11 April 2009

24 JAM, DAH 4 BULAN DEPA DEMONTRASI!!!!

















Di Thailand depa buat demo dah dekat setahun tiada masalahpun takada yang kena masuk lokapun. Duit depa pun dah lebih tinggi daripada duit RM kalau tak percaya tukar di Danok, Pdg.Besar, Golok Ke.....kita kena fikir bagaimana demokrasi depa...????




Mahkamah ambil alih tugas Speaker?


Peguam Sivakumar, Tommy Thomas, berhujah bahawa Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan bermaksud Sivakumar menikmati imuniti dan keputusannya mengisytiharkan kekosongan kerusi itu tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Katanya di bawah perkara itu Speaker juga diberikan keistimewaan dan kuasa menentukan isu membabitkan persidangan DUN dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.Tommy juga berkata tindakan Sivakumar memaklumkan peletakan jawatan wakil rakyat berkenaan kepada SPR dan mengumumkan kekosongan kerusi itu adalah sebahagian daripada peranannya dalam persidangan DUN.
Beliau berhujah bahawa fungsi SPR seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah lebih kepada fungsi pentadbiran yang berkaitan dengan pilihan raya seperti menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.
Seorang lagi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata di bawah Perkara 31 (1) Perlembagaan Perak, sebarang pertikaian yang timbul dalam persidangan DUN harus diselesaikan secara dalaman dan bukan untuk SPR atau mahkamah memutuskan.
"Dalam kes ini terdapat dua fungsi berasingan pengasingan kuasa dan pengasingan fungsi. Kuasa Speaker dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya manakala fungsi SPR lebih kepada urusan mengendalikan pilihan raya," katanyaWalau bagaimana pun Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.
Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN PerakSivakumar, yang hadir di mahkamah, bagaimanapun, enggan memberi sebarang ulasan apabila ditanya pihak media mengenai keputusan itu.Sumber
Kabinet Najib Altantuya : 75% Kata Tak Akan Kembalikan Keyakinan Rakyat Terhadap BN

Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan hebat apabila 75% responden dari akhbar MSTAR menyatakan bahawa ia tidak akan mampu mengubah keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya.Hanya 13.3% menyatakan kabinet tersebut mampu kembalikan keyakinan rakyat manakala selebihnya 11.7% tidak pasti.Ini bererti apa yang dinyatakan oleh kami sebelum ini mendekati keputusan undian tersebut dimana blog GB menyatakan kabinet Najib adalah satu kabinet yang gagal.
Ramai berpandangan bahawa kabinet yang diumumkan oleh Najib sebenarnya adalah kabinet Mahathir yang berhasrat untuk meneruskan visi dan misinya yang belum terlaksana sewaktu menyerahkan kepimpinan negara kepada Datok Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.Pengekalan muka-muka lama yang telah merupakan sebahagian daripada pentadbiran sebelum ini yang gagal berprestasi akan menyumbang kepada faktor kegagalan tersebut.
Pengenalan kad prestasi Key Performance Index (KPI) untuk para menteri dan timbalan menteri iaitu cara yang hampir sama pernah dilakukan semasa pentadbiran Pak Lah dulu tidak akan membawa makna apa-apa apabila barisan kabinet yang dilantik sebenarnya adlah kaki ponteng dan kaki tidur di Dewan Rakyat. Apatah lagi menteri di jabatan perdana menteri yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan KPI sendiri iaitu Nazri Abdul Aziz tidak mempunyai prestasi yang baik di dalam kabinet yang lalu.Dengan perlantikan beberapa orang menteri dari kalangan yang telah tewas di dalam pilihanraya lalu seperti Koh Tsu Koon, Shahrizat Jalil dan Awang Adek Hussin jelas ia bukan kabinet rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh Najib. Rasa tidak puashati di kalangan parti komponen BN juga kini kedengaran apabila tuntutan MCA terhadap jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua tidak mendapat layanan. Sementelah lagi Chua Soi Lek, orang nombor dua di dalam parti MCA diketepikan.
Sebagai balasannya, jawatan menteri dan timbalan menteri untuk MCA telah ditambah disaat Najib cuba untuk mengecilkan kabinetnya. Sementara itu MIC sedang berkira untuk menarik diri dari penyertaannya di dalam kabinet apabila hanya ada seorang sahaja wakil MIC iaitu Dr S Subramaniam yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.Kementerian Sumber Manusia dianggap sebagai sebuah kementerian yang tidak penting di dalam kabinet dan MIC merasakan ia tidak menggambarkan status parti berkenaan yang merupakan komponen ketiga terbesar di dalam BN."Sekalipun telah ramai pengundi India kembali menyokong BN semasa pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang hasil kerja keras MIC, parti tersebut telah dianak-tirikan," kata sumber dalaman parti MIC.
ADAKAH KEDAH AKAN DI LANGGAQ TODAK..

oleh AnakKedah

Assalamualaikum,

Aku nak boh bom kat Kerajaan Negeri Kedah... Start dari 8/3/08 dahulu sewaktu meraikan kemenangan... kini dah 10/04/2009... ianya dah berusia 13bulan... TAHNIAH kerana dapat bertahan sepanjang masa tersebut... Bukan apa sepanjang masa tersebut pejam celik pejam celik satu negeri telah kena rampas dek lawan.... punca lena rasanya....
OK nie bab negeri KEDAH SEJAHTERA pulak... 13 bulan... bak kata MB anak baru beranak berusia 3 bulan tak reti nak buat apa lagi.... jadi besa laa pelan2 kayuh....

alhamdulillah dalam pelan-pelan kayuh tu nampaknya gerak kerja berjalan dengan lancarnya... seperti mana kata MB dalam2 ceramah di B.Selambau tempohari... Kedah berjaya meneruskan projek Hidro Karbon Yan yang di bagi nama SULIHH... ini kira ertikata projek ZIPY Det Lit dulu laa.. cuma Kerajaan yang dok ada lanie make-up bagi segak sikit dengan tak ambik tanah rakyat tak penaya kampung kena pindah... Kira alhamdulillah laa... jika tak naya orang kampung tuu...

Seterusnya penurunan cukai yang di naikkan oleh kerajaan KEDAH GEMILANG dahulu yang sampai tahap cipan iaitu 300%... jadi sekali lagi bersyukur kepada Kerajaan KEDAH SEJAHTERA...
lagi bab kouta tanah... 50/50, ini kira baguih jugak menyelamatkan tanah@rumah berpindah tangan kepada golongan lain... TAHNIAH sekali lagi...

masuk bab GLC Kedah... baguih MB ambik tindakan jaga raga-raga jangan bagi tiris dah... bila tak tiris maka duit dapat balik dan dengan penyususnan selama 13bulan nie alhamdulillah juga banyak ringgit dapat diselamatkan...

