10 Januari 2015

TERKINI: 8 GAMBAR OPERASI MENGANGKAT EKOR PESAWAT AIR ASIA QZ8501 HARI INI!!!








Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Antara/Presetyo Utomo


Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1)





Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Tim SAR gabungan berhasil mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501.

 Evakuasi ekor pesawat sangat penting karena biasanya terdapat kotak hitam. Selanjutnya kotak hitam akan diinvestigasi oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) untuk mengungkap penyebab kecelakaan pesawat AirAsia QZ8501 rute Surabaya-Singapura. 

(Sumber: Antara) Beritasatu.com/Danung Arifin

ZIZAN MILIKI FERRARI F430 PUNCA PERHUBUNGAN DENGAN EMMA KECOH?

Tauke (Jambu) Padam Gambar Ferrari Mahu Jaga Hati Zizan


Gambar yang dimuat naik oleh Tauke di Instagram miliknya pada Khamis lalu.

Pelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta Ferrari yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan kontroversi melibatkan pelawak itu dengan Emma Maembong menjadi semakin parah.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.


Tauke (Jambu)


Terdahulu, Zizan mengakui hubungan cintanya dengan Emma Maembong berakhir kerana kedegilaannya untuk memilki sebuah kereta mewah yang dihalang oleh kekasihnya itu.

Bagaimanapun Emma dalam satu status di Twitter miliknya pada Jumaat seolah-olah mempersoalkan kenyataan Zizan mengenai kereta itu sebaliknya meminta pelakon berkenaan menerangkan sebab sebenar hubungan mereka putus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, apabila menyedari kesilapannya itu dia telah pun memadam gambar berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Khamis lalu.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

"Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu," katanya.


Zizan dan Emma Maembong

Sementara itu, Tauke berkata, sebagai sahabat dia berharap Zizan dapat menyelesaikan masalahnya dengan Emma dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Untuk mencampuri urusan peribadi mereka itu adalah perkara paling terakhir yang boleh dilakukan tetapi sebagai sahabat saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua," ujarnya.

Dalam pada itu berdasarkan semakan mStar Online, harga sebuah kereta mewah Ferrari dari model F430 dianggarkan melebihi RM1.5 juta.

ABANG K HANYA BALACI TUN M?


Tulisan Umum
9 Januari 2015

Ada Apa Dengan Abang K?

Menyambung siri tulisan perseteruan Mahathir dan Najib, kali ini saya ingin mencungkil mengenai salah satu watak kuda perang Mahathir, Khairuddin Abu Hassan. Siapakah beliau ini yang telah menarik perhatian umum kebelakangan ini?

Khairuddin Abu Hassan ini bukanlah kuda perang barisan hadapan Mahathir tetapi beliau cuma seorang sub-kroni Mahathir. Jasa beliau pada Mahathir adalah terlibat bersama Allahyarham Khalid Jafri yang menulis buku 50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Buku yang telah menjadi sebab Anwar Ibrahim terpelanting dari puncak kuasa.


Walaupun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim, tapi Khairuddin lebih setia dengan Mahathir. Mengapa? Politik adalah mengenai kuasa dan ekonomi. Khairuddin sebagai seorang peniaga, sudah tentu memerlukan tuan yang lebih berkuasa untuk menjaga kitaran ekonominya.

Kita tinggalkan kisah tahun 1998. Kini kenapa Khairuddin begitu galak menyerang Najib?

Suami kepada aktress Umie Aida ini sebenarnya bukanlah seorang peniaga yang baik. Pagi ini saya telah menerima dua salinan dokumen. Dokumen pertama adalah dokumen keputusan carian kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang tertera nama Khairuddin (rujuk gambar 1). Yang kedua adalah Notis Lelongan Awam yang akan diadakan esok, 10 Januari 2015 ke atas sebuah penthouse di Mont Kiara yang dimiliki oleh Khairuddin (rujuk gambar 2).

Khairudin juga adalah Pengarah kepada 137 syarikat sedangkan dia telah diisytiharkan bankrap. Dengan status bankrap ini, beliau boleh hilang kelayakan sebagai Pengarah dalam semua syarikat tersebut. Ini yang menakutkan beliau.

Inilah sebabnya mengapa Khairuddin begitu bersungguh menyerang Najib. 1MDB dijadikan punching bag terbaik. Bukan kerana prihatin terhadap wang rakyat yang mungkin akan hangus kerana 1MDB tetapi kerana Najib tidak mahu membantu menyelesaikan masalah bankrap yang dihadapinya.

Khairuddin adalah satu lagi contoh tipikal kroni Mahathir dan kepimpinan yang ada dalam UMNO-BN. Menjadi saudagar bukan kerana kebolehan tetapi kerana mengenali siapa yang berada di puncak kuasa.

Satu lagi persoalan yang timbul adalah perlukah Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dengan Khairuddin menyerang Najib?

Jawapan saya adalah tidak. Anwar perlu ingat, Khairuddin inilah antara muka-muka yang telah memulakan konspirasi melampau terhadapnya. Walaupun punya pertalian keluarga, tapi Khairuddin telah khianat dan sanggup menabur fitnah demi mengampu Mahathir.

