27 Julai 2013

1MALAYSIA HANYA MENGHASILKAN KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN KEPADA MELAYU DAN ISLAM NEGARA INI.

Komen Kadir Jasin yang agak keterlaluan di dalam posting MR:- “Selepas Vatican mungkin beliau akan meneroka kemungkinan menjalin perhubungan dengan Israel pula kalau didesak oleh Obama kerana Mohd Najib amat dahaga dinobatkan sebagai pelopor "global moderate" atau setidak-tidaknya pun tidak lagi kritikal terhadap Israel.” Sila baca sini. 

Cetusan komen ini sebenarnya sukar diterima dan sangat mengancam tetapi ia tidak boleh dipandang remeh malah tidak mustahil kerena bibit-bibit tunas Israel sudah mula merayap dicelah-celah tempat sulit.


Yang sebenarnya jarum halus Israel telah pun disuntik ke dalam urat nadi rakyat ini dan sedang manjalar perlahan-lahan, terkemut-kemut, slow and steady, sedikit demi sedikit tetapi kumannya telah berada di dalam badan tanpa sedar.

Apabila DS Najib mencetuskan gagasan "1Malaysia" terdapat beberapa pihak melihat gagasan ini bermiripkan konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an. 

Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Ramai pihak telah bangkit khasnya pasukan gerak saraf jabatan-jabatan tertentu untuk menjelaskan bahawa "1Malaysia" tidak sama dengan "One Israel". Walaupun kata mereka berbeda tetapi ‘branding’nya tetap sama; “1Malaysia”-“One Israel”.

Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu. 

Apabila berbangkit isu disamakan "1Malaysia" dengan "One Israel", pelaksana "1Malaysia" terpaksa membuktikan bahawa "1Malaysia" tidak wujud persamaan dengan "One Israel" oleh itu polisi-polisi yang kontra terpaksa dibuktikan dan dilaksanakan. 

Di antaranya semua hak-hak kepentingan Melayu dibuka kepada semua kaum, penjawat-penjawat awam, pendidikan, ekonomi dan taraf Bumiputera.
Apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama resmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.

Akhirnya "1Malaysia" sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi ‘boomerang’ atau ‘backfired’ kepada kaum peribumi dan agama Islam.
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakkan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.

Terkini Tun Mahathir dalam blog nya menulis "Apabila keadaan sudah lebih terbuka maka orang luar pun masuk untuk cuba mempengaruhi politik kita. Bagi AS mereka secara terang-terangan mahukan perubahan pemerintahan dan sesiapa yang tidak mesra dengan mereka akan ditukar. Dalam hal ini saya fikir mereka ada kecenderungan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka akan membantu beliau namun mereka tidaklah menunjukkan berseteru dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun bagi mereka pilihan yang terbaik tetap Anwar."

Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan. ~ Sumber

Lagi Kes Menteri Bangang?

Guan Eng: Saya tak pernah janji siasat doktor 'rasis'

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau tidak pernah berjanji - secara lisan atau bertulis - untuk menyiasat dakwaan doktor 'rasis' kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana hospital terletak di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.

Lim melahirkan rasa terkejutnya kerana didakwa sebagai telah berkata bahawa beliau telah "berjanji secara lisan atau bertulis" untuk menyiasat dakwaan serius mengenai "doktor rasis" di Pulau Pinang.

Lim berkata, dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hilmi Yahya (kiri) itu adalah "tidak benar" kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyiasatnya.


"Hilmi jelas tidak layak untuk menjadi timbalan menteri kesihatan jika dia tidak tahu bahawa hospital kerajaan di bawah 

bidangkuasa pengawasan dan eksklusif kementeriannya dan kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri," kata Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Jelas Hilmi sedang cuba untuk melarikan diri dan bersembunyi daripada tanggungjawab dengan melepaskannya kepada kerajaan negeri bahawa tiada tindakan akan diambil sehingga kami menghantar laporan kepada kementerian kesihatan," tambah Lim.

"Apa laporan yang kerajaan negeri hendak hantar, sedangkan tiada janji lisan seumpama itu dari saya? Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas doktor di hospital kerajaan," kata Lim.