OKlahh pada pandangan aku ini 3 benda besaq yang selalu MB ceramahkan dalam sessi ceramah beliau... yang lain entahlaa... dan yg terkini dari projek Hidro Karbon tu Kedah akan dapat royalty lebih kurang 200juta setahun namun semua tu selepas 2013 nanti.. dan royalty untuk diedarkan pada rakyat dan yg utama utk IBU TUNGGAL... tapi ini kira lama lagi laa 4tahun lagi...

sekarang nie apa yang aku nak beritahu ialah tindakan jangka pendek untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT yang mana KESEMUA RAKYAT dapat merasanya... tapi apa yang hendak di beri.. adakah ayaq 10L Percuma, BIL API percuma, CUKAI Pintu Percuma.. entahlaaa ORANG ATAS KENA pikaiq laa...

BUKAN apa sepanjang 13bln nie rakyat bawah masih bertanya-tanya apa pimpinan Kerajaan Kedah buat... takkan sekadar mai jumpa rakyat waktu ceramah jaa... waktu ceramah nie orang PAS dan PKR ja yg banyaknya... RAKYAT lain macamana... kita selalu kata yg semua rakyat adalah hak milik kerajaan negeri tak kira PAS,UMNO..

Jadi contoh program yg baiknya adalah seperti PERASMIAN SEKOLAH TAMIL kat BUKIT SELAMBAU tempohari dan Urusan pemberian Geran Tanah jugak kat Bukit Selambau... so far ada xtvt Kerajaan Negeri tetapi megapa di lakukan waktu pilihanraya kecil... nie kira sama perangai macam UMNO buat Mee Segera... tapi kita kutuk BN/UMNO..last kita 2x5 jaa... selama 13 bulan apa yg di buatnya oleh MKK yang dilantik takkan depa nie dok nganga jaa... apa Arumugam buat sampai benda nie macam tak ada apa jaa....

Satu lagi..kenapa benda nie tak di panjangkan di kawasan lain... rakyat kawasan lain pon sedang ter nanti2 apa akan di lakukan oleh pimpinan Kerajaan Kedah lanie... harus di ingat.. kemenangan KEDAH nie bukannya diperolehi hasil sokongan 100% rakyat kedah suka pakatan rakyat tetapi datang dari ahli2 UMNO yang kecewa dan tak mustahil lepas ini golongan ini akan berpaling arah... sebab apa berpaling arah... CUBA TENGOK SOKONGAN ORANG MELAYU DALAM P/RAYA B.SELAMBAU dan B.GANTANG... ada akai pikiaq...

SEANDAINYA golongan ini berpaling arah dah juga penyokong kita juga belot sebab kecewa dengan corak pemerintahan... lalu keptusan sudah dapat diduga...tak mustahil tsunami 04 akan melanda semula....
ini semua bukan apa..BAPAK TODAK dah BERSATU dengan BAPAK JERUNG.. dan tunggu masa ja nak LANGGAQ KEDAH nie.. BAPAK MEMANDA TUN bila bersama PM NAJIB.. takan mereka nak tengok saja KEDAH nie.. sedangkan PERAK pon depa mengucar kacirkannya.. tak mustahil akan berlaku di KEDAH.

JADI PERINGATAN kepada pimpinan KERAJAAN NEGERI serta YB-YB yg berkhidmat di KEDAH... BERSEDIALAH dan keluarlah dari ZON SELESA... banyak rakyat di bawah nie sedang menunggu tindakan anda selanjutnya.. janganlah anda jadi seperti KERAJAAN PAS di T'ganu dahulu...tak pon KERAJAAN PERAK baru-baru ini... semuanya berada do ZON SELESA dan last sekali ranap dek pukulan GELOMBANG BIRU dan LOMPAT si KATAK LOMPAK... habis punggah baru ada akai.
..
AYUH kepada semua marilah kita bersedia dengan apa sekali pon KEDAH SEKAHTERA ini kita pertahankan dan satu lagi kepada YB-YB yang ada blog tu update lah dengan sebaik-baiknya kerana medium blog ini merupakan medium yg terhampir dengan rakyat... tak tahu update tanya macamana nak buat jangan jadi manusia BUTA IT.. buat malu rakyat jaa... modal nak update blog nie cubalah tanya YB Pendang dan YB TG. DAWAI so far blog mereka antara blog yang sentiasa di UPDATE... ingat KUASA BLOGGER semasa di B.Selambau dan B.Gantang... JADI bertindaklah segera....

JANGAN BIAQ TODAK LANGGAQ KITA... ingat dua hulubalang UMNO itu bukannya akan duduk saja membiarkan kerajaan KEDAH SEJAHTERA ini menyusun atur memerintah... Sudah semestinya mereka akan berusaha terus berusaha nak tawan semula negeri milik mereka...jadi Bersedialah....
p/s: selepas nie aku nak tembak wartakedah plak... he he he....

10 April 2009

EKORAN KEKALAHAN CALON BARISAN NASIONAL (BN) DI BUKIT SELAMBAU, PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH PERLU LETAK JAWATAN:

