02 November 2013

KES PATUNG KAKI USTAZ - SIAPA PULAK SABOTAJ MUKRIZ & BN KEDAH?

Tindakan bodoh dan paling biadap dalam PRK Sg.Limau,  macam ada orang nak sabotaj Mukriz agar BN kalah teruk agaknya.

Banyak pihak dalam BN tidak setuju dengan kedudukan Mukriz yang agak cepat mahu naik dalam haraki umno dan menggugat banyak pihak dalam kepimpinan umno sedia ada......mungkin mereka ingin membunuh terus pengaruh Mahathir?



Patung 'Kaki' Ustaz Azizan - BN Terus Buat Laporan Polis.



Nampaknya BN terkesan dengan tuduhan2 orang ramai yang mengatakan patung itu dibuat oleh penyokong2 BN dengan tujuan memprovokasikan suasana PRK di Sungai Limau.

Sana sini cakap2 orang mengatakan BN yang terlibat dalam insiden tersebut.

Laporan polis sudah dibuat oleh jentera BN. Sekarang aku cadangkan agar PAS juga buat laporan yang sama. bukan apa. Kang kena tuduh PAS penakut pula nak report polis. Sekarang BN dah report. Depa akan gunakan hujah bukan kami yang buat. Better PAS pun report. Dan kita serahkan hasil siasatan kepada pihak polis. Kita tengok siapa yang terkena dalam isu neh. Aku betul2 nak tahu mangkok ayun mana yang buat provokasi bodoh melampau macam neh.

Memang kurang ajar gile........


BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.

"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.

Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.

Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Jamil Khir berkata, BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.

Beliau dalam pada itu merayu masyarakat Dun Sungai Limau termasuk anggota jentera BN berwaspada akan sebarang strategi berbentuk serangan atau provokasi menjelang waktu-waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil kawasan itu yang akan diadakan Isnin ini.

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim mencabar calon Pas Mohd Azam Abdul Samat untuk kerusi Dun Sungai Limau yang kosong ekoran kematian Azizan pada 26 September lepas. - Bernama

HUTAN BALAK DI KEDAH DAH BOTAK MACAM KEPALA MUKRIZ? SAKSIKANLAH......

 Isu Balak Mukhriz Tipu Orang Kedah..


Gambar: 23/9/2013

Pakat-Pakat Sebar  Dato Paduka muhkriz menipu rakyat dengan mengatakan balak dihentikan dinegeri kedah.. Hamba melampirkan bukti-bukti gambar dan menyangkal kenyataan menteri besar kedah.. Harini hamba telah memasuki kawasan pembalakan dikawasan sik dan baling dan hamba lihat lesen dikeluarkan selepas pilihanraya  melibatkan hutan simpanan kekal.. -Leman Raja Lawak


PASAI  apa aku kata Mukhriz Tipu Orang Kedah...



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan. 

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh.
"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas. 

"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam. -Kosmo! 19-05-2013



Mai pulak kita tengok bila Tempoh Kuat Kuasa Lesen tebang balak



Surat khabar Kosmo! lapor 19-05-2013..
Tarikh Tempoh Kuat Kuasa Lesen bila?
Bermula 20-05-2013 sampai 19-11-2013


Apa yang Mukhriz janji kat hangpa?



Apa dia Mukriz? #savekedah pakai otak la..

Siapa yang kena tipu selain orang Kedah?


Kesian kat hangpa semua..

Hangpa nak tengok lagi hasil balak Mukhriz? Nah..











Gambar: Leman Raja Lawak 23/9/2013

Soalnya kat sini, Mukhriz kata balak seluruh kedah di hentikan.. Mana ada henti pun.. Tengok la.. Kat tempat lain pun masih banyak dok keluar balak.. Dah lebih 100 hari Mukhriz jadi MB Kedah.. Apa yang dia dah buat?

Cuba hangpa pi satu lagi dekat kem PLKN belah-belah Perik, Kuala Nerang.. Orang kata.. Hutan tu pun sakan depa dok gondoi la ni...

Kalau tak mau batal.. Jangan buat kenyataan kat paper kata balak dihentikan diseluruh Kedah... Kan menipu rakyat namanya tu...


Read more: SINI

AKIBAT IC PALSU, 247 PAK GUARD HILANG KERJA


247 'pak guard' di Perak hilang kerja


Sebahagian pengawal keselamatan berkumpul untuk menyatakan rasa terkilan dan sedih selepas notis pembekuan kerja dikeluarkan semalam.

IPOH – Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Seramai 247 pengawal keselamatan di negeri ini hilang punca pendapatan selepas menerima notis ‘tidak bekerja’ berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa, semalam.

Syarikat keselamatan yang berpejabat di sini dan mempunyai beberapa cawangan di negeri ini terpaksa menghentikan tugas semua kakitangannya yang sebelum ini berkhidmat di 75 bank seluruh negeri.

Pihak pengurusannya, ketika ditemui mengakui, tiada pilihan lain, selain terpaksa ‘membekukan’ semua tugas pengawal keselamatan bagi mengelak tindakan lebih berat dikenakan.

Menurutnya, sepertimana reaksi pekerja, syarikat juga agak terkejut dengan notis yang diterima kerana bakal menjejaskan sumber pendapatan kakitangannya yang rata-rata sudah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.

“Berdasarkan notis berkenaan, mereka sudah tidak dibenarkan bekerja bermula hari ini (semalam), walaupun ia situasi mengejutkan, namun arahan dikeluarkan kementerian, kita terpaksa akur,” katanya, yang tidak mahu dikenali.

Beliau berkata, daripada 247 pengawal keselamatan kendalian syarikatnya, sebahagian besar berkhidmat di bank, sementara sebilangan kecil di premis perniagaan dan kewangan lain seperti syarikat insurans.

Katanya, rata-rata mereka menerima purata gaji antara RM900 dan RM1,100 tidak termasuk elaun kerja lebih masa.

