23 Mei 2009

RAJA SESUMPAH DAH KELUAR!!!








Sesumpah dah keluar dah...projek di Penanti tak jadi pasal ketakutan BN yang menghantar calon...juga lanjutan orang UMNO keluar dari parti dimana-mana...dia dah mula bercakap BN patut bertanding di Manik URAI dun kelantan....atas alasan BN ada harapan untuk menang. Tapi projek ini akan gagal kerana Najib PM dah kata PRK hanya membazirkan wang rakyat
BERITA LANJUT:
BN Akan Letak Calon Di Manik Urai, Kata Muhyiddin
By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat.Beliau berkata ini kerana kekosongan itu berlaku disebabkan oleh kematian dan bukannya kerana wakil rakyat sengaja meletakkan jawatan."Saya berpendapat walaupun agak awal, kita akan bertanding di kawasan itu (Manik Urai) apabila telah diumumkan kekosongannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Kalau di (pilihan raya kecil DUN) Penanti, kita tidak bertanding atas sebab yang kita dah sebutkan, yang ini kematian telah menyebabkan kekosongan berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang berlangsung selama tiga jam di sini.
Kerusi DUN Manik Urai menjadi kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu pada pukul 5.55 pagi ini kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya Zamzuri Mat Lazim dinamakan calon PAS tetapi beliau tewas kepada calon BN Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi.Ismail dipilih semula bertanding kerusi Manik Urai pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli dengan majoriti 1,352 undi.
Ketika ditanya pandangan PAS bahawa Umno dan BN tidak perlu bertanding di Manik Urai untuk menjimatkan duit rakyat, Muhyiddin berkata BN tidak akan memberi laluan mudah kepada parti lawan terutamanya PAS."Kita tidak akan beri laluan mudah untuk PAS kerana pada pilihan raya umum lepas, kita hanya kalah dengan majoriti 1,352 undi," kata Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.Beliau berkata ini merupakan peluang kepada para pengundi di kawasan itu untuk meneliti dan menilai apa yang dilakukan oleh BN di Kelantan."Kita harap PAS jangan terlalu yakin bahawa ini kawasan mereka dan akan menang seperti biasa. Kita akan bertanding, insyaAllah," kata Timbalan Perdana Menteri sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Ismail.-- BERNAMA


MUSIM LONCAT PARTI...!!!!


KANGAR- LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT

Patutlah BN tak mahu bertanding di Penanti, rupanya banyak yang lompat masuk PKR habislah modal Zamil Ibrahaim dari Merbok nak buat projek orang PKR masuk UMNO macam PRK yang lepas...BN pun takadak orang nak sponsar bagi belanja PRK asyik kalah..... memanjang

Berita Lanjut di Kangar:

Bekas ahli jawatankuasa bahagian Kangar, Shaari Ludin berkata beliau meninggal Umno untuk menyertai PKR dua bulan lalu, kerana mahu menyedarkan kepimpinan Umno tentang kelemahan parti itu sekarang.Beliau juga asal Umno" sehingga mendorong beliau beralih kepada pembangkang."Saya nak beri 'getaran' kepada Umno, bahawa saya dapat menarik ramai ahli parti itu untuk turut serta masuk PKR, supaya mereka sedar kelemahan diri."Saya sudah lama dalam Umno, saya masuk PKR, sebab kepimpinan Umno sudah jauh menyimpang."Kepimpinan tertinggi Umno telah lari dari matlamat perjuangan asal Umno sendiri," kata Shaari ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie dilapor mengesahkan terdapat ahli Umno di negeri itu yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti itu sejak bulan lalu.Menurut Shaari lagi, beliau menyertai PKR atas kerelaan beliau sendiri dan diikuti oleh ahli-ahli Umno yang lain, yang juga tidak puashati dengan parti itu sekarang.Boleh cecah 1,000 orangSeingatnya, kata Shaari, sehingga bulan April lalu, 500 hingga 600 ahli Umno sudah menyertai PKR.

"Kesemua mereka adalah penduduk di DUN Kuala Perlis yang terdiri daripada kaum Melayu dan Cina," tambahnya.DUN Kuala Perlis terletak dalam Parlimen Kangar. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu adalah ketua Umno bahagian Kangar."Saya bukan tarik mereka (menyertai PKR), saya masuk atas kehendak diri sendiri."Mereka ramai-ramai minta borang (keahlian PKR)," katanya sambil menambah jumlah tersebut boleh mencecah 1,000 orang.


Ditanya sama ada beliau menerima sebarang ugutan atau sabotaj selepas menyertai PKR, Shaari berkata:"Tidak ada sebarang sabotaj sebab saya orang bukan orang kuat dalam Umno. Bagi mereka (Umno) saya tak ada apa-apa. Bagi mereka saya orang kecil," katanya.Gagal dapat hakmilikShaari juga mendakwa penduduk di Kuala Perlis terutama di Kampung Seberang Tok Pi yang pernah memohon hakmilik tanah daripada kerajaan negeri, kecewa kerana sehingga hari ini belum diluluskan.Sebelum ini, katanya penduduk di kampung tersebut pernah kehilangan tempat kediaman dalam dua kebakaran sebelum ini."Sekarang ini penduduk kampung tinggal di rumah yang didirikan di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Ia rumah kayu seperti rumah panjang yang dikenali sebagai rumah pelangi."Bekas tapak tanah mereka telah dibangunkan, jadi mereka tak ada harapan nak pulang (ke situ)."Di mana mereka nak tinggal jika JPS ambil balik tanah itu?" soal Shaari.

Semalam Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie dilaporkan sebagai berkata memang terdapat ahli Umno, yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti tersebut sejak bulan lalu.Katanya, kebanyakan mereka dari bahagian Kangar, terutama di DUN Kuala Perlis dan setakat ini pihaknya sudah menerima hampir 200 borang keahlian.Manakala mantan menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata mereka yang menyertai PKR termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).Pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

22 Mei 2009

FOTO " TALKIN UNTUK UMNO" REAL

Foto misteri 'talkin untuk Umno'

Jimadie Shah Othman May 22, 09 5:19pm

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.


Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah."Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri."Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.

Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau. Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik.

JUMPA D MKMH PERSEKUTUAN!!!!

Peguam Sulaiman Abdullah Akan Mengemukakan Rayuan Ke mahkamah Persekutuan PDF Print E-mail
Written by Editor
Friday, 22 May 2009 16:32

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/insidepix2.jpgPeguam yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia adalah kerana Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tiga orang panel hakim itu yang mendengar kes rayuan tersebut, Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya semalam




DEPA NAK TAWAN BALEK....JGN. RALIT!!!

Dua rumusan Umno tawan Kedah
May 22, 09 3:34pm
Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata SMSS bermaksud bekerja "siang malam, subuh senja", manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan DUN
masing-masing.

"Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini

Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.

ADUN PANGKOR TETAP MB HARAM!!!


May 22, 09 3:16pm
kemaskini 4.32pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

sivakumar and zambry at perak state assembly 130509 04Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Seseorang MB tidak boleh dilucutkan,walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di DUN – Peguam

Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri -

Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Peguam Sulaiman Abdullah

“Tidak Ada Peruntukan Undang-undang Yang Wujud Untuk Memecat Menteri Besar”

PUTRAJAYA - Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.
Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.

Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan.

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

“Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)

http://buletinonline.net

(Gambar dan Berita Asal di tulis oleh Deborah Loh, The NutGraph, diterjemah secara bebas oleh SM Noor)

21 Mei 2009

HUJAH PEGUAM NIZAR LEBIH BERNAS!!

Eksklusif: Terkini Dari Mahkamah, Kes MB Perak

PUTRAJAYA - Hari ini ialah hari penentuan bagi keputusan oleh kedua-dua Menteri Besar Perak berhubung dengan rayuan kes masing-masing. Jika dlihat kepada tinjauan awam di mahkamah, ternyata mereka amat mengharapkan hakim memihak kepada Nizar. Ini bagi membolehkan satu pilihanraya kecil negeri Perak diadakan dalam masa terdekat ini.