Lim bertanya sama ada ini adalah jalan keluar bagi Kementerian Kesihatan untuk tidak menyiasat dakwaan palsu itu, dengan berkata tiada laporan telah diterima daripada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri bersedia untuk menyiasatnya jika Hilmi sanggup menyerahkan kuasa penuh ke atas hospital kerajaan di Pulau Pinang kepada kerajaan negeri.

Hilmi telah dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata semalam bahawa Kementerian Kesihatan sedang menunggulaporan siasatan terhadap 'doktor rasis' dari kerajaan Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan secara lisan oleh ketua menterinya

Polis Dipukul Sebelum Dirompak, Lepas Nie Menteri Jaga Polis Pun Depa Samun?


Anggota polis dipukul sebelum dirompak


Kuala Lumpur: Seorang anggota polis cedera dipukul dengan batang besi sebelum dompet dan telefon bimbitnya dilarikan dua perompak dalam satu kejadian di Setapak di sini, awal pagi semalam. 

Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa dikenali sebagai Rosilan berusia 20-an dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikatakan sedang minum di sebuah restoran bersama rakannya.

Mangsa ketika itu didatangi dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Lagenda, sebelum memukulnya menggunakan batang besi dan melarikan dompet serta telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan orang ramai dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.

Katanya, kejadian itu didalangi dua lelaki bermotosikal dan nombor pendaftaran belum dapat dipastikan.

“Polis akan mengambil keterangan saksi yang melihat kejadian itu untuk siasatan lanjut bagi memudahkan gerakan memburu suspek dilakukan,” katanya.


Kejadian Kedua Yang Dilaporkan Oleh Akhbar Sinar hari ini;

Koperal, anak nyaris disamun

Tempat kejadian dipasang tali keselamatan sementara menunggu ketibaan pasukan forensik untuk menjalankan siasatan.

BENTONG – Tindakan dua penyamun bersenjatakan parang menyamun seorang lelaki yang juga seorang anggota polis berpangkat koperal mengundang padah apabila seorang daripada mereka cedera terkena tembakan.

Suspek cedera di bahagian rusuk kiri ketika cubaan menyamun di persimpangan masuk ke Felda Lurah Bilut kira-kira jam 4.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Mempaga itu dalam perjalanan pulang dari Bandar Bentong bersama anak perempuannya, 17, ke rumahnya di Berek Polis Lurah Bilut.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mangsa iaitu kereta Proton Iswara ditahan kenderaan suspek jenis Mercedes Benz berwarna hitam.

“Seorang suspek bertindak keluar dari kenderaan dan mengacukan parang ke leher anak mangsa dan meminta menyerahkan barangan berharga.

“Mangsa kemudian bertindak pantas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek menggunakan pistol untuk mempertahankan diri dan anak perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, selepas seorang daripada mereka terkena tembakan, kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa dan anaknya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

“Polis giat mengesan kedua-dua suspek terbabit. Orang awam yang melihat pergerakan individu yang mencurigakan dan cedera akibat terkena tembakan diminta membuat laporan segera,” katanya.

26 Julai 2013

Panas ! Bonus Raya RM600 Untuk Pemandu Teksi Dari Kerajaan PR P.Pinang, Lebih Dari Bantuan Khas Najib....

Foto

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. ~sinar harian
Foto



Utusan Ditempelak Kerana Mengugut

Utusan perlu dikenakan tindakan kerana mengugut, kata Guan Eng

Lim Guan Eng (gambar) hari ini menyelar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita palsu pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Utusan Malaysia menggunakan kaedah menggugut untuk menakut-nakutkan orang ramai, bahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato A Thaiveegan sendiri menafikan bercakap mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"A Thaiveegan tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.


"Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi," katanya.

Ahli Parlimen DAP itu kemudiaan mempertikai sikap kerajaan yang berat sebelah dalam mengambil tindakan, sebagai contoh kes membabitkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan lain-lain seumpamanya.

"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.

“Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," katanya.

Sementara itu, Lim juga mengecam terhadap ugutan bunuh dalam kes membabitkan murid disuruh makan di bilik mandi sekolah yang mendapat perhatian baru-baru ini.

"DAP juga mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor.

"Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah," katanya.

Kontroversi membabitkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya.