Seterusnya, kekalahan itu juga mesti dipikul oleh kepimpinan Perhubungan BN Kedah. Jadi, bagi memulihkan kembali kepercayaan penduduk negeri terutama di kalangan anggota Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid perlulah letak jawatan supaya presiden Umno boleh memilih pengerusi baru. Kekalahan calon BN, Datuk S. Ganesan, 50, dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 banyak berpunca daripada kelemahan kerajaan BN Kedah semasa berkuasa dahulu di bawah kepimpinan Mahadzir sebagai Menteri Besar ketika itu.
Ini kerana pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memprotes calon BN dengan memberi undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar, bukan kerana mahu mengekalkan kerusi kepada PKR sebaliknya mahu "menghukum " kerajaan BN Kedah lalu yang begitu lama berkuasa, tetapi masih tidak berupaya menyelesaikan masalah rakyat. Masalah masyarakat India di Ladang Sungai Getah, Bukit Lembu, masalah orang Melayu yang gagal mendapat bekalan air bersih di beberapa kampung dalam Bukit Selambau, serta masalah penduduk tepi sungai berdekataan pekan Sungai Lalang dan kes-kes mengejutkan yang ditemui semasa rancak berkempen.
Pendek kata, terbongkarlah kisah pemimpin dan wakil rakyat BN yang menang di kawasan itu sebelum ini tidak mempedulikan langsung masalah rakyat setempat!Ketua Umno Bahagian Merbok sebelum ini, Datuk Arzmi Hamid, tewas semasa bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 di kawasan DUN Tanjung Dawai. Beliau juga tumbang sebagai ketua bahagian kerana didakwa gagal bekerja sebagai pemimpin politik.
Ketidakpeduliannya turut menjadi punca kepada mala petaka yang menimpa BN di Bukit Selambau. Kegagalan semua sayap Umno bahagian itu membantu penduduk di kawasan Bukit Selambau mengundang padah yang amat memalukan. Maka, calon BN itu "dihukum" kalah dalam pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.Sebagai Ketua Bahagian Umno yang menjadi pengerusi BN Bahagian, Datuk Tajol Urus Md Zain dikatakan langsung tidak turun padang menyelesaikan masalah rakyat bersama-sama pemimpin MIC, MCA dan Gerakan.
Apabila kerusi DUN Bukit Selambau diisytiharkan kosong akibat bekas wakilnya, V.Arumugam "melarikan" diri entah ke mana, Tajol Urus hanya sibuk urus menuntut kerusi N25 Bukit Selambau yang dimiliki MIC dikembalikan kepada Umno. Pada mulanya, Tajol menganggap dirinyalah yang paling layak bertanding di kawasan itu. Tetapi, akhirnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau milik MIC.Kehilangan undi dari kalangan masyarakat India dan Cina dalam pilihan raya kecil N25 Bukit Selambau perlu diletakkan ke atas bahu BN Kedah.
Peratusan pengundian itu juga menjelaskan bahawa ramai penduduk/pengundi menolak BN kerana sebab-sebab yang berpunca daripada kegagalan kepimpinan BN Kedah.Dalam setiap ceramah BN, penceramah hanya menekan kepada kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan tanggung jawab sejak diberi kepercayaan memerintah Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
Ceramah-ceramah BN itu sebenarnya banyak mendedahkan kelemahan diri sendiri. BN hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Pembangkang kerana belum membawa perubahan. Tetapi, pemimpinnya gagal melihat kelemahan di dalam diri sendiri bahawa selama lebih 40 tahun BN memerintah kerajaan negeri, Kedah masih banyak masalah rakyat yang sering tidak diselesaikan sehinggalah dihukum kalah pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.
BN Kedah yang dipengerusikan Mahadzir Khalid perlu menerima kekalahan itu, dan sebagai tanda bertanggung jawab, barisan kepimpinannya harus meletak jawatan untuk memberi laluan mudah kepada presiden Umno dan BN, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik "tokoh" yang lebih dipercayai menerajui BN Kedah. Kini, pemerhati politik di Kedah tidak nampak langsung kemampuan Mahadzir Khalid untuk merampas balik tampuk pemerintahan Kedah dari Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Apa yang berlaku di Bukit Selambau adalah satu peringatan jelas kepada barisan kepimpinan BN Kedah. Anda wajib menyelesaikan dengan ikhlas masalah rakyat dahulu sekiranya mahu memikat balik hati para pengundi. Kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus pula, ingatlah kemenangan dalam parti bukan ukuran menentukan kemenangan dalam pilihan raya nanti. Renungkanlah: yang pahit itu sudah terbukti menjadi ubat, tetapi yang manis itu jelas membawa penyakit.
BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN:
1. Selepas dua pilihan raya kecil sejak Mac 2008, Barisan Nasional (BN) nampaknya masih belum belajar bagaimana hendak mencatur strategi pilihan raya kecil.
2. BN masih lemah dalam usaha mendekati pengundi, lemah menangkis serangan pembangkang, jentera penerangan yang kemarau idea bagi mengutarakan isu.
3. Kelemahan itu makin ketara lagi dengan para petugas yang datang dari negeri-negeri lain yang hadir bukan untuk membantu tetapi lebih sekadar berseronok dan bercuti, sambil mendapat sedikit duit kopi.
4. Masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti.
5. Oleh kerana bertanding sebagai sebuah kerajaan, maka berjanjilah BN untuk melakukan pelbagai bantuan dan projek.
6. Maka, sekarang kedengaran pelbagai bantuan diberikan di Bukit Selambau dan Bukti Gantang, dan pihak kerajaan pun mengumumkan pelbagai lagi projek.
7. Kekadang projek yang diumumkan itu adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk penduduk yang sedang menghadapi pilihan raya itu.
8. Bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli.
9. Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun.
10. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya.
PENGUMUMAN PENTING

BLOG INI AKAN DITUKAR NAMA BARU KERANA PRK BUKIT SELAMBAU TELAH BERAKHIR....

BLOG INI AKAN AKTIF DIALAMAT YANG SAMA http://pkrl.blogspot.com
terima kasih, kepada pengunjung blog ini yang memberi sokongan.
Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar - individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri. - Hrkh

09 April 2009

Bukit Gantang - Peranan Terhebat Bloggers di P.59 ?

Terima kasih kerana menghargai perjuangan kami di BloggersNetwork@Perak. Salam Perjuangan dari wak dan semua bloggers BlogNet kerana ANDA melihat kami. Terima Kasih !
(..) Saya perhatikan Perak BloggerNetwork disusun dgn baik sekali walaupun tak bergaji. Mereka bagaikan pasukan tentera yg menggempur hebat.Masing masing ada tugasnya.

Perak Blogger Network ni boleh dijadikan satu model utk mewujudkan rangkaian rangkaian Blogger-blogger PR utk menghadapi pilihanraya pilihanraya akan datang.Dengan adanya rangkaian rangkaian ini dana,sumbangan dari penderma penderma utk finance operasi dapat disalorkan dgn lebih efisien lagi.
Tahniah pd Perak Bloggers@Network.iaitu CyberBoron,alBanjari,Dugong Darat,MSK,Sya Reformis,UmmiHani dll…
sumber:http://www.peraknews.blogspot.com/