Jika Zambry menang, bermakna harapan untuk melihat DUN dibubarkan agak tipis kerana sudah pasti mereka akan menggunakan segala kuasa yang ada bagi menghalang proses pilihanraya diadakan. Tambahan pula, pemimpin UMNO kini begitu gusar dengan suara rakyat kiranya ia berlaku. Besar kemungkinan Zambry dan semua exco Perak termasuk ADUN lompat akan dihukum oleh rakyat Perak nanti. Apapun, sama-sama kita berdoa agar satu jalan penyelesaian yang baik dan tidak memudaratkan rakyat dapat dicapai hendaknya. Justeru itu, ikuti laporan terkini perbicaraan kes rayuan kedua-dua Menteri Besar Perak dari Mahkamah Persekutuan :-Hakim Bakal Buat Keputusan Petang Esok

[5.12 pm] - Selepas sehari bersidang dan mendengar kedua-dua hujah peguambela Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir akhirnya Mahkamah Rayuan akan beri keputusan berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada pukul 3.30 petang esok. Sementara itu anggota media dari dalam dan luar negara didapati sedang berasak-asak di ruang mahkamah untuk hadir sidang akhbar Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Dalam pada itu ketika ditanya oleh wartawan, Nizar penuh yakin dengan keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah petang esok.

[4.15 pm] - Datuk Cecil Abraham berhujah terdapat lebih daripada satu cara menyingkir Menteri Besar dan bukannya melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri sahaja.

[4.12 pm] - Ranjit Singh sudah selesai berhujah. Sekarang Datuk Cecil Abraham membuat penggulungan bagi pihak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Di luar mahkamah penyokong kedua-dua pihak mula bergerak ke arah Bilik Bicara 3 Mahkamah Persekutuan.

[4.00 pm] - Sulaiman Abdullah berhujah Datuk Seri Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36(c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Datuk Cecil Abraham. Sulaiman meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengan keputusan penghakiman yang lepas-lepas. Sulaiman Abdullah selesai berhujah. Ranjit Singh pula memulakan hujah menyokong hujah-hujah Sulaiman. "Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan," kata Sulaiman.

[3.45 pm] - Hujah Sulaiman Abdullah lagi: "Kami bukan menyanggah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Sultan tetapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan."

[3.40 pm] - "Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat," hujah Sulaiman Abdullah. Penghujahan peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampak lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Datuk Dr Zamry Abd Kadir hanya sekadar biasa (tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak. Dr Zambry tidak hadir di mahkamah dan dipercayai berada di Teluk Intan. Peguam Negara juga tidak kelihatan di dalam mahkamah.

[3.30 pm] - Peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Sulaiman Abdullah (foto) berhujah sekiranya hujah peguam Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Cecil Abraham dan peguam pencelah, Tan Sri Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh Yang Dipertuan Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional “Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18 tetapi jelas tidak ada! Tidak juga terdapat di mana-mana!”"Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri," hujah Sulaiman di depan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

[2.10 pm] - Sebentar tadi peguam Datuk Seri Nizar, Sulaiman Abdullah memulai hujah dengan penuh keyakinan meneruskan perbicaraan sessi petang yang ditangguhkan tadi. Pada sessi petang ini Peguam Negara (AG) masih tidak muncul dalam kamar bicara. Mereka yang kelihatan cuma Timbalan dan Peguam-Peguam dari Pejabat Peguam Negara.

[1.10 pm] - Peguam Nizar, Suiaiman Abdullah meminta penangguhan sidang dan bersambung kepada jam 2.00 petang bagi makan tengahhari dan rehat. Sementara itu sekitar jam 10.00 tadi kelihatan Exco Haram, Hamidah Osman bersama sekitar 10 orang lelaki bersongkok tinggi sampai di sini dan beredar setelah mahkamah ditangguh dan mungkin akan muncul semula sekitar jam 2.00 petang nanti.

[12.10 pm] - Perbicaraan disambung kembali dan bilamana panel hakim membenarkan Peguam pencelah yang mewakili Zambry mengemukakan hujahnya. Pada satu masa, Ghani Patail (foto) telah ditegur apabila beliau salah menafsirkan maksud Menteri Besar pada artikel 10 Undang-undang Tubuh Kerjaan Negeri Perak. Panel tiga Hakim menjelaskan tafsiran sebenar Menteri Besar menurut artikel itu ialah Menteri Besar bersama Exconya. Sesudah Peguam Negara menyelesaikan hujahnya dijangka akan disambung oleh ketua panel Peguam Datuk Seri Nizar iaitu Sulaiman Abdullah.

[12.09 pm] - Sejak awal pagi tadi mahkamah penuh sesak dengan pemerhati dengan mereka memenuhi sekitar 100 ruang tempat duduk. Ternyata perbicaraan yang penting pada hari ini menarik perhatian ramai pihak sehingga ledakan kehadiran pemerhati yang tidak dapat ditampung tempat duduk yang terhad dalam mahkamah itu

DUN PERAK AKAN DIBUBAR AKHIRNYA????

Pilihan Raya Perak Bila-Bila Masa Daripada Sekarang – Husam

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata – Husam

Husam: Pilihan Raya Perak Bila-Bila Masa Daripada Sekarang
Pilihan raya negeri Perak bakal berlaku pada bila-bila masa berdasarkan keputusan Barisan Nasional yang tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti dan keputusan Mahkamah Rayuan yang dijangka memihak kepada BN .


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata pembubaran DUN Perak dilihat akan mengimbangi langkah BN tidak bertanding di Penanti.
Untuk mencapai strategi menyelamatkan maruah dan imej Umno dan BN supaya tidak kelihatan bacul menarik diri daripada pertandingan di Penanti, Husam menjangkakan keputusan Mahkamah Rayuan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan memihak kepada beliau .
“Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.


“Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan Pakatan Rakyat. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai “care taker government” sepanjang tempoh kempen,” Husam menulis dalam blog beliau hari ini.
Husam menambah pengunduranBN dari Penanti hendaklah dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan terbalik iaitu pilihan raya mengejut di Perak.


Beliau yang juga Exco Kelantan berkata pilihan raya baru perlu di adakan segera di Perak bagi mneyelamatkan institusi raja di negeri itu.
“Pakatan Rakyat pada pendapat saya bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad.
“Jika tidak satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini,” kata Husam lagi.
Husam juga menyentuh mengenai pertemuan beliau dengan tiga tokoh iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib awal minggu ini mengenai krisis politik Perak.
“Daripada segi prinsip semua ketiga pimpinan yang saya temui bersetuju DUN Perak harus dibubarkan.


“Dr Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau Pakatan Rakyat, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau.
“Tetapi akhirnya pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah,” tambah beliau.


Husam berkata Dr Chua telah membangkitkan isu ini secara serius dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam baru-baru ini dan difahamkan parti komponen BN yang lain berkongsi pandangan langkah pembubaran DUN sebagai jalan “survival” kepada politik BN di Semenanjung.
Kegagalan berbuat demikian kata Husam akan mendorong kepada penolakan rakyat terhadap BN di seluruh Semenanjung
.

AKHIRNYA UMNO DITALKINKAN???....


Talkinkan UMNO ? Sapa punya kerja ni ? (update)
Astaghfirrullah..MasyaAllah..!! Ni kat mana ni ? Terkedu wak lihat foto ni, Patut ker hangpa buat macam tu ?

(wak) OD kek mano kau dopek gambo ni ? Kau cito kat wak..!
Sumber tak sohih mengatakan bahawa, (rujuk komen) ..kejadian ini berlaku di Semporna Sabah, kerana depa tidak puas hati pasal tanah, dan KM depa (baca siapa ?), kawasan ni kawasan Naib Pengerusi UMNO yang bangap tu, saper ? itu..menteri apdal tuh laaa kalau nak tau, depa bukan mati pun, ni hanya protes jer wak, dan masih hard core umno, duit duit, dimana ko duit....UMNO talkinkan UMNO di Sabah lah yer !
Posted by albanjari

UNTUK RENUNGAN BERSAMA....

Lee Ban Chen

Politik baru yang menjadi tumpuan di negara kita sejak penghujung abad ke-20 boleh ditakrifkan sebagai proses politik yang merupakan gerakan reformasi menentang korupsi, kronisme dan nepotisme. Ia bertujuan memperjuangkan dasar-dasar kerajaan yang lebih bebas, demokratik, adil dan progresif bersesuaian dengan kepentingan masyarakat sivil, hak-hak asasi manusia serta nilai-nilai universal. Sedangkan politik perkauman pula jati diri politik Umno, Perikatan atau Barisan Nasional yang bermula dengan penggantian slogan “merdeka” yang dikemukakan oleh Melayu progresif dengan slogan “Hidup Melayu” pada 1947 apabila Umno ditubuhkan.