Adakah Pakatan Rakyat terlupa bahawa Mahathir adalah punca segala musibah yang melanda Malaysia? Mahathir punca segala sistem pentadbiran dalam negara ini punah ranah. Institusi Raja, Legislatif, Kehakiman, Eksekutif semuanya menjadi tunggang langgang dikerjakan Mahathir semasa zaman pentadbirannya.

Kini kita sedang menanggung segala macam kesan ekoran daripada kerosakan yang dibuat Mahathir selama ini. Dan ingatlah pertembungan Mahathir dan Najib ini tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.

Strategi yang baik untuk Pakatan Rakyat adalah menghambat Mahathir, Daim dan kroni-kroni ketika ini dan kemudiannya berhadapan dengan Najib dalam Pilihanraya Umum nanti.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia





Link Moderat vs Ekstremis : Satu Cereka Penagih Kuasa |https://lanunmuar.wordpress.com/…/moderat-melawan-ekstremi…/

Link Najib-Mahathir dan Collateral Damage |https://lanunmuar.wordpress.com/…/najib-mahathir-dan-colla…/

Link Ada Apa Dengan Abang K? | https://lanunmuar.wordpress.com/…/09/ada-apa-dengan-abang-k/


 SUMBER

09 Januari 2015

DAUN KHAT KANDUNGI DADAH DISELUDUP KE MALAYSIA!!!

Noor Rashid menunjukkan dadah jenis daun Khat yang dirampas polis pada sidang media di Bukit Aman Kuala Lumpur pada 9 Januari 2014. Foto: NOOR ASRIEYKUZAIREY SALIM.

Polis Kesan Daun Khat Kini Diseludup Ke Malaysia



KUALA LUMPUR – Polis mengesan dadah organik sejenis daun dinamakan Khat, yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahnya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentasi penghantaran daun itu dengan mengisytiharkannya sebagai daun teh dan daun inai.

Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandungi dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayalkan seperti ephiderin dan amphetamine.

“Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah di sini dan mereka mengunyahnya untuk khayal. Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lepas dan di sekitar Selangor serta ibu negara, semalam.

Dalam dua serbuan itu polis menahan empat lelaki, iaitu dua warga tempatan, seorang dan seorang warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Kesemua mereka berusia antara 19 dan 54 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Noor Rashid berkata polis turut merampas 10 kotak, yang mengandungi daun tersebut seberat 90.78 kilogram dianggarkan bernilai RM50,000. Daun itu diseludup dari Uganda, Afrika.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki Yemen telah memasuki negara ini menggunakan pas pelawat beberapa minggu lepas manakala lelaki warga UAE itu merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara,” katanya.

Polis juga percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludupan dadah itu.

Beliau memberi jaminan pemantauan dan risikan akan sentiasa dijalankan bagi membendung penyeludupan dadah tersebut. – BERNAMA



KHUTBAH JUMAAT YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI MENGENAI BANJIR!!!



KHUTBAH JUMAAT YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI :MASJID BATU JONG KUALA KRAI KELANTAN...

1.Banjir kerap blaku di Kelantan, sesiapa yg membuat persediaan dgn meninggikan rumah, menyediakn sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakn bekalan mknan mckupi dll, maka dia akn selamat drpd keperitan bencana bnjir..demikianlah kematian dan hri pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yg bersiap sedia utknya, maka dia akan selamat drpd diazab.


2.Bila bnjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukn..demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yg diharapkan.

3.Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yg berfaraf VIP Dunia mndpt bantuan kenderaan iringan bersiren utk melepasi kesesakan..demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yg bertaraf VIP Akhirat dpt memecut sepantas kilat.

Buat Renungan dan Muhasabah Kita Semua...

SEBARKAN SEBANYAKNYA..




sumber

Kedah Aman Makmur: Polis Rampas Empat Pistol Dan Dadah




PASANGAN KEKASIH KEKASIH, RAMPAS EMPAT PISTOL DAN DADAH

Alor Setar, 8 Jan - Polis Kedah merampas empat pucuk pistol, sejumlah peluru serta menahan dua suspek dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Ria, Sungai Petani pagi semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata berkata dua suspek yang ditahan
kira-kira 8 pagi itu adalah lelaki tempatan berumur 50 tahun yang juga pengedar
dadah dan teman wanitanya warga Thailand berumur lewat 20-an.

"Hasil tangkapan, polis menemui empat pucuk pistol, Revolver .22 Astra Unctay CIA, SA Guernica, sepucuk pistol automatik jenis Lic Excl Walther Mod. PP CAL 7.65mm dan dua pucuk pistol automatik jenis Baretta," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas seunit penyerap bunyi pistol, 85 butir peluru jenis 9mm Luger, 9mm Thai Arms dan 22mm.

Menurut Zamri, turut dirampas dalam serbuan itu adalah dadah jenis syabu
bernilai RM24,000 dan wang tunai bernilai RM32,000 serta sebuah kereta Toyota
Estima yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Zamri berkata polis percaya lelaki berkenaan terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Sungai Petani dan turut menyewa senjata api kepada penjenayah.

