalam lacike sudahlah.

Kalau macamtu lebihkurang sama sahaja dengan pemerintahan yang lama....

oleh: ARS- Langkawi-


komen yang baik.

thethinker- July 3rd, 2009 10:04 :bagi saya , DAP kedah tak salah, begitu jugak ngan PAS kedah .Yg menjadi masalahnya ialah , tiada komunikasi dan follow up. Apa tak boleh kan , MBAS pii tanya depa 1 minggu sblm tempoh tamat , tanya camna dah status pemindahan. Tak bolehkan pejabat MB pii tanya kat MBAS , kat pihah pusat penyembelihan tuu , 1 minggu sblm tamat tempoh , tak lah huru hara cam laa nii. Ini yg dipanggil inisiatif utk menyelesaikan masalah rakyat.Takkan tak leh nak tubuh j/kuasa utk cari kawasan baru utk depa , beri lagi 1 bulan , tubuh j.kuasa khas. Pastu dlm 2 minggu , cari tempat bina pusat penyembelihan , sampai masa , roboh yg haram tuu.. Tutup cerita , semua gembira.Jangan lah semua perkara pun ikut 100% rel keretapi , lurus bendul. Patut ada sikap amanah dan tanggungjawab;buat follow up , inisiatif . bak kata mat salleh , wear a big cap …. Spt guru menghukum murid bukan sebab nak pukul depa , tapi nak menyedarkan depa.

PendudukKEDAH July 3rd, 2009 10:23 :Salam,Aku cuma boleh katakan, kurang bijaknya kerajaan/org bawahan MB kedah nie. Pasal mmg org sekeliling MB kedah skrg nie, sengal2 belaka. Mereka ingat dah pandai, tapi rupa2 bodo. Aku malas nak ulas pjg, kalu kita bagitau kesilapan dan apa yg perlu, kita akan dikatakan pro UBN. Padahal start dari blh mengundi sampai le akan dtg aku ngan bini aku ttp ngan PAS. terus terang aku katakan, MB kedah kena tipu je ngan org sekeliling nye. Dia betul2 tak buat duit, tapi org kelilingnye, perabis dan kaut keuntungan. Kami perati je dari jauh. Dah penah tegur tapi mereka2 nie masih je buat tak tau. Apa2 pun jgn biarkan perkara nie berterusan

02 Julai 2009

DAP SILAP SASARAN...!!!!!

DAP Kedah Harus Berpandangan Kepada Gambaran Yang Lebih Besar

Pengumuman yang dibuat oleh DAP Kedah hari ini untuk meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat amatlah dikesali. Saya juga mempunyai perasaan yang empati terhadap kesukaran yang dihadapi oleh 28 peniaga-peniaga yang kehilangan tempat perniagaan mereka. Namun demikian, seruan DAP untuk meninggalkan Pakatan adalah dibuat secara tidak rasional dan terburu-buru tanpa mengambil kira pertimbangan kebangsaan perjuangan politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.Adalah hak sesiapa sahaja untuk menentang, membantah malahan mengutuk keputusan Majlis Bandaran Alor Setar untuk merobohkan Pusat Penyembelihan Babi.

Walau bagaimanapun, DAP Kedah tidak harus dipengaruhi dengan terlalu mengikut perasaan apabila membuat seruan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.Isu Pusat Penyembelihan Babi merupakan satu isu perlesenan dan masalah Majlis Bandaran tempatan, dan DAP kedah tidak harus menjadikannya sebagai isu kebangsaan, dengan mengancam gabungan antara PAS, PKR dan DAP. Saya pasti masalah Majlis Perbandaran ini dapat mencapai perdamaian melalui saluran yang lain.DAP Kedah harus sedar seruan yang dibuat untuk meninggalkan Pakatan akan mengganggu perasaan kebangsaan untuk perubahan nyata yang dibawa oleh 308.

DAP Kedah juga harus memahami semua perubahan polisi yang disaksikan kebelakangan ini; dari pengenalan biasiswa PSD yang hanya berdasarkan kepada merit, dan pembatalan 30% kuota untuk syarikat-syarikat yang ingin memperolehi penyenaraian awam, semua ini merupakan hasil terus daripada pilihanraya umum 2008.

DAP Kedah telah menembak sasaran yang salah dengan membuat keputusan yang drastik untuk meninggalkan Pakatan. Adalah melalui satu usaha yang besar, sehingga boleh dikatakan satu keajaiban, untuk PAS, PKR dan DAP untuk bersama-sama bergabung dan bersatu berhadapan dengan Barisan Nasional. Pakatan ini semestinya akan menghadapi kesukaran dan perselisihan faham. Namun demikian, adalah menjadi kewajipan kita untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut untuk memastikan gabungan kekal bersatu.