Parti-parti politik berasaskan kaum sentiasa mendakwa diri mereka sebagai wakil kepentingan kaum terbabit dan kononnya memperjuangkan kedudukan, hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing. Pada hakikatnya mereka sering memperalatkan nama dan sentimen kaum untuk mencapai kepentingan peribadi golongan berkuasa dan kroni-kroninya. Sejak penubuhan, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional secara berterusan memenangi setiap pilihanraya umum, seolah-olah institusi politik perkaumannya sudah terlalu berakar-umbi dan tidak dapat dikalahkan lagi. Kerana, jika tampuk pemerintahan mereka terancam, maka mereka dengan tidak teragak-agak dan sewenang-wenang akan menggunakan akta ISA untuk menahan musuh politiknya, malah digertak dengan ulangan tragedi 13 Mei.

Namun tsunami politik 8 Mac 2008 sudah membuktikan bahawa ideologi politik baru yang rentas sempadan kaum, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional juga boleh dikalahkan. Dengan kata lain, dakwaan bahawa Umno atau Barisan Nasional tidak terkalahkan sudah menjadi dongeng politik pra-8 Mac!

Pakatan Rakyat, terutama di lima negeri yang diperintahnya, seolah-olah sudah diamanahkan dengan tugas untuk melaksanakan politik baru di negara kita. Pada umumnya mereka disambut baik oleh rakyat pelbagai kaum sehingga rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak - yang mengingkari kemahuan pengundi - telah dihukum dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan majoriti yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Umno dan parti-parti komponen BN terpaksa mengaku kini mereka sudah tiada pilihan lagi melainkan berubah atau diubahkan. Kekalahan pada pilihanraya kecil di dua Bukit itu sudah mematikan akal Umno dan Barisan Nasional seperti runggutan timbalan perdana menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pengundi seolah-olah tidak dihargai!

Barisan Nasional mungkin tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di DUN Penanti, Pulau Pinang untuk mengelak nasib yang sama seperti pada pilihanraya kecil awal April lalu.

Meskipun saf pimpinan baru Umno dalam era Najib Razak berjanji akan berubah dengan slogan baru "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan", namun tidak ramai yang percaya politik perkauman Umno sanggup diubah.Sebab-sebabnya:

Pertama, peluang keemasan bagi Umno berubah sepatutnya selepas pilihanraya umum 2004 sewaktu perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah diberi mandat yang kuat. Namun mandat itu telah disia-siakan kerana Pak Lah tidak berupaya melaksanakan perubahan seperti yang dijanjikan.Beliau malah terpaksa berundur selepas tsunami 8 Mac akibat tentangan dan desakan kumpulan Dr Mahathir Mohamad-Najib-Muhyiddin dari dalaman dan strategi rampasan kuasa Anwar yang adventuris dan agresif dari luar.

Kedua, perdana menteri baru dibebani banyak unsur negatif, termasuk: Beliau masih dibelenggu momok kes bunuh Altantuya Shaariibuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Tidak disangka, Dr Mahathir juga berpendapat bahawa Najib perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya - yang tercalar dengan isu Altantuya dalam media luar negara - agar persepsi negatif rakyat dapat dihakiskan.

Dr Mahathir yang berjaya memainkan peranan “king maker” seakan-akan berlagak sebagai pemimpin de facto Umno dan cuba “mempengaruhi” setiap keputusan Umno – daripada kelayakan ahli kabinet baru Najib sehingga sama ada patut atau tidak Barisan Nasional meletakkan calonnya dalam pilihanraya DUN Penanti, 23 Mei ini. Imej “sederhana” yang cuba dibina melalui gagasan "Satu Malaysia", pembebasan tahanan ISA dan pemansuhan larangan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan tercemar dengan begitu cepat sekali kerana:

(a) Beliau elak mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyeru ‘Bangkitlah Melayu’ agar bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat "semakin keterlaluan” yang nyata sekali amat bersifat rasis dan bertentangan dengan gagasan "Satu Malaysia" anjuran Najib.

(b) Baru-baru ini tiga orang dilaporkan menjadi mangsa terbaru akta ISA dan menteri penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahankan ISA dalam satu program televisyen BBC. Malah beliau memberi arahan kepada pengendali-pengendali stesen TV dan radio swasta agar aspirasi kerajaan hendaklah disebarkan dengan secukupnya demi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang.

(c) Kebebasan media tersekat, misalnya wujud arahan agar nama-nama Abdul Razak Abdullah Baginda, Najib dan isterinya tidak disebut dalam segala laporan media berkaitan dengan kes Altantuya.

(d) Politik perkauman Umno dan Barisan Nasional yang sudah diinstitusikan melalui dasar-dasar kerajaan dan kumpulan berkepentingan tentu cuba mengekalkannya demi mempertahankan kuasa politik dan kepentingan individu. Jika perubahan Umno dalam era Najib hanya “indah khabar daripada rupa”, maka adakah politik baru Pakatan Rakyat boleh diharapkan? Kemenangan calon Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan keraguan BN untuk meletakkan calon di DUN Penanti secara simbolik membayangkan sokongan pengundi kepada pakatan tersebut untuk memperjuangkan politik baru sungguhpun ia juga pernah mengecewakan mereka, terutamanya:

Rampasan kuasa melalui lompatan parti secara beramai-ramai - seperti dijanjikan oleh Pakatan amnya dan Anwar Ibrahim khasnya - terbukti gagal, penyokong PK seolah-olah terperdaya dalam perkara ini. Taktik melompat parti yang digunakan Anwar sebaliknya diperalat Barisan Nasional untuk merampas kuasa kerajaan gabungan pembangkang di Perak dan menimbulkan krisis perlembagaan, hingga sekarang.

Selepas rampasan kuasa Anwar gagal, kumpulan presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilaporkan ingin menghidupkan perbincangan dengan Umno berkaitan penubuhan kerajaaan perpaduan dengan BN. Mujurlah isu itu kini kelihatan sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Perselisihan faham dan pergeseran perwatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering berlaku secara terbuka.

Kewujudan anasir-anasir oportunis, korup dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, merealisasikan cita-cita politik baru di negara kita menjadi tugas sejarah yang patut dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, antara lain: Benteng politik perkauman Umno dan Barisan Nasional mesti ditumpaskan sebelum politik baru dapat bertapak, proses ini perlu dimulai daripada penolakan secara tuntas segala dasar, falsafah dan institusi politik perkauman di negara kita. Pakatan Rakyat yang longgar perlu disusun semula melalui penggubalan program minimum bersama dan rumusan disiplin yang dapat dikuatkuasakan.

Prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perlu dihayati dan diamalkan demi kepentingan perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Bersedia untuk memenangi pilihanraya umum akan datang agar sistem dua barisan, iaitu persaingan yang lebih adil dan seimbang antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dapat diwujudkan demi kepentingan politik baru negara kita. Masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah menentang politik perkauman baik daripada BN atau Pakatan Rakyat agar politik baru dapat bertapak dan berakar umbi di negara kita.

Artikel ini diubahsuai daripada ucapan penulis di seminar anjuran bersama Therocknews.com dan jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL pada 22 April 2009

PENJELASAN TOMAHAN KPD EXCO PR

WARKAH TERBUKA DARI WISMA DARUL AMAN
WARKAH TERBUKA KEPADA : SELURUH PEMBACA KEDAHLANIE.BLOGSPOT.COM, PENYUMBANG BERITA DAN ARTIKEL, & ADMIN.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraSalam hormat daripada saya di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Terlebih dahulu saya mengajak diri yang kerdil ini, seluruh pembaca, penyumbang berita dan blogger untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmat yang dianugerahkan. Mari kita terus meningkatkan ketaqwaan kepadaNya, moga-moga kita semua beroleh keampunan dan keredhaan.