Hasil siasatan menunjukkan lelaki itu juga memiliki rekod jenayah lampau kerana pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 kerana terlibat dalam jenayah keganasan, manakala teman wanitanya tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Katanya dengan tertangkapnya suspek terbabit, polis yakin dapat melumpuhkan
satu sindiket pengedaran dadah dan pemerdagangan serta penyewaan senjata api
kepada penjenayah.

Beliau berkata pasangan itu telah ditahan direman bermula 7 hingga 12 Jan
ini dengan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 dan
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zamri juga berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki, Tan Kooi Tiew (730402-02-5257) di alamat No.9 Pekan Tunjang dekat sini bagi membantu siasatan.

"Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut, mereka
boleh menghubungi pegawai penyiasat DSP Mohd Naim Hasmawi di talian 019-5728884
atau menghubungi balai Polis terdekat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, polis merampas dua senjata api buatan sendiri
pada 6 dan 7 Jan lepas menerusi Ops Cantas Khas di Sungai Tiang, Pendang dan Kupang, Baling.

Katanya, seorang lelaki berumur 50-an ditahan pada 6 Jan lepas kira-kira pukul 5.30 pagi yang membawa kepada rampasan selaras senapang buatan sendiri dengan lebih 80 butir peluru besi.

Lelaki itu, seorang penoreh getah kini direman sehingga esok, mempunyai
rekod lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada tahun 1992, kata beliau.

"Bagi kes kedua kita tahan suspek lelaki berumur 30-an yang juga penagih dadah kira-kira pukul 7.30 pagi semalam (7 Jan) di Kupang, Baling dan merampas selaras senapang buatan sendiri. Beliau direman sehingga 12 Jan ini," katanya.

Zamri berkata kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan.














08 Januari 2015

PUNCA RINGGIT JATUH LEBIH RM3.58 BERBANDING US$ TERBONGKAR!!!

The Edge 1MDB Malaysia

1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++




1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++ :

 Ketua Pegawai Eksekutif CEO 1MDB bekas ahli perbankan dari Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda Kandasamy yang telah mengantikan CEO 1MDB sebelum ini iaitu Mohd. Hazem Abdul Rahman tampil memberikan kenyataan yang mana 1MDB adalah peminjam yang bertanggungjawab dan tidak pernah gagal membuat bayaran pinjaman seperti yang dijanjikan. Malangnya…..

Malangnya, kata-katanya tidak diyakini melihatkan laporan berita portal berita perniagaan The Edge dan juga penyedia laporan berita terkemuka dunia Reuters apabila menyediakan laporan berita seperti di bawah ini :


Laporan Berita The Edge Financial Daily & Reuters : 1MDB Gagal Bayar Pinjaman



Reuter 1MDB Malaysia

Nah…membaca laporan berita Reuters, 1MDb sekarang ini diberikan lanjutan untuk membuat bayaran dan menjelaskan pinjaman sejumlah RM2,000,000,000 (RM2 bilion) setelah 2 kali gagar membayar pinjaman tersebut. Inilah beban besar yang terpaksa ditanggung oleh bank-bank seperti Maybank dan RHB Bank. Senarai pemberi pinjaman daripada jumlah Rm2 bilion itu :

Maybank 58.99% daripada RM2 billion
RHB has 32.41%
Alliance Investment Bank Bhd (4.06%)
Malaysia Building Society Bhd (3.24%)
Hwang DBS Investment Bhd (1.29%)
CIMB?


Hari ini sudah 8 Januari 2015 bersamaan hari Khamis. Tinggal 23 hari sahaja lagi. Pejam celik pejam celik sudah menginjak ke 30 Januari 2015.

Persoalannya di mana dan bagaimana 1MDB boleh mendapatkan RM2 bilion dalam masa 23 hari daripada sekarang?

Apa akibat dan natijahnya jikalau pinjaman RM2 bilion masih tidak mampu dijelaskan?

Dan apa yang akan terjadi apabila 1MDB “jatuh”?


Saham Maybank akan jatuh
Semua stesen janakuasa yang dimiliki oleh 1MDB akan diambilalih
Tarif elektrik akan naik untuk menampung beban hutang
Kerajaan Malaysia terpaksa membayar balik hutang tersebut dengan mengeluarkan suarat sokongan

Kerajaan Malaysia akan mengeluar bon berdaulat yang bakal menjatuhkan lagi nilai matawang ringgit Malaysia ke paras terendah

Laporan Berita The Edge Finnacial Daily yang berkongsi pandangan pakar ekonomi yang bertugas di firma penyelidikan yang disokong bank-bank tempatan mengatakan :
Kesan Pinjaman Hutang 1MDB Kepada Negara Malaysia?

BACA SINI : Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!

Punca kejatuhan ringgit Malaysia sehingga serendah RM3.56-Rm3.58 untuk setiap Dolar Amerika bukan sahaja disebabkan faktor terbesar iaitu kejatuhan harga minyak dunia, kebimbangan defisit berkembar yang dialami negara


1MDB telah turut dikatakan mempengaruhi kejatuhan ringgit Malaysia ke tahap melebihi RM3.50



Dan selain pakar ekonomi yang tidak mahu diedahkan namanya di akhbar berita The Edge, semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita perniagaan Bloomberg seorang lagi pakar ekonomi di Barclays, Rahul Bajoria turut mengatakan masalah ekonomi negara yang berlaku sekarang ini telah diburukkan lagi oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gara-gara gagal menjelaskan hutang bernilai US$500 juta pada bulan Disember 2014.