SAMM Lancar Tabung Kumpul Dana Bantu Aktivis Protes Penipuan PRU



SHAH ALAM, 26 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan tabung kutipan dana bagi membantu 33 aktivis yang terlibat dalam perhimpunan protes penipuan pilihan raya.

Wang tersebut bagi membayar jaminan yang dikenakan mahkamah terhadap mereka.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataannya kepada TV Selangor, SAMM sebelum ini dinasihatkan peguam mereka agar bersiap-sedia dengan wang sebanyak RM165,000 bagi bayaran ikat jamin tersebut.

“Berdasarkan makluman dari Pegawai Penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Menurut Edy , orang ramai yang ingin menyumbang bagi bayaran ikat jamin 33 aktivis tersebut dan membantu gerakan SAMM, mereka boleh mendepositkan wang ke akaun Maybank 5550 4111 3224 atas nama Solidariti Anak Muda.

“Selepas menyumbang harap dapat sms ke 0126937908 atau email kesamm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan,” katanya lagi.

Pada 24 Jun lalu, lebih 50 aktivis dari pelbagai NGO mengadakan protes di hadapan Parlimen bagi mendesak pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Dalam kejadian tersebut seramai 33 dari mereka ditahan termasuk beberapa aktivis golongan muda terkenal seperti Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.

Pelajar Kuin bantah dipindah, serah memo pada MB...Berita Tak Masuk Utusan, TV3....


Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dibiayai kerajaan negeri Kedah sekali lagi menjadi tumpuan apabila pelajarnya membantah keputusan untuk memindahkan fakulti mereka ke tempat lain tanpa notis yang betul.



Seramai 504 daripada 1,200 pelajar terbabit menandatangani
petisyen membantah langkah memindah Fakulti Muamalat (Pentadbiran Islam dan Perbankan) dari Kuala Ketil ke Mergong, kerana mereka tidak menerima sebarang notis bertulis mengenai pemindahan tersebut.

Beberapa wakil pelajar berkumpul untuk menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Zulkifli Osman, seorang jurucakap dari pejabat menteri besar, menerima memorandum tersebut.


Katanya, satu jawapan akan dihantar kepada Kuin tidak lama lagi berhubung bantahan pelajar terbabit.

"Langkah itu telah mengganggu emosi kami, menggangu pengajian
kami dan melibatkan situasi kewangan kami," kata para pelajar fakulti tersebut, yang mahu dikenali sebagai Mahasiswa Prihatin 3K.

"Kami memilih untuk terus berada di Kuala Ketil dan jika Kuin bertegas untuk memindahkan kami, sila beri kami notis bertulis yang betul, jika tidak, ia memberi gambaran buruk tentang pengurusan mereka," kata seorang pelajar dari Sabah, yang merupakan salah seorang wakil yang menyerahkan memorandum kepada Muhkriz, di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di Alor Setar, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan cuba mencari pendekatan yang terbaik bagi menyelamatkan kemelut kewangan yang dihadapi Kuin.


Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah
bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di Alor Setar hari ini.

Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa

iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri. ~MK

25 Julai 2013

Panas ! Pentempuran Kem Tun Mahathir Dan Najib Bermula?

Tengku Adnan arah MYKMU serang @NajibRazak mulai hari ini ? 


Written by ridtuanlee@........com
Thursday, 25 July 2013 18:16




Kami baru habis 'training' dengan depa MYKMU dan tetamu hormat Datuk Tengku. Kami telah diarah bersama semua jentera alam maya untuk serang Perdana Menteri dengan:

1) Kaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah dengan segala skandal yang ada.

2) Bawa nama nama kroni Perdana Menteri seperti syarikat AES, 1MBD, Prasarana dan lain lain kepada alam siber dan serang Perdana Menteri dengan kaikan kroni, kewangan dan rasuah.

3) Kaitkan Perdana Menteri dengan kepimpinan yang lemah dan layu.

4) Kaitkan Perdana Menteri dengan kelemahan bertindak ke atas bangsa Cina dan India.

Kami ingat 'training' ini adalah untuk Pemilihan Agung UMNO tapi rupanya kami di arah untuk jatuhkan Presiden UMNO supaya calon Dr Mahathir boleh naik ke atas. Kami bimbang ini akan jatuhkan UMNO lagi tetapi depa tidak setuju. Hanya satu matlamat sekarang dari mereka. Serang Dato Seri Najib habis habisan.   
Sekian.