Sejak 7 Mac lagi, saya berkampung di Bukit Gantang, dan pulang ke Kelantan pada 8 April, hampir sebulan lebih.Namun, sebulan lebih itu berbaloi apabila PAS menang dalam PRK 059, dan seterusnya Ir Nizar tersenarai dalam ahli Parlimen. Tahniah Ir Nizar, dan takziah atas tanggungjawab tersebut. Saya yakin dan percaya Ir Nizar mampu memikulnya. Syabas!.
Sampai di Kelantan pada pukul 4 petang, semalam, sebak rasanya hati sebab lama tidak pulang, kesesakan jalanraya Kota Bharu menggamit semula. Kelantan sepatutnya sudah mula buat transit ringan seperti LRT. monorail dan lain-lain untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang begitu merungcing di KB.Bila dengar dikir barat alunan Jen, kenangan di Bukit Gantang menerjah kembali, suka duka dan penat lelah menerjah kembali. InsyAllah, sampai masa kita jumpa lagi, mungkin, selepas pembubaran DUN Perak, tidak lama lagi.Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, penyertaan bloggers di Bukit Gantang secara terang-terangan adalah satu benda baru dalam Pilihan Raya. Dan, merupakan salah satu faktor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.Terima kasih kepada team Perak Kini dan Bloggers Network kerana bersusah-payah melaporkan berita terus menerus dari Bukit Gantang. Rakyat di Bukit Gantang, mendapat maklumat yang banyak hasil laporan kedua-dua team ini.Saya? Saya hanya bloggers tumpangan di Perak, bukan rakyat jati Perak. Saya mewakili team Bloggers Kelantan.
Untuk bersama-sama memberi laporan PRK 059 bersama-sama sahabat lain di Bloggers Kelantan.Semoga usaha kalian tidak berhenti setakat PRK059, Pilihan Raya akan datang terus memberi laporan yang hangat dan terbaik demi menyedarkan rakyat.Saya sebagai wakil dari Bloggers Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua team, Perak Kini dan Bloggers Network, kerana anda semua merupakan faktor tumbangnya UMNO & Barisan Nasional di kedua-dua Bukit, Bukit Gantang dan Selembau. Tahniah!Saya akan jarang menulis di sini, melainkan ada isu yang betul-betul berkaitan dengan Perak. Saya kembali menulis di blog ini, ia merupakan blog rasmi saya. Sekian.
April 9, 2009

UMNO SALAHKAN MCA DAN MIC KERANA KALAH BUKIT GANTANG


Semalam (8 April) Utusan telah menyiarkan berita berkenaan penubuhan badan bebas yang mengkaji kekalahan BN di dua bukit. Berdasarkan berita tersebut, boleh saya gariskan beberapa factor kekalahan BN :-
MCA dan MIC sambil lewa-
Golongan muda yang tak menyokong BN-
Pengundi kawasan Bandar-
Isu setempat yang tidak diselesaikan
Faktor pertama sehingga tiga adalah kajian daripada badan bebas tersebut. Manakala yang keempat itu adalah MCA dan MIC membela diri. BN dilihat semakin berpecah. Semalam (8 April) MCA tidak setuju dengan cabinet Najib. Hari ini pula bagaimana? Ya, perpecahan sesama Barisan Nasional ini semakin ketara.
Adakah mereka beralasan pihak PR cuba menaburkan fitnah mendakwa perpecahan mereka? Tidak sama sekali. Sumber ini dipetik dari akhbar BN sendiri. Anda sendiri boleh membacanya. Sekiranya benar, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, kita berharap begitu.Walaubagaimanapun, mereka asyik menunding jari kepada orang lain. Lihatlah keempat-empat faktor ini, mereka masih tidak mahu mengaku kezaliman yang menyebabkan orang ramai menolak mereka. Mereka masih tidak mengaku bahawa mereka adalah haprak sehinggakan orang menolak BN.Oleh itu, saya cuba menyenaraikan beberapa factor kekalahan BN, supaya menjadi bahan kajian badan bebas tersebut…-
Najib (PM) diragui kepimpinannya kerana Altantuya - akhbar antarabangsa-
BN mencetuskan kontroversi semasa berkempen - isu londeh seluar-
BN import pengundi hantu yang dikatakan sebagai penyokong - telah jelaskan di dalam artikel BN kata “itu bukan pengundi hantu”- Calon BN,
Mail digelar “mail danok” - kain rentang di BG- BN rasuah, terutamanya pemimpin mereka - dibuktikan oleh Lembaga Disiplin- BN rampas Perak tanpa keizinan rakyat - semua sudah tahu- banyaakkkkk lagi………….
.Ini hanya beberapa faktor yang boleh dilihat oleh badan bebas tersebut. Tetapi badan bebas itu berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, dan saya yakin, beliau tidak akan menerima hasil kajian ini, terutamanya apabila membaca faktor yang pertama sekali.Walaupun saya bukan Presiden PAS, tetapi saya tetap ingin menyeru kepada MCA dan MIC supaya bersama Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Ini kerana sesiapa sahaja berhak menyeru kepada kebenaran. Jangan tunggu Presiden PAS yang berkempen, kita sendiri perlu berkempen kepada kebenaran.
Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat - Anwar

Dato' Seri Anwar IbrahimWed Apr 08, 09 2:59:52 pm MYT
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.
Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.Kemenangan Dato' Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah.
Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.Kepada pendokong Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan.Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMENANGAN DI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI(Sidang Media 8 April, 11:30 pagi, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat)
09 April 2009