Saya telah mengikuti rapat bahan-bahan yang dipaparkan dilaman maya Kedahlanie berkaitan isu-isu Negeri Kedah, dan mengutip semua sumbangsaran yang dilontarkan, sama ada punya identity atau bersembunyi. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas usaha anda semua.Bagi undian prestasi Kerajaan Negeri Kedah, saya telah menganalisa semua komen berasaskan beberapa bidang dan kelompok, dan saya telah memanjangkannya kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar (MB) untuk tindakan selanjutnya.


Berkaitan isu tuntutan yang dikatakan melampau yang tidak dinyatakan tuan tubuh Exco yang terlibat, saya telah memaklumkan kepada MB dan beliau akan mengambil tindakan perlu untuk mengatasi perkara tersebut jika didapati wujud kes seperti yang didakwa. Tidak dapatlah saya nyatakan di sini bentuk tindakan dan siapakah individu tersebut. Kepada penulis yang menggunakan nama Penyiasat Persendirian diharap dapat menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.


Berkenaan isu rumah Adun Merbau Pulas, saya telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan beliau. Benar seperti yang dinyatakan oleh beberapa responder bahawa ruang tambahan itu adalah untuk dijadikan Pusat Khimat Wakil Rakyat (PKWR). Kos ubahsuai adalah antara RM35 – RM40 ribu sahaja daripapa wang simpanan beliau sendiri, wang pencen suami (Cikgu Ramli) dan duit kebun getah pusaka keluarganya. Sebahagian daripada kos tersebut masih belum dibayar (berhutang) kepada pembekal (hardware) dan upah tukang, dianggarkan berjumlah RM17 ribu.


Dakwaan bahawa kos yang melebihi RM80 ribu dari dana kerajaan yang diseleweng adalah tuduhan yang amat berat dam keterlaluan. Saya harap abudzaralghifari bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t dan daripada YB Adun Merbau Pulas, keluarga beliau dan seluruh pengundi beliau. Ingatlah penegasan Allah dalam Al_Quran “Sesungguhnya dosa memfitnah adalah lebih berat daripada membunuh”.Beliau tahu pihak-pihak yang bertanggungjawab mereka-reka fitnah tersebut, dan anaknya menyimpan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh dua orang yang mengambil rumahnya pada hari tersebut. Laporan polis sedang dipertimbangkan untuk memastikan perkara ini tidak berulang.Saya secara pribadi amat berat untuk bertanyakan hal tersebut, dan jawapan beliau mengundang titisan air mata tanpa disedari. Memandangkan beliau memegang portfolio kebajikan, memberi sumbangan dari wang gaji, melawat, menziarah dan merasai pederitaan rakyat (seperti Adun-Adun lain), tidak dapat dielakkan lagi.


Hampir separuh daripada gaji dan elaun bulanan disumbangkan kepada masyarakat, PKWR dan parti, satu pertiga untuk perjalanan ulang-alik beliau ke pejabat di Alor Setar dan sebahagian kecil untuk diri dan keluarga beliau. Semuanya dibentangkan secara terperinci. Tidak dapat saya bayangkan kesukaran dan pengorbanan beliau untuk melaksanakan amanah yang dipikul, semoga semua itu dianugerahkan ganjaran kebaikan daripada Allah s.w.t. Walaupun tidak ada baki untuk menjadi harta dunia untuk diwarisi anak-anak, beliau tetap bersemangat untuk terus berkhidmat dan menunaikan amanah yang amat berat itu. Marilah kita berdoa semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan mulia ini.Saya amat berharap jawapan ini dapat menamatkan pergelutan maya dalam suasana politik yang serba terbuka di zaman ini.


Anasir-anasir jahat pihak musuh perlu sentiasa diawasi, baik musuh itu berupa syaitan, jin, manusia, dan nafsu dalam diri.Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, saya menyeru agar kita dapat bersatu dan mendokong hasrat melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, tempat berteduh orang miskin dan lemah yang terbela bersama orang kaya yang pemurah. Semoga usaha kita mendapat barakah dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Sekian Terima kasihYang benar,MUHAMMAD SANUSI MD NORSETIAUSAHA POLITIKYAB DATO’ SERI MENTARI BESAR KEDAHmsanusi@kedah.gov.my / mhmmd_sanusi@yahoo.co.uk

ESOK SIAPA MB PERAK?????

Pertarungan akhir Nizar-Zambry
May 21, 09 1:25pm
Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini. Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.


Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

UBN PERLIS KIAN GOYANG!!!

PKR Perlis sah terima kemasukan ahli Umno
malaysiakini

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata memang terdapat ahli Umno di negeri itu, yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti tersebut sejak bulan lalu."Kebanyakannya dari bahagian Kangar, terutama sekali di DUN Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Sehingga ini, kata beliau, pihaknya telah menerima semula hampir 200 borang keahlian untuk menyertai PKR.

"Dijangka masih ada lagi yang akan hantar. Kita akan berusaha untuk tambah lagi ahli. Lagi banyak lagi bagus," katanya.Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan berapa ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai PKR."Saya tak berani nak cakap, terpulang kepada mereka. Kita tunggu borang," katanya.

Pemimpin hasrat sertai UmnoJohari berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 1,000 ahli-ahli Umno melompat parti menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, bulan lalu.Perkara tersebut menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, beliau juga turut dihubungi seorang pemimpin Umno yang menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno tersebut."Kita terima siapa sahaja, tak ada masalah," katanya.

Cawangan baru DAPSemalam,

Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP bagi Kedah dan Perlis, Vincent Wu menjelaskan enam cawangan baru DAP ditubuhkan di Perlis.Katanya, ia termasuk dua cawangan - masing-masing satu di Kangar dan Parlimen Padang Besar - dengan lebih 150 ahli.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada ahli baru itu datang dari kalangan ahli MCA ataupun tidak.Manakala empat cawangan lagi masih dalam proses pengumpulan ahli untuk membolehkan penubuhan secara rasmi.Katanya, keempat-empat cawangan tersebut, masing-masing satu di DUN Kuala Perlis dan DUN Beseri, manakala dua lagi cawangan di Parlimen Arau.Majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan telah disempurnakan oleh ahli parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang dua minggu lalu, tambahnya.

19 Mei 2009

MB PERAK MACAM MUGAMBE RUPENYE...

Zambry hanya layak diumpamakan dengan 'Mugabe'

TASEK GELUGOR, 17 Mei (Hrkh) -Menteri Besar 'haram' Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kader tidak layak disebut sebagai tokoh India, Mahatma Gandhi atau Afrika Selatan, Nelson Mandella tetapi lebih mirip kepada tokoh zalim pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad.

Jelas beliau, kenyataan Dr Zambry baru-baru ini bahawa beliau umpama Gandhi atau Mandella yang sanggup berjuang demi rakyat amat memalukan kerana perjalanan politiknya berlainan dengan apa yang dilalui oleh kedua-dua tokoh tersebut.

"Malu sungguh bila Dr Zambry mengakui dirinya bagaikan Gandhi atau Mandella kononnya perjuangannya mendapatkan hak sebagai Menteri Besar Perak untuk memperjuangkan nasib rakyat, " tambah beliau.

Katanya lagi, senario politik terutamanya bagaimana beliau mendapatkan kuasa amat menjijikkan kerana menerusi rampasan kuasa yang tidak bertamadun langsung.
Ustaz Idris mengulangi pandangannya, hanya satu jalan sahaja untuk menyelesaikan krisis di Perak iaitu memberikan mandat kepada rakyat bahawa kerajaan manakah yang mereka suka antara Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

Sekarang ini sambungnya, kemelut di Perak sudah hancur dan memerlukan satu tindakan pantas demi menyelamatkan keadaan yang ada kerana menegakkan benang basah oleh BN menerusi mahkamah akan berpanjangan dan sukar untuk diatasi.
"Dari kes rampasan kuasa yang tidak beradab dilakukan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sampailah sekarang isu berkenaan tidak selesai. Melainkan satu pilihan raya seluruh Perak diadakan segera jika tidak semakin lama makin hancur dibuatnya, " ujarnya dalam ceramah khas penerangan isu Perak di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini.

Jesteru itu, baginda Sultan Perak wajar memperkenankan untuk diadakan pilihanraya seluruh Perak kerana kelewatan mengembalikan hak rakyat akan mengundang padah tambahan lagi ekonomi negara makin merosot.
Bila pelabur tidak lagi ke Perak katanya, rakyat yang akan menerima kesan apabila penutupan kilang akan berlaku, harga barangan boleh meningkat dan suasana masyarakat jadi kelam kabut.