Sumber Diambil dari SINI


Laman FB Pemuda Umno mula membalas serangan kem Mahathir....dimaklumkan kem tun tidak puas hati perlantikan KJ menjadi menteri, najib terpaksa melantik bagi mengimbangi pengaruh tun dalam kabinet....


Tidak kurang daripada sehari lagi kita akan menghayati Ramadhan ke-17 sekaligus mengingati saya akan peristiwa Perang Badr. Namun, pada Ramadhan ke-17 kali ini, tidak sangka kami akan bertelingkah dengan darah kami sendiri, iaitu PEMUDA UMNO MALAYSIA, yang menyebarkan fitnah atau perkataan moden, persepsi, ke atas Dr Mahathir, yang sebenarnya tiada sumber bukti atau rujukan audit PETRONAS.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10151486042712413&id=223318787412

http://networkedblogs.com/NuPY3

Tidakkah kita lupa sebelum ini Dr Mahathir dengan ikhlas dan jujurnya mengkritik kerajaan yang kita tungkus-lumus berjuang agar dapat teruskan mandat mereka berkenaan dengan TPPA dan struktur UMNO yang semakin lama semakin mempunyai masalah?

Cuba anda lihat lagi di  Page FB Saya Sayang Tun Mahathir

Terbukti semenjak semalam adminnya telah menghentam team Najib.....




Pengerusi & Timbalan SPR Apa Lagi Lu Mau...Jawab Dulu?



Cabaran Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR: Jangan Cuba Lari Dari 
Isu Kegagalan SPR Di Bawah Tanggungjawab Mereka

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang kononnya mencabar saya mengulangi ucapan di dalam Dewan Rakyat dengan menyebut secara khusus nama mereka membayangkan bagaimana partisannya dan berat sebelahnya kedua-dua mereka ini. Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik.


Saya telah ulang pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan amalan perolehan yang meragukan di luar dewan. Saya telah mempersoalkan peranan dan keterlibatan pimpinan SPR di dalam proses ini yang menghakis sepenuhnya keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, kedua-dua mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesemua perkara ini – dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada perlantikan pembekal melalui rundingan terus yang membolot kontrak-kontrak pembekalan tetapi gagal melaksanakannya dengan baik.

Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan oleh kedua-dua mereka sekarang.

Isu sebenarnya adalah kegagalan kedua-dua mereka mengendalikan pilihanraya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka, terutamanya kegagalan pelaksanaan dakwat kekal. Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, mereka perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini.

Jika mereka benar-benar menjalankan tugas dengan baik, sudah tentu mereka boleh menjawab persoalan-persoalan berikut yang menurunkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPR:

1. Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal?

2. Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?

3. Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?

4. Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?

5. Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?


Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.

Namun, kedua-dua mereka kini bersembunyi di sebalik isu cabar-mencabar kerana tidak berani untuk menjawab kelima-lima soalan yang berlegar di fikiran rakyat kini. Hakikat bahawa mereka lebih lantang cabar mencabar dari membersihkan nama SPR dengan menjawab soalan-soalan ini membayangkan ada perkara yang tidak telus yang mahu disembunyikan.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

25 JULAI 2013

Apa Dah Jadi Dengan Polis Malaysia?


Kes Dhamendran: Inspektor dakwa jadi mangsa akibat ‘lindungi pihak tertentu’


Suspek keempat kematian dalam tahanan N Dhamendran, Inspektor S Hare Krishnan, mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes itu bagi 'melindungi pihak-pihak tertentu.'

Ia didedahkan dalam satu laporan polis Hare Krishnan pada 1 Jun, sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.

Mengikut Malaysiakini, laporan itu menyebut Hare Krishnan tidak berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.

Dhamendran 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.

Pada mulanya, polis mendakwa Dhamendran mati akibat kesukaran bernafas tetapi bedah siasat mendapati mangsa mengalami 52 kecederaan termasuk dikokot di telinga.

Hare Krishnan juga mendakwa menerima arahan pegawai atasan pada 21 Mei untuk 'melepaskan dan menangkap semula' Darmendran ketika mangsa makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras.