Ismail Sulaiman, 49, berkata, dia sama sekali tidak menyangka, impak insiden pembunuhan, pada 22 Oktober lalu yang dilakukan seorang pengawal keselamatan akan menjejaskan kehidupan pengawal- pengawal lain.

Dia menjadi pengawal sejak empat tahun lalu dan menganggap keputusan pergantungan yang dikenakan agak drastik hingga tidak memberi ruang kepadanya mencari sumber pendapatan lain.

“Entahlah, sebaik tahu perkara ni, fikiran saya kosong. Tak tahu apa nak buat selepas ini. Dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan senang nakcari kerja. “Tambah pula harga barang naik, sekurang-kurangnya kerajaan berilah kami masa, takkanlah kerana seorang pengawal, nasib pengawal lain dipertaruhkan,” katanya.

Ismail berkata, meskipun bekerja dalam skop yang sama, namun mereka juga mengutuk sebarang jenayah yang dilakukan pengawal keselamatan.

Katanya, sebagai pengawal, setiap hari mereka mempertaruhkan diri lebih dari nyawa sendiri.

“Kami cuma minta sedikit ruang dan keprihatinan, lagipun bukan tidak ada insiden pengawal mati ketika bertugas sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi pengawal di syarikat itu, E Aquila, 50, buntu apabila memikirkan tanggungan keluarga yang perlu digalas sebaik sumber pendapatannya hilang.

Sepanjang dua tahun berkhidmat, wanita ini mengakui, selesa bekerja sebagai pengawal di sebuah bank di Jalan Yang Kalsom dan pendapatan yang diterima cukup untuk perbelanjaan tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Saya sudah puas menangis tadi sebaik diberitahu perkara ini. Jika tiada perubahan (keputusan pergantungan lesen), terpaksa saya fikir alternatif kerja lain,” katanya.

Mohd Yunus Budin, 49, yang baru bekerja dengan syarikat itu sebagai pengawal selama sebulan pula terpaksa menempuhi alam pengangguran sekali lagi.

Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak menggugat ekonomi keluarga, tambahan pula dia ada tiga anak yang masih bersekolah.

“Siapa yang tak sedih. Saya baru dapat kerja setelah menganggur beberapa bulan.

Sekarang terpaksa berehat lagi. Tak tahulah apa nak buat selepas ni,” katanya.

PRK SG.LIMAU DEDAH KELEMAHAN MUKRIZ SEBAGAI MB KEDAH



Perhitungan 48 jam terakhir BN di Sungai Limau
Zulkifli Yahaya, 02 Nov 2013




Selepas 10 hari berlalu PRK Sungai Limau berlangsung, nampaknya ia tidak banyak berbeza dengan PRK di tempat lain – iaitu parti dari Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Pusat. Andainya pengundi di Sungai Limau semuanya terdiri dari golongan tidak berparti lalu membuat keputusan berdasarkan kempen antara kedua pihak tersebut semata-mata maka calon PAS bukan setakat kalah tetapi hilang deposit.

Mana tidaknya PAS berkempen dengan kudrat parti semata-mata tetapi BN berkempen dengan kekuatan sebahagian besar kementerian yang terdapat di Putrajaya, duit dan habuan yang banyak untuk ‘merasuah’ pengundi serta kempen menggunakan semua saluran media utama dalam negara.

Di mata dunia luar, mereka merasa aneh melihat amalan demokrasi yang berat sebelah lagi hodoh itu. Namun perkara yang lebih aneh dari itu ialah, dalam keadaan BN mempunyai kelebihan kekuatan umpama langit dengan bumi, parti tua itu terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan PAS bahkan belum tentu mereka akan menang nanti.

BN memasuki PRK Sungai Limau dalam keadaan tempang dan parut luka memenuhi badan. Maklumlah baru lepas berkelahi dalam pemilihan Umno. Belum sempat mencari formula perdamaian, terpaksa pula membuat pemilihan calon. Ditakdirkan calon BN yang terpilih tidak mengikut kehendak majoriti ahli Umno akar umbi.

Atas sebab tersebut, PRK Sungai Limau bagi BN adalah yang terlembab dalam siri PRK yang mereka lalui di seluruh negara. Jentera BN benar-benar digerakkan hanya selepas tiga, empat hari berlangsungnya penamaan calon. Tenaga membantu dari luar Kedah hanya muncul selepas seminggu penamaan calon. Gambar calon BN melalui banting, banner dan billboard hanya muncul selepas seminggu berkempen. Berbeza dengan PAS, segala persediaan logistik bermula seawal hari kedua berkempen.

Dari segi isu, PAS lebih banyak menyerang dan sasaran utamanya ialah Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Lima bulan sebagai Menteri Besar sudah cukup banyak kelemahan dan kegagalan yang tersenarai. Mukhriz dalam kenyataannya, mengambil sikap tidak mahu menjawab. Iyalah nak jawab apa lagi, memang betul pun semua dakwaan kegagalan anak bekas Perdana Menteri itu. 


Isu negeri turut dibantu dengan isu nasional seperti laporan Ketua Audit Negara, kenaikan harga gula, GST dan tiada insentif untuk pesawah padi dalam Bajet 2014. Termengah-mengah juga Umno menjawabnya.

Di pihak BN lantaran kehabisan modal untuk menyerang PAS, pilihan yang ada ialah membangkitkan isu-isu rasis, kalimah Allah, fitnah LGBT sehingga ramai kalangan rakyat terasa melugai dengan isu basi yang langsung tiada relevan untuk PRK Sungai Limau. Beberapa pemimpin PAS yang dipecat menggunakan pentas Umno untuk menabur fitnah. Antaranya isu tabung Memali, pun tiada mengena dengan Sungai Limau.