"Bayangkan apa akan terjadi bila suasana negeri Perak kacau-bilau semua akan terhenti terutamanya pelabur akan lari ke negara lain. Sebenarnya bila krisis memuncak di Perak bukan sahaja Perak akan rugi malahan Malaysia turun menerima padah, " jelas beliau.
Turut berceramah sama dalam program anjuran PAS Cawangan Padang Menora itu ialah tokoh pendakwah Kedah, Ustaz Idrus Ahmad dan Naib Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Zakaria Hamzah. - mks. _

KELUAG UMNO MASOK PKR

KELUAK JANGAN TAK KELUAK
1,000 AHLI UMNO KANGAR KELUAR PARTI - mkini

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

kah kah kah…. PATUT LAH BORANG KEAHLIAN PKR HABIS….kah kah kah..kah kah kah…..MAT PERLIAH DAH GASAK… BERDUYUN DUYUN MASYUUUUK PKR….kah kah kah…woit… HANG TAK TAHU SEBAB NYA ?.... kah kah kah..kah kah kah… BIAR BETUL… TAK KAN HANG TAK TAHU…PIKIAK SIKIT..kah kah kah…woit… DEPA NAK KERAJAAN BARU… kah kah kah…kah kah kah… DEPA NAK TINGIAL KAPAIL YANG DAH TENGGELAM…. kah kah kah…woit… MINTIAK SEBATANG CICAR DAVIDOFF DARI MUNKEE SHAHIDAN…. HEMBUIH ASAP PADA MUNKEE NI…kah kah ka

NEGARA KITA SETARAF ZIMBABWE....

Umno/BN hilang maruah diteraju pemimpin dayus

Oleh Mat Zahari Ali

KEPUTUSAN jemaah kabinet yang diterajui Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk tidak menyertai Pilihanraya Kecil N.12 Penanti bukan sekadar mencipta satu sejarah sejak 63 tahun Umno bertapak dinegara ini malah menjadi penanda aras yang membuktikan umno/BN telah kehilangan kepemimpinan serta maruahnya.

Dalam dimensi yang sama, kepimpinan parti yang menerajui negara ini sejak lebih 52 tahun itu seolah-olah telah direntap oleh suatu kuasa ketakutan sehingga menghilangkan jati diri dan keperkasaannya . Ini sekali gus meletakkan segala harapan dan sandaran yang menjadi tunjang kepada keyakinan rakyat selama ini terhadap parti dan pemimpin-pemimpinnya hilang dan hancur hanya disebabkan oleh sebuah keputusan dari kepimpinan yang tidak sanggup merempuh cabaran, tidak punya semangat juang dan bersikap dayus.

Cerminan yang dapat disimpulkan dari keputusan dayus itu adalah suatu pengiktirafan yang tidak dapat disangkal lagi bahawa lawan Umno/BN iaitu Pakatan Rakyat terlalu kuat sehingga tidak sanggup ditentang oleh Umno ataupun mana-mana komponen BN pun.Pengiktirafan ini tidak pernah diperoleh oleh Pembangkang sebelum ini. Ini juga merupakan sejarah baru yang memihak kepada musuh BN itu.
Inilah yang nyata dapat disedari dan lihat oleh rakyat sejak Najib memegang tampuk kepimpinan negara dari Tun Abdullah pada Mac lalu.

Berdasarkan personalitinya, Najib adalah seorang pemimpin yang lahir dalam keluarga bangsawan yang mana perjalanan politiknya sentiasa dihampari permaidani merah.Najib tidak pernah dicabar ketika dalam Umno.Pengaruh Anwar Ibrahim yang mana Najib juga tergolong dalam team wawasan pimpinan Anwar ketika Anwar didalam Umno dahulu meletakkan beliau lebih bernasib baik dalam mencipta nama dalam Umno.
Najib yang terkenal dengan sikap ‘play safe’ yang pernah disindir oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno termasuk timbalan beliau Muhyiddin Yassin, memperlihatkan imej kepimpinan beliau hanya sekadar menumpang ‘aura’ bapa beliau, Tun Razak.

Kegagalan Najib untuk meletakkan calon BN di penanti bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Umno/BN yang membenarkan kenyataan bahawa Umno semakin daif malah semua komponen dibawah BN juga semakin longlai walhal menang dan kalah adalah adat bertanding.
Pakatan Rakyat yang dibarisi PAS, DAP dan KeADILan telah mengalami detik-detik keperitan akibat tewas dalam pilihanraya hampir 50 tahun sebelum mencatat kebanggaan pada Pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Kesan dari kesabaran, keperkasaan dalam mempertahan maruah parti serta dipimpin oleh pemimpin yang berani menghadapi pelbagai halangan dan fitnah seperti Anwar Ibrahim, Lim kit Siang dan Hadi Awang serta berpulluh-puluh lagi pemimpinan yang pernah meringkuk dipenjara serta di aniaya akhirnya PR berjaya meyakinkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bekas Setiausaha Amerika, Hendry Kissingger berkata kekuatan sesebuah parti politik itu 85 peratusnya terletak pada ketahanan jiwa pemimpinnya, 10 peratus terletak pada orang bawahannya dan lima peratus lagi terletak pada lambang partinya.


Tindakan Najib mengaku kalah sebelum bersabung secara jangka panjangnya akan melibatkan krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau melebihi dari situasi parti pimpinanya sering kalah dalam pilihanraya.

Rakyat menyedari bahawa seorang pemimpin yang tulin adalah mereka yang berani dan sanggup menghadapi kesukaran, keiaban, fitnah dan pelbagai resam cabaran. Kebanyakan negara di dunia sedang bergelut menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis ekonomi dunia tetapi Malaysia sedang berada dalam indeks yang lebih merbahaYa kerana selain krisis ekonomi, krisis politik dan perlembagaan dinegara ini sedang meniti saat yang amat menakutkan.


Krisis perlembagaan di Perak telah meletakkan negara ini sebaris dengan Zimbabwe dan beberapa negara Afrika lain kata Lim Kit Siang. Institusi polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara serta memelihara keluhuran perlembagaan di negara ini telah menodai amanah tersebut dengan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei lalu. Pada 3 Mac lalu pula bertindak menghalang Adun dari mengadakan persidangan sehingga sejarah tercipta bila Adun terpaksa bersidang di bawah pokok.

Ketidak stabilan ekonomi yang disertai oleh kemelut perlembagaan serta salah guna pihak polis meletakkan negara dan rakyat sedang berada diambang yang terlalu takut untuk dibayangkan.Pemimpin yang tidak bermaruah dan bersikap dayus mampu dan akan bertindak melarikan diri sekiranya apa-apa berlaku terhadap negara ini. malah pemimpin dayus sebegitu akan sanggup mempergunbakan apa sahaja termasuk polis, tentera dan istana untuk dijadikan benteng pertahanan.

Ini tidak menghairankan setelah RM67 billion wang rakyat dan wang negara telah berjaya diperoleh mandat untuk dikuasai. Kuasa wang tersebut juga akan mampu dibeli untuk memujuk, menyogok dan mengugut bagi mendapatkan kuasa kembali walaupun itu bukan restu dari rakyat.

Saidina Ali berkata pemimpin atau orang yang dayus ibarat orang yang hampir karam dan akan mengapai apa sahaja yang ada untuk menyelamatkan diri. Menurut Saidina Ali lagi, pemimpin yang dayus tidak lagi mempertikaikan pertimbangan baik dan buruk serta haram dan halalnya kerana matlamatnya hanya satu aiatu untuk menyelamatkan diri.Apa yang lebih menakutkan kata Saidina Ali, Pemimpin yang dayus tidak akan mencium syurga.

Mat Zahari Ali ialah Editor Berita Akhbar Mingguan, Suara Keadilan

MAFREL BANTAH PONDOK PANAS

Mafrel bantah SPR benarkan pondok panas di Penanti


BUKIT MERTAJAM: Mafrel, sebuah organisasi pemerhati dan pemantau pilihan raya tidak
berpartisan, mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik semula kebenaran mendirikan pondok panas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hujung bulan ini.
Koodinator Mafrel Pulau Pinang, Jamaluddin Abdullah berkata pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada SPR esok (hari ini) supaya pilihan raya kecil itu benar-benar bebas daripada aktiviti berkempen pada hari mengundi.