Bukit Selambau : Sekilas Pandang Seulas Pinang 3 dalam 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Syukur kita kehadrat yang esa kerana kita menang di Bt Selambau dan Bt Gantang. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh Pimpinan dan jentera parti Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus tanpa ada imbuhan yang diberi dan dengan perbelanjaan sendiri sejak bermulanya hari penamaan calun sehingga keputusan diumumkan. Begitu kuatnya semangat juang ahli2 parti Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan ahli parti gerombolan BN yang mana tak ada duit masyuk maka kerja pun tak jadi.Saya tidak mau mengulas kemenangan di Bt Gantang kerana telah banyak penulis mengulas mengenainya dan saya angin nukilkan sedikit pengalaman disepanjang PRK Bt Selambau yang saya juga terlibat samada secara lansung atau tidak. Sepanjang hari pengundian saya benyak menghabiskan masa di Pusat Penguindian Pekan Bt Selambau yang mana suasana disitu cukup panas sebagaimana panas teriknya matahari sepanjang waktu pengundian dan hujan lebat mulai turun selebatnya dikala tamatnya waktu membuang undi seolah olah menagisi akan kekalahan parti gerombolan BN yang telah mula dirasai apabila teman2 memberi info tempat2 mengundi lain terutama disekitar taman Ria Jaya dan sekitarnya.
Begitu ganasnya kempen dari pemuda Ameno dengan provokasi dan galaknya sang puteri dengan aksi separa lucah serta aksi separa nyanyuk lagak wanitanya.Jauh bezanya dengan cara berkempen dan merayu dari ahli2 Pakatan Rakyat. Insiden ini hampir2 mencetuskan pergaduhan tetapi dileraikan oleh anggota polis yang ada. Walau pun nampak polis cukup memihak pada parti gerobolan tetapi sekurang2nya dengan aksi dan lagak mereka juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan gerombolan BN. Juga yang menghairankan mengapa petugas gerobolan BN hanya memegang bendera keris telanjang merah putih sepanjang waktu bertugas dan berkempen. Adakah ini agaknya menggambarkan satu protes sengap kepada pimpinan BN negeri kerana tidak meletakkan calon dari Ameno?.....Apapun hanya sesama merekalah yang memahami maksud tersebut. Begitu juga lawatan pemimpin.
Tiada pemimpin MIC yang melawat dan memberi semangat. Hanya pemimpin kecil Ameno peringkat pusat yang datang dan memberi semangat. Dimana perginya SAMY VELLO... Padahal anak buahnya yang bertanding.......!!! Pada malam penjumlahan undi dan pengistiharan kemenangan di Sek. Men Teknik 2 Sg Petani tiba2 dikejutkan dengan adanya beberapa kereta dan lelaki yang membawa peti undi misteri dari pusat mengundi yang entah dimana disekat oleh ahli2 dan petugas Pakatan Rakyat yang berhimpun untuk menyaksikan pengumuman kemenangan calon PKR.Kejadian tidak disangka ini dapat diselesaikan oleh beberapa pimpinan Pakatan rakyat dan pihak polis yang bertugas. Kejadian ini mengingatkan saya semasa PRK Pendang selepas kemangkatan almarhum Ustaz Hj Fadhil Noor dulu dimana calon PAS kalah tipis dengan kedatangan peti undi misteri. Kita juga hairan melihat kelibat begitu ramainya anggota polis dan fru berserta siap dengan keenderaan water cannon dan kelengkapan pencegahan rusuhan seolah olah akan berlaku rusuhan besar selepas kemenangan diistiharkan.
Ahli2 Pakatan Rakyat juga tidak dibenarkan masuk kedewan dengan halangan kawat berduri seperti keadaan yang berlaku di Palestin.Demokrasi jenis apakah yang diamalkan dibumi bertuah ini!!!!!. Rakyat yang cintakan keadilan ditekan sebegitu rupa. Di tembak dengan gas pemedih mata dan disembur dengan air kimia semata mata untuk mendengar amanat pemimpin seperti yang berlaku di Taman Ria Jaya. Bilik gerakan MIC yang membuat provokasi tapi bilik gerakan PKR yang diserbu dan disuruh ceramah diberhentikan. Ribuan rakyat menyaksikan dan kebencian rakyat pada gerombolan BN dan Polis telah diterjemahkan pada hari pembuangan undi.Pakatan Rakyat menang besar disana....Terima kasih Polis!!!!!!!!!!!!!. Bagi calon bebas pula padan dengan muka hampa galak sangat nak bertanding sampai senuanya hilang wang pertaruhan. Undi yang diperolehi pula tak setimpal dengan wang ringgit dan masa yang mereka curahkan. Menghabehkan boreh aje!.
BERAKHIRNYA EPISOD PENGKIANATANBagi PKR, PRK Bt Selambau pada kali ini menghadapi pengkianatan dan tentangan khususnya dari ahli dan bekas2 ahli sendiri. PRK kali ini juga menjadi ikhtibar kepada Pimpinan PKR Negeri agar lebih berhati hati dan berhemah bila memimpin negeri tidak kira di Kedah atau di seluruh Malaysia amnya. Sebenarnya episod pengkianatan ini tidak akan berakhir diPRK ini sahaja.Kerja2 pengkianatan ini akan terus dibuat dimasa depan jika tindakan susulan tidak dibuat keatas saki baki atau yang telah terang2 menunjukkan muka dan kenyataan mereka samada di media cetak atau media eletronik. Pecatlah keahlian dan jawatan mereka agar punca2 barah ini tidak merebak sehingga tidak boleh diubati lagi.
Pimpinan datang dan pergi tetapi biarlah yang bermaruah dan sejati perjuangannya. Jangan disimpan lagi pimpinan yang tidak setara mana dan mementingkan habuan diri. Paling menonjol di PKR Padang Serai. Dah keluar muka dan kenyataan media keluar parti dan menghentam DSAI dan Pimpinan Negeri tak \kan nak di maafkan lagi. Seluruh ahli PKR sibuk berperang di PRK Bt Selambau mereka sibuk menghentam dan menggodam Pakatan Rakyat.Rentaplah jawatan mereka seperti ahli majlis daerah dan beri serta anugerahkan pada pimpinan bahagian serta pimpinan AMK Padang Serai yang lebih layak seperti Abang Zakaria AJK Bahagian atau pun Abang Chop yang dijatuhkan secara aib oleh Hamid Osman serta AMK bahagian Sdr Adam yang juda exco AMK Negeri yang bertungkus lumus untuk menaikkan martabat serta berjuang bersungguh sungguh tanpa mengenal penat lelah di setiap program dan setiap kali pilihanraya baik unum atau kecil. Komitmen mereka kepada PKR Bahagian dan Negeri tidak boleh dipertikaikan lagi.
Di harap Pimpinan PKR Kedah tidak berdolak dalik dan mempertahankan pengkianat2 ini.Jangan terang lagi bersuluh. Ambillah tindakan drastik agar perkara ini tidak berulang dimasa akan datang. Walaupun masih ada saki baki pengkianat parti ini tapi jika tindakan telah diambil mungkin masih ada ruang bagi mereka untuk menginsafi kerja buat mereka selama ini.
APA KHABAR ADUN LUNAS DAN MP KULIM.
Dalam sibuk pimpinan Pusat dan Negeri baik PKR atau Pas memenuhi program dan gerak kerja PRK Bt Selambau dimanalah perginya mereka berdua?... Bagi Adun Lunas nampak kelibat kamu sekejap aje semasa hari penamaan calun. Lepas itu lesap entah kemana. Mungkin sibuk kot sebagai Exco pelancongan negeri dok kempen tarik pelancong agar datang ke Kedah. Atau tak menang tangan menyambut pelancong2 yang datang di airport Alor Setar.Bagi MP Kulim jangan kata kelibat tapi bayang pun tak nampak lansung. Mungkin sibuk melayan kerenah pengundi kamu di Kulim terutama golongan susah yang memerlukan bantuan material dan kewangan dari wakil rakyatnya. Ataupun sibuk memenuhi jemputan kuliah subuh dan maghrib al maklumlah kamu adalah penceramah agama yang hebat.
Kesian tengok DSAI dan Pimpinan lain bergegas kesana sini kesetiap pelusuk Dun Bt Selambau tanpa mengira masa dan tenaga serta letihnya tiada terperi demi untuk memenangkan calun Pakatan Rakyat.............Fikir2kan lah.Walau apa pun sekalung tahniah untuk Pimpinan dan Seluruh jentera Pakatan Rakyat. Bagi Adun Baru dipilih berkhidmatlah bersungguh sungguh untuk rakyat dan pengundi kamu. Tak mustahil Ameno akan di KUBURkan tak lama lagi.....HIDUP RAKYAT..........TAKBIR!!!!!!Jin Brabus.