Jika sebelum ini Umno mengutuk PAS kerana menggunakan artis yang sudah berhijrah untuk berkempen bagi pihak PAS, kononnya ulamak sudah masuk Umno artis pula masuk PAS, tetapi kali ini mereka terpaksa menjilat gelema sendiri apabila mengundang berbondong-bondong artis untuk menjadi daya tarikan kempen. Bezanya artis yang bersama mereka datang hanya kerana bayaran lumayan semata-mata berbanding dengan artis PAS yang kini sudah berjatidiri PAS.

Saya meneliti kebanyakan kajian professional perihal kecenderungan pengundi dalam PRK Sungai Limau, selepas seminggu kempen berlangsung. Tiada satu pun yang berpihak kepada BN, dalam keadaan lebih 80 peratus pengundi sudah membuat keputusan parti mana yang hendak dipilih.

Bilik Gerakan BN yang lebih berupaya untuk membiayai kajian professional berhubung pola sokongan pengundi pun pasti menemui dapatan yang sama – BN tidak mampu mengatasi PAS. Mereka yang turun ke medan PRK demi maruah dan untuk wibawa sebuah kerajaan yang baru lima bulan mengambilalih dari Pakatan Rakyat pasti tidak akan membiarkan situasi yang tidak diingini itu berlaku.

Hanya satu pilihan yang boleh dibuat oleh BN iaitu gerakan membeli undi secara besar-besaran. Ia akan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum waktu pembuangan undi. Kerja ini mereka lakukan dengan jayanya di beberapa PRK. Untuk Sungai Limau, cabaran para perasuah ialah jika para pengundi yang berpotensi mengundi PAS dikepung sebaiknya. Jangan beri ruang mereka ditembusi perasuah. Jika perlu, adakan perangkap untuk tangkapan awam.

Itu saja satu-satunya cabaran besar bagi PAS. Banyakkan munajat dan pergantungan kepada Allah di saat terakhir. Jika strategi kotor BN itu berjaya di atasi, insyaAllah saya yakin PAS akan berjaya pertahan majoriti yang kira-kira serupa PRU13 lalu.

01 November 2013

PANAS ! POS MALAYSIA DITUDUH MENCURI?


Jurugambar asing dakwa Pos Malaysia curi fotonya
Susan Tam , Yahoo Malaysia
4:59PM Nov 1 2013



Adakah kedua-dua gambar ini burung yang sama?

Seorang jurugambar yang berpejabat di Manila nampaknya begitu pasti. Dia menuduh Pos Malaysia "mencuri" salah satu fotonya dan menggunakannya pada setem pos Malaysia.

Romy Ocon berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam mengenai tindakan terhadap Pos Malaysia selepas mendapati salah satu fotonya mungkin telah digunakan tanpa kebenarannya sebagai sebahagian daripada koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Nampak seseorang telah mencuri salah satu foto saya - foto burung Shrike berekor panjang (Lanius schach) - kemudian tersilap menggunakan sebagai burung Falconet berdada putih dalam setem yang dikeluarkan oleh Malaysia," tulis Romy Ocon di laman forumdikenali sebagai Digital Photography Review.

Di bawah tajuk, 'foto saya telah dicuri dan digunakan dalam setem Malaysia?', Romy mencerita bagaimana dia menemuinya dan membandingkan gambar asalnya dengan yang dipaparkan pada setem di bawah satu kempen pelancongan.

Apabila Yahoo Malaysia klik pada pautan yang kononnya menyambung ke halaman Facebook Pos Malaysia, ia memaparkan "kandungan ini tidak ada buat masa kini."

Aduan Romy itu turut dipaparkan di forum Fred Miranda, satu lagi laman perbincangan dalam talian untuk fotografi.

'Dua kesilapan besar'

Dalam tulisan di forum itu, Romy mendakwa bukan sahaja foto tersebut didakwa digunakan tanpa kebenaran, tetapi ia juga salah kapsyen.

Menurutnya, "sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang."



Romy (kanan) menambah, "Saya pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkan perbuatan keji ini (yang sepatutnya sangat memalukan mereka), dan saya berharap mereka akan menyiasat siapakah yang melakukan ini dan membetulkan kesilapan itu."

Dalam temubual emel, Romy memberitahu Yahoo Malaysia bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung tuduhan tersebut.

Yahoo Malaysia juga bertanya kepada Romy sama ada beliau yakin itu adalah fotonya. Katanya, beliau melakukan satu analisis ke atas foto tersebut dan mendapati ada banyak ciri-ciri yang sama di antara gambar pada setem itu dengan gambarnya. Anda boleh melihat analisis tersebut di sini.
Beliau menyediakan kepada Yahoo Malaysia satu lagi analisis video, yang menunjukkan bagaimana gambar tersebut mungkin telah diedit dengan menindih (superimpose) ciri-ciri pada imej asal, menggunakan perisian menyunting foto .

"Terdapat analisis lain oleh jurugambar dalam thread dalam DP Review dan Fred Miranda, yang mengesahkan bahawa foto-foto itu adalah imej yang sama. Saya yakin bahawa satu analisis oleh pakar-pakar bebas, akan mengesahkan perkara yang sama.

"Saya mempunyai fail RAW imej tersebut, jadi saya boleh membuktikan milik hak cipta dalam mana-mana forum atau tempat," kata Romy yang terlibat dalam bidang fotografi hidupan liar sejak 2004.

Yahoo Malaysia bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengalami kecurian gambar sebelum ini. "Ya, banyak kali. Tetapi ini adalah kali pertama sebuah institusi kerajaan, dan jiran di Asia Tenggara, terlibat," kata jurugambar berusia 48 tahun itu.

Yahoo Malaysia difahamkan bahawa Pos Malaysia sudah menyedari mengenai tuduhan tersebut dan sedang bertemu Tourism Malaysia berhubung perkara itu. Yahoo Malaysia diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi itu lewat hari ini.

Romy memberitahu kami bahawa beliau akan menasihati jurugambar lain supaya hanya menyiarkan versi kecil foto mereka dalam talian dan hendaklah sentiasa meletakkan watermark pada hasil mereka untuk mengelakkan dicuri.