Katanya pengundi perlu diberi kebebasan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tenang tanpa sebarang pengaruh atau tekanan.
Ketika bercakap pada persidangan akhbar di sini semalam, beliau berkata memandangkan SPR telah menyediakan kemudahan semakan butiran pemilih, maka pondok panas ini tidak diperlukan.

Beliau berkata pondok panas itu juga tidak wajar diadakan berikutan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding kali ini dan saingan terhadap calon yang bertanding sudah berkurangan.
"Kalau pembangkang menggunakan pondok panas untuk berkempen pada hari mengundi, adalah tidak adil kepada calon-calon bebas kerana sudah pasti jentera mereka tidak setanding dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.
Jamaluddin berkata sebelum ini SPR melarang parti-parti politik yang bertanding membina pondok panas di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi tetapi larangan itu ditarik semula selepas pakatan pembangkang menemui SPR baru-baru ini.
Katanya pertarungan calon pada pilihan raya kecil kali ini unik kerana pertandingan tertumpu kepada PKR dan beberapa calon bebas.

Menurutnya, Mafrel meletakkan lebih 50 pemantau untuk pilihan raya kecil itu dan akan melaporkan kepada SPR serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai sebarang salah laku atau perbuatan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kami juga akan memantau sama ada PKR menggunakan jentera kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kempennya dan kami akan mendedahkan perkara itu jika ia berlaku," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas kerana hendak menyambung pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Berikutan kekosongan kerusi itu, SPR menetapkan Sabtu ini untuk penamaan calon dan 31 Mei sebagai hari mengundi jika terdapat pertandingan. BERNAMA

PENANTI PR BELUM MENANG LAGI!!!!

Eksklusif: Keputusan Tidak Letak Calon Adalah Satu Helah Untuk Mengaburi Mata Rakyat Dan Mengelakkan Diri Najib Sekali Lagi Dimalukan !!

Pakatan Rakyat telah mendapat kemenangan pertama terhadap Barisan Nasional dengan pukul TKO bila mana PM Najib Razak mengumumkan bahawa BN tidak akan meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung bulan ini. Ketakutan yang amat sangat puak-puak UMNO dan BN kepada suara rakyat akhirnya terus menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Belum pernah terjadi dalam sejarah Perdana Menteri terdahulu, mengambil sikap berkecuali dan bacul untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil di negara ini. Apalah nasib malangnya penyokong BN di DUN Penanti, bila kemewahan dan wang ringgit yang mereka harapkan akhirnya tidak kesampaian.


Begitu kecewa sekali pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan keputusan yang memang sudah dijangka ini. Apapun, keputusan itu jelas sekali Najib Razak rupanya tidak mahu menggunakan "nasihat" dan "dibayangi" oleh sifunya Mahathir Mohamad. Mahathir sebelum ini telah menyatakan bahawan BN harus bertanding di Penanti bagi tidak melemahkan parti dan sokongan rakyat terhadapnya. Apapun keputusan sudah dimaklumkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, bahawa BN tidak akan menyahut cabaran secara "anak jantan" untuk masuk gelanggang. Ini kerana BN adalah parti "pondan" dan hanya berani berkokok dibelakang, sama seperti apa yang dilakukan oleh Menteri Luar 1Malaysia Anifah Aman di Amerika baru-baru ini. Kenyataan yang cukup berkobar-kobar dilaungkan kononnya Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kiranya beliau berjaya memujuk wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak menyertai Pakatan Rakyat dulu.
Memang sahlah kini bahawa pemimpin UMNO dan BN adalah pengecut dan tidak mempunyai kekuatan lagi.Fairus Khairuddin Pencetus Kemenangan RakyatAlasan yang diberikan kononnya kekosongan kerusi DUN Penanti tidak berlandaskan perlembagaan dan kiranya mereka bertanding akan membazirkan masa dan kewangan, jelas sekali merupakan alasan dangkal untuk menutup kelemahan sebenarnya. Walhak satu dunia tahu yang mereka beriya-iya benar ingin mengaitkan bekas ADUN kawasan terbabit, Fairus Khairuddin (foto) dengan kes rasuahnya atas hasrat beliau akan boleh dibeli dan melompat ke UMNO bagi tidak didakwa. Ini pernah berlaku kepada dua ADUN Pakatan Rakyat di Perak dulu, akibat menyertai BN mereka kini seolah-olah bebas dari pertuduhan rasuah wang ringgit dan seks yang digemabr-gemburkan ketika itu.
Inilah yang berlaku kepada Fairus, akibat tekanan demi tekanan yang diterima oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang itu maka akhirnya beliau terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Bayangkan jika beliau tidak meletakkan jawatan ketika itu dan kesnya didakwa di mahkamah dan didapati bersalah, bukankah kelayakan beliau untuk menjadi wakil rakyat juga turut akan terbatal. Maka itulah amat wajar beliau mengundur diri secara terhormat. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh UMNO dan BN sebenarnya, mereka mahu Fairus melompat parti dan menyebabkan maruah Anwar tercalar di Permatang Pauh. Namun dek kerana semangat juang yang tinggi oleh anak muda itu, akhirnya beliau meletakkan jawatan atas alasan untuk menyambung pelajarannya. Malah dalam masa yang sama terus menyatakan sokongan kepada Anwar. Inilah yang amat tidak digemari oleh UMNO dan akhirnya untuk menutup cerita ini mereka mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa kes Fairus ditutup kerana tidak ada asa untuk mendakwa beliau. Walhal sebelum itu, SPRM berkobar-kobar menyatakan ada asas untuk mendakwa Fairus ke mahkamah.
Bukankah disini sudah jelas kita dapat melihat permainan politik kotor puak-puak ini sebenarnya.Helah BN Pancing Fairus Lompat Tidak MenjadiAlkisah, maka akhirnya kosonglah kerusi DUN Penanti. Dan dalam masa yang sama juga pemimpin UMNO menyatakan tidak wajar Fairus meletakkan jawatan kerana mencemarkan proses demokrasi dan menipu rakyat di sana. Berkokoklah ramai pemimpin UMNO dan BN menyalahkan Fairus dan mahukan dia menarik balik keputusan tersebut.
Fairus tetap berpegang kepada keputusan meletakkan jawatan. Ini menyebabkan UMNO dan BN mula ketakutan dan merasa tertekan. Lain yang diharapkan maka lain pula yang terjadi. Malah Fairus juga telah hadir dihari pengumuman calon DUN Penanti oleh Anwar ketika itu. Fairus dengan bangganya menyatakan sokonga penuh kepada calon PKR yang dilantik iaitu Dr.Mansor Osman dan akan turut turun berkempen dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan itu nanti. Dalam masa yang sama UMNO dan BN terus terkapai-kapai tanpa haluan. Mereka gusar untuk meletakkan calon di Penanti. Kerana mereka tahu disitu adalah kubu kuat Anwar, dan padah sekali lagi akan menimpa jika mereka bertanding. Maka awal-awal lagi Najib sudah mengumumkan bahawa UMNO dan BN belum pasti akan meletakkan calon. Atas alasan yang semuanya tidak masuk dek akal dan sungguh melucukan. Biarpun ramai juga dikalangan mereka yang mahu BN bertanding atas asas demokrasi dan bagi tidak mencemarkan nama baik parti itu. Namun Najib akhirnya tetap berpegang kepada janjinya "daripada aku sekali lagi dimalukan, lebih baik aku mengundur diri sebagai ponda". Inilah menyebabkan beliau hari ini mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon di DUN Penanti.Dr.Mansor ADUN Penanti Dan TKM1 P.PinangKemenangan pertama Pakatan Rakyat sudah bermula dengan pengumuman itu. Biarpun akan ada beberapa orang calon bebas yang akan mencuba nasib termasuk bekas orang kuat wanita PKR Pulau Pinang sendiri, namun semua itu sebenarnya tidak akan membenamkan kekuatan Pakatan Rakyat di Penanti. Akhirnya pilihanraya kecil ini akan kelihatan suram dan tiada serinya. Bukan sahaja di Penanti malahan juga di media arus perdana, yang selama ini dilihat begitu rakus untuk memeutar belitkan isu dan memainkan sentimen rakyat agar menolak pembangkang.
Maka tidak akan dilihat kemunculuan pahlawan dan petualang rakyat seperti Ezam Md. Nor, Lokman Nor Adam termasuk juga Mahathir Mohamad datang membantu. Kemeriahan pilihanraya akan hilang akibat keputusan Najib ini. Maka bolelah juga Pakatan Rakyat secara automatik mengumumkan Dr.Mansor Osman (foto) adalah ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang mulai sekarang. Bukan sahaja tidak perlu menunggu hingga hari pengundian selesai, malah walau siapapun yang menjadi calon bebas di Penanti apa yang pasti memang akan ditolak oleh rakyat hatta pemimpin PAS kawasan sendiri yang kononnya tidak bersetuju dengan calon PKR itu. Malah ada ura-ura yang mereka akan memboikot pilihanraya kecil DUN Penanti itu. Amatlah rugi bila kita tidak dapat lagi melihat kemunculan pemimpin UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini. Tahniah buat Pakatan Rakyat kerana berjaya memberi pukulan TKO buat BN untuk menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei 2009 ini.
Sila Awasi Helah dan Tipu Daya BN Di PenantiWalau bagaimana sekali pun, harus diingat bahawa keputusan tidak meletakkan calon itu hanyalah helah Najib bagi mengelirukan Pakatan Rakyat. Ini kerana daripada sumber laporan yang diterima, keputusan itu adalah satu "trick" yang memang telah dirancang dari awal bagi mengelakkan dana Najib, UMNO dan BN sekali lagi dimalukan oleh suara rakyat. Melihat kebangkitan suara rakyat di merata pelusuk negara sekarang ini, memang tidak sah lagi bahawa BN bakal berhadapan dengan laluan sukar dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Inilah yang menghantui mereka. Lantaran itu jalan yang terbaik, kononnya mengumumkan mereka tidak bertanding.
Maknanya jika Pakatan Rakyat menang sekali pun mereka tidak malu. Namun begitu, jika Pakatan Rakyat kalah maka ia satu tekanan moral kepada para penyokong di seluruh nagara. Impaknya amat besar jika kalah, tambahan pula dengan desas desus akan berlaku boikot oleh sebahagian kecil ahli PAS yang kecewa dengan keputusan tidak membenarkan calon PAS bertanding di kerusi DUN itu. Angin bertiup kencang mengatakan mereka akan memboikot pilihanraya kecil ini nanti. Keduanya, BN biarpun tidak bertanding namun mereka tetap akan menaja beberapa orang calon bebas untuk bertanding di situ. Ini terbukti bila mana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat sedang sibuk berada di Permatang Pauh untuk mengatur langkah dengan mengadakan berbagai program di sana.
[Jika benar BN tidak bertanding, kenapa kedua-dua pemimpin UMNO itu perlu sibuk-sibuk turun berkempen?. Bukankah ini satu helah mereka sebenarnya. Justeru itu, kepada jentera petugas pilihanraya Pakatan Rakyat bagi DUN Penanti diminta berhati-hati dan berwaspada dengan propaganda terbaru yang akan dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini nanti. Mereka sebenarnya bertanding, tetapi hanya takut untuk menggunakan lambang "dacing karat" itu. Sebenarnya keputusan Najib untuk tidak meletakkan calon BN dalam pilihanraya kecil Pennati, jelas sekali akan menjatuhkan maruah dan imej parti karat itu dimata rakyat. Justeru itu, rakyat diseru untuk membuat perubahan segera demi masa depan mereka dalam pilihanraya umum akan datang].