Manakala Jonathan Cavenagh, yang merupakan pakar strategis kanan tukaran asing di Westpac Banking Corporation, Singapore mengatakan kejatuhan harga minyak telah teruk mencederakan ekonomi Malaysia. Kegagalan pembayaran pinjman 1MDB memburukan lagi keadaan
P/S : 3 CEO dalam dua tahun? Hebat….

PP/S : Ada yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa tidak 1MDB membuat hutang dengan CIMB? Berita Semasa pasti ada yang tahu jawapannya, sebab…..

SUHU SEJUK MELAMPAU KURANG 17 DARJAH CELSIUS AKAN MELANDA SEBAHAGIAN MALAYSIA



Suhu sejuk melampau akan berulang

Tidak mustahil fenomena cuaca sejuk bakal melanda Malaysia sebelum musim monsun berakhir Mac nanti


KUALA LUMPUR: Musim sejuk melampau dijangka akan melanda Malaysia dalam tempoh terdekat.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu, lapor Kosmo! Online, Khamis.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara ini sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo!

Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa tersebut seperti yang pernah berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenoma tersebut yang melanda pada kira-kira minggu ketiga Januari tahun lalu merekodkan suhu serendah 17 darjah celsius di Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, Terengganu. Suhu tersebut disifatkan paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur sehingga tahun lalu. Rekod bagi tahun-tahun sebelumnya ialah 23 darjah Celsius.

Pada musim tersebut juga, menyaksikan Keningau, Sabah mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang iaitu 20 darjah Celsius.

Hujan monsun sudah bermula semalam, sepertimana diramal MetMalaysia pada Ahad lalu yang menyatakan bahawa episod hujan monsun dijangka bermula semalam atau hari ini.

Jabatan berkenaan juga menjangkakan hujan monsun musim ini berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan selama dua hingga tiga hari di negeri-negeri Johor, Sabah dan Sarawak.

Musim tengkujuh kali ini yang telah bermula pada November 2014 dan dijangka berakhir pada Mac nanti.

MetMalaysia menempatkan pegawainya di Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi perkembangan terkini berhubung fenomena cuaca termasuk episod hujan monsun yang mungkin berlaku.

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi dan akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter rasmi jabatan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari di laman sesawang www.met.gov.my dan laman twitter di https://twitter.com/malaysianmet.

07 Januari 2015

PANAS! MENGAPA GOLONGAN FANATIK DAN PELAMPAU MULA TIDAK LENA TIDUR

Ramai rakyat Malaysia gembira golongan sederhana mendapat tempat


SUARA LANTANG: Wajah Melayu sebenar, wajah sederhana seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman, akan mendapat perhatian tahun ini.

Semuanya bermula 9 Disember lalu apabila 25 orang Melayu terkemuka telah menulis surat terbuka meminta supaya adanya dialog yang rasional mengenai kedudukan Islam dalam perlembagaan demokrasi ketika Malaysia bergelut dengan kumpulan-kumpulan pelampau Melayu Islam yang mahukan penguasaan ke atas kaum-kaum dan agama lain.

Sejak kenyataan 19 perenggan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 mereka iaitu Datuk Noor Farida Ariffin, bekas ketua pengarah Jabatan Penyelidikan Perjanjian dan Undang-undang Antarabangsa Kementerian Luar,; Tan Sri Datuk Abdul Rahim Din, bekas ketua setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas ketua setiausaha, Kementerian Luar Negeri; Tan Sri Dr Aris Othman, bekas ketua setiausaha, Kementerian Kewangan; Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas ketua pengarah, Kementerian Kesihatan; Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, bekas ketua setiausaha, Kementerian Kewangan; Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, bekas ketua pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar; dan Hendon Mohamad, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, ramai orang Melayu telah mengisytiharkan pendirian sederhana mereka.

Dan begitu juga rakyat Malaysia lain yang berbilang kaum dan agama.

Hanya beberapa hari sebelum Hari Krismas, di Petaling Jaya, 86 buah persatuan kaum Cina menyatakan sokongan mereka terhadap kumpulan 25 ini, dan menandatangani petisyen yang menyeru supaya kesederhanaan Malaysia dikekalkan.

Antaranya adalah Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong), di mana presidennya Tan Sri Pheng Yin Huah dipetik sebagai berkata: "Nenek moyang kami membina negara ini dan berjuang mencapai kemerdekaan melalui kesederhanaan. Malaysia telah mencapai kemajuan kerana nilai ini.

“Saya berharap supaya Perdana Menteri, parti-parti politik dan semua organisasi akan menyokong perjuangan ini. Inisiatif ini juga perlu disokong oleh masyarakat Cina dan semua rakyat Malaysia, malahan majoriti senyap sekalipun.