- Yahoo Malaysia

TERKINI ! PEGUAM NEGARA DISAMAN SEBANYAK RM128.50 JUTA


Peguam Negara disaman RM128.5 juta




KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff hari ini menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.

Enam tahun lalu, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Ramli, 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan.




Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.

Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu
.

31 Oktober 2013

GEMPAR ! LGE GUNA KERETA RASMI LEXUS BERNILAI RM1.0 JUTA? MINTAK PERKASA BANTAH

Toyota camry kereta rasmi ketua menteri....yang baru....


Foto Wong Kah Loke.

Sebelum ini LGE  guna kereta S-class dari zaman Gerakan memerintah
Harganya kalau dinilai dipasaran sekitar RM20,000


Pemimpin Pakatan P.Pinang mula menggunakan  Toyota Camry baru sebagai kereta rasmi.


Kerajaan negeri Pulau Pinang baru menerima beberapa buah kereta Toyota Camry berwarna hitam untuk digunakan oleh kakitangan pentadbiran negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima kunci kereta berkenaan.
Ia berdasarkan sebuah video yang dimuatnaik di laman YouTube oleh saluran YouTube PenangBuletin menunjukkan penyerahan berkenaan.

Kereta-kereta itu antaranya dengan nombor pendaftaran PG 1, PP 1 dan juga PBF 1 sudah pasti bakal digunakan oleh ahli Exco kerajaan negeri pimpinan Lim.

Lim turut menyerahkan kunci-kunci kereta kepada kesemua anggota Exco negeri dalam majlis penyerahan itu.

Beliau bakal menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran PG 1 dengan nama jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tertera di hadapan kereta berkenaan.

Menurut Lim ketika menjawab soalan media, kereta Toyota Camry berkenaan bernilai RM113,500 setiap satu untuk semua 14 Exco negeri dan seorang Speaker menjadikannya 15 buah kesemuanya.

Beliau turut mendedahkan sebab penukaran kereta itu antaranya adalah kerana kos menyelenggara kereta lama adalah terlalu tinggi.

Perobohon Kampung Hakka: Ahli Parlimen Seremban antara 19 yang ditahan -Saksikanlah

Pautan kekal imej terbenam

arulkumar

Perobohon Kampung Hakka: Ahli Parlimen Seremban antara 19 yang ditahan



NILAI, 31 OKTOBER: Lima wakil rakyat DAP Negeri Sembilan, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan aktivis serta Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam ditahan polis kerana mempertahankan Kampung Hakka Mantin daripada diroboh pihak berkuasa.

Mereka yang ditahan adalah ADUN Cennah, Anthony Loke Siew Fook; ADUN Nilai, Arul Kumar; ADUN Bahau, Chew Seh Yong; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong; Setiauaha Agung PSM, S Arutchelvan dan beberapa aktivis lain.

Mereka ditahan kira-kira jam 11.30 pagi tadi apabila S Arutchelvan bertengkar dengan seorang polis ketika anggota polis itu sedang memasang lingkaran kepungan bagi merobohkan sebuah daripada rumah penduduk kampung.

Akhirnya, Arul dan seorang aktivis PSM digari dan dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

Wakil rakyat DAP pula ditahan pada sebelah petang kerana ‘menawan’ rumah kelab alumni SRJK (C) Chi Chi yang kemudiannya dirobohkan.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kira-kira 200 penduduk kampung dan aktivis menghalang pemaju dengan membuat rantai manusia di hadapan dua rumah sehingga berlaku kekecohan apabila pihak polis cuba menyuraikan mereka.

Sebelum ditahan, ADUN DAP Chennah yang juga Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mengadakan rundingan dengan peguam pemaju yang dikenali sebagai Shari untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh itu.

Beliau mahu kerja meroboh itu ditangguhkan sementara kes ‘perintah penggantungan pelaksanaan’ yang difailkan penduduk kampung didengar di Mahkamah Tinggi Seremban, nanti.

Mengikut sejarah, British membawa penduduk asal kampung itu sebagai pekerja lombong bijih timah berhampiran kawasan mereka ditempatkan dan sehingga saat ini, kampung Hakka Mantin yang dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur, rumah ibadat dan sebagainya telah diwarisi hingga generasi kelima.

Malangnya, pada 1998 penduduk kampung dikejutkan dengan tindakan kerajaan BN negeri itu apabila mendapati tanah rezab kerajaan negeri dijual kepada syarikat pemaju, Mega 9 Sdn Bhd tanpa pengetahuan mereka untuk dibangunkan menjadi ‘Mantin New Township’.

8 WARGA ASING TANPA DOKUMEN PENGENALAN DIRI DITAHAN MENYAMUN 15 PEJANA KUASA TNB

15 penjana kuasa elektrik TNB gagal dibawa lari

Suspek yang ditahan ketika sedang meleraikan komponen penjana kuasa elektrik yang dicuri di sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong, semalam.

SHAH ALAM - Polis merampas semula 15 unit penjana kuasa elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk dua buah treler bernilai kira-kira RM600,000 yang dilarikan 16 lelaki dari sebuah gudang di, Teluk Gong, Pandamaran, Klang, semalam.

Turut ditahan bersama 16 suspek terbabit seorang pekerja gudang itu dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lima lelaki bersenjatakan parang memanjat masuk ke dalam premis dan mengikat empat pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian jam 4.45 pagi itu.

Beliau berkata, kumpulan suspek itu kemudiannya melarikan dua buah treler bermuatan 15 unit penjana kuasa elektrik TNB seberat 45 tan.

Menurutnya, empat pengawal yang diikat bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan mereka, sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak peronda pengawal keselamatan.

Katanya, laporan dibuat kira-kira jam 6.30 pagi dan siasatan awal berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu di premis terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada serbuan di sebuah lagi gudang di Pulau Meranti, Puchong pada jam 6 petang hari sama.