Ia didakwa berlaku selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau kemudian mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian tetapi mendapati penangkapan semula Dhamendran dibuat menggunakan butiran pengenalannya tanpa persetujuannya.

Inspektor itu berkata, ada arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Dia mendakwa semua catatan dirinya dalam diari lokap tidak benar dan dilakukan untuk mengaitkannya bagi melindungi pihak tertentu.

Mengikut Hare Krishnan, dia tidak pernah 'menyentuh atau memukul' Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang 'memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu.'

Malaysiakini turut melaporkan polis mengesahkan laporan polis oleh Hare Krishnan itu.

Hare Krishnan masih dalam persembunyian dan polis memapar gambarnya Selasa lalu bagi mendapatkan bantuan orang ramai dalam mengesannya.

Polis mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun.

Tiga suspek lain Jaffri Jaafar, 44; Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 5 Jun. 

TRANFORMASI DARI BONUS KEPADA BANTUAN KHAS KEWANGAN...TERIMA JE LA...RM500 BOLEH BELANJA SETAHUN..




Penantian kakitangan persekutuan berkecai , dimana harapan pejuangan persatuan pekerja menuntut bonus 2 bulan gaji hanya mampu ditunaikan oleh kerajaan Najib sekadar layak dipanggil " DUIT RAYA " atau Angpau....

Sekiranya Najib hanya mampu membayar RM500 pada semua gred gaji, maka di Selangor mereka dapat paling kurang RM1,100 kerana mengikut  gaji minimum RM1,100 yang telah efiktif semenjak 3 tahun lepas.

Paling malang kerajaan Najib masih menangguhkan penguatkuasan gaji minimum RM900 sebulan.....








Selangor beri bonus Aidilfitri sebulan gaji kepada kakitangan awam

SHAH ALAM: Mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri tersebut, lapor Keadilan Daily.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.



Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam 

kenyataan di sini hari ini.



Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

24 Julai 2013

TERKINI : BN KEKAL DI DUN KUALA BESUT , MAJORITI 2,592 ( RASMI )

KEPUTUSAN RASMI:

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tewaskan calon PAS Endot@Azlan Yusof dalam PRK Kuala Besut hari ini dengan majoriti 2,592 undi.



BN kekal di kerusi DUN Kuala Besut


KUALA BESUT: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,650 undi.

Kerusi itu berjaya dipertahankan oleh Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang mengalahkan calon PAS Endot @ Azlan Yusof.

Pada pilihan raya lalu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokthar mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan selepas jam 10 malam ini.


KEPUTUSAN MASIH BELUM DISAHKAN :


DUA peti undi dari Pulau Perhentian yang pertama tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dewan Majlis Daerah Besut. 

JUMLAH KESELURUHAN UNDI PDM PULAU PERHENTIAN

BN = 454

PAS = 179

UNDI ROSAK = 4

JUMLAH = 633

MAJORITI BN = 275


BN terus mendahului. Berikut adalah keputusan untuk PDM Tok Saboh. Ini adalah PDM keempat yang dimenangi BN daripada 8 PDM. Berikut keputusan PDM Tok Saboh



BN - 1534

PAS - 959

BN menang majoriti 575 undi


Dalam PRU 13 yang lepas BN kalah di peti undi Kampung Nangka dengan majoriti 79 undi. PRK hari ini BN berjaya tawan peti undi berkenaan. Berikut keputusan PDM Kg Nangka:

BN - 524
Pas - 510

BN menang majoriti 14 undi

Setakat ini kedua-dua peti undi yang dimenangi PAS pada PRU 13 telah berjaya ditawan BN
....
SUMBER BERITA

Keputusan Tidak Rasmi
SK Pulau Perhentian
Saluran 2
BN : 223
PAS : 86

Tepat jam 5.00 petang hari ini, semua lapan tempat membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup.

Sejumlah 14,108 pengundi membuang undi dengan jumlah keseluruhan yang mengundi kali ini adalah 79.78 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN Kuala Besut adalah keseluruhan pengundi berjumlah 17,683.
Keputusan PRK itu akan diumumkan jam 10.00 malam hari ini.

Ketika proses pengundian berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan, malah proses membuang undi juga berlangsung dengan aman.

Turut berjalan lancar adalah penggunaan dakwat kekal yang benar-benar kekal selepas dakwat yang digunakan dalam Pilihan Raya 2013 menimbulkan kontroversi apabila tidak bertahan lama.