"Kerajaan perlu cuba yang terbaik untuk memenuhi keperluan asas semua kaum supaya rakyat akan berpuas hati dan mempunyai semangat kekitaan."

Di ruang siber, sebuah lagi kumpulan rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam talian yang dinamakan #KamiJuga25.

Pada pagi ia dimulakan, ia berjaya mendapat 50 tandatangan, menambah kepada sokongan yang semakin meningkat terhadap 25 pesara penjawat awam berpangkat tinggi, yang surat terbuka mereka bertarikh 9 Disember telah menjadi viral.

Petisyen siber ini, yang dimulakan oleh Azrul Mohd Khalid, dan ditandatangani oleh 24 rakyat Malaysia lain dari pelbagai agama dan kaum, menggesa Najib dan semua pemimpin negara untuk berdiri bersama-sama rakyat Malaysia untuk menyampaikan janji wawasan bersama yang menggalakkan "sikap inklusif dan meraikan perpaduan rakyatnya melalui kepelbagaian".

Kumpulan itu menyatakan bahawa ia menolak tanggapan bahawa hanya orang Islam boleh bercakap mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada orang Islam, dan orang bukan Islam harus berdiam diri, berkata: "Kita tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi ketidakadilan, kezaliman dan penganiayaan yang dikenakan ke atas saudara-saudara kita. Kita mesti bersuara bagi satu sama lain."

Ramai pengguna-pengguna Internet lain menyusul, seperti L Khairuddin yang mana petisyen dalam taliannya yang dipanggil "I am #26" telah mengumpulkan lebih 3,800 tandatangan dalam tempoh empat hari.

Menjelang 18 Disember, 25 tokoh Melayu ini telah mendapat sokongan daripada 22 aktivis-aktivis Islam dan 93 kumpulan pertubuhan sivil.

Dua hari selepas tahun baru 2015 bermula, Noor Faridah telah mengisytiharkan nama-nama 10 lagi tokoh Melayu yang telah meminjamkan nama-nama mereka kepada kumpulan 25 yang asal itu.

10 orang ini ialah bekas timbalan ketua setiausaha Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Alwi Jantan; bekas naib canselor Universiti Malaya dan bekas penolong setiausaha agung PBB Tan Sri Rafiah Salim; ahli perniagaan terkemuka Datuk Seri Nazir Ariff; bekas duta dan bekas timbalan ketua setiausaha Asean Datuk Ahmad Mokhtar Selat; bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Petronas Dagangan Bhd Datuk Anwaruddin Osman; bekas timbalan setiausaha agung Kementerian Pertahanan dan bekas ketua pengarah pertama Perbadanan Kemajuan Pelancongan, Datuk Baharuddin Musa; Dekan Fakulti Perubatan dan Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya Prof Dr Adeeba Kamarulzaman; bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi dan bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya Prof Dr Ariff Abdul Kareem; bekas ahli parlimen Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail; dan juga bekas eksekutif kewangan korporat Commerce International Merchant Bankers Bhd Shazal Yusof Mohd Zain.

Ya, Malaysia telah menemui semula wajah Melayu dan Malaysia asal yang sebenarnya, wajah yang akan dikenali dengan lebih baik oleh dunia pada tahun 2015.

Ia adalah tidak sama seperti wajah jelik dan keji yang telah ditunjukkan oleh orang-orang seperti Perkasa dan Isma, atau Datuk Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah, profesor yang mengeluh mengenai kegagalan demokrasi dalam menangani jumlah babi di negara ini: "Saya tidak menghina babi kerana babi adalah makhluk Allah. Tetapi saya tidak boleh menerima yang jumlah babi mengatasi jumlah lembu, ayam, kambing dan itik di sebuah negara Islam. Negara kita terlalu kurang ternakan sehinggakan ia perlu diimport. Tetapi kita mempunyai lebihan babi yang sebegitu besar sehingga ia dieksport. Apa yang dimaksudkan dengan ini?”

Bandingkannya dengan keluhan 25 tokoh ini: “Kami sebagai Muslim yang moderat berasa amat bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengikut identiti mereka.

"Beliau melihat hak komuniti transgender dan Sisters in Islam (SIS) untuk mendapatkan pembelaan undang-undang sebagai gelombang baru serangan ke atas Islam, dan sebagai usaha menyesatkan orang Islam dari kepercayaan mereka, dan meletakkan institusi-institusi agama dalam perbicaraan di mahkamah sekular.

“Kenyataan seumpama ini yang mengapi-apikan keadaan daripada seorang menteri (dan ini bukan kali pertama) menunjukkan kepada orang ramai bahawa komitmen perdana menteri memperjuangkan gagasan kesederhanaan (moderation) tidak perlu diambil berat memandangkan menteri Kabinet sendiri sering memperlekehkannya."

Bagi mereka, “isu-isu yang kami bangkitkan ini sememangnya sukar untuk ditangani memandangkan apa-apa berkaitan bangsa dan agama sering dipolitikkan di negara ini. Kami yakin bahawa perdana menteri memiliki sumber dan kuasa bagi mengetuai proses perundingan untuk membawa pakar dalam pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan undang-undang perlembagaan serta semua pihak yang terlibat”.