“Ketika diserbu, seramai 16 suspek lelaki sedang sibuk meleraikan komponen penjana kuasa elektrik yang baru dicuri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Shukri berkata, 16 suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, lima lelaki warga Sri Lanka, tiga lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan.

“Lebih mengejutkan dua buah treler yang dilarikan dicat semula, selain nombor chasis enjin turut diubahsuai dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, penjana kuasa elektrik itu dileraikan bagi mendapatkan komponen besi yang disadur perak serta minyak untuk dijual di pasaran.

Menurutnya, semakan mendapati tiga daripada suspek tempatan yang ditahan dikenalpasti mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk satu berkaitan dadah.

Katanya, semua suspek warga asing ditahan juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Semua suspek berusia antara 18 hingga 57 tahun, direman seminggu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api.

TERHANGAT! Blogger UMNO, PADIJANTAN Diarah Bayar RM130,000 Kerana Memfitnah




Patutlah dok menibai mukriz dan mahyuddin......depa dah tak pakai kut.....sendiri tanggunglah saman tu?




Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.



Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.


Bekas Setpol MB menang saman fitnah



ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnahnya, dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar mengarahkan defendan membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Abu Bakar membuat keputusan itu setelah mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan laporan yang disiarkan pada laman blog terbabit pada 22 Julai 2012, adalah fitnah selain memberi kesan negatif terhadap reputasi plaintif.

“Mahkamah juga mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Besar serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui teknologi iaitu internet termasuk, keluarga plaintif yang menanggung kesannya,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah, diwakili oleh Amin Amirul & Partners melalui peguam, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan tidak diwakili peguam.

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat menfitnah beliau, menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu serta menjejaskan maruah diri dan keluarga.

Beliau juga memohon defendan meminta maaf secara terbuka dan menarik balik laporan fitnah.

Muhammad Sanusi ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan itu selain mahu kes ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang terhadap mana-mana pemimpin politik.

“Tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah yang dilakukan sekelompok media baru dengan menabur fitnah. Kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.

Menurutnya, kes ini juga wajar dijadikan pengajaran kepada blogger tempatan yang sering memaparkan berita tidak sahih untuk sebaran sama ada laman facebook, blog, twitter mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS).
 -SH

30 Oktober 2013

Gempar ! Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang



GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.
Post Pic

“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

TIGA ADUAN KRITIKAL DARI PENGGUNA , MUKRIZ APA MACAM MAKMAL TRANSFORMASI

Ingat lepas BN mentadbir di Kedah semuanya berjalan lancar, rupanya semakin teruk banyak aduan dari penduduk di Kedah dan pelancung-pelancung luar. Dengark kata semua jabatan dipanggil masuk makmal tranformasi....tapi dengan aduan dibawah tentu ada yang tidak kena atau sembang je lebih......


 


Sada Kulim: Khidmat Pelanggan Paling Teruk


October 30th, 2013 |


Saya telah membuat aduan tentang meter paip air saya bocor kepada SADA Alor Star. Selepas 3 minggu tidak ada apa-apa perkembang, saya telah menelefon semula SADA Alor Star. Saya agak marah dan menanya tentang perkembangan. Sada Alor Star pula meminta saya menelefon Sada Kulim. Apabila saya menelefon, staff tidak peramah dan asyik pass line kepada staff lain.

Akhirnya, saya Berjaya bercakap dengan seorang pegawai. Selepas itu, seorang staff tidak beruniform sada datang ke rumah saya. Selepas memeriksa meter saya, staff mengatakan staff lain pula akan datang kemudian untuk menukar meter.

Dua minggu berlalu, tiada apa-apa perkembangan. Sekali lagi saya menelefon SADA Kulim dan memberitahu mengenai meter saya rosak. Staff berjanji akan hantar staff lain esok tetapi, sekali lagi selepas dua minggu, tiapa apa-apa perkembangan. Sekali lagi saya menelefon Sada Kulim, pegawai perempuan tidak sopan langsung. Kesemua pegawai tidak berani untuk memperkenalkan diri, takut saya akan buat laporan.

Saya ingin mengetahui, SADA perlu masa berbulan-bulan ke untuk membaiki kerosakkan meter? Bila saya bagi memberitahu pegawai perempuan tersebut bahawa saya yang kena bayar bil tinggi tiap-tiap bulan, sambil lewa beliau mengatakan bahawa SADA akan buat pelarasan. Kalau macam itu jawapan staff, maksudnya pembaziran air dialu-alukan oleh SADA ke?

Braveman (nama samaran)

By: Jeyamoghan K



October 30th, 2013 |
Pada pagi selasa – hari raya aidil adha 15 Oktober , 2013 , saya sekeluarga dalam perjalanan balik ke kampung dari Sungai Petani ke Langkawi melalui jeti Kuala Kedah . Feri bertolak jam 9.30 pagi dan saya tiba 5 minit lebih awal dan isteri saya terus membeli tiket untuk sekeluarga seramai 6 orang , berharga hampir RM 150 . Dalam keadaan kelam kabut itu , feri ( bot) bergegas berlepas dari jeti walaupun kami sudah tiba didepan feri . Kami merayu kepada pekerja feri apa salahnya menunggu dua , tiga minit apatah lagi kami jelas dihadapan feri dan telah beli tiket tetapi tidak dilayan.

Persoalannya bila tiket sudah dijual dikaunter , pihak feri mestilah menunggu penumpang berjalan/berlari sambil membawa beg –beg & anak-anak ke feri yang memakan masa 3 , 4 minit .

Dizaman serba canggih ini , kerani kaunter dan pekerja feri tentu boleh manghubungi kapten feri untuk bersabar / memastikan penumpang masuk feri apatah lagi si kapten itu dengan jelas nampak kami di hadapan ferinya . MENGAPA MEMECUT PERGI …tidak berhati perut langsung !