BERITA GEMPAK : TIM PENGERUSI SPR PULAK KANTOI, DITAHAN DIPUSAT MENGUNDI, PENGUNDI HANTU INDON DITANGKAP...?

Pengundi hantu indon di tangkap di kuala besut...ada lagi mainan kotor...kemong lah umno/spr...bulan pose pong nok nipu jugok....SUMBER

Didakwa pengundi hantu?


Penyokong PAS tahan kereta bawa timb pengerusi SPR



Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke Kuala Besut.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

HARI INI DIGEMPARKAN DENGAN BERITA CALON BN TELAH MELANGGAR AKTA PR...
GAMBAR BELIAU MENUNJUKAN KERTAS UNDI BERPANGKAH MENJADI TRENDING DI MEDIA SOSIAL.....

TERBATAL atau TIDAK? SPR dah lupa akta yang depa sendiri buat!!

Gambar Garis Masa
Pembuka sejarah PRK N01 Kuala Besut, pagi2 calon BN dah buat hal. Calon BN N01 Kuala Besut telah melanggar AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 5 Seksyen 5(2) dan (3) yang membawa kepada 11 tahun penjara dan RM3000 denda. Nah!!!!.. Amek kaaaaaaaaaawww!!!

Rasanya SPR berani tak umumkan PENCALONAN CALON BN DIBATALKAN.. Aku tak pasti samaada SPR hilang cerdik atau calon BN yang kurang cerdik. ~aku tepuk dahi ko ape pun ta dapat nty kang~  Oleh: Orenji Ren Oren


Pengundi Pas Kedah FB


Dengar cerita yg blm dapat disohehkan iaitu terdapat indon dan bangla ditangkap oleh petugas kita ketika cuba utk memasuki ke kawasan bilik mengundi....



TERKINI: Kalau ikut Populariti Che Long Didepan 7:3? ...Tapi Pihak BN Kata , Jauh Mendahului Sehingga Pukul 1.00 Petang....

67.79% sudah keluar mengundi

kemasikini: 3.00 ptg...

2pm: Jumlah keluar mengundi sehingga waktu ini sebanyak 11,075 orang (66.98 Peratus). Termasuk undi awal 911 undi, jumlah keseluruhannya 11,987 orang (67.79 peratus).

1:00pm: Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi sebanyak 10,160 orang (61.45 peratus), termasuk undi awal 911, sebanyak 11,072 (62.61 peratus)


Dik ? saya nak tampal gambar calon PAS kat motor adik boleh tak ?boleh bang ! No Hal ... ddera ni kita pasang saja - saja jer. Tampallah, kita suka Che Long.

Macam mana tu ? ini gambaran semalam.....




Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long tiba di tempat membuang undi seawal jam 7.45 pagi tadi dan selesai membuang undi pada jam 8.05 pagi di SK Kampung Baharu.

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, sebaik Che Long membuang undi beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.

Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.





RAMALAN BB : PRK N01 KUALA BESUT

BN MENANG  MAJORITI : 2,134

Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini pada kira-kira jam 8.23 pagi. Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi.

Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.

"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.
- POLITIK HARIAN


#Live PRK Kuala Besut : 1.00 pm BN Telah Jauh Mendahului Pihak Lawan

Posted by SABA terengganu today 


Barisan Nasional (BN) dilaporkan sedang jauh mendahului dan meninggalkan Pas dalam pengundian setakat jam 12 tengahari ini.

Dari jumlah 56 peratus atau 9 000 lebih yang keluar mengundi sebagaimana laporan Suruhanjaya Pilihanraya sebentar tadi, didapati sebahagian besarnya adalah dari kalangan pengundi BN.

Menurut sumber yang tidak rasmi, dalam tempoh 4 jam lalu penyokong BN sudah pun melebihi keluar mengundi mengatasi Pas di kesemua 8 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Jumlah keseluruhan pengundi Dun Kuala Besut ialah 17, 679.

Keadaan cuaca yang baik sejak semalam, telah memberi kesempatan kepada para pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, tanggungjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Menteri Besar ,Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang juga Pengerusi BN Terengganu yakin calon BN akan menang besar.