Perkasa, Isma, Ibrahim Ali dan Ridhuan telah menyuarakan kebencian dan hasutan selama bertahun-tahun.

Tidak diragukan yang mereka telah mendapat sokongan dan pengikut, dan ini adalah mengapa Malaysia terus berada dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Isu kalimah Allah terus dibahaskan, semakin banyak Bible disita, kaum Cina dijadikan kambing hitam dan Sabah dan Sarawak tidak dilayan seperti dalam dokumen-dokumen asal yang dipersetujui pada zaman pembentukan Malaysia.

Tetapi tahun 2015 kelihatan begitu cerah. 25 tokoh ini hanya muncul pada minggu kedua bulan Disember, tetapi keseluruhan negara ini telah bangun dari lena.

Keadaan telah berubah. Golongan fanatik dan pelampau mula tidak lena tidur – dan kehilangan sokongan.

Jika Najib dan kerajaannya tidak mendengar, mereka juga akan kehilangan sokongan.


JIMMY ADIT merupakan produk bidang kewartawanan berpengalaman. Setelah melibatkan diri sebagai politikus buat berapa ketika, beliau kini memerhatikan bidang politik dari pinggiran.

KISAH TAHFIZ MADRASATUL TARBIAH SELAMAT DARI BENCANA BANJIR BESAR!!!!




 

DENGAN IZIN ALLAH PESAT TAHFIZ Madrasatul Tarbiah Aulad INI SELAMAT

Secebis Pengalaman...Suatu Perjalanan...
Nik Azam, Sabtu 3/1/15

Sahabat2...
Saya nk kongsikan sedikit cerita ttg pengalaman mnghantar bantuan ke tempat mangsa2 banjir. Dlm byk2 pengalaman membantu..inilah satu2nya pengalaman yg ingin saya sampaikan..


Saya bersama2 sahabat2 dr Trganu yg membawa 1 lori bekalan brg2 pergi ke Dabong utk menghantar bantuan ke kawasan2 pedalaman yg teruk terjejas. Kami juga ingin menghulurkan bantuan ke sebuah pondok yg ada di situ.



 

Kami memilih lokasi tersebut krn mndapat maklumat dari Ustaz Nazry yg mnguruskan rumah anak2 yatim & pusat Tahfiz bahawa ada satu pondok di pedalaman yg trlibat dgn banjir dan mngkin memerlukan bantuan krn jauh dr jalan besar. 

Kedudukan pondok di tepi sungai juga memungkinkan kemusnahan teruk dialami..dan kami tidak dapat maklumat lanjut krn tidak dpt brhubung dgn org2 di situ.

Terima kasih saya ucapkan kpd sahabat2 lain di Machang yg sudi menghulur bantuan utk mndpatkan bekalan tambahan dan mengisi brg2 ke atas lori sblm kami brtolak pergi.

Dlm byk2 tempat yg sy pergi utk mnghulurkan bantuan..pengalaman ini agak luarbiasa krn segala2nya bermula dari kami bertolak dipermudahkan Allah SWT.
Ini sgt berbeza dgn pngalaman saya mmbantu mangsa2 di tempat lain.
Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yg kami tuju..tetapi kami seolah2 dipimpin utk smpai ke sana..setelah bertanya kpd bberapa org.

 

Pondok yg kami tujui itu digelar Madrasatul Tarbiah Aulad...berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong...dan diuruskan oleh seorang ustaz yg digelar Pak Teh Din.

Setelah masuk ke kwsn Dabong..kami melihat kemusnahan yg sgt teruk di sepanjang perjalanan.

Bila masuk ke jalan kecil utk menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu..saya membayangkan kemusnahan yg lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai.

Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan air utama..di bawah stesen hidro TNB  Sg.Kenerong, Stong, Dabong.

Apabila stesen hidro itu mlepaskan air..dlm keadaan air yg sudah begitu banyak..maka terjadilah gelombang raksasa yg begitu deras merempuh kawasan madrasah tersebut..!





Jadi masa gelombang air turun dari bukit ke sini..
dgn lajunya, dgn tingginya..dgn arus yg ganas menggila...segala2 yg ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..

(mngikut cerita P.Teh Din..pemilik pondok ini sendiri)


Kes Bunuh Altantuya: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Jan keputusan rayuan pendakwa


Altantuya: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Jan keputusan rayuan pendakwa


Barisan peguam Sirul Azhar Umar. 

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Jan bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Jan.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.



Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya


KAK MAH DAH ADA KAT MALAYSIA....DENGAQ PESANAN BELIAU BETAPA PERHATINYA TERHADAP ANAK MUDA !!!


Saya tak boleh tidur sampai 2 pagi – Rosmah

sumber gambar & berita

Masyarakat tidak boleh menyerah kalah terhadap masalah gejala sosial di kalangan anak muda.



BANGI : “Saya dan Datuk (Seri) Najib (Tun Abdul Razak) tak boleh tidur sebab dengar bunyi motorsikal pukul 2 pagi,” cerita Datin Seri Rosmah Mansor mengenai gangguan yang dialami akibat perbuatan lumba haram.