MENGAPA JUAL TIKET FERI ??…kerani kaunter berhak @berkuasa untuk tidak jual tiket feri jam 9:30 pagi dan hanya jual tiket feri berikutnya jam 10:45 pagi kerana dia tentu tahu bila feri mahu berlepas – dia sudah tentu mempunyai hubungan telekomunikasi dengan kapten / pekerja feri…apa guna bila semua pekerja kelihatan memegang handphone setiap masa ditangan…ini bukan zaman feri@bot tongkang dahulu lagi yang perlu memekik dan menjerit untuk berhubung anatara satu sama lain ,,,,,!!

## Tiket-tiket yang saya beli masih disimpan sebagai bahan bukti ( berjumlah 12 tiket hampir RM 300 untuk 6 orang – membazir 6 tiket begitu sahaja )
Seterusnya , kami merayu untuk diberi peluang menaikki bot berikutnya jam 10:45 pagi. Dipagi hari raya aidil adha , memang begitu kurang penumpang , didalam bot begitu banyak tempat kosong . Apalah ruginya diberi peluang menaikki feri tersebut , bertimbang rasa lah apatah lagi kami sudah bayar hampir RM 150 kepada syarikat feri itu iaitu ‘Langkawi Feri Line Ventures Sdn Bhd ‘ .

Tetapi apa yang berlaku , tanpa budi bicara , mereka berkeras tidak membenarkan kami menaikkinya dan mengarah kami membeli semula tiket berjumlah hampir rm 150.00. Saya mengalah dan berlari menuju kekaunter untuk membeli tiket , tetapi feri itu terus bergegas bertolak seperti sengaja mahu meninggalkan kami .

Pengalaman saya menaikki kapal terbang dari KL ke Los Angeles sewaktu belajar di USA dahulu , saya dibenarkan menaikki pesawat berikutnya semasa berada di Tokyo ( Narita Airport ) dalam kes / kejadian seperti feri tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran asalkan ada tempat kosong !

Mahu tidak mahu , terpaksalah kami membeli semula tiket feri berikutnya tertulis jam 12:00 tengahari pada tiketnya . Tetapi apa yang mengecewakan , feri ini tiba begitu lambat dan hanya bertolak jam 1:20 tengah hari , terlewat hampir satu setengah jam . Bila ditanya kepada pekerja yang bertugas , dengan selamba – alasan yang biasa dan klasik diberikan – masalah teknikal .

Oleh itu dimanakah keadilannya , penumpang boleh bertimbang rasa dan bersabar menunggu feri lewat hampir satu setengah jam sedangkan pihak feri langsung tidak bertimbang rasa dan tidak menggunakan budi bicara walaupun penumpang sudah berada didepan feri@bot – feri terus memecut pergi dan juga tidak mahu membenarkan kami menaikki feri berikunya walaupun begitu banyak tempat kosong .

BEGITU KEJAM dan tidak berhati perut langsung tidakan feri ini menyebabkan wang saya hangus hampir RM 150 begitu saja !!

Bila beginilah sikap pihak pengurusan feri yang tidak mesra pelanggan dan dengan perkhidmatan yang ‘cincai’ dan tidak memuaskan , tentulah boleh menjejaskan kebajikan penumpang dan kedatangan pelancong ke pulau lagenda ini .

By: ABDUL LATIF DIN

Aduan Rakyat Online

DI BAWAH BANYAK RUNGUTAN TENTANG FERI SERING ROSAK & KERUSI TERLALU SEMPIT....SUMBER DARI PAGE Nasib Langkawi Kami PEDULI - HARI INI 30/10/13



TERPANAS ! POLISI LINDUNGI PEMEGANG IC PALSU? KATA RAKAN PENJENAYAH AMBANK.....

"RM100 Sebulan Bayar Polis Jaga Kita"? Kata Rakan Pembunuh Kejam AmBank @Zahid_Hamidi @KBAB51


Rakan kepada pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) dalam status Facebook mendakwa pada 23 Oktober 2013 dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia dan meminta duit daripadanya.

Katanya, "Kita bayar RM100 setiap bulan", lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.


Waduh-waduh, bapak Menterinya sedang sibuk dengan Ops Cantas, pak polisi pula sibuk juga dengan Ops Pau, gini bisa gawat dong, memalukan Pak Menteri gitu !!!.

Perkara ini harus disiasat, tindakan tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba mendajalkan negara kepada pendatang haram.

Sedarkah ! tindakan anggota polis yang melindungi pendatang haram boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kegagalan pihak polis setakat ini untuk menahan pembunuh kejam Ambank juga berpunca dari kelakuan seperti itu, siapa yang harus bertanggungjawab dalam perkara ini ? Perlulah juga Pak Menteri melancarkan Ops Cantas keatas anggota polis berkenaan. Anda Mampu Mengubahnya.



SEORANG LAGI RAKAN ARDI AMZAH PEMBUNUH KEJAM PEGAWAI AMBANK BIMBANG


KAWAN SUSPEK KES BUNUH PEKERJA AMBANK KINI KEBIMBANGAN | BERIKUTAN tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, diketahui rupa-rupanya ada 3 lagi rakan Ardi dari Indonesia yang turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini.

Tinjauan mendapati, seorang daripadanya bernama Aher Putra Wa Rumber meluahkan kebimbangan ekoran kes yang melibatkan Ardi

Dalam salah satu status yang dimuat-naiknya, Aher menyebut bahawa untuk keluar makan pun dia takut.


Setakat ini, pihak polis masih belum menahan atau memberkas suspek dalam kejadian pada 23 Oktober lepas. Tidak diketahui setakat ini apakah status berkerja Aher di negara ini seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam pada itu, terdapat sedikit kebimbangan apabila Aher dilihat banyak meminati laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat melalui Facebooknya.
Ini menimbulkan persoalan apakah rakan suspek kes bunuh itu mempunyai kecenderungan melakukan jenayah juga?