18 Mei 2009

BN KALAH LAGI!!!!!

DUN PenTebalanti: BN tidak bertanding

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang dijadual 31 Mei ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.
Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Najib bagaimanapun sebelum ini pernah membayangkan bahawa BN mungkin tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti yang dijadual pada 31 Mei ini.

BERITA BAIK UTK RAKYAT MALAYSIA

Pergolakan PPP Memuncak, T.Murugiah Di Pecat
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah (foto) dan enam lagi telah dipecat dari PPP oleh majlis tertinggi (MT) parti itu. Kesemua mereka gagal hadir di prosiding jawatankuasa disiplin parti itu pada jam 2 petang semalam di ibupejabat PPP di Kuala Lumpur. Mereka ialah ketua PPP Selayang, K.Tanggaraju; Exco Pemuda S.Kanesan; S Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT, R Rajandran dan NA Shanmuganathan.
Mereka merupakan penyokong Murugiah, yang juga anggota MT, dan menjadi semakin popular selepas dilantik sebagai timbalan menteri Jun lalu. Mereka dipecat kerana didakwa terbabit dalam satu sidang media yang dipengerusikan oleh Shanmuganathan yang mendakwa parti itu hampir dibatalkan kerana gagal mematuhi syarat yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Tiga daripada mereka yang dipecat - Jeyaratnam, Rajandran dan Kanesan - adalah pembantu Murugiah di JPM. Rajandran dan Kanesan telah digantung keanggotaan mereka kerana masalah disiplin sehingga Mei 29. Tindakan terbaru pucuk pimpinan itu dijangka melebarkan lagi ketegangan antara Presidennya, Kayveas dan penyokong Murugiah, menjelang pemilihan parti itu. Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu


[Nampaknya, kemelut yang melanda komponen BN ini semakin parah. Tambah mengejutkan bila Presidennya sendiri yang menjadi dalang untuk menghapuskan pengaruh semua pihak yang didapati bersekongkol dengan T.Murugiah itu. Apakah Kayveas sebenarnya tidak berpuas hati dengan perlantikan Murugiah ke dalam kabinet Najib. Sedangkan beliau yang merupakan Presiden telah dianak tirikan oleh kepimpinan baru Najib Razak itu. Apapun semoga kemelut yang melanda ini bakal menjerumus kepada kehancuran Barisan Nasional di Negeri Perak sebenarnya]

AKHIRNYA SEDAK JUGA OT NI....


Tun Mahathir, Media Arus Perdana Berat Sebelah



KELANA JAYA [7.22 am] - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.



Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum "Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima" di Subang Jaya. Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal. Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputuan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.



[Akhirnya Mahathir mengakui bahawa kekangan terhadap media bermula dizaman pemerintahannya. Malah beliau adalah antara pemimpin negara yang dilihat begitu zalim terhadap rakyat dengan berbagai tindakan dan sekatan biarpun dalam masa yang sama menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demorasi berparlimen. Mujurlah Mahathir sedar sebelum terlambat, jika tidak sudah pasti ia akan menghantui dirinya].
PKR lancar kempen kembalikan hak rakyat Perak

PKR akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).


Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.


Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri

AMINAH BT. ABDULLAH SIAPA DIA.....????

ALTANTUYA BUAT NAJIB TAKUT KE LUAR NEGARA - harakah

SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Najib Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara. Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

kah kah kah… INI TAK BETUL… kah kah kah..kah kah kah…SAPA KATA MAT MONGOL TAK BERANI… kah kah kah…kah kah kah…

MAT MONGOL SUDAH PERGI BAS STAND PUDU… INI KAMPONG BANGLADESH…. Kah kah kah…kah kah kah…. MAT MONGOL SUDAH PERGI PETALING STREET…. INI KAMPONG NEPAL…. kah kah kah… kah kah kah…

YANG BELUM PERGI HANYA BUKIT BINTANG…. Kah kah kah..kah kah kah… MAT MONGOL TAKUT… NANTI TERJUMPA CHINA DOLL DARI SHANGHAI…. kah kah kah…woit... PENANTI YANG MENANTI....PASTI MATMONGOL TAK BERANI... kah kah kah..woit... HANTU ALTANTUYA MESTI SAMPAI KE PENANTI.... kah kah kah

17 Mei 2009

OBAMA IKTIRAF 1 MALAYSIA ????

OBAMA UCAP TAHNIAH KEPADA NAJIB ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PM – berita harian

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Najib Razak atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Najib di masa depan.

Dalam perutusan tahniah kepada Najib, Obama berkata: "Kedua-dua negara kita menjalin hubungan yang erat dan saya tahu bahawa anda sudah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan itu.