Beliau berkata: “Rumah saya di Kuala Lumpur (Jalan Duta) bila tengah malam dengar motorsikal bukan main laju dan kuat..lama pulak tu, mestilah ramai dia orang (mereka) racing (berlumba) di tengah jalan.”

Bagaimanapun isteri Perdana Menteri menjelaskan, masyarakat tidak boleh menyerah kalah terhadap masalah gejala sosial di kalangan anak muda, ”Mereka mampu bertukar menjadi insan yang baik.”

Katanya, mereka menjadi mat rempit, mengambil dadah, menjadi gangster dan menjadi pengacau seolah-olah hidup tanpa pedoman dan tersasar jauh dari jalan sebenar.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup program Kem Perkasa Siri 3/2013 hingga siri 8/2014.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara menambah, golongan belia mempunyai banyak potensi yang boleh dipupuk bagi membantu mereka menjadi seorang individu dewasa berdasarkan nilai dan tingkah laku positif.

“Potensi positif yang ada pada golongan belia jika dipupuk dengan baik akan dapat berkembang secara sihat dan dengan sendirinya menjadi benteng penghalang kepada pengaruh-pengaruh negatif,” katanya. ~FMT

NAJIB MAIN GOLF LAGI DI BANGKOK RUPANYA...TAPI TAKE NOTE THAILAND DERMA 500 TAN BERAS NANTI HILANG PULAK?





Najib ke Thailand lawatan peribadi, bukan urusan rasmi, kata laporan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Thailand dalam rangka lawatan peribadi untuk berjumpa rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha, dan juga untuk berehat sempena cuti tahun baharu, lapor Bangkok Post hari ini.

Memetik sumber, ia menyatakan yang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Thailand pada 2 Januari.

Laporan tersebut berkebetulan dengan kehadiran pesawat rasmi kerajaan di ibu negara Thai itu di mana Airbus A319 itu dikesan terbang dari Dubai ke Bangkok awal pagi itu.

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok," tambah laporan itu.

Semasa lawatannya, Najib juga bertemu dengan Prayut dan berbincang secara tidak rasmi selama 90 minit di kediaman perdana menteri Thailand itu.

Antara topik yang dibincangkan, menurut laporan Bangkok Post, termasuk kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Laporan itu juga menambah, memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak disiarkan atas sebab 'protokol'.

"Perdana menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut, berterimakasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Ramai rakyat Malaysia mengkritik Najib selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.

Isunya bertambah buruk apabila beliau tidak pulang ke Malaysia menggunakan pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya untuk pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menambah lagi spekulasi tentang lokasi pesawat rasmi kerajaan itu.

Pesawat Airbus 319 itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan semalam mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam sebelumnya.

Sebelum itu, pesawat itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.

Najib juga mempertahankan permainan golf beliau dengan Obama, memanggilnya 'golf diplomasi' yang juga dilakukan pemimpin Malaysia sebelumnya, termasuk bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau berkata jemputan dari Obama 'sukar untuk ditolak' kerana ia dirancang mengikut jadual pihak lain. -TMI 





06 Januari 2015

HARGA MINYAK DAN ARANG BATU TURUN , BILA TNB NAK TURUN KADAR TARIF LETRIK!!!

Kadar Tarif Elektrik Turun 2015 Oleh TNB? Harga Minyak Turun, Arang Batu Turun!


Kadar Tarif Elektrik Turun 2015 Oleh TNB? Harga Minyak Turun, Arang Batu Turun! : Satu dunia sudah sedia maklum yang mana harga minyak dunia sedang turun dan bakal turun serendah US$35 – US$40.

 Satu Malaysia sudah sedia maklum yang mana harga minyak di Malaysia telah diturunkan oleh kerajaan malaysia bermula tahun baru 2015.

Semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita The Star mengenai kalangan peniaga dan pemilik restoran tidak akan menurunkan harga barangan dan produk mereka walaupun harga minyak turun.

Persoalan yang terpacul di pemikiran Berita Semasa adalah mengapa dan kenapa TNB sehingga ke hari ini “terus berdegil” untuk melakukan tindakan menurunkan tarif elektrik yang anda caj kepada rakyat Malaysia sekarang ini?

Kadar Tarif Elektrik Turun 2015 Oleh TNB. Boleh atau Tidak?KLIK SINI : Jutawan Kaya, Taikun & VVIP di Malaysia Menikmati 51% Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20% Perlu Rebut Baki 5% Kekayaan Malaysia!


Apabila harga minyak naik, TNB terus melatah untuk mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Tetapi apabila harga minyak terus turun dan menurun, TNB diam seribu bahasa sambil mengaut keuntungan super duper tahun bermula suku keempat tahun 2014 dan tahun 2015. Dan seterusnya?

Inilah yang terhasil daripada hasil monopoli dan oligopoli industri tenaga di Malaysia termausk juga terhadap industri dan sektor lain di Malaysia sehingga “mereka-mereka” ini terus mengawal sumber ekonomi negara tanpa saingan. Mereka boleh berbuat sesuka hati. Tetapi tuntut tetap perlu dituntut.

Industri tenaga dimonopoli

Harga beras di Malaysia lebih mahal dari negara Singapura dan Australia. Terima kasih 
 kepada mekanisme monopoli yang sebuah syarikat di Malaysia

Harga simen di Malaysia adalah antara tertinggi di rantau ASEAN dek kerana hanya beberapa syarikat yang menguasai pasaran simen negara

Harga gula dikawal oleh satu, dua syarikat. Terima kasih kepada monopoli

Harga kereta antara yang tertinggi di dunia. Terima kasih kepada bisnes AP dan juga perlindungan kepada ______. 





Harga minyak sudah jatuh, harga arang batu terus merosot, tarif elektrik di malaysia terus kukuh seperti berdiri menara KLCC di Kuala Lumpur. Sampai bila rakyat Malaysia aka pelanggan setia anda “perlu menderma” kepada TNB ? ~BS

ISU WANG PAMPASAN BEKAS PEGAWAI MBI, TUNTUTAN SEMULA DIKATAKAN CACAT DAN TIDAK PROFESIONAL!!!

Isu wang pampasan: Lapan bekas pegawai MBI dapatkan khidmat peguam



Faekah Husin berkata, tindakan itu diambil memandangkan isu wang pampasan itu melibatkan undang-undang.

SHAH ALAM, 6 Januari:

Kesemua lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendapatkan khidmat peguam berhubung surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang pampasan yang dibayar kepada mereka.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin berkata, tindakan itu diambil memandangkan isu wang pampasan itu melibatkan undang-undang.

“Secara peribadi saya menafikan pembayaran wang melalui MSS (Skim Pengasingan Bersama) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana dinyatakan dalam surat itu.

“Surat tuntutan juga gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang-undang dan tatacara kewangan serta salah laku yang dilakukan ketika pembayaran dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada Sabtu lepas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali meminta kesemua lapan bekas pegawai MBI itu memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tuntutan dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta yang disifatkan beberapa pihak termasuk ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada 23 September tahun lepas.

Faekah berkata, pembayaran dilakukan setelah persetujuan antara semua pegawai terlibat dengan pentadbiran terdahulu yang dicapai atas dasar kepercayaan dan sikap profesional semua pihak.

“Pendekatan MSS diambil bagi memberi ruang secukupnya kepada pentadbiran baharu untuk meneruskan agenda dan corak pentadbiran mereka tanpa terpaksa berhadapan dengan kumpulan warga kerja pasukan terdahulu.



“Justeru, meskipun ramai pegawai masih mempunyai baki tempoh perkhidmatan seperti dalam kontrak, pendekatan pertengahan diambil dan sejumlah potongan besar dipersetujui. Saya kesal persetujuan bersama ini dicemar serta dilanggar pentadbiran baru dan kami dengan ini mencabar persetujuan tersebut,” katanya.

Faekah turut mendakwa laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat dan tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul, serta berniat jahat.

Beliau berkata, audit tersebut juga cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan daripada pihak terlibat termasuk Abdul Khalid sendiri.

“Tindakan tidak profesional dalam memanipulasikan audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk para penerima pampasan.


“Justeru saya mengarahkan peguam saya melihat daripada semua sudut undang-undang dan melakukan tuntutan balas tidak terbatas hanya kepada untuk mendapatkan keseluruhan jumlah sehingga tamat kontrak, ganti rugi bagi pecah janji MSS dan kerosakan penghinaan yang kami alami,” katanya.

Read more: SUMBER


Selcat bincang isu pampasan RM2.6 juta selepas MBI serah notis

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Kontroversi pampasan RM2.6 juta melibatkan lapan bekas pembantu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibincangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas menerima notis daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Ahli Jawatankuasa Selcat, Sulaiman Razak berkata, jawatankuasa itu juga membuat keputusan untuk memberi tempoh 14 hari kepada pihak terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Selcat bermesyuarat semalam dan membuat keputusan untuk menunggu notis dari MBI yang ketika ini memberi tempoh 14 hari bagi pemulangan semula pampasan itu.


“Bagaimanapun, tindakan akan diambil jika tiada maklum balas. Kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, lapan bekas pegawai MBI terbabit menerima surat tuntutan bagi pemulangan semula wang pampasan itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini meminta mereka memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran itu dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Ia membabitkan lebihan pembayaran kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

Laporan audit mendapati kelulusan pembayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat dan persetujuan bagi melaksanakan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) tidak mengikut prosedur betul.

Mohamed Azmin turut memberi jaminan bahawa semua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.



Sulaiman yang juga Adun Permatang secara peribadi berkata, tindakan terbabit wajar dilakukan jika pengurusan baharu MBI mendapati terdapat keraguan membabitkan jumlah pampasan itu.

“Apa juga tindakan yang dilakukan bekas pengurusan MBI terdahulu, saya yakin mengikut prosedur dari segi peraturan kewangan.

“Namun, peraturan pembayaran mesti mengikut formula tertentu yang mungkin menggunakan formula berbeza. Kerajaan Negeri yang baru wajar menyemak semula kerana berhak berbuat demikian,” katanya. ~Selangorkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...