Diharapkan pihak berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya. ~ sumber

Suspek tembak pegawai bank masih dalam negara
29 Oktober 2013
Mohd Bakri Zinin

KUANTAN - Polis setakat ini belum memerlukan bantuan interpol dalam menahan suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank di Selangor Rabu lepas kerana yakin lelaki itu masih berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pada masa ini pasukan khas yang ditubuh bagi menjejak lelaki itu bekerjasama dengan kontinjen seluruh negara termasuk mengawasi pintu-pintu sempadan agar tidak dibolosi suspek.

Sambil menyifatkan lelaki itu sebagai penjenayah berbahaya, beliau berkata polis percaya lelaki itu masih mempunyai senjata api pump gun dan boleh bertindak agresif dan membahayakan keselamatan awam.

"Pada masa ini, kami belum memerlukan bantuan Interpol dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera tampil membantu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

29 Oktober 2013

TERHANGAT ! CALON BN SG.LIMAU...KAWEN LARI?

DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM CALON BN SG LIMAU ADA BINI LAGI? #PRKSGLIMAU

Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer????

Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa.....

Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2.

Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak.

Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja.

Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap.

Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit.....


Cun tak?? Hangpa semua pikiaq sendiri na. Dapat coverline kawen senyap2, confirm boleh jaga kawasan sendirikan. Nama bini cun ni bermula dari huruf N ????

Alahai....kawen kawen kawen????

1 MALAYSIA KENA TIPU, KERAJAAN BELI GULA 55.7% LEBIH MAHAL DARIPADA PASARAN DUNIA....



Kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran, bulan ini kerana harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah US16.70 setiap 100lbs, pada September 2013.



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik disebabkan tindakan kerajaan pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga terlalu tinggi dan bukan kerana penghapusan subsidi.

Tony mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs, pada Januari 2012.

Katanya, ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula yang lebih mahal dan mendakwa mengkritik kerajaan ketika perjanjian itu dimeterai ekoran pembelian gula mentah dengan harga yang lebih mahal daripada harga pasaran iaitu US23.42.

“Harga gula ketika ini US18.91 setiap 100lbs yang membolehkan kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi dan harga gula menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.


“Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi RM521 juta setahun. Alasannya, dengan mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat diabeties, termasuk nasihat dengan mengurangkan gula dapat meningkatkan libido, tetapi rakyat yang terpaksa membayar mahal,” katanya di Parlimen, di sini, hari ini.

Tony berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

“Ketika itu, saya sudah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’. Tetapi, tidak dihiraukan dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran, bulan ini kerana harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah US16.70 setiap 100lbs, pada September 2013.

“Walaupun harga gula mentah meningkat sedikit bulan ini pada kadar US18.91, namun ia masih jauh lebih murah daripada harga yang diimport kerajaan. Kerajaan terlebih bayar RM194 juta atau pengimportan 2.37 bilion paun gula mentah setiap tahun dan perlu bertanggungjawab kerana membuat keputusan tidak wajar serta menyusahkan rakyat,” katanya.


fikirlah sendiri siapa yang kena.......

Kedai Makan Naik harga jualan mula November



Kenaikan harga gula menyebabkan peniaga di Medan Selera MDPT akan menaikkan harga jualan.

KUALA NERANG - Kebanyakan peniaga di sini terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman selepas harga gula dinaikkan dalam Belanjawan 2014, baru-baru ini.

Sesetengah dari mereka mendakwa kenaikan harga gula itu menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat dan tidak mampu untuk mengekalkan harga makanan dan minuman seperti sebelum ini.

Peniaga, Md Isa Shahawatali, 52, dari Medan Selera Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berkata, kenaikan harga gula memberi kesan kepada peniaga makanan di daerah ini.

Menurutnya, ada sahaja barangan yang naik harga dari pekedai terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kenaikan harga gula juga sangat mengejutkan peniaga kerana ia merupakan bahan utama dalam masakan.

“Kami sudah tidak dapat bertahan lagi dan terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman. Kenaikan harga gula ini sudah pasti meningkatkan kos perniagaan kami.

"Jika harga gula dinaikkan, sudah pasti bahan minuman berasaskan gula seperti minuman segera akan dinaikkan pengedar dan bagaimana kami nak menjualnya dengan harga lama.

Oleh itu bagi mengurangkan beban yang ditanggung, peniaga di sini terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman pada November nanti,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Fikri Abd Ghani, 48, berkata, kenaikan harga gula adalah sangat tinggi kepada peniaga dan ini membebankan terutamanya kepada mereka yang menjual minuman.

“Kenaikan itu sudah pasti memberi kesan kepada penjual dan pengguna. Peniaga tiada cara lagi bagi kekalkan harga lama dan terpaksa menaikkan supaya kos perniagaan tidak membebankan kepada peniaga,” katanya.

Terhangat! Univeriti Totok Umno Berkubur , Kubu kuat Aspirasi 22 tahun di UUM runtuh




Semua orang di Malaysia tahu, UUM kubu kuat umno kebanyakan Naib Censlor yang mesti pro- umno,  mungkin generasi sekarang tidak mampu diperbodohkan dan dikawal lagi.....cuba lihat keputusan PRK dibawah...


LISTEN, LISTEN, LISTEN!!! Kejutan Berlaku Di PRK UUM Yang Terkenal Dengan Kubu Kuat "Aspirasinya" Apabila "Kalah Banyak Kerusi" Malam Ini Setelah Tranformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA) Memenangi 14 Kerusi (Termasuk 5 Kerusi Umum Dari 8 Kerusi,). 

Dan Yang Paling Menggembirakan, Tokoh Pelajar "LISTEN" Yang Pernah Menciptakan Fenomena Tempohari, Miss BAWANi Turut Memenangi Kerusi Umum Yang Dipertandingkan... Tahniah Buat Siswa UUM Yang Berani Membuat "Perubahan"... ::.kikiki.::

BERIKUT KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2013/2014

KERUSI UMUM

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 5 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 2 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI

KERUSI PUSAT PENGAJIAN

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 7 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 3 KERUSI

KESELURUHAN :

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 12 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 5 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI

HOT! TUN M MULA BELASAH NAJIB


Dr Mahathir umpama singa cedera, Najib akan kena lebih teruk

PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu.

“Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Dr Mahathir hari ini menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.

“Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

“Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan,” kata Dr Mahathir ketika berucap di Putrajaya dalam ucapannya bertajuk "Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia."

Dalam pemilihan Umno baru-baru ini, Mukhriz gagal untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno apabila mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ia menjadi luka yang besar kepada Dr Mahathir dan bakal menjadi dendam kepada Najib kerana perdana menteri itu disifatkan sebagai pihak yang berusaha memastikan penyandang jawatan naib presiden Umno itu kekal.

Kekalahan Mukhriz kali ini mengulangi kekalahannya ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy Jamaludin Abu Bakar.

"Saya rasa Najib akan lebih teruk dilanyak Mahathir berbanding ketika beliau melanyak Pak Lah kerana dia dikatakan menyalahkan Najib atas kesalahan anaknya itu," kata Salahudin yang bakal mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan kali ini.

Ketika Abdullah menjadi perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir menyerangnya sehingga menyebabkan penggantinya itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke -12 (PRU12) lalu.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 selepas Abdullah mengosongkan jawatan itu.

Tetapi pencapaian Najib lebih teruk daripada Abdullah dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu apabila kerusi yang dimenangi pembangkang lebih banyak walaupun berjaya merampas kembali Kedah.

Kejayaan mendapat semula Kedah dianggap kejayaan peribadi Dr Mahathir dan anaknya dan bukan kejayaan Najib selaku perdana menteri.

28 Oktober 2013

GEMPAR ! TAWARAN MEMBELI AHLI PKR KEDAH TERBONGKAR

Ini ahli PKR yang berjaya dibeli oleh mukriz semasa PRU13

Hari ini admin dapat maklumat dari seorang bekas pegawai khas ketua cabang dari satu Cabang di Kedah dimana pihak yang mengaku orang Muhkriz telah berjumpa beliau.   Tawaran dari pihak tersebut supaya dapat membawa anggota PKR cabang termasuk ahli reformasi keluar dari parti.

Menurut sumber tawaran agak lumayan sebanyak RM500K untuk satu cabang,  dimaklumkan satu pasukan telah dibentuk untuk merapati anggota PKR yang berpotensi untuk keluar parti.  Tawaran ini satu strategi untuk melemahkan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil bagi dun Sg. Limau.

KES ROMPAK AMBANK...INDON TU TAK BODOH...SIAPA YANG KENA KINCIN.....


Mat indon bukan bodoh, nampak dia ambil kesempatan kelemahan sistem keselamatan kita...
mungkin dia dah rancang lama nak rompak bank nie.....
biar berbaloi....sebab kerja nie hidup mati.....

Nammpak isu nie kecik je.....tapi kalau kaji balik impaknya cukup besar...
cuba hangpa p siam, atau p indon.....berani ke buat kerja nie....
nak masuk kosong...dah ketak telok......

Dia masuk Malaysia....mudah je beli ic, siap boleh kerja...nasib baik tak kerja di bank negara,
body gurd najib ke?

tapi aku rasa dia dah cau.....dengan bot pancung.....1 jam ma dah sampai indon.....?
mungkin dia dah joli sakan dekat disko dangdut.....sama inol goyang gerudi
atau sama dewi presik  bergoyang susu pak......

Baca dibawah cerita dari amenoworld .....kisah Ardi Ode Putra dengan mukabuku nya....

Adakah Ini Account Facebook Pembunuh Pegawai Bank Ambank? [UPDATED].

Muka sama beb.
Sebijik.
Rujuk bawah ;


Sama kan? Sama kan? Hah, tadi dapat info dari member facebook. Dia cakap inila account facebook pembunuh tue. Yeke beb?
Tengok muka memang sebijik.
Nama pula lebih kurang.
Kerja pula nampak macam sekuriti2 juga kalau diperhatikan gambar2 dia.

Dan kebetulan dia orang Indonesia. Budak dalam account facebook pun orang Indonesia juga.

Cakap2 Indonesia apa seme. Last update 21 October hari tue. Itulah tarikh sebelum kes rompakan berlaku. Sebelum mangkok ayun neh menghilang lepas rompak dan bunuh orang.

Chelake.

Tunjuk gambar mandi macam KACAK. Kalau betul itu la dia, memang CHELAKE.

Puuuuii.

Kalau diperhatikan dari rekod2 facebook dia, memang rata2 kawan dia seme orang2 Indonesia. Dan dia sering kemaskini laman dalam bahasa Indonesia. Yang buat aku pelik bin hairan tue macam mana orang tak boleh kesan dia ialah orang Indonesia? Sabah lain beb. Kalau ko biasa berkawan dengan orang sabah bahasa dorang lain. Kita mesti boleh beza punya antara orang2 Sabah dengan orang2 Indonesia.

Dan misteri kad pengenalan palsu semakin mengelirukan.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/harga-kad-pengenalan-palsu-rm200-jer.html

Korang akan dapati ia bukan sekadar kad pengenalan palsu beb. Siyes. Sepalsu2 kad pengenalan itu sekalipun, takan mampu lepasi rekod untuk buat account bank beb.

Percayalah.

Ada sesuatu disebalik semua ini. Cuma aku tak dapat rungkaikan lagi apa benda disebalik isu neh.

Oke bai.

Rujukan account facebook ==> https://www.facebook.com/ardi.putrakatela

Updated ;

Beb, aku rasa ini memang dia. Cuba tengok dia update apa ;

Aku start was2 neh. Bila PDRM cakap dia hanyalah pegawal yang mengantikan rakan dia yang tidak bertugas pada hari tue..

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/adakah-ini-account-facebook-pembunuh.html#ixzz2iyCwaA00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...