08 April 2009

PASCA PRK : KHAIRY BAKAL DI'SEMBELIH'

Najib bakal 'mengamuk'. Itulah yang mungkin berlaku setelah Najib mengamuk malam tadi akibat kekalahan memilukan apabila gagal menjadi Raja Bukit (Selambau dan Gantang).

'Amukan' Najib ini akan diterjemahkan semasa mengumumkan barisan kabinet baru yang akan di'tabal'kan hari ini.
Antara yang bakal di'sembelih' oleh Najib ialah Budak Tingkat 4 zaman Pak Lah, Khairy Jamaluddin (yang juga menantu Pak Lah), Rais Yatim (Pengampu Pak Lah), Azalina Othman Said dan Syed Hamid Albar. Mungkin ada lagi yang lain......
Orang kuat Najib dijangka dinamakan sebagai pengganti. Antara Jamaluddin Jarjis (JJ) dan mungkin juga Rahim Thamby Chik (siapa tahu??).
Jika ini benar (Khairy di'sembelih') maka berakhirlah 'legacy' Pak Lah di dalam kabinet kerana hanya tinggal Khairy sahaja lagi orang kuat Pak Lah yang memegang jawatan penting dalam kabinet, yang lain semuanya telah di'ratah' oleh Najib pada pemilihan Umno yang lalu.
BN tergolek di Bukit Selambau kerana jentera BN berkecamuk dan UMNO Bahagian Merbok main wayang

Calun BN PRK Bukit Selambau Datuk S.Ganeson tergolek dan kalah dalam PRK Bukit Selambau dengan hanya mendapat undi sebanyak 10,229 dan calun PKR Manikumar mendapat 12,632 dengan majoriri sebanyak 2,403.

Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok. Tekanan-tekanan dan lobi kuat yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok sebelum pemilihan ini kepada pucuk pimpinan atasan ternyata benar. Inilah hujah untuk kepentingan mereka sahaja.

Kalau umum mengikuti perjalanan PRK Bukit Selambau ini ternyata semua daerah mengundi yang BN kalah adalah di kawasan-kawasan pekan dan taman di mana kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di sini hanya pandai bermain wayang dan hanya mementingkan wang tetapi tidak menjalankan kerja-kerja secara ikhlas dan jujur. Mereka hanya bersemangat dengan penyokong luar dari kawasan yang datang membantu mereka.

BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman. Komposisi pengundi yang terdiri dari ”middle and upper class voters” dan pengundi-pengundi muda professional seperti Tasek Apong, Jalan Badlishah, Laguna Merbok, Ambangan Height, Taman RiaUtara, Taman Bandar Baru,Sungai Lalang, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan dan Taman Peruda kesemuanya BN kalah.

Jika dilakukan bedah siasat dengan ikhlas dan jujur hakikat yang sebenarnya ialah kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. Mereka tidak berkaliber untuk memimpin ahli-ahli mereka yang lebih muda, professional dan berkelayakan yang lebih bijak dari mereka. Ahli-ahli yang tulin dan ikhlas untuk perjuangan telah diketepikan dan langsung membawa diri kerana terlalu banyak politiking.

Dalam ertikata yang mudah mereka boleh dijual beli semasa pemilihan bahagian yang lepas. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ahli. Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri untuk kepentingan ketua bahagian semasa musim pertandingan.

Kesimpulanya memang tepat apa yang diucapkan oleh negarawan ulung Ybhg Tun Dr Mahathir dan PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa jangan diletakan parti menguasai Kerajaan tetapi yang utama ialah rakyat harus menguasai kerajaan.

Jika Najib hanya melayan UMNO maka akan berulanglah kejatuhan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

KEPUTUSAN PENUH PRK N25 BUKIT SELAMBAU




SUNGAI PETANI 7 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang dengan majoriti 2,148 undi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau hari ini.Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang mendapat 10,229 undi dan juga 13 calon Bebas.

Kemenangan beliau diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir malam ini.Menurut Abdullah, 13 lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas hilang wang pertaruhan selepas mendapat undi tidak melebihi satu perempat daripada mereka yang keluar mengundi.Mereka ialah R. Loganathan yang mendapat 31 undi manakala Tan Hock Huat (78), Radhi Md. Lazim (25), Mohd. Fadzil Abdul Wahab (83), Abdul Rahim Abu (60), L. Sarala (49), A. Jayagopal (35), S. Moganakumar (46), Khamis Awang (29), Husaini Yaacob (257), M. Vanesan (32), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (528) dan T. Chandrarajan (73).

Terdapat sebanyak 415 undi rosak dan jumlah keluar mengundi ialah 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon Bebas yang kemudiannya menyertai PKR, V. Arumugam menewaskan calon BN, S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lalu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kemenangan PKR dan Pas di Bukit Selambau dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang memberi mesej kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO dan BN perlu berusaha keras untuk memenangi hati rakyat.
Mahathir Menambah Sial Umno-BN Di Bukit Gantang Dan Bukit Selambau-malaysiakini
sumber: misaimerah

Keputusan pilihanraya kecil di dua bukit dan satu batang sudah pun diketahui rakyat di seluruh Malaysia ,malah di seluruh dunia.Di Bukit Gantang MB Nizar dapat 21860 undi, calon umno-bn Mail Pian dapat 19071 undi.Majoriti MB Nizar dapat 2789 undi, tahniah!..Manakala di Bukit Selambau calon PKR S. Manikumar dapat 12632 undi, mengalahkan calon BN S. Ganesan yang dapat 10229 undi . Majoriti S. Manikumar dapat 2403 undi. Tahniah pakatan Rakyat!