Saya amat pasti tidak ada satu penyokong 308 yang mengundi dan menyokong untuk perubahan nasional ini akan bersetuju dengan seruan DAP Kedah untuk meninggalkan Pakatan atas masalah Majlis Bandaran di Kedah sahaja. Kita mempunyai kewajipan kepada setiap satu pengundi yang mengundi pembangkang, dan yang telah hampa dengan ketidakupayaan MCA dan Gerakan untuk mewakili mereka secara efektif, untuk tidak mengendalakan arah politik Negara kita yang pada masa kini sedang menuju.

Gooi Hsiao LeungKedah PKR State Committee Member
Kedah PKR Deputy Youth Chief
012-316-6001
Rundingan Operasi Air Masih Buntu - K'jaan Selangor

KUALA LUMPUR - Runginan mengenai pergurusan air di Selangor masih menghadapi jalan buntu apabila ABASS Terima tawaran Kerajaan Selangor manakala SPLASH, SYABAS dan Puncak Niaga menolak tawan tersebut .

Lembaga Pengarah ABASS dan syarikat pegangannya, Titisan Modal (M) Sdn Bhd, pada prinsipnya telah menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM946 juta untuk memiliki aset dan operasi air Konsortium ABASS Sdn Bhd.Tawaran itu termasuk liabiliti yang diandaikan oleh kerajaan Negeri dan/atau dikekalkan di ABASS berjumlah RM779 juta (termasuk pinjaman Titisan) dan nilai ekuiti RM167 juta, kata Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia.

KPS menguasai 55 peratus kepentingan dalam Titisan, yang sebaliknya memiliki 100 peratus ABASS.Sementara itu, tawaran RM2.975 bilion yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk aset dan operasi air Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah ditolak oleh SPLASH, kata Gamuda Bhd.

Gamuda ialah pemegang saham utama dalam SPLASH dengan kepentingan 40 peratus.Sementara itu, Puncak Niaga Holdings Bhd berkata tawaran RM1.94 bilion kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) serta tawaran RM3.361 bilion untuk aset air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah ditolak oleh kedua-dua PNSB dan Syabas.Puncak Niaga menguasai 100 peratus kepentingan dalam PNSB dan 70 peratus kepentingan dalam Syabas.

DAP KEDAH BELUM MUKTAMAT..NAK KELUAR

Lim: Perlu persetujuan parti untuk keluar Pakatan
Jul 2, 09 1:13pm

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP Kedah menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PAS Kedah kerana hilangnya rasa kepercayaan antara kedua belah pihak.Beliau juga menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar."Apabila DAP Kedah bertindak keluar dari kerajaan negeri Kedah, ia menunjukkan tidak ada komunikasi dan rasa hormat dari kerajaan PAS Kedah,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP Kedah tidak pernah meminta sebarang anugerah atau gelaran gDatuk tetapi ia tidak senang dengan kurangnya rasa hormat PAS terhadap DAP di Kedah, tidak sepertimana penghormatan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang.Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu.Bagaimanapun, kata Lim, belum ada tarikh yang ditetapkan oleh CEC untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu," kata Lim yang ketua menteri Pulau Pinang.Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu.

DEPA DAH NAK JADI UBN...????

Kenapa Kerajaan Kedah Tak Rujuk Rakan Dalam PR?

DAP Pusat akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan langkah DAP Kedah yang memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.Sementara itu beberapa pihak melihat tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan YAB Ustaz Azizan Abd Razak bukan sesuatu tindakan yang bijak terutama di saat kita sedang menghadapi pilihanraya Manek Urai.

"Kenapa kita beri modal untuk UMNO/BN untuk menyerang pakatan Rakyat ketika ini." keluh seorang ahli PAS di Kedah.Sementelah lagi kita tidak sepatutya mengikut cara UMNO BN menyelesaikan sesuatu isu yang sensitif seperti langkah Khir Toyo merobohkan kuil dan surau di Selangor yang telah mengakibat kekalahan besar parti UMNO BN di Selangor.

"Bangunan tersebut tidak bersalah. Ia boleh ditutup, disamak (dibersihkan) dan kemudian digunakan untuk tujuan lain. Kenapa perlu ambil tindakan merobohkan? Banyak sangatkah duit kerajaan Kedah untuk bina bangunan baru?" bentak seorang ahli PAS yang lain."Apakah ini penangan dari isu Kerajaan Perpaduan yang taksub kepada bangsa?"

tambahnya.Seorang forummer di Tranungkita Online, ajai, turut mempersoalkan tindakan MB Kedah tersebut.Terkejut juga aku tengok Edisi 7 NTV7 tadi (antara berita yang tepercaya berbanding RTM dan TV3) bila Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah/Perlis umum tarik diri dari PR Kedah. Namun demikian, bila aku lihat sikap Azizan Razak, MB Kedah, aku jadi tak hairan pun bila ada yang tak puas hati. Azizan ni

lagak dia memang macam keras kepala sedikit dengan satu geng pun dia buat tak berapa peduli.Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim, MB Selangor walaupun ada yang kritik sikap degil dia, tapi hati batu dia pada UMNO dan penyelewengan bukan pada rakan dalam PR. Bila rakan dalam PR bersuara, dia dengar dan pertimbangkan.Pandangan aku, walaupun PAS boleh mentadbir Kedah sendirian (majoriti mudah saja pun), jangan angkuh.

Tidak perlu mendabik dada dengan Kelab Penyokong PAS yang bukan Islam tu sebab PAS perlu kepada PKR untuk meneutralkan imej totok parti itu kepada golongan pertengahan dan sekular, serta perlu kepada DAP bagi meneruskan arus sokongan Cina dan India. Yang paling penting, imej pada peringkat negeri melambangkan imej pada peringkat pusat.

Kedah tak macam Kelantan, minoriti bukan Islam besar juga bilangannya. Kalau PAS Kedah berkeras nak laksanakan dasar-dasar dia saja tanpa merujuk pada rakan dalam PR atas sebab merasakan yang mereka boleh memerintah sendirian, ingatlah... kalau nak perintah sendiri setakat majoriti mudah saja, tak lebih. Sikap begini langsung tidak memperkasa sebaliknya meranap imej PR sebagai gabungan untuk semua bangsa dan agama.


Posted by kerabu

H1N1 MEREBAK KE KEDAH

Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru

ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik.


Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.Azizan berkata demikian ekoran tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS.DAP Kedah tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong.

Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan orang Cina di bandar ini.Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.

MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ.

Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.“Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.

01 Julai 2009

TERKINI.. DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN!!!


Mengundi lagi kite wehh ..
dari blog: Dango Mamat

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.

Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.

Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.

Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.

Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.

Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …

Wallahualam

Wanita 1Malaysia tidak dihormati...

Dua siswa UM dibebas hari ini
dari: malaysiakini.com

kemaskini 11.58am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, akan dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.

Menurut seorang pemimpin pelajar UM, ibu bapa kedua-dua tertuduh sudah membayar ikat jamin tersebut jam 11 pagi tetapi dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu belum dibebaskan setakat ini - dipercayai akan dilepaskan sebentar lagi.Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelumnya.Kedua-duanya didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Rabu lalu.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam. Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Agak malang bagi negara ini wanita pertama yang tidak dihormati oleh rakyatnya sendiri...
ini mengambarkan maruah kita dipandang rendah..oleh masyarakat dunia...

29 Jun 2009

1MALAYSIA KENA TIPU!!!!

Mustapha jangan temberang...

Siapa kata tiada minyak di Kelantan? sumber Malaysia Today

Posted by admin
Monday, 29 June 2009 11:34
By Anak Sungai Derhaka


Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).
Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN?

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/06/siapa-kata-tiada-minyak-di-kelantan.html

28 Jun 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI???

MB Selangor kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?
Khalid Ibrahim nafi beri laluan kepada Zaid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menafikan spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi tersebut

"Isu besar seperti ini biasanya dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi perkara ini tidak pernah langsung dibincangkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa beliau berkemungkinan mengosongkan kerusi itu selepas pilihan raya kecik Manik Urai Julai ini, bagi memberi laluan kepada Zaid bertanding sekali gus membantu memperkukuhkan PKR.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata, pihaknya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya atas apa sebab sekali pun.
"Masanya belum sesuai. Ada sesetengah rakyat berasa tidak selesa kerana terlalu banyak diadakan pilihan raya. Kita perlu fokus kepada kerja yang dilakukan.
"Apa pun keputusan di peringkat biro politik, ia adalah keputusan bersama bagi memantapkan parti," katanya di sini hari ini.

Zaid turut dilaporkan terkejut dan menyangkal spekulasi terbabit serta mendakwa perkara itu adalah khabar angin yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh pihak tertentu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dipecat daripada Umno pada Disember lalu menyertai PKR pada 13 Jun lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, keanggotaan Zaid ke dalam parti itu adalah sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan PKR. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...