"Anda dan saya berpeluang untuk menerajui negara kita pada ketika sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang. Tindakan kita akan memberikan kesan yang besar dan usaha bersama kita akan memberikan impak positif berkekalan," katanya.

Obama berkata, beliau bersedia menjalin kerjasama erat dengan Najib dalam menangani cabaran berkenaan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada.

"Saya ucapkan selamat maju kepada anda dalam menjalankan tanggungjawab baru sebagai Perdana Menteri," katanya.


kah kah kah… OBAMA NI SUDAH GILA… kah kah kah…

kah kah kah… MACAM MANA BOLEH JADI PRESIDEN AMERIKA INI ?..kah kah kah…

kah kah kah… OBAMA INI PATUT KENA LEMPANG… kah kah kah…

kah kah kah… OBAMA INI PATUT KENA SEKEH… kah kah kah..

woit … NAJIB SUDAH HAMPIR TIGA BULAN JADI PM….kah kah kah..

woit… BARU SEKARANG NAK HANTAR UCAPAN… kah kah kah..

woit… KALAU BARU KAHWIN DAH BUNTING…. kah kah kah…

woit… KALAU PILIHARA IKAN KELI DAN BOLEH JUAL…kah kah kah

woit… INI NAK PERLI KE?.... kah kah kah…

woit… INI NAK MALUKAN KAN SATU MALAYSIA KE?... kah kah kah..

Pilihanraya DUN Perak…siapa layak jadi calun?

Dah banyak blog-blog yang meramalkan DUN Perak akan dibubarkan Isnin 18/5. No komen.

Surat-surat kepada Penyelia Kemas telah dihantar oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Perak untuk menghadiri taklimat pilihanraya.

Pengarah-Pengarah Pilihanraya DUN Pas telah dimaklumkan untuk bersiap sedia.

Ada Bahagian-bahagian PKR yang sudah melobi untuk menjadi calon!

DAP sudah pun memanggil kepimpinannya untuk satu national retreat.

Kalau tak ada pilihanraya…nampak sangat masing-masing buat kerja bodoh. So…pilihanraya DUN semakin menjadi kenyataan.

Siapa calon Pakatan Rakyat? Calon Umno mampuih pi la kat depa.

Siapa yang akan memilih calon pakatan Rakyat? Kalau ikut tradisi…rakyat biasa tidak mempunyai hak untuk memilih sapa bakal calon yang akan mewakili mereka. Itu hak parti-parti yang bertanding. Ahli-ahli parti pun tidak mempunyai hak…cuma pemimpin parti yang berhak memilih siapa yang mereka suka. Ahli-ahli cuma perlu bersetuju dengan pilihan kepimpinan. Rakyat cuma perlu memangkah bila tiba hari mengundi.

Dan bila kita mendapat pemimpin taik kucing macam Hee, Jamal dan Osman..salah siapa? Whoit!!! mereka dipilih oleh rakyat!!!

Pemilihan bakal calon dibuat oleh kepimpinan parti..bukan rakyat terbanyak. Itu sebabnya…ramai bakal calon lebih suka mengampu pemimpin atasan daripada mengampu rakyat.

Ada pemimpin bahagian atau kawasan yang tak pernah turun kawasan…tak pernah menghadiri majlis-majlis rakyat..tapi depa pasti akan hadir apabila pemimpin atasan turun. Kalau rakyat nak berjumpa…cukup susah…tapi kalau pemimpin atasan nak berjumpa…dari Alor Star ke Kuala Lumpur pun boleh datang bila-bila masa.

Kalau bukan masa pilihanraya..tak payah jumpa la bakal calon macam ni…buat sakit hati. Kalau rumah terbakar…anak-anak nak masuk universiti…lebih baik pi sendiri kat Baitul Mal atau Jabatn Kebajikan Masyarakat. Tapi bila tiba masa mengundi…terhegeh-hegeh depa datang cari.

Rakyat Perak sudah bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat sekali lagi. Tapi rakyat Perak juga tak mau wakil-wakil rakyat yang tak reti buat apa-apa. takat tayang neck-tie baru…pakai Camry baru…sapa pun boleh.

Rakyat sepatutnya mempunyai hak bukan saja untuk memilih calon mereka…tetapi perlu juga berhak untuk memilih sapa bakal calon mereka.

Persaingan sekarang bukan diantara calon Pakatan dengan calon UBN. Calon UBN…bubuh sapa pun orang tak mau. Orang dah marah dengan UBN. Orang dah kecewa dengan UBN. Apa yang rakyat mahukan ialah calon Pakatan.

Tapi kita tak mau calon Pakatan yang haprak. Rakyat mahu calon yang akan menjadi wakil rakyat…bukan hanya wakil parti. Dan rakyat mahu wakil rakyat yang akan mengambil berat tentang rakyat…bukan hanya mengambil berat ahli-ahli parti sahaja.

Rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat..tak kira Pas, PKR DAP. Parti sudah tidak penting. Orang asli pun akan bawa bendera Pas. Muslimat Pas pun akan bawa bendera PKR. Tok imam pun akan pasang bendera DAP. Rakyat akan mengundi sesiapa saja…tapi jangan undi Umno.

Tapi rakyat tak calon-calon mereka macam Jamal, Osman dan Hee.

Calon-calon Pas bukan sahaja boleh jadi Imam di masjid…tapi perlu juga tau macam mana nak jadi imam kedai kopi.

Calon-calon PKR bukan sahaja yang boleh bodek Anwar..tapi kena juga tahu macam mana nak menguruskan rakyat.

Oleh itu…pemilihan bakal calon kali ini bukan sahaja milik pemimpin atau ahli parti…malah mereka juga perlu mendapat restu rakyat.

Sepuluh tahun dulu…rakyat boleh disogok dengan sesiapa saja untuk dijadikan calon. Cukup penonjolan…cukup kempen..boleh menang. tapi sekarang tak boleh dah!!

Bakal-bakal calon akan ditelanjangkan dalam internet. Sapa-sapa yang kaki Danok atau kaki Betong…lebih baik toksah bertanding. Naya saja…habih keluar gambar-gambar masa berseronok kat sana. Bukan takat kalah pilihanraya..anak bini pun nanti suruh keluar rumah.

Bakal-bakal calon yang selama ini tak pernah tunjuk muka…tak payah la bertanding. Bukan setakat blogger…tukang-tukang komen pun nanti akan kutuk hangpa.

Yang tu aku tak upaya…sebab itu hak depa untuk bersuara.

Bakal-bakal calon yang banyak hutang..yang bankrap…toksah nak sorok la. Perbualan telefon hangpa pun orang boleh rakam…inikan pula akaun bank.

Bloggers akan jadi tukang kempen seseorang calon itu…tapi bloggers juga boleh menjatuhkan seseorang calon itu. Bloggers bukan dibayar..tapi hanya menyatakan suara hati rakyat.

Perak banyak mencipta sejarah. Dan pilihanraya DUN kali ini juga akan mencipta sejarah…dimana SIAPA yang menjadi calon akan menentukan kemenangan.

Kalau umno menang…bukan pasai orang suka Umno…tapi pasai depa tak suka calon Pakatan Rakyat.

Kalau Pakatan Rakyat menang…bukan pasai calon tu orang Pas, PKR atau DAP…tapi pasai rakyat dah memang benci kat Umno.

Perakexpress.com juga sedang bersedia untuk menghadapi pilihanraya DUN ini. Kalau hangpa tengok kepada perubahan Perakexpress sekarang adalah kerana kami sedang mencuba untuk memberikan yang lebih baik kepada rakyat. Perakexpress sudah jadi hak rakyat…bukan milik matsamankati.

Kami nak tunjuk kepada Pakatan Rakyat…kalau blogger-blogger Pas, PKR DAP boleh duduk dalam satu blog…hangpa juga kena tunjuk perkara yang serupa.

Kalau dalam menghadapi pilihanraya..blogger-blogger Pas, PKR, DAP boleh duduk bersama..jangan pulak hangpa bergaduh pasai kerusi. Kalau hangpa bergaduh pasai kerusi…aku baling kerusi.

100% RAKYAT PERAK BUBARKAN DUN


Nizar Zambry : Sultan Azlan Yang Arif Bijaksana...


Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

"Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
Justeru itu, kembalikan hak rakyat. Bubarkan DUN Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...