PANAS ! VIDEO MAT SAID KANTOI DI PUSAT MENGUNDI TERSEBAR !!!


Kejadian ini berlaku di Pusat mengundi SK Kampung Nangka, mungkin MB Mat Said hendak tunjuk baik untuk menolong seorang makcik yang berkerusi roda untuk mengundi.

 Adalah menjadi satu kesalahan peraturan spr orang yang tiada kebenaran masuk kawasan mengundi kecuali  wakil calon , calon dan paca dan waris terdekat kepada pengundi.....

kejadian pada 9.15 pg tadi di  SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil.

Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain. 


TERKINI: MB TERENGGANU DIMALUKAN DIPUSAT MENGUNDI.....

31 peratus sudah keluar mengundi

Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.
Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan:

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 6,039 orang.

9.48am: Jeti Kuala Besut - Ketika suasana di pusat pengundian makin panas, sekitar kawasan jeti masih kekal tenang. Orang ramai kelihatan kurang berbanding hari-hari lain.

Pelancong seperti biasa bersarapan dan bersedian menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Sementara itu, laman Facebook rasmi pilihan raya kecil Kuala Besut PAS melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turun melawat di unit peti undi Kg Nangka sebentar tadi.

9.15am: SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil.

Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain.





Sebelum itu, di SK Kg Nangka - Calon PAS Che Longberedar daripada pusat pengundian itu, selepas 20 minit meluangkan masa membuat lawatan di situ dan beramah mesra dengan pengundi.

Tidak berapa lama kemudian, menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut beredar daripada pusat pengundian itu.

Sementara kedua-dua penyokong berbaris di luar kawasan sekolah di tepi jalan sambil memegang dan menunjukkan poster calon masing-masing kepada pengundi yang berjalan ke pusat pengundian dan kenderaan yang lalu lalang di situ.


Sementara itu, di SM Kuala Besut, Naib Ketua Wanita MCA Heng Seai yang berdiri di depan sekolah itu berkata, perjalanan hari mengundi setakat ini nampak aman dan harmoni.

"Walaupun mereka daripada parti yang berbeza, tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain, ini budaya yang sangat berbeza," katanya.

Terdapat 148 pengundi Cina di Kuala Besut, tidak sampai 1 peratus daripada jumlah pemilih keseluruhan.
Seramai 114 daripada mereka akan mengundi di Sebarang Barat dan selebihnya di Bukit Puteri.

9.08am: SMK Kuala Besut - Beberapa penyokong PAS mula mempamerkan kain rentang dan plakad di kedua-dua tepi jalan di hadapan sekolah bagi merayu undi.


8.50am: SK Kg Baharu - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tiba di pusat pengundian itu tetapi disambut dengan laungan takbir oleh majoriti penyokong PAS.
Bagaimanapun beliau hanya mampu tersenyum. Manakala laungan "Hidup BN" oleh penyokong BN tenggelam laungan takbir penyokong PAS.

"Setakat ini saya berpuas hati perjalanan pilihan raya. Semuanya aman dan saya berharap ia berterusan sehingga pusat pengundian ditutup. "Saya berharap penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan provokasi.

"Insya-Allah, BN mampu mempertahankan DUN Kuala Besut," katanya ketika ditemui pemberita diluar pusat mengundi.



8.25am SK Kg Baharu - Pengurus kempen kepada calon PAS mengakui hari ini merupakan pertarungan sengit antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

"Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh.

"Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangat friendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu.

"Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah.

8.20am: SMK Kuala Besut - Tengku Zaihan, calon BN tiba untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah. Menariknya, beliau menunaikan kertas undi ketika mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri.

"Saya nasihatkan pemilih keluar mengundi seawal mungkin untuk terus memangkah BN," katanya.

8:15am: SK Kampung Baharu - Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.
"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.
Beliau mengakui sedikit berdebar dan bangun awal untuk bersahur dan bersolat subuh sebelum menuju ke pusat pengundian.

8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi.


Beliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir.
Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad.

Azlan atau lebih dikenali Che Long menjadi orang kedua mememasuki pusat mengundi.
Langit cerah pagi ini. Ramalan cuaca bagaimanapun meramalkan hujan ribut petir mungkin melanda di sebelah petang.

Lapuran dari Malaysiakini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...