Keputusan ini menunjukkan walaupun Mahathir turun berkempen langsung tidak berkesan malah majoriti MB Nizar dapat lebih besar daripada pru-12 yang lalu.Mahathir yang dah tua telah tersilap membuat perkiraan kali ini kononnya beliau masih laku dalam umno-bn sebab tu beliau cuba bagi nafas baru kepada umno dengan berkempen di dua bukit tersebut untuk menangkan calon BN.Mahathir umpama besi buruk yang dah berkarat tapi dikutip PM Najib untuk diperalatkan umno yang dah sesak nafas itu tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa umno dan maruah Mahathir sendiri dah jadi bertambah buruk.
Pak Lah tentu merasa puas dengan keputusan di dua bukit tersebut kerana Mahathir selama ini menganggap umno lemah kerana Pak Lah.Sekarang maruah Najib yang baru jadi PM pun turut tercemar walaupun beliau dah bebaskan 13 orang tahanan ISA dan kembalikan permit penerbitan akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan namun rakyat tetap menolak umno-bn di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sekarang Pak Lah tertawa senyum tengok gelagat Mahathir yang berkempen di dua bukit tersebut tapi umno-bn tetap kalah.Tv RTM yang buat "live" ucapan Mahathir sewaktu berkempen di Bukit Gantang, menyiarkan cerita basi untuk hasut rakyat benci pakatan rakyat turut tidak diambil peduli oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Lagi banyak Mahathir mengutuk pakatan rakyat ,menghina, mencaci dan perli lagi cepatlah umno-bn akan berkubur.Kapal umno yang dah bocor itu tak mampu lagi nak ditampal ,hatta oleh Mahathir sekalipun ,lagi bocor ada la.Mahathir kena sedar sekarang bukan lagi masa untuk beliau kembali aktif dalam umno, tapi lebih baik beliau banyak ingatkan Allah, berada di masjid, banyakkan berzikir bukannya mencampakkan dirinya dalam kebinasaan umno yang dah nazak itu.
Keputusan pilihanraya di Bukit Gantang memberi isyarat kepada pemerintah bahawa krisis Perak hendaklah dikembalikan kepada rakyat Perak dengan membubarkan DUN Perak secepat mungkin.Biarlah rakyat Perak yang membuat keputusan samaada memilih Pakatan rakyat atau umno-bn memerintah negeri Perak.Tahniah pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana anda memberi petunjuk jalan kepada Mahathir dan Najib kemana mereka mau pergi.
Dicatat oleh MISAIMERAH

KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT DAERAH MENGUNDI -N25 BUKIT SELAMBAU


UNDI POS PKR 13 BN 34 MAJORITI BN :21

PETANI PARA PKR 102 BN 97 MAJORITI PKR : 5

TASEK APONG PKR 528 BN 335 MAJORITI PKR :193

JALAN BADLISHAH PKR 221 BN 145 MAJORITI PKR:76

POKOK MACHANG PKR 271 BN 301 MAJORITI BN :30

LAGUNA MERBOK PKR 388 BN 267 MAJORITI PKR :121

AMBANGAN HEIGHT PKR 219 BN 191 MAJORITI PKR :28

KAMPUNG SUNGKUP PKR 148 BN 298 MAJORITI BN: 150

TAMAN RIA UTARA PKR 704 BN 628 MAJORITI PKR :76

BATU BELACAN PKR 256 BN 338 MAJORITI BN :82

BUKIT RUSA PKR 260 BN 185 MAJORITI PKR :75

TAMAN BANDAR BARU PKR 1419 BN 1306 MAJORITI PKR :113

SUNGAI LALANG PKR 850 BN 499 MAJORITI PKR: 351

TAMAN DESA AMAN PKR 810 BN 834 MAJORITI BN:24

KUALA SIN PKR 205 BN 415 MAJORITI BN:210

TAMAN RIA JAYA PKR 2143 BN 1202 MAJORITI PKR :941

TAMAN RIA SELATAN PKR 983 BN 578 MAJORITI PKR:305

TITI PANJANG PKR 427 BN 360 MAJORITI PKR : 67

UNITED PATANI PKR 289 BN 143 MAJORITI PKR :146

BUKIT LEMBU PKR 406 BN 440 MAJORITI BN :34

PEKAN BUKIT SELAMBAU PKR 592 BN 742 MAJORITI BN: 150

TAMAN PERUDA PKR 668 BN 484 MAJORITI PKR:184

AIR MENDIDIH PKR 699 BN 313 MAJORITI BN :386

PR SEPATUTNYA MENANG LEBIH BESAR!!!!



Gambar di Bilik Gerakan PR - Bukit Selambau
7.30 malam 7hb.April

Gambar di bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat dimana semua keputusan awal dari peti-peti undi dikumpul dan dikira bagi mendapat keputusan awal. sehingga pukul 9.20 malam keputusan tidak rasmi PR memenangi 2,363 undi mendahului dengan selesa. Keputusan ini agak memberansangkan kerana dalam PR menghadapi tekanan daripada pihak SPR dan pihak berkuasa yang sering menggangu aktivti ceramah & program anjuran PR.

Kemenangan PR adalah lebih besar sekiranya tiada Calon bebas yang banyak bagi menggangu mojoriti undi yang akhirnya 13 calon bebas hilang wang deposit. Faktor kedua adalah pengundian dibuat pada hari berkerja dimana mengikut pendapat orang tempatan banyak pengundi muda berkerja di kilang-kilang di Penang & Butterworth yang tidak sempat untuk balik pada hari mengundi.

SEKITAR HARI PENGUNDIAN DI DM JLN. BADLISHAH BKT. SELAMBAU





RAKYAT RESTU PR






RAKYAT RESTU PR

Dengan Keputusan PR kecil harini kesimpulan Rakyat merestu Pakatan Rakyat dengan keputusan menyambung tsunami PR12 yang membuat satu badan bebas untuk menilai kekalahan berterusan BN dalam PRK seperti dinyatakan Oleh TS Mahyudin Yasin.

07 April 2009

Batang Ai: BN Menang Majoriti 2,854 Undi

LUBOK ANTO [7.25 pm] - Pilihanraya kecil DUN Batang Ai dilaporkan memihak kepada BN, biarpun kiraan undi masih belum disahkan setakat ini. Calon BN menang dengan majoriti 1,854 undi. Beliau mendapat 3,907 undi manakala calon PKR 2,503 undi.


Calon BN Malcolm Mussen Lamoh menang di DUN Batang Ai
Terkini: Sah Nizar Menang Majoriti 2,789 Undi

TAIPING [9.36 pm] - Keputusan tidak rasmi, calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) disahkan memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang. Ini berikutan kedudukan beliau yang terus mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi majoriti 112 peti undi selesai dikira. Beliau menang majoriti 2,789, bila mendapat 21,860 undi, Ismail 19,071 undi dan calom bebas Kamarul 62 undi.


Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengangkat tangan selepas di istiharkan
menang pada Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang

Bukit Selambau: PKR Menang Majoriti 2,403 Undi

BUKIT SELAMBAU [1019 pm] - Kedudukan terkini selepas 65 peti undi dikira. Akhirnya calon PKR, S.Manikumar menang bila mendapat 12,632 undi manakala calon BN, S.Ganesan pula hanya mendapat 10,229 undi dan lain-lain calon bebas. Ini bermakna Pakatan Rakyat berjaya akhirnya menakluki Bukit Selambau dengan majoriti 2,403 undi.

06 April 2009

Anwar: Kejutan Hanya Dibuat Selepas 7 April


SUNGAI PETANI
[6.30 pm] - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi. Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai. "Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.

"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini. Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

GAMBAR BILIK GERAKAN UTAMA LAGI




BUKIT SELAMBAU : BN Terpukul Masyarakat Siam Sokong PR

BBerpuluh tahun masyarakat siam Kampung Tanah Lincin, Bukit Selambau menderita bagai menunggu buah yang tidak gugur. Pelbagai janji manis kerajaan BN kononya akan membela nasib mereka hanya tinggal sebagai janji.

Pembangunan yang mereka harapkan tidak kunjung tiba. Sebuah jambatan. Itu sahaja permintaan masyarakat kampung Siam tersebut untuk membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar.

Tetapi hajat mereka yang satu ini tidak sekelumit pun mendapat perhatian kerajaan BN.

"Kampung ni sekarang masa hujan, masalah banjir, dua penggal dah kita undi BN dulu masih tak buat, jembatan merupakan isu di sini," kata Chang Long Aichuan, Jurucakap Keadilan masyarakat Siam di Bukit Selambau.

"Masalah kedua ialah taraf hidup, taraf hidup macam 30 tahun dulu. Rumah masih usang. Kalau ada rumah baru pun hanya rumah Ketua UMNO sahaja yang baru, rumah kroni sahaja baru, rumah orang lain mana ada, papan buruk, zink buruk, bocoq sana bocoq sini, apa ke jadah menda ni, hanya ketua UMNO saja rumah yang baru, yang duduk bawah ketiak UMNO saja yang baru," katanya berang.

05 April 2009

CERAMAH BILIK GERAKAN UTAMA TAMAN TUNKU AMINAH TELAH DIHALANG OLEH POLIS




10.50 ARAHAN BERSURAI TELAH DIUMUMKAN OLEH YB GOBALAKRISNAN DAN BANYAK ORANG RAMAI TIDAK BERPUASHATI DENGAN TINDAKAN PIHAK POLIS TANPA ALASAN YANG MUNASABAH.


10.40 MALAM SELEPAS BERLAKU KEKECOHAN DENGAN POLIS DAN DIADAKAN PERBINCANGAN AHLI JDM DAN YB GOBALAKRISNAN & YB SIM TELAH BERBINCANG DENGAN POLIS DAN BERSETUJU UNTUK MEMBERHENTIKAN CERAMAH DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI.

10.30 - KETIKA R.TANGAM HABIS MENYAMPAIKAN CERAMAH KETUA POLIS DAN LEBIH KURANG 30 ORANG POLIS TELAH MENGHALANG CERAMAH SUPAYA DIBERHENTIKAN

9.50 - YB TAN CHUA MEMULAKAN CERAMAH DAN DIGANGGU OLEH PEMUDA MIC BN DISEBELAH KEADAAN MULA PANAS DAN TEGANG.

9.30 - CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH YB YAACOB EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN ORANG RAMAI BERTAMBAH RAMAI DAN MULA DIGANGGU OLEH PEMUDA MIC BN DI SEBELAH LEBIH KURANG 30 METER BERSEBELAH

9.15MALAM - SEORANG SB TELAH MENGHALANG CERAMAH DAN SETELAH DITUNJUKAN PERMIT CERAMAH DIBENARKAN SEMULA

9.00 -CERAMAH DI BILIK GERAKAN UTAMA TAMAN TUANKU HAMINAH BERJALAN LANCAR LEBIH 3000 ORANG RAMAI HADIR -YB ZURAIDA

TEMBELANG CALON BN SUDAH PECAH



sdr. Kandasamy -pengadu lapuran polis




Tembelang CALON BARISAN NASIONAL DATUK S.GANESEN sudah pecah semalam.Pendedahan tersebut di buat oleh MP PADANG SERAI YB GOBALAKRISNAN mengenai penipuan DATUK S.GANESEN.Penipuan ini berlaku pada tahun 1993 ketika mana S. GANESEN sebagai peguam telah menipu pemilik rumah.Beliau mejadi peguam kepada 127 pemilik rumah baru di KUAH LANGKAWI.Bayaran telah di buat kepada S.GANESEN namun 50 orang daripada 127 pemilik rumah baru tersebut gagal mendapat rumah yang di janjikan.

Perkara ini telah memakan masa hampir 10 tahun lebih, namun rumah yang di janjikan masih tidak dapat di duduki.Menurut YB GOBALAKRISNAN lagi pemuju telah menyerahkan DUIT KEPADA PEGUAM iaitu DATUK S.GANESAN yang beribu pejabat di SUNGAI PETANI di alamat 34A TINGKAT 1 JALAN SERI TEMIN SUNGAI PETANI.Dalam pada itu PEMILIK RUMAH TELAH MEMBAYAR DEPOSIT RM9700 dan RM300 SERVICE CHARGE kepada PEGUAM DATUK S.GANESEN.Rumah tersebut ada rumah kos rendah rata-rata pembeli adalah orang india.Jumlah keseluruhan wang yang tidak di kembalikan sebanyak RM200 RIBU.


Baru-baru ini pemilik rumah yang merasakan diri mereka di tipu telah membuat laporan polis terhadap CALON BARISAN NASIONAL DATUK S.GANESEN.Ini menunjukkan CALON yang di pilih oleh BARISAN NASIONAL tidak bersih dan menjadi penipu.Mungkin CALON ini antara yang terbaik namun terburuk di mata rakyat BUKIT SELAMBAU.Kini pemilik rumah tersebut meraskan di tipu dan di aniayai oleh DATUK S.GANESEN.Gambar di atas menunjukkan salinan report polis dan resit report.

Naib presiden PPP sertai PKR
Abdul Rahim Sabri-malaysiakini

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

nagarajan joining pkr 050409Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

ceramah anwar bukit selambau 